Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Tuesday, April 14, 2009

Awas : Fatwa Bukan Petua

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, April 14, 2009 | Category: , |

salam aleik..

semalam pegi kelas ust Syed lagi.. [arini pun pegi jugak.. tapi lambat sket.. telajak tido sedap ngat.. hehe] pagi semalam beliau ade sebut pasal disiplin dalam berfatwa tak semudah yang disangka.. banyaklah point2 yang beliau sampaikan.. sepanjang beliau cakap tu ana terasa macam beliau tepet ana pulak.. yelah kan.. ilmu tak tare mane pun takat budak lughah jer dah mandai2 nak jawap2 soklan2 fiqh.. tu ana dah kabo awal2 tu ana tanak jawap soklan.. ana bukan mufti.. cuma nak kongsi ape yang ana blajo jer ngan kawan2 kan.. hehe..

tapi sebenarnya sangkaan ana tu tak tepat pun.. ust cakap tu umum jer.. ana sniri jer yang terasa.. sebab abis kelas tu ana gi tanye ust baca ke blog ana.. ust jawap tak pun.. "dulu ade la bukak kejap ana tengok anta merapu je dalam tu.. tu lama le dah ana tak bace.." haha.. ust kasyaf kot? ape ust kabo dalam kelas tu terasa belake la tekene batang idung ana.. hehe.. bak kate ust Azhar Idrus "kate bior terase" kalo ana ade salah ape2 jangan segan silu tau tegur.. ana terbuka untuk menerima sebarang kritikan ilmiah yang membina daripada sesape saje..

apepun.. ana masih lagi pelajar ye.. tak alim pun.. banyak sangat lagi bende tak tau.. kepada kengkawan sume yang rajin bertanya dalam blog.. bertanya dalam ym.. bertanya dalam sms.. dalam telepon.. hakikatnya ana bukanlah orang yang paling arif untuk memberikan fatwa hukum hakam kepada korang sume.. ada sesetengah perkara yang dianggap sebagai pendapat.. tu mungkin ana bleh bagi sebagai apa yang datang dari pandangan peribadi ana sendiri.. tak semestinya betul disi orang lain dan tak semestinya salah.. adapun dalam hal2 hukum hakam.. dalam hal berfatwa.. ia tak semudah menjawab soalan pendapat yang boleh disokong dan dibangkang oleh sesiapa sahaja.. ia mestilah bersandarkan kepada ilmu yang daqiq dan penelitian yang mendalam terhadap kes daripada pelbagai sudut..

sepertimana kaedah yang digunapakai dalam dunia perubatan.. "every patient is unique" begitu jugak dalam dunia pemfatwaan.. setiap mustafti yang datang meminta fatwa itu adalah unik.. mereka mempunyai kes yang berbeza2.. kalau dalam perubatan semua pesakit yang mengatakan dia demam kita tak boleh bagi semata2 panadol.. kene tengok dulu faktor2 dan sudut2 lain yang berkaitan dengan diri pesakit yang menjadikan dia demam.. begitu juga lah dengan pemfatwaan.. fatwa yang diberikan perlu diteliti dari banyak sudut sebagai meraikan keadaan mustafti yang datang meminta fatwa tentang hukum hakam yang berkaitan dengan apa yang berlaku pada dirinya atau sekelilingnya..

