Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Sunday, March 30, 2008

Ada Apa Dengan Malas?

Posted by The Pamiesz® | Sunday, March 30, 2008 | Category: , | 0 Kata Komenan

Bertemu lagi kita dalam episod baru siri kemerapuan sahibus safhah al-banjari al-azhari yang agak malas mengupdate blognya..apakah yang mahu dirapukan oleh beliau pada siri kali ini? marilah bersama-sama kita saksikan..jangan kemana-mana walaupun iklan disiarkan secara berterusan tanpa henti..

Malas? Ape bende malas tuh? sejenis vitamin? ataupun sejenis parasit yang bergantung-gantungan menyemak didasar hati manusia lalu berpindah-pindah daripada satu juzuk ke satu juzuk yang lain? ataupun ianya sejenis penyakit yang amat sukar ditemui ubatnya walaupun dikaji sekian lame oleh pelajar-pelajar medic cairo u mahupun zagazig u? ataupun ianya hanyalah satu hobi yang dijadikan hobi oleh sesetengah individu yang merasakan itu adalah satu hobi? ataupun ianya merupakan tabii @ tabiat manusia yang mempunyai tebiat lalu tidak membuang-buangnya? terlalu banyak takrifan yang akan diberikan oleh kita apabila berbicara tentang malas..apa yang pasti..malas itu subjektif..malas pada seseorang individu tidak mungkin sama dengan malas yang terdapat pada individu yang lain pula..ada orang malas nak stadi..ada yang malas nak makan..best lagi ada yang nak buang yang kecik dan beso pun malas..ada yang malas bekerja..ada yang malas nak layan tetamu..ada yang malas nak masak..ada yang malas gi kuliah..[yg ni khas ditujukan untuk aku seniri] ada yang malas nak kenal orang lain dan sahabat-sahabat disekeliling..ada yang malas nak jaga hati kawan..ada yang malas bertalaqqi dengan masyayikh..ada jugak yang malas nak amik tau hal pengurusan diri seniri..ada yang malas nak tepon tanye kabo mak bapak yang kesunyian..ada yang malas nak berfikir hikmah ciptaan Allah..ada yang malas nak kejar Syurga Allah..ada yang serba-serbi dia malas belaka..hampir takde benda yang dia rajin..namun..setiap jenis malas itu..ianya ada kaitan yang kukuh antara satu sama lain..dan akan kembali kepada satu hadaf yang pasti..iaitu malas itu TAKDE LANGSUNG PAEDAHNYA..sekian dimaklumkan.

Teringat ana pada satu kisah yang pernah berlaku di KUSZA satu masa dulu..ana ade la kenal dengan sorang akak nih..die budak KUSTEM..akak nih seorang yang berbangsa Cina yang dah revert [kembali kepada fitrah Islam..tak bape sesuai nak guna istilah convert..sebab asalnya dalam alam roh masa dalam perut ibu semua manusia dah berjanji dengan Allah untuk bertauhid kepadaNya] maka pernahla ana tanye pada beliau beberapa soklan tentang asbab musabab tertarik hatinya pada Islam..antara jawapan beliau adalah beliau amat suka mendengar laungan azan sejak daripada darjah 1 lagi..apabila kedengaran laungan azan berkumandang terasa tenang hatinya..setenang air tanpa buaya..terasa insaf bila mendengar beliau berkata sedemikian..kita dapat tengok sniri perangai orang Islam [yang dah memang keluar-keluar daripada perut mak die je dah memang dapat dengar laungan azan ditelinga kanan] apakah yang kita lakukan apabila azan dilaungkan? pernah kita rasa suka dan tertarik dan tenang apabila azan tersebut berkumandang? teruk lagi bila kita tak berenti becakap bende2 lagha masa tengah azan tu..takpe lagi..tengah gelak bedekah-dekah pulak tu..bilal melaungkan azan tu cam nak tecabut anak tekak nak panggil kita gi smayang..kita buat tak dengo je..kita becakap..kita gelak..kita rasa seronok sebab menyeronokkan syaitan..lalu syaitan tutup telinga dan hati kita untuk merasakan azimnya azan tersebut..

Berbalik pada citer tentang malas tadi..satu hari ana terasa sangat malas..[masih lagi di KUSZA] minggu tu rasa berat sangat nak ke kuliah..tangan ni asik pegang henfon tunggu ust2 telefon bagitau kelas batal..[panggilan sebegitu adalah yang paling menyeronokkan di zaman itu..jauh lebih menyeronokkan daripada bersembang dengan awek selama berejam2..] lalu terdetik hati ni untuk meng sms akak yang telah ana ceritakan sebelum ni..beliau merupakan mahasiswa dalam bidang kaunseling..dengan niat saje nak testing ilmu psykology dia..ana pun meng sms la beliau..
"salam..kak..nak tanye sket nih..semenjak due menjak ni saya rasa malas la..nak buat pape pun malas..malas gile..akak budak kaunseling kan..cube test kaunseling saya sikit..kot2 la mau lembut hati ni..sambil2 tu akak pun bole mengaplikasikan ilmu yang dipelajari..hehe"

nak tau beliau jawap ape? pendek je jawapan beliau.

"malas tu bukan sifat orang Islam"

PZZZTT!ana terasa bagaikan terkena panahan petir..TANGG!ana terasa bagaikan setong dram jatuh keatas kepala ana yang tak diprotect oleh ape2 protection..kene sebijik..terase nak nangis mase tu..insaf gile..[tapi tak nangis pun..nampak sangat hati aku ni keras..teruk betul..astaghfirullah..Allahumma layyin qalbi Ya Wahhab..]

moral of the story: pertama: jangan nak belagak sangat nak uji2 ilmu orang..niat awal2 tu dah tak betul dah..orang yang bertanya disebabkan tak tau dan nak tau lain halnya dengan orang yang bertanya sebab saje2 nak tengok orang yang ditanye tu tau ke tak..sedo la sikit ilmu tak tare mane..tak payah la buat kemeh [kemas..tekeluo bahse perak plak..hehe]

kedua: kita boleh tengok sniri..bagaimana orang yang mendapat Islam dengan jalan mencarinya jauh lebih menghargai nilai Islam daripada kita yang mendapat Islam dengan jalan keturunan..ana bajet beliau nak bagi jawapan macam org lain biase bagi..standard ayat2 kaunseling la kan..takleh malas..ingat mak abah..nak berjaya tak..nak jadi pandai kena rajin..tu ayat2 standard la tu..tiba-tiba beliau jawap dengan satu jawapan yang menunjukkan bahawa ada nilai kaunseling yang lebih tinggi dan paling tinggi daripada semua ayat2 standard tu..iaitu apa yang dibawa oleh Islam itu sendiri sebagai satu Ad-Din yang syumul dalam hidup..memang malu gile masa tu..terasa cam takde ape yang kita dapat duduk dalam bidang pengajian Islam tapi tak pernah rasa indah dengan keindahan dan sifat2 yang dibawa oleh Islam itu sendiri..sedangkan beliau..yang dikatakan sebagai baru lagi dalam Islam..dan tidak banyak mana pengetahuan tentang Islam..sudah boleh berpegang dengan satu aqidah dan fahaman yang kukuh tentang apa yang dibawa oleh Islam..

ketiga: rentikanla malas2 tu..buang jauh2 sifat tu..memang takde pekdahnye..[ingatan dan saranan keras untuk diri sendiri juge] kite penyek2kan die..renyuk2kan die..hempuk pakai hammer..tumbuk sampai lumat..masuk dalam karung..balut 18 lapis..ikat ketat2..masuk dalam peti besi..kunci 39 lapis pulak..pastu mintak tolong kat angkasawan bawak kat angkasa lepas dan tinggalkan peti tu kat sane..supaya peti tu boleh tekene langgo dengan asteroid ataupun bio die temasuk dalam black hole..[nak bagitau kene bsungguhnye kite dalam membuang sifat malas kite nih..]

