Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, July 15, 2009

Persediaan Pelajar Untuk Ke Mesir

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, July 15, 2009 | Category: |

salam aleik..

apakah persamaan dan perbezaan antara serabut berserabut keserabutan penyerabutan diserabutkan menyerabutkan diserabuti akar serabut rambut berserabut berus sabut dan sabut kelapa?

persamaannya semua itu ditulis dalam bahasa melayu..

perbezaannya tak semua bende kat atas tu ade kat aku..

contohnya sabut kelapa takde kat aku sebab aku seniri pon dah lama tak nampak kelapa kat mesir nih..

tapi bilamana aku menulis bahawasanya tak semua bende tu ade kat aku.. ini bermakna ade sebahagian bende tu yang ade kat aku..

ahhh.. ape bende la main ayat2 camni.. aku tak paham.. cakap jelah terus terang.. aku serabuttt! banyaknyeee bende nak kene pikir.. hadehhh~

........................

sebenarnye ada permintaan daripada seseorang.. [tapi jangan pulak kate seseorang ni menyerabutkan aku ek.. tade2 dun wuri..] beliau memintak tolong aku untuk menyenaraikan beberapa persediaan untuk ke mesir.. ini pun setelah soalan ni didemand oleh adik2 junior beliau yang bakal menjejakkan kaki ke bumi anbiya.. bumi kinanah yang penuh barakah ni.. standard lah.. bagi mereka yang takde pengalaman lagi pegi ke obersea.. tentunya membuat persediaan untuk memikirkan barang apekah yang nak dibawak ke sane adalah sesuatu yang amat merunsing dan menyerabutkan.. tapi nak kabonye keserabutan aku kat atas tadi tu takde kene mengena pun dengan persediaan bebudak yang nak pegi mesir ni.. kami cuma berkongsi satu perasaan.. iaitu keserabutan!

perlu diingat bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke mesir.. ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.. kita akan melihat daripada beberapa sudut 90darjah celcius.. secara umumnya persediaan untuk ke mesir ini terbahagi kepada 3 bahagian

1. PERSEDIAAN ROHANI @ MENTAL
2. PERSEDIAAN JASMANI @ FIZIKAL
3. PERSEDIAAN MATERIAL @ BARANG2

kita akan cuba huraikan satu persatu oke.. agar semua dapat melakukan persediaan yang mantop dan berdedikasi serta berhemah tinggi sebelum kapal terobang kome semua fly high to the sky.. dont stop at the top touch the sky before you drop..

aku dan pak nyoi di KLIA sebelum melepas ke mesir.. erkk.. melepas ke berlepas ek?

PERSEDIAAN ROHANI @ MENTAL

aku tau korang semua takde penyakit mental.. kalo tak mustahil pulak doktor bagi lepas korang punye medical check up pegi sambung lajo kat mesir kan.. tambah lagi yang nak sambung bidang medic.. lagi lah.. korang pegi sini nak jadi doktor nak balik sembuhkan orang yang mental.. tengok2 korang mental dulu.. hahaha..

perlu lah diambil perhatian bahawa sesungguhnya mesir bukanlah sebuah negara moden yang canggih seperti jepun.. korang akan berhadapan dengan situasi yang amat berbeza disini.. satu kehidupan yang jauh berbeza dengan kehidupan mewah dan senang lenang korang kat malaysia tercinta.. satu kehidupan yang korang tak dapat bayangkan macam ni rupanya kehidupan melainkan dengan merasa sendiri kehidupan tersebut.. makanya dengan ini aku sebagai orang yang dah agak penat hidup kat mesir ni menasihati supaya ngkorang mengcekalkan hati korang supaya ianya tak jadik manje dan lemah.. kuatkanlah semangat dan ikhlaskan niat korang datang sini semata2 untuk mengutip mutiara ilmu daripada ulama2 al-azhar supaya satu hari nanti korang akan dapat mencapai target membawa pulang segulung ijazah dan selaut ilmu yang korang berjaya korek daripada dada2 ulama2 di bumi anbiya ni.. janganlah dilihat kepada letihnya kehidupan disini kelak akan tetapi lihatlah pada agungnya nikmat peluang menuntut ilmu fi sabilillah yang Allah dah anugerahkan kepada kita melalui redha ibu bapa kita yang melepaskan kita ke sana.. pasakkan dalam hati akan matlamat ini nescaya kita tak akan bengkok dan tersasar sepanjang perjalanan kita di mesir kelak..