inilah yang telah ditunjukkan oleh Junjungan Mulia kita Nabi Muhammad SAW yang memberikan fatwa menjawab soalan mustafti dengan meraikan keadaan mustafti itu sendiri.. kita dapat lihat lebih jelas dalam banyak riwayat hadis2 Rasulullah SAW dimana para sahabat datang bertanya kepada Saidina Rasul "amalan apakah yang yang paling afdhal untuk dilakukan?" maka jawapan yang Rasulullah SAW berikan berbeza2 mengikut siapa yang datang bertanya.. ada riwayat yang mengatakan solat di awal waktu.. ada yang mengatakan berbuat baik kepada kedua ibu bapa.. dan riwayat ini berbeza2 kerana berbezanya keadaan hal mustafti yang bertanya itu sendiri.. dalam sebuah hadis pendek yang biasa kita baca dalam Arbaien Nawawiah.. hadis (( la taghdab )) apabila seorang sahabat (dikatakan beliau adalah Abu Darda') meminta Rasul SAW menasihati beliau.. Rasul hanya mengulang2 sabda baginda mengatakan (( jangan marah )) ini juga kerana meraikan keadaan sahabat yang meminta nasihat kerana beliau seorang yang cepat marah.. begitulah halnya seorang mufti sepatutnya memberikan fatwa kepada mustafti sepertimana yang telah ditunjukkan dan diajarkan oleh Baginda SAW kepada kita.. sememangnya ia perlu kepada penelitian yang mendalam..

Profesor Dr Muhammad Az-Zuhaili ada mengarang sebuah risalah kecil yang bertajuk "Adabul Fatwa" disini ana cuma nak amik sikit petikan sebahagian daripada risalah tersebut.. moga2 kita dapat mengambil istifadah bersama daripada petikan risalah ini yang telahpun diterjemahkan oleh ust Fawwaz Fadzil Noor..

ANCAMAN DARIPADA BERFATWA

para ulama dan fuqaha sejak daripada zaman para sahabat dan selepas daripada mereka, mengelakkan diri daripada berfatwa dan menganggap ia adalah satu tanggungjawab yang besar.. mereka amat berhati2 ketika hendak mengeluarkan fatwa dan berusaha lari dari berfatwa kerana bimbang jika berlaku kesalahan didalam fatwa.. mereka tidak mengeluarkan fatwa kecuali apabila fatwa itu menjadi wajib keatas mereka..

pada ketika itu tidak ada peluang untuk mereka berdiam diri kerana takut dikira sebagai satu jenayah penyembunyian ilmu.. berfatwa hukumnya adalah fardu kifayah.. ia akan menjadi fardu ain apabila kewajipan itu tergantung kepada seseorang itu.. para ulama yang berakhlak dengan adab fatwa mereka tidak cepat mengeluarkan fatwa dan tidak mempermudahkan didalam menerangkannya. mereka jugak tidak menggunakan cara berhelah didalam berfatwa dan tidak bertelingkah dalam menerangkan yang benar.. mereka tidak terkesan dengan cercaan dan tidak berpaling daripada kebenaran kerana inginkan kemewahan atau lari dari kerugian (berbentuk duniawi).. telah banyak riwayat atau cerita dalam bab ni mengenai ulama terdahulu kita sebutkan sebagai teladan..

berkata Al-Barra':
sesungguhnya aku telah melihat 300 sahabat Nabi SAW daripada ahli perang badar.. tidak ada antara mereka melainkan dia menyukai sahabat lain yang memberikan fatwa..

berkata Ibnu Abi Laila:
aku menjumpai 120 golongan ansar daripada sahabat Nabi SAW.. apabila mereka ditanya tentang sesuatu masalah masing2 menolaknya kepada sahabat yang lain sehinggakan ia kembali kepada orang yang pertama ditanya..

berkata Sufian 'Uyainah:
orang yang paling mengetahui dalam bidang fatwa adalah orang yang paling tidak bercakap tentangnya.. dan orang yang paling jahil tentang fatwa adalah orang yang paling (banyak) bercakap tentangnya..

berkata Atha' Ibnu As-Saib:
aku menemui satu kaum yang mana apabila salah seorang daripada mereka ditanya, dia bercakap dalam keadaan takut..

berkata Ibnu Mas'ud dan Ibnu Abbas RA:
barangsiapa yang berfatwa kepada manusia setiap soalan yang diajukan, maka dia adalah gila..

berkata Abu Husain Al-Asadi:
sesungguhnya salah seorang daripada mereka berfatwa dalam sesuatu masalah.. sekiranya perkara itu diajukan ke atas Saidina Umar.. nescaya beliau akan mengumpulkan ahli badar dalam memberikan fatwa terhadap masalah tersebut..

