Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Friday, July 24, 2009

Kepulangan Syeh Aminuddin Al-Mantopi

Posted by The Pamiesz® | Friday, July 24, 2009 | Category: | 3 Kata Komenan

salam aleik..

posting ini dibuat khas untuk sahabatku Ust Aminuddin Sulaiman Maghribi yang kini sedang asyik dan sedap bersenang lenang mengorek idong didepan TV sambil menggoyang2kan kaki di kerusi hayun ataupun kerusi malas di rumah beliau di Pekan Baru Teluk Intan Perak..

huih lame btui tak ngapdet kan.. bizi bodi sesaje.. banyak sungguh mende nak kene setel.. sorila ek kengkawan sume.. kerana membiarkan korang tertunggu2 ternanti2 akan posting baru.. ni pon senornye tak dan jugak nak naip ni.. tapi didan2kan jugaklah kan tanak bagi korang rindu aku sampai bunuh diri plak kang.. hahaha..

memandangkan masih lagi tak punya banyak masa untuk posting ilmiah.. kita layankan jelah sikit gambor2.. macam beselah kan.. ade aktiviti adelah gambonye.. ngeh3..

tanggal beberapa hari yang lalu.. kami telahpun membuat2 pura2 kesedihan dengan pulangnya sebuah permata dari bumi mesir ni.. beliaulah Syeikh Aminuddin Sulaiman Maghribi.. merupakan ahli bait [bukan ahli bait Nabi.. ni ahli bait aku nih.. roomate.. hehehe..] merupakan salah seorang graduan al-azhar yang menyapu rata beberapa syahadah khirrijat contohnya daripada al-azhar sendiri.. beliau merangkul ijazah sarjana muda usuluddin bahagian tafsir dengan mantopnye selama setaun sahaje beliau menyetelkan pengajiannye.. kemudian beliau kekal di mesir selama setaun lagi menjadikan kedudukan sekarang 2-0.. [ape kaitan ngan gol bola pulak nih..] beliau stay lagi kat mesir selama staun untuk menyetelkan syahadah asliah sekaligus merangkul diploma bahasa arab markaz nil.. dahla ahli tafsir.. lughawi pulak.. puh.. mantop2.. kemudian beliau menghabiskan lagi masa beliau bertalaqqi Quran mengambil sanad melalui syeikh beliau Syeikh Nabil yang bersambung sanad bacaannya hingga Rasulullah Sallallahu alaihi wa alihi wa sallam.. bape kali khirrij dah tuuu.. pakcik2 ape tunggu lagi.. cepatlah sambor dia wat menantu.. dia kosong lagi tuh.. available.. saya tak berapa available.. biasanya invisible.. hahaha..

setelah bertungkus lumus menghabiskan pengajian di mesir.. sampailah masa beliau yang ditentukan Allah Tabaraka wa Taala untuk beliau pulang memasuki alam barzakh.. erkk.. bukan.. belum lagi.. untuk beliau memasuki alam dunia pekerjaan dan penyebaran dakwah pulak.. untuk masuk dalam masyarakat dan memainkan peranan beliau sebagai seorang azhari.. apepun.. diucapkan selamatlah kepada Ust Aminuddin.. jangan menyuruk dalam umah tau.. aku dah bagitau kat seluruh pelosok dunia nih suh panggil ko pegi bagi ceramah.. lantak ko aku tak tau.. hahaha..

GALERI HANTOR AMIN KE AIRPORT
_____________________________


dalam tremco yang dideal penyewaannya oleh encik wafee al-ganui.. tremco penuh seh.. aku kene duk besile atas lantai tremco jer.. nasib bek dorang tak suh aku wat tahlil dalam tremco..

amin balik naik singapore airline.. kami sampai kat mator gadid awi pada pukul 11 pagi lebeh kuang..

nilah muke2 yang turut menambah seri dalam tremco.. sebenornye dorang semua ni tanak pegi.. tapi tak sampai ati nak bior amin balik sorang2 dia jer.. nanti sape nak bagi dia tisu bila dia nanges.. hahaha..

ni pulak bebarang dia yang bernilai hampir 70kg.. tamak gile budak nih.. orang lain limit 40kg jer.. dia bleh tambah sampai 70kg.. katenye sebab berat badan dia pun lebeh kuang tu jer.. hahaha..

ust Boan yang setia menjadi penolak bebarang amin..

amin menyapu perfume di jubah beliau sebaik saja nampak ustazah yang cun2 nak lalu kat situ.. hahaha

tengah jalan2 cari terminal amin.. tetibe ternampak Ust Mumtaz ngan Ustazah Faizah.. penasihat DPMZ.. setelah nyembang2 ngan beliau sepatah dua.. aku pun menumpukan perhatian kepada mencubet2 pipi donat anak deme bedua yang dinamakan dengan Wirdani Uzma nih.. [betul ke tak ntah aku sebut namenye.. hehe..]

wat muke bangge plak nak balik.. padahal sedeh tu.. mata merah2 dah tahan nak nanges.. haha..

cam biase lah.. sesi tangkap gambor.. hehe..

ahli bait rumah pahang B103.. dari kanan dr tengku (medic al-azhar kaherah) ust otai (syariah damanhur) syeikh amin (khirrij usuluddin tafsir mansurah) pamie botak yang baik (lughah zagzig) dan ust nyoi (syariah damanhur)

tangkap reramai plak.. maleh pulak rasa nak tulih name seketul2..

tinggalla aku dan tengku kat umah setelah lokman dan topek dan amin balik..

ni masa untuk ahli2 bet mansurah plak widak amin.. lily al-sabahi..

haji ikhwan mutawif mekah menyimpan kenangan yang membahagiakan bersama amin.. sebaik saje amin balik.. ikhwan packing bebarang dia dan pindah gi umah lain kerana dia tak sanggup nak mengenang kenangan2 bahagia mereka bersama di umah ni setelah berlakunya perpisahan ini.. hahaha..

aih.. hok ni lain macam pulak aku tengok gaye peluknye.. hahaha..

tataa amin.. moga selamat perjalanan sampai bertemu dengan keluarga yang amat dirindui.. [lepas aku snap gambo ni terus aku kene halo dengan polis tu.. dia bengkek la tuh pasal aku tangkap gambo die candid.. tak dan dia nak sikat misai.. huh]

sementara menunggu amin check in samada barang dia yang 70kg tu lepas ke tak.. sesi begambo pon diteruskan..

best jugak main2 eskeleter.. naik turun naik turun..

cakkk~

dah penat main2.. duduk jelah..

amin dah kompem lepas barang 70kg.. makanya kami pon mengucap selamat tinggal dan berangkat pulang diketuai oleh 2 orang syeikh dirasah ulya.. syeikh fuad (master syariah open universiti) dan syeikh afifi (master fiqh perbandingan al-azhar universiti)

baju kemeja biru ni pon sorang lagi syeikh jugak.. syeikh syed nyoi.. pakar dalam bidang haid.. ada soalan pape pasal haid bleh tanye kat dia.. jangan malu jangan silu jangan pilu..

doakan kesihatan saya yer.. supaya saya dapat menyetelkan segala urusan saya dengan senang hati.. terima kasih pada semua yang menyokong saya dan blog saya.. tanpa anda siapalah saya dalam dunia blogging.. jazakumullah khairan kathira.. :)

p/s= amin.. tunggu aku kat umah.. nanti aku datang umah ko kita gi makan wahab.. ngeh3..

Sunday, July 19, 2009

Seloka Selamat Malam

Posted by The Pamiesz® | Sunday, July 19, 2009 | Category: | 9 Kata Komenan

mi rebus mi hailam
buah mangga buah pelam
ada katil ada tilam
ada perigi ada kolam
ada cetek ada dalam
ada jahit ada sulam
ada timbul ada tenggelam
ada pensel ada pemadam
kapal terbang kapal selam
sayur bayam sayur ulam
yusof kelana yusof haslam
beg biru spek itam
makan sotong makan ketam
main bola jatuh tesembam
tangan patah dagu lebam
kambing gelak kene silambam
babi selsema hukumnya haram
kuda menari tecabut ladam
kene marah baik diam
jawap soklan jawap salam
assalamualaikum waalaikumussalam
jangan marah jangan geram
saje nak ucap SELAMAT MALAM
tehehehe...

malam dijadikan untuk istirehat.. tapi kenapa saya tak banyak masa untuk rehat ye? mintak maaf ye semua.. saya tersaaaaaaangaaaaaattt sibukkkkkk.. doakan semua urusan saya dapat selesai dengan tenang ye..