nawaitu:
pergi mesir nak cari redha Allah dan RasulNya
pergi mesir membawa harapan ibu bapa untuk melihat anak mereka berjaya
pergi mesir membawa harapan masyarakat untuk kembali mengislah kerosakan dan kefasadan yang berlaku dikalangan mereka
pergi mesir untuk belajar bukan untuk bekerja mahupun melancong
pergi mesir untuk ke kuliah bukan untuk jadi pendownload muvie dan pemarathon citer anime j-drama k-drama mahupun series
pergi mesir untuk spend masa bersama ulama bukan habiskan masa bersama tilam dan selimut

kawasan anjung ruwaq Al-Atrak dan Al-Mugharabah Masjid Al-Azhar, Kaherah

selain itu terdapat juga lagi persediaan rohani yang amat penting yang tidak boleh tidak kita jadikan prinsip bagi diri kita dan persediaan2 inilah yang kita perlu adakan dan didikkan kedalam hati sanubari kita.. iaitulah..

1. perlu bersabar dengan setiap dugaan yang bakal ditempuhi
2. tidak sekali-kali berputus asa daripada kegagalan yang diterima
3. redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah
4. usaha dan keyakinan bukan semata2 penentu kejayaan dalam peperiksaan

kalau kita bersedia dengan memperkemas niat kita sejak sebelum kita pegi ke mesir lagi.. dan kita istiqamah atas niat yang kita kemaskan sejak dari mula lagi tu.. insyaAllah kita akan hidup dengan panduan dan jalan yang selamat dan tidak tersasar semasa sepanjang kita berada disana kelak.. biiznillah..

juga termasuk dalam persediaan rohani adalah persediaan daripada segi ilmu kita.. sebaiknya mulakanlah menyibukkan diri dengan menghafal Quran supaya mudah untuk menghadapi mukoror yang ditetapkan oleh pihak universiti.. Quran bawak banyak syafaat pada kita.. hafallah kalam Allah ini dengan tujuan untuk menjaganya.. bukan sekadar untuk sekadar lepas peperiksaan.. insyaAllah ia akan menjaga kita hingga menjadi teman kita didalam kubur membawa kepada mudahnya hisab kita diakhirat kelak..

juga persiapkanlah diri kita dengan ilmu2 asas yang penting seperi ilmu komunikasi bahasa arab tidak kita samada ammiyah atau fushah.. kalau di mesir.. ammiyah lebih2 lagi perlu kerana ianya amat penting untuk digunakan dalam muamalah kita seharian.. cari2lah kat tenet ataupun rujuklah pada ustaz2 lepasan mesir tentang uslub2 yang digunapakai dalam bahasa ammi supaya kita tahu sedikit sebanyak dan mudah untuk memahami apa orang arab sana cakap.. supaya kita taklah kene tipu ke.. ape ke kan.. dahla orang arab ni kalu cakap orang puteh pun bunyi sleng arab dia jugak.. jadi sape yang ada kemampuan belajo dulu bahse ammi sebelum pegi.. itu adalah terlebih baik dan ianya memberikan satu advantage buat anda.. takde la nak terkedek2 tergagap2 lagi nak blajo becakap macam budak tadika kat sane..

daripada segi ilmu2 Islam pulak.. sebaiknya sebelum pegi mesir kita dah melengkapkan diri kita dulu dengan semua ilmu2 asas dan ilmu2 alat seperti ilmu nahu sorof.. arudh.. mantiq.. usul fiqh.. mustolah hadith.. dan sebagainya daripada ilmu2 yang pelbagai.. supaya kita dapat masuk ke al-azhar dalam keadaan kita bersedia untuk menerima ilmu yang lebih tinggi yang dicurahkan oleh para masyayikh kita disana..

seperti yang dikatakan oleh para masyayikh kami.. sepatutnya pelajar yang mahu menyambung pelajarannya ke al-azhar.. sekurang2nya perlu mengkhatamkan kitab2 kecil sejak dari malaysia lagi.. contohnya kalau dalam nahu, Matan Ajrumiah dan Syarah Qatrunnada patutnya dah siap mereka hadam kerana masuk aje taun 1 mereka [pelajar lughah la nih] akan terus dihidangkan dengan santapan daripada Audhah Masalik Syarah Alfiah Ibn Malik.. kitab kedua tertinggi dalam ilmu nahu selepas Mughni Labib.. jadi.. jika kita tiada asas yang kukuh.. maka agak sukarlah untuk kita menguasai tahap ilmu yang lebih tinggi dengan mudah..

dalam fiqh pula contohnya.. jika kita dapat hadam dengan kitab kecil seperti Nailurraja Syarah Safinatunnaja dan Matan Abi Syuja' serta syarahnya seperti Fathul Qaribul Mujib pun sudah mencukupi untuk kita jadikan asas untuk mendalami peringkat yang lebih tinggi dalam fiqh disini seperti Hasyiah Baijuri dan jugak peringkat yang lebih tinggi daripada itu seperti Hasyiah Bujairumi Alal Khatib dan Majmuk Syarah Muhazzab..

itu sikit sebanyak contoh yang ade.. ala kulli hal yang penting kita perlu bersedia dengan ilmu2 asas sebagai pengukuh dan pemudah urusan kita sepanjang pembelajaran kita semasa di mesir..

Masjid Saidina Hussain, Kaherah

PERSEDIAAN JASMANI @ FIZIKAL
___________________________

yang ni tak payah aku elaborate panjang2 rasanya.. korang pun tau kesihatan tu merupakan satu nikmat yang besor yang Allah bagi pada kita.. kalau takde kesihatan semua bende kita nak buat tak jadik.. kalau tak sehat.. letak chicken chop depan mate pun tak rasa selere mane nak makan.. begitu jugaklah dengan belajar.. kalau kita tak bersedia dengan kesihatan jasmani.. ia akan menghalang kita dari merasa nikmatnya menuntut ilmu.. jika tiada kesihatan.. kita akan terhalang untuk berjalan jauh mencari para masyayikh untuk bertalaqqi.. kita akan terhalang untuk bangun malam dan murajaah pelajaran dan menghafal Quran.. kita akan terhalang untuk melakukan apa jua pun melainkan terbaring tanpa ada apa2 yang dilakukan.. nak baca buku pun takde mood kalau dah asik2 pegang buku je migrain.. bila tengok kulit kitab je terus dapat kanser.. [erkk.. ade ke manusia sakit gini ek?]

jadi.. pastikan kita mempunyai kesihatan yang memuaskan sebelum kita sampai ke mesir.. ini bagi memastikan kita jugak tak menyusahkan orang lain ketika keberadaan kita disana nanti.. memanglah kawan yang setia akan senantiasa bersama kita walau dalam senang walau dalam susah.. walau bagaimanapun kita perlu ingat.. kawan2 kita juga seorang pelajar.. setakat mana sangat mereka mampu nak jaga kita kalau2 kita 24jam asik nak menyusahkan mereka dengan penyakit kita.. jadi.. jika ada penyakit2 yang kita seniri rasa kita takkan mampu nak jaga diri kita.. rasanya tak perlulah nak berjauhan daripada keluarga di malaysia.. kerana kalau kita tetap berdegil untuk ke mesir kita hanya akan menambahsakitkan diri seniri dan lebih teruk lagi menyebabkan orang lain pula bersusah payah dan turut sakit dan bersusah payah sebab menjaga kita..

camne cara nak jaga kesihatan.. hok tu aku maleh jugak nak citer kat sini.. posting ni bukan nak citer pasal tips2 kesihatan.. nak tau hok tu pegi la hospital tanye kat doktor.. takpun search jelah kat tenet ke tanye petua orang tua2 ke.. wat senaman kucing ke.. rimau belang ke.. ikut sekati siku korang jelah aku tak masuk campo yang tu.. ngehehehe..

dhob yang diawet.. bukan dibuat awek..

