Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 3, 2008

Kronologi 8 Madah Imtihan Nihaie

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, June 3, 2008 | Category: , , |

salam habes imtihan buat mereka yang dah abes imtihan..
salam memerah otak buat mereka yang masih berjuang untuk beberapa paper lagi..
salam perah limau buat mereka yang nak buat jus oren..
musim2 paneh ni pekene asir (jus) pergh..memang feeling la..

Isnin 2 Jun 2008, As-Syarqiyah, Zaqaziq, MESIR - hari ini seorang makhluk bernama beliau telah berjaya mendarat di daratan kelegaan setelah berhempas pulas bertungkus lumus menghadapi perang dilautan exam. beliau dengan jayanya telah menamatkan 14 round game di final stage yang dianggapnya sangat getir namun menyeronokkan. beliau telah bermain dengan stamina yang sangat memberangsangkan. beliau mencantas musuh yang datang bagaikan sabit mencantas lalang. pengalaman berperang di medan kali ini amat memberi makna pada beliau sebagai tukang kebun yang keras hatinya tidak mahu lalang2 tumbuh dicelah2 kebun ilmunya. dalam satu sidang media yang diadakan, beliau dikunjungi oleh para wartawan yang ingin mengorek hidung beliau..pardon? oh, sorry. yang ingin mengorek rahsia kejayaan beliau menempuhi exam..

dalam ucap tama itu beliau telah menyampaikan satu ucapan yang sangat menaikkan motivasi para pendengar..kata beliau,
"jangan kita sangka usaha kita adalah penyebab kepada kejayaan kita..usaha semata-mata tanpa ada tawakal dan penyerahan diri yang jitu pada Allah tidak akan membuahkan apa2..Wa Makaru Wa Makarallah Wallahu Khairul Makirin..kita merancang untuk jadi cemerlang..untuk mendapat keputusan terbaik..Allah juga merancang..dan sesungguhnya perancangan Allah itulah yang lebih baik..kerja kita bukan merancang untuk menentukan keputusan..kita takkan mampu untuk menetapkan keputusan cemerlang itu milik kita dengan sekian sekian usaha..Allah jualah yang telebih layak untuk menentukan siapa kita..kerja kita..belajar..belajar..dan belajar..dan belajar..jika daripada awal lagi kita telah meletakkan kepercayaan kita pada Allah..maka kita akan sentiasa tenang hati dan tak pernah gundah apabila berperang dalam exam..apabila kita belajar semata-mata kerana ilmu..kita takkan pernah rasa tergugat walaupun exam yang dilalui tak mencapai target ataupun tak lepas-lepas..yang mudah, positif dengan Allah..jika kita positif dengan Allah..Allah terlebih2 lagi lah positif dengan kita..kalau exam yang kita lalui lulus dengan cemerlang..kita minta biarlah ilmu yang kita dapat untuk exam tu benar2 lekat dalam hati..bukannya lepas exam habis terkubur..dua tiga hari lepas exam tanya balik langsung tak tau macam tak penah belajo langsung..bukan itu yang kita nak..memang sijil tak mampu melambangkan ilmu seseorang..tapi kita nakkan sijil yang mampu melambangkan kita sebenarnya layak memegang sijil tahap tersebut..bukan sekadar sijil yang diframekan tanpa ada frame pada ilmu dalam hati kita..kalau exam kita tak lepas-lepas pulak..positifnya kita dengan Allah..menandakan Allah nak kita belajar lagi la tu..ilmu yang kita telah dapat tu masih tak cukup..walaupun hakikatnya ilmu memang takkan pernah cukup untuk kita ambil..kalau lulus..alhamdulillah..kalau tak lulus..pun alhamdulillah.."

lalu apabila dibuka sesi soal jawap antara beliau dan wartawan, ramai wartawan yang cuba menemuramah beliau,

Wartawan 1: encik beliau, bagaimana perasaan encik ketika mula-mula masuk exam kat mesir ni?

En Beliau : takleh blah..sejuk nak mampos..dahla aku punye dewan kat tingkat 5..angin sepoi2 bahase arab asik berlegar2 dikeliling aku..meniup2 telinge aku yang dah kebekuan..yelah kan..1st exam aku mase musim sejuk fasa lepeh..pake sarung tangan pun takleh blah punye sejuk..kalau pakai sarung kaki kat tangan camne plak aku nak menulis? takkan kaki aku yang nak tolong tuliskan?

Wartawan 1: dah fasa ni kan musim panas..camne plak?

