Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Sunday, March 30, 2008

Ada Apa Dengan Malas?

Posted by The Pamiesz® | Sunday, March 30, 2008 | Category: , |

Bertemu lagi kita dalam episod baru siri kemerapuan sahibus safhah al-banjari al-azhari yang agak malas mengupdate blognya..apakah yang mahu dirapukan oleh beliau pada siri kali ini? marilah bersama-sama kita saksikan..jangan kemana-mana walaupun iklan disiarkan secara berterusan tanpa henti..

Malas? Ape bende malas tuh? sejenis vitamin? ataupun sejenis parasit yang bergantung-gantungan menyemak didasar hati manusia lalu berpindah-pindah daripada satu juzuk ke satu juzuk yang lain? ataupun ianya sejenis penyakit yang amat sukar ditemui ubatnya walaupun dikaji sekian lame oleh pelajar-pelajar medic cairo u mahupun zagazig u? ataupun ianya hanyalah satu hobi yang dijadikan hobi oleh sesetengah individu yang merasakan itu adalah satu hobi? ataupun ianya merupakan tabii @ tabiat manusia yang mempunyai tebiat lalu tidak membuang-buangnya? terlalu banyak takrifan yang akan diberikan oleh kita apabila berbicara tentang malas..apa yang pasti..malas itu subjektif..malas pada seseorang individu tidak mungkin sama dengan malas yang terdapat pada individu yang lain pula..ada orang malas nak stadi..ada yang malas nak makan..best lagi ada yang nak buang yang kecik dan beso pun malas..ada yang malas bekerja..ada yang malas nak layan tetamu..ada yang malas nak masak..ada yang malas gi kuliah..[yg ni khas ditujukan untuk aku seniri] ada yang malas nak kenal orang lain dan sahabat-sahabat disekeliling..ada yang malas nak jaga hati kawan..ada yang malas bertalaqqi dengan masyayikh..ada jugak yang malas nak amik tau hal pengurusan diri seniri..ada yang malas nak tepon tanye kabo mak bapak yang kesunyian..ada yang malas nak berfikir hikmah ciptaan Allah..ada yang malas nak kejar Syurga Allah..ada yang serba-serbi dia malas belaka..hampir takde benda yang dia rajin..namun..setiap jenis malas itu..ianya ada kaitan yang kukuh antara satu sama lain..dan akan kembali kepada satu hadaf yang pasti..iaitu malas itu TAKDE LANGSUNG PAEDAHNYA..sekian dimaklumkan.

Teringat ana pada satu kisah yang pernah berlaku di KUSZA satu masa dulu..ana ade la kenal dengan sorang akak nih..die budak KUSTEM..akak nih seorang yang berbangsa Cina yang dah revert [kembali kepada fitrah Islam..tak bape sesuai nak guna istilah convert..sebab asalnya dalam alam roh masa dalam perut ibu semua manusia dah berjanji dengan Allah untuk bertauhid kepadaNya] maka pernahla ana tanye pada beliau beberapa soklan tentang asbab musabab tertarik hatinya pada Islam..antara jawapan beliau adalah beliau amat suka mendengar laungan azan sejak daripada darjah 1 lagi..apabila kedengaran laungan azan berkumandang terasa tenang hatinya..setenang air tanpa buaya..terasa insaf bila mendengar beliau berkata sedemikian..kita dapat tengok sniri perangai orang Islam [yang dah memang keluar-keluar daripada perut mak die je dah memang dapat dengar laungan azan ditelinga kanan] apakah yang kita lakukan apabila azan dilaungkan? pernah kita rasa suka dan tertarik dan tenang apabila azan tersebut berkumandang? teruk lagi bila kita tak berenti becakap bende2 lagha masa tengah azan tu..takpe lagi..tengah gelak bedekah-dekah pulak tu..bilal melaungkan azan tu cam nak tecabut anak tekak nak panggil kita gi smayang..kita buat tak dengo je..kita becakap..kita gelak..kita rasa seronok sebab menyeronokkan syaitan..lalu syaitan tutup telinga dan hati kita untuk merasakan azimnya azan tersebut..

Berbalik pada citer tentang malas tadi..satu hari ana terasa sangat malas..[masih lagi di KUSZA] minggu tu rasa berat sangat nak ke kuliah..tangan ni asik pegang henfon tunggu ust2 telefon bagitau kelas batal..[panggilan sebegitu adalah yang paling menyeronokkan di zaman itu..jauh lebih menyeronokkan daripada bersembang dengan awek selama berejam2..] lalu terdetik hati ni untuk meng sms akak yang telah ana ceritakan sebelum ni..beliau merupakan mahasiswa dalam bidang kaunseling..dengan niat saje nak testing ilmu psykology dia..ana pun meng sms la beliau..
"salam..kak..nak tanye sket nih..semenjak due menjak ni saya rasa malas la..nak buat pape pun malas..malas gile..akak budak kaunseling kan..cube test kaunseling saya sikit..kot2 la mau lembut hati ni..sambil2 tu akak pun bole mengaplikasikan ilmu yang dipelajari..hehe"

nak tau beliau jawap ape? pendek je jawapan beliau.

