Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Saturday, June 14, 2008

Penjelasan Sebenar dan Penyelesaian Pembatalan MOU Muadalah Al-Azhar

Posted by The Pamiesz® | Saturday, June 14, 2008 | Category: |

sebelum ni telinge2 kita dah banyak dengo pasal pembatalan MOU antara Universiti Al-Azhar dengan semua kolej2 kat Malaysia yang telah menjalankan kerjasama baik sekian lama sebelum ni..sejak april lalu kita disuapkan dengan bermacam2 khabar angin tentang pembatalan MOU ini..bermula daripada sekadar angin2 kentut..merebak menjadi angin ribut..ana sendiri sebagai student Al-Azhar yang masuk ke Al-Azhar dengan cara muadalah ni terkesan jugak untuk mengambik tahu tentang kesahihan angin ni..

masa angin sepoi2 ni mula bertiup lembut..ana tak berapa ambik kisah sangat sebab baru kabo angin..boleh jadi betul..boleh jadi tak..sampaila satu masa ada sahabat ana membagitau ana yang pembatalan tersebut adalah benar2 sohih..tiada yang sohih melainkan sohih belaka..ana masih ragu2 dan meminta beliau mendatangkan dalil kepada kesohihan berita yang beliau sampaikan itu..ana tak nak beliau meriwayatkan hadith yang palsu ataupun dhoif..kerana dalam hal ni takde fadhailul a3mal..lalu beliau mengkabokan ke ana bahawa berita ini sohih dan diriwayatkan daripada perawi yang thiqah lagi dipercayai dengan sanad yang mutawatir..sahabat beliau sendiri pergi ke safarah Malaysia (kedutaan) untuk membuat sedikit urusan lalu pegawai kedutaan telah mengkabokan pade beliau bahawa berita tu sohih dan siap tunjukkan skali surat rasmi yang datangnya daripada Al-Azhar yang mencatatkan tentang pembatalan tersebut..beliau kate beliau nampak dengan mate kepala hotak beliau sendiri..jadi lepas daripade tu barulah ana rasa yakin tentang kesohihan itu..

skang ni ana duk menumpang kat umah sahabat lama masa skolah menengah dulu iaitu ustaz Anas..beliau pelajar maahad Qiraat Al-Azhar Syoubra..dulu mase time kuliah ana berulang daripade Zagzig ke Syoubra tiap2 minggu untuk bertalaqqi (mengambil bacaan secara bersemuka) Quran dengan syeikh disini..tapi skang dah cuti so ana bermukimla kat umah beliau ni agar duit ana yang tak berape nak ade ni dapat dijimatkan..begitu jugak dengan masa..kalau berulang..kurang2 2jam perjalanan daripada Syuobra ke Zagzig..pegi balik dah 4 jam..banyak mende boleh wat dalam jangka masa tu..

nak dikaitkan cite..3hari lepas..sampaila berita kat ana bahawa kat Rumah Kelantan Baru kat Hayyu Sabie3 ade wat 1 program..Dr Johari Mat daripade KIAS nak datang untuk wat penjelasan berkenaan pembatalan MOU tu..progrem tu diadakan 12 Jun 2008 bersamaan 2 hari lepeh..waktunye adalah lepeh megrib..kebetulan ana ada di Syoubra tak jauh ngan Sabie3..ahli-ahli bait ustaz Anas ni pun ajak ana gi same..so ana taklah lepaskan peluang untuk mendengar sendiri penjelasan tersebut dengan telinge ana yang dah lame tak berkorek ni..

jadi dalam posting kali ni ana merajinkan diri untuk menulis semula apa yang telah diceritakan oleh Dr Johari Mat pada malam tersebut yang dikenali sebagai Majlis ramah mesra bersama Dr Johari Mat..

[selepas muqaddimah disampaikan oleh pengerusi majlis..YDP Kelantan..Dr Johari Mat terus berucap..]


