Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Sunday, May 23, 2010

Aktiviti Hari Minggu Yang Banyak Memberi Faedah

Posted by The Pamiesz® | Sunday, May 23, 2010 | Category: |

Assalamualaikum.

Anda dah bosan tengok blog ni tak berubah-ubah setiap kali anda masuk ke sini? Anda ingat anda je yang bosan? Kalau anda pun bosan, cuba anda bayangkan bagaimana keadaan tapir yang duduk dalam hutan tanpa ada sebarang coverage broadband pun yang sampai kepada mereka samada maxis, celcom, digi apatah lagi p1 wymax. Yang ada berkunjung dan menziarahi mereka pun hanyalah line-line berukband yang sentiasa menganggugugat ekosistem tapir yang kadangkala kita panggil tenuk dan cipan.

Amma ba’du (uslub perpindahan dari muqaddimah kepada isi)

Korang pernah tak rasa bosan buat benda yang sama je setiap kali hujung minggu? Tak pernah? Cis, jawap la pernah. Tak pandai langsung jaga hati kawan.

Untuk tidak memanjangkan kalam, apa kata sekali sekala kita tukar aktiviti biasa yang kita lakukan di hujung minggu. Cubalah sesuatu yang baru kerana ianya dapat menjernihkan minda dan menjadikan kita berfikir di luar daripada kotak pampers. Ia juga meluaskan pandangan dan pengalaman kita kerana kehidupan ini sememangnya full of excitement. Setiap hari adalah hari ibu!

Saya ada banyak cadangan untuk aktiviti-aktiviti menarik untuk dilakukan di hujung minggu seperti ini. Anda tidak perlu tamak untuk melakukan aktiviti ini berseorangan. Untuk menjadikannya lebih meriah dan menarik, anda boleh juga mengajak bini, suami, anak, kawan-kawan, saudara mara, kaum kerabat, sahabat handai, rakan taulan, rakan cop, rakan muda, rakan sebaya, kelab kaunseling, kadet remaja sekolah dan pasukan fru untuk turut serta menjayakan misi mengisi aktiviti hujung minggu dengan berfaedah.

Caranya mudah. Anda hanya perlu mencapai hempon anda sendiri dengan syarat ia ada kredit ataupun bil dah dibayar dan tidak diblock, maka bukalah ke menu messages dan taiplah sepatah dua mesej kepada yang berkenaan. Ataupun anda juga boleh memicit keypad mencari menu phonebook dan memilih nombor sapa yang akan menjadi mangsa lalu menekan punat hijau atau dail. Telepon aje pun senang. Ataupun anda boleh sahaja layari laman web http://www.pamiesz.com dan ajaklah tuan punya blog tu sama untuk join venture dalam adventure yang akan anda lalui. Saya yakin tuan blog tu akan begitu teruja dengan pencapaian anak-anak anda yang lulus UPSR dengan cemerlang.

Jadi, apa lagi tunggu? Jom jalankan aktiviti kita!

Sebagai panduan untuk tuan-tuan dan puan-puan yang berkemungkinan tak berapa tahu cara nak susun ayat untuk mengajak orang lain berhujung minggu dengan aktiviti-aktiviti ini, di sini kami cuba untuk membantu. Mari kita lihat apakah aktiviti menarik itu dan bagaimanakah ayat yang sesuai digunakan untuk mengajak orang samada melalui SMS ataupun call:

1. jom kutip cendawan selepas hujan

2. jom membelah lautan mencari biawak

3. jom menuba kuda laut dalam perigi berlumut

4. jom mencandak sotong dalam almari berzip

5. jom menimba kerang di hutan belantara

6. jom merebus persona elegan dalam periuk kera

7. jom menjala cekodok dalam kolah masjid

8. jom memanjat awan memancing cacing

9. jom menangkap ikan tuna dalam tin sardin

10. jom menanam padi di tepi menara condong

11. jom berenang dan menyelam hingga ke dasar ekonomi baru

12. jom menjahit tirai akademi fantasia

13. jom meracun rumput di atas bumbung

14. jom menorah getah pemadam di ladang bikam

15. jom melipat rumput yang diragut dinasour t-rex

16. jom bagi ceramah kat kandang tapir

17. jom mengoyak daun keladi di tepian pantai

18. jom panjat gunung Kilimanjaro cari buah rambutan

19. jom golek mentimun di dalam sampan

20. jom menembak kijang di kedai haji samuri

21. jom makan nasik yang tak diperbuat daripada beras

22. jom menabur bijih besi di depan halaman encik sukiman

23. jom mengagihkan kulit kerang kepada asnaf penerima biasiswa

24. jom cari gali petroleum dalam lubang idung pijit

25. jom telepon operator tanya cara nak gosok gigi

26. jom temankan aku beli lettop kat kebun pisang

27. jom memburu iguana di padang bola

28. jom mencari kangaroo di dalam akuarium

29. jom mencukur bulu kening ikan bawal

30. jom main badminton dalam kapal selam

Sempena bulan jun yang bakal tiba tak lama lagi, cukup lah dulu 30 cadangan aktiviti ni mewakili 30 hari yang terdapat dalam bulan jun. Semoga anda dapat melaksanakan aktiviti ini dengan jayanya. Cuba gunakan kaedah cuba jaya dan rumus y=mx+c. insyaAllah biiznillah kebosanan anda melalui hari-hari minggu yang biasa-biasa aje itu akan hilang. Anda semua akan terasa perbezaan dan kelainan dalam hari minggu anda. Ia akan lebih memberi makna dan kenangan yang sangat indah dalam kehidupan kita.

Selamat berhujung minggu ya!


Ini pun salah satu aktiviti hujung minggu juga. Menternak kamben dalam wad icu. wuwuwuwu (T_T)

Currently have 8 Kata Komenan:

  1. "semangnya full of excitement". haah, semang meman eksaited sangat.

  2. hahaha. dan lagi drop ejaan. mentang2 saya dah lama tak bukak ym. hahahaha

  3. This comment has been removed by the author.

  4. salam.. aa.. adala bosan cket masuk cni hartu.. ni dah hapdate.. nampak bernyawa cket blog ni. hehe
    menarik la aktiviti2 di atas... tapi bukan sume dpt dibuat, hehe.
    pepun..all the best cekguu ;)))

  5. nmpk sgt penulis blog nie menghadapi tekanan yang melampau alam akibat kebosanan yg melampau batas

  6. waaaaahhh. banyaknya aktiviti. InsyaALLAH boleh cuba ni. huhuhuhu

  7. ya Allah. dr no 1, sampai 30, x blh nak berhenti ketawa..

  8. This T-Shirt is made of titanium coating - Titanium Arts
    This T-Shirt ford titanium is smith titanium made of titanium coating. T-Shirt is made of titanium titanium earrings studs coating - Titanium Arts. T-Shirt, T-Shirt, T-Shirt, titanium exhaust tubing T-Shirt, titanium nipple jewelry T-Shirt, T-Shirt, T-Shirt, T-Shirt.


Leave a Reply