Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Saturday, December 6, 2008
salam sume..
sepohon kayu daunnya rimbun..
lebat bunganya serta buahnya..
walaupun hidup seribu tahun..
kalau tak sembahyang apa gunanya..
walaupun hidup seribu tahun..
kalau tak sembahyang apa gunanya..
ingat lagi kah kite pada nasyid bebudak arqam ni suatu ketika dulu yang sering saje berkumandang ditelinga kita yang mana ianya dipopulerkan kembali pulak oleh kumpulan saujana yang mula menjejakkan kaki dalam dunia seni nasyid tanah air angin api dan mencipta nama melalui lagu sepohon kayu ni ngan lagu keluarga bahagia.. lagu yang simple tapi amat bermakna sebenarnya.. walaupun tak logik zaman skang ni ade lagi manusia yang idup 1000taun namun itu bukanlah kesah dongeng yang perlu kita bidaah2kan kerana apa yang perlu kita amik cakne adalah makna mubalaghah disebaliknya iaitu walau selama mana pun kita hidup didunia ini jika kita tidak mengabdikan diri dan menyembah Allah maka tiadalah gunanya sepatah haram hidup kita itu.. hanya mubalaghah kalimah seribu digunakan.. kalau nak lebeh2 lagi pun boleh je.. nak pakai sejuta? semilion? seinfinity? ikut sukati korang la..
arini ana nak becerita tentang solat.. duk merapu melagha je semedang tak bleh gak.. kene amik dua2 dunia akhirat.. [hakikatnya akhirat lebih la.. dunia ni ape sangatla setakat nak bandingkan ngan sebelah kepak nyamuk pun takde nilainye..]
ape pendapat anda tentang solat? adakah anda mengerjakannya? jika tidak.. mengapakah anda meninggalkannya?
[mari kita lihat pendapat orang2 juruh dulu..budak2 baik la nih..]
"solat tiang agama.. kalau agama takde tiang.. runtuhla agama.."
"saya kalau dah dengo azan tu.. tek bersegera ke masjid memang rasa tak sedap ati jer.."
"saya kalau tetinggal satu waktu solat rasa tensen macam orang datang bulan.."
"ko idup kat dalam dunia ni sebagai ape? ko sedo ko tu hamba kan? sape Tuan ko? Allah kan? Allah suh ape? Allah suh semayang kan? buat jela.. nak komen2 ape.. Tuan suruh hamba apa2 wajib ikutlah.. tu lumrah alam.."
"saya kalo semayang lambat dah nak dekat abes2 waktu mesti terasa macam ada sesuatu yang hambat saya ngan penyapu.."
"saya solat sebab saya sayang Allah dan saya nak Allah sayang saya.."
"ramai yang tak sedo solat adalah senaman terbaik untuk menjaga dan menyehatkan kedua2 kesihatan jasmani dan terlebih lagi rohani.."
"bila saya susah hati saya banyak melakukan solat.. bila saya senang hati lagi bertambah banyak saya solat.."
"aku seorang yang tegas.. kalau aku dapati ade ahli keluarga aku yang tak semayang.. siaplah dorang.."
"sollu kama raaitumuni usolli.. Nabi pun semayang.. tu tahap Nabi yang maksum tu.. takkan laa kita yang penuh dosa ni tanak semayang kooott.."
[kita dengar pulak apa kata golongan2 ini yang berpandangan dengan pandangan yang salah dan sememangnya ini dah terlalu banyak menular dalam masyarakat kita..]
"aku semayang ke tak ke same je miskin camni.. baik tak payah semayang.."
"masa semayang dulu tetiap kali aku doa tapi Allah tak pernah kabulkan doa aku pun.. malas la aku.."
"err..saya bukan tanak.. tapi takde masa la.. waktu smayang tu pun tekene waktu keje.. so payahla sket.."
"dah tua sok aku smayangla.. muda2 ni mane ade trend orang smayang.."
"nanti bila ada masa saya qada la ek?"
"aku ni muslim sejati.. tapi takde sape pun yang ajo aku smayang.. mane la aku tau kene semayang.."
"mak bapak aku pun tak semayang.. takkan aku nak derhaka kat dorang kot.. aku kene la taat dorang kalo nak masuk syurga.."
"saya smayang kengkadang je encik.. bila2 saya rasa nak saya smayangla.."
"awak nak tuduh saya tak semayang? saya pegi tau! smayang jumaat ngan smayang raya.. smayang jugak kan? kire okla daripada langsung tak pegi.."
"saya tak semayang tapi hati saya baik tau.. semayang pun watpe kalau wat jahat kat orang.."
"sebenarnya saya nak semayang.. tapi setan asik menyucuk2 saya supaya jangan semayang.. saya pun ikutla.."
solat adalah amalan yang pertama skali dihisab diakhirat kelak.. dalam banyak2 amalan yang kita buat kat dunia ni.. solat kita yang terlebih dahulu akan dianalisa..
sabda Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam:
[riwayat At-Tabrani]
susah sangat ke nak wat solat nih? rasanya tak sampai 5 minit pun kan? sehari Allah bagi kita 24 jam takkan laa nak ingat Allah 5 minit sebanyak 5x dalam sehari pun tak bleh.. campur2 tak sampai setengah jam pun.. lagi 23 jam stengah tu bleh pakai wat mende2 lain.. banyak camtu skali masa Allah bagi tu pun nak komen2 lagi kat Allah kate tak cukup mase? tu habis2 koman la tu ingat Allah 25 minit je dalam sehari.. patutnya kita kene ingat setiap detik setiap masa kita berzikir mengingatinya.. tapi takpelah.. kalau tak dapat nak ingat setiap masa pun sebab sebok mengalahkan presiden mesir kan.. jadila kalau dapat ingat Allah sungguh2 diwaktu 5x tu..
solat merupakan ibadat khusus yang special antara ibadat2 yang lain.. pensyariatannya berbeza.. zakat.. haji.. puasa.. semuanya turun pada Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dengan perantaraan wahyu yang disampaikan oleh Jibril Alaihissalam.. akan tetapi bagi solat ia berbeza.. Nabi sendiri israk ke baitul maqdis dan mikraj ke langit untuk bertemu Allah Azza Wa Jalla untuk mengambil apa yang dinamakan solat ini.. ibadat lain turun pada Nabi sedangkan solat Nabi sendiri naik untuk mengambilnya.. mengambarkan betapa istimewa ibadat solat ini..
sepatutnya kita takde sebarang alasan untuk meninggalkan solat.. ianya dah terlalu ringan buat kita.. solat fardu yang sepatutnya kita lakukan adalah 50 waktu tapi Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dah tau dah umat Baginda takkan mampu untuk melaksanakannya dan telah dimohon untuk dikurangkan sehingga ke 5 waktu yang disyariatkan ini.. 5 waktu ni pun kita nak mintak kurang lagi? jangan jadi zalim.. jangan jadi manusia dan hamba yang tak reti nak bersyukur..
dah diringankan waktu daripada 50 kepada 5.. macam2 alasan pulak lagi yang kita dengo.. sakit la.. tak mampu la.. takde masa la.. itu la ini la.. semua menganggap solat tu adalah seberat2 perkara yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan.. masyarakat dah jadi meletakkan prioriti solat sebagai perkara yang perlu difikirkan dalam kepala hotak di tempat yang paling bawah.. pikir urusan pejabat.. urusan anak bini.. urusan keje.. duit.. laaasstt skali baru solat.. begitu keadaan yang terjadi dalam masyarakat kita skarang.. sepatutnya solat patut diletakkan sebagai ranking pertama untuk kita pikirkan sebelum kita menyusahkan otak dengan menda2 lain yang kita aje buat2 dia penting padahal tak penting pun..
sebenarnya kita takde alasan.. takkan ada alasan.. kita dah dibagi rukhsah untuk solat.. takde air untuk wuduk.. bleh tayamum.. sape yang takde masa sebuk sangat keje sampai bakal memisskan waktu solat bleh solat dalam bas.. dalam kapal terbang.. dalam ketapi.. dalam laut.. bleh solat hormat waktu.. darurat.. balik qada la.. sape yang sakit tak mampu untuk solat berdiri bleh duduk.. tak mampu duduk bleh baring.. tak mampu baring bleh guna mata.. tak mampu guna mata bleh solat ngan hati.. tak mampu guna hati tu elok mati jela.. pendek kata walau apa keadaan dan situasi pun kita berada kita memang takde alasan yang memungkinkan kita untuk meninggalkan apa yang dinamakan solat ni..
namun solat kita sedia maklum tidaklah diambik cakne oleh masyarakat termasuklah segelintir golongan agamawan skalipun.. student2 pengajian islam.. bakal2 menjadi ulama.. juga terkadang tidak mementingkan solat.. solat diakhir2 waktu.. tidak berjemaah di masjid.. kekuliah hingga meninggalkan solat.. stadi untuk imtihan hingga tak solat subuh.. semua tu tak terlepas dari masyarakat termasuk pelajar pengajian islam skalipun.. jika yang melakukannya bukan dari golongan agamawan.. boleh maap gi aa.. mungkin dorang tak tau kan.. tapi kalau dibuat oleh golongan agamawan sniri.. masyarakat yang tak blajo agama pun tau rasa takleh mahap golongan2 gini wat perangai gitu jugak.. camane nak didik masyarakat untuk solat berjemaah sedangkan kita sendiri solat solo2 pulak tu diakhir2 waktu pulak? tu kalau yang jenis solat.. kalau yang jenis duk mengqada je kejenye.. lagi laa teruk.. wat malu je orang duk panggil2 ostat.. tapi perangai takde rupe ostat pun.. syabih2 penyamun ade.. ntah2 penyamun pun kengkadang tak tinggal smayang.. renung2kanlah.. peringatan buat manusia yang sering lupa..
solat juga tidak diambil cakne dalam masyarakat kini kerana tiadanya didikan khusus dari ibu bapa kepada anak2 kecil.. dulu tak lame aritu timbul kes kontorversi tayang video seksa kubur pada kanak2 untuk menggalakkan dorang solat.. sepatutnya isu ni tak timbul kalau semua orang tau betapa pentingnya didikan agama dan solat sejak dari kanak2 lagi.. jika semua orang paham.. semua orang akan melakukan seribu satu cara untuk menerapkan konsep solat pada anak2 supaya mereka dapat melaziminya dengan disiplin hinggalah ke umur dewasa..
sampai sekarang ana masih terasa hanger yang disebat ke pungkoq ni sebab maleh semayang.. sampai sekarang ana masih ingat telinge yang merah ditarik oleh abah sebab lambat solat.. masih teringat akan air yang disimbah ke muka sebab tak bangun subuh.. kalau bukan kerana waktu kecik dulu ana semayang kerana rasa takut dipukul dan ditarik telinge dan disebat dan dipelangkung dan di itu di ini dah tentu bila beso ni pun takde rasa takut meninggalkan semayang tu.. biarlah waktu kecil anak2 merasa takut untuk meninggalkan solat kerana takut pada ibu bapanya.. insyaAllah sedikit demi sedikit lepas dididik dengan betul rasa takut pada ibu bapa ataupun rasa takut untuk diseksa tu akan bertukar kepada rasa takut kepada Allah.. takut yang sebenar2 takut.. hinggalah mereka merasa hakikat sebenar khauf dan raja'.. takut dan mengharap.. bukan sekadar takut hingga sampai histeria.. tapi takut yang kita nakkan adalah khauf yang disertakan bersamanya raja'.. mengharap akan keampunan dan keredhaan Allah Subhanahu Wa Taala.. insyaAllah walau sejauh mana pun seseorang tu terbabas bila dah dewasa.. jika asas didikan yang diberikan semasa kecil tu kukuh.. mesti paling kurang jauh di sudut hati dia ada sekelumit rasa ingin kembali dan beramal dengan apa yang dah didisiplinkan oleh ibu bapa dia sejak kecil.. kalau sejak kecil dia diajar mendisiplinkan diri dengan solat.. bile dah beso dia tinggalkan solat mesti dia akan rasa tak sedap hati.. kalaupun dia kata hati dia gembira.. percayalah sesungguhnya dia hanya buat2 gembira.. dia akan merasakan ada something wrong with his life.. tak caya? tak caya sudah.. bukan aku yang susah.. haha..
sebelum mengakhiri posting kali ni.. mari kita jawap sket kata2 golongan yang mencipta pelbagai alasan untuk tak solat tadi tuh.. samada soalan dijawab dengan jawapan ataupun soalan dijawap dengan soalan tu tak penting.. yang penting kita nak tau bahawa apa yang dorang cakap ni memang salah dan konsep2 nila yang patut kita perbetulkan dalam masyarakat kita daripada terus menular ke tahap kritikal.. jangan terlalu sibuk bicara tentang bidaah itu bidaah ini.. jangan terlalu semangat melaungkan semangat2 haraki.. jangan mimpi untuk menubuhkan sebuah daulah islamiah.. jika disiplin solat pun kita tak dapat terapkan dalam diri setiap individu muslim.. segala yang terlebih tinggi untuk difikirkan itu hanyalah akan menjadi sekadar mimpi didalam saratoga..