Wednesday, July 15, 2009

Persediaan Pelajar Untuk Ke Mesir

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, July 15, 2009 | Category: | 38 Kata Komenan

salam aleik..

apakah persamaan dan perbezaan antara serabut berserabut keserabutan penyerabutan diserabutkan menyerabutkan diserabuti akar serabut rambut berserabut berus sabut dan sabut kelapa?

persamaannya semua itu ditulis dalam bahasa melayu..

perbezaannya tak semua bende kat atas tu ade kat aku..

contohnya sabut kelapa takde kat aku sebab aku seniri pon dah lama tak nampak kelapa kat mesir nih..

tapi bilamana aku menulis bahawasanya tak semua bende tu ade kat aku.. ini bermakna ade sebahagian bende tu yang ade kat aku..

ahhh.. ape bende la main ayat2 camni.. aku tak paham.. cakap jelah terus terang.. aku serabuttt! banyaknyeee bende nak kene pikir.. hadehhh~

........................

sebenarnye ada permintaan daripada seseorang.. [tapi jangan pulak kate seseorang ni menyerabutkan aku ek.. tade2 dun wuri..] beliau memintak tolong aku untuk menyenaraikan beberapa persediaan untuk ke mesir.. ini pun setelah soalan ni didemand oleh adik2 junior beliau yang bakal menjejakkan kaki ke bumi anbiya.. bumi kinanah yang penuh barakah ni.. standard lah.. bagi mereka yang takde pengalaman lagi pegi ke obersea.. tentunya membuat persediaan untuk memikirkan barang apekah yang nak dibawak ke sane adalah sesuatu yang amat merunsing dan menyerabutkan.. tapi nak kabonye keserabutan aku kat atas tadi tu takde kene mengena pun dengan persediaan bebudak yang nak pegi mesir ni.. kami cuma berkongsi satu perasaan.. iaitu keserabutan!

perlu diingat bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke mesir.. ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.. kita akan melihat daripada beberapa sudut 90darjah celcius.. secara umumnya persediaan untuk ke mesir ini terbahagi kepada 3 bahagian

1. PERSEDIAAN ROHANI @ MENTAL
2. PERSEDIAAN JASMANI @ FIZIKAL
3. PERSEDIAAN MATERIAL @ BARANG2

kita akan cuba huraikan satu persatu oke.. agar semua dapat melakukan persediaan yang mantop dan berdedikasi serta berhemah tinggi sebelum kapal terobang kome semua fly high to the sky.. dont stop at the top touch the sky before you drop..

aku dan pak nyoi di KLIA sebelum melepas ke mesir.. erkk.. melepas ke berlepas ek?

PERSEDIAAN ROHANI @ MENTAL

aku tau korang semua takde penyakit mental.. kalo tak mustahil pulak doktor bagi lepas korang punye medical check up pegi sambung lajo kat mesir kan.. tambah lagi yang nak sambung bidang medic.. lagi lah.. korang pegi sini nak jadi doktor nak balik sembuhkan orang yang mental.. tengok2 korang mental dulu.. hahaha..

perlu lah diambil perhatian bahawa sesungguhnya mesir bukanlah sebuah negara moden yang canggih seperti jepun.. korang akan berhadapan dengan situasi yang amat berbeza disini.. satu kehidupan yang jauh berbeza dengan kehidupan mewah dan senang lenang korang kat malaysia tercinta.. satu kehidupan yang korang tak dapat bayangkan macam ni rupanya kehidupan melainkan dengan merasa sendiri kehidupan tersebut.. makanya dengan ini aku sebagai orang yang dah agak penat hidup kat mesir ni menasihati supaya ngkorang mengcekalkan hati korang supaya ianya tak jadik manje dan lemah.. kuatkanlah semangat dan ikhlaskan niat korang datang sini semata2 untuk mengutip mutiara ilmu daripada ulama2 al-azhar supaya satu hari nanti korang akan dapat mencapai target membawa pulang segulung ijazah dan selaut ilmu yang korang berjaya korek daripada dada2 ulama2 di bumi anbiya ni.. janganlah dilihat kepada letihnya kehidupan disini kelak akan tetapi lihatlah pada agungnya nikmat peluang menuntut ilmu fi sabilillah yang Allah dah anugerahkan kepada kita melalui redha ibu bapa kita yang melepaskan kita ke sana.. pasakkan dalam hati akan matlamat ini nescaya kita tak akan bengkok dan tersasar sepanjang perjalanan kita di mesir kelak..

nawaitu:
pergi mesir nak cari redha Allah dan RasulNya
pergi mesir membawa harapan ibu bapa untuk melihat anak mereka berjaya
pergi mesir membawa harapan masyarakat untuk kembali mengislah kerosakan dan kefasadan yang berlaku dikalangan mereka
pergi mesir untuk belajar bukan untuk bekerja mahupun melancong
pergi mesir untuk ke kuliah bukan untuk jadi pendownload muvie dan pemarathon citer anime j-drama k-drama mahupun series
pergi mesir untuk spend masa bersama ulama bukan habiskan masa bersama tilam dan selimut

kawasan anjung ruwaq Al-Atrak dan Al-Mugharabah Masjid Al-Azhar, Kaherah

selain itu terdapat juga lagi persediaan rohani yang amat penting yang tidak boleh tidak kita jadikan prinsip bagi diri kita dan persediaan2 inilah yang kita perlu adakan dan didikkan kedalam hati sanubari kita.. iaitulah..

1. perlu bersabar dengan setiap dugaan yang bakal ditempuhi
2. tidak sekali-kali berputus asa daripada kegagalan yang diterima
3. redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah
4. usaha dan keyakinan bukan semata2 penentu kejayaan dalam peperiksaan

kalau kita bersedia dengan memperkemas niat kita sejak sebelum kita pegi ke mesir lagi.. dan kita istiqamah atas niat yang kita kemaskan sejak dari mula lagi tu.. insyaAllah kita akan hidup dengan panduan dan jalan yang selamat dan tidak tersasar semasa sepanjang kita berada disana kelak.. biiznillah..

juga termasuk dalam persediaan rohani adalah persediaan daripada segi ilmu kita.. sebaiknya mulakanlah menyibukkan diri dengan menghafal Quran supaya mudah untuk menghadapi mukoror yang ditetapkan oleh pihak universiti.. Quran bawak banyak syafaat pada kita.. hafallah kalam Allah ini dengan tujuan untuk menjaganya.. bukan sekadar untuk sekadar lepas peperiksaan.. insyaAllah ia akan menjaga kita hingga menjadi teman kita didalam kubur membawa kepada mudahnya hisab kita diakhirat kelak..

juga persiapkanlah diri kita dengan ilmu2 asas yang penting seperi ilmu komunikasi bahasa arab tidak kita samada ammiyah atau fushah.. kalau di mesir.. ammiyah lebih2 lagi perlu kerana ianya amat penting untuk digunakan dalam muamalah kita seharian.. cari2lah kat tenet ataupun rujuklah pada ustaz2 lepasan mesir tentang uslub2 yang digunapakai dalam bahasa ammi supaya kita tahu sedikit sebanyak dan mudah untuk memahami apa orang arab sana cakap.. supaya kita taklah kene tipu ke.. ape ke kan.. dahla orang arab ni kalu cakap orang puteh pun bunyi sleng arab dia jugak.. jadi sape yang ada kemampuan belajo dulu bahse ammi sebelum pegi.. itu adalah terlebih baik dan ianya memberikan satu advantage buat anda.. takde la nak terkedek2 tergagap2 lagi nak blajo becakap macam budak tadika kat sane..

daripada segi ilmu2 Islam pulak.. sebaiknya sebelum pegi mesir kita dah melengkapkan diri kita dulu dengan semua ilmu2 asas dan ilmu2 alat seperti ilmu nahu sorof.. arudh.. mantiq.. usul fiqh.. mustolah hadith.. dan sebagainya daripada ilmu2 yang pelbagai.. supaya kita dapat masuk ke al-azhar dalam keadaan kita bersedia untuk menerima ilmu yang lebih tinggi yang dicurahkan oleh para masyayikh kita disana..

