Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Wednesday, December 2, 2009
19 : Sembilan Belas : Nineteen : Tis3ata 3asyara
Assalamualaikum wahai bloggers sekalian.
Ada apa dengan nombor 19? Hari ni aku nak ajak korang semua main matematik. Satu masa dulu aku merupakan seorang yang hebat matematik. SPM aku subjek ni dapat A1. Matematik tambahan pun dapat B3. Quite good la kan bab kira mengira ni. Tapi sejak aku meneruskan pengajian diploma aku dalam bidang bahasa arab, lepas tu sambung lagi degree dalam bidang yang sama, aku dah tinggalkan matematik ni hampir 6 tahun. Dalam masa 6 tahun tu sempat otak aku jadi bengap kejap mengira.
Dulu aku antara orang yang pakar bab nak kira teorem pitagoras ataupun kira dy/dx atau dalam bahse omputehnye differentiation atau dalam bahse melayunya pembezaan. [Credit to miss syafarah yang bagitau pasal istilah yang aku dah lupa ni – actually aku kene pakse bubuh nama dia kat sini kalau tak dia kata dia nak letupkan blog aku. Padahal cerita ni aku reka2 je sebab aku sendiri pun tak tau camne proses nak meletupkan sebuah blog dan aku yakin dia lagi la tak tau. Hahaha.] Tapi sekarang ni, aku nak kira baki duit beli sawi pun sampai kena kluo kalkulator. Leceh la matematik ni. Nak congak pun boleh buat aku jadi rongak.
Tapi takpe, math yang kita nak tengok kali ni taklah sesusah pembezaan ke ataupun pengamiran ke ataupun pengkamilan ke ataupun pengmuhammadsyahrulqomaran ke ataupun pengnamasape2ajelahan ke. Sungguh pengiraan ni tak susah. Tak sesusah mengira formula y=mx+c yang aku tulis dalam setiap ruangan jawapan soalan subjektif paper kimia masa SPM dulu. Ngehngehngeh.
Posting ini bertajuk 19 dan tentunya ia mengisahkan tentang pengiraan yang berkaitan dengan nombor 19. 19 ape? Ini merupakan suatu misteri yang harus dirungkaikan. Adakah ia berkaitan 19 orang yang telah membunuh seorang bayi? Ataupun seorang bayi yang telah menggergaji 19 orang orang gaji rumahnya? Ataupun ianya seorang orang tua yang mengerat bayi anaknya dengan 19 keratan? Ataupun usus kecik yang ditarik keluar melalui perut sepanjang 19 kilometer? [Apekehe bunyi cam citer thriller je sume ni? Terpengaruh dengan citer ketika cinta bertasbih la ni. Hahaha. Tula, tengok lagi sampai 19 kali. Bila masa ntah KCB tu cite thriller. Masa kome tengok KCB ada rasa2 nak tekencin2 kan? Hah, kompem dah la tu thriller. Kehkehkeh.]
Yang sebenarnya, dragonball ada 19 bijik semuanya. Tipu la tuh. Orang dah bosan la weh dengo lawak dragonball ni. Tukar la yang len.
Boleh tak serius? Boleh je nak suruh tak serius. Hahaha.
Hampeh. Aku Tanya boleh tak ngkau jadi seorang yang serius? Sila paham bahasa Melayu sebelum aku tuduh ko warganegara Zimbabwe.
Okey2, I serius oke. Look at my face. Serius rite? If it's not serius enough, look more deeply at my face. Seriusly not enough? Then look at my facebook. Don’t u ever look at my face again. Get out from my office. 19 seconds from now!
Sebenarnya hari ni kita nak tengok sesuatu fakta yang sangat indah tentang nombor 19.
Anda tentu tahu apa itu Al-Quran bukan?
Adakah anda tahu Al-Quran merupakan satu mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW? Ya, saya yakin anda tahu.
Tapi, adakah anda tahu apakah mukjizat keindahan Al-Quran yang terkandung pada angka 19? Saya yakin tak ramai yang tahu. Sebab saya sendiri pun baru tahu. Kehkehkeh.
19 Satu: Ayat Pertama Dalam Quran
Tahukah anda basmalah merupakan ayat pertama yang menjadi permulaan Kitab Allah Yang Mulia ini?
Maka ketahuilah bahawa jumlah huruf dalam "bismillahirrahmanirrahim" ada 19 huruf kesemuanya.
19 Dua: Surah Pertama Dalam Quran
Kita telahpun ketahui bahasawanya ayat pertama Quran mengandungi 19 huruf. Mari kita lihat pula surah pertama dalam Quran iaitulah surah Al-Fatihah.