"aku semayang ke tak ke same je miskin camni.. baik tak payah semayang.."
ko kompem ke banyak duit dan kaya tu bleh menyebabkan ko smayang? berapa ramai je orang kaya kat luar tu yang tak semayang jugak? camne?
"masa semayang dulu tetiap kali aku doa tapi Allah tak pernah kabulkan doa aku pun.. malas la aku.."
dah ko mintak kereta mercedes turun dari langit.. memangla Allah tak kabulkan.. Allah nak suruh ko berusaha.. barula bertawakal.. kalau Allah tak kabulkan kat dunia ni pun.. Allah nak suh ko bersabor.. kat akhirat sok tentu Allah bagi.. lambat atau cepat je..
"err..saya bukan tanak.. tapi takde masa la.. waktu smayang tu pun tekene waktu keje.. so payahla sket.."
waktu makan bleh plak ngko tak miss? perut ko mintak pengisian ko bagi.. tapi hati ko mintak pengisian ko bagi macam2 alasan.. bukanke tak adil namanya tu?
"dah tua sok aku smayangla.. muda2 ni mane ade trend orang smayang.."
abes kalau kejap lagi dua tige minit lagi ko mati tak sempat tua? nak mati ikut trend kapiak jugak ke?
"nanti bila ada masa saya qada la ek?"
kalau tak sempat dan takde masa sampai mati cemane?
"aku ni muslim sejati.. tapi takde sape pun yang ajo aku smayang.. mane la aku tau kene semayang.."
dah ngko pun tanak cari orang yang nak ajo ko smayang.. tu namanya bukan tak tau tapi buat2 tak tau..
"mak bapak aku pun tak semayang.. takkan aku nak derhaka kat dorang kot.. aku kene la taat dorang kalo nak masuk syurga.."
[Surah Luqman : 15]
"saya smayang kengkadang je encik.. bila2 saya rasa nak saya smayangla.."
logik tak kalau ko nak idup kengkadang je.. bila2 ko rasa nak idup ko idupla.. kadang mati kadang idup.. bleh gitu? camtu jugakla ngan hati ko.. solat tu menghidupkan hati..
"awak nak tuduh saya tak semayang? saya pegi tau! smayang jumaat ngan smayang raya.. smayang jugak kan? kire okla daripada langsung tak pegi.."
bukan tuduh.. dah memang betul.. semayang raya tu sunat je.. yang wajib solat fardu hari2 tu.. yang langsung tak pegi tu dah kompem dah bangang.. yang ngko tu nak jadi 8x bangang mempertahankan benda yang sah2 salah apekehal..
"saya tak semayang tapi hati saya baik tau.. semayang pun watpe kalau wat jahat kat orang.."
konsep yang ni lagi la tongong.. tak reti nak beze bahagian ngan bahagian.. solat tu satu bende yang lain.. wat jahat tu satu bende yang lain.. kalau orang yang solat tapi buat jahat dosa dia pada buat jahat je.. bab solat dia lepas.. tapi orang yang tak solat buat baik.. dosa pada tak solat tu memang kompem melambung2 dah.. silap2 buat baik tu pun tak dapat pahala sebab bejangkit ngan dosa tinggal solat tu.. sape tau kan.. konsep2 yang dibina mengikut hawa nafsu camni memang takleh pakai.. so kalau tak tau jangan main cakap ikut sedap jer..
kalau nak jadi kafir blehla tak payah semayang.. tapi tanggung jela akhirat sok masuk neraka pree2 jadik kayu api tak keluo2 dah.. tak payah mimpi la nak cium bau syurga skalipun.. cium bau syurga tu pun nikmat sangat beso dah.. takkan takde sekelumit pun rasa teringin nak masuk dalam tempat yang bau sangat nikmat tu..
