Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Monday, December 3, 2007

Al-Azhar : Intitusi Pendidikan Islam Yang Unggul

Posted by The Pamiesz® | Monday, December 3, 2007 | Category: , |

Bermulanya disitu... Beratapkan langit terbentang,berdindinkan pelepah-pelepah tamar dan berlantaikan tanah.Bermula disitu...lahirnya ramai para cendikiawan yang muttaqin dan tawadhu bergelar sahabat-sahabat nabi S.A.W. Bermula dari situlah...para sahabat mampu menggegar dunia dengan membuka pelbagai kota dan memperluaskan wilayah islam. Ya, bermula dari pendidikan yang mereka dapati bersama rasulullah s.a.w di Masjid Nabawi , intitusi pendidikan terulung ketika itu.

Dan bermula dari Al-Azhar juga ramai ulama berjiwa kental dengan iman dan semangat islam telah di lahirkan. Walaupun keadaan bangunan yang agak lebih selesa sedikit berbanding Masjid Nabawi ,tetapi kedua-duanya merupakan intitusi penyebaran Islam yang hebat berbanding dengan intitusi pendidikan pada hari ini yang lebih mementingkan bangunan yang besar dan hebat,namun produk yang dihasilkan tidak seberapa.

Semasa Kerajaan Abbasiyah memerintah dunia islam ,namun perkembangan ilmu begitu dirasakan.walau bagaimana pun ,kerajaan pada masa itu masih tidak memberi peluang kepada golongan Alawiyyin dalam pentadbiran.Golongan tersebut sangat tidak puas hati dengan tindakan kerajaan, lalu memberontak dan membina kerajaan sendiri iaitu Kerajaan Fatimiyyiah.

KERAJAAN FATIMIYYAH

Kerajaan Fatimiyyah mula bertapak di Afrika Utara dan berpusat di bandar Qairawan dalam wilayah Maghribi.
Seramai 4 orang khalifah telah memerintah di Afrika utara selama 70 tahun dari tahun 909 hingga 973M. empat orang khalifah tersebut ialah Ubaidillah al-Mahdi909-934m, Abu al-Qaim ibn al-Mahdi934-945, Al-Mