Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Monday, July 6, 2009
salam aleik..
memandangkan banyak permintaan daripada ramai sahabat2 kita yang berkeinginan nak pegi bertalaqqi tapi tak tau jadual.. maka dengan ini ana menguploadkan skali lagi jadual talaqqi umum disekitar kaherah.. yang melingkungi beberapa tempat seperti Kiblat Ilmu Ruwaq Masjid Al-Azhar.. Mudhayafah Syeikh Ismail Sadiq Al-Adawi.. pengajian di rumah negeri di Hayyu Asyir.. dan juga beberapa masjid disekitarnya seperti Masjid Walidain dan Masjid Asyraf Muqattam yang merupakan masjid dimana Syeikhuna Yusri Rusydi Al-Hasani menjadi imam dan khatib rasmi disitu..
sebenarnya banyak lagi tempat2 lain.. tapi tak lalu la nak tulih sini.. kat rumah2 negeri lain ada Baba2 daripada Pattani mengajar.. ada juga Ustaz2 kita yang mantap2 daripada pondok2 juga mengajar.. macam kat rumah kedah.. rumah kelantan.. rumah penang.. rumah melake dan macam2 rumah la lagi.. kalo pengajian kat sana tu korang cari sniri la ek jadual.. rasa mudah jer hok tu.. gi la rumah negeri yang berkenaan gerenti ade punye tampal kat dindin2 tu.. cari le mane ade papan pengumuman tu kalo tak bawak pen ngan ketas korang snap la gambo jadual tu balik umah salin la balik.. ish.. badan dah beso panjang mende gitu pon nak kene ajo..
sebagai peringatan bersama.. untuk korang dan untuk diri ana jugak.. ingatlah bahawasanya bertalaqqi itu bukanlah suatu perkara mudah yang kita anggap sangat mudah untuk melaksanakannya seumpama mudahnya bersembang kencang pumpangpumpang tentangnya..ianya jauh lebih mencabar dan menguji daripada semudah mulut yang menuturkannya..
"besok aku nak pegi talaqqi lah.."
bila dah besok terbangun lambat sikit langsung tak pegi pon.. sakit kepala takleh kena panas la ngantuk la.. lepeh tu tukor ayat la pulak..
"minggu depan jelah aku pegi..minggu depan mesti pegi ni.."
pengabisnye tak pegi langsung pon pasal tak lalu nak tunggu bas paneh2 bute ni..
sesungguhnya menuntut ilmu yang sahih itu memerlukan juhud yang sangat tinggi dan kesabaran yang sangat jitu.. ilmu Allah yang berada dalam dada2 para ulama itu merupakan sesuatu yang amat agung.. maka adakah logik sesuatu yang agung hendak dicapai dengan semudah berkata2 tanpa ada dipaterikan dengan selangit usaha dan dihiasi dengan selaut kesabaran? bolehkah syurga dicapai dengan sekadar menggoyangkan kaki tanpa melakukan apa2 amalan dan ibadat kita sebagai hamba? bolehkah syurga diperolehi dengan tidak diuji walau sekecil2 ujian dan dugaan? jangan harapla.. sesungguhnya ilmu itu jika boleh diperolehi dengan sekadar harapan.. maka ternyata didalam dunia ini takkan ada seorang pun manusia yang tak menjadi ulama.. balutilah sekepal harapan itu dengan balutan juhud.. bersungguh2lah dan tabahlah.. sesungguhnya kepenatan yang sedikit dimasa sekarang ini insyaAllah akan dibalas dengan ketenangan hati terhadap ilmu yang kemas di dada di masa akan datang.. insyaAllah biiznillah.. ya Allah ya Tuhan kami.. jadikanlah kami dari kalangan hamba-Mu yang dibenarkan untuk memegang menjaga dan membawa ilmu-Mu.. amin..
bersabarlah dengan ujian dan dugaan cuaca musim panas yang sememangnya menduga kesabaran dan keimanan bagi sesiapa yang merasainya.. sesungguhnya setiap perjalanan kita itu diredhai oleh Allah dan dijanjikan pahala fi sabilillah.. perjalanan seorang penuntut ilmu.. ya Allah jadikanlah kami seorang yang sabar dan istiqamah.. amin..
Sayyidi Syeikh Yusuf Al-Hasani hafizahullah pernah mengatakan: [Istiqamah itu adalah daripada sebesar2 karamah]
yang penting dalam bertalaqqi bukanlah banyaknya kitab yang kita tadah.. bukan juga dinilai daripada besarnya kitab yang kita mengaji.. yang penting biarlah istiqamah.. biarpun sekadar kitab kecil.. yang penting ianya kita hadam sungguh2 dan mampu menjadi panduan hidup kita bila2 kita perlukannya kelak.. jangan terlalu mengejar semua pengajian hingga kesemuanya kita tak dapat nak kuasai.. sekadar datang duduk dengar habis dan pergi tanpa ada apa2 yang melekat pada kita.. itu bukanlah cara yang paling sesuai.. ya.. masing2 ada cenderung masing2.. masing2 ada kemampuan masing2.. pilihlah pengajian yang anda rasakan anda rasakan kena dengan jiwa minat dan bidang anda serta mampu istiqamah dengannya.. tapi jangan sampai terlalu penin nak pilih pengabisnye semua tak pegi.. takleh gak la kan.. sebaik2 perkara itu adalah yang pertengahannya.. ikutlah cenderung dan kemampuan masing2.. didiklah hati menyayangi ilmu..
tak semua pengajian kat dalam jadual bawah ni ana pegi.. ada kitab yang ana istiqamah tak tinggal pengajian kecuali sikit dan ada juga pengajian yang ana datang sekali sekala jer.. ala kulli hal yang pentingnya dalam sehari tu mesti wajib ada paling kurang pegi 1 pengajian.. agar otak tak lalai daripada mengingati bahawasanya diri ini adalah penuntut ilmu.. bukan pelancong kat mesir ni..