seperti yang dikatakan oleh para masyayikh kami.. sepatutnya pelajar yang mahu menyambung pelajarannya ke al-azhar.. sekurang2nya perlu mengkhatamkan kitab2 kecil sejak dari malaysia lagi.. contohnya kalau dalam nahu, Matan Ajrumiah dan Syarah Qatrunnada patutnya dah siap mereka hadam kerana masuk aje taun 1 mereka [pelajar lughah la nih] akan terus dihidangkan dengan santapan daripada Audhah Masalik Syarah Alfiah Ibn Malik.. kitab kedua tertinggi dalam ilmu nahu selepas Mughni Labib.. jadi.. jika kita tiada asas yang kukuh.. maka agak sukarlah untuk kita menguasai tahap ilmu yang lebih tinggi dengan mudah..

dalam fiqh pula contohnya.. jika kita dapat hadam dengan kitab kecil seperti Nailurraja Syarah Safinatunnaja dan Matan Abi Syuja' serta syarahnya seperti Fathul Qaribul Mujib pun sudah mencukupi untuk kita jadikan asas untuk mendalami peringkat yang lebih tinggi dalam fiqh disini seperti Hasyiah Baijuri dan jugak peringkat yang lebih tinggi daripada itu seperti Hasyiah Bujairumi Alal Khatib dan Majmuk Syarah Muhazzab..

itu sikit sebanyak contoh yang ade.. ala kulli hal yang penting kita perlu bersedia dengan ilmu2 asas sebagai pengukuh dan pemudah urusan kita sepanjang pembelajaran kita semasa di mesir..

Masjid Saidina Hussain, Kaherah

PERSEDIAAN JASMANI @ FIZIKAL
___________________________

yang ni tak payah aku elaborate panjang2 rasanya.. korang pun tau kesihatan tu merupakan satu nikmat yang besor yang Allah bagi pada kita.. kalau takde kesihatan semua bende kita nak buat tak jadik.. kalau tak sehat.. letak chicken chop depan mate pun tak rasa selere mane nak makan.. begitu jugaklah dengan belajar.. kalau kita tak bersedia dengan kesihatan jasmani.. ia akan menghalang kita dari merasa nikmatnya menuntut ilmu.. jika tiada kesihatan.. kita akan terhalang untuk berjalan jauh mencari para masyayikh untuk bertalaqqi.. kita akan terhalang untuk bangun malam dan murajaah pelajaran dan menghafal Quran.. kita akan terhalang untuk melakukan apa jua pun melainkan terbaring tanpa ada apa2 yang dilakukan.. nak baca buku pun takde mood kalau dah asik2 pegang buku je migrain.. bila tengok kulit kitab je terus dapat kanser.. [erkk.. ade ke manusia sakit gini ek?]

jadi.. pastikan kita mempunyai kesihatan yang memuaskan sebelum kita sampai ke mesir.. ini bagi memastikan kita jugak tak menyusahkan orang lain ketika keberadaan kita disana nanti.. memanglah kawan yang setia akan senantiasa bersama kita walau dalam senang walau dalam susah.. walau bagaimanapun kita perlu ingat.. kawan2 kita juga seorang pelajar.. setakat mana sangat mereka mampu nak jaga kita kalau2 kita 24jam asik nak menyusahkan mereka dengan penyakit kita.. jadi.. jika ada penyakit2 yang kita seniri rasa kita takkan mampu nak jaga diri kita.. rasanya tak perlulah nak berjauhan daripada keluarga di malaysia.. kerana kalau kita tetap berdegil untuk ke mesir kita hanya akan menambahsakitkan diri seniri dan lebih teruk lagi menyebabkan orang lain pula bersusah payah dan turut sakit dan bersusah payah sebab menjaga kita..

camne cara nak jaga kesihatan.. hok tu aku maleh jugak nak citer kat sini.. posting ni bukan nak citer pasal tips2 kesihatan.. nak tau hok tu pegi la hospital tanye kat doktor.. takpun search jelah kat tenet ke tanye petua orang tua2 ke.. wat senaman kucing ke.. rimau belang ke.. ikut sekati siku korang jelah aku tak masuk campo yang tu.. ngehehehe..

dhob yang diawet.. bukan dibuat awek..

PERSEDIAAN MATERIAL @ BARANG2
_____________________________

sebenornye 2 persediaan kat ateh ni korang tak tanye pon kan.. yang ni je sebenornye yang korang nak tau.. barang2 ape nak hangkut.. tapi takpelah.. saje jer aku citer skali yang atas tu.. pakej.. heheh..

kebiasaannya pelajar baru datang ke mesir dalam keadaan musim panas yang hampir berakhir.. bulan ramadhan ataupun area2 lepas raya merupakan musim yang panas membahang mula menurun dan kesejukan sikit demi sikit mula terasa.. awal winter lah pendek katanya.. dalam area bulan 11 baru masuk winter.. jadi kebiasaannya persediaan barang2 untuk dibawa kemesir adalah berlegar disekitar persediaan untuk menghadapi musim sejuk.. yang mana musim ini tiada di malaysia.. barang2 musim panas no hal punye.. kita kat malaysia pun dah biasa sangat panas sepanjang tahun.. jadi yang banyak nak diambik ihtimam adalah barang2 musim sejuk..

untuk makluman musim sejuk di mesir tidaklah sama seperti musim2 sejuk yang kita nampak dalam felem2 omputih ataupun memane lah.. kerana musim sejuk di mesir tiada salji.. kalau korang datang mesir semata2 nak main salji.. maka janganlah diharapkan harapan itu kerana ianya tak berlaku.. namun jangan disangka musim sejuk yang tiada salji ini tidak menyejukkan.. bahkan terkadang ianya lebih menyejukkan dan mengilukan tulang daripada musim sejuk di negara yang salji turun.. ini kerana musim sejuk di mesir adalah sejuknya yang datang daripada angin yang bertiup.. angin bertiup kencang di negara mesir.. maka kesejukan akan bertambah mendadak dengan bertiupnya angin.. akan tetapi jika angin yang keluar daripada buntut sahabat anda yang bertiup kencang.. maka angin jenis itu tidaklah menambah kesejukan bahkan menaikkan lagi kepanasan suhu kebengangan anda.. tambah2 lagi yang bau petai ataupun bangkai.. itulah sebaik2 cara untuk memanaskan badan dimusim sejuk.. suh kawan kome kentut kat muka kome.. hahaha..

'Attabah.. 'Attabah..

Antara barang2 yang perlu diambil ihtimam:

1. sweater tebal

aku nasihatkan takpayah beli kat malaysia pon takpe.. kat sini biasanya abang2 akan bawak korang gi tempat bundle sweater yang murah2 dan lebih lawo2 dan tahan sejuk.. jadi.. tak payah lah kembungkan beg kargo korang dengan membeli sweter kat malaysia.. tinggal bawak duit jer.. bleh dapat sweter skitar harga LE70-LE150 [approx RM40-RM100] yang lawo2..

Bas.. pengangkutan utama rakyat mesir yang memang tak ramai mana..

2. baju fit

yang ni aku nasihatkan korang beli siap2 kat malaysia.. untuk dipakai kat dalam sweater.. tapi ada jugak kat sini jual cuma payah nak cari yang berkualiti.. eloknye beli la kat malaysia.. baju fit ni gunanya supaya badan kita tak masuk angin.. tahan sejuk..

3. stokin tebal

kat sini pon belambak jer jual stokin.. tapi banyaknye tak berapa bes dan tak kualiti.. jadi nak pueh hati.. bawakla stokin daripada malaysia..

Haram (Piramid) antara salah satu keajaiban dunia.. tak ajaib pon sebenarnya.. kuasa Allah kan.. takde yang mustahil pon..

4. suar jeans

kalau ngkorang pakailah.. kalau tak pakai takpe je.. cumenye nak kabo yang jeans malaysia better than jeans mesir.. ramai budak2 sini pakai jeans musim sejuk sebab tahan sejuk.. tapi musim panas pon ramai je pakai jeans.. almaklumlah.. jin banyak kan sini.. ala kulli hal tak kesahlah korang nak pakai suar apepun janji tutup aurat sudah.. suar slack cotton cam dockers ke ben davis ke ape ke tu takyah bawak banyak daripada malaysia pon takpe sebab bundle kat sini pon agak sempoi2 jugak.. cume kene pandai cari lah.. nak tau bundle best kat mane carilah aku.. tapi waktu korang cari aku tu aku dah ade kat malaysia dah la.. bundle sebelah umah aku pun ade.. blehla kalo nak pegi.. hahaha..

