Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Monday, July 28, 2008

Sape Nak Blajo Wat Blog Angkat Tangan

Posted by The Pamiesz® | Monday, July 28, 2008 | Category: | 0 Kata Komenan

salam sume~
posting kali ini adalah diciptakan khas buat mereka yang mempunyai kaki..kaki ape? kaki2 yang seperti berikut adalah kaki2 yang dimaksudkan itu:

1. kaki2 tenet..(jenih yang dalam 24 jam yang beliau ada, 23 jam 59 minit beliau abihkan masa depan tenet menenet..)
2. kaki2 blog..(jenih yang suke merepek tentang diri sniri dan masyarakat sekeliling dalam blog jua yang tak rajin merepek tapi rajin baca orang lain merepek dalam blog..)
3. kaki2 pukul..(jenih yang slalu pukul orang len bile beliau sniri tak reti nak wat blog tapi suke nasabkan kesalahan kat orang len yang reti wat blog tapi tanak ajo camne nak wat blog..)
4. kaki2 perfection taste (janji ade blog dahla tapi jenih kaki yang ni tanak yang simple2 nak yang perfect dan takde orang len yang wat blog macam beliau wat..)
5. kaki2 cuba try test (jenih yang suka mencuba benda2 baru jua benda2 lama yang beliau sniri tak tau jadi bagi beliau baru la tu..)
6. kaki2 yang tak reti putus asa (jenih yang bila memblog tapi takde sorang pun masuk blog dia tetap tak rasa pape perasaan nak delete blog tu..)
7. kaki2 glemer (jenih yang ni nakkan nama semata2..bila blog glemer bangga tak memasal pasal 50ribu orang visit beliau punye blog padahal beliau sniri yang set counter bilang pelawat blog start from 50 ribu..)
8. kaki2 yang berbau stokin (jenih yang ni gerenti stokin tak penah basuh sejak beli 18 taun yang dulu)..
9. kaki2 dakwah (jenih yang ni bagus..ingin memanipulasikan teknologi semata2 untuk kemajuan Islam..sebenarnya aku harap tergolong dlam golongan ni la..insyaAllah..)
10. kaki2 judi (renti2kanla bejudi tu..buang masa buang duit buang pahala..baikla buat blog..)
11. kaki2 botol (sambil2 menaip blog minum berbotol botol air mineral..bagus untuk musim2 panas ni..demi menjaga kesihatan ginjal..)
12. kaki2 tpu (kalau dah buat blog janganla menipu buh cite2 gosip la ngumpat2 la tipu2 orang la..dosa tuh..)

jika anda mempunyai salah satu atau salah dua atau salah tiga atau salah pat atau salah lime atau salah nam atau sampai slah doblas atau anda mau tambah lagi kaki2kukukakiku sampai bape ratus juta kaki ikut suka lah..maka silalah baca posting ini..ngeh3..

actually ana akan pecahkan tutorial blog ni kepada beberapa part..kita start from the basic k..ana akan cube update dari masa ke semasa..insyaAllah biiznillah..dan ana bukanlah seorang yang pakar dalam bidang memblog ni..goblog lagi sebenarnya..[goblok cakap jawa ape maksudnye?bukan bodo tak memasal k..jahil skit2 je..jahil la kene blajo kan?everyone start from zero rite?]

becakap tentang sejarah ana memblog..ana mula menseriuskan diri ana yang jarang sekali serius ni dalam bidang blog ni hanya pabila ana berada di mesir..actualy daripada malaysia lagi tingin nak wat blog..tapi dok tahu starang..dok reti kebende..tanye2 orang sume tanak ajo..sume ngaku tak tau..[tanggung la korang bahana menyorokkan ilmu..kitman!] jadi hasrat tu terpendam jela dalam lubuk hati ana yang lebih dalam daripada lubuk tupah ni..hinggala ana berada di mesir..alkisahnya member lama ana teman semerempit masa zaman skolah dulu telahpun masuk MMU..nak sebut ke name beliau? tak payahla..kang beliau bangge plak..kita panggil beliau shamama je..takyah buh name penuh..sat gi beliau plak yang glemer di blog ana..tenggelam lak populariti ana yang tak brape nak populer ni..[tolong la weh aku bukan gile glemer] shamama ni pada suatu hari beliau mempromot kat ana yg beliau telahpun mengetest2 buat blog..dan meminta ana mengomen hasil kerja beliau..ana bukak dan ana terus terpegun dengan blog beliau yang kononnya amat mengancam pada masa itu..[padahal biase2 je..tak best mane pun..hahaha jgn marah sham..] lalu dengan excitednya ana meminta beliau jangan sep ilmu dan mengongsikannya dengan ana..dia tanpa banyak cakap dan berdolak dalih terus mengajar ana cemane nak buat menatang yang dinamakan blog ini..dan sedikit basic cara2 camne beliau mengetemplatkannya..[ape punye bahasa tah aku pakai ni..kalau dewan bahasa dan pustaka nampak ni mau kene saman..huhu..] sekalung tahniah ana ucpkan pada beliau kerana sanggup dan sudi mengajar ana yang dhaif lagi jahil ini..[tahniah pebende lak aku nak cakap time kasih..hahaha]

pamie..plis jangan cakap banyak..sudah2la..kate tadi nak ajo wat blog..ni cite ape lagi panjang2? takkan nak tunggu keyboard ni hinggap kat kepala tu? hah? tak cukup keyboard? nak kene baling cpu ke? [mesti korang cakap camni dalam ati kan?kan?ngaku jela yang korang memang tak suke aku taip panjang2..hahahaha] lets get started!

blog ni ada banyak domain..2 domain paling glemer dalam dunia blog adalah blogspot dan wordpress..tapi ada jugak domain lain yang tak berape nak berjaye masuk ranking macam blogdrive.. bloghang.. bloggingsambiljoging.. blogaritma.. bloggyandthecockroaches.. goblok..dan lain2 lagi..dengan itu ana memilih tutorial blog ini berdasarkan domain blogspot dek kerana ana mahir sikit [sikit je pun tak payah la belagak teraa] dalam blogspot berbanding ngan bloghang blogaritma blablabla apekebendejadahtah tu..jadi kalau tingin nak wat kat wordpress ke ape ke tanye kat orang len la eh..ana leh ajo blogspot je sebab tu je yg ana tau..hok lain2 tu dah tak tau takkan la nak ajo bende yang tak tau kan? apekah?

kita mulakan..bismillahirrahmanirrahim..bende yang pertama skali anda kene ada adalah akaun email kat gmail..sila buka http://www.gmail.com dan tanpa segan silu silalah mendaftarkan akaun anda disitu dengan jayanya..jika anda telah pun ada akaun email kat gmail..dok dendiam dan jangan lupa username ngan password pulak..[kang kalo tu pun nak tanye aku sila lepuk lutut anda seniri dengan monitor 22 inci sehingga skrunya longgar..aku maleh nak layan kes2 kecik camtu..haha..]

setelah ada akaun email di gmail.. sila buka http://www.blogger.com maka anda akan mendapat paparan seperti ini..


murid2..tengok gambarajah dibawah ni yee..cekgu dah tandakan merah pada tempat2 yang perlu diberi perhatian..segala yang perlu dilakukan akan diterangkan dibawah gambarajah..jangan conteng gambar yang cekgu bagi tu yee..kalau tak cekgu rotan tapak kasut awak sumee sebanyak 19 kali beturut2 tanpa henti~


1. isikan username iaitu email yang telahpun korang punyai sebelum ni..contohnya emel ana kat situ blogpamie@gmail.com jadi cuma isikan blogpamie as username..
2. sila isikan pasword email korang tadi kat dalam kotak password..
3. tekan create your blog now..


1. kat bahagian display name ni bubuh la name yang korang nak kuar sebagai nama penulis posting yang akan korang postkan pada tetiap posting yang akan korang postkan sebagai posting postmen postoffice postkod postmortem dan lain2 post yang ada kat dunia ni..
2. tandakan rait pada jawapan yang betul..mane de jawapan btul salah kat situ..tanda je la rait kat i accept tu..tanda korang stuju ngan apa yang korang sniri isi..kalo korang snri tak stuju sampai bile pun tak jadi blog tu..
3. proceed dengan menekan butang continue..


