Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Monday, December 7, 2009

B.O.R.O.I

Posted by The Pamiesz® | Monday, December 7, 2009 | Category: |

Mende camni pon bleh jadik isu. Standard la lelaki boroi. Tambah-tambah standard lagi lelaki boroi sebelum kahwin. Macho je bila nampak perut jalan dulu daripada kaki. Hahaha. Tapi anda-anda kamu-kamu di luar sana sebenarnya tak perlu risau. Biasanya lelaki-lelaki yang seperti ini lepas kahwin kompem dia kurus punye. Slim river. Hahahaha.

Camni ke yang dikatakan BOROI? Rasanya tak kan. Orang yang kata ini boroi rasanya orang tu menghadapi masalah rabun mata hati kot.

Kalau sungguh ya pun boroi, biarlah... janji hati senang. [alasan utama yang biasa dilampirkan oleh pemboroi] Wakakaka. Lagipun, lelaki nak juga membantu para wanita untuk mengandung. Cuma beza sikitlah cara mengandung tu. Perempuan mengandung 9 bulan kemudian anak yang dikandungkannya itu dilahirkan ke dunia dengan selamat. Lelaki pula mungkin kerana terlalu sayang akan anak yang dikandungnya, maka terus menerus dikandungnya anak itu sepanjang hayatnya tanpa dilahir-lahirkan.

Nampak tak bahawasanya kasih sayang seorang lelaki dan pengorbanan terhadap anaknya adalah lebih mendalam daripada seorang perempuan? Mana ada perempuan sanggup mengandung sepanjang hayat. Tapi lelaki sanggup. Malah bergembira pula dengan kandungan itu. Cayalah lelaki! Hahahaha.

Sudahlah. Aku nak pergi pasar. Semenjak berhenti jadi cikgu ni, aku dah jadi suri rumah yang berjaya.

Solat subuh - baca Quran - masak sarapan - makan pagi - berkebun - pergi pasar beli sayur ikan dan daging - masak makan tengahari - solat zuhur - makan tengahari - tidur - tengok kartun - solat asar - masak makan minum petang - minum petang - solat maghrib - baca Quran - kelas pengajian - solat isyak - tulis blog - tidur.

Komplet jadual harian seorang suri rumah yang berjaya memboroikan diri sendiri. Sape nak tagdim aku jadi orang gaji sila isi borang cepat. Tapi nak gaji atas 5k. Bawah daripada tu permohonan awal-awal ditolak. Muahahaha.

Senyum sokmooo (^_^)

Currently have 13 Kata Komenan:

  1. Salam pak ostat yang boroi.. (^__^)

    hahaha.. tu dah bape bulan dah tu?

    ish2.. memang kasih sayang yang berlimpah ruah tu.. cayalah.. hahaha.. =P

    kerja suri rumah ternya lebih hebat kan.. (^__^)

  2. salam. eh? sape kate tu perut saya? selambe je kata saya boroi. lalalala~

    tu bukan bulan lagi. dah 23 tahun 2 bulan 3 minggu dah tu. hahaha.

    betui3. keje suri rumah memang lebeh hebat. sokong jelahhh. kekeke.

  3. salam..

    alasan pemboroi yang x pernah insap. makan sampai 2 3 pagi pon layan patplohnam pinggan selipar masak asam pedas. hape nak jadik hah?!

    hahahhahhaaa.. kasih sayang terhadap kandungan.. xleh blah.. hahhaaaaa..nak guling..seyez..

    p.s- PAMIE BOROI

  4. Ostart Pamie..

    Telah berkata imranulkhalis yang diriwayatkan oleh ayah pin yang bermaksud :

    "Maka barangsiapa yang mempunyai perut yang besar berbanggalah dia.Kerana itulah lambang seksinya seorang lelaki dan juga lambang kekayaan seorang lelaki"

    Imranulkhalis ditanya oleh seorang badwi :

    "Maka bagaimana pula dengan perempuan yang mengandung wahai syeikh?"