Dah nak masuk bulan pat dah ni..ini bermakna tak sampai 2 bulan lagi ana akan menghadapi imtihan niha'ie [final exam] untuk final year di Al-Azhar sebagai seorang mahasiswa lughah arabiah yang bermatlamat utama mengejar ilmu dan sebagai sampingan mendapatkan segulung ijazah [buat masa ni..akan datang nak segulung master dan pHD plak..] sebagai wasilah untuk meraikan kehendak dunia dakwah..tujuan kita mendapatkan title2 dan sijil2 ini bukanlah semata untuk mendapatkan pekerjaan..ingat tu..bahkan sijil2 kita ni hanyalah wasilah supaya kita dapat menarik kepercayaan manusia dengan apa yang kita dakwahkan..cuba lihat perbezaan apabila kita bercakap kepada masyarakat dalam keadaan kita hanyalah orang biasa yang tidak mempunyai apa2 kelayakan dibezakan dengan apabila kita berdakwah pada masyarakat dalam keadaan kita mempunyai kelayakan dan kepakaran yang diiktiraf oleh sijil [kehendak dunia je ni..] sudah tentu masyarakat akan lebih menerima dan mempercayai kalam2 daripada yang mempunyai kelayakan..betul kan?

sebagai penutup..rajin2kanlah diri anda dalam apa jua yang anda lakukan..selamat tinggal malas! [mode bersemangat kaw2!]

Wednesday, March 12, 2008

Kesengalan Di Musim Bunga

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, March 12, 2008 | Category: , | 0 Kata Komenan

Satu hari di Masjid Al-Azhar terbaring kaku sekujur tubuh yang letih kelihatannya dibucu tiang masjid yang tak kunjung sepi dikunjungi pelancong2 asing dari segenap dunia..ingin melihat manekah ghopenye masjid yang dikatakan tertua didunia ini..lalu tubuh yang terbujur kaku itu sedikit bergerak kekanan..bergerak kekiri..terkadang menelentang..terkadang meniarap..memikirkan ianya cara tidur syaitan..berpaling smula diatas lambung kanan..mata terpejam..tetapi wajah menampakkan bahawa beliau sedang memikirkan sesuatu.."ngantuk la pulak..",bisik hati kecik ana walaupun bisikan itu tidak kedengaran ditelinga sendiri..[yang terbujur kaku tu aku la..] waktu asar lambat lagi..kitab Qatrunnada pun dah selak sikit2..cukupla tu..baca bebanyak bukan paham pun..lalu dalam kemengantukan itu ana sumbat telinga ni dengan earphone yg datangnya daripada henset walkman yang ana miliki..mendengar bacaan taranum daripada Ust Radhi Kamarul hailan sungguh mengasyikkan..lalu dalam keasyikan dan kekhusyukan itu ana pun terlena..

setelah berlalu beberapa ketika..rasa2 macam dah sedar daripada tido..tapi rasa2 macam tengah tido
lagi..[orang tue2 panggil mamai..] ana tak membukakkan mate lagi..menginginkan supaya dapat tido skek lagi..charging energy 4 the next pengajian..lalu dalam mamai2 tu..tetibe ana rasa macam ade orang tarik wayar earphone ana menyebabkan henset ana cuba bergerak keluar daripada poket seluar ana yg mane pinggangnye bersaiz 20..[ini namenye mubalaghah dalam nak bagitau bahwe aku skang dah kurus..] ana buka mate seluas2 dan sebeliak2nya..lalu ana dapati seketul lembaga arab berseluar jeans..berbaju kemeje..berjambang..dan berbau jamban..terkedu didepan ana wa fi nafsil waqt tangannya memegang dan cuba menarik henpon ana..

