Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, March 10, 2010

Hadith For The Day : #5 : Nabi Pernah Bergurau Ke?

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, March 10, 2010 | Category: , | 10 Kata Komenan

Salam aleik

Kome semua suka bergurau kan? Melawak dengan kengkawan, bergurau dengan adik beradik, merapu dengan sedara mara memang kadang-kadang mampu menghiburkan hati. Samada kita yang buat lawak ataupun orang lain yang buat lawak depan kita, yang penting, ada gurauan yang cuba dilakukan dan ada lawak yang dibuat dan pastinya tujuannya agar ada yang terhibur.

Namun begitu, lawak-lawak yang dibuat ini sebenarnya terbahagi kepada beberapa kategori dan situasi. Mari kita lihat apakah situasi itu.

Situasi 1

Seseorang itu buat satu lawak lalu tergelak atau tersenyum sikit dan orang yang mendengar lawak itu pun turut tergelak. Ini lawak standard la. Gurauan atau lawak jenis ini biasanya diterima dengan hati yang terbuka.

Situasi 2

Seseorang itu buat lawak dengan muka serius dan sikit pun tak gelak sedangkan orang yang mendengar lawak tu dah berguling-guling tahan sakit perut. Ini kompem lawak itu dibuat oleh seseorang yang selenga dan sangat berbakat tinggi dalam bidang melawak.

Situasi 3

Seseorang itu buat lawak sambil gelak terbahak-bahak sedangkan orang yang mendengar lawak tu diam membisu muka berkerut seribu kerana jenuh nak memikirkan kat mana yang lawaknye? Sangat kesian orang yang buat lawak itu. Kalau kome salah sorang dari golongan ini, udah-udah le. Rentikan le tabiat percubaan nak melawak tu. Kome memang takde bakat.

Situasi 4

Seseorang itu takde niat langsung nak buat lawak tapi tak tau la kenapa bila orang tengok muka dia je rasa nak gelak sampai betabur-tabur gigi.

Situasi 5

Seseorang itu tak sempat nak buat lawak pun lagi tapi dah tergelak dulu dah sampai tercirit-cirit. Lastnye orang tak sempat nak dengar pun lawak dia sebab on the spot dia berlari ke jamban lalu bermastautin dalam jamban tu sambil cirit meletup-letup. Ditambah pulak sambil teran sambil gelak lagi dalam tu bergema-gema sebab masih terbayang-bayang lawak yang dia cuba nak cakap tadi tu. Maka berlawan-lawanlah gema antara bunyi cirit dan bunyi gelak. Hahahahaha. Weh, aku gelak sensorang kuat giler dalam bilik guru ni. Apa la boleh datang pulak idea bengong aku taip benda ni. Hahahaha.

Situasi 6

Adalah sambungan kepada situasi 5. Orang yang sepatutnya mendengar lawak yang dibuat oleh si polan tadi tu menunggu dengan setianya di depan pintu jamban sampaila si polan itu habis cirit + gelak nya tu. Lalu pabila keluar sahaja beliau dari jamban, maka ditanyakanlah kepadanya lawak apakah yang hendak dicakapkannya hingga menyebabkan beliau tergelak sedemikian rupa? Sebaik sahaja beliau menyampaikan lawak tertangguhnya itu, maka berkerutlah dahi pipi dagu dan segala anggota orang yang mendengar lawak itu sambil berkata dengan nada pelik, “tak lawak pun.”

Situasi 7

Seseorang itu tak buat lawak pun tapi dia tergelak sebab ada benda melucukan yang menyebabkan dia gelak. Tapi orang yang duduk keliling dia pun tergelak jugak. Gelak sebab tengok dia gelak.

Situasi 8

Seseorang yang tak gelak dan audience yang dengar tu pun tak gelak jugak. Dedua buat muka biasa je. Ini bukan lawak. Ini drama aktiviti harian seperti berkebun, mandi dalam bilik ayor dan lain-lain.

Situasi 9

Bunkface dengan lagunya situasi. Muahahaha.


