Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Thursday, January 15, 2009

Setadi Exam Kitab dan Asyura

Posted by The Pamiesz® | Thursday, January 15, 2009 | Category: , , , , , |

salam..

"syuara wa tajarub nahu manhaj takamuli fi naqdi tatbiqi" dikarang oleh ustaz doktor Sobir Abdul Dayim amid (dekan) kuliah lughah arabiah universiti al-azhar cawangan zagzig.. sering kali ku tenung kalimah2 ini yang tertera kemas di kulit kitab berwarna ungu yang terletak kemas bersama kamus tebalku..

"mi.. aku tengok ko dah 3jam dah stadi.. besungguh nampaknye.. tapi kenapa daripada tadi kat mukasurat kulit depan tu je ko stadi tak berselak2? tak begerak2 gi mukasurat lain pun.. ko stadi kulit kitab ke? siap ngan i'rab skali aku tengok tu.. piksa kali ni ko kene kritik kulit kitab ye.. ke kene baca apa yang tertera kat kulit kitab tu dengan bacaan qiraat jamak? patutlah aku tengok besungguh ko stadi kulit kitab tu.. kagumlah aku dengan ko.. ilmu daqiq.. alim allamah.." kata seorang maknusie dengan nada memuji padahal semua orang tau dia memerli.. [kengkawan macam ni la yang kita nak pasal dia sering menyedarkan kita dikala kita malas2 nak belajar.. mengembalikan semangat untuk kita lebih proaktif dan menyedarkan kita bahawa kita ini adalah seorang pelajar.. bukan computer technisyen mahupun pengkritik movie tanahair dan antarabangsa..]

"300 mukasurat kat dalam ni sume aku dah hapal.. tinggal kulit depan ni je aku asik telupe.. tu aku fokus banyak sket kat kulit depan ni.. ish.. janganla kate gitu.. ko alim lagi.. dengo2 skarang tengah tahqiq tafsir munir lidduktur wahbah zuhaili kan? dengo2 kata dah nak siap dah 32jilid tu.." cuba berterima kasih kerana diperli..

"ish.. janganla cakap camtu syeikh.. ko tu rendah diri sangat.. aku pun tau ko baru lagi siapkan syarah dan hasyiah kepada mu'jam lisanul arabi lil imam ibn manzur.. bape jilid ko syarah aritu? 43 kan? sebab tu ko takde masa sangat nak stadi kan.. ko sibuk dengan kitab2.." cuba menambah perlian dan mematahbalikkan ucapan terima kasih yang diberikan tadi.. [mane ade orang buat syarah ngan hasyiah kamus.. nampak sangat tak lojik.. kakakaka]

"tapi taklah macam ko.. aku baru2 jer nak mula jinak2 dengan ilmu jer.. macam ko tengoklah kitab2 ko pun beribu2 kat dalam bilik ni.. baru tengok kitab banyak.. kitab pun dah banyak ni.. ilmu ko.. apatah lagi.. mesti lah lagi menggunung.." tak mengaku kalah.. [dah mula la tuh.. nak kona jauh dah tuh merapu meraban..]

"aku beli jer kitab2 beribu ni tapi belum penah bukak lagi.. yang habis baca semua kitab2 aku ni ngko kan? aku tengok berdhobit belaka semua kitab2 aku ni.. paling penuh kitab siaru alam nubala lil imam zahabi.. aku dengo2 ko gi talaqqi kitab ni daripade mula sampai habis kan? mantap btul ko kan.." menambah pujian tak munasabah.. [mane ade orang wat talaqqi kitab siaru alam nubala tu.. hahaha.. kitab tu kitab rujukan tokoh jer.. minal mustahil an naqra'a kullaha minal alif ilal ya'..]

"yelah.. tapi aku ni cuma takat habis baca kitab2 ko kat sini jer.. tapi aku dengo2 ko pulak dah habis baca semua kitab kat maktabah terbeso kat dunia kat alexanderia tu kan? masyaAllah tabarakAllah.. luasnya pengetahuan ko.." [santek ah ade point lagi nak balas..]

maktabah alexanderia

"aku habis baca jer kitab kat maktabah kat alex tu.. tapi masa aku mengkhatamkan pembacaan aku semua tu kerani maktabah tu bagitau yang sebenornye sebelum aku dah ade sorang yang habis baca semua kitab kat semua maktabah kat dunia ni termasuk semua makhtutat2 di arkib2.. nama dia ostat pamie katenye.. kire aku kalah ngan dia la.. memang tak tekejor kealiman dia.." [chet.. ade aje idea ngko yer..]