En Beliau : haa..tu la..fasa ni aku rasa macam nak gi exam tak pakai baju je..tapi kang aweks2 arab ni kejo aku lak..yela kan..almaklumlah..badan cam awie ni payah skit..

Wartawan 2: encik beliau amik bape subjek untuk taun ni?

En Beliau : fasa lepeh 6 madah..fasa ni 8..campo ngan madah berhelah ade lebih kuang 30 lebih bidang ilmu aku nak blajo..tak tau la sempat ke tak blajo sume sebelum aku mati..

Wartawan 3: boleh tak encik beliau sebutkan subjek2 tersebut dengan sinopsis ape yang encik beliau dah blajo spanjang encik blajo tu?

En Beliau : boleh...boleh blah! panjang sangat la aku malas nak taip..tapi takpela..aku sebut jugakla subjek2 tu..seperti yang tersebut dibawah:

Fasa 1-
Tarikh adab
Ilmu dilalah
Usul fiqh
Naqdu Adabi
Qaah Bahas
Hadith

Fasa2-
Al-Quran
Fiqh lughah
Nusus Adabi
Nahu
Adab Sufi Islami
English
Balaghah
Saraf

Wartawan 4: boleh jawab ke semua 14 tu?

En Beliau : kan aku dah kate dulu..tak elok menjawab..derhaka..nape ko degil sangat?

Wartawan 4: betul2 la encik..saya nak masukkan muka depan paper ni..

En Beliau : oo..eh? apsal tak gitau awal2..ok2..aku serius..soalan2 subjek macam ni budak darjah 2 pun boleh jawab..tapi tanye lain dorang jawap lain la..hahaha..

[wartawan 4 terus balik lepas dengan rakusnye membaling botol air kat encik beliau]

En Beliau : [jerit dpd jauh] time kasih en wartawan! mane awak tau saye haus? aaaa...ade lagi soalan ke daripade wartawan lain nih?

Wartawan 5: ade2..banyak lagi nih..encik beliau, apekah target encik terhadap ke pat2 blas paper ni?

En Beliau : target aku aku nak jawap semua paper..

Wartawan 6: tercapai tak target encik tu?

En Beliau : capai alang2 sambil berjengket baik panjat kusi

Wartawan 7: apa pandangan encik terhadap orang yang meniru?

En Beliau : sorong papan tarik papan buah keranji dalam perahu suruh makan dia makan suruh meniru saya tak mahu

Wartawan 8: bagaimana pula dengan pengawas peperiksaan ketika encik menjawab exam?

En Beliau : bagaikan keyboard dengan mouse

Wartawan 8: apa maknanya tu?

En Beliau : tambah 1set surround sound 7.1ch subwoofer

Wartawan 9: apakah nasihat encik beliau kepada para student diluar sana?

En Beliau : jangan jadi bongok mencurah garam kedalam laut..jangan pula saje2 jadi bongok mencurah gula dalam laut mati..sebaliknya curahkanlah gula dalam oren yang dah diblender..biskut yang rangup jangan dibiarkan lemau..french fries yang baru diangkat dari dapur jangan terus ngap..sesungguhnya baju yang berlonggok dalam bakul kalau dibiar 3 bulan tak berbasuh akan naiklah bau harumnya.."

Wartawan 9: apa yang dimaksudkan dengan pepatah-pepatah tersebut?

En Beliau : aku pun tak tau..hahaha

kesemua para wartawan di sidang media ketika itu mula merasa tidak senang dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh beliau. lalu bangun seorang daripada wartawan yang tidak mempunyai nombo dan bertanya,
"encik beliau, bolehkah kita membuat pepatah tanpa mendaftarkannya di Dewan Bahasa dan Pustaka?"

lalu dijawab oleh beliau dengan jawapan yang kemas,
"Dewan Bahasa dan Pustaka takde kat Mesir..hahaha"

lalu encik beliau ditanya lagi secara bertalu-talu oleh para wartawan yang sudahpun berdiri kesemuanya,
"encik beliau, encik pernah kene duku kepala lutut ngan mikrofon tak?"
"encik beliau, encik pernah makan lauk kasut masak kicap?"
"encik beliau, boleh tak encik serius sebelum saya repot kat balai tentang kemalangan yang berlaku pada kete saye?"
"encik beliau, encik pernah tak mengidam nak makan kabel elektrik seploh ribu volt?"
"encik beliau, kenapa nama encik beliau?"
"encik beliau, nak tak test cucuk usb kat lubang idung encik?"
"encik beliau, saya rasa nak peliat telinge encik dengan playar..boleh tak?"

lalu dengan pantas beliau memangkah semua soalan tersebut dengan hanya satu jawapan,
"aduh..sakit perut la..aku balik dulu yee..assalamualaikum!"

sepantas kilat encik beliau melarikan diri daripada wartawan2 dan peminat2 beliau tersebut. sungguh ramai yang datang nak mintak sign pada hari tersebut. tak terlarat beliau nak melayannye. sekian berita dari TV14.

syukur ana panjatkan pada Allah Subhanahu Wa Taala..telah berlalu kesemua 14 paper untuk imtihan tahun akhir yang telah pun berakhir semalam..kini cuti menjelma lagi..apa pulak planning ana untuk cuti 4 bulan ni? kawan-kawan ada yang nak balik malaysia..ade jugak yang nak balik terus dah..kalau lepas setaun la..ade yang balik nak kawin..ada yang nak gi melancong gi turki..gi uk..ade yg nak gi mekah..macam2 planing orang..planning ana? ntah..planning banyak2 pun tak guna kalau duit takde..haha..so buat mase ni ana tak plan ape2 lagi planning yang boleh mengabeskan duit yang tak berape nak ade ni..just focusing untuk abeskan dulu talaqqi Quran ana dengan Syeikh Abd Nabi di syubro..sparuh lagi insyaAllah..lepak kaherah la syok cuti2 nih..banyak pengajian leh join..pengajian masjid Azhar..mudhoyafah..pengajian kat umah2 negeri..pengajian Ust Aidil pun bakal stat 21hb ni katenye..buat mase ni rasenye tu jela planning ana nak ngabeskan waktu cuti ni..kalau ade duit lebeh sket pun boleh la jalan2 pusing2 furuk kat mesir ni..lawat kawan2 kat furuk len..furuk yang ana blum penah sampai lg..selame ni duk ngulang kaherah zagzig mansurah je..furuk lain tak teniat pun nak gi..ni dah ade mase ni..ade duit lebeh bleh la round2 buat tour de mesir..

sempena cuti ni jugak ana telah menge'cut' line tenet yang ana sambung kat umah ni..pelek sungguh..orang len cut line tenet mase exam..ni mase exam ana pasang tenet..abes exam cabut..haha..bukan pe..memandangkan cuti ni ana bakal jarang berada di rumah..rugi la bayo takde sape nak men..ahli bait?dorang pun ntah nak duk umah ke ntah nak bejalan kemane..cume dah takde tenet ni payah la sket nak ngapdet blog..kene la gi cc tak pun meminta belas simpati daripada rakan2 jiran setempat yang mempunyainya..

seorang sahabat telah memberikan respon terhadap blog ana ni..beliau telah mengusulkan pade ana untuk meletakkan satu posting terjemahan pada maqal arab yang telah ana karang sebelum ini..kerana beliau tak berape nak faham bahse tu..dan ana yakin ramai jugak pembace lain yang teringin nak bace tapi tak dapat bace..hanya boleh sekadar baca lah..hehe..insyaAllah..memang dalam perancangan pun sebenarnya nak terjemah maqal tu..insyaAllah biiznillah akan datang..kalau ade mase..doa2kanla ana ada banyak kelapangan..

disini dalam post kali ini ana ingin memuatkan sedikit kronologi yang berlaku dalam 8 madah fasa ni..

14.5.2008 - Rabu - Syafawi (ujian lisan) Al-Quran, Nahu dan Balaghah
ana tak target pun untuk Quran sebab ana tak mengafal 8juzuk..hanya bergantung pada tawakal sepenuhnya dengan apa yang ana pernah hafal sebelum ni..kalau dr tanya ana jawap jela yang ana hanya hafal tempat skian skian..nak tanye sila tanye kat tempat tersebut je..untuk nahu dan balaghah, kertas ta'yin (soalan yang akan ditanya) dah diberkan siap2 sminggu sebelum tu..so ana ade la baca sikit2 ketas tu..sambil2 group kalghari zagzig ni buat study group bincang ana pun menyemak la same untuk ambik berkat majlis ilmu..tu for the preparation..bila tiba masanya..ana, syeikh os, topek ahli bait dan sorang budak syria masuk bersama untuk dilisankan..2 orang doktor menanti..kitorang berempat pun duduk di kedudukan dari kanan dr..suri, ana, os, dan pet..ternyata suri tersebut berabuk cakap ammi mesir..sampai dr pun kagum ngan die..org syria tp cakap ammi sbijik cam org mesir..pastu suri tu pun muja2lah mesir ni hilwah kuwais bagus la itu la ini la..[pandai ko jek dr eh..]lalu mulalah sesi soal jawap..