Alhamdulillah marilah kita bersyukur kepada Allah atas nikmatnya..banyak kita perlu bersyukur kepada Allah dalam dunia ni..kerana kita tak mampu nak balas apa yang Allah bagi pada kita samada dengan nikmat idup nikmat sihat nikmat ada pancaindera yang baik dan juge hati budi dan perasaan dan macam2 yang kita tetap rasa anugerah Allah..biar kita rasa dalam dunia ni apa yang kita lakukan ape yang kita terima semua itu adalah anugerah Allah..hok kita buat sikit je..dan bukan usaha kita pun..ibarat kita ni seperti kipas..kita picit suis on kipas bepusing..sampaila kita tutup balik suis..kerja kita sikit je..picit suis je..kalau nak dibandingan dengan anugerah yang Allah bagi..dan sebenarnya..sangat2 sikit ape yang kita buat..sebabtula kita kene besyukur..supaya kita dapat rasa semua anugerah tu milik Allah dan kita cuma penggunanya..kita kena bersyukur supaya kita dapat jadi pengguna yang tau berbudi bahasa dengan Allah..

ana ucapkan tahniah la sume abis piksa belaka..semua najah belaka ni..abis piksa najah belake..sebenarnya orang kampung kita duk menanti bila kita nak kelik..sebagaimana mereka menanti nak antar kita masa mula2 dulu..sungguh..bile nak balik..ayah tunggu..mak tunggu..tunang tunggu..tapi yang dah kawin kat sini tu takde la nanti..nak nanti ape dah duk sini dah..semua orang tunggu terutamanya masyarakat kita menantikan kita pulang liyunziru qaumahum iza raja3u ilaihim laallahum yahzarun..

perkara pertama yang ana nak sebut sini ialah biar kita letak dalam hidup kita ni nak cari keredhaan Allah..kadang2 benda ni orang tau tapi tak ingat..redha Allah adala matlamat terakhir..buatla ape keje pun untuk capai redha Allah..kene pasakkan dalam ati tu..kita belajar untuk redha Allah..kita makan nasik pun untuk redha Allah..kita buat apa pun..kita semayang..untuk redha Allah..matlamat akhir yang tertinggi..redha Allah..puncak dalam pencapaian..dan redha Allah takkan tercapai kecuali dengan iman..iman pulak..dia kene ade realisasi..iman adalah perkara dalam hati..perkara dalam hati ni kene realisasikan dengan amalan..ataupun ibadah..dan ibadah harian tu kalau dalam pengurusan kita panggil dia pelaksanaan harian..kita semayang sebagai ibadah harian sebagai pelaksanaan untuk melihat kita sebagai seorang muslim..same puasa zakat haji..asasnya adalah iman..dan semua skali ni untuk apa..untuk capai redha Allah..kerana itu jangan kita lupa..ada matlamat tertinggi dan ada matlamat yang khusus..

seperti contoh semayang..kita semayang matlamat tertinggi adalah untuk mencapai redha Allah..tapi ada matlamat khusus..iaitu untuk mengingati Allah..aqimissolah lizikri..apabila kita mengingati Allah disitulah akan capai redha Allah..same jugak dengan puasa..apabila kita puasa..laallakum tattaqun..tujuan khusus adalah untuk capai tingkatan taqwa..dan tingkatan taqwa itu apabila tercapai akan mencapai redha Allah..same dengan zakat..zakat untuk sucikan diri dan harta..apabila diri kita suci..harta kita suci..akan diredhai oleh Allah..begitu jugak kita belajar ilmu..matlamat tertinggi adalah mencapai redha Allah..

sebab itu lah..kalau kita tengok golongan yang terbaik dalam dunia adalah yang mencapai title "radhiallahu anhu"..siapa radhiallahu anhu? para sahabat..title yang Allah berikan radhiallahu anhu..tiada lagi yang lebih baik daripada itu..kerana itu orang2 selepas sahabat tidak disebut sebagai radhiallahu anhu..disebut rahimahullah dan sebagainya..radhiallahu anhu adalah puncak kepada pencapaian insan..dan itulah yang disebut oleh Rasulullah sebagai khair qurun qarni..

sebenarnya ana tak rancang pun nak datang mesir ni taun ni..tapi ditakdirkan Allah kalau kita tanak setara mana pun Allah nak jadi jugak..kalau nak tengok kehendak Allah dengan kehendak kita sama ataupun tak sama..kita boleh tengok waktu kita makan nasik tu..hok nasik hok kita suap tu kito nak masuk belako nasik tu dalam mulut kita..tapi tak semua masuk kan..ada hok jatuh..ada hok lekat tangan..jadi benda2 gini..biar kita yakin sungguh..kita nak setara mana pun kalau Allah tak izin..takan jadi..tapi kalau kita tanak setara mana pun Allah nak..jadi..tapi kalau jadi bende2 buruk..tak semestinya Allah suka..kita boleh nak buat bende2 buruk..tapi tak kata Allah suka..