"haramiii!!haramiii!! tolooongg!!tolooongg!! pencurii!!pencuriii!! haraamiii!!haraamiii!! somebody helllppp meeee!!!" jerit ana dalam hati kecil yang tidakpun didengari oleh sesiapa termasuk ana sendiri..[haha..mesti korang ingat aku jerit bebetul kan?] ana tak tahu mengapa..mungkin kerana mamai..antara sedar dan tidak..ana tak mampu mengeluarkan apa2 suara..hanya mata terkebil2 menenung pak arab tersebut membuat percubaan untuk mencurik hempon ana..muke ana berubah
merah..[kenapa la tak berubah hijau mase tuh..] arab tu menarik smula tangannya secepat kilat menyambar dilangit..lalu dengan selambenye arab tu berkata..

"izaiyaka ya akhi?maassalamah.." [maksudnye: ape kabar sedare..babai..] mengangkat tangannye buat2 friendly sambil blah dengan selambe badak..ana jadik bengang..[macam dah 10 taun kawan je ko buat k
at aku ye..jage ko!]

"istanna ya hirbit! ma lak enta ya harami!" [maksudnye: oii! tunggu la cilake! pehal ko pencurik!] ana menjerit memanggil smula arab tu..tapi malangnye dia tak dengar dan terus lesap daripada pandangan..ini kerana kali ni juge ana menjerit hanya didalam hati kecil yang comel ini..telinge ana sendiri pun tak dapat mendengarnya inikan lagi arab yang bengong tersebut..[hahaha..]


moral of the story: ade jugak arab nak mencurik dalam mesjid..bengong bin bangang..jaga2 la wahai sahabat2..ana nak ingatkan sahabat2 untuk jage diri dan harte sahabat2 molek2..ana ni kira Alhamdulillah la masa tu Allah nak selamatkan ana Dia bagi ana sensitiviti untuk terase henpon yg nipis tu tertarik keluar daripada poket..kalau ana tido mati..abes dah rete yang tak seberapa tu..ramai kawan2 kata ana kene pukau kot sebab tak menjerit bile arab tu nak mencuri..ataupun tak tumbuk ke terajang ke..wallahu a'lam..ana pun tatau sebabpe..mungkin sebab ana ni baik kot..[baik betempat la beb..pehal la aku ni..]

untuk perbincangan ilmiah kita kali ni..ana nak bawak satu falsafah yang dinukilkan daripada Ust Nazrul Nasir yang disampaikan semasa satu daurah kitab di Markaz DPM Zaqaziq di Qaumiyah beberapa minggu yang lepas..kene munasabahnye rasenye ana nukilkan falsafah ni memandangkan tadi pun ana cite pasal kes masa ana tido di Masjid Al-Azhar..antum pernah dengar tentang falsafah tido? haa..kalau belum..meh ana citerkan..mase ana dengo ni daripada Ust Nazrul pun rase gak insap sikit..moga2 kita boleh kongsi bersame keinsapan tersebut..

dalam sehari bape jam kite tido? ok..katela minimum 8jam..contoh..jadi..dalam 3 hari..bape jam pulak kite tido? 8x3=24jam..bermakne dalam 3hari kite akan tido sehari..betul tak kawan2? dalam sebulan ade 30hari..maka dalam sebulan bape ari pulak kite tido? 10hari betui x?..kalau setaun? 4bulan kite tido..kalau 3taun? setaun kite tido..kalau 4 taun? setaun 4bulan kite tido..bayangkanlah dalam masa 4taun kita belajo kat Mesir ni..tak sampai 3taun pun kita mempunyai masa untuk digunakan untuk belajar..2taun lebih je..dalam 2 taun lebih tu adakah kita guna sungguh2 untuk menelaah kitab? untuk bertalaqqi dengan masyayih? untuk membaca Quran? belum masuk kire time basuh kain..basuh pinggan..main gem..masak2..jalan2 sinai..makan kat hadarul maut..kat za'im..temenung..main sms ngan awek..tengok cite jepun..cite korea..anime..time nek bas..nek tremco..tak abis kalau nak sebut ape yang kita buat sehari2..[mase ni aku tak terase sangat lagi..pasal ni utk bebudak stam je yg duk 4taun..hehe] ni ha..yg muadalah ni..semangat sangt nak abis setaun..dalam setaun korang ni tido 4 bulan..ade 6 bulan je untuk korang guna..agak2 la boleh jadik alim ke..boleh jadik faqih ke 6 bulan? tu pun 6 bulan tu betul2 ke guna untuk telaah kitab? abis kitab kuliah tu bleh baca smua dalam masa 6bulan? [mase ni aku insap betui..hehe..]