PERSEDIAAN MATERIAL @ BARANG2
_____________________________

sebenornye 2 persediaan kat ateh ni korang tak tanye pon kan.. yang ni je sebenornye yang korang nak tau.. barang2 ape nak hangkut.. tapi takpelah.. saje jer aku citer skali yang atas tu.. pakej.. heheh..

kebiasaannya pelajar baru datang ke mesir dalam keadaan musim panas yang hampir berakhir.. bulan ramadhan ataupun area2 lepas raya merupakan musim yang panas membahang mula menurun dan kesejukan sikit demi sikit mula terasa.. awal winter lah pendek katanya.. dalam area bulan 11 baru masuk winter.. jadi kebiasaannya persediaan barang2 untuk dibawa kemesir adalah berlegar disekitar persediaan untuk menghadapi musim sejuk.. yang mana musim ini tiada di malaysia.. barang2 musim panas no hal punye.. kita kat malaysia pun dah biasa sangat panas sepanjang tahun.. jadi yang banyak nak diambik ihtimam adalah barang2 musim sejuk..

untuk makluman musim sejuk di mesir tidaklah sama seperti musim2 sejuk yang kita nampak dalam felem2 omputih ataupun memane lah.. kerana musim sejuk di mesir tiada salji.. kalau korang datang mesir semata2 nak main salji.. maka janganlah diharapkan harapan itu kerana ianya tak berlaku.. namun jangan disangka musim sejuk yang tiada salji ini tidak menyejukkan.. bahkan terkadang ianya lebih menyejukkan dan mengilukan tulang daripada musim sejuk di negara yang salji turun.. ini kerana musim sejuk di mesir adalah sejuknya yang datang daripada angin yang bertiup.. angin bertiup kencang di negara mesir.. maka kesejukan akan bertambah mendadak dengan bertiupnya angin.. akan tetapi jika angin yang keluar daripada buntut sahabat anda yang bertiup kencang.. maka angin jenis itu tidaklah menambah kesejukan bahkan menaikkan lagi kepanasan suhu kebengangan anda.. tambah2 lagi yang bau petai ataupun bangkai.. itulah sebaik2 cara untuk memanaskan badan dimusim sejuk.. suh kawan kome kentut kat muka kome.. hahaha..

'Attabah.. 'Attabah..

Antara barang2 yang perlu diambil ihtimam:

1. sweater tebal

aku nasihatkan takpayah beli kat malaysia pon takpe.. kat sini biasanya abang2 akan bawak korang gi tempat bundle sweater yang murah2 dan lebih lawo2 dan tahan sejuk.. jadi.. tak payah lah kembungkan beg kargo korang dengan membeli sweter kat malaysia.. tinggal bawak duit jer.. bleh dapat sweter skitar harga LE70-LE150 [approx RM40-RM100] yang lawo2..

Bas.. pengangkutan utama rakyat mesir yang memang tak ramai mana..

2. baju fit

yang ni aku nasihatkan korang beli siap2 kat malaysia.. untuk dipakai kat dalam sweater.. tapi ada jugak kat sini jual cuma payah nak cari yang berkualiti.. eloknye beli la kat malaysia.. baju fit ni gunanya supaya badan kita tak masuk angin.. tahan sejuk..

3. stokin tebal

kat sini pon belambak jer jual stokin.. tapi banyaknye tak berapa bes dan tak kualiti.. jadi nak pueh hati.. bawakla stokin daripada malaysia..

Haram (Piramid) antara salah satu keajaiban dunia.. tak ajaib pon sebenarnya.. kuasa Allah kan.. takde yang mustahil pon..

4. suar jeans

kalau ngkorang pakailah.. kalau tak pakai takpe je.. cumenye nak kabo yang jeans malaysia better than jeans mesir.. ramai budak2 sini pakai jeans musim sejuk sebab tahan sejuk.. tapi musim panas pon ramai je pakai jeans.. almaklumlah.. jin banyak kan sini.. ala kulli hal tak kesahlah korang nak pakai suar apepun janji tutup aurat sudah.. suar slack cotton cam dockers ke ben davis ke ape ke tu takyah bawak banyak daripada malaysia pon takpe sebab bundle kat sini pon agak sempoi2 jugak.. cume kene pandai cari lah.. nak tau bundle best kat mane carilah aku.. tapi waktu korang cari aku tu aku dah ade kat malaysia dah la.. bundle sebelah umah aku pun ade.. blehla kalo nak pegi.. hahaha..