di Malaysia ada 7 buah kolej dan kolej universiti yang buat MOU dengan Al-Azhar..sejak taun 90 lagi..hok paling akhir 2000..taun 90 termasuklah INSANIAH..KUIS..mereka lebih awal..sejak taun 90..dan akhir skali ialah kias..taun 2000..MOU ni maknenye perjanjian persefahaman antara Azhar dengan kolej2 tersebut..dan dibuat berasingan antara satu sama lain..dalam bahasa arab dipanggil ittifaq thaqafah wa ta3lim..kerjasama lah..jadi bagi kolej2 yang ada MOU ni..kalau di KIAS program 3+1 ni..3 taun di KIAS amik semua program Al-Azhar..dan taun akhir duk di mesir lah..dan satu lagi program adalah program muadalah..di Malaysia ada 18 buah kolej..termasuk la 7 tadi..yang terlibat dalam program muadalah..tapi selain yang 7 ni..mereka tak buat MOU..tetapi mereka mendapat muadalah daripada Al-Azhar..jadi sebenarnya muadalah ni cumalah diploma yang dihasilkan oleh kolej..dan mendapat pengiktirafan oleh Al-Azhar untuk mari sambung belaja..kite tengok skali imbas serupa..tapi sebenarnya berbeza..nak mudahnya..diploma tu muadalah la..hok program 3+1 tu MOU..MOU dapat skali pakej dengan muadalah..tapi muadalah tak amik MOU..sebagai contoh MOU ni kolej tu kene amik tenaga pengajar Al-Azhar..tapi kalau muadalah tak perlu amik guru dia..

jadi..7kolej ni telah dibatalkan MOU pada 22hb 4 2008..surat tu ana terima pada 6hb..hok surat daripada kementerian pengajian tinggi..lagi lewat..2 minggu lepas tu..sebab surat tu dia alamatkan pada duta disini..duta sini plak anta pada kementerian pengajian tinggi..lepas tu baru kementerian anto pada kita..lewat la taunye..tapi alhamdulillah..ana tau lebih awal daripada kementerian tau lah..

apabila berlaku hal ni kita rasa satu kejutan besar lah..tapi kita takde la panic..nak panic watpe kan..kita tenang..cuba faham..dan amik tindakan..jadi ikatan kolej yang ada kaitan dengan Al-Azhar..IKBAL..telah behubung antara satu sama lain dan telah buat satu mesyuarat di KIAS dan telah buat satu persetujuan untuk kita tulis surat pada Al-Azhar untuk merenung kembali keputusan yang dibuat dan arini kita telah antar surat tersebut..yang kedua kita telah berpakat untuk mintak spaya sekurang2nya pelajar pada taun ni dapat datang..stengahnya dah teriak dah..semua mengeluh belaka..tak dapat datang..kalau nak ikutkan yang paling baik hubungan dengan Al-Azhar ni adalah INSANIAH..tapi INSANIAH pun dia batal jugak..jadi tak tahu sebabpe..dan nak wat camne..kita tak tau angkara sape..tapi kita tengok yang sain tu rais Jamiah Al-Azhar..jadi..atas dia lah..dan ditulis kat dalam surat tu apa yang dimahukan adalah jaminan kualiti..

dan Al-Azhar juga mencadangkan untuk membuat satu perjanjian baru iaitu ittifaq syirakah..iaitu perjanjian kerjasama yg maksudnya..apaila smua ni batal..dia cadang kerjasama baru iaitu pihak yang nak buat perjanjian dengan dia buleh buat..tapi belajar kat Malaysia..selama 4 taun..dan Al-Azhar akan kuarkan sijil..tapi yang akan jadi bos kat sana..dekan..amid..mesti orang Azhar..yang kedua..guru2 yang mengajar mesti berkelulusan pHD dalam bidang dia..kalau pHD syariah takleh ngaja lughah..kalau pHD usul takleh ngaja fiqh..tak syarat pHD dpd Azhar mane2 orang pun buleh..takde masalah..tapi kita nak cari sorang pun payah pHD ni..bukan mudah..kalau ada pun dah ada duk dalam universiti mana2 dah..