............



Muqaddimah aku hari ini ntahapehape je rasanya.

Sekarang baru nak masuk isi dan part serius. Hehe.

Tahukah anda Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi wa aalihi wa sallam juga seorang yang bergurau dengan ahli keluarga dan para sahabat Baginda yang mulia? Baginda bukanlah seorang yang serius tak tentu pasal sepanjang hidup. Akan tetapi tahukah kita bagaimana cara Nabi kita bergurau? Adakah dengan membuat lawak seperti para pelawak membuat lawak di pentas-pentas lawak? Tidak sama sekali.

Walaupun Baginda juga bergurau dengan sahabat dan ahli keluarga, Baginda Nabi kita yang mulia tak pernah langsung seumur hidupnya ketawa berdekah-dekah ataupun yang diistilahkan sebagai “qahqahah”. Istilah dalam bahasa arab pun dah bunyi lebih kurang bahasa melayu kita. Gelak kahkahkahkah = qahqahah.

Jadi, kalau nak muhasabah diri kita balik kalau nak compare dengan Nabi, betapa jauhnya kita dari keperibadian mulia Baginda. Pasalnye kita ni keja asyik nak gelak aje. Asik nak berseronok aje. [aku la terutamanya ni….ish ish ish…] Sedangkan Nabi lebih banyak menangisnya risau memikirkan hal ummat Baginda dan hal-hal tentang status di Akhirat kelak. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah aku ni pasal banyak sangat main. Aku tahu bahawa dunia ini hanyalah tempat lagha dan tempat permainan syaitan dan nafsu akan tetapi iman yang lemah terkadang menyebabkan aku hanyut bersama permainan dunia. Allahummaghfir zanbi wa zanba man yaqulu astaghfirullahal azim. Astaghfirullah..

Ketika Al-Alim Al-Faqih Maulana Syeikhuna Ahmad Al-Hajain hafizahullah ditanya tentang Nabi, adakah pernah Baginda ketawa berdekah-dekah maka dijawap tidak. Baginda yang mulia hanya senyum dan ketawa Baginda pula diistilahkan sebagai “dhahak” bukannya “qahqahah”. Kemudian beliau ditanya lagi, bagaimana pula dengan para sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin pula, adakah pernah diantara mereka ada yang ketawa dengan apa yang diistilahkan sebagai “qahqahah”? maka jawapan yang diberikan oleh Fadhilat Al-Syeikh adalah “Ya, mungkin ada diantara mereka yang pernah gelak berdekah-dekah.”

Satu perkara yang perlu diambil perhatian ketika berlakunya gurauan dan lawak melawak. Kebanyakan dari orang yang bergurau menggunakan unsur pembohongan atau penipuan untuk menjadikan lawaknya laku. Nabi Muhammad juga bergurau tapi gurauan Baginda semuanya perkara kebenaran. Baginda tidak sesekali pernah berbohong. Tak macam kita kan. Buat lawak tapi bersumberkan daripada kata-kata fitnah, pembohongan, penipuan, cerita reka-rekaan, tokok tambah, blablabla. Semua tu dah sah-sah haram hukumnya. Kalau tak digunakan untuk lawak pun dah haram. Kalau tambah guna untuk lawak, lagi la 22x haram pulak. Ya Allah, jauhkanlah kami dari menipu daya dan memfitnah dalam gurauan yang kami lakukan.

Jadi, jom kita tengok beberapa hadith Baginda yang menceritakan tentang bagaimana Baginda bergurau dengan para sahabat.

Hadith 1

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، أَنَّ رَجُلا اسْتَحْمَلَ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم ، فَقَالَ : إِنِّي حَامِلُكَ عَلَى وَلَدِ نَاقَةٍ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللهِ ، مَا أَصْنَعُ بِوَلَدِ النَّاقَةِ ؟ فَقَالَ صلى الله عليه وسلم : وَهَلْ تَلِدُ الإِبِلَ إِلا النُّوقُ ؟

Anas bin Malik RA mengkhabarkan:

“Sesungguhnya ada seorang lelaki meminta kepada Rasulullah SAW agar ia dibawa naik kenderaan. Rasulullah SAW bersabda: “Baik, aku akan membawamu di atas anak unta betina”. Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah, apa yang dapat aku lakukan dengan anak unta betina itu?” Rasulullah SAW bersabda: “Bukankah yang melahirkan unta itu unta betina?”