moral of the falsafah: ana mengingatkan kawan2 dan diri ana sendiri terutamanya..[aku juga manusia biasa..] bukan sijil tu yang kita kejarkan..kalau setakat sijil ijazah tu..mak bapak kita tak besusah payah anto kita jejauh kat mesir ni..kat melesia tu belambak lagi u dan kolej yang boleh bagi kita sijil..abang ana pun bleh design seniri je sijil ijazah tu..[tapi takde pengiktirafan la..buat sniri..print..buh frem..hehe..] izan..gunalah masa yang ada ni bebetul..carilah masyayikh yang ade diseluruh bumi anbiya ni..faqih2..alim2..ulama2..ni tempat mereka..tak ke kite rase rugi kalau kite sekadar duk kat umah..main chating..ngorat2..tengok movie..sedangkan masyayikh2 tu semua menunggu je kita untuk melimpah2kan ilmu mereka..kita yang taknak pegi tadah limpahan ilmu mereka..lalu bile balik melesia kite tak reti apa..kita nak salahkan pihak lain plak..kite yang tadah cawan kecik sedangkan para masyayikh tu tuang setangki ilmu mereka..salahkanlah diri sendiri jika kebongokan yang akhirnya melanda diri..apa yang penting..kita memperolehi ilmu dan berusaha untuk memperolehinya dengan sedaya upaya kita..Allah tentunya akan menilai setiap usaha yang telah kita lakukan yang telah kita niatkan seikhlas mungkin untuk mencapai redha-Nya..

akhir kata..sebagai penutup..teringat ana tentang apa yang dikatakan oleh Ust Aidil dalam satu sesi pengajiannya aritu..beliau mengatakan Azhari dan Azhariah dari mesir ni ade 3 golongan..yang pertama..dia datang dari melesia dengan segalanya kosong di dada..hapah tatau..dan apabila dia pulang ke melesia balik kelak..tiada apa2 perubahan pun pada diri dia..tetap kosong dan kosong..makin baik pun tidak..makin teruk pun tidak..golongan yang kedua pulak..dia datang dari melesia dengan segalanya kosong di dada..dan apabila dia balik ke melesia kelak..keadaannya makin teruk..golongan macamni la yang bakal menyesatkan masyarakat dengan pelbagai mehnah dan tribulasi serta fitnah yang dikatakan dibawa sendiri oleh golongan agama..kedua2 golongan ni kita taknak jadi..yang kita nak jadi adalah golongan yang ketiga..yang datang dari melesia dengan segalanya kosong di dada..dan apabila pulang semula ke malaysia ilmunya bertambah dan terisi dalam dada dan disampaikan pula kepada masyarakat dengan cara yang betul dan berkesan..dan masyarakat akan terkesan pula dengan kesan yang dikesankan oleh pengesan tersebut..[apekah ini?]

marilah kita bersama2 memajukan diri kite seniri..stadi beb..stadi..ade mase lapang..baca kitab..baca Quran..ngapal dah abis ke belum..[yg ni aku suh org buat tapi aku blum buat2 lagi..doa2kan la aku rajin sikit..hehe..] supaya kita dapat menepis segala tohmahan dan tuduhan serta fitnah sekelompok golongan yang mengatakan mutakharrijin Al-Azhar tiada kualitinya..tidak mampu betutur dalam bahasa arab dengan baik..dan ilmunya pun cikai2..kita buktikan pada mereka yang kita boleh..bukan malaysia je yang boleh..tapi warganegaranya pun boleeee...hingga bertemu lagi dalam entri yang akan datang..maassalamah..=)