jadi pada hari ni kita dah membuat perjumpaan dengan pihak Azhar..kita cuma mintak..sekurang2nya lepaskanlah pelajar2 yang nak datang taun ni..dalam perbincangan tadi..pihak Azhar berkata kita tak dapat nak bagi jaminan..kerana keptusan ni dah ditetapkan oleh majlis jamiah..dan majlis jamiah hanya akan bersidang pada 30hb ni..ujung bulan 6 ni..maknenye lepas 30hb la baru leh tau camne keputusannye..walau bagaimanapun diorang kate diorang takkan menganiaya pihak ketiga..pihak ketiga ni pelajar lah..mungkin mereka akan membenarkan pelajar datang tapi untuk tahun ni sahaja..dan mereka tawarkan alternatif untuk membuat kerjasama baru seperti yang disebutkan tadi lah..

mungkin akan timbul beberapa masalah kalau kita nak buat kerjasama ni..yang pertama dari segi tempat..dari segi kewangan..dan jugak tenaga pengajar..jadi kalau kita nak bukak kuliah syariah ke..kita kene pastikan tempat tu ada..guru pun cukup..dan kene bayar gaji..kalau pihak Azhar yang mengajar kita kene bayar gaji ikut yang dia nak atau ikut kesepakatan..dia kata..kalau sekiranya peringkat pertama pelajar ada 100 orang..sorang pegawai daripada Azhar mesti ditempatkan disitu..pegawai bukan tenaga pengajar..kalau up 200 orang kene tambah sorang lagi pegawai..gitulah seterusnya tetiap pertambahan 100 orang pelajar perlu tambah sorang pegawai..maknenye dia alu2kan nak buat..kita jela..tapi dah ada dah pun yang buat semalam..daripada negeri Sembilan..daripada Yayasan As-Sofa..

ana nak kene sebut jugak..antara yang Al-Azhar komplen..terhadap pelajar2 Al-Azhar..adalah dari segi kelemahan ilmu..yang kedua..lemah bahasa arab..kita pun tak taulah apa yang menyebabkan dia berkata gini..sehingga kita pun rasa serabut..dengan apa yang disebut oleh ramai orang..tapi ana..pandangan peribadi ana sendiri..bila Azhar dah keluarkan 1 sijil pada seseorang..dia sebenarnya dah mencapai standard Azhar..usul ke syariah ke bahasa ke..ada standard dia..dan Azhar ni bukan standard dia untuk pelajar Malaysia..tapi untuk semua..dia adalah muqararnye..jadi bila dia bagi satu sijil..makna dia yakin dengan ilmu yang dia ajar..dengan muqarar yang dia ajar..maka dia boleh bagi ikut kelulusan..ada maqbul..ada jayyid..jayyid jiddan..ikut standard..

adapun bahasa arab tu maksudnye becakap dan betutur bahasa arab..bagi ana bila seseorang tu dapat menulisan dan menjawab itu adalah kaedah yang telah diperakui oleh antarabangsa..orang yang piksa boleh jawab lulus..luluslah dia..adapun bercakap adalah aspek kedua..becakap mengikut kepetahan dan keupayaan seseorang..itu masalah kedua..kerana itulah kita jangan ukur lulus tu dengan boleh bercakap..tak makna kita taknak orang boleh becakap tu..kita nak..tapi biar kita adil dalam membuat pertimbangan..orang bleh bcakap..kalau dia lulus..dia boleh bercakap baik bahasa arab..alhamdulillah..tapi ada jugak orang yang lulus..tapi tak boleh becakap bahasa arab..ataupun boleh bercakap sikit..itu bergantung kepada seauh mana dia besungguh..bukti dia ada ilmu dia boleh jawab dalam peperiksaan..standard piawaian..ada jugak org kata..ada pelajar2 tamat Azhar diminta mengajar bahasa arab tanak mengaja..kita kene adil memebri penilaian..dia kuliah mane..adakah dia belajar kuliah lughah..kalau dia takharruj kuliah syariah patutlah dia tolak..bukan bidang dia..dia belajar syariah dalam bahasa arab tapi dia tak takhassus dalam bahasa arab..sama jugak halnya yang belajar matematik dan sains..tapi disuruh mengajar bahasa malaysia..mungkin dia tak mampu..bukan bidang dia..walaupun dia orang melayu..