5. suar dalam + baju dalam

yang ni pon penting jugak nak bagitau.. bahawasanya buatan mesir memang tak berkualiti dan tak bes.. kalo untuk akhawat lebih2 lagi lah.. takut korang punye takde saiz jer.. taujelah kan badan arab camne.. jadi.. better bawak siap2 daripade melesia.. untuk keselesaan seniri jugak.. [part ni takleh elaborate panjang2 kang jadik novel..hahaha]

Syallalat Fayyum.. satu2nya air terjun di mesir yang terletak di tengah padang pasir

6. seterika

dulu ustaz aku pesan takpayah bawak seterika buat berat beg kargo je.. sini ade jual.. tapi setelah aku datang seniri aku mendapati bahawa aku terpaksa berkhilaf dengan pendapat ustaz aku tu.. kerana seterika kat sini kebanyakannye macey harey.. cepat beno jahanam + tak paneh mane.. jadi untuk kepuasan sniri juga.. better bawak la streka yang elok sikit daripade melesia.. yang besi berat sket tu.. [tapi tu pun kalo korang jenis yang sterika baju la.. kalau jenih macam aku ni malas bior duk pakai kedut2 jer.. tak payah susah2 bawak pon takpe.. ngeh3.. apepun Islam menggalakkan kekemasan.. jadilah seorang yang bersih dan kemas.. oke]

keretapi ayam.. satu2nya keretapi kat dunia [agaknya] yang boleh dikejar..

7. kitab2

seeloknya bawaklah kitab2 korang terutama kitab2 yang memang korang dah dhobit daripada dulu dan jugak kitab2 melayu kerana setelah keberadaan korang kat mesir percayalah bahawasanya korang akan rasa ingin merujuk kembali segala kitab2 yang korang tinggalkan kat melesia dan korang akan merasakan kerinduan untuk membace kitab berbahasa melayu.. termasuk jugak kamus2 arab-melayu yang kadang2 diperlukan walaupun kat sini belambak jual Maajim2 seperti Lisanul Arab.. Mukhtar Sihah.. Mu'jam Asasi.. Mu'jam Wasit.. Munjid.. dan len2.. saranan saye bawaklah Kamus Besar Arab Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan jugak Kamus At-Tullab karangan Ustaz Husain bin Unang yang kulit kitab kaler merah tu.. kalo Kamus Miftah sini pon ade juey.. kamus arab-melayu amat berguna sebagai rujukan sampingan disisi maajim2 bahasa arab yang ada.. terutama bagi mereka yang gemar menterjemah kitab.. yelah kan.. macam aku ni kadang2 terlupa perkataan2 bahasa melayu.. [nasib baik la aku reti lagi cakap melayu kan? kan?]

Suq Sayyarat.. pasar kereta di hayyu asyir.. tempat memborong kereta..

8. makanan + barang dapo

part ni je sebenornye yang paling penting.. part makan.. memandangkan korang akan duduk lame kat mesir.. jadi korang akan merasakan kesangapan terhadap makanan2 malaysia.. jadi.. seelok2nya korang penuhkanlah beg kargo korang tu sampai cukup 800kg dengan barang2 dapo.. tak rugi korang bawak banyak2 mende2 ni.. baju ke pakaian ke bleh bli sini banyak lawo2.. tapi barang makanan malaysia.. mintak mahap le.. kalo ade pon jual kat kaherah ni.. mahey nak mampos.. bayangkanlah kopok double decker yang singgit stengah kat melesia tu berharga LE6.50 kat sini.. semua itu gara2 sangap makanan malaysia.. [korang tau ke sangap tu ape?]

jadi disini aku akan statekan mende2 yang takde kat mesir.. korang bawaklah banyak mane pon korang nak hangkut.. lagi banyak lagi lama korang bleh makan..

kita mulakan dengan bende yang ade kat mesir yang takpayah bawak pon takpe.. beli kat kedai belambak2.. iaitulah bunge lawang, bunge cengkih, kulit kayu manis, halia, kiub ayam, kiub daging, kicap, santan kelapa kering dan.. ape lagi tah..

adapun bende2 yang takde kat mesir yang perlu korang pikul sebanyak mungkin adalah seperti berikut:

serbuk kari ayam
serbuk kari ikan
serbuk kurma
serbuk sup
pes/kiub tomyam
sup bunjut
ikan kering
ikan bilis
keropok keping/papedem
serunding
kerisik
lengkuas
bihun
suhun
nestom
kacang ijau
pulut itam
selasih
agar2
asam gelugor
asam jawa
asam masin
kurang hasam
belacan
pek santan serbuk
daun kari (keringkan)
daun limau purut (keringkan)
daun rambutan (basahkan)
tuan tanah kedaun
megi

tu yang aku ingatlah.. kot2 sahabat2 kita dak2 mesir yang baca blog aku ni rasa ada tambahan lagi yang aku tak ingat nak buh.. tambahla dalam ruangan komen oke.. tolong adik2 kita yang nak datang ni..

makanan utama rakyat mesir.. tokmiah.. miah miah..

"aku mana reti masak.. maleh aku masak2 ni.. bek tak payah bawak semua ni.. pegi sana mesti ade orang masak kan.. aku duk goyang kaki je makan sudahlah.. dah ade yang pandai dan rajin masak.." ----> inilah pemikiran sesetengah daripada korang.. ataupun lebih tepat kita katakan daripada sesetengah pelajar mesir..

kalau korang rasa korang nak dibenci dan dimaki oleh seluruh housemate serumah korang samada didepan atau dibelakang korang.. dengan sukacitanya aku menjemput silalah berpemikiran sedemikian..

hidup di mesir bersama kawan2 memerlukan ukhwah yang sangat tinggi.. hormatilah mereka yang hidup bersama2 dengan kita.. belajar apa yang kita tak tahu dan jangan malu.. everybody start from zero rite? lantaklah orang nak kate 1st time masak mi jadi bubur ke.. nak masak rendang jadi nasik goreng ke.. nak masak kari jadi tomyam ke.. pedulikkan.. yang penting kita belajar.. belajar bukannya sekadar mengadap buku.. ada pelajaran yang kita tak dapat daripada buku tapi dapat daripada kehidupan.. daripada pengalaman.. jika tiada pengalaman tu.. nescaya hidup kita akan kekurangan.. tak lengkap.. serba tak kena.. jadi.. seeloknya.. bersedialah dari malaysia.. cuba2lah memasak nasik dengan kaedah sukatan air yang betul.. cuba2lah memasak lauk walau sekadar telo mata kerbau atau telor dadar.. sebagai permulaanlah.. kalau dah sampai 7 taun duk mesir pun tau goreng telo je jugak memang nak kene jentik lah telo tuh..

kalaulah korang tau apa yang ada pada GARGIL.. nescaya korang akan tanam ia walaupun dibawah katil..

kesimpulannye.. bawak jelah ape2 yang korang rasa nak bawak.. abeh2 pun korang yang kene bayo kat epot sebab overload bagasi.. hihihi.. kalo maleh sangat nak bawak semua.. korang bawak diri je sudah.. habeh cite.. heheh..

selamat datang ke ardil kinanah jumhuriah misral arabiah.. :)

Thursday, July 9, 2009

Luahan Hati Seorang Azhari

Posted by The Pamiesz® | Thursday, July 9, 2009 | Category: | 10 Kata Komenan

BAGAIKAN BARU SEMALAM AKU MERASAKAN

kaki yang hina ini kujejakkan
ke bumi yang penuh keberkatan
bumi yang penuh kemuliaan

bumi para anbiya wal auliya
bumi para fuqaha wal ulama
bumi para fujjar wal kuffar
bumi kinanah yang subur lagi mekar
bumi yang mengalir padanya nil
bumi yang namanya terpanggil
dalam Quranil Karim Kitab Al-Tanzil

kota fustat yang penuh sejarahnya
kota seribu menara yang amat ketara
menyaksikan kehidupan yang berbeza
menyaksikan kesesakan yang tiada tara
menyaksikan lainnya adat dan budaya
menyaksikan kesabaran diduga
menyaksikan semua
ya semuanya

terkebil-kebil mata ini
memerhati kekanan kekiri
mengagumi kekuasaan Ilahi
yang mencampakkan diri ini
ke bumi Qiblatil Ilmi

berdegup-degup dada yang kosong
bergetar-getar jiwa yang lopong
berputar-putar minda yang berkelubung
apakah semua ini?