5. suar dalam + baju dalam

yang ni pon penting jugak nak bagitau.. bahawasanya buatan mesir memang tak berkualiti dan tak bes.. kalo untuk akhawat lebih2 lagi lah.. takut korang punye takde saiz jer.. taujelah kan badan arab camne.. jadi.. better bawak siap2 daripade melesia.. untuk keselesaan seniri jugak.. [part ni takleh elaborate panjang2 kang jadik novel..hahaha]

Syallalat Fayyum.. satu2nya air terjun di mesir yang terletak di tengah padang pasir

6. seterika

dulu ustaz aku pesan takpayah bawak seterika buat berat beg kargo je.. sini ade jual.. tapi setelah aku datang seniri aku mendapati bahawa aku terpaksa berkhilaf dengan pendapat ustaz aku tu.. kerana seterika kat sini kebanyakannye macey harey.. cepat beno jahanam + tak paneh mane.. jadi untuk kepuasan sniri juga.. better bawak la streka yang elok sikit daripade melesia.. yang besi berat sket tu.. [tapi tu pun kalo korang jenis yang sterika baju la.. kalau jenih macam aku ni malas bior duk pakai kedut2 jer.. tak payah susah2 bawak pon takpe.. ngeh3.. apepun Islam menggalakkan kekemasan.. jadilah seorang yang bersih dan kemas.. oke]

keretapi ayam.. satu2nya keretapi kat dunia [agaknya] yang boleh dikejar..

7. kitab2

seeloknya bawaklah kitab2 korang terutama kitab2 yang memang korang dah dhobit daripada dulu dan jugak kitab2 melayu kerana setelah keberadaan korang kat mesir percayalah bahawasanya korang akan rasa ingin merujuk kembali segala kitab2 yang korang tinggalkan kat melesia dan korang akan merasakan kerinduan untuk membace kitab berbahasa melayu.. termasuk jugak kamus2 arab-melayu yang kadang2 diperlukan walaupun kat sini belambak jual Maajim2 seperti Lisanul Arab.. Mukhtar Sihah.. Mu'jam Asasi.. Mu'jam Wasit.. Munjid.. dan len2.. saranan saye bawaklah Kamus Besar Arab Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan jugak Kamus At-Tullab karangan Ustaz Husain bin Unang yang kulit kitab kaler merah tu.. kalo Kamus Miftah sini pon ade juey.. kamus arab-melayu amat berguna sebagai rujukan sampingan disisi maajim2 bahasa arab yang ada.. terutama bagi mereka yang gemar menterjemah kitab.. yelah kan.. macam aku ni kadang2 terlupa perkataan2 bahasa melayu.. [nasib baik la aku reti lagi cakap melayu kan? kan?]

Suq Sayyarat.. pasar kereta di hayyu asyir.. tempat memborong kereta..

8. makanan + barang dapo

part ni je sebenornye yang paling penting.. part makan.. memandangkan korang akan duduk lame kat mesir.. jadi korang akan merasakan kesangapan terhadap makanan2 malaysia.. jadi.. seelok2nya korang penuhkanlah beg kargo korang tu sampai cukup 800kg dengan barang2 dapo.. tak rugi korang bawak banyak2 mende2 ni.. baju ke pakaian ke bleh bli sini banyak lawo2.. tapi barang makanan malaysia.. mintak mahap le.. kalo ade pon jual kat kaherah ni.. mahey nak mampos.. bayangkanlah kopok double decker yang singgit stengah kat melesia tu berharga LE6.50 kat sini.. semua itu gara2 sangap makanan malaysia.. [korang tau ke sangap tu ape?]

jadi disini aku akan statekan mende2 yang takde kat mesir.. korang bawaklah banyak mane pon korang nak hangkut.. lagi banyak lagi lama korang bleh makan..

kita mulakan dengan bende yang ade kat mesir yang takpayah bawak pon takpe.. beli kat kedai belambak2.. iaitulah bunge lawang, bunge cengkih, kulit kayu manis, halia, kiub ayam, kiub daging, kicap, santan kelapa kering dan.. ape lagi tah..

adapun bende2 yang takde kat mesir yang perlu korang pikul sebanyak mungkin adalah seperti berikut:

serbuk kari ayam
serbuk kari ikan
serbuk kurma
serbuk sup
pes/kiub tomyam
sup bunjut
ikan kering
ikan bilis
keropok keping/papedem
serunding
kerisik
lengkuas
bihun
suhun
nestom
kacang ijau
pulut itam
selasih
agar2
asam gelugor
asam jawa
asam masin
kurang hasam
belacan
pek santan serbuk
daun kari (keringkan)
daun limau purut (keringkan)
daun rambutan (basahkan)
tuan tanah kedaun
megi

tu yang aku ingatlah.. kot2 sahabat2 kita dak2 mesir yang baca blog aku ni rasa ada tambahan lagi yang aku tak ingat nak buh.. tambahla dalam ruangan komen oke.. tolong adik2 kita yang nak datang ni..

makanan utama rakyat mesir.. tokmiah.. miah miah..

