Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 9, 2009

Nama Saya Bernama Nama Awak Pula Bermana?

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, December 9, 2009 | Category: , |

Salam aleik.

Saya telah mendapat satu peluang untuk bekerja sebagai penterjemah berita bahasa arab di BERNAMA ataupun nama panjangnya Malaysian National News Agency. Terima kasih kepada kak Min yang tolong forwardkan iklan jawatan ni pada saya.

Saya telah pun contact dengan pihak yang tertera nombornya dalam iklan tersebut [namanya Cik Ct Hadijah] dan setelah menyembang-nyembang barang 3 jam, kami pun berpakat untuk keluar dating. Ah, ini semua khurafat!

Setelah menanyakan tentang beberapa info, akhirnya saya bersetuju untuk menyerahkan resume melalui cara online. Saya dikehendaki untuk menyertakan bersama contoh terjemahan satu berita untuk dinilai oleh panel Bernama bagi melihat dan menilai kebolehan saya dari sudut nahu dan sorof serta pembentukan asalib jumlah.

Dengan gembiranya aku memberitahu aku telahpun menyelesaikan dan menyiapkan terjemahan itu secara membuta tuli dan hentam kromo sebab aku dah lupa banyak nahu dan sorof serta mufradat jua. Muahahaha.

Bersama-sama ini aku lampirkan mak lampir agar korang tau mana satu lampiran yang melampir-lampir ditepi langsir.



Tolonglah. Sudah-sudahlah merapu.

Ini terjemahan berita tersebut. Wahai pakar-pakar bahasa arab diluar sana, sila komen dan betulkan kesalahan aku! Jangan risaulah. Aku dah hantar dah benda ni so aku tak dikira menipu la sebab mintak tolong korang betulkan oke.



.....................





BEIJING: Lapan kanak-kanak mati manakala 26 lagi cedera akibat dipijak dalam satu kejadian selepas mereka keluar dari kelas sebuah sekolah di tengah China.

Kira-kira 400 pelajar di Sekolah Menengah Yucai di wilayah Hunan keluar dari kelas mereka selepas belajar kelmarin apabila seorang daripada mereka terjatuh di anak tangga menyebabkan orang lain jatuh menimpa dan terpijak orang lain hingga membawa maut, lapor agensi berita Xinhua.

Pelajar di sekolah di Xiangxiang dilaporkan memenuhi tangga untuk turun tetapi enggan berganjak kerana hujan lebat di luar, lapor berita radio.

Pihak berkuasa memberitahu Xinhua bahawa mereka yang maut termasuk tujuh budak lelaki dan seorang pelajar perempuan berusia 11 hingga 14 tahun manakala lima daripada 26 yang cedera dilaporkan dalam keadaan serius.



......................





بيجينج : قد ماتت ثمانية اطفال اما ستة وعشرون الاخرى قد جرحوا


بسبب الدوس في ما حدث بعد ان يخرجوا من الفصل في المدرسة التى


تقع في وسط مدينة الصين. حول أربعمائة طلبة من المدرسة الثانوية


Yucai في منطقة Hunan قد خرجوا من فصولهم بعد الدراسة قبل


امس فإذا احد منهم سقط من سلم ويسبب الآخرين يسقطون ويدوسون


على الآخر حتى يسبب الموت، كما فالت وكالة الأنباء Xinhua. يخبر


بأن طلاب المدرسة في Xiangxiang يملاءون السلم لينزلوا وهم لا


يتحركون بسبب نزول الامطار الشديد في خارج المدرسة، هكذا كما قالت


انباء الراديو. المسؤول من الضابط يقرر Xinhua بأن عدد الميت


الذين ماتوا في الحدث هو سبعة اطفال مع طفلة واحدة وعمرهم من


احدى عشر سنة حتى اربعة عشر سنة. وأما خمسة من ستة وعشرين


مجروحين قد جرحوا جرحا شديدا.

Currently have 18 Kata Komenan:

  1. Salam fahmi.
    Uish.. nama sy tuh siti hadijah :)
    Pepun selamat sumenye.

    p/s: kim salam kat amin cermin mate ok.
    -inisiti-

  2. siti hadijah gak says:

    salam ostat..
    nama sy siti hadijah gak..huhu

  3. ostat x best la tjemah mayen2..hahaha

    ai dun laik~~~

    bwaaahhahaha

  4. DKT PERENGGAN AKHIR TU...7 org budak laki ke 8 org???anyway,mabruk alaik.dapat kerja kat BERNAMA..

  5. inisiti:

    hehehe. kebetulan ler tu. awak tak keje kat bernama kan?

    insyaAllah saya akan sampaikan. rasanya dia pon baca kot belog ni. kot la.. hehe

  6. ct hadijah gak:

    kebetulan kuasa dua. ngehngehngeh.