"sebenarnya saya nak semayang.. tapi setan asik menyucuk2 saya supaya jangan semayang.. saya pun ikutla.."
elok sangat la tu satu geng.. ko pun same setan.. elok jangan jadi manusia la senang kan..
akhir kalam.. ana dengan ini mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua kengkawan pengunjung blog.. korbankanlah segala yang kita ada dari sudut kewangan masa tenaga buah pikiran dan apa2 jelah untuk memajukan agama kita Islam yang tercinta.. wallahu a'lam.. hingga bertemu lagi di lain masa yang pree.. ana dapat cuti skolah seploh hari.. tapi dapat keje skolah macam sebulan punye keje.. cuti pun dah tak macam cuti le namenye.. tak kesahla tuh.. ilmu kan.. ngeh3..
tatta tittii tuutuuu~
salam aidiladha tulus ikhlas daripade muhammad fahmi bin haji mohamed amin bin haji nasri bin haji ismail.. (^_^)
salam
masa ustaz cite kisah waktu kecik bersolat sebab takut dengan parents, saya rasa tertarik sebab saya juga mempunyai pengalaman yang sama. ^_^. Even dah blaja kat U ni pun, 1st thing yang ayah tanya bila kol ialah mengenai solat. Kalau dah solat pun ayah akan tanya sama ada buat awal waktu atau melengah2kannya. Kalau jawapannya leewat..memang ade skit tazkirah ringkas yang menusuk hati.
Saya tak nafikan, mmg ramai yg anggap solat ini benda mudah dan remeh. Saya pernah join bg motivasi pd student form 5 di sebuah sekolah mendapati hampir semua pelajar form 5nya tidak bersolat. Kalau buat pun, bila rasa nak buat je. Betapa mereka mengambil mudah soal solat. Menakutkan..tapi inilah fakta.
Lagi satu, respon sy mengenai tayangan video itu. Sungguh lucu rasanya bila benda yang sememangnya hakikat dan benar dengan tujuan untuk mendidik dan melentur rebung buluh (anak-anak kecil)dijadikan isu yang kontroversi. Seharusnya isu seperti pakaian artis terlampau seksi, rancangan realiti, misteri, seram dan seumpamanya patut diambil peduli.
seronoknye bace.best lah.wei tulislah ttg isu global pulak.macam isu palestinke.syok jugak.
Waa...seronoknya.suk la baca tulisan ko.
hurulain:
parents anda telah mendidik anda dengan didikan yg betul! syabas untuk anda juga untuk parents anda..
saya kesal mendengar pelajar2 generasi pewaris pimpinan negara kita yg akan datang ni yg sambil lewa dgn solat..camne agaknya mereka nak didik anak2 mereka pulak nanti untuk bersolat sedangkan mreka sndiri meninggalkannya..kita dah nampak sikit demi sikit macamana rupa generasi jahil yg bakal memimpin negara akan datang..kita yg tahu nilah perlu cuba mengubah drpd skarang..supaya apa yg kita tak ingini berlaku benar2 tak berlaku..
ni baru sentuh bab solatnya..kalau masuk bab akhlak anak muda skarang plak..tak taula nak cakap kesal camne dah..
bida:
tengokla ade mase ade pengetahuan aku tulisla..aku tak hebat mane bab isu semasa ngn global ni..almaklumla suke duk dalam gua..ngeh3..
btw,ni semua bukan tulisan aku..ni tulisan komputer..dia yg tulis semua ni..name dia verdana saiz normal..hahaha..
waaaa....btol2..mase sya kecik2 pon kene camnie gak...rase terisi sesuatu ble bace nie la akh...thanx eh...btol2 berguna untuk viewer2...renungkan & selamat beramal..
p/s : SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...sya ade kad raye untuk awk..just take it from my blog k..hope sudi la menerima nye yek..just a simple card jek...salam...
your blog is feel good......
salam ziarah. artikel yg sangat menarik dan sepatutnya dibaca oleh setiap orang yang menziarah blog enta. ana memang sangat2 setuju dengan tulisan enta, malah solat sekarang seolah-olah menjadi benda yang terlalu remeh.
itu baru tentang 'kesusahan nak solat'. yang solat nya bermacam ragam belum masuk lagi. inilah umat akhir zaman yang semakin hari semakin merasa berat untuk solat. semoga kita semua terhindar dari perkara2 yang hanya mendapat kemurkaan Allah ni.
jazakallahu khair ats posting yang bermanfaat :)