"aku mana reti masak.. maleh aku masak2 ni.. bek tak payah bawak semua ni.. pegi sana mesti ade orang masak kan.. aku duk goyang kaki je makan sudahlah.. dah ade yang pandai dan rajin masak.." ----> inilah pemikiran sesetengah daripada korang.. ataupun lebih tepat kita katakan daripada sesetengah pelajar mesir..

kalau korang rasa korang nak dibenci dan dimaki oleh seluruh housemate serumah korang samada didepan atau dibelakang korang.. dengan sukacitanya aku menjemput silalah berpemikiran sedemikian..

hidup di mesir bersama kawan2 memerlukan ukhwah yang sangat tinggi.. hormatilah mereka yang hidup bersama2 dengan kita.. belajar apa yang kita tak tahu dan jangan malu.. everybody start from zero rite? lantaklah orang nak kate 1st time masak mi jadi bubur ke.. nak masak rendang jadi nasik goreng ke.. nak masak kari jadi tomyam ke.. pedulikkan.. yang penting kita belajar.. belajar bukannya sekadar mengadap buku.. ada pelajaran yang kita tak dapat daripada buku tapi dapat daripada kehidupan.. daripada pengalaman.. jika tiada pengalaman tu.. nescaya hidup kita akan kekurangan.. tak lengkap.. serba tak kena.. jadi.. seeloknya.. bersedialah dari malaysia.. cuba2lah memasak nasik dengan kaedah sukatan air yang betul.. cuba2lah memasak lauk walau sekadar telo mata kerbau atau telor dadar.. sebagai permulaanlah.. kalau dah sampai 7 taun duk mesir pun tau goreng telo je jugak memang nak kene jentik lah telo tuh..

kalaulah korang tau apa yang ada pada GARGIL.. nescaya korang akan tanam ia walaupun dibawah katil..

kesimpulannye.. bawak jelah ape2 yang korang rasa nak bawak.. abeh2 pun korang yang kene bayo kat epot sebab overload bagasi.. hihihi.. kalo maleh sangat nak bawak semua.. korang bawak diri je sudah.. habeh cite.. heheh..

selamat datang ke ardil kinanah jumhuriah misral arabiah.. :)

Currently have 38 Kata Komenan:

  1. bestnya n3 kali nih...
    post yang lama ditunggu2...
    syukran atas penerangan yang mantap..
    ;D

  2. hebat dan lengkap.. :) bagusla ust pamiesz.. ana nak tulis dalam blog ana sat lagi nampak lari plak perbahasan ana ..heheh..teruskan menulis..dakwah nie mcm2 cara :)

    daripada awal sampai habis ana asyik gelak ja bila baca..kena ngaji nie cara menulis mcmnie .hehe

  3. salam ustaz...bagusla blog ustaz. boleh jg makteh tau tentang mesir. anak makteh dok mesir jg. tapi tak pernah dia cerita pun. rasa terhibur bila membacanya.

  4. klakar la entry ni..tp penuh pengisian..tiap2 hari sy tunggu entry dr ustad pamie..

  5. aih, belum habis lagi dah dapat title ostat..ni mmg mashallah tabarakallah ni..keke

    kalau musim sejuk, senang nak kenai siapa yang kentut,sebab mmg asap keluar berkepul2 dr bawah ketika musim sejuk..jom buat eksperimen..

  6. pu3 balqis:

    mantap ke?bese2 je.skoda kongsi pengalaman.hehe.

    time kaseh juge atas kesudian membace. :)

  7. ust nazrul:

    saye yg duk jeles dgn cara penulisan ust.nak nulis camtu tak reti.akibatnye melalut jelah.tetibe ust plak nak nulis cam saye.tak kene tak kene..hehe.

    blog ust ada identiti tersendiri.menjadi rujukan seantero dunia.blog saye ni pulak jadi rujukan perabih ayaq lioq ja.jauh beze martabat tuu.hehe.

