Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Tuesday, January 25, 2011

Tauhukah anda?

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, January 25, 2011 | Category: | 9 Kata Komenan




Ikan paus sebenarnya bukan seekor ikan. Kalau tak percaya, cuba tengok dia punya MyKad. Tu pun kalau dia daftar kelahiran dia kat Jabatan Pendaftaran Negara la.

Tahukah anda?

Ikan paus sebenarnya adalah seekor mamalia. Bukan mamamia mahupun mumia.

Tahukah anda?

Ikan paus bernafas dengan udara di atas permukaan air dengan menggunakan lobang hidongmu tatap menjadi pojaan hatiku yang berada di atas kepala hotak beliau.

Tahukah anda?

Kalau ikan paus bernafas ikut lobang hidongmu tatap menjadi pojaan hatiku, beliau tatap tak boleh hidup di darat.

Tahukah anda?

Ikan paus akan sakit dan rasa macam senggugut bila badan beliau tak terkena air.

Tahukah anda?

Ikan paus dengan ikan sardin ada perbezaan ketara. Sudah tentu ikan paus tak muat masuk dalam tin macam ikan sardin.

Tahukah anda?

Ikan paus dengan Firdaus tak ada kena mengena. Mungkin orang yang nama Firdaus kawan-kawan akan panggil Daus tapi beliau tetap tak akan ada kena mengena dengan paus.

Tahukah anda?

Ikan paus tak boleh hidup atas katil budak perempuan. Dipeluk-peluknya deme akan ikan paus itu sampai kempis dan terburai kekabunya.


Tahukah anda?

Bahawa anda tak tahu apa-apa pun.

Tahukah anda?

Bertanyalah pada yang tahu kalau anda tak tahu.

فاسألوا أهل الذكر ان كنتم لا تعلمون

Tahukah anda?

Anda dengan ikan paus sebenarnya ada satu persamaan.

Tahukah anda?

Anda adalah makhluk ALLAH. Paus juga adalah makhluk ALLAH.

Tahukah anda?

Paus sentiasa berzikir kepada ALLAH siang dan malam.

Tahukah anda?

Orang yang malas nak berzikir kepada ALLAH sebenarnya adalah lebih teruk daripada ikan paus yang tak pernah pergi sekolah tadika apatah lagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dan universiti.

Tahukah anda?

Dah berapa kali saya bertanya kepada anda dengan pertanyaan tahukah anda?

Tahukah anda?

Tahukah anda?

Tahukah anda?

Kome tau ke idak ni yop?

Mung tahu ke dop?

Hang taw ka?

Hal ariftum?

Do you really know?

Wakarimashta ka?

HAH??!!

Jawap la kalau berani!!

Hahahahaha. Dah la. Nak wat esaimen bertimbun lagi ni. Malas la nak layan kome. Babai.

"Sayangilah hidupan laut"

Wassalam.

Tuesday, January 11, 2011

Inilah Pertama Kali Aku Rasa Tak Tau Nak Tulis Tajuk Apa

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, January 11, 2011 | Category: , | 3 Kata Komenan

Assalamualaikum.

Berkurun lama rasanya jari jemari ini tidak dilayangkan untuk menari ballet di atas keyboard demi mencipta sebuah artikel yang mampu mengakibatkan orang berkata di sana sini,

“Woi, Pamie dah update blog!”

Maaflah, skill menulis pun rasanya dah hilang. Banyak praktis skill lain je sekarang ni. Almaklumlah, orang dah berumah tangga. Hahaha. Ayat ini sesungguhnya mampu menjeleskan pihak-pihak yang masih belum bersalaman dengan tok kadi. Hahaha lagi.

Apapun, saya tetap menyintai bidang penulisan dan insyaAllah saya tak akan berhenti menulis selagi ada hayat dikandung badan kebajikan masyarakat. Cuma kadang-kadang facebook menjadi sebab saya termelupakan permulaan saya di alam maya sebagai blogger. Saya lebih suka menjadi blogger berbanding facebooker sebenarnya. Tapi saya sendiri pun tak tahu mengapakah sekarang saya lebih kerap membuka facebook berbanding blog. Saya harap saya dapat bertaubat nasuha dan berubah.