itu adalah dua perkara yang berbeza..biar kita adil dalam membuat penilaian..tak nafi memang ada yang balik dpd Azhar memang tak boleh betul bahasa arab..mungin ada sorang dua..tapi janganlah jadikan yang sorang dua ni hukum liljami3..biarlah adil..ana cakap ni bukan nak bagi sedap ati enta..tapi ana jawab gitulah..same ugak orang kate orang ngaji agama tak pandai buat keje..tak adil gitu..wat keje ape? tengok balik..takleh wat keje ape..cuba tengok..orang yang keje pegawai kerajaan tu semuanya ngaji sastera..diorang ni boleh jadi pegawai sebab ada training..same la jadi cikgu..sebelum jadi cikgu ada diploma pendidikan..training dulu..ni kalau orang ngaji agama..balik2 terus suh buat keje..pakat takleh buat la..tak adil la..sebenarnya ada banyak yang tak adil dalam masyarakat dalam membuat hukuman dan pandangan..keluaran2 daripada timur tengah terutama Azhar orang kata lagu tu lah..ana defend..ana tak ngaji Azhar..tapi ana belajar sistem Azhar..di nilampuri tu..

ekoran daripada pembatalan ni..implikasinya..hok stam ni..ni ana dengar daripada kedutaan..kalau nak datang dengan stam ni..hanya yang dapat keputusan jayyid jiddan dan mumtaz je..cuba bayangkan..bape ramai yang dapat jayyid jiddan ngan mumtaz nak datang sini..tapi hok dua ni boleh pilih mane2 U dalam negeri..tapi hok jayyid ngan maqbul ni nak pegi mane..ke Azhar takleh mari dah..jadi nilah ana dapat gambarkan masa depan pelajar tak mari dah Azhar ni..kalau tak berubah lah..mungkin dalam jangka masa pendek tak terasa lagi..tapi dalam 5 6 taun..memang akan terasa lah..pelajar medic mungkinlah ramai..tp dpd pengajian Islam ni..akan semakin susut ke Azhar..mungkin ke tempat lain ade lagi..kalau orang nak ngaji dia mari jugok..tapi bukan ke Azhar la..

kita nak lahirkan ulama..dan para ulama ni lahir daripada antum lah..dia tak lahir dalam sehari dua..tapi lahir dalam jangka masa 20 taun..20 taun pas enta tamat belajar..tu pun belum tentu jadi sebagai seorang ulama..kalau enta tak menambahkan ilmu pengetahuan dan menggali lagi..nak teserlah sebagai seorang alim adalah jangka masa yang panjang..bukan lepas BA tu terus jadi ulama' terus..tak..bukan lagu tu..tapi kalau ada pun..nadir..berapa lama tu nak jadi syeikhul azhar..umur dia berapa..60 lebih 70 lebih..berapa orang lahir seangkatan dengan Syeikh Yusuf Qaradawi..zaman Imam Nawawi..berapa ramai yang lahir zaman tu..tapi yang menyerlah..dia la..berapa ramai lahir zaman Imam Ghazali..tapi yang menyerlah ilmu..dia lah..orang lain ada jugak tapi tak sampai peringkat dia..dan ulama ni tak ramai pada sepanjang masa..yang hebat betul lagi tak ramai..tapi kita kalau balik kampung orang panggil tok alim dah..yelah..kita alim sebab orang kampung kita tu tak alim belaka..kitalah paling alim..dalam banyak2 yang tak alim..kita sorang alim..gitulah..

jadi sebagai alternatif daripada pihak kita..kita semalam dah tandatangan MOU dengan Cairo Universiti..jadi kalau tak diterima masuk ke Azhar..nak ngaji jugok sini..ade je peluang..cume kene bayar lah..bagi orang ade duit tak kire..janji dapat mari duduk Mesir..dan ada lagi sahabat2 kita yang esok akan bertolak ke Morocco untuk buat MOU dengan 4 universiti di sana..dan insyaAllah pelajar kita yang tamat taun 3 boleh sambung taun 4 di Morocco..dan ada lagi kita nak buat dalam taun ni kita nak buat program bekembar untuk bahasa arab BA in Arabic Stuidies di Hasyimiah Universiti di Jordan..jugak kita sedang berurusan dengan universiti lain di Jordan untuk syariah dan usuluddin..dan kita jugak ada buat kerjasama dengan universiti di Jambi Indonesia..kemudian insyaAllah sabtu ni ana akan ke Acheh pulak untuk buat MOU sane..