  8. Salam..

    hehehe..gargil gak yg dihilightkan..kena bawa balik tanam malaysia tu mie..hehehe..

  9. Salam,

    Serbuk santan tak payah bawa pun tak apa.. ada jual di kedai banyak dah. Balik blend ja.. ikan kering pun boleh buat sendiri :)

  10. makteh:

    aih..anak beranak tinggal komen kat sini.sehati sejiwe sungguh.terharu saye.hihi..

    anak makteh mane ade byk mase lapang nak merepek berceloteh bercerita cam saye.dia bz memerangi wahabi.kalo dia ngarut kat blog dia satgi wahabi buat point radd pangkah die plak.kekeke..

    takpe makteh.ust nazrul wakilkan kat saya suh tolong citerkan kat makteh.same je kan mulut die mulut saye bcerita.cerita yg sama jugak.cite dongeng kanak2 mesir.hehehe..

    lagipun makteh ngan saye bukan org len pun kan.kita dah mcm anak beranak je..(buat gaya mcm dah kenal 10taun.haha)

    apepun makteh memang untung ade anak yg bijak,baik dan hensem macam ust nazrul.makteh bagi die kawen cepat sikit tau.tehehehe.

    (ust nazrul sile blanje saye makan piza king kerana saye telah membantu bodek makteh untuk cepat bg greenlite.ngeh3..)

  11. al-amin:

    haha.betoi.aku nak tanam bawah katil.haha..

  12. sunflo:

    uihh..hari2 tunggu tuu.makne kate kene update hari2 lah ye.

    kalo gitu kene upah tukang taip la ni pasal saya ni malas sket nak menaip.hihi..

    eh,bukan malas sket.malas banyak. :D

    thanx 4 ur suport! :)

  13. bebaskann:

    ostat ngn ustaz len kan?ustaz 2 blum layak la lagi.yg deme2 duk panggil ni ostat.tukang stat mrepek.haha.

    eksperimen kentot berasap tu takleh jalan lg.pasal winter will come at november.sempat perang dulu janggut ni nunggu.ngeh3.

  14. farid rashidi:

    umah kitorang tadek blender.malas nak gi pinjam.

    umah kitorang nak goreng telo pun malas.ni kan lagi nak mengharap ade insan yang terlalu mulia jiwanya menawarkan diri utk membuat sniri ikan kering.

    hahaha..
    pendek kate korang sume jangan tiru ukhwah umah kitorang.terlalu sehati sejiwa.semua berkongsi sifat pemalas.haha..

  15. balik m'sia mai la jalan2 kerumah makteh.kalau nak makan kenduri nampaknya kena mai taun depan la.

  16. hehe...mak dan anak nie mmg sehati sejiwa :)

    disebabkan ust pamiesz dah berjaya membodek mak ana..jadi nanti ana isytiharkan akan belanja ust pamiesz makan pizza king hari jumaat nie..kita pi waktu malam la..boleh ye? sekali sekala makan ngan ust pamiesz ..heheh

  17. salam syukran byk2 ustz pamiesz atas entry ni..mabruk..byk yg ana dpt ambk tuk pg ke mesir nih..ust2 kat sna tggu la kami..akan fly slpas raya ni..huhu

  18. makteh:

    Bulehhh insyaAllah..kenduri taun depan saye misti datang punye.elok bebenor la tuh.saye pun udah lame benor tak makan nasik minyak.

    tapi kan kalo makteh sebut kat ust nazrul nak watkan kenduri dia bulan depan mesti dia blanje saye makan piza king selama 3minggu beturut2 pulak.yedak?

    haha..rase macam terover bodek je nih.lelebih pulak budak ni.siku kang baru tau.kekeke..

  19. ust nazrul:

    yeyeay..ade orang nak lanje..sonoknye.hihi..

    nanti kite sembang balik blakang2 la.sembang kat sini satgi habeh sume pembace blog kite nak ikot plak.saye tak kesah.takut ust jelah yang bepeluh2 nak bayo nanti.tak pasal je piza king tu banjir ngan peluh ust nanti.hihihi.. :D

  20. musafir:

    selamat datang ke mesir ummuddunia..ahlan2 :)

    tapi kan,kalo mesir mak dunia (ummuddunia) sape pulak bapaknye ek?agak2 dorang ade cahaye mate tak?hihi..