    Imranulkhalis menjawab dengan senyuman sambil menggosok perut :

    "Adapun bagi wanita yang mengandung adalah anak di dalamnya,mahu lebih tahu tanya pada ostart pamie"

    (Hadis riwayat Ayah pin dan Cikgu Kahar)

  5. imranulkhalis!

    memae mung apprentice pamieng nih! bape hengget yuran tusyen ngan ustart pamieng? mung memae klaqo, klaqo bebenor! ambo nok hapae mung bagi nih (hadith2 arbaien, hadith2 laen yang tidak diriwayatkan ayah pin n cekgu kahar pom xterhapae.huh,dah2,pi wat keje senonot sket)

  6. 2 mmg perut pahmie..klo xcye tnye org yg gmbr kt blakg 2..dia sksi sgala2 ye...haha

  7. Nampak sangat Cik Syafarah dengki...

    Hoho..!

    Pengajian saya xde kena mengena dengan ostart pamie..

    Hahahaha!

  8. syaf:

    jeles la tuh. nampak sangat rasa tercabar dengan kasih sayang sorang lelaki terhadap kandungannya. hahaha

  9. imran:

    hadith tu hadith palsu. periwayatnya sesat lagi menyesatkan. akan tetapi isi kandungan statement dalamnye ada kebenarannya dan ia disokong penuh oleh pertubuhan bangsa2 bertabur. muahaha

  10. qucai:

    [sambil hulur not rm1000 secara sembunyi2] cai, tu bukan perut aku kan? kan?

  11. tgh mkn2 kat cafe, tetibe trpndg satu notis,

    'sukacita dimakulumkan, Makmal Patologi 117, USM memerlukan pekerja boroi dalam usaha memajukan bidang mikrobiologi. jika anda terjumpa mana-mana teman yang mempunyai ciri seperti di atas, sila hantarkan meseg ke YM saya'

    ----

    tahniah wey..ngko la aku rase yg layak bertanding wey..nak taqdim jadik pekerja bley..nah, isi borg kat bwh

    nama si boroi:

    alamat si boroi:

    jenis keboroian (A, B, AB @ O) :

    tahap keboroian (high, middle, low) :

    kelebihan lain selain boroi :

    -----

    astagfirullah, benarkah itu perutmu? (sambil menggeleng2kan kepale)

    tape..aku menerima sahabat seadanya..try la ni wey 'Mustajab Pati Halia'

    *boroi satu ANUGERAH* tahniah~

  12. aku pon tak paham ngko ni kejap macam nak kutuk kejap macam nak puji. ngko sebenornye berpihak pada horikita maki atau horikita puji? bek ko berterus terang je sebelum aku baling ko dalam laut bersama-sama tapak sulaiman.

    heh, garang tak aku? takut tak? takut tak?

  13. ko kenal gak ngan horikita maki la eh? ko ni mmg bukang calang2 orangnyang.haha..tarjim sket ape aku ckp nih..

    tapak sulaiman?sape tuh?boroi gak ke?bleyla nak taqdim..eh, ko x isi borg tuh. ko tolak la ni?yelah, dah keje kat CNN kan? aku keje kat BSN jek..mn layan keje cikai nih..

    lol...ayat aku yg 'boroi satu anugerah' tuh dah cukup menyatakan maksud aku..ta phm suda..

    eiiii...wey, takotnye...cne ni?cne ni?cne ni?cane ni?cane ni??????wey..tulun wey..ta penah aku takot smpai cenggini..(letihla pura2 takot ni, dah jem da saluran pernafasan aku nih..ngko la nih!)

    aku hrp jenis keboroian ngko adalah O. sbb org jenis O ni pemurah..de suke derma lemak berlebihan kpd ikan jos..seyes, aku ta tipu~


Leave a Reply