mak kata semua ini kesabaran
abah kata semua ini pelajaran
ustaz kata semua ini pengalaman
Nabi kata semua ini keberkatan
Allah kata semua ini keredhaan

aku kata?
aku kata ini ujian
aku ingat ini dugaan
aku sebut ini kehidupan

BAGAIKAN BARU SEMALAM AKU MERASAKAN

aku merangkak-rangkak
aku bertatih-tatih
aku berdiri
aku berjalan
aku berlari

lalu aku terjatuh
dan cedera

kembali aku merangkak-rangkak
mencuba untuk berjalan
mencuba untuk berlari
dan terus berlari

berlari mengejar mereka
yang sudahpun jauh di puncak gunung
sedangkan aku disini
bagaikan berlari
namun masih bertongkat berdiri
di telapak kaki sendiri

ya memang benar
kelmarin aku masih dalam kejahilan
semalam aku masih dalam ketidaktahuan

akan tetapi

aku tidak mahu hari sekarang
dan masaku yang akan datang
terus ditenggelami kebodohan
terus dibanjiri kedegilan
terus disaliri kejahilan

Allah itu Maha Kuasa
Memberi Taufiq kepada sesiapa
yang dikehendaki oleh-Nya

Alhamdulillah syukru lillah
aku bertahmid memuji Ilah
Tuhan yang memberikanku hidayah
agar hidup sentiasa tak goyah
namun jiwa terkadang lemah
semangat datang dan pergi setelah
dugaan menjengah berganti sudah
namun hati sering bertitah
sabar-sabarlah dan tempuhilah

SEMALAM YANG KU RASAKAN ITU BUKANLAH HANYA SEMALAM

IANYA KEKAL DALAM LUBUK HATI YANG DALAM

hari ini
jam ini
saat ini
ketika ini

semalam yang kurasakan bernyawa
masih terus bernafas
kaki yang sama menjejakkan diri
di bumi bertuah ini
satu ketika dahulu
masih berdenyut2 kencang kini
kaki yang hina ini juga
masih tetap hina
setelah bermukim sekian ketika
perlembahan nil saksi segalanya

mengapa hati
tak pernah sunyi
dari berperasaan begini

mengapa jiwa
tak pernah leka
dari berprasangka

mengapa manusia
tak pernah merasa
cukup dengan apa yang ada

manusia memang tamak
segunung emas cukupnya tak
tamakkan dunia celaka kelak

hari ini
jam ini
saat ini
ketika ini

aku bersyukur
dengan jutaan kesyukuran
syukur yang tak ternilai
kerana diberi peluang
kerana dianugerahi kekuatan
kerana dikurniakan keinginan

duduk sebentar dan menadah telinga
bangun sebentar dan bertanya
berkerut-kerut dahi menerima
berlaut-laut hati menimba
ilmu Allah yang duduknya didada
para ulama Al-Azhar yang mulia
walaupun cuma seketika

mengapa hati tak mahu tenang
mengapa jiwa tak mahu hilang
dari pandangan ulama terbilang

dada yang kosong masih lagi kosong
rohani yang leper masih lagi leper
kaki yang hina masih lagi hina
dada yang tak terisi
masih lagi berbaki tempat kosong
untuk disumbatkan selaut harapan
untuk diselaputkan segunung impian

ya aku memang jahil
sebagai seorang jahil
aku memang tamak
tamakkan nil yang penuh ilmu Allah
sesekali tidak aku ingin berpisah
daripada sebaik-baik nikmat
menuntut ilmu Allah disini

menghilangkan kebodohan
mencampakkan ketidaktahuan
memusnahkan ketidakretian
dipandu syuyukh terjulang
dipimpin masyayikh terbilang
mencontohi Sayyidul Basyar sebaik pejuang
mengikut jalan-Nya yang paling Agung

namun apakan daya
perancangan Allah itu Maha Sempurna
birrul walidain niat utama

aku datang kerana mereka
di suatu ketika
mengizinkanku mengucup tangan mereka
melafazkan selamat pada mereka
memohon mendoakan anak mereka
membawa pulang pelindung diri dari neraka

aku pulang juga kerana mereka
keredhaan Allah itu letaknya pada mereka
masakan aku mengingkari mereka
masakan aku mengabaikan kerinduan mereka
aku juga merindui mereka
juga mendambakan wajah suci mereka
bagi menghilangkan kerinduan dijiwa
nantikanlah anakmu ini wahai ibu dan bapa
nantikanlah daku wahai kedua
penyejuk hati pengubat lara

hari ini
jam ini
saat ini
ketika ini

jiwa ini penuh dengan kesayuan
hati ini penuh dengan harapan
dada ini sarat dengan keinginan

agar suatu hari nanti

AKU DAPAT KEMBALI
duduk bersama naungan para malaikat
didalam halaqah ilmu al-atrak dan al-mugharabah

AKU DAPAT KEMBALI
merasakan nikmatnya mendengar kalam syeikh
menuturkan doa yang didengari dua telinga
"fatahallahu alaik"
"zadakallah"

AKU DAPAT KEMBALI
melihat gelagat manusia mesir
yang kasar namun tak berdendam
yang menyakitkan hati namun melucukan
yang cepat marahnya lalu cepat sejuknya
yang sedap tokmiah dan fulnya
yang lazat kusyari dan toginnya
yang menyelerakan torob dan kuftahnya
yang memancut didinding dan bucunya
yang sepantas buraq pemanduan kenderaannya
yang sekerap zikir kalimah 'bukrah'nya

AKU DAPAT KEMBALI
menyambung pengajianku di bumi kinanah
meneruskan perjuanganku di sini
di bumi yang penuh barakah ini
dengan izin-Nya insyaAllah

Ya Allah Ya Tuhanku
Tuhan sekalian yang cair dan beku
aku berdoa kepada-Mu
agar memperkenankan segala harapanku
dan mengabulkan segala doaku
sesunguhnya hanyalah Engkau Tuhanku
yang memahami isi hatiku

selawat dan salam keatas Nabiku
penghulu segala Nabi terdahulu
hanya inilah luahan hatiku
salah dan silap ampunkanlah daku

Ya Allah ampunkanlah dosa para syuyukhku
samada yang terkemudian atau yang terdahulu
berkatilah dan rahmatilah para masyayikhku
kepada semua sahabat-sahabatku
doakanlah yang terbaik buat diriku

jazakumullah khairan jaza


Nukilan dari hati:

Muhammad Fahmi Bin Mohamed Amin
Rumah Pahang B103
Hayyu Asyir
Kaherah

Al-Azhar Al-Syarif senantiasa dihati

Wednesday, July 8, 2009

Nak Ikut Tak?