"malas tu bukan sifat orang Islam"

PZZZTT!ana terasa bagaikan terkena panahan petir..TANGG!ana terasa bagaikan setong dram jatuh keatas kepala ana yang tak diprotect oleh ape2 protection..kene sebijik..terase nak nangis mase tu..insaf gile..[tapi tak nangis pun..nampak sangat hati aku ni keras..teruk betul..astaghfirullah..Allahumma layyin qalbi Ya Wahhab..]

moral of the story: pertama: jangan nak belagak sangat nak uji2 ilmu orang..niat awal2 tu dah tak betul dah..orang yang bertanya disebabkan tak tau dan nak tau lain halnya dengan orang yang bertanya sebab saje2 nak tengok orang yang ditanye tu tau ke tak..sedo la sikit ilmu tak tare mane..tak payah la buat kemeh [kemas..tekeluo bahse perak plak..hehe]

kedua: kita boleh tengok sniri..bagaimana orang yang mendapat Islam dengan jalan mencarinya jauh lebih menghargai nilai Islam daripada kita yang mendapat Islam dengan jalan keturunan..ana bajet beliau nak bagi jawapan macam org lain biase bagi..standard ayat2 kaunseling la kan..takleh malas..ingat mak abah..nak berjaya tak..nak jadi pandai kena rajin..tu ayat2 standard la tu..tiba-tiba beliau jawap dengan satu jawapan yang menunjukkan bahawa ada nilai kaunseling yang lebih tinggi dan paling tinggi daripada semua ayat2 standard tu..iaitu apa yang dibawa oleh Islam itu sendiri sebagai satu Ad-Din yang syumul dalam hidup..memang malu gile masa tu..terasa cam takde ape yang kita dapat duduk dalam bidang pengajian Islam tapi tak pernah rasa indah dengan keindahan dan sifat2 yang dibawa oleh Islam itu sendiri..sedangkan beliau..yang dikatakan sebagai baru lagi dalam Islam..dan tidak banyak mana pengetahuan tentang Islam..sudah boleh berpegang dengan satu aqidah dan fahaman yang kukuh tentang apa yang dibawa oleh Islam..

ketiga: rentikanla malas2 tu..buang jauh2 sifat tu..memang takde pekdahnye..[ingatan dan saranan keras untuk diri sendiri juge] kite penyek2kan die..renyuk2kan die..hempuk pakai hammer..tumbuk sampai lumat..masuk dalam karung..balut 18 lapis..ikat ketat2..masuk dalam peti besi..kunci 39 lapis pulak..pastu mintak tolong kat angkasawan bawak kat angkasa lepas dan tinggalkan peti tu kat sane..supaya peti tu boleh tekene langgo dengan asteroid ataupun bio die temasuk dalam black hole..[nak bagitau kene bsungguhnye kite dalam membuang sifat malas kite nih..]

Dah nak masuk bulan pat dah ni..ini bermakna tak sampai 2 bulan lagi ana akan menghadapi imtihan niha'ie [final exam] untuk final year di Al-Azhar sebagai seorang mahasiswa lughah arabiah yang bermatlamat utama mengejar ilmu dan sebagai sampingan mendapatkan segulung ijazah [buat masa ni..akan datang nak segulung master dan pHD plak..] sebagai wasilah untuk meraikan kehendak dunia dakwah..tujuan kita mendapatkan title2 dan sijil2 ini bukanlah semata untuk mendapatkan pekerjaan..ingat tu..bahkan sijil2 kita ni hanyalah wasilah supaya kita dapat menarik kepercayaan manusia dengan apa yang kita dakwahkan..cuba lihat perbezaan apabila kita bercakap kepada masyarakat dalam keadaan kita hanyalah orang biasa yang tidak mempunyai apa2 kelayakan dibezakan dengan apabila kita berdakwah pada masyarakat dalam keadaan kita mempunyai kelayakan dan kepakaran yang diiktiraf oleh sijil [kehendak dunia je ni..] sudah tentu masyarakat akan lebih menerima dan mempercayai kalam2 daripada yang mempunyai kelayakan..betul kan?

sebagai penutup..rajin2kanlah diri anda dalam apa jua yang anda lakukan..selamat tinggal malas! [mode bersemangat kaw2!]

Currently have 0 Kata Komenan:


Leave a Reply