Surah ini mengandungi 6 ayat jika tidak dimasukkan basmalah yang mana ia tidak dikira sebagai ayat dalam surah yang lain selain dari Al-Fatihah.
19 huruf dalam basmalah apabila didarabkan dengan baki ayat dalam surah Al-Fatihah, maka akan terhasillah satu nombor yang kita telah sedia maklum.
19 x 6 = 114
114 adalah nombor yang mewakili jumlah surah yang terdapat dalam Al-Quran Al-Karim. SubhanAllah!
19 Tiga: Surah Terakhir Dalam Quran
Kita telahpun melihat tentang surah pertama dalam Quran. Mari kita lihat pula surah yang terakhir yang ditulis dalam Mushaf yang suci ini. Iaitulah surah Al-Naas.
Jumlah ayat dalam surah ini juga adalah 6 ayat dan basmalah tidak termasuk dalam perkiraan ayat.
Maka, jalan pengiraan yang sama juga digunakan seperti surah pertama dalam Quran.
19 x 6 = 114 = jumlah surah dalam Quran.
Ada alaqah ataupun perkaitan antara keduanya. Surah pertama dan surah terakhir dalam Quran, kedua-duanya mengisyaratkan kepada jumlah bilangan surah dalam Al-Quran seluruhnya. masyaAllah tabarakAllah!
19 Empat: Ayat Pertama Yang Diturunkan
Kiralah sendiri. Kalau anda seorang yang pandai mengira anda akan dapati jumlah kalimah ataupun perkataan dalam kelima-lima ayat ini berjumlah 19 kalimah! Allahu akbar!
19 Lima: Ayat Terakhir Yang Diturunkan
Tak perlu diperpanjangkan lagi kalam. Semuanya berjumlah 19 kalimah!
Kita dapati disini juga terdapat alaqah yang sama antara ayat pertama dan ayat terakhir yang diturunkan. Sepertimana juga surah pertama dan terakhir tadi, kedua-duanya mengisyaratkan kepada jumlah bilangan surah dalam Al-Quran. masyaAllah tabarakAllah!
19 Enam: Pertuturan Pertama Yang Diucapkan Oleh Seorang Hamba Kepada Tuhannya
Ayat pertama dalam Fatihah merupakan basmalah. Ayat kedua pula merupakan pujian kepada Allah. Ayat ketiga dan keempat merupakan sifat Allah dan kedudukan-Nya sebagai Raja kepada Hari Pembalasan. Maka ayat kelima merupakan ayat pertama yang menjadi perbualan antara kita sebagai hamba dengan Allah sebagai Tuhan yang mencipta. Dengan adanya dhomir anta (huruf kaf) dan huruf nun sebagai dhomir nahnu yang membawa maksud kami, ayat kelima ini jelas sebagai satu perbualan.
Korang pun tau ape yang aku nak cakap kan. Kiralah sendiri. Jumlah huruf dalam ayat ini adalah 19 huruf! SubhanAllah Maha Suci Allah!
19 Tujuh: Doa Pertama Seorang Hamba
Doa pertama yang dipohon oleh seorang hamba kepada Allah adalah dari ayat ke-6 daripada surah Al-Fatihah.
Perlu cakap juga? 19 huruf syeikh! Allahu Allah masyaAllah tabarakAllah!
Cukup lah kot aku bawakkan 7 je fakta tentang 19 nih. Hakikatnya ada berbelas-belas lagi. Indah bukan mukjizat Al-Quran yang jelas terang lagi bersuluh ni? Aku pun tak faham kenapa ada orang masih nak menolak Al-Quran dan tak nak beriman dengan Allah Taala dan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul-Nya. Kalau dah hebat sangat tu, buatlah Quran sendiri yang ada mukjizat macam ni. Cubalah untuk tandingi mukjizat Al-Quran. Nescaya percubaan itu hanyalah sia2. Korang takkan dapat nak cipta satu Al-Quran yang dapat tandingi Kitab Allah ni dan hakikatnya korang takkan dapat nak cipta satu ayat pun yang dapat tandingi Al-Quran. Takkan dapat selama-lamanya!
Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) - dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.
Akhir kata, marilah bersama-sama kita tak lupa untuk baca Quran setiap hari. Walau sesibuk mana pun kita, Quran tetap nombo 1 dalam hati. Bacalah biarpun 1 ayat sehari. Sekurang-kurangnya kita ingat pada Quran dan moga2 dalam kubur nanti dia ingat juga pada kita dan tolong terangkan kubur kita. Ameen ya rabb..
(^_^)
Senyum jangan lupe!