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, July 8, 2009 | Category: | 4 Kata Komenan

salam aleik..

agak2 korang semua kenal tak dengan Saidina Abdullah bin Salam radhiyallahu anh? ish.. korang tak kenal mane sahabat Rasulullah sallallahu tabaraka wa taala alaihi wa aalihi wabaraka wasallam kan.. jarang je pon nak amik tau kan.. kalau orang kabo kan pon korang tebalkan lagi taik telinge jer kan.. tapi kalau avril lavigne ke.. greenday ke.. westlife ke.. richard marx ke.. ronaldo ke.. korang mesti kenal kan.. biasa la tuh.. kita ni mane nak amik ihtimam tentang perjalanan tokoh2 Islam.. yang kita amik tau.. perjalanan hidup artis kan.. hok tu yang wajib kite amik tau untuk menjamin kita masuk syurga kan? eloklah.. memang sepatutnya kita amik tau gossip2 tentang tokoh artis ni.. sebab dorang ni sume amat maksum dan amat langsung tidak menggalakkan kita kepada dosa.. mereka ini memang amat patut dijadikan qudwah ikutan dalam setiap perbuatan dalam idop kita.. jangan lupe bersosial dan membuat maksiat di konsert2 yer.. bercampur la laki pompuan membuat pesta agar rahmat boleh turun dalam majlis tu.. ahh.. paling penting.. jangan lupe dedahkan aurat sane sini tau.. penting tuh.. baru la nampak mulianya wanita bile pakai ikut fesyen trend masakini kan.. kalau berlakon jangan lupe pegang2 peluk2 tau.. alah.. berlakon jer pon.. takkan berlakon pon dosa kan? lagipon kita idup dunia ni kan kejap jer.. masa kejap ni la nak pakai untuk berhibur kan.. wat pe nak belajo agama kan.. buat ape nak kenal ulama kan.. blajo agama ni kan macam kene kongkong jer.. tu tak bole ni tak bole.. melanggar hak asasi manusia.. baik kita wat ikut suka ati kita je kan kat dunia ni.. mati same je jadi tanah gak.. live life to the fullest while you can.. jom la kenal artis weh.. idop artis! idop hiburan! jom wat maksiat sampai mati! yeeeaaahhh~

yeah~yeahh~ mari kita bercampur gaul~

alhamdulillah.. ana tau korang semua tak pernah kata dan rasa macam tu kan.. korang semua alhamdulillah Allah bukakkan hati untuk hidup dengan beragama.. syukurlah dengan sebenar2 syukur Allah telah bukakkan hati untuk hidup dalam syumulnya agama Islam.. agama rahmat dan satu2nya agama yang paling benar.. Allah bukakkan hati untuk menerima hidayah dan taufiq-Nya.. Allah bukakan pintu hati untuk hidup dengan Islam as the way of life.. bukan sekadar solat.. bukan sekadar puasa.. tetapi keseluruhan cara hidup mengikut cara yang diajarkan oleh agama yang dibawa risalahnya oleh Baginda Junjungan Mulia Rasulullah sallallahu tabaraka wa taala alaihi wa aalihi wabaraka wasallam..

risalah inilah yang diambil ihtimam oleh para sahabat Baginda radhiyallahu tabaraka wa taala anhum ajmain.. untuk memastikan jil ba'da jil generasi selepas generasi menerima dakwah Islamiah dan risalah Diniah yang agung ini.. para sahabat Nabi yang mempamerkan juhud yang amat tinggi yang terkadangkala tak pernah kita terfikirkan logiknya ada manusia seperti mereka yang sanggup memperhambakan diri berkorban bermacam2 cara demi semata2 menyebarkan ajaran yang didapatinya daripada Rasulullah sallallahu tabaraka wa taala alaihi wa aalihi wabaraka wasallam.. qulilhamdulillah.. katakanlah alhamdulillah.. sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah kerana dengan bantuan para sahabat Nabi ni lah kita dapat memahami agama sepertimana kita sekarang ni.. kerana perantaraan ilmu mereka dengan isnad lah kita ada hubungan dengan Nabi kita yang terus membawa kita kepada Allah.. iaitu DIAlah tujuan sebenar hidup kita.. kerana kesungguhan merekalah berapa ramai manusia yang dapat diselamatkan daripada lembah kecelakaan neraka jahannam wal iyazubillah..

jadi.. korang rasa kita kena ikut artis ke atau ikut Nabi? korang rasa kita patut hafal biografi artis atau biografi tarjamah para sahabat radhiyallahu anhum serta para fuqaha dan ulama? perlukah kita ikut fesyen dan pakaian artis sedangkan sunnah pakaian Rasulullah sallallahu tabaraka wa taala alaihi wa aalihi wabaraka wasallam kita tak amalkan? tambah hina dan caci maki pulak? agak2nye perlukah kita rasa berbangga dengan artis yang pegi umrah dan haji beberapa ploh kali keluor majalah sedangkan kita tak pernah pulak nak amik tahu berapa kali agaknya Rasulullah sallallahu tabaraka wa taala alaihi wa aalihi wabaraka wasallam melakukan haji dan umrah seumur hidup Baginda yang termaktub tentangnya dalam kitab? emph.. kitab Quran pun berhabuk dalam almari.. inikan lagi nak pegi beli Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari yang 12jilid tu kan.. baik bace majalah mangge.. tembikai.. betik.. urtv.. uradio.. urpetiais.. kan?

baik makan mangge ni daripada bace majalah mangge..kan?kan?kan?

insyaAllah akan datang ana akan ceritakan serba sikit tentang Saidina Abdullah bin Salam radhiyallahu anh.. seorang sahabat Nabi yang agung.. korang kene bace.. wajib bace.. dah tu posting ana yang merepek2 nak pulak bace? gambo melompat2 nak pulak tengok.. bila cerita pasal sahabat Nabi.. terus pangkah browser.. tutup pc.. padam lampu.. kunci bilik.. bukak aircond.. tarik selimut.. tido sampai mati.. eih dah? musy aiz deen wala eih? aiz tasall bas? yib a izan ifranqa'u anni.. ana misy aiz kallim ma'allazina la yuridunal ilma.. bas keda? yalla ruuhhh..

Monday, July 6, 2009

Jadual Talaqqi Umum Al-Azhar dan Sekitar Kaherah

Posted by The Pamiesz® | Monday, July 6, 2009 | Category: , | 1 Kata Komenan

salam aleik..

memandangkan banyak permintaan daripada ramai sahabat2 kita yang berkeinginan nak pegi bertalaqqi tapi tak tau jadual.. maka dengan ini ana menguploadkan skali lagi jadual talaqqi umum disekitar kaherah.. yang melingkungi beberapa tempat seperti Kiblat Ilmu Ruwaq Masjid Al-Azhar.. Mudhayafah Syeikh Ismail Sadiq Al-Adawi.. pengajian di rumah negeri di Hayyu Asyir.. dan juga beberapa masjid disekitarnya seperti Masjid Walidain dan Masjid Asyraf Muqattam yang merupakan masjid dimana Syeikhuna Yusri Rusydi Al-Hasani menjadi imam dan khatib rasmi disitu..

sebenarnya banyak lagi tempat2 lain.. tapi tak lalu la nak tulih sini.. kat rumah2 negeri lain ada Baba2 daripada Pattani mengajar.. ada juga Ustaz2 kita yang mantap2 daripada pondok2 juga mengajar.. macam kat rumah kedah.. rumah kelantan.. rumah penang.. rumah melake dan macam2 rumah la lagi.. kalo pengajian kat sana tu korang cari sniri la ek jadual.. rasa mudah jer hok tu.. gi la rumah negeri yang berkenaan gerenti ade punye tampal kat dindin2 tu.. cari le mane ade papan pengumuman tu kalo tak bawak pen ngan ketas korang snap la gambo jadual tu balik umah salin la balik.. ish.. badan dah beso panjang mende gitu pon nak kene ajo..

sebagai peringatan bersama.. untuk korang dan untuk diri ana jugak.. ingatlah bahawasanya bertalaqqi itu bukanlah suatu perkara mudah yang kita anggap sangat mudah untuk melaksanakannya seumpama mudahnya bersembang kencang pumpangpumpang tentangnya..ianya jauh lebih mencabar dan menguji daripada semudah mulut yang menuturkannya..

"besok aku nak pegi talaqqi lah.."

bila dah besok terbangun lambat sikit langsung tak pegi pon.. sakit kepala takleh kena panas la ngantuk la.. lepeh tu tukor ayat la pulak..