Dr: korang habes dah kan ngapal 8juzuk..aku nak tanye nih..
Suri: insyaAllah
Ana: aaaa...jap dr..kitorang tak hafal lagi la..kitorang hafal sejuzuk je..nak tanye tanye juzuk 1 la..boley?
Dr: aik..apekesehal pulak kome tak ngapal..tu..kome nengok bebudak taun 1 ujung sane tu..[sambil menuding jari beliau kearah tempat syafawi budak taun 1] dorang pun lepeh 2 juzuk..korang yg taun pat ni takkan hafal sejuzuk je? koman gile..tak malu ke kat dorang?
Ana Os Pet: [............]

dr tak cakap banyak..round 1..beliau tanye pet..pastu os..pastu sampai giliran ana...
Dr: wa izibtala ibrahim..[ujung2 juz 1] sambung.
Ana: wa izibtala ibrahima rabbuhu bikalimatin faatammahunn.........................[blank..tediam kejap nak ngingat]
Dr: [malas nak tunggu] hah suri ko sambung.
Suri: [beliau sambung dengan suara yang lantang dan laju tak sangkut2]
Ana Os Pet: [............]

round2..ana dah tak ingat dr tebuk ayat mane..tapi ana tetap tak dapat jawap..padahal juzuk 1 dah tu..malu gile memula tadi dengan kompiden ana suh dr tanye juz 1..dah tanye juz 1 pun tak dapat jawab..[memang koman gile la penghafalan aku nih..]

round 3..sampai masa untuk ta'yin nahu ngan balaghah plak..dr suh suri tu bace bait alfiah Ibn Malik yg masuk dalam silibes..punye la laju suri tu bace..padahal dr suh bace kat ketas je..tp die tak tengok pun ketas tu..die dah hafal siap2..[keadaan makin tertekan..lepas ni aku...] sampai masa ana plak..dr suh ana buat ayat dengan menggunakan ma jazam..pastu ana sengap kejap nak mikir..skali lagi dr maleh nak tunggu..trus beliau suh os jawap..[tertekan btul aku 2 kali kene ignore..haha]

sampai round yg ke 4..kali ni baru boleh bangge kali petama dapat jawab..dr tanye feel bagi masdar at-takwil..[aku rasa soalan ni soalan budak skolah je..skali lagi aku terase kekomanan aku..soklan budak skolah je aku dapat jawap..adakah aku masih berskolah rendah skang ni?........sape nak tolong jawap soklan ni?]

round ke 5..ana rasa dr tu dah fedap kot nak tunggu ana mikir lame2..die trus suh ana baca je ketas ta'yin tu..die nak tgk ana bace btul ke tak ikut nahu..baca 1 perenggan..abes..

elok2 abis round ke 5..amid kuliah (dekan) datang kat meja kitorang..dr pun mengalu2kan amid untuk bertanye soklan kat kitorang..haa..part ni yg best nih..lalu dr pun berkata:
"eh takpe2..budak malaysia ni sume bagus2..mantap2..aku tau dah dorang ni memang sume pandai2..baik2..aku harapkan kalau boleh arab2 kat sini semua tiru dorang ni..contohi bebudak malaysia ni..dorang sume ni bakal orang2 berilmu alim2 ulama sume ni..mantap2 belaka..dah2..takyah tanye dah dorang ni..cukup2.."

Ana os dan pet sengap tak tau nak cakap ape..terase sungguh..kene puji exactly lepas baru tadi kantoi betubi2 takleh jawap soalan banyak gile..dr pun senyum..kholas dan suh kitorang kuor..ntah hape markah beliau bubuh ana pun tak tau..yang penting..sambil kaki melangkah..ana senyum dan bertawakal..balik umah..masak ikan goreng bertepung ngan sayur tumis kicap black pepper..makan..pastu tido..