  21. assalamualaikum ustaz/.... zayyak? pade la so ammiah.... ustaz dah abih ka belajar kat mesir ni...? xe jupo dah la.... ajat2 nak jupo ng ustaz ni...hehe ...(n_n)...

  22. ustz,sy ade tggalkan msg dlm prenster ustz,kalu ustz ade ms,p la tgk.

  23. best2 entri nie walaupon dh smpai mesir br ustz tulis..
    klo x leh jd rujukan gak..tp x gelak la plak sbb xthu kebenaran..huhu
    erm..kicap leh dpt ke dkt zagzig?kteorg ssh nak cari,klo de pon jenama cina..y len2 tu btol dh kot..hehe
    [klo nak bwk kopok keping ngn kuih-muih tradisional mesia ok gak..leh sua2 dkt y xbalik nie ^^]

  24. alhamdulillah,
    akhirnye jumpa ap y sy cari kat blog ni.

    dpt juga idea nak wat skrip drama sy.
    syukran jazilan ats perkongsian..

  25. rsanya...pepedem tuh,x perlulah kot.penting sgt ka?wkakaka.nta pn agk2 ar..

  26. anon:

    alhamdulillah.. abih dah lajo sini.. tapi dan lagi kalo nak jupe.. saya blom balik melesia lagi.. kalau2 nak lanje makan pizza king sepan due tu bole jer.. hehe..

  27. PCTians:

    kicap ade je.. tokey kicap duk zagzig kan.. ust faizal tu.. tapi die dah balik melesia la cuti.. tak tau la cuti2 ni nak dapat mane kan stok kicap.. rasanye ade je wakil.. ust mus alex pun dah jual kicap dah skang.. takkan tak sampai kot kicap umi abi.. hehehe..

  28. nursya:

    dah siap drama jgn lupe bagi saya tengok.. hehe..

  29. anon:

    papedem penting la weh.. rindu nasik kandor mamak.. hehehe..

  30. salam...
    nk tnya..
    bab speakng arab nih,ana x pndai..cm na nk duk sna nnty kalo speakng arab pun x reti???prsediaan pun ana x bt..huhu..cmna ek???

  31. dun wuri naik lori..

    speaking ape2 pun kalo kita dah duk dalam kelompok dorang nak tanak kita akan becakap ngan bahse dorang..

    bleh blajo sket2 dpd melesia sebagai asas..even kalo takde asas pun..bleh mulakan asas kat sini.. no prob.. ada je budak yang datang sini cuma tau pekataan 'naam' ngan 'la' jer (yes no)

    jadi takde masalah.. everyone start from zero.. dan takde sape yang kate sape yang takde asas takleh berjaya kan?

    yang penting.. ada semangat dan kesungguhan.. positive thinking.. oke.. :)

  32. "kalau dah sampai 7 taun duk mesir pun tau goreng telo je jugak memang nak kene jentik lah telo tuh.."

    (gelak sorang2).kelakorla ust nih^_^

  33. haha, a,a lah entry2 ustaz smer akan buat org trgelak,,tengkiu utk info yg brmnfaat ..

  34. hihihi!!

    ok gak lawak yang natural tak plastik!!!
    MANTOP!!!!!

  35. info yg sgt useful! Syukran awi!

  36. syukran awi pak..
    kelakar la the way u tried to say..
    menanti org malaysia buka econsave di mesir~~~

  37. WAHH.alhamdulillah.tq ustaz.post ni sgt la berguna sbb dah nak pegi ni tak tahu le nak bawak ape barang2nye.syukrann awiyyy ya ustaz!:DD

  38. Assalamu'alaikum Ust..
    Syukran Jazilan la sbb wat entry nie kat blog ust..
    ana akan melanjutkan ke mesir 10september nie,bersamaan 1 syawal.huhu
    sedih jugak mula2 tu...
    tp redha jer la....
    Apa2 pun syukran byk sbb bg maklumat kat ana,,!

    KALAU KAMUS مفتاح الطلاب KENA BAWA X??


Leave a Reply