kebanyakan fuqaha menjadikan perkataan "aku tidak tahu" sebagai syiar kerana khuatir terjerumus ke dalam lembah dosa.

berkata Muhammad Ibnu 'Ajian:
apabila seseorang alim lalai daripada berkata "aku tak tau" maka dia ditimpa bahaya..

seorang ulama Abu Kassim ditanya tentang sesuatu lalu dia menjawab:
janganlah dilihat kepada janggutku yang panjang dan kepada orang ramai disekelilingku.. demi Allah aku bukanlah orang yang sesuai untuk menjawabnya..

pada ketika itu berkata seorang tua daripada Quraisy yang duduk disebelahnya:
wahai anak kepada saudaraku, jawablah.. demi Allah tidak aku melihat dalam majlis ini terdapat orang yang lebih bijak daripada kamu..

maka jawab Abu Kassim:
demi Allah sekiranya dipotong lidahku lebih disukai aku daripada aku bercakap perkara yang aku tidak tahu..

Imam Malik pernah berkata:
barangsiapa yang menjawab dalam suatu masalah hukum maka sebelum menjawabnya hendaklah dia meletakkan dirinya antara syurga dan neraka.. dan bagaimana dia mampu untuk menyelamatkan dirinya di akhirat serta menjawap persoalan mengenainya di akhirat kelak..

suatu ketika Imam Malik ditanya suatu masalah lalu beliau menjawab: aku tak tau
maka dikatakan kepadanya: sesungguhnya soalan tu sangat mudah

maka Imam Malik menjadi marah seraya berkata:
tak ada dalam ilmu perkara yang ringan.. apakah kamu tak mendengar firman Allah yang bermaksud :
(sayugialah engkau dan pengikutmu membiasakan diri masing2 dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah2) yang berat (kepada orang2 yang tak bersedia menyempurnakannya) [Al-Muzammil:5]

kata Imam Malik lagi:
ilmu semuanya adalah berat khususnya sesuatu yang akan ditanya mengenainya pada hari kiamat kelak..

Imam Sya'bi ditanya tentang sesuatu masalah lalu dia menjawab: aku tak tau
maka dikatakan kepadanya: apakah kamu tak malu berkata sedemikian sedangkan kamu faqih di negara iraq ni?

maka dia menjawab:
tetapi malaikat tak malu untuk berkata "kami tak tahu" sepertimana yang dirakamkan dalam Quran yang bermaksud :
Malaikat itu menjawab: Maha Suci Engkau (Ya Allah) kami tidak mengetahui pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami.. sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana [Al-Baqarah:32]

berkata Imam Malik:
apabila para sahabat Nabi SAW merasa sulit dalam menjawab sesuatu permasalahan, dan salah seorang daripada mereka tak menjawab dalam sesuatu masalah hingga dia mengambl pendapat sahabatnya yang lain sedangkan mereka itu dikurniakan petunjuk dan taufiq beserta bersihnya jiwa mereka.. bagaimana pula kita yang dipenuhi dosa-dosa dan kekotoran dalam hati kita..

wallahu taala a'la wa a'lam

kesimpulannye mudah je.. kalo tau kata le tau.. jangan sorok ilmu yang ade.. tapi pastikanlah ianya benar2 sohih.. kalo dah tak tau jangan pandai2 la nak kate tau nak main agak2 belah situ agak2 belah sini.. pandai2 plak nak wat ijtihad seniri ikut pemahaman sendiri yang dangkal.. jangan sesukahati nak bagi fatwa macam nak bagi petua.. sebab memberi fatwa itu tidaklah semudah memberi petua.. dan fatwa itu sendiri bukanlah petua.. oke sekian dimaklumkan.. sebagai peringatan buat diri seniri yang dhoif ini jua..

dalam siri pengajian bersama fadhilah al-mufti jumhuriah misra al-arabiah Alim Allamah Syeikhuna Syeikh Ali Jumaah beberapa minggu lepas di masjid Al-Azhar juga ada menyebutkan sedikit perkara yang berkaitan dengan ini..