17.5.2008 - Sabtu - Tahriri (ujian bertulis) Al-Quran
sebagai melengkapkan ujian lisan sebelum ni..markah pun diambil bedasarkan kekuatan ingatan kita menghafal Quran dan menulisnya pula..dapat je ketas soalan..ana tersenyum lagi..tengok ketas soklan skali imbas..ana dapati soalan ditebuk daripada juz 2-8..ada 5 soalan..dan yang pasti..memang semua ana tak hafal..huhu..lepas tengok skali imbas terus ana letak dibalik ketas jawapan..dan tak tengok2 dah ketas soalan tu sampai la skarang ni..tanpa membuang masa ana pun mengambil pen dan menulis..kalau tak hafal kene buat cara orang tak hafal..jangan tulis main bedal..ayat Quran tuh..jangan buat main..so ana pun mengambil keputusan untuk menulis ayat sekadar mana yg ana hafal..memandangkan ada 5 soalan..jadi ana qiaskanlah pada diri ana bahawa ana kene tulis 5 muka daripada Quran..soalan 1..ana tulis smuka daripada juz 1..soalan 2 ana tulis smuka daripada juz 2..soalan 3 ana tulis smuka daripade juz 3..soalan 4 ana tulis semuka daripada juz 5..dan soalan terakhir ana tulis semuka daripada surah Al-Insaan..dengan senyuman dan tawakal yang sangat tinggi..ana serahkan ketas jawapan dan balik umah melenggang kangkung trang tang tang..lalala~

19.5.2008 - Isnin - Fiqh Lughah
bedasarkan nota subjek di KUSZA yang masih ana simpan..ana cantumkan dengan sikit nota yg baru dibuat minggu lepas bedasarkan kitab kuliah..perbincangannya hampir sama..cuma dalam kitab kuliah lebih detail..yela..dulu diploma..ni dah ijazah..mestila detail lagi..nota tu la yang ana hadamkan sampai lumat..antara soalan yang ditanya..tentang takrifan umum apa itu fiqh lughah..tentang mazhab2 asal usul datangnya bahasa..tentang ta'rib (perkataan2 asing yang diarabkan)..dan beberapa ciri2 berkembangnya dan suburnya bahasa itu sendiri..seumpama taraduf (pekataan seerti) nahat (meringkaskan perkataan) dan sebagainye..teringat exam fiqh lughah masa ana di KUSZA dulu..membuatkan ana tersenyum sendiri mengenangkan kejadian yang pernah berlaku pada paper tuh..malam sebelum paper tu semua kawan2 struggle stadi..bincang sama2..tapi malam tu ana tak join..sebab ngantuk dan malas..ana lepak2 dan tido je sepanjang malam tu..yela..sebab paper keesokan harinya petang..so ana ingat nak stadi waktu pagi la..fresh sikit..pas subuh..ana tido balik..smua kengkawan pun same..pagi tu satu kelas tido..dan lebih kuang dalam pukul 845 berbunyi mesej yang datang dpd classmate ana bebudak pempuan..tanye bahwe ade ura2 paper pagi..ana maleh nak pecaye..sebab sedap tido pagi tu..last2 makin ramai yg mesej dan kompius..pagi atau petang..temasuk bebudak laki sniri tesedo dpd tido disebabkan bebudak pempuan yang kelam kabut tersebut..lalu ana sbg presiden persatuan pun dalam mata yang pejam dan selimut yang masih belum diangkat menekan2 telepon menelepon ust yang bertugas membuat soalan paper tersebut..dalam mata yang pejam mulut ana terkumat kamit berbicara...
"salam ust..paper fiqh lughah arini pagi ke petang?"
"sape pulak yang cakap petang? ni 10 minit lagi start la paper ni.."
tegezut beruk2 ana kat dalam zoo tu..terus tebangun tak ingat ape punye kelam kabut..10 minit lagi..dan kesebelas2 pelajar lelaki kelas ana masih dalam selimut..haha..ana terus call semua kate paper pagi..dan dengan itu ana terus menyarung baju dan seluar serta mengelap sdikit taik mate..capai moto kapcai dan terus ke dewan piksa..sebelum naik tangga tu..ana halang syeikh os..
"os..aku tau kita dah telambat 15minit..tapi aku nak mintak jasa baik ko sekali ni untuk 5 minit sahaja..please.."
"hah lekeh..apekehenye plak.."
"malam tadi aku tak stadi..otak aku blur bangun tido nih..ingat nak stadi pagi ni..tetibe takdir menentukan terus paper..aku nak mintak jase baik ko..skang ni dalam 5 minit ko citerkan kat aku ape yg ko tau.."
"yelah2..potpetpotpetblablablablablapampungpang.."
os pun cerita la kat ana point2 yg dia hafal..lalu kami pun masuk ke dewan kuliah dalam masa hampir 20minit terlewat..smua mata merah2 je..ganas..haha..dan keputusannya?ana dapat B untuk paper tu..rezeki..sebenarnya os pun banyak membantu..point2 yang dia sebut dalam 5minit tu banyak yang masuk..apepun time kasih la os untuk cerita pada hari itu..hehe..[ape pulak gi cite paper fiqh lughah kat KUSZA..paper kat sini la cite..apara..] so far so gud la paper fiqh lughah kat sini..

