Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 4, 2008

Terjemahan Al-Maqal Al-Awwal

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, June 4, 2008 | Category: |

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Al-Quran dalam bahasa Arab..selawat dan salam buat junjungan kita semulia-mulia nabi dan rasul dan juga keatas keluarga Baginda serta para sahabat..

apa khabar semua? ana harap antum semua senantiasa berada dalam keadaan sihat, berkasih sayang dan bahagia..seperti mana yang telah ana janjikan pada antum semua sebelum ini..sekarang ana akan menulis karangan ini dalam bahasa Arab..maka bagi sesiapa yang boleh baca dan faham maqal ini dengan pemahaman yang bagus..pemahaman yang mudah..dipersilakan untuk membacanya..adapun bagi sesiapa yang tak mampu nak memahaminya langsung maka silakanlah juga..silakanlah menengok saje pade huruf2 arab ini tanpa memahaminya walaupun satu pekataan..kalau kamu baca kamu faham..maka kamu sebenarnya ada satu kelebihan..tapi kalau kamu tak faham maka sebenornye rugi sangat2 lah kamu..kerana bahasa ini adalah bahasa Al-Quran..juga bahasa yang dituturkan oleh Saidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam dalam hadith-hadith Baginda juga dalam kehidupan seharian Baginda..tidakkah kita merasa berbangga dengan sedikit kemampuan kita untuk mempelajari dan memahami bahasa ini yang juga merupakan bahasa di Syurga kelak? ya..kita patut berbangga dengan bahasa ini kerana ia adalah bahasa yang tinggi kedudukannya..

"Allahu Akbar..Allahu Akbar.." kedengaran muaazzin (bilal) melaungkan azan menandakan telah masuknya waktu subuh..ana telah bersolat subuh secara berjamaah di masjid tapi masbuq..terlambat sikit..bila habis aje solat..ana keluar daripade masjid ana saje je jalan slow2..nak dapat bayu pagi yang lembut lagi dingin..yelah kan..udara segar macam ni payah nak jumpe siang2 hari waktu musim panas nih..ana pun jalan la slow2..sambil jalan tu ana pun tefikir..
"waktu2 camni rasenye kebanyakan manusia masih lagi diulit mimpi2 mereka dalam keadaan mereka tu masih lagi diselimuti dengan selimut2 mereka dan takde pulak nampak tanda2 bahawa mereka nak bangun awal dan menyahut panggilan bilal yang memanggil2 untuk beribadat kepada Allah Subhanahu Wa Taala sebagai tanda syukur dengan segala nikmatNya dan redha sebagai hambaNya.."

gamaknye mungkin diorang tak tahu kot yang Nabi pernah berdoa : ((Ya Allah Ya Tuhanku berkatilah umat2ku pada waktu pagi mereka))..agak2nya diorang semua ni tak tido kot waktu malam..sebuk sangat..bizi dengan mende2 kesibukan dunia sampai terlupa dan terlalai daripada hal2 akhirat..ataupun mungkin setan dah berjaya menyelimutkan diorang ni dengan selimut2 babi kot..ataupun diorang ni memang bangun awal..tapi bangun bukan nak sembah Allah..bangun terus kelamkabut bersegera carik duit je..carik rezeki Allah..duk kumpui2 rete tu..kumpui banyak2..pastu belanje pulak balik..pastu kumpui banyak2 balik..pastu belanje balik..tak abes duk pusing2 gitu jelah..ginilah adat kehidupan..

Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman dalam Al-Quran Al-Karim: {sesungguhnya solat itu adalah suatu kewajipan yang telah ditentukan waktunya atas orang2 yang beriman}
diwajibkan keatas kita untuk bersolat 5 waktu..subuh zohor asar magrib dan isya'..dan untuk solat subuh pulak sebenarnye banyak sangat kelebihan dan faedah2 die..maka ana akan sebutkan beberapa faedah dan kelebihan tu berdasarkan kepada dalil2 yang berikut ni:

Allah Subhanahu Wa Taala telah berfirman dalam Al-Quran Al-Karim: {jagalah solat2 tersebut dan solat wustha}
sebahagian ulama berpendapat bahawa kalimah wustha dalam ayat tersebut membawa maksud solat asar..dan sebahagian yang lainnya pula berpendapat bahawa ianya membawa makna solat subuh..

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam pernah bersabda dalam sebuah hadith : ((barangsiapa yang solat subuh dan solat asar (secara berjamaah) nescaya dia akan masuk syurga))

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam pernah bersabda lagi: ((tidur diwaktu pagi itu mewarisi kemiskinan))

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam pernah bersabda lagi: ((barangsiapa yang solat isya secara berjamaah, seolah2 dia telah mengerjakan solat separuh malam. barangsiapa yang solat subuh secara berjemaah, sama mereka itu dengan seseorang yang bersolat tahajud sepanjang malam))

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam pernah bersabda lagi: ((solat sunat subuh dua rakaat lebih baik daripada dunia dan seluruh isi didalamnya))
haa..itu baru solat sunatnya aje..besar nilainya..camne pulak dengan solat subuhnya sendiri? kompem lagi belipat2 ganda.. tak dapat kita nak bayangkan betapa banyak dan besarnya kasih sayang Allah pada hambaNya..

cukuplah dulu setakat ini..hingga bertemu di waktu lain..sesungguhnya ana ni baru lagi beginner dalam bidang menulih2 maqal arab ni..insyaAllah biiznillah akan datang ana akan upgrade lagi skill ni dan jadik sorang yang mahir dalam bidang ni..doa2kanla ana eh..kalau ade salah ape2 yang antum jumpe dalam maqal ana ni..tak kire la daripade segi penggunaan pekataan ke..susunan ayat ke..salah nahu ke..gitaula ana eh..ana tak malu ngaku salah kalau betul2 ana salah disebabkan kejahilan ana sniri..ana masih seorang pelajar..

Wallahu A'lam..

Currently have 0 Kata Komenan:


Leave a Reply