"minggu depan jelah aku pegi..minggu depan mesti pegi ni.."

pengabisnye tak pegi langsung pon pasal tak lalu nak tunggu bas paneh2 bute ni..

sesungguhnya menuntut ilmu yang sahih itu memerlukan juhud yang sangat tinggi dan kesabaran yang sangat jitu.. ilmu Allah yang berada dalam dada2 para ulama itu merupakan sesuatu yang amat agung.. maka adakah logik sesuatu yang agung hendak dicapai dengan semudah berkata2 tanpa ada dipaterikan dengan selangit usaha dan dihiasi dengan selaut kesabaran? bolehkah syurga dicapai dengan sekadar menggoyangkan kaki tanpa melakukan apa2 amalan dan ibadat kita sebagai hamba? bolehkah syurga diperolehi dengan tidak diuji walau sekecil2 ujian dan dugaan? jangan harapla.. sesungguhnya ilmu itu jika boleh diperolehi dengan sekadar harapan.. maka ternyata didalam dunia ini takkan ada seorang pun manusia yang tak menjadi ulama.. balutilah sekepal harapan itu dengan balutan juhud.. bersungguh2lah dan tabahlah.. sesungguhnya kepenatan yang sedikit dimasa sekarang ini insyaAllah akan dibalas dengan ketenangan hati terhadap ilmu yang kemas di dada di masa akan datang.. insyaAllah biiznillah.. ya Allah ya Tuhan kami.. jadikanlah kami dari kalangan hamba-Mu yang dibenarkan untuk memegang menjaga dan membawa ilmu-Mu.. amin..

bersabarlah dengan ujian dan dugaan cuaca musim panas yang sememangnya menduga kesabaran dan keimanan bagi sesiapa yang merasainya.. sesungguhnya setiap perjalanan kita itu diredhai oleh Allah dan dijanjikan pahala fi sabilillah.. perjalanan seorang penuntut ilmu.. ya Allah jadikanlah kami seorang yang sabar dan istiqamah.. amin..

Sayyidi Syeikh Yusuf Al-Hasani hafizahullah pernah mengatakan: [Istiqamah itu adalah daripada sebesar2 karamah]

yang penting dalam bertalaqqi bukanlah banyaknya kitab yang kita tadah.. bukan juga dinilai daripada besarnya kitab yang kita mengaji.. yang penting biarlah istiqamah.. biarpun sekadar kitab kecil.. yang penting ianya kita hadam sungguh2 dan mampu menjadi panduan hidup kita bila2 kita perlukannya kelak.. jangan terlalu mengejar semua pengajian hingga kesemuanya kita tak dapat nak kuasai.. sekadar datang duduk dengar habis dan pergi tanpa ada apa2 yang melekat pada kita.. itu bukanlah cara yang paling sesuai.. ya.. masing2 ada cenderung masing2.. masing2 ada kemampuan masing2.. pilihlah pengajian yang anda rasakan anda rasakan kena dengan jiwa minat dan bidang anda serta mampu istiqamah dengannya.. tapi jangan sampai terlalu penin nak pilih pengabisnye semua tak pegi.. takleh gak la kan.. sebaik2 perkara itu adalah yang pertengahannya.. ikutlah cenderung dan kemampuan masing2.. didiklah hati menyayangi ilmu..

tak semua pengajian kat dalam jadual bawah ni ana pegi.. ada kitab yang ana istiqamah tak tinggal pengajian kecuali sikit dan ada juga pengajian yang ana datang sekali sekala jer.. ala kulli hal yang pentingnya dalam sehari tu mesti wajib ada paling kurang pegi 1 pengajian.. agar otak tak lalai daripada mengingati bahawasanya diri ini adalah penuntut ilmu.. bukan pelancong kat mesir ni..

BIRU - pengajian yang ana ikuti dengan kadar kerap..
HIJAU - pengajian yang ana datang kadang2 jer ataupun pernah pegi skali dua je disebabkan masa kelas yang berlaga dengan pengajian lain ataupun disebabkan hal2 lain..
HITAM - pengajian yang ana tak pernah datang ataupun belum ikuti..


JADUAL TALAQQI UMUM SEKITAR KAHERAH
____________________________________

SABTU

Subuh
[5.30pagi] Rmh Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
[5.30pagi] Masjid Walidain – Syeikh Hisham – Fawakih Janniah Syarh Mutammimah Jurumiah
[7.00pagi] Rmh Selangor – Ust Shah – Fathul Qaribul Mujib
[11.30pagi] Masjid Al-Azhar – Syeikh Yusri – Sahih Bukhari

Zuhur
[1.00ptg] Masjid Al-Azhar – Syeikh Fathi Hijazi – Syarah Ibnu Aqeel
[3.00ptg] Masjid Al-Azhar – Syeikh Ahmad – Tajul Jami’ Lil Usul / Baijuri1

Asar
[5.30ptg] Masjid Al-Azhar – Syeikh Ahmad – Syarh Muslim / Ashbah / Iqazul Himam
Masjid Al-Azhar – Syeikh Sayyid Syaltut – Ghayah Ma'mul Syarh Waraqat Usul
Masjid Al-Azhar – Syeikh Ali Jumaah – Tafsir Al-Quran

Maghrib
Masjid Al-Azhar – Syeikh Ahmad – Ithaf Sadatil Muttaqin

Maulana Al-Alim Al-Allamah Fadhilat Al-Mufti Syeikh Dr Ali Jumaah hafizahullah - biasanya bila maulana mufti datang untuk pengajian tafsir.. pengajian syeikh Sayyid Syaltut ngan Syeikh Ahmad ditangguhkan..

AHAD

Subuh
[5.30pagi] Rmh Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
[5.30pagi] Masjid Walidain – Syeikh Hisham – Balaghah Wadhihah
[7.00pagi] Rmh Selangor – Ust Khairul Anuar – Matan Mukhtasar Saghir

Zuhur
Masjid Al-Azhar – Prof Mahyuddin Sofi – Jauharah Tauhid
Mudhayafah - Dr Abdul Salam - Usul Fiqh Asfahani Alal Minhaj

Asar
[4.30ptg] Mudhayafah – Syeikh Taha Rayyan – Hasyiah Sowi Alal Jalalain
[6.00ptg] Mudhayafah – Syeikh Fathi Hijazi – Syarh Qatrunnada
[5.30ptg] Masjid Al-Azhar - Syeikh Ahmad - Ithaf Sadatil Muttaqin / Baijuri
[5.30ptg] Masjid Al-Azhar - Syeikh Jamal Faruq - Hasyiah Sowi Ala Jauharah Tauhid

Maghrib
Masjid Al-Azhar – Syeikh Ahmad – Al-Iqna’ Jilid 2

Fadhilat Syeikhuna Al-Adib Al-Lughawi Syeikh Dr Fathi Abd Rahman Ahmad Hijazi hafizahullah

ISNIN

Subuh
[5.30pagi] Rmh Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
[7.00pagi] Rmh Selangor – Ust Nazrul – Fawaid Makkiah / Mukht Jiddan / Nur Zolam
[10.30pagi] Masjid Al-Azhar – Syeikh Imad – Hasyiah Baijuri

Asar
Masjid Al-Azhar – Syeikh Sayyid Syaltut – Minhaj Tolibin

Maghrib
Mudhayafah – Dr Athiyah – Al-Iqna’ Jilid 1

SELASA

Subuh
[5.30pagi] Rmh Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
[5.30pagi] Masjid Walidain – Syeikh Hisham – Fawakih Janniah Syarh Mutammimah Jurumiah
[7.00pagi] Rmh Selangor – Ust Syed Kadir – Bidayatul Hidayah
[10.30pagi] Masjid Al-Azhar – Syeikh Imad – Hasyiah Baijuri

Zuhur
[2.00petang] Mudhayafah – Dr Mustafa Imarah – Tadrib Al-Rawi

Asar
Masjid Al-Azhar – Syeikh Sayyid Syaltut – Minhaj Tolibin

Maghrib
Mudhayafah – Syeikh Jamal Faruq – Tuhfatul Atfal
Rumah Serawak – Ust Syed Kadir – Bidayatul Hidayah

Fadhilatul Syeikh Dr Jamal Faruq al-Daqqaq al-Hasani hafizahullah

RABU

Subuh
[5.30pagi] Rmh Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
[7.00pagi] Rmh Selangor – Ust Juzaili – Awail Sunbuliah / Taqrirat Saniah

Asar
[5.30ptg] Masjid Al-Azhar – Syeikh Ahmad – Syamail Muhammadiah / Majmuk
[5.30ptg] Masjid Al-Azhar - Syeikh Jamal Faruq - Hasyiah Sowi Ala Jauharah Tauhid

Maghrib
Masjid Al-Azhar – Syeikh Ahmad – Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran
Masjid Al-Azhar – Dr Muhana – Iqazul Himam / Futuhat Ilahiyah

Isyak
Mudhayafah – Prof Dr Taha Dusuqi – Iqtisad Fil I’tiqad

Fadhilat Maulana Al-Alim Al-Faqih Syeikh Ahmad Al-Hajain hafizahullah

KHAMIS

Subuh
[5.30pagi] Rmh Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
[7.00pagi] Rmh Selangor – Ust Syed Kadir – Kifayatul Akhyar
[9.30pagi] Masjid Al-Azhar – Prof Hasan Al-Syafie – Aqidah Nasafiah