21.5.2008 - Rabu - Nusus Adabi
nusus yang dipelajari pada taun ni adalah nusus asril hadith (zaman moden)..ade 3 soalan dan ana dikehendaki menjawab 2 soalan..actually banyak yang dah blajo..tak silap 7 nusus semuanya..tapi berdasarkan mukarar yang dr bagi..yg kompem masuk ade 2..jadi ana tumpu kat 2 tu jela..satu syair tentang lughah arabiah daripada Hafiz Ibrahim dan satu lagi nathar tentang dua budak kecik daripade Mustafa Sadiq Ar-Rafie..bait syair ngan nathar tu kene hafal..tapi ana tak hafal..bahagian yg kene lengkapkan bait ngan nathar tu..ana bulat beso2 dan tulih "nasitu jiddan jiddan jiddan" (maaf doktor..ana tlupe sangat22..) hehe..relek jeh..yg ana hafal banyak pasal dedua penulis dan penyair punya tarjamah (biodata dan latar belakang)..bab ni laju je ana tulih..tapi bile masuk bab afkar (isi penting) dan unsur balaghah lame ana tediam..[memang diam pun time exam..mane de becakap plak..nak kene kantoi bincang bcakapla..haha..] last2 amik gak pen..dengan skill merapu yang ada..bedal sajalaa..haha..yang penting..keluar dewan..jalan sambil senyum..dan tawakal sudah tentuu..

24.5.2008 - Sabtu - Nahu
subjek favourite ana nih..taun akhir ni just blajar jazam feel mudhari' dan nasabnya..due tajuk kecik tapi buku bapak punye tebey..nama kitab kuliah ana "Qaul jami' fi I'rab Mudhari'" yang tak bestnye bace kitab ni..tulisan die ade penyakit parkinson..mengeletor2 waktu kene print dulu..kadang2 ade page yg langsung takleh nak bace..nahu memang ana cukup suke..tapi jadik kurang favorite die bile dr sebut dalam keleh sebelum piksa.."kullu mukarar" (satu buku tu dpd kulit ke kulit sume masuk piksa..bace jelah sume) mane sempat wahai dr yg kukasihi untukku bace semua..jadi..ana tebuk2 jela yg mane rase2 best ana bace..nak keluo ape pun keluo la..ana tak kesah..boleh ana jawab..tak boleh pun ana jawab jugak..untung ade skill merapu nih..hehe..antara soklan yang kuar..ayat Quran surah baqarah ayat 271 diminta untuk i'rab..datangkan syahid daripada bait syair..bariskan dan i'rabkan bait syair..dan juge beberapa soalan berkaitan "an mukhaffafah" dan "an masdariah"..orang yg hebat2 dan orang2 lame kat sini kate susah..tapi bagi ana soalan susah ke senang kurang ana amik peduli dalam peksa..janji ana jawab sudah..walaupun dengan jawapan.."akaltu nasi kathiran fanasitu" (aku makan nasik banyak sangat so aku lupe) janji ada jawapan..keluo snyum dan tawakal..hahaha..

26.5.2008 - Isnin - Adab Sufi Islami
subjek ni rasenye paling best..tak tau pape langsung..haha..tentibe kene blajo pasal sastera sufi..sebab amid kuliah lughah arabiah zagzig ni sufi..dia la yg buat kitab kuliah kitorang ni..Prof Dr Sabir Abd Dayim..antara soklan yang tubik kat paper ni..hala tuju sasterawan sufi dalam mensasterakan tentang keTuhanan..tentang sastera2 qasidah2 yang dibuat sempena dengan cinta pada syakhsiah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan perkembangannya hingga membawa cinta ahli bait Baginda..dan kesan2 daripada uslub2 Quran yang digunakan oleh para penyair sufi dalam syair2 moden..dan lain2 lagi..so far..paper ni banyak jugak yang ana merapu..sampai last skali tu dah tak tau nak merapu ape..ana pun tulis la beberapa bait qasidah selawat Nabi sebelum mengakhiri paper yang ntahpape ana jawab tu..hehe..walaupun ntahpape..ana tetap rasa seronok sebab tak keluo dengan ketas jawapan yang kosong..tak meniru..tak tanye orang..dan yang penting..tak duduk lame dalam dewan exam tuh..heheh..