1. buh la tajuk ataupun nama blog korang yang korang idam2kan selama ni..contohnye: blogku yang hampeh ke..ataupun aku seorang manusia ke..ataupun jangan baca blog aku ni ke..ataupun aku seorang blog ke..ataupun blog ni bukan blog bapak hang ke..ikut suka la..blog korang bukan blog aku..hahaha..
2. buh satu nama yang akan jadik korang punye address ataupun url untuk orang masuk blog korang..cam blog ana ni ana daftarkan atas nama http://blogpamie.blogspot.com jadi ana buh blogpamie kat dalam kotak tu..
3. untuk memastikan nama kita tu masih takde sape yang guna..tekan la check availability tu..kalau dia kata takleh pakai..tanda dah ada orang lain yang guna adress tu..tukar la lain..macam la takde nama lain..yang nak sama nama ngan aku tu jugak apekehal?


1. bila dah kompem takde orang pakai nama tu..tanda kita buleh pakai la nama tu..dia akan tulih this blog address is available..
2. maka teruskanlah proceed dengan menekan butang continue..


seterusnya..anda akan diberi pilihan templat basic ataupun design2 asas pada blog anda..pilihla yang mane kaler berkenan..ade orang kenan kaler itam..buh la itam..ade yang kenan ijo..ikut la citarasa memasing..kalau tu pun nak tanye pendapat aku aku ketuk telinge kome ngan headphone..bile dah pilih..tekan la butang continue..


dia pun kate blog kome dah siap dicipta..tekan la pulak stat memblog..tunggu ape lagi..dah 90% siap dah tu..sikit lagi..jangan bangga dulu..sabo2 la dulu..kot iye pun..tak menyabo..kang aku pelangkung siku tu ngan sesiku L kang tau plak nangeh..ce bawak2 besabo..


1. dengan ini anda dikehendaki mengepost posting yang pertama..sebagai step akhir sebelum blog diview..pada bahagian title buhla tajuk posting korang yang korang nak pos guna fedex tu..[Us Aidil sila jangan rasa bebulu mendengar perkataan fedex..hehehe..]
2. ni toolbar macam ms word tu..untuk edit2 posting korang tu la..nak tuko font ke..nak kekiri kekanan ke..nak buh gambo ke..bideo ke..sini la button2nye..
3. tulis la ape2 yang korang rasa nak luahkan kat sini..nak luah ke nak ludah ke nak muntah ke aku tak care..dok amik cakne..ikut ah gane2 pun..
4. ni bahagian kategori..korang isi la kot2 dikendian hari nak asingkan artikel2 korang ikut kategori..kot2 blog korang ni banyak sangat jenis artikel kan..ada yang ilmiah..ada yang merapu..tanak bagi campo2..so kat kotak ni la korang nak letakkan kategori tuh..supaya mudah sok pembaca nak cari artikel ikut selera diorang..
5. siap sedia untuk dipublish dan disiarkan dikhalayak ramai..


dia pun kata blog ko dah pun tersiar..sila tekan view blog tanpa segan silu dan malu2 kucen dikejar kamben..kalau nak dia bukak ikut window lain tanpa kaco window yang sedia ada..silalah tekan in a new window..


siapla menatang yang dinamakan oleh orang ramai sebagai belog~ pasni baru la korang leh bangge ngan blog korang yang dah wujud dalam alam semesta nih..satu dunia beb baca blog korang ni..mau tak bangge..[padahal kosong lagi tu..biokan jela..baru nak sonok janganla potong stim kasik lemah semangat dorang plak..] bravooo~ bravooo~ tahniah kerana anda sudahpun mempunyai belog~~

cukup dulu stakat nih..sebagai asas..insyaAllah kita sambung dalam siri2 yang akan datang..slamat membelog pada mereka yang baru je nak menceburi bidang belog membelog nih..ahlan2~ (^_^)

Friday, July 25, 2008

Zekrayat 200GB

Posted by The Pamiesz® | Friday, July 25, 2008 | Category: , | 2 Kata Komenan

salam sume kengkawan..
rasa nak hapdet lagi..ngape ntah rasa nak menaip je..biar la..sementara tengah ade masa nak hapdet..sok luse terasa macam blog ni dah nak kene tinggal besawang buat smentara waktu..

untuk posting kali ni ana nak cite sket pasal satu kejadian yang menimpa ana pade minggu lepas.. pada hari itu.. sedara aminuddin datang daripade mansurah dan beliau telahpun membawak sekeping harddisk yang bogel tanpa seurat benang pun untuk tujuan menyedut bahan2 melagha yang terdapat dalam harddisk ana nih.. dipendekkan cerita harddisk tu ada something wrong dan setelah ana mencucukkan beliau pada kabel ide cpu ana ni.. something wrong tu telahpun menjadi twothing wrong.. cpu ana tak dapat detect beliau dan juga secara otometik tanpa diketahui sebabnya beliau juga tak dapat mendetect haddisk ana yang bernilai 200gb.. ana dah jadik tak tentu hala.. haddisk tu adalah haddisk yang paling ana sayang seumur hidup ana.. 200gb tu penuh dengan gambar2 kenangan ana spanjang 3 taun kat kusza jugak gambo2 family jugak gambo2 sepanjang permusafiran ana dan kengkawan di mesir ni..overall gamba2 tu semua ada la dalam 30gb..selebihnya lagi 170gb tu pulak penuh dengan video2 dan audio2 ceramah.. daurah2 kitab.. kitab2 pdf.. dokumentari.. koleksi jejak rasul.. dan len2 bahan ilmiah yang ana sangat2 laa sayang..

[setelah melalui percubaan repair yang pelbagai] last2 kesimpulannya dedua harddisk tu corrupt dan kene format.. tak dapat diselamatkan.. ana down gile2 punye la masa tu.. sedih gile.. ana kumpui sedut2 ceramah2 tu sume sejak dari kusza dulu tu.. nak sedpkan ati ceramah tu mungkin la bleh cari balik kat kengkawan yg ade kat mesir ni.. tapi gambo2 yang 30gb tu sape yang ade.. akhirnya kekecewaan menyelubungi diri ini tanpa ada siapa yang datang memujuk hati yang lara ini.. petang itu jugak ana memulakan projek mengontek kengkawan yang berkemungkinan masih ada menyimpan saki baki gamba2 dolu kala jua ceramah2 yang sempat dorang copy.. lalu ana gi la umah KL untuk mengutip sikit gambo yg ade pada laptop nik dan laptop os.. ternyata mereka menambahdownkan ana dengan mengimbau kenangan2 manis yang hilang bersama2 gamba2 dalam haddisk ana..

"sayaang gile..gambo2 ko konvoi ramai2 nek moto balik cuti sem tganu balik teluk intan tuuu..bukan senang nak dapat kenangan tuu..~"
"gambo2 janda kesayangan ko 125Z bermacam kaberset dulu tu semua ilang skali kan?sedihnyeeee~"
"family ko reramai ade kumpul sekali masa raya aritu kan? tahun tu je satu2nye family ko semua balik dan tangkap gambo ramai2 kan? perggh...sayang gile gambo tu ilang tuuu~"
aaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrgggghhhhhhhhhhh~~~~~~ diamlahhhhhh~~~

dorang bukannye diam.. tambah gelak lagi ade pastu.. tekang btulla aku..

"ko dah tanye pett ke kot2 die ade copy gambo2 ko tu sume ke..mane la tau kan.."
"aku tak tanye die lagi..die demam tadi..tido je dalam bilik..tengokla balik kang aku tanye..harap2 ada la die copy.."

keputusannya? alhamdulillah.. balik tu ana tanye pett.. tak disangka2.. pett ada copy gamba2 tu sumer masa haddisk dia pernah mengalami masalah yang sama dulu.. nasib baik beliau tak copy pilih2 gambo beliau je.. 1 folder ana yang 30gb tu beliau copy.. tapi gambo mesir yang baru2 ni takde la.. tak kesah la.. bile dengo beliau ada copy yang lama2 tu pun ana dah ckup lega dan ilang segala keresahan dan kesedihan.. lalu beliau pun berpesan..