Tengok betapa cantiknya uslub Nabi bergurau. Kefahaman cerita ni kalau nak diolah semula mengikut ayat aku kire camni lah. Seorang sahabat mintak kat Nabi nak naik unta. Kalau dah unta yang nak ditunggang, kompem la unta besar kan. Then bila Nabi kata “okey nanti aku bawak hang kita tunggang anak unta betina” maka frust la sahabat tadi. Yela kan, anak unta kan kecik molek comey. Ade la beso kucen kot. Haha. Tak la. Takkan la beso kucen. Tapi yang pastinya kecik la. Lalu sahabat tu pun tanya la. “Laaa.. anak unta beso kuman tu camne kita nak tunggang..” Nabi pun jawap la: “Laaa.. anak unta betina ni nanti bila dia dah beso dia kawin lepeh tu dia bersalin lepeh tu mesti anak dia tu jadi unta yang beso. So, boleh la kita tunggang..”

Nak try tunggang anak unta tu? Silap-silap dia yang tunggang kome. Hahaha.

Tersenyum sorang-sorang aku bila baca hadith ni. Macam unta ni senyum. (^_^)


Hadith 2

عَنِ الْحَسَنِ ، قَالَ : أَتَتْ عَجُوزٌ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللهِ ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يُدْخِلَنِي الْجَنَّةَ ، فَقَالَ : يَا أُمَّ فُلانٍ ، إِنَّ الْجَنَّةَ لا تَدْخُلُهَا عَجُوزٌ ، قَالَ : فَوَلَّتْ تَبْكِي ، فَقَالَ : أَخْبِرُوهَا أَنَّهَا لا تَدْخُلُهَا وَهِيَ عَجُوزٌ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى ، يَقُولُ : إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً ، فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ، عُرُبًا أَتْرَابًا

Hasan al-Basri RA meriwayatkan:

Seorang wanita tua datang menghadap Rasulullah SAW. Beliau berkata: “Wahai Rasulullah, doaakanlah daku kepada Allah SWT mudah-mudahan aku masuk syurga”. Nabi SAW bersabda: “Wahai ibu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak akan dimasuki oleh wanita tua”. Seterusnya al-Hasan berkata: Wanita tua itu berpaling sambil menangis”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Tolong beritahu kepada wanita itu, bahawa dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua (kat syurga nanti dia akan menjadi muda balik). Sesungguhnya Allah Taala telah berfirman: “Maka Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya” - Surah al-Waqi’ah 36-37.

Nenek sape la nih. Hepi betui dia. Mesti baru lepas sambut cucu yang ke 4376.

Ada banyak lagi hadith sebenarnya yang menceritakan tentang gurauan Rasulullah. Lain kali la pulak. Aku dah mengantuk ni. Kang besok tak bangun plak subuh. Langsung aku tak pegi sekolah kang. Haha. Posting ni aku taip 80% kat sekolah pagi tadi. Sebab besok aku nak update cerita lain pulak, makanya aku pun habiskan lah cerita ni malam ni sebelum aku melelapkan mata. Maka dengan itu jumpe lagi besok. Tata.

Besok jangan terkejut la kalau kat sebelah keta merc pengetua ade kenderaan special ni. Aku bertolak dari rumah stat kul 2 pagi ni. 5 jam lagi sampai la unta aku ke sekolah. Hahaha.

Jangan lupa sebelum tido baca doa. Tolongla jangan pakai spek itam dan baca doa naik kenderaan. Please... janganla buat bidaah beso tuh. Hahaha.

Tasbah alal kheir!

(-.-) zzZZzzzzZZ....