28.5.2008 - Rabu - English
walaupun dah lame tinggal bi..rase2nye bab nak reka2 ayat nak merapu2 tu boleh la blah gi...so..subjek ni takde la ana nak tekan sangat stadi..memang malas pun..skali skala jela dengo2 sket kawan2 ni bincang2 soalan ngan apa yang kuar..tapi malas nak letak harapan yang sume tu kompem kuar..dorang sumer suh ana mengapal 2 3 maqal english tu..huh..nusus arab pun ana tak hafal..ni kan lagi english..maalish la english..letish! ana kalau BI ni memang daripade dulu lagi jenis tak tau grammar..tapi sebab slalu tgk anime jepun yang bersubtitlekan BI lame2 jadik biasa dengan struktur ayat..jangan tanye la kat ana past present continuous futures kejadah ape tah tu hape..spataharam ana tak tau..tapi walaupun tak tau grammar susunan ayat tu ana biasa buat ikut struktur yang betul..macamana ana tau betul? agak2 jelaa..haha..lagipun terkesan dengan zaman jahiliyah ana dulu yang gemor melayan lagu2 black metal..so BI ana quite ok la 4 the beginner..yela kan..lagu black tu mane dengo kejadah ape yg die nyanyi..macam orang jerit2 camtu jela..tapi masa tu ana boleh cari jugak lirik ape dorang nyanyi..nak bagi faham ape die nyanyi..tapi skang tak buat le dah keje takde pekdah langsung tu..baik gi terjemah kitab daripade terjemah lagu takde moral tuh..kesimpulannye..paper ni ana boleh katekan agak mudah la..walaupun ana tak hafal artikel die tu..tapi tajuk dia tu agak mudah untuk ana goreng.."benefits of fasting" (faedah berpuasa)..dia nak 5 ayat je..ana bagi 7..terase pendek sangat 5 tu..tak jadik lengkap citer pasal puase tuh rasenye..pastu ade la sikit soalan comprehension..pilih2 the right words..ngan translate artikel dpd BI kepada arab satu perenggan dan satu soalan lagi translate seayat arab kepada BI..ana senyum lebor sampai ketelinga dan harapan tinggi terhadap paper ni..insyaAllah lulus mumtaz..tawakkaltu alallah..


31.5.2008 - Sabtu - Balaghah
malam tu ana tido awal..pas maghrib ana tido dah..ana bangun dekat2 subuh area kul 3pg..dekat 7jam gak la tido..pastu baru la serabut otak ana ni ngan tajuk2 balaghah yang terlalu banyak tu..balaghah pun lebeh kuang macam nahu jugak..hampir 1 kitab tu masuk belaka..kene baca semua..cume bezanya balaghah ni ana sempat talkhis (ringkaskan) 1 kitab tu dan jadikan ia hanya beberapa helai nota..dan nota tu jelah yang ana bukak..tak bukak2 dah kitab tu..tebey sangat tak mampu nak bace sume..hehe..antara tajuk2 yang menjadi perbincangan dan disoal dalam peksa ni adalah berkisar sekitar teori nuzum Abd Qahir Al Jurjani ..taqdim wa taakhir..jinas..tibaq..muqabalah..tashbih tamthili..murakab mutaadid..sekitar tarikh ilmu badi' dan akhirnya sedikit soalan unsur2 balaghah dan tafsir daripada ayat surah al-Haj..fuh..banyak..besirat medula oblongata ana ni tercampo2 ngan serebelum dan sereberum membentuk seketul otak yang sebuk memikirkan tentang tajuk2 balaghah nih..ape ana jawab smua tu ana dah tak ingat..ketas soklan dia pun tulisan kecik2 je..penuh a4 tu..tak kesah la..yang penting..dah jawab..tawakal..balik jalan kaki sorang2 ngan awek2 arab yang balik dpd kuliah banat sambil senyum2 siput..