MASJID AT-TAQWA KAMPUNG PADANG TEMBAK
________________________________
Qola Rasulullah SAW : (( Khairukum man ta'allamal Quran wa allamahu ))
salam.
gambaq lasss skali..saye nampak 'tandas lelaki' dulu. hahahaaaa
ok2..subhanallah!! sangat hebat! maths tu bagi Allah sangat kacang peanut butter atas jem stroberi uncle satnam. betul ke awak kaji nih? sangat merendah2kan kemampuankiiiii.. awak pakai rumus kiut ke, ke rumus y=mx+c?
oo..dalam kitab rupenye awak jupe fakta nih (hahahaaa.. sambil komen sambil tengok pop up ym sape ntah).. kat mesir 10geneh je.. saye pon tatau ape 10geneh tuh. oh, kitab tuh 10geneh je=rm6.50.wahwahh..maheynye kat cni..rm34 ye dok?
asal kat masjid tuh..macam.....xde syabab pon? ..sedehh..awak gunekan kelebehan awak dalam humour nih untuk ajak syabab kampung imarahkan sejid.nanti tiang lagi ramai dari jemaah..
pe lagi nak komen? ntoh le..
tapi, kalo saye p sejid tuh, saye akan tanye kat awak dulu: "pakcik, tandas laki mane?"
ops.. baru pasan ade 'setor peralatan jenazah' kat bawah..terus insap..thiqah..thiqah......... seyez takot weh..
'19 little ducks came out one day,
over da hills n far away,
mother duck said 'quack quack quack quack',
only one little duck came back..'
*tibe*
asalnye tam0 komen, tp dah terkomen..cane nih?berdose tak..?dahla komen sambil nyanyik lagu kanak2 omputih..dose x?dose x???dose x????
*muahaha*
dah,amek ni..*menyumbat oren yg ke-2*..bior keluar berjuta2 oren dgn daun2 nya skali..
sbnrnya, sy cume nak tules komen yg ni jek ' SUBHANALLAH, MASYAALLAH'..tp, dah terlajak taip, malaih nak backspace..
fresh-o-range and syafarah likes this
*hik*
intro punyer la panjang...nasib ler isi tu best...
jadi, sebagai guru bahasa melayu...aku bagi ko 70 markah sudah la...tak leh lebih2...nanti ko jadi riak...hahaha
menginsafkan..terharu..tq ostat pamies..dr senyuman dan gelak ketawa smpai ke telinga..bile baca di pertengahan smpai ke penghujungnya member ilmu yg mantop..terisi minda ana..
baru ni nak balas komen.haha.
syaf:
kan sume ilmu tu asalnye datang daripada Allah. math DIA tentu2 dah la lagi power daripada segala math yang ade dalam dunia nih.
kat masjid tu memang tak ramai pon syabab. rata2 yang mengimarahkannye adalah dari golongan pertengahan dan golongan senja. masa kelas subuh tu ade la sorang budak yang umur bole kata skola lagi la. tapi kalau smayang 5waktu tu oke la.ramai jugak budak2 mude.
kan saya dah kabo. saya kalo becakap mana reti nak wat lawak. saya kan skema. takde yang tertarik pon kalo saya becakap..huhu.
stor peralatan jenazah tu untuk geng2 awak. geng...ster kampung kubo.hahaha.
saya amek sudut yang bole nampak arah tandas je.memang khas untuk awak la tu.tapi silap shoot plak.patut amek sign ke tandas pompan.takpelah 8taun lagi saya shoot balik.haha.
tapi bukan ke awak ade krisis identiti? macam paah jugak kan? paah, komen sket.
paah:
janganla rasa besalah lebeh2.sket2 dah la.elok2 tak bedosa kang terus jadi bedosa.sebab awak menyebabkan saya terkutuk awak.jadi dosa asal dpd awak la kan?buat keji kat blog orang.hahaha.
*eh lupe*
*kene buh star gak ke*
*kalau tukar yang leb bole tak?*
$contohnye camni$
#ataupon camni#
%ataupon yang ini?%
pilih~pilihh~ murahh~murahhh~
*tentibe* [eh,terstar jugak la!]
afzan:
macam la ngko tak tau yang aku ni memang terkenal dengan perangai memanjangkan intro. hahaha.
tapi sib bek la ko kata isi dia best. kalau intro dekat 19ms isi dia stengah huruf je, mesti bleh dapat award sasterawan negara kan? heh tetibe rasa bangge plak.
ala kulli hal time kasih la sebab jadi cekgu bm aku. sejak kebelakangan ni ramai btol nak jadi cekgu bm aku. cekgu bm aku yang namanya cekgu roslina pon bace blog aku ni tau. die mesti bagi aku 99 markah. ape sangatla 70 markah ko tu. hahaha.
anon:
same2..bole tak ajar saya camne nak gelak ketawa sampai telinge? saya tak penah buat la. siyes. biasa saya gelak sampai kat bibir je. tak penah lagi dengan telinge2 saya skali gelak. rasa kagum gak kalo leh buat camtuh. hahaha.
slm ust/prof/dr pamie..
subhanallah, angka 19 dlm quran di atas sgt menakjubkan..
em. ade apa yg dgn 19, nape Allah buat cmtu ye.,. hmm,. mesti ade hikmahnya yg kita semua tak tahu atau belum tahu.. nthla.
~
komen tntg gamba tu, bgusnyer adaa program cmtu ..muge dpt aje di teruskan..
komen tntg ketika cinta bertasbih. aiwah,. mantop syadidian jiddan34x.. watak2 dlm cite KCB sgt bgus. minat kat khairul azzam.. hehe. nnti kalu cik pamie pi mesir, jumpe dgn k.azzam, kim slm yer. hehe.. kalo la dpt suami cm die, em, untungnyer. eiwah..
fikir soal kawin plak, ..
he3.
kla..
slmzz sejuk dr bumi pasir sana sini, tp best jugak walau panas. hehe
tmbh cket lagi.. dah la k,azaam pantai masak.. hehe,. bagusla sape dpt kawin dgn dia, xyah kite susah2 dah masak kan. hehe..
cik pamie pandai masak tak?
kalo tak..hm.. xpelah
hehe.
ish.. gurau je tau.. syaf jgn marah aisey..
-(+_+)-
*opss.. bukan "pantai" masak.. heeh. bile masa la plak pantai boleh masak kan..
nk tulis 'pandai masak" hee.. sori2. k. maaf banyak merapu, lama xmerapu, he. k.
salam..
thanks ustaz pamiesz ats perkongsian ilmu ni..dpt ilmu baru..alhamdulillah :)
wahai syaira,pehal la pulak saye temasuk dalam komenan inih? saye xmarah, malah galakkan lagi sesape sahaje untuk ngutuk bliau. ngahahaa. eh,tu kutukan ke? cam x je.
ye,ustaz pamie sangat pandei masak woo. sampai ade belikan ayam sekoq untuk die masak nasik paprik.nyumm~. tapi,xleh lawan le sup bacillus cereus saye yang baru dimasak kat lab sebentar tadik ;D
-pamie,dah tolong promot awak nih. xde ape2 upah ke? arab sorang ke?-
huh? masak? ini ada bau2 dan unsur2 memperkecil2kan saya..
berikut adalah lauk2 yang saya boleh masak:
nasik:
nasik ayam [bukan nasik yang dibaling kat luor umah buat ayam makan]
nasik kismis
nasik lemak
nasik kuning
nasik tomato
ayam/daging/sotong/ikan [lauk la pendek katenye]:
goreng kunyit
goreng bertepung/tempura
masak kicap
masak black pepper
masak merah
masak kurma
masak kari
masak sup
masak tomyam
masak paprik
telo:
telo goreng
telo dadar
sayur:
sayur goreng/tumis
sup sayur
sayur madu
mi/megi:
bandung
kari
goreng basah
puas?tu pon banyak lagi tak tulis.cukup layak jadi suami mithali?semua tu saya bole masak.tapi untuk masuk perut saya jela.perut orang len belum tentu bole masuk.silap2 luka terus.lebih parah lagi lepas makan terus kene kanser perut.hahaha.
masakan orang bujang.besela.tengah bujang ni masak ape pon sedap jer.[makanan orang tedesak.tak makan kang mati plak] tapi dah kawen sok2 jangan harap la saya nak masak.hahaha.
sekian dimaklumkan.
syaf.sila tuntut upah awak di kaunter kedutaan republik arab mesir. cakap kat makcik jaga cctv tu tolong panggilkan toha almasri.n then he's yours.hahaha.
cakap bebetui kang..tau takut.
em, ok, saya pecaya ust pamie pandai masak, syukran :-) kla, wslm.
maaf salah silap ye
k..
ilalliqa`
haaa..nasib bek pecaya.setelah behempas pulas mengingat menu2 yang ada kat kedai tomyam.hahaha.
takde2. sume takde salah silap ngan saya.saya iye banyak salah silap ngan orang.kan?kan?
apepun selamat berqatar ya!
:-) insyaallah :-D tq very much
tak leh lelebih...nanti ko akan riak...hahaha
Assalam tuan...
tumpang lalu...
tuan ada maklumat tak, atau pernah tak terdengar berkaitan dengan kod 19 tajaan Rashad Khalifah?
maaf tumpang lalu ye