dalam pengajian tafsir Surah Al-Maidah di waktu itu.. antara apa yang fadhilah al-mufti terangkan ketika mentafsir ayat ke 4 daripada surah tersebut.. kalimah (yasalunaka) yang membawa maksud (mereka bertanyakan kepadamu wahai Muhammad) terdapat jumlahnya sebanyak 13 kali disebutkan didalam Quran.. menunjukkan bahawasanya sepanjang 23 tahun Rasulullah menyampaikan syariat, hanya 13 soalan yang dirakamkan oleh Allah dalam Quran.. bagaimana pula dengan kita sekarang ni? sangat2 berbeza.. zaman Nabi cuma 13 soalan sepanjang 23 tahun penurunan Quran.. kita pulak? beribu2 soalan dalam sehari datang ke Darul Ifta' Al-Misriah.. memang jauh beza..huhuhu..

pengajian tafsir bersama mufti mesir Syeikh Ali Jumaah

sekian dulu wat masa ni.. masih jauh lagi perjalanan ana ni untuk melengkapkan diri dengan ilmu2 Islam agar dapat membantu masyarakat semua pabila pulang ke tanah air kelak.. doa2kanlah ana senantiasa yer.. Allahumma faqqihna fiddin wa'allimnatta'wil.. waj'alna minal ulama'il 'amilin.. ameen ya rabbal alamin..

Currently have 4 Kata Komenan:

  1. "sangat2 berbeza.. zaman Nabi cuma 13 soalan sepanjang 23 tahun penurunan Quran" sedikit ralat, 13 yg dirakamkan didalam al-Quran. bagaimana dgn soalan yg BANYAK dirakamkan di dlm HADIS? Ini bermakna spnjang 23 thn tu,bukan 13 soalan shj ttapi lebih..wallahu a'lam

  2. salam alaik ya pamie,

    mm, in my opinion, anta xde pon kuarkan fatwa. insyaAllah, kami sume paham yang nta juz nak share, kan? berdasarkan ilmu yg ade, nta jwb. kalau tatau, katakan tatau, kan?

    ade sorang forumer ni tak puas ati dgn org yg berlagak jd mufti, ana paste kat blog ana:
    http://empoweringhearts.blogspot.com/2008/12/jangan-berlagak-jadi-mufti.html
    tp, forumer tu emo sket la pulak. huhuuu~.

    wallahua'lam.. ma'assalamah..

    p.s- ana tak rase nta berlagak jd mufti, tapi atas dasar tggjwb share ilmu. syukran!

  3. anon:

    terima kasih..btullah tu..ana sokong juga..kalau 13soalan je semate,tak mungkin la Islam dpt difahami dengan syumul kan..cuma ana tak niat nak bawak skop hadis kat sini..ana cume sebutkan yg dirakamkan dlm Quran ada 13soalan..ape tujuan Allah memilih 13soalan ini,kerana ianya merupakan soalan yang diajukn kpd Nabi tapi Allah sendiri yang jawab..fatwa terhebat dari Yang Mensyariatkan..adapun hadis adalah sumber kedua dlm pensyariatan..apepun,terima kasih kerana cakna.. :)

    sharing:

    btul la tu,terima kasih kerana memahami..name fahmi jugak ke?hehe..gitula niat asalnye..kongsi2 ilmu sekadar yang tau..tapi risau jugaklah kan..sebab yang bertanya ramai..ilmu kite pulak baru takat jadi tukang sapu kat pejabat mufti je..rase takut2 jugak lah kan takut tesalah2 bagi jawapan..hehe..

  4. huhu..alhamdulillah,ismi laisa fahmi (uhuk, btol ke? dh 5thn tggl barab). atau dlm bahse german:watashi wa fahmi janai desu.

    mm, makanya, tnye la ramai2 ulama'. jgn tnye sorg jek. honto desuka?


Leave a Reply

There was an error in this gadget