jadi itulah sedikit sebanyak maklumat yang ana buleh bagi..adapun siapa punya angkara pembatalan ni..ana tak tahu..ana tanak buat tuduhan..sebab kalau tak kene bedosa..tapi kalau tengok realitinya..sape yang tulih surat lah..cume kalau dalam bab jinayah..orang yang suruh bunuh orang..ngan orang yang tukang bunuh..same2 kena..yang pentingnya..kita tak kata ke sape2..biarlah kita kata ini tulisan daripada Azhar..dan dia seniri kata dia betanggungjawab..takde sape suruh..samada dia berkata sebagai ahli akademik..atau ahli politik..kita tak tau..wallahu a3lam..

[tamat sesi ceramah Dr Johari Mat]

selepas sedikit pengumuman dibuat bermulala pulak sesi soal jawab dan dialog..ana tak melepaskan peluang untuk bertanya 1 soalan..dan ana adalah orang pertama yang bertanya..

"bismillahirrahmanirrahim..ana muhammad fahmi bin mohamed amin..pelajar muadalah daripada KUSZA yang datang batch taun lepas..sekadar ingin tahu..boleh tak Dr sebut kelapan2 belas kolej dan kolej universiti yang terlibat dibawah MOU dan muadalah ni..sekian.."

dan adala beberapa lagi soalan..antara yang bertanya adalah presiden PMRAM sendiri ustaz Khairul Anuar..bekas BP PMRAM yang menguruskan hal muadalah taun lepas..ustaz Alang..dan lain2 lagi..bukan tanak tulis soalan apa yang dorang bagi..tapi malas dah nak taip..panjang sangat..haha..kalau nak jugak tau nanti datang la jumpe ana amik copy yang ana record malam tu dan buleh dengar seniri..sesi soal jawab ni pun dekat sejam..so ana tulis sikit je lagi..tentang jawapan Dr mengenai soalan yang ana ajukan tadi..

"terima kasih kepada yang bertanya..di Malaysia ada 18 kolej yang terlibat..dan termasuk KUSZA lah..tapi KUSZA dulu lah...bukan maksud universiti tu lah..[hadirin hadirat gelak..] kita pun dah masukkan dalam senarai..tapi bila kita maklum pada dia tentang mesyuarat tu dia tak respon lah..dan ana rasa..dah jadi unviersiti tu dia tak perlu dah kot..tak tahulah..camana pendirian dia..maknanye MOU baru yang kita buat ni dia tak termasuklah..sebab dia tak bagi respon..ade kolej2 lain yang bagi respon tapi tak sempat hadir..tapi dia memang tak bagi respon lah..tentang nama2 yang 18 tu..tak ingat la..ada senarai tu tapi tak bawak..ingatkan takde orang nak tanye..hehe.."

ana saje je nak tau..UDM ade kene mengene lagi ke tak dalam hal ni..memang dah agak dah pun..masa ana nak pegi dulu pun ustaz2 dah kabo batch kitorang yang terakhir..tapi kot2 la dia ada nak buat MOU baru kan..wallau a3lam la..baru smalam pun ana mesej ngan ustaz Azhar ustaz nahu ana di KUSZA katenye rombongan UDM mungkin datang Mesir awal bulan 7..atas urusan apa wallahu a3lam..ape-apepun ana cume taip balik apa yang Dr Johari Mat cakap je..faktor ke implikasi ke kesan ke pandangan ke..korang stuju ke tak stuju ke nak bangkang ke nak makan bengkang ke..ikut korang punye suke hatilah..

sekian dulu dari meja komputer umah Anas..
nak upload ni nak kene gi menumpang umah orang lain pulak..malasnye..
nak gi cc sep duit plak..haha..
apepun..ana bersyukur kerana Allah bagi peluang ana sambung belajar kat Al-Azhar ni untuk mengutip mutiara ilmu yang betabur2 tinggal nak tadah ni..
memang rugi la sape tak datang tuntut ilmu kat sini..
tambah rugi la sape yang dah datang tapi tak tuntut ilmu kat sini..
tambah tambah tambah rugi la sape2 yang datang tapi tak tau buat ape die datang sini..
sekian dimaklumkan..wassalam..

Currently have 0 Kata Komenan:


Leave a Reply