BIRU - pengajian yang ana ikuti dengan kadar kerap..
HIJAU - pengajian yang ana datang kadang2 jer ataupun pernah pegi skali dua je disebabkan masa kelas yang berlaga dengan pengajian lain ataupun disebabkan hal2 lain..
HITAM - pengajian yang ana tak pernah datang ataupun belum ikuti..
____________________________________
SABTU
Subuh
[5.30pagi] Rmh Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
[5.30pagi] Masjid Walidain – Syeikh Hisham – Fawakih Janniah Syarh Mutammimah Jurumiah
[7.00pagi] Rmh Selangor – Ust Shah – Fathul Qaribul Mujib
[11.30pagi] Masjid Al-Azhar – Syeikh Yusri – Sahih Bukhari
Zuhur
[1.00ptg] Masjid Al-Azhar – Syeikh Fathi Hijazi – Syarah Ibnu Aqeel
[3.00ptg] Masjid Al-Azhar – Syeikh Ahmad – Tajul Jami’ Lil Usul / Baijuri1
Asar
[5.30ptg] Masjid Al-Azhar – Syeikh Ahmad – Syarh Muslim / Ashbah / Iqazul Himam
Masjid Al-Azhar – Syeikh Sayyid Syaltut – Ghayah Ma'mul Syarh Waraqat Usul
Masjid Al-Azhar – Syeikh Ali Jumaah – Tafsir Al-Quran
Maghrib
Masjid Al-Azhar – Syeikh Ahmad – Ithaf Sadatil Muttaqin
AHAD
Subuh
[5.30pagi] Rmh Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
[5.30pagi] Masjid Walidain – Syeikh Hisham – Balaghah Wadhihah
[7.00pagi] Rmh Selangor – Ust Khairul Anuar – Matan Mukhtasar Saghir
Zuhur
Masjid Al-Azhar – Prof Mahyuddin Sofi – Jauharah Tauhid
Mudhayafah - Dr Abdul Salam - Usul Fiqh Asfahani Alal Minhaj
Asar
[4.30ptg] Mudhayafah – Syeikh Taha Rayyan – Hasyiah Sowi Alal Jalalain
[6.00ptg] Mudhayafah – Syeikh Fathi Hijazi – Syarh Qatrunnada
[5.30ptg] Masjid Al-Azhar - Syeikh Ahmad - Ithaf Sadatil Muttaqin / Baijuri
[5.30ptg] Masjid Al-Azhar - Syeikh Jamal Faruq - Hasyiah Sowi Ala Jauharah Tauhid
Maghrib
Masjid Al-Azhar – Syeikh Ahmad – Al-Iqna’ Jilid 2
ISNIN
Subuh
[5.30pagi] Rmh Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
[7.00pagi] Rmh Selangor – Ust Nazrul – Fawaid Makkiah / Mukht Jiddan / Nur Zolam
[10.30pagi] Masjid Al-Azhar – Syeikh Imad – Hasyiah Baijuri
Asar
Masjid Al-Azhar – Syeikh Sayyid Syaltut – Minhaj Tolibin
Maghrib
Mudhayafah – Dr Athiyah – Al-Iqna’ Jilid 1
SELASA
Subuh
[5.30pagi] Rmh Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
[5.30pagi] Masjid Walidain – Syeikh Hisham – Fawakih Janniah Syarh Mutammimah Jurumiah
[7.00pagi] Rmh Selangor – Ust Syed Kadir – Bidayatul Hidayah
[10.30pagi] Masjid Al-Azhar – Syeikh Imad – Hasyiah Baijuri
Zuhur
[2.00petang] Mudhayafah – Dr Mustafa Imarah – Tadrib Al-Rawi
Asar
Masjid Al-Azhar – Syeikh Sayyid Syaltut – Minhaj Tolibin
Maghrib
Mudhayafah – Syeikh Jamal Faruq – Tuhfatul Atfal
Rumah Serawak – Ust Syed Kadir – Bidayatul Hidayah
RABU
Subuh
[5.30pagi] Rmh Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
[7.00pagi] Rmh Selangor – Ust Juzaili – Awail Sunbuliah / Taqrirat Saniah
Asar
[5.30ptg] Masjid Al-Azhar – Syeikh Ahmad – Syamail Muhammadiah / Majmuk
[5.30ptg] Masjid Al-Azhar - Syeikh Jamal Faruq - Hasyiah Sowi Ala Jauharah Tauhid
Maghrib
Masjid Al-Azhar – Syeikh Ahmad – Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran
Masjid Al-Azhar – Dr Muhana – Iqazul Himam / Futuhat Ilahiyah
Isyak
Mudhayafah – Prof Dr Taha Dusuqi – Iqtisad Fil I’tiqad
KHAMIS
Subuh
[5.30pagi] Rmh Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
[7.00pagi] Rmh Selangor – Ust Syed Kadir – Kifayatul Akhyar
[9.30pagi] Masjid Al-Azhar – Prof Hasan Al-Syafie – Aqidah Nasafiah
Zuhur
Mudhayafah – Dr Khusyu’ie – Nuzhatunnazar Syarh Nukhbatul Fikar
Maghrib
Rmah Kedah H7 – Syeikh Mahmud Said Mamduh – Riyadh Salihin / Fath Qarib
wah, pack btol jadual ustad pamie