Zuhur
Mudhayafah – Dr Khusyu’ie – Nuzhatunnazar Syarh Nukhbatul Fikar

Maghrib
Rmah Kedah H7 – Syeikh Mahmud Said Mamduh – Riyadh Salihin / Fath Qarib

Fadhilat Maulana Al-Alim Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Musnid Syeikh Mahmud Said Mamdouh hafizahullah bersama Al-Fadhil Ustaz Husni Ginting

JUMAAT

Selepas Solat Jumaat
Masjid Asyraf Muqattam – Syeikh Yusri – Syamail / Muwatta’ / Hikam

Isyak
Mudhayafah – Dr Abd Sobur – Talkhis Miftah Qazwaini (Bughyah)

Fadhilat Syeikhuna Dr Yusri Rusydi Sayyid Abd Jabbar al-Hasani al-Syafie al-Siddiqi hafizahullah

moga2 kita dapat meluangkan masa untuk duduk bersama para masyayikh.. moga jadual ini dapat dimanfaatkan bersama agar sepanjang hari kita diisi dengan pengisian ilmu yang bermanfaat.. insyaAllah..

Friday, July 3, 2009

Damietta : Ra'sul Barr Diserang!

Posted by The Pamiesz® | Friday, July 3, 2009 | Category: | 6 Kata Komenan

salam aleik..

masih dalam siri jaulah bergambar.. [ni pon nasib beklah aku takde DSLR.. kalo ade sebijik.. aku rasa mau jugak aku menceburkan diri dalam bidang photojurnalism.. heheh..]

kali ni kita akan melihat lagi gambar2 yang mengambil tempat di salah sebuah muhafazah (daerah) di mesir yang bernama DAMIETTA.. ataupun dalam lughah masriahnya dipanggil DUMYAT..

tempat dimana si pamie terbang dan kengkawannya melompat dalam dua posting sebelum ini adalah bertempat di sebuah kawasan yang dinamakan Ra'sul Barr.. di Dumyat.. tajuk posting yeye je gempak macam ada bom pulak landing kat ra'sul barr.. padahal yang menyerang tempat tu adelah kitorang.. menyerang untuk menakluk kawasan tangkap gambo.. kekeke..

kawasan Ra'sul Barr dan disekitarnya sangat cantik.. indah.. bersih.. serta mempunyai penempatan yang agak teratur.. memula sampai.. aku agak teruja jugaklah sebab tak pernah lagi nampak rumah ataupun imarah kat mesir yang ada bumbung.. ini siap style minangkabau ngan rumah cine pon adoo.. ketika melihatnya aku teruja terkesima dan terimpakmaksima seketika.. [reti pulak orang mesir wat bumbung.. kataku dalam hati yang kecik dan chumel ini.. hehehe..]

Ra'sul Barr juga amat makruf dan diketahui ramai.. merupakan tempat bertemunya laut dan sungai.. apa orang2 tua panggil.. muara ek? aku pon tatau gak.. dulu masa skolah kelas geografi sokmo tak wat keje skolah.. cumenye aku tak dapat nak rasa la orang kata kawasan tu separuh air masin separuh air tawar.. satu kawasan air laut dan satu kawasan air sungai.. aku nak menyelam gak masa tu teringin nak rasa air laut tu tapi kengkawan semua tahan aku tak bagi terjun dalam tu.. dorang kata dorang semua sayang kat aku.. terharu aku kejap masa tu.. dan la menangih setitik dua.. kekeke..

GALERI RA'SUL BARR DAMIETTA
__________________________

sempadan destinasi tujuan.. pintu gerbang ra'sul bar.. kepala daratan..

masjid ra'sul bar..

ini side mirror.. orang yang ada kat dalam side mirror tu pulak namenye si pamie.. korang kenal? kalo tak kenal disarankan baik jangan berkenalan.. takut2 berjangkit penyakit tak reti nak serius..

bunga2an yang sedang mekar.. sepertimana mekarnya jua cinta kita.. hahaha.. jiwang.. takleh blah.. ahh korang tau aper.. aku tengah syok becinte skarang nih.. dengan kitab2.. huh.

pertemuan laut dan sungai.. mereka berdua bertemu dan berbincang2 serta bermesyuarat tentang isu semasa masyarakat dunia masakini..

encik pamie ngan encik ikhwan al-mansoury

peluklah tiang itu sebelum anda dipelukkan.. hihi..

cover album kumpulan frontstreet boys.. dulu dorang ni pernah duet ngan kumpulan backstreet boys.. lagu ape tuh.. aku pun ingat2 lupe.. as long as u lap tingkap ke camne ke lagu dia..

cover album ape tah ni aku pon tak tau nak kate.. ade jugak orang nak amek dia nih wat model cover album ek.. ngahaha..

lihatlah duniaaaaa.. aku berada di sebuah tuguuuu..

agak2 sape menang dalam pertandingan tolak tugu nih?

berdasarkan bayang2 gambo aku dalam gambo ni.. cuba teka masa ni pukul bape? huh.. kate blajo astronomi.. takkan tu pun tak tau?

budak ini memang santai dan sempoi dimana2 sahaja..

nampak manje aku kan? ahahaha.. aku manje ngan pet jer.. ngan orang len aku garang.. hihi..

cepat2 lari cepat.. sape sampai dulu garisan penamat ni dia dapat penampor pree.. cepat2 sape cepat dia dapat.. kekeke..

kat menara rumah api..

aku dan pet menziarahi 2 orang pak gad menara rumah api ra'sul barr..

aiz swimming wala eh?

cover album morning musume version laki yang dinamakan group evening musume.. ngeh3..

cube tengok apekah perbezaan gambo ni dengan gambo2 yang berikutnya..

korang agak2 berape berat setiap batu pemberat tu? korang pecaya tak kalau aku cakap yang berat pet ngan berat batu tu lebih kurang dekat2 jer?

chet.. berani ko cuba nak tembak aku yer pet..

ape ko ingat aku takleh tembak ko balik?

double peacee~

sytle arab jalan.. pegang2 tangan.. [tapi terbuat gaya teroveromantik plak.. heheh]

aku dan sham dan napie.. yang bagi belakang tu agak2 sape?

aku di atas rumput ijo.. berbumbungkan langit membiru.. sangat indah..

aku ngan sham.. starehhh..

jaga2.. ada pergaduhan besar akan berlaku sebentar lagi.. the big duel..

huk hiyaarkkk..

aku tau dah korang memang akan kate skill aku lagi kemas dan hebat terpacak.. well.. pet tu anak murid aku.. mane leh nak menang ngan tok guru.. ngeh3..

lepas dah menang duel.. aku pun terbang pulang balik ke rumah.. heheh..

kenapa musim panas ni semua bende malas nak buat yer? nak keluor paneh.. duk dalam umah pun paneh.. duk dalam peti ais tak muat pulak.. duk dalam bilik ayor banyak setan plak.. any idea?

apepun maassalamah kepada ahli bet tersayang si amin yang akan pulang beberapa ketika aje lagi.. mintak maap segala salah silap sepanjang kita duduk bersama2 ni.. halalkan makan minum dan segala perlakuan yang menyakitkan hati dan limpa ngko.. kalau ade aku ternaik tapak kaki sekali dua kat muka ko tu kire burn lah ek..

dan ahlan kepada ahli bet baru yang dengan rasminye mendaftarkan diri menggantikan amin iaitu encik nyoi dan encik otai..

aku harap korang sudi merajinkan diri memasak makanan yang sedap2 serta mengemaskan dapo sokmo dan menyetelkan masalah kebanjiran bilik mandi yang sentiasa tersumbat itu.. moga kita dapat bekerjasama sebagai ahli bait yang saling menyayangi.. lepas ni aku nak goyang kaki.. bole? korang junior kan.. aku dah senior kat umah ni.. bile lagi nak buli.. dah2 pegi basuh tong gas kat dapo cepat! hahaha..

see ya! next week next year same spot same time same place next episode goodbye goodyear michellin.. aaahhh ape2lah ngko nih.

There was an error in this gadget