"tu la kita ni kalau ada benda2 baik ni kene kongsi ngan kawan2.. takleh sep simpan sengsorang.. incase jadik camni kan kite perlu pada kengkawan jugak.." satu moral yang baik ana dapat hari itu..apepun time kasih bebanyak la pett kerana telah mengopi gambo2 tu sume..

jadi dikesempatan mengingati kesyukuran ana terhadap gambo2 yang sempat direcover nih.. ana nak share sikit ngan kengkawan versi zekrayat (kenangan) gambo2 lama yang mengimbau kembali kenangan2 yang senantiasa membuatkan ana tersenyum pabila mengenangkannya.. :)

GALERI ZEKRAYAT 30GB
___________________


Galeri Zaman Persekolahan

kelas 5as..5 agama sains..the best class in semarak 4 2003 spm batch..kelas yang pegang rekod terbanyak best student dan jugak rekod paling kuat ponteng kelas..haha..agak2 sape leader bab2 ponteng memonteng ni?cube korang teka..ngeh3..kemane ntah sume kekanak ini menghilang..ada yang dah kawen..ade yg dah keje..satu hari nanti kita wat reunion balik eh kengkawan sume..

ni gambo persatuan bahasa arab..masa ni aku ajk je..tak aktif mane pun pesatuan ni..tapi bes la..sebab aku minat arab kan..tapi dalam tak aktif tu pun dapat gak anugerah pesatuan paling aktif..pelik gak aku..ngeh3..pencapaian terbaik aku masa dalam pesatuan ni adalah mewakili daerah dalam syarahan bahasa arab ke peringkat negeri..pastu aku saje2 wat kalah..bukanpe..takut riak lak nanti..tu saje bg kalah..ngahaha..

ni muka2 adhoc dan fasilitator mukhayyam tarbawi..kepimpinan yang mantopp..ni aktiviti tahunan rancangan khas agama semarak..antara yang terbaik yang pernah kami lakukan sebagai sumbangan kami bekas2 pelajar terhadap adik2 junior..dan sebagai tanda membalas jasa ustaz2ah yang tak pernah mengenal erti jemu mendidik anak2 RKA..

reunion kejap ngan kengkawan kat umah cikgu Roslina lepeh memasing wat hal memasing pas SPM..muka mulus je seko2..kalo tengok skang mesti sume muke gatey2..haha..

ni la ustazah Zakiah..ustazah yang banyak tolong kitorang dalam mencambahkan bibit2 kecintaan pada bahasa arab..beliau ajar kitorang 2taun je..form4 ngan form5..tapi dalam 2taun tu sangatlah banyak input yang beliau terapkan dalam diri kitorang baik dari segi pembelajaran bahasa arab mahupun didikan dari segi akhlak..dan..ustazah ni jugaklah yang bersama2 aku bersubahat dalam aktiviti memonteng kelas..ngahahaha..bes gile ponteng masa tu..jenayah kolar putih punye..bersih telus dan dijamin selamat dari cekgu disiplin..aku kalo monteng aku gi lepak kat meja ustazah ni la..ajak2 beliau sembang sampai beliau sniri pun telupe nak gi kelas beliau..jahat betoi aku diketika itu..[diketika ituu..] huhuhu..

ni ustazah nawal syifa..beliau adalah antara yang terawal yang menjadi faktor kenapa kami meminati bahasa arab..walaupun beliau sangat banyak pantang larang terutama ketika beliau sedang pantang..saya pantang betoi awak besembang belakang! saya pantang betoi awak tak siapkan keje saya! saya pantang betoi awak tak hapal pekataan yang saya bagi! saya pantang betoi awak tak garis tepi! saya dah lah tengah pantang nih!~ walaupun kitorang belajar dalam berpantang larang..namun beliau sangat berdedikasi dalam mendidik kekanak rebina ini menjadi manusia yang sangat jua mencintai bahasa Al-Quran ini..jua antara sebab kekanak ini meminati subjek ini adalah dek kerana beliau jela ustazah muda yang ada masa tu dan beliaula yang paling cun menyebabkan kekanak ini [termasuk aku ke?hahaha] bersemangat sungguh tetiap kali kelas bahasa arab ada..ngahahaha..


Galeri Zaman CUDIPT

ni antara keje2 mengarut dan melagha yang kerap dilakukan oleh lughawiyun yang sebenarnya adalah laghawiyun yang sering dipandang serong oleh bebudak kos2 lain yang skema2..ngeh3..nak wat camne beb..dah bebudak lughah ni sume babil2 belaka..[bunyik cam mencarut..tapi sebenonye bukang..tu bahse ganu tu..maksud ye degill..ngeh3..] takde pepatah "apa orang nak kata" yang tersemat dalam kamus hidup beliau semua ini..sebaliknya yang ada dan tersemat kemas hanyalah "aaaaah pedulikkan semua ituuu~"

kejadah ape melompat depan library? nak sangat jadik model..kesian btol aku nengok kanak2 ini..[apepun aku tetap paling hebat sebab berjaya melakukan lompatan tertinggi diketika itu..ngeh3..]

ni la aktiviti aku dikala cuti semester kolej berlangsung.. tetiap petang ngan malam jadik guru kafa melayan karenah budak2 yang teramatlah nakalnye bagaikan muke seko2 asik mahu meminta pelempang berulang2 kali daripada tanganku yang sentiasa ku tahan dan kusabari daripada melakukan sebarang onar itu..

sempat aku keje kat tempat ni seminggu..gaji kat paminyak ni adalah antara yang termahal..tapi aku mampu bertahan seminggu je dek kerana bos cine botak ni yang macam haram tidak membenarkan pekerja2nye semayang jumaat..cilak btul..abes anak2 mlayu yang reramai keje situ sume lebuh belaka smayang jumaat..dah duit pnye pasal..dorang sanggup menggadaikan agama..aku idak le..apepun sepanjang seminggu aku keje sini banyak gak pengalaman aku dapat..jumpe memacam jenis orang..paling bes yg tak akan aku lupe adalah sorang apek cina yang menunggang honda bulat c50 yang merupakan pelanggan tetap stesen minyak ni..tetiap hari dia isi minyak tapi tetiap kali bukak tangki dia dah penuh..walau bagaimanapun dia tetap suh isi..bangang plus bongok punye apek..kengkadang sampai melimpah..dah melimpah pun harga minyak yang dia isi cumala 30sen..manela tak panas hati..kengkadang 50sen..abis2 banyak pun 70sen..penah sekali aku nak wat tatau kat apek ni lalu disound oleh pekerja lama yang mengatakan apek ni ada hubungan rapat ngan bos..jikalau membuat hal dengan dia maka bos akan memaki pula kita..jadi kesimpulan yang mereka buat sila layankan saje apek tersebut membangangkan diri..huhu..tak tau la aku apek tu idup lagi ke tak skang ni..


Galeri Zaman Mat Rempit



kenangan yang kurasakan paling best berkonvoi reramai pulang ke kampung..letih tapi sangat menyeronokkan dan memuaskan..10jam perjalanan tak terasa dilalui..gamba ni masa relekkan tangan dan kaki yang dah lenguh2 dan sengal2 ubi dan jua merelekkan enjin moto yang dah mengelegak jua tayar moto yang dah berasap2..tempat ini pasti wajib menjadi destinasi rehat rider yang lalu dijalan kat grik ni..kat atas puncak ni anginnye sangat sejuk dan nyaman..tambah2 lagi kalau tengah time berkabus..saat2 yang paling best dan menyeronokkan..main lap kat selekoh2 kat sini..tetiap kali nak balik aku bersedia mengetatkan handle supaya mudah melakukan lap maut disitu..alhamdulillah la aku lap2 tu tak sampai maut lagi..muda2 blehla..skang dah tue2 maleh dah men moto ni..kalo nak layan pun..drift pulak la..ngeh3..

ni la janda aku..name beliau AEN5738..skang dah kawen baru dah..beliau kawin ngan sepupu aku..naim..sob..sob..sedeh hati ini mengenangkan kenangan yang telah kita lalui bersama sebagai laki bini..haha..kaberset asal masa beli moto ni kale biru putih..seminggu dua pas beli moto ni aku terus tembak snri kaberset ni jadik kale itam..masa ni takde lagi orang pakai set kale itam..bangge aku kerana mempunya bini yang berkulit gelap..haha..

diatas ketidaktersengajaan seorang kawan..beliau telah menyebabkan bini aku diketika itu cedera parah dibahagian set belakang setelah mengalami kemalangan eksiden ngan kete wira apek mane tah..lalu aku pun mengepau set belakang kaler putih milik shamama yang diketika itu membeli set baru bewarna biru..smart jugak..kale putih kuning itam..baru la perak beb..kejo yop kejo..ngeh3..

ni adalah set terakhir yang aku pakai sebelum beliau diceraikan dengan talak 1..set full silver..beliau dipinang oleh naim dengan hantaran sebanyak rm3500..abah aku membuat keputusan untuk menceraikan beliau dengan aku setelah aku membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke mesir..apepun nikah ini bukan nikah mut'ah..abah aku tak sanggup memelihara beliau apabila aku tiada dimalaysia..sebab tu la abah suh ceraikan..maka dengan itu menangislah aku dek kerana biniku dikahwini oleh orang lain..ngahahaha..tp no hal je..anytime aku nak kuo dating ngan beliau bebile nanti bleh je sebab spupu aku tu dok dekat je pun ngan umah aku..tak jauh mane..pinjam jela..ngeh3.. [mak aku slalu ngamuk sebab bini aku ni suke kencing minyak 2T atas kapet..(tangki 2T bocor) aku dah suh beliau pakai pampers tapi beliau kate tanak..beliau bukan budak2 lagi..katenyeh..hahaha..]