Monday, March 8, 2010

Tapak Kasut Masak Kicap Pasti Sedap!

Posted by The Pamiesz® | Monday, March 8, 2010 | Category: | 6 Kata Komenan


Kalau rasa dah lama bosan makan nasik, apa kata cuba resipi baru pulak makan tapak kasut masak kicap? Cuba sekali pasti nak bagi cuba kat orang lain pulak.

Muqaddimah yang baik. Saya berasa ahmad bangga kerana berjaya menyampaikan menu lauk pada hari ini dengan jayanya.

Resipi pasti sedap:

* 2kilometer tapak kasut (untuk tambahkan rasa cari tapak kasut yang ada melekat najis-najis sket)

* 1/2 baldi kicap masin (kalau tak mampu nak beli boleh gunakan dakwat atau kikis bontot kuali dan untuk memasinkannya boleh cuba perah baju yang basah dek peluh lepas joging merentas desa 16kilogram)

* air kolah daripada 7 buah masjid

* gula, garam dan asam jawa berkepala biawak

Cara menyediakannya:

* gaulkan semua sekali bahan tadi dalam kawah-kawah yang terdapat di permukaan bulan.

* sebelum makan bacalah Bismillah. InsyaAllah tak mudarat.

Selamat mencuba!

Kejap lagi saya nak masuk jaga periksa bebudak STAM. Dikesempatan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengapdet blog yang baru je di apdet semalam. Alah, macam Nabi kita solat dhuha jugak. Bila Baginda solat dhuha, Baginda buat macam tak pernah tinggal langsung. Tapi bila Baginda tinggalkan, seolah-olah macam Baginda tak buat langsung pulak. Haa, kira apdet ni lebih kurang dhuha la jugak. Tengah datang moodnye, mau sehari 18x update. Tapi bila kena timingnya, jenuh tunggu tak berhapdet-hapdet pun kan. Hehehehe.

Remember! Whatever pun kesusahan dan cabaran yang kita tempuh, don't we ever forget to smile!

(^_^)

Sunday, March 7, 2010

Saya Sayang Kucen Saya

Posted by The Pamiesz® | Sunday, March 7, 2010 | Category: | 5 Kata Komenan

Sekarang ni saya dah bela kucen. Kucen saya sangat comel. Namanya moshi-moshi kitty. Kucen saya suka makan sayur. Terutama sup sayur. Beliau sangat vegetarian. Beliau telah dididik sejak kecil untuk berdikari mencari sayur. Setiap hari beliau akan ke pasar untuk membeli sayur. Setiap kali ke pasar beliau tak perlu pun nak keluar duit untuk mendapatkan sayur. Tak tau la kenapa murah sangat rezeki beliau. Bila beliau tersengeh menampakkan gigi, semua apek-apek di pasar tu bermurah hati menyedekahkan semua jenis sayur kepada beliau. Hari-hari beliau sujud syukur kerana mendapat perhatian serius daripada para peniaga sayur. Beliau juga merasa bertuah kerana mempunyai tuan yang baik hati dan hensem macam saya. Saya sayang kucen saya.

Pada waktu malam pula kucen saya selalu bermanja-manja dengan saya. Beliau terkadang takut untuk tidur seorang diri di laman rumah kerana takutkan gangguan anjing-anjing liar yang ganas dan menyeramkan. Kadang-kadang beliau masuk ke dalam bilik dan tidur di celah ketiak saya. Beliau rasa sangat selamat bila berada di sisi saya. Tapi, beliau aje lah yang rasa selamat. Sedangkan saya tidak. Pada suatu hari-mau, bukan beliau yang tidur di celah ketiak saya. Sebaliknya saya yang tidur selama-lamanya dalam perut kucen saya. Saya sangat sayang kucen saya. Tammat.

Inilah kucen saya si moshi-moshi kitty. Alalalaa comelnye dieeeee..

Padan muka kome. Paksa lagi aku update blog. Inilah akibatnya. Takde modey plus malas nak menaip. Hahahahaha.

There was an error in this gadget