Sejenak terfikir bagus jugak kalau rumor yang mengatakan Mark Zuckerberg nak tutup facebook tu betul-betul terjadi. Walaupun ada sisi-sisi major yang merugikan, namun ia sangat menguntungkan bagi isteri saya. [Bagi saya belum tentu kot.] Ini adalah kerana isteri saya sangat tensen apabila saya menghadap facebook. Beliau akan berasa sunyi dan ditinggalkan kerana saya akan mengadap netbook comel saya ni sambil gelak sorang-sorang sampai beliau panggil memekik sebelah telinga saya pun saya tak perasan. Itu belum lagi beliau melakukan usaha murni meletakkan speaker 8000watt di sebelah saya sambil menyambar mikrofon membuat anouncement di telinga saya bahawa saya masih belum makan tengahari sambil menjerit manja “pegi la dapo cepat ambil nasik nanti lapo bebuih-buih mulut baru nak benti men pesbuk tu”. Kesian isteri saya. Beliau sangat kesunyian dan berasa jeles dengan facebook. Kalaulah Mark Zuckerberg ada di hadapan mata beliau, sudah tentu beliau akan mengurniakan kepada Mark akan pelempang (tentunya dengan tangan bersarung glove) barang sedas dua kerana selalu mengalihkan perhatian suami beliau daripada beliau.

Itu baru cerita isteri saya yang saya reka-rekacipta situasinya. Belum lagi cerita orang lain yang bertumbuk terajang sebab pecah login akaun facebook. Yang mati depan laptop sebab terlupa nak makan minum sebab khusyuk main facebook pun ada. Tak kira lagi yang scandal sana sini dengan aweks or balaks yang baru dikenali selama 2jam 34minit setengah kat group "menggatal". Yang terperap dalam bilik tak reti nak bercakap dengan orang pun ada, bila jumpa dengan orang suara tak boleh nak kuar, semuanya kena pakai taip jer. Almaklumlah sekarang kan senang dah ada Samsung Galaxy Tab. Facebooking anywhere anytime. Kalau nak sebut yang negatif, memang mudah sangat nak suuzzhon macam-macam kan kan kan?




Tak ada apa nak tulis sangat pun sebenarnya. Cuma sekadar nak update setelah lama blog bersawang.

Saya mulakan dengan cerita terbaru tentang diri saya sendiri dulu lah ye. Kot-kotlah ada yang nak tau perkembangan semasa saya. Saya rangkumkan semuanya dalam point-point berikut. Please take a note wisely. If necessary remember all of it and write down the point clearly in the exam paper. If you don't have exam paper, you can also use the toilet paper.

Point dan ceriteranya adalah:

1. Saya bertambah hensem semenjak dah jadi suami orang.

2. Nama saya masih Muhammad Fahmi bin Mohamed Amin sehingga hari ini. Besok, lusa, tulat, tonggeng, tebalik sampai kiamat pun rasanya itu jugaklah nama saya.

3. Saya masih berkhidmat di SARJANA sebagai guru sandaran yang lari dari UPSI dan juga merangkap warden berwibawa yang berjiwa rakyat jelata.

4. Saya masih mengajar subjek Bahasa Arab Tinggi, Nahu Sorof dan Quran. Pengetua masih belum mintak saya ajar Kimia lagi. Mesti dia takut pelajar pecah rekod 100% A+ bila beliau suruh saya ajar subjek Kimia untuk pelajar tingkatan 1. Saya memang dah agak dah semua ini.

5. Saya bermukim di kuarters guru tingkat 3 di rumah bekas ketua warden. Cukup bagus untuk membentuk stamina apabila turun naik tangga membawak kotak kargo yang penuh kitab.

6. Sambil berkhidmat mengajar di SARJANA, alhamdulillah saya juga telah Allah kembalikan ke jalan fisabilillah dengan diterima menjadi pelajar peringkat Sarjana dalam bidang Bahasa Arab Komunikasi di USIM Nilai. Bila ada kalimah ‘sambil’ dalam ayat ni, dah confirm la maknanya saya belajar secara sambilan. Walaupun memenatkan berulang setiap minggu ke Negeri Sembilan, ianya tetap menyeronokkan kerana belajar itu sememangnya sesuatu yang menyeronokkan. InsyaAllah kalau ada kesempatan saya akan kongsikan ilmu yang saya pelajari dari masyayikh dan dakatir saya di sana. [Boleh pulak taip post blog padahal esaimen bertimbun haram tak sentuh lagi ni.]

7. Isteri saya kata dia sayangkan saya. =)

Tu jelah kot nak kabo. Tengokla kalau rajin sok lusa update lagi.

Tata titi tutu.

Apepun, saya tetap hensem. Sekian,wassalam.

Ngehngehngehngehngeh. :D