Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 8, 2009

Hadith For The Day : #2 : Khurafat

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, December 8, 2009 | Category: |

Assalamualaikum.

Kum apa kumbat. Bat apa batman. Man apa mantol. Tol apa tolak. Lak apa laksa. Sa apa saku. Ku apa KHURAFATTTT! Ini semua KHURAFATTT!!!

Perkataan yang sering kita dengar lagi.

“Hang jangan duk wat khurafat la. Daripada hang sembah kubor baik hang ikut aku kita pi mesjid sembah Allah.”

“Hang tau tak korek idung tu khurafat?”

Tipu lagi la tu. Ape kaitan pula korek hidung dengan tajuk ni. Mengikut kamus dewan terbuka sekolah menengah cina san min, khurafat adalah asalnya daripada perkatan khura-khura fat. Ataupun dalam bahasa Melayu kita panggil sebagai kura-kura gemuk. Nampaknya setelah diteliti 2 juta kali ternyata terbukti fakta ini seperti kurang membantu kajian thesis kita pada hari ini. Lalu fakta diabaikan begitu sahaja sambil mengunyah roti yang sedap dimakan begitu sahaja.

Jadi, untuk “Hadith for the day”, kita akan mengetahui dari manakah datangnya asal usul perkataan khurafat dan apakah cerita disebalik perkataan ini.

عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : حَدَّثَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم ، ذَاتَ لَيْلَةٍ نِسَاءَهُ حَدِيثًا ، فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ : كَأَنَّ الْحَدِيثَ حَدِيثُ خُرَافَةَ ، فَقَالَ : أَتَدْرُونَ مَا خُرَافَةُ ؟ إِنَّ خُرَافَةَ كَانَ رَجُلا مِنْ عُذْرَةَ ، أَسَرَتْهُ الْجِنُّ فِي الْجَاهِلِيَّةِ ، فَمَكَثَ فِيهِمْ دَهْرًا ، ثُمَّ رَدُّوهُ إِلَى الإِنْسِ ، فَكَانَ يُحَدِّثُ النَّاسَ بِمَا رَأَى فِيهِمْ مِنَ الأَعَاجِيبِ ، فَقَالَ النَّاسُ : حَدِيثُ خُرَافَةَ

Aisyah RA mengkhabarkan:

“Pada suatu malam, Rasulullah SAW bercakap-cakap dengan isteri-isteri Baginda. Salah seorang dari mereka berkata: “Percakapan macam ini seperti percakapan khurafat.” Rasulullah SAW bersabda: (( Tahukah kalian apa khurafat itu? Sesungguhnya khurafat itu nama seorang laki-laki dari ‘Udzrah yang disembunyikan oleh jin pada zaman Jahiliyah. Ia tinggal bersama mereka (jin) beberapa lama. Kemudian para jin mengembalikannya ke alam manusia lagi. Khurafat bercerita tentang keajaiban-keajaiban yang ia alami di alam jin kepada orang-orang. Lantas, (untuk cerita-cerita macam tu) orang-orang berkata: “Itu cerita Khurafat”. ))

Hadith ini adalah salah satu dari 2 buah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Tirmidzi RA dalam kitabnya yang agung Syamail Al-Muhammadiah dalam bab hadith yang menceritakan tentang kalam Rasulullah SAW di waktu malam. Ataupun dalam bahasa kita yang lagi mudah, bedtime stories lah. Cakap-cakap ringan sebelum tidur.

Pada suatu malam Nabi SAW bercerita tentang sebuah cerita yang macam pelik-pelik la. Cerita yang tak masuk akal dan macam tak pernah berlaku dalam kehidupan manusia yang normal. Alah, kita-kita pun 2x5 jugak masa kecik-kecik dulu baca cerita cinderella la, cintalela la, snow white la, snow queen la, snow in my mouth la, ape-ape jelah yang biasanya kita panggil cerita tu cerita dongeng.

Maka isteri Baginda pun berkata lah lebih kurang macam ni, “bang, ape mende abang cite ni cam citer khurafat je sume ni”

Rasulullah SAW pun menjawab lebih kurang macam ni, “hang ni cakap citer khurafat khurafat ni, hang tau ka khurafat tu hapa dia?”

Lalu dijawap kembali, “tak tau le pulak bang. Cuba abang bagitau lepas tu nanti mesti kami tau.”

Nabi SAW pun memulakan dengan menceritakannya lebih kurang macam ni la maksudnya dalam gaya bahasa sekarang ni:

Khurafat ni kalau hang nak tau, sebenaqnya nama sorang laki dari Bani Udzrah. [Bani Udzrah adalah salah satu qabilah yang famous kat Yaman] dia ni aku nak habaq mai kat hang, dia kena culiq dengan jin. Masa tu zaman jahiliyah lagi. Aku pun belum dilantik jadi Rasul lagi masa tu. Masa tu memang banyak la kes-kes penculikan macam ni. Tapi lepas aku dibangkitkan menjadi Rasul, kurang dah la kes-kes penculikan sebegini rupa.

Maka stay la Khurafat dengan jin-jin tu untuk beberapa ketika. Lama jugak la. Sampai satu masa jin-jin tu semua pulangkan balik Khurafat ke kampong halamannya. Setelah pulangnya Khurafat, maka dia pun dengan terujanya mencanang-canangkan kat orang kampung akan kisah-kisah pelik dan taajub yang dilihat dan dirasai olehnya ketikamana berada bersama jin-jin itu. Lepas tu, tersebarlah diseluruh kampung akan cerita-ceritanya itu dan heboh di sana sini orang berkata-kata, “tu cerita si Khurafat la tu.”

Sedikit fiqhul hadith:

Syeikhuna Al-Faqih Syeikh Ahmad Al-Hajain semasa mensyarahkan hadith ini telah berkata bahawa perkara khurafat ini terbahagi dua:

1. Khurafat waqiat – adalah pada hak Nabi Muhammad SAW. Khurafat yang keluar dari mulut Rasulullah SAW bersih dan suci daripada sebarang penipuan dan ianya benar-benar berlaku. Sepertimana yang kita sedia maklum, tiada yang keluar dari mulut Baginda SAW melainkan yang benar dan haq belaka.
2. Khurafat taqa’ am la taqa’ – adalah pada hak selain Nabi. Khurafat yang keluar dari mulut selain daripada Nabi boleh jadi ia benar-benar berlaku dan boleh jadi sekadar penipuan yang direka-reka.

Kesimpulannya:

Cerita-cerita merepek merapu meraban kat dalam blog ni bukan cerita khurafat kot. Hehehe.

GALERI NEKO-CHAN.. KAWAII NEE~
_________________________

Sayangilah haiwan kesayangan Sayyiduna Abu Hurairah RA ini.

Haiwan pun kita tak boleh zalimi, apatah lagi manusia. Tapi zaman sekarang ni zaman fitnah. Ramai sangat manusia makan manusia. [cuba teka apa yang berlaku seterusnya? adakah kaki keji tersebut betul-betul melandingkan dirinya atas kepala neko-chan itu hingga mengakibatkan beliau terpelantin ke dalam sungai?]

Currently have 10 Kata Komenan:

  1. Salam Ustad Pamie.Perkara khurafat ni kdang kala ia berlaku tanpa disedari.

    Kucing yang selalu bertandang ke rumah kami baru je menggigit anak kami.Hu hu

  2. ishk2..manyaknye citer khurafat dalam blog nih. hohoo..

    kalo ending die kucen tuh jatuh dalam sungai, jage la kome.. <-- ini adelah suatu penthreatan. sile peluh2 nebes.

    bukan awak n kuarge awak xske neko ke? tangan awak ke tuh?

  3. um masyitah:

    yep2. alangkan perkara yang tak khurafat pon kengkadang berlaku tanpa disedari. contohnya kita terkorek idung masa cameraman konvokesyen tengah shoot gambo kita. ataupun kita termakan nasik bila kita nampak nasik. ataupun kita terbernafas bila ada udara. [macam takde kaitan je ni?haha]

  4. lupe plak. nanti jangan lupe ajar anak akak gigit balik kucing tu. kekeke.

  5. syaf:

    threat tu benang kan? awat tetibe nak bagi benang ni? nak suh saya menjait plak ke? nebes gile menjait.

    sape kate tak suke. kitorang tak suka bela je. tapi sayang tetap sayang. haiwan kan makhluk Allah gak. lagipun kucing cam comel sangat je. tak sampai ati nak bela. kitorang lebih suka bela binatang2 yang lebih thriller. contohnya, tikus biawak cicak buaya komodo harimau bintang dan singa laut.

  6. salam pak ostat pamie
    yang b_r_i... (^__^)

    hehehe.. wah.. baru saya tahu asal usul khurafat tu..


    ending pic itu.. sure kaki itu kena geget dengan rakusnya oleh si kucing tomey itu.. hahaha..

    tertanya-tanya.. kaki siapa yang tak bertamadun itu.. sah2 kaki ostat b ni.. hahaha.. =P

  7. lak apa laksa, sa apa saku, ku apa, KUCI KUCI PAMPERS HEY!

    -----------

    khurafat..?ooo...(bace lagi)....oooo..(bace bace)...oooo..yeke?korek idung tuh kurafat?..(bace lagi)...ooooo...(tulis2)....oooo...(catit2)....

    *penting utk cucu cicit*

    -----------

    ape kes kucin name neko? kau tahu, kucin aku kat umah name 'BELACAN, MISAE (sbb ade misai), BAWANG, TIMUN, PETAI...*best x?*

  8. faarihin:

    teeeeetttt salah. bole cuba lagi taun depan. muahahaha.

    yang penting:

    bukan kaki saya! err.. kaki biasanya orang tak kata boroi kan? hehehee

  9. paah:

    bagus la ko mencatit untuk cucu cicit ko. mesti dorang rasa terharu dan terhutang catitan kat ko. nak kate terhutang duit ko takde bagi duit pon. nak kate terhutang budi ape sangat la budi ko melainkan tolong catit je. muahahaha.

    ko ni tak blajo bahse jepon ke. minat yui sampai hapal lagu life dan diulang tayang 382652kali. neko pon ngko tak tau ape maksud. keji sungguh bahse jeponmu. pegi bukak balik kamus dewan zaman jepon. skarang jugak. cepattt!

    p/s= nama kucen2 ko langsung takde sentimental value. moral value apatah lagi. sekian.

  10. pamie-sama!! cotto matte kudaisai..! ko kate bhs jepun aku keji?aku band 6 tau..*haha*

    cit..aku ingat ko memang menamakan 'neko' ko tuh dgn nama 'neko'..mn aku tau, ko x bgtau! asik pendam perasaan jek..cne nak berkembang camni?(lupe, paksi- y ko da bnyk kembang )

    ko jgn ape2 kan si neko tuh..neko ga daisuki da yoo~

    p/sssss : mmg xde nilai sentimntal..tp, klasik value tuh ade..


Leave a Reply