2.6.2008 - Isnin - Saraf
akhirnya sampai jugak paper terakhir ana untuk taun ni..saraf..dengo je dah tau dah penin..belajo pasal urat saraf bahasa..mane yg dikatekan arteri bahse arab..salur darah merah bahse arab mane rupenye..semua tu blajo dalam subjek ni..[ingat medic ke?] antara soklan yang keluo kali ni adalah tentang ibdal..syaz..qalb ngan jamak aqso..sesuka hati ana je menjawab..haha..mane2 yg ana rasa tak tau langsung tu..ana main bedal je jawab.."littakhfif.." (atas sebab meringankan sebutan huruf) janji tak tinggal kosong..sudah..tapi rase pelik sikit paper saraf ni..pasal selame 13 paper fasa 1 dan 2 ni..ana relax je..tenang je..sampai kat paper ni ana rasa jantung macam nak terkeluo ikut tapak kaki..apekesehal ntah ana pun tak tau..selawat jela banyak2 bagi ilang rase ntahpape tuh..ana serahkan paper kat murakib selepas sejam merapu meraban dalam ketas jawapan tuh..[masa diperuntukkan 3jam..best kan speed aku?haha..actually most of the paper aku keluar tak sampai 2jam..biasenye sejam stengah je..aku memang ade habit yang tak suke duk lame2 kat tempat exam..huhu..] ana dah tak sabo nak merdeka..ana serah paper..bertawakal..dan cepat2 terus gi mahattah..gi cc dekat2 umah os..terus tepon mak kerinduan..kabo dah habeh peksa..pehni nak kawin pulak..hahaha..

sekianlah sikit sebanyak tentang imtihan yang telah ana hadapi sebelum ni..segala keputusan yang akan ana dapat bulan 8 nanti..ana dah redha siap2..kalau najah..alhamdulillah..insyaAllah ana nak terus sambung master kat sini..tu pun kalau mak abah izinkanlah..kalau mak abah suh balik jaga diorang..ana baliklah..yang bagi keizinan untuk ana blajo sini pun diorang..kalau diorang tarik keizinan tu..ana baliklah tanpa sebarang bantahan..tapi buat masa ni mak ngan abah takde sebarang masalah untuk membenarkan anak bongsu dorang ni mengutip mutiara ilmu sebanyak mungkin kat sini..dan kalau takdirNya ade yang ana kena mengulang..pun alhamdulillah..memberikan peluang untuk ana memperbaiki diri dan besungguh lebih lagi untuk menuntut ilmu Allah ni..doa2kanlah ana berjaya dalam setiap exam didunia dan yang paling penting exam untuk akhirat kelak..

akhir kalam..renungkanlah..exam takkan pernah berakhir..walau sebenci mana..walau setaksuke mane pun kita untuk bertemu exam..dunia ini sendiri sebenarnya merupakan satu exam..tak dapat tidak kita tak boleh lari daripada dunia ini..kerana kita berada didalamnya..dan kita sedang diuji oleh Allah Subhanahu Wa Taala disini..sape2 yang nak result syurga..bersungguhlah untuk mencapai redhaNya..barang siapa yang nak fail dan menempah laluan ke neraka..main2lah sepuasnya didunia yang fana ini dengan maksiat dan jauh2kanlah diri tu daripada Allah..sekian..selamat bercuti buat kawan2 semua..jangan buat keroje2 yg qolil faedah 24 jam..sekian dimaklumkan.

jumpe lagi lain kali~~


---------------------------------
Galeri Stadi dan Exam


tempat stadi syeikh os best student lughah..[perlukah aku contohi keserabutan ini untuk jadi cemerlang?]

tempat stadi syeikh hisham..[nak jadi cemerlang kene tabur2 nota eh?baguslaa petua tu..]

tempat stadi syeikh nigi..[makan ngan minum pun masa stadi..men photoshop pun masa tengah mengafal..mantap2..]

tempat stadi syeikh sapuan..[tatap gambo mak inspirasi hati tetiap kali stadi..bagus2..]

tempat stadi syeikh pet.. [apsal kemas je meja tu..cam pelik je..]

tempat stadi syeikh paek.. [mamat nih bukan stadi pun..duk mengekhat je..]

akhirnya..this is my workplace..[tak stadi dah kalo duk depan pc..haha]

ni la suasane mase tunggu giliran syafawi (ujian lisan)

ni la "dewan piksa" kuliah lughah..sangat cantik kan?

ni pulak orang tua-tua panggil tiket peksa..orang muda2 panggil raqam julus..[dengan 2batang pen ni la aku berjihad..]

ni pulak nota saraf syeikh nigi yg dipotostet oleh aku pada malam piksa dan dihafal last2 minit pagi piksa dan keluar pulak sebijik dalam soalan pada waktu piksa...

menunggu murakib mengagihkan ketas jawapan dan soalan..

ape pulak laa aku nak merapu kali ni..abis idea dah ni..hmmm...

Currently have 1 Kata Komenan:

  1. salam..seronok sy baca blog awak..salam dari malaysia..(*__*)

    far_teroterobozue@yahoo.com


Leave a Reply