"yelah2.. aku stadi laaaa~ melampau2 benor perli aku.. hahaha.." akhirnya mengaku kalah gak si pamie.. kakakakaka.. [tapi mengaku kalah tak beerti kalah yer.. cuma malas nak memanjang2kan kalam tak berpaedah serta pujian2 tak menasabah.. hehehe..]

saje je bawak kesah dialog dua makhluk Allah ni.. nak bagi semangat kat diri sniri ngan kengkawan supaye stadi le.. tengah2 fatrah exam ni kan.. besela kengkadang kite lemah semangat.. rase tak mampu le.. rase nak balik melesia le.. rasa nak benti blajo le.. rase nak kawen ler.. memacam rase le ade.. namun jangan dibiarkan rase2 itu semua menghantui diri kita kerana kita tak takut hantu.. yang kita takut hanyalah bayang2 diri kita sniri jer.. pecayalah pada diri sniri bahawa kita mampu melakukan yang terbaik.. kalo kita tak pecaya diri kita sniri cemane la orang len nak pecaya kat kita kan? kan?

jadi.. jangan tensen2 time exam.. exam dunia je pun ni.. nak tensen2 apenye kan.. exam akhirat tu yang patut dipikir2kan serius.. jadik.. no tensen in life okeee~ hihihi

sebelum mengakhiri posting ini marilah kite lihat sket galeri gambo asyura.. pagi 10 muharram aritu ade majlis amik hadis musalsal asyura kat umah penang.. ana tulung hangkut 100 kitab hadith musalsal ust Husni Ginting ke situ.. petang tu pulak kami gi dengo hadis musalsal asyura daripada muhaddith mesir yang masyhur Syeikh Mahmud Said Mamdouh di rumah beliau..

GALERI ASYURA 1430H
__________________

ust Husni Ginting membacakan musalsal awaliah kendian musalsal asyura kendian beberapa musalsal lain lagi..

khusyuk la kunon mamat ni dengo sambil menyandor kat dinding yang sejuk macam peti ais..

antara jemaah yang hadir ke majlis.. selesai jer majlis tak lama pas jemaah beredar pulang ust Husni menelepon Syeikh Usamah Said Al-Azhari dan kendian tu kami mendengarkan musalsal asyura dari beliau dengan menggunakan perantaraan hempon yang diloudspeakerkan..

pas aso kami gerak dari umah penang ke umah Syeikh Mahmud Said Mamdouh.. tahan 1 tremco sumbat kitorang sume dekat 20 orang dalam tu terus ke umah Syeikh.. gambo ni mase tengah jalan dekat2 ngan umah Syeikh dah..

pintu masuk imarah umah Syeikh..

Alim Allamah Muhaddith Mesir Syeikh Mahmud Said Mamdouh

beliau membacakan kami musalsal asyura sebanyak 2 kali sebab ade yang datang lambat tak sempat nak dengo yang 1st time tu..

sempat la kejap begambo kat ruang tamu umah Syeikh a.k.a maktabah beliau yang penuh dikelilingi kitab2..

countdown to exam.. tinggal 2 hari.. arini dan besok.. ada 4 tajuk nak kaber.. banyak wooo~ al-imtihan sayakunu fi yaum sabt.. doa2kan kami disini agar najah belaka.. nasalullah an yaj3alana minannajihin wal faizin wal mutafawwiqin fil imtihan ameen ya Rabbal alamin..

Currently have 7 Kata Komenan:

  1. dah dekat nak exam pun sempat merapek... memang x bole dok diam budak pamie ni... apa2 pun, good luck ler utk exam ni..

    lepas exam teruskan merapu ye dik... akak ni peminat setia rapekan adik... komik2 dah x main... akak rasa happy je kalau dtg sini... ada apa ye kat sini??

  2. ehehe.. merepek tu kadang2 perlu jugak wat2 reles tensen kan.. [tapi saya ni merepek bukan kadang2 dah kan? kekeke]

    tengkiu lar..doa2kan moga2 exam dapat dilalui dengan tenang..

    lepas exam tengok ah..ingat nak serius jer..bleh tak?hehehe..akak hepi yer datang sini..bagusla..sini takde ape pun..hanya penuh dengan repekan si janggut perang ni jer..hehe..

    hidup ni terlalu bernilai untuk disedih2kan..so..jangan sedeh2..hepi2lah sokmo..datang2la sini slalu.. :D

  3. mi, saborlah.. sat jer exam tuh. pejam celik, pejam celik, abes arr.. hehehe.. study smart weh!! aku pon exam gak nih.

  4. exam aku 3jam jawap 2soklan stiap soklan 50markah..bukan cam exam mung 10min lagi nak abeh klas siap tak siap dapat 20per20..kekeke..

    apepun idup dak lughahh! mung jadi ostat kekgi jangan lupe wat kenduri panggil aku makang..hehe

  5. xmau dah bace blog ni..asik kuo airmata je..

  6. kuo ayor mate tu sebab sedeh ke sebab sedeh? ke sebab sedeh? tak pun sebab sedeh? hmm..mesti sebab sedeh kan.. huhuhu..

  7. la3llakom minannajihin..ameen..
    selamat pekse aaa..
    Rajin ye hang amik sanad musalsal.
    Harapan nusa bangsa nih..bittaufiq


Leave a Reply