ni pulak bini kedua aku..nama beliau ABD3420..beliau ni asal2nye enjin dah nak gugor dah..kelajuan maksima yg beliau mampu capai hanyala sekitar 40km/j..bila mencecah saje 45 atau 50 maka seluruh badan beliau akan mengalami parkinson..dek kerana kesiankan beliau aku pun membawak beliau ke hospital pakar dan mengubati beliau dengan rawatan khas sehinggalah beliau berjaya mencapai kelajuan 80km/j tanpa gegaran..aku juga sangat sayangkan beliau yang kini terlantar setaun kat dalam stor akibat takde sape nak guna beliau kat umah tu selepas keberangkatan aku kemesir..

beliau pernah kubawa menjelajah daripada teluk intan membawak ke shah alam membawak ke KL membawak ke serdang membawak ke negeri smilan terus membawak ke melaka..power jugak la kapcai ni dalam roboh2 enjin pun..ngeh3..tapi dengo2nye beliau ini akan diserahkan tak lama lagi ke anak buah aku kat pahang yang baru je amik lesen..nak wat kenderaan ke sekolah katenyeh..tak kesahlaa..baguih gak..tolong jaga moto yang acu mekap dan bikin tu ye..takde la beliau kesunyian lagi terlantar dalam stor..hehe..


Galeri Personal Photo and Family

ngahaha..muke skema gile..tapi aku memang skema kan?kan?aku tak reti ngarut2 kan?kan?cakap pun bende2 serius2 je kan?kan?

sepanjang aku memiliki lesen P banyak kali jugak aku eksiden tapi aku berjaya melepaskan diri dari dimerit oleh encik pulis..dengan cara apa?rasuah?oooh tidak sekali kali..

dah dapat lesen full takpenah lagi aku eksiden..alhamdulillah..harap2nye takde la aku eksiden sampai bile2..anyway..aku ni pemandu berhemah sebenarnye..[ke pemandu berkhemah?]

haha..ni muke masa form bape tah aku pun tak ingat..mulus kan?nampak suci je..haha..

ni antara anak buah yang rapat ngan aku..nama beliau balqis munawwarah..orang panggil baby je..anak akak aku..otai beliau nih..kat tadika dia la leader..temasuk mengarah2 bebudak laki membuat itu dan ini..haha..pepetang beliau ini suke mengajak aku membawak beliau nek moto jenjalan pusing taman..

dan..akhir skali..inilah gambar raya dimana smua family aku adik beradik dan juge cucu2 mak bapak aku balik bekumpul dan tangkap gambo bersama2..taun2006..dua taun lepeh..sayang gile kalo gambo2 ni ilang..apepun..syukur alhamdulillah semuanya masih ada.. :)

cukup la dulu untuk zekrayat kali ni..pueh dah ana menyerongen sensorang depan pc masa duk belek2 gambo2 nih..ate ngkome tau ke menyerongen tu kejadah hapenye?menyerongen tu maksudnye sengeh2 le..bahse perak tu..hehe..petang ni nak balik kaherah dah..jadi blog ni akan dibiarkan bersawang wat sementara waktu..layankan jele ape yang ade iye..ngeh3..sebagai penutup..tadi ana baru je dapat 1 emel daripada sahabat..katenyeh mari kita hilangkan stress same2.. lawak gak dialog2 nih..jenih cakap sume tringin nak jadik loyar.. ngeh3.. apepun.. layankann~hingga bertemu lagi dimasa2 akan datang.. yang penting.. hepi2 slalu.. senyum2 sokmo.. (^_^)

HEBAT DAN TERER

Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI

Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU

Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT

Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. "Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat."
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU

Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu" dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya dimasuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : "Ada masaalah apa ....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : "Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge, anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : Huh

p/s : Mulai hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2..

Thursday, July 24, 2008

Perubahan Membawa Kemajuan

Posted by The Pamiesz® | Thursday, July 24, 2008 | Category: | 0 Kata Komenan

salam sume~
saje nak bagi info blog updates sket..
ape yang berubahnye dalam blog ni?tak banyak pun..ade la sikit2 tambah daripada blog updates yg dulu tu..apepun setiap perubahan yang berlaku mesti ada efek kan..diharapkan perubahan ataupun lebih tepat penambahan ni akan membawa kepada kemajuan..baik kemajuan pada blog ini mahupun kemajuan pada penulis blog sendiri..

What's new?

1. HEADER
bosan lak rase tengok header lame tu..tuko la baru..tapi tetap ade budak cume kali ni sensorang la takde berteman..nak menandakan ana pun macam budak tu jugakla..keseorangan dan kesunyian tanpa teman..walaupun alam sekeliling amat indah..namun pabila diri kesunyian..alam yang indah turut kurasakan hambar..sob..sob..ngahahaha..[kawen..kawen..aku kata kawen~ hahaha]
korang rasa header mana lagi bes? ni header lame..


2. BANK OF ARTICLES
memandangkan dalam haddisk ana ni telampau banyak artikel2 yang ana simpan ntah daripada mana2 yang ana kutip ana pun tak tau..jadi terasa macam sia2 pulak jika dibiarkan ianya begitu sahaja tanpa dibaca oleh ana mahupun dibaca oleh orang lain..atas inisiatif itu ana pun membentuklah sebuah lagi sub-blog pada blog ini yang dinamakan dengan مجموع المقالات والرسائل ataupun Bank of Articles yang mana ana cuba upload sikit demi sedikit artikel2 yang ade ni kedalam blog tersebut..kenapa nak kene buat satu lagi blog? saje jela.. sukati aku la..aku punye blog..hahaha.. takdela.. saje je nak asingkan artikel yg ana sniri tulis dengan artikel orang lain.. hehehe.. apepun.. sudi2kanlah menjenguk bagi yang rajin membaca tuh.. bleh klik kat button bawah ni ataupun kat tepi tu..


3. LINK SAHABAT BLOGGERS
ape kebende lagi eh.. ha.. link sahabat2 bloggers ana pun dah makin bertambah.. ade jugak orang yang bertanye.. apekehalla linkkan banyak2 tu.. semua kenal ke pun.. memang la tak semua kenal.. kalau dah tak kenal.. berkenalanla.. ape ke yang payahnye? nama pun ukhwah fillah kan.. hehehe..

4. ENTRI DAHULU KALA
ana jugak baru tambah column baru kat tepi ni..column entri dahulu kala..ana listkan semua entri2 blog ni sejak awal penubuhannya hinggalah updated pada entri2 yang baru2..bagi memudahkan pembaca nak rujuk balik entri yang lame2..kot2 la dah becerai nak rujuk balik..bleh la rujuk kat sini..ngeh3..

5. AL-WAQT KASSEIF
jam kat tepi ni pun ana baru tuko..nampak cun sikit yang ni..ada kalighrafi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam..yang penting..ijo beb..ijoo~ hehehe..

6. TOPBLOG
sebelum ni takde pun topblog ni..saje jele tambah daftar sane sini nak tengok prestasi blog ni cemane ghope..sambil2 mempromot suh orang bace blog yang ntahpape ni..haha..

7. KAJICUACA
kajicuaca kat zagzig..tempat yang ana bermukim skang nih..saje buh nak tgk suhu paneh sejuk cemane..

8. ???
tunggulaaa takkan semua nak buh sekarang..pelan2 kayuh laa..hahaha..

jangan lupee..senyum sokmooo~
(^_^)

Selamat Hari Lahir Makcik Intan!

Posted by The Pamiesz® | | Category: | 0 Kata Komenan

salam sumee~
ehem2..uhuk2..erkss..testing..tesing..123..mic ok..soundsystem ok..sume ok..lame dah tak melalak neh.. nak melalak lagi la.. korang angkat kain kat ampaian siap2 eh takut2 ujan turun lebat.. ngahahaha..

lagu pertama..mulakan ngan nadamurni..lama lagu nih..ana dah stat dengo lagu ni sejak ana kecik2 lagi..dpd kecik sampai la beso..tak jemu2 dengo lagu nih..sangatla touching~

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari

Ibu oh ibu fitrahku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga

Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami

ana tak kire..arini ana nak nyanyi banyak2 skek..korang nak dengo dengo..tanak dengo sudah..hakikatnye korang tak dengo pun kan..pasal korang baca je artikel nih..tak kuo sound pun..ngeh3..