  7. dr. alia:

    mane ade main2. gasing takde. kete dash yankuro pon takde. permainan sahiba dan saidina lagi la takde apatah lagi monopoly. hahaha.

  8. amira:

    time kasih banyak2! awak telah perasan sesuatu yang saya tak perasan. hehe.

    cumanya...

    saya blom dapat keje situ lagi daa. baru nak dinilai untuk layak temuduga jer ponnn.. adehh.

  9. salam..
    awwalan..
    mabruk wa congrateto 'ala pekerjaan itu :-) hehe.. jd penterjemah ila lughah arabiyah.. bagus2

    ayat tu, bagi saya mcm ok je sume nyer, tp xtahula cmne, sy baca cantik je.. hee

    ape2pon. bitaufiq wannajah..

    p/s; cian betol budak mati kene pijak kt tangga, tragiss,, tragiss.. huu2.k

  10. salam..
    awwalan..
    mabruk wa congrateto 'ala pekerjaan itu :-) hehe.. jd penterjemah ila lughah arabiyah.. bagus2

    ayat tu, bagi saya mcm ok je sume nyer, tp xtahula cmne, sy baca cantik je.. hee

    ape2pon. bitaufiq wannajah..

    p/s; cian betol budak mati kene pijak kt tangga, tragiss,, tragiss.. huu2.k

  11. ngaranku f/oren/oreniah/ tapak sulaiman/ cookie monster/ paah

    suggooooooooi ne!!!!! kamu keje BERNAMA! ingat CNN tadi..hontodesu ka...yokatta ne!

    so, da jadik org kaye la ni..mcm aku tatau, tarjim 1 pekataan dpt RM100.57..so, pe lagi, wat korban satu kamben..

    anoooo.... sgale translation ngko tuh, betol ke? yelah, satu2nye bhs yg aku xdpt band 6, ialah bahse arab..sbb, aku ter pK ko nak kelepet kitorg jek kan?opss..gomen2..berfikirn keji laks..hait, wakarimashita..koko-made wa~

    mitsubishitoyotasuzuki...fastandfuriousssssss *tibe*

  12. salam ostat...

    siyes tak paham..

    tolong translatekan smula yer.. hahaha..

    wah.. ada harapan tu..

    smoga berjayalah menjadi ahli BERNAMA yang ternama itu.. (^__^)

  13. Salam, Semoga berjaya ustaz.
    saya tak dapat nolong.
    saya lagilah lupa dah belaka nahu sorof semua.

  14. grammatically best... tp kan rasanya sentence constructure macam terlalu literally translated... dangerous part of translating it literally is org akan ingt we do not have enough vocab . Tapi it is a good one :) ! .. gambatte kudasai lam menterjemahkan bahasa melayu ke bahasa arab~ ... lau dpt kije tu teghuih la hapdet hek ..

  15. syaira:

    belum tentu dapat lagi daa job tuh. baru diintebiu jer.. hehe

    dah sampai ajal bebudak tu.. ape nak dikata.. ajal kita nanti tak tau gak kan sampai macamane gaye..

    jadi banyak2kanla doa

    "Allahummakhtim lana bihusnil khatimah wa la takhtim alaina bisu'il khatimah"

  16. ngaranmu f/oren/oreniah/ tapak sulaiman/ cookie monster/ paah:

    kesian gak tengok ko ni.. nama elok2 dah farah.. jadi objek merepek2 pulak.. patut pon aku tak paham ko merepek ape ni. hahaha.

    cukup la kot takyah baleh panjang2 la disebabkan dah basi dah pon aku baleh komen ni posting dah lama dah. haha.

  17. um masyitah:

    tolong dengan doa pun dah cukup baik.. :)

    syukran ala kulli hal

  18. fathiah:

    hehehe. komen paling ikhlas penah dengo nih. betoi la tu la kelemahan saya. kurang vocab. uslub ayat pon tak cantik mana. kene polish lagi..

    insyaAllah.. ade masa ade la apdetnye.. hehe


Leave a Reply