Who should I give my love to
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to
After Allah and Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

'Cause who used to hold you
And clean you and cloth you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of
Giving all my love
Who should I think the most of
After Allah and Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

'Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to
Listen most to
Never say no to
After Allah and Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears
Knows your fears
Who really cares
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother

nadamurni dah..rasheed bhikha pun udah..skang brothers plak..suara ada lagi ke ni?serak2 basah tapi still mengancam lagi..boleh gi lagi nih..heheh..

Seorang wanita bermahkota ibu
Menggenggam jari-jari kecil
Ikatan ini tidak kan terurai
Kerna tautan ini
Tautan darah dan akidah
Dan rahmat dari Allah

Kini ibu peganglah tanganku ini
Biar ku bawa ibu menjelajah
Hasil titik peluhmu
Biar ku bawa ke alamku
Hasil ukiranmu selama ini

Dodoianmu ibu
Membina benteng pemisah
Antara yang hak dan yang batil
Membakar semangat perjuangan
Mengait kasih pada Junjungan tercinta
Tersujud lemah mengabdi diri
Kepada yang Esa

Jika belum pernah
Kau dengar ucapan terima kasihku
Ketahuilah doaku ini
Moga Tuhan menyayangimu
Seperti mana kau mengasihiku
Dari dulu hingga kini
Untuk selama-lamanya

pastu..layan aeman pulakk..suara tinggi ni..lagu feeling..tapi dah nak dekat2 abes suara layan lagu tinggi ni..tak kesah laa..dah abes suara duk dendiam pegang kibod taip entri sudahh~ tehehehe..

Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biar pun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biar pun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Kasihanilah Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

nak nyanyi lagi ke aa?cukup2 la kot.. ahli bait pun nek menyampah dah dengo ana melalak nih.. haha.. payah betul kalau orang asik nak jeles ngan suara kita yang merdu.. haha.. just nak bagitau kengkawan sume.. arini besday mak ana yang ana saaaaangat2 sayang dan rindu.. selamat hari lahir pami ucapkan untuk mak yang bernama Hjh Raudzah bt. Hj Mohamed Noor..ataupun lebih dikenali oleh orang kampung dan juga ahli keluarga dengan panggilan "Intan".. yang kini berusia 64 taun.. maafkan anak mak ini kerana tak dapat nak bagi ciuman manje beserta adiah arijadi dek kerana anak mak yang paling degil ini tak balik malaysia taun ni.. [sob..sob..huhu]

diksempatan ingatan ana pada ibu ana ini gumbiralah kiranya ana membagitaukan pade kengkawan sedikit biografi mak ana ni.. beliau dilahirkan pada 24 Julai 1944.. beliau mendirikan rumahtangge ngan ostat Hj Mohamed Amin bin Hj Nasri [abah aku le tuu..] dan dikurniakan cahaya mata hero yang degil seramai 5 orang jua heroin tunggal sorang.. menjadikan jumlah semuanya 6 orang.. 4 hero dan sorang heroin tu dah pun kawen serta dah pun beranak pinak dan tinggalla sorang lagi hero terakhir malaya yang kereputan di mesir ini.. haha.. alhamdulillah buat masa ini beliau dikurniakan 15 orang cucu.. cicit belum lagi.. dan paksu kepada 15 orang cucu mak ana ni dah tentu la ana..ngeh3.. kesian cucu2 mak ana yang 15 orang ni.. kesian sebab ape? bukan pe.. sebab dorang sume dah ada mak long mak ngah mak andak tapi maksu tak timbul2.. dorang asik tertanya2 je bila nak ada maksu.. [lari2 kut mane pun mesti nak balik pada point ni..hahahaha..] cukupla dulu sebagai muqaddimah.. kita akan teruskan pada point2 yang berikutnya tentang mak ana yang ana sangat rindui..

ni la mak tersayang.. Hjh Raudzah @ Intan.. epi besday mak~

MAK ANA SEORANG...
suri rumah sepenuh mase

sebelom kawin mak ana merupakan sorang ustazah yang ngajo kat skolah agama yang dipengetuakan oleh atuk ana kat simpang 3 bagan datoh.. masa tu dah kecoh la ura2 yang mak ana ni ramai gile orang minat.. nama beliau disebut disana sini oleh kengkawan abah ana yang bersemangat waja untuk memiliki mak ana untuk dijadikan permata hati mereka.. namun begitu mereka hanya bercakap belakang dan semua tak gentle.. cakap je berapi2 tapi tak masuk minang pun.. last2 abah ana yang takde ura2 langsung meminati mak ana tu gentleman jumpe atuk ana tu dan kabo nak ke anak die..takdir Allah menentukan mak ana ni dapat ke abah ana..ngeh3.. padan muke dorang.. tu la len kali nak mak aku masuk la minang.. sembang kemeh angin kencang je tapi pokok tak tumbang nak watpe.. hahaha.. selepas perkahwinan itu mak ana pun menjadi surirumah sepenuh masa dan membesokan anak beliau sorang demi sorang kat umah dan diberinya didikan agama yang baik dan diterapnya dengan akhlak2 yang mulia sewaktu kecik.. dah beso2 ni tak tau la melekat lagi ke terapan2 mulia beliau tu kat anak2 beliau nih.. tapi insyaAllah.. ana sniri dapat rasa didikan agama daripada mak dan abah sangat membantu dalam pembentukan peribadi ana skarang..

MAK ANA SEORANG...
yang sangat pandai masak

makanan yang paling sedap di alam semesta dan seluruh cakerawala ini jua adalah makanan beliau.. beliau sangat memahami taste ana yang menghadapi masalah kemelampuan dalam memilih makanan.. takde orang len kat dunia ni yang paham kehendak hati dan selera ana melainkan beliau.. masakan beliau yang ana tidak dapat lupakan rasanya hingga ke hari ini adalah masak kecap.. sup telo.. daging masak minyak.. dan yang paling bes.. rendang! pergh.. rindunyeee.. walaupun makanan2 yang mak masak tu simple.. mereke semua sangat sedap.. berkat air tangan sorang ibu membagi makan kat anak2 kan.. tapi namun begitu beliau terkadang berkecil hati kerana adakala makanan yang beliau masak pun dipilih2 oleh ana.. huhuhu.. nak wat camne mak.. dah tak minat sesetengah bende tu.. pami mintak mahap bebanyak yee.. saaaangat mintak maap.. huhu.. tapi masa duk betige.. mak abah ngan ana dulu.. mak dah jarang masak dah.. maleh.. masak banyak pun tak abis.. rugi je..membazir.. pengabisnye peti ais tu penuh je ngan bebarang frozen seperti contoh ayamas.. funfries.. hotdog.. naget.. dan yang seumpama dengannya.. [memang terasa jugakla makan cam omputih mase tuh..ngeh3..] selain itu dek kerana mak maleh dah nak masak.. umah kitorang juga amat penuh dengan stok makanan asasi yang selalu mak suh ana memasakkan ia iaitu megi..hahaha..[aku pakar beb bab masak megi nih..heheh..] megi kegemaran mak adalah perasa asam laksa.. juga kegemaran ana.. malangnye kat mesir ni takde perasa asam laksa tu.. telupe lak nak bawak bebanyak aritu.. megi telah menjadi makanan asasi rumah kami sehinggakan kelajuan habis stok megi sekaton adalah lebih laju daripada habisnya stok beras sekampit yang ada dirumah tersebut.. [ada stengah orang kata tak elok makan megi.. tapi aku dibesarkan dalam keadaan megi merupakan makanan asasi aku.. nak wat camne..patutla rambut dan bulu kaki aku cam megi.. hahaha..]

ngan mak makan eskacang paling feeling kat teluk intan kat restoran mutiara kat jambatan sg jelawat..

MAK ANA SEORANG...
yang tak suke bisin2

biasa dalam rumahtangge antara mak ngan abah mesti ada sikit pro dan kontra.. kalau mak seorang yang suke potpet2 abah mesti pendiam.. tapi kalau abah plak suke potpet2 mesti dapat mak yang pendiam.. mak ana ni kategori yang maleh nak kecoh2.. kalau ana membuat sesuatu perkara yang saje2 mencarik pasal menyebabkan abah ana bisin.. maka mak ana akan tarik ana dan basuh ana dulu seblum abah basuh ana..
"yang ko pegi cari pasal dengan abah tu apasal..kang bising laa orang tua tu..mak tak larat la nak dengo dia membebel..ngko bila dia membebel ko gi lari kedai wahab makan roti canai..abes2 kang mak jugak la yang tadah telinge.."
"ngehehehehehe.." sori ye mak.. segalanya itu adalah ketertidaksengajaan belaka.. anak mak yang sorang ni liar sangat.. camne tah nak bagi jinak.. huhuhu..
selain itu mak ana ni kalau dah tido takleh tekejut..mesti takleh tido balik pastu..sebabtu kalau ada orang bisin2 telinge mak ana sensitif dan kengkadang terus tejaga..orang tua2 biasa la gitu..sebabtu kalau bebudak2 cucu2 mak ana ni kumpui2 time raya..kalau bisin2 time mak ana tido..ana sepak je dorang sume..bangge ana mempertahankan ketidoan mak ana..hahaha..tapi akibat daripada ana sepak dorang sume tu..daripada elok2 bisin sikit2 je terus nangis2 meraung2 menyebabkan bingit abis telinge2 yang ade kat umah tu..temasuk telinge mak ana..pehtu ana ingat mak ana mesti nak puji ana sebab mempertahankan ketidoan beliau..rupe2nye ana yg kene sepak lepastu sebab bagi bebudak tu tambah bisin..ngahahahaha..[padan muke aku..]

ngan mak kat hotel ape name tah kat giza masa ziarah mesir seblum wat umrah bulan 6 taun lepeh..

MAK ANA SEORANG...
pesakit diabetes

mak ana lame dah ada penyakit ni..diabetes atau lebeh dikenali sebagai penyakit air kecil manis.. tak sedap langsung bunyi.. kencing manis la.. masa mengandungkan ana dulu tahap kencing manis mak dasat gak.. sampaikan mak kene cucuk sniri kat umah hari2.. kirenye ana ni anak kencing manis la.. sampaikan ana tepakse putus susu awal dengan mak.. sebab dikhuatiri penyakit tu turun pada ana diusia ana yang masih kecil.. kalau tak silap ana la ana nyusu badan ngan mak ana sampai umur 2 bulan je.. pastu terus jadi anak lembu.. [maksudnye minum susu lembu laaa..takkan aku keluar daripada perut lembu pulaak..] patutlaa anak mak yang sorang ni teramatlah degilnye.. rupe2nye tak dapat merasai nikmat susu badan macam budak2 lain dapat sampai umur 2 taun.. jeles gile.. takpe2 tunggula aku kawin nanti aku balas dendam balik.. ngahahaha.. masa ana duk kat umah ngan mak dulu.. ana la yang selalu ditaklifkan dan dipertanggungjawabkan untuk membawak mak ke hospital tetiap kali ada mauid (temujanji) ngan dokto untuk chek kencin.. dan kalau takde mauid skalipun ana la yang ngulang alik jugak ke sepital tu untuk ke farmasi ngambil ubat yang dah dijadualkan preskripsinye stiap bulan.. bile ana dah kemesir ni tak tau la plak sape yang ganti jawatan ana tu.. pidos abang ana tu rasanya sibuk je ngan keje.. abah la kot yang ngulang ke sepital tu pulak.. sian abah..

MAK ANA SEORANG...
perempuan

dah tentula beliau pempuan.. mustahilla beliau lelaki..hahahaha

MAK ANA SEORANG...
yang akan menangis bila anak2 tak semayang

masa ana skolah dulu ana liat jugak nak bangun semayang terutama smayang subuh.. tiap2 pagi mak akan membebel suh bangun untuk ikut abah sama ke masjid untuk smayang subuh..tapi kebiasaan ana akan wat tak tau je.. tekup telinga dengan bantal lagi ada.. derhaka btoi ana diketika itu..[diketika itu...] buleh ana wat dek je mak ana panggil..
"kalau tanak gi masjid pun bangunla..imamkan mak ni.. mak tunggu.."
"eemm..ye..ye.." [ye je lebih..tapi aku tak bangun pun..rupe2nye mak tunggu aku sungguh kat tiko smayang tu..sampaila mak bangun dan bediri tepacak kat tepi katil aku dengan telekung putih yang suci bersih..]
"la ilaha illallah..kamu tak bangun lagi ke..mak ingat kamu dalam bilik mandi dah tadi..[sob..sob..mak dah mula nangis..] kamu janganla lalai macamni.. bedosa tau ke.. mak sedih btul kamu lalai macam ni..mak tunggu kamu lama tadi nak kamu jadi imam.."
ana terus tebangun tak cakap apa dah lari terus masuk bilik ayor..sebak gile rasa buat mak camtu..huhu..ana amik smayang..imamkan mak..dan terus mintak maaf lepas tu..lepas2 daripade tu mak panggil sekali dua je ana bangun dah.. tak sampai ati dah nak buat mak menangis..

kenangan ngan mak, cik jariah dan abah kat piramid giza..

MAK ANA SEORANG...
ibu mithali

ana menyanjungi ibu ana sebagai ibu mithali kerana kegigihannya dalam mendidik anak2..pepatah ada mengatakan seorang ibu mampu untuk melayan karenah 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu mampu melayani karenah seorang ibu.. walaupun adakala mak mudah berkecil hati dengan sikap anak2 dan menantu yang terkadangkala benda itu tak logik untuk dikecilhatikan.. kita kenelah ingat.. kita masa kecik dulu lagi banyak buat perangai yang tentunya lebih tak logik untuk mak kita layan karenah kita tu.. tapi mak kita tetap layan dengan sabar.. jadi takkanlah bila dah besar ni..kita adik beradik ramai2 tak mampu nak bersabar dengan ibu seorang yang berpuluh tahun bersabar dengan kita yang ramai ni..sanjungan ibu mithali ini juga bukanlah datang daripada ana seorang.. malah mak ana juga 2 tahun berturut2 dianugerahkan anugerah ibu mithali kampung padang tembak teluk intan..sanjungan yang juga datang daripada orang kampung dan masyarakat sekeliling yang berbangga dengan mak kerana walaupun mak hanya seorang surirumah dan suami mak hanya seorang ustaz yang bekerja seawal perkahwinan dengan gaji hanya RM92 sebulan mampu mendidik 6 orang anak hingga kesemuanya berjaya masuk universiti dengan seorang daripadanya yang mempunyai diploma, 2 orang daripadanya berjaya menyambung keluar negara, 3 orang berjaya mendapat master dan seorang lagi sedang menghabiskan pHD.. rasa2 taun ni pun mak dapat lagi anugerah tu.. tak tau la kan..kita tunggu dan lihat..ngeh3..apepun..pami tetap bangga dengan mak! jasa mak pada kami adik beradik anak2 mak tetap takkan mampu kami balas! semoga Allah memberkati mak!

ni masa anugerah ibu mithali kg padang tembak 2007..

sedih dah rase nih.. rindunyee kat mak.. dah la tak balik ni.. waaaaa... cukupla tu posting ni..nak gi bersedih jap..nak makan sume makanan yg ade kat dapo..buat ilang rindu.. ngahahaha.. apepun.. selamat hari lahir untuk mak yang pami sayang! mak adalah mak yang paling best dalam universe! doakan anakmu ini dapat meneruskan perjuangan menuntut ilmu dibumi anbiya..semoga Allah memberkati umur mak dan memanjangkannya agar dapat mak penuhi dengan amal ibadah..

saaaaaaaaaaaaaayaaaaaaaanggg mak~
riiiiiiiiinnndduuuuuuuuuuuuu mak~
<-(^_^)->

Tuesday, July 22, 2008

Masalah Sosial..Memang SO...SIAL!

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, July 22, 2008 | Category: | 3 Kata Komenan

salam sume kengkawan sahabat teman pren~
takdek wat ape2 cuti ni melainkan tido tido dan tido.. masak pun dah maleh asik makan megi megi dan megi.. dahla rambot pun cam megi.. makan megi je ari2 bulu kaki pun dah jadi cam megi.. teruk btol kehidupan cuti yang tak diisi ngan mende berpekdah neh.. islah sikit pamie ooii~ banyak lagi kitab2 tak gi nadah.. banyak lagi matan2 tak hafal.. cuti2 jugak.. belajo mane de cuti melainkan cuti terus (mati..)

aritu banyak je point nak menulis tapi tak catat skang dah tak ingat 1 pun point nak tulis ape.. tula dah tau ingatan tu tak kuat mane tak yahla nak belagak cam bes konon2 ingat semua.. len kali tulis.. Rasulullah SAW pun suh sahabat yang tak mampu ingat hadith untuk tulis hadith tu..

kali ni ana ingat nak share ngan pembaca sumer pasal masalah sosial yang sooo....sial! yang berlaku kat negara malaysia kita yang tercinta skang nih.. ana nak bawak beberapa kisah yang diceritakan sendiri oleh sahabat2 ana yang mana kisah2 ini terjadi pada diri mereka sndiri mahupun terjadi pada insan2 disekeliling mereka.. tujuan ana tulis kisah2 ni bukanlah untuk mengaibkan mereka.. hanya sekadar mengambil iktibar dan pengalaman mereka itu agar kita sedar realiti yang berlaku dalam masyarakat dan kita yang memahami agama ini dapat mengelakkan diri dari berlakunya masalah2 ini pada diri kita sendiri dan lebih2 lagi tanggungjawab kita untuk mengislah dan mengubah dan berdakwah kepada mereka2 ini agar kembali ke jalan Islam yang sebenar.. dikalangan bebudak agama ni sniri pun dah banyak masalah sosial yang berlaku.. jadi agak2nye sape pulak lah yang nak menjalankan dakwah pada masyarakat umum ni kalau bebudak yang patutnya menjalankan dakwah ni pun terjebak sama dalam masalah so..sial nih.. wal`iyazulbillah..

jadi ana mulakan kisah2 ini buat tatapan para pembaca.. terlebih dahulu ana memohon maaf jika bahasa terlalu direct ataupun ana menggunakan istilah2 yang tak mampu difahami oleh pembaca.. mungkin posting kali ni ana leh klasifikasikan untuk 18SX.. hakikatnya istilah2 ini digunakan oleh remaja remaji kita nih.. jadi sebagai daie kita perlu la jugak tahu kan.. kalau tak tau penggunaan istilah2 orang muda ni.. macamana kita nak memahami jiwa mereka.. nak mendekati mereka.. tapi ana takkan menterjemahkan maksud istilah2 yang mungkin tak difahami tersebut.. kalau ada yang teringin nak tau.. kita sembang blakang la.. bahye nak sembang kat sini.. nanti jenuh plak ana nak kene star dan sensoredkan semua pekataan.. hehehe..

KISAH 1

SI FULAN: aku ada sorang awek.. aku sangat sayangkan awek aku ni.. aku memang merancang nak kawen ngan dia.. tapi aku tak keje lagi.. mak bapak aku pun gerenti tak bagi aku kawin skang.. tapi aku dah sangap.. kadang2 slalu jugak aku ajak awek aku ni tido hotel.. tapi aku wat yang ringan2 jela kat dia.. aku tak sampai tahap cucuk kad kat mesin atm lagi.. abes2 kuat pun aku "mengecat"..
AKU: aik? betoi ke nih? ko dah merabe dah mengecat sume muqaddimah abis dah ko wat tapi ko tak sarung keris kat sarung die? tahan pulak ko?
SI FULAN: aku pun riso gak aku tak tahan.. tapi untuk mengelakkan berlakunya zina tetiap kali sebelum aku gi tido hotel ngan die tu aku melancap [perkataan ni pun nak sensored gak ke? ok la aku tuko jadik melancong la senang..] bagi abis nafsu aku tu dulu.. dah puas aku melancong.. baru aku gi hotel.. tu pun masih benafsu lagi tu..
AKU: bongok ke hape dah pempuan telanjang depan mata.. laki yang tak normal je tak benafsu.. kawen la weh.. ko ni memang dah takde jalan lain dah melainkan kawen.. nak mengelakkan zina kebendenye.. punye banyak dah zina ko wat tuh.. zina mata zina tangan zina hati zina kaki zina itu zina ini.. zina kemaluan je yg ko tak buat lagi dan aku sarankan tolongla jangan buat.. dosa beso tuh.. ingat neraka sikit weh.. dahla banyak melancong tu bahya untuk kesihatan badan.. kang dah kawen btoi elok mati pucuk lak.. ko nak ke gitu?
SI FULAN: aku tau.. smua tu aku tau.. tu aku cuba tahan gak nih..
[beberapa ketika berbulan atau bertahun selepas itu aku pun tak ingat]
AKU: pe cite ko ngan awek ko tu? masih wat keje2 tak pekdah tu lagi ke?
SI FULAN: mane de pape dah antara kitorang.. ade laki yg dah keje engeneer bkenan ke die.. terus dia tinggalkan aku yg baru je abis blajo dan tak dapat keje memane lagi nih.. sedih gile siut.. aku sayang dia gile2 punye..
AKU: laaa...dah puas kene ngecat lari jugak kat laki lain?
SI FULAN: tula..aku dah malas dah nak couple2 ni..
AKU: sape suruh.. elok la tu Allah nak suh ngko betobat le tu..
SI FULAN: aku dah kecewa ngan pempuan.. skang aku jadik playboy lagi bagus.. aku main2kan dorang sume..
AKU: lagi bongok.. ingatkan nak tobat dah.. rupenye nak jadi lagi teruk.. ko jangan wat pasal.. ingat dosa tu sikit.. ingat mati.. udah2 la main2kan pempuan tu.. stop la weh..
SI FULAN: aku tak leh janji..hehe..

kesimpulan: dia tau tapi dia buat jugak.. sebab apa jadi gini? iman nipis dan setan sentiasa menyucuk.. akhirnya iman kalah dengan setan.. sebab setan die lagi tebal daripada iman dia.. dan ini jugak adalah kesimpulan daripada kenapa orang duk sibuk war2kan kenapa couple tu haram.. sebab akhirnya akan membawak jugak pada perkara2 yang macam ni.. boleh ke kita kata tak haram lagi kalau camni? korang jawab la snirik.. nak kata stay sampai kawin tak jugak.. dah puas tido hotel pun ade mamat yg lagi kaye datang jek terus pegi.. pempuan ni pun 1.. cepat sangat berubah hati.. apa yang diorang cari aku pun tak tau la.. lagi.. ana rasa sikap dan tanggapan mak bapak skang perlu diubah.. ramai yang tak bagi anak dorang kawen awal.. kawin tengah blajo.. padahal anak2 dah buat maksiat tahap ape tah.. baik bagi kawin dan biar mereka tahu rasa tanggungjawab cari nafkah daripada habiskan jugak duit mak bapak tido hotel wat maksiat blablabla.. baik habiskan duit mak bapak untuk bentuk sebuah keluarga muslim yang bahagia daripada duit mak bapak habis jugak ke anak2 yang menipu konon2 habis ke belajo padahal gi main pempuan sane sini..

KISAH 2

SI FULAN: mi.. aku belajo tak dapat2 la.. sebab pe ha.. sebab hati aku gelap ke..
AKU: banyak wat maksiat ke? Imam Syafie kan pesan ilmu tu cahaya Allah dan cahaya Allah tak diberikan pada ahli maksiat.. camne nak dapat blajo kalau hati asik dengan maksiat..
SI FULAN: aku ni jahat la mi.. aku banyak main pempuan la.. hati aku gelap mi..
AKU: sape suh ko main pempuan.. banyak lagi permainan yg ko bleh main ko gi main pempuan.. main la playstation ke.. warcraft ke.. bola ke..
SI FULAN: aku ni smayang tak tinggal.. alhamdulillah.. tapi aku memang takleh idup la kalau takde pempuan..
AKU: kalau gitu ko takde jalan lain dah melainkan kawin.. tu je jalan ko yg aku nampak..
SI FULAN: aku dah kawin banyak kali dah.. nikah je belum.. teruk aku ni mie..
AKU: haih~ ni kes berat nih.. tapi memandangkan ko sanggup cite kat aku ni ada tanda2 ko nak betobat nih..
SI FULAN: btulla..aku dah tak tahan la idup camni.. idup dalam kegelapan.. hati aku tak senang mie.. aku nak wat camne mie.. beso dosa aku ni mie..
AKU: ko dah cuba usulkan kat mak bapak ko nak kawen?
SI FULAN: aku dah cuba cakap tapi dorang gelakkan aku je..
AKU: laa..apehal plak gitu.. ko yang cakap memain kot..cube ko cakap serius2..cakap bebetul.. yang ko memang dah tak tahan.. dorang pun orang beragama gak.. aku rasa dorang mesti paham..
SI FULAN: tapi kalau diorang bagi pun.. awek aku tu tanak.. die kate muda lagi..
AKU: laaa..bongok ape.. dah dia nak kat ko ke tanak? ke dia sekadar nak pisang ko je?
SI FULAN: ntahla mie.. jadi skang aku nak wat camne ni mie.. aku nak still ngan dia lagi ke atau nak pisah ngan dia.. tapi susah mie aku nak lupekan die..
AKU: kalau ko still ngan dia pun dia bukan nak kawen ngan ko.. ape punye pempuan tah.. sorila terkutuk awek ko.. tapi memang nak kutuk pun.. dia takde rase pape ke idup dalam maksiat tu?
SI FULAN: ntahla mie..
AKU: ko boleh stay ngan dia tapi dengan syarat ko rentikan maksiat tu..
SI FULAN: aku tak leh tahan mie.. tetiap kali jumpe dia je.. mesti nak.. kadang2 aku malas.. aku nak lari.. tapi dia nak..
AKU: pempuan memang la.. dah kene skali mesti nak lagi.. bile dah sangap halal haram tak mikir dah.. dah tu janganla jumpe die.. abes cite..
SI FULAN: payah mie.. umah sewe dia ni dekat je ngan umah sewe aku..
AKU: pulakk..kalau dah ko takleh tahan gitu.. putus jela.. pastu ko betobat banyak2..
SI FULAN: Allah terima ke tobat aku ni.. aku jahat sangat ni mie.. banyak sangat dosa.. gelap hati..
AKU: ko nak becakap ngan aku hal2 camni apa tandanya? tandanya Allah masih sayangkan ko.. Dia tak biarkan ko hanyut jauh2.. suh ko carik jalan keluar.. tu tanda Allah sayangkan ko.. pintu taubat Allah sentiasa terbukak selagimana ko tak syirik ngan Dia..
SI FULAN: betul ke mie.. Allah masih sayangkan aku..
[dia tediam lama gak dalam chat masa tu..]
SI FULAN: aku dah anto mesej kat dia.. aku mintak putus.. dah skang aku nak wat camne nak elakkan daripada ingat benda2 ni..
AKU: ko sibukkan diri ngan kengkawan.. penuhkan masa ko ngan membizikan diri.. wat mende2 yang ko rasa seronok dan lalai untuk ingat benda2 tu..
SI FULAN: tu aku dah biasa buat dah.. tapi masa aku sensorang aku pikir gak.. camne? pastu pulak antara kengkawan aku ramai2 ni.. aku sorang je yang semayang.. dorang sume langsung tak semayang..
AKU: adehh~ environment ko ni sangat memayahkan ko untuk berubah.. camnilah.. ko cuba banyak dekatkan diri ngan masjid.. ko kaki smayang aku tau.. join banyak pengajian2 kat masjid.. gi dengo ceramah2.. abeskan masa ko banyak kat situ.. aku dah takde idea nak tolong ko melainkan ko kene tolong diri ko sniri..
SI FULAN: masjid eh.. insyaAllah.. aku cuba.. time kasih la mie.. doa2kan aku..
AKU: insyaAllah Allah bukakan pintu hati ko..

kesimpulan: realitinya environment remaja skang memang ramai yang tak semayang.. bukan sebab tak reti tapi sebab idup dalam dunia yang tak pentingkan semayang tuh.. camne la nak ubah diorang nih.. tiang agama yang paling penting tu pun dah tak kukuh.. macamana kita nak terapkan nilai2 akhlak yang lain kalau tiangnya aje pun dah nak roboh.. dan sahabat ana si fulan ni beberapa ketika selepas itu dia contact ana balik dan dia kata hati dia tenang sikit lepas banyak menghadiri pengajian kat masjid dan smayang tetiap waktu kat masjid.. alhamdulillah.. marilah bersama2 kita doakan dia dapat lawan setan dia.. lagi contoh mak bapak yang tak bagi anak kawen awal terzahir dalam kisah ini.. kepada mak bapak diluar sana.. sniri mau pikir la.. nak anak2 korang jadik camni?

KISAH 3

SI FULANAH: ni cite pasal classmate saya.. awak nak tgk friendster dia? smua kengkawan saya cakap dia ni hipokrit.. frenster punye la alim tapi kat luar Allah je yang tau alimnyelah dia..
[dia pun bagi la frenster budak tu suh aku tengok.. fuh.. memang alim la bagi seorang pelajar yg bukan pengajian islam.. penuh dengan kata2 islamic.. favourite book : Al-Quran.. favourite song: nasyid pendek kata memang penuh dengan kata2 islamic la dalam tuh..]
SI FULANAH: awak dah tengok sniri kan die punye profail.. favourite book Al-Quran.. padahal saya tak penah tengok langsung dia sentuh Quran.. apatah lagi mendengar dan membaca Quran.. pastu dia ni tetiap kali balik cuti dia akan telepon mak dia.. contohnya cuti stat 25 hb.. dia akan gitau mak dia dia balik 26hb.. dia gi tido hotel ngan pakwe die.. sume orang tau dan dah tak larat nak cakap dah kat dia nih.. dia tipu mak dia dan gi buat maksiat ngan lelaki..
AKU: astaghfirullah.. bende ni dah jadi cam benda biasa ye kat kolej2?
SI FULANAH: haah.. sampaikan orang yang takde pakwe cam saya ni kene gelak je.. saya tau la saya tak lawa tapi skurang2nye maruah saya tak murah macam dorang.. dorang memang saya tak nafikan memang lawa.. sampaikan kitorang yg pempuan ni pun terpesona dengan kelawaan dorang..
AKU: lawa muke je akhlak tak lawa nak buat pe.. lawa muke tu bukan kekal pun.. baling asid kat muke ilang la lawa tu.. kire dasatla kalau kes2 camni dah smua anggap benda biasa yang berlaku..
SI FULANAH: tapi tu tak cukup dasat lagi.. ni citer pasal rumate saya pulak.. dia ni lagi lawa.. body memang mantap.. kalau lelaki tgk tu memang terliur la.. umur baru 23.. tapi dia ni dah kawin sejak umur 18 lagi.. kawin awal.. suami dia ni baik sangat.. tetiap bulan antar duit 400.. tambah lagi ngan elaun kolej yg dia dapat 600.. suami dia ni slalu call saya tanya khabar isteri dia.. bila dia call bini dia tak angkat.. dia suh cakap takde kat bilik la.. ada hal la.. itu la.. ni la.. saya jugak yang kena dalam tak ikhlas kaber untuk dia... yang dasatnye.. walaupun suami dia ni baik.. dia ni suke kejar lelaki2 yang ensem2.. gi main kat luar.. kat hotel.. agaknye sebabtula Allah tunjuk kat dia dah 5taun kawin pun takleh ngandung2... idup dalam maksiat je..
AKU: astaghfirullah.. teruknya.. tak terkata apa saya..bini orang wat hal camtu..
SI FULANAH: saya nak je kabo kat laki dia tu yang bini dia tu wat hal gitu..tapi nanti dorang gaduh lak.. awak.. salah ke saya tak gitau laki dia tu aa?
AKU: bleh je kalau awak nak gitau.. tapi awak kene ada satu semangat yang kuat dan keberanian la..untuk terima risiko yang akan terjadi selepas awak bagitau tu.. sebab kalau awak gitau saya rasa kompem dorang cerai.. kalau awak tak gitau awak dapat saham plak sebab besubahat sama kan.. bukan senang nak wat keputusan tuh..
SI FULANAH: tula.. saya rasa saya tak cukup kuat lagi la nak wat sume tu.. saya pun dah tak larat nak tipu laki dia tuh.. dengan dia sniri pun dah jenuh dah saya basuh.. masih macam tu lagi.. ari2 nak cakap bende ni.. malas la nak tengok orang masam2 muka.. dahla sebilik.. kalau jauh takpe gak.. larat la ari2 nak tengok muka dia gitu.. kita yang nak wat mende baik ni plak macam jadi pihak yang bersalah..
AKU: akhir zaman.. orang yang baik tu sikit.. dahla sikit.. yang nak buat baik tu la yang disisihkan dan dianggap salah.. biasa la tuh.. saya respekla awak duduk dalam environment gitu dan awak tak terjebak sama.. moga2 Allah lindungi awak.. dan saya juga.. nauzubillahi min zalik..
SI FULANAH: awak doa2kanla saya kuat untuk tempuh semua ni ye..
AKU: insyaAllah..

kesimpulan: kalau kisah pertama ngan kedua tadi ada jalannya.. suh dorang kawin.. tapi kisah yang ketiga ni? ni dah kawin awal ni buat hal camni plak.. kalau korang la jadi si fulanah tu.. apa yang korang akan buat?

tu baru kisah yang orang cite kat ana.. tu baru sikit.. agaknye tu baru 0.000001% daripada realiti masalah yang berlaku dalam masyarakat kita.. siapa yang nak memperbetulkan mereka2 ni? adakah kita hanya duk terngangaa saja tanpa ada berbuat apa2? ape kejadahnya semua ini?

sekian wan kamarul akhir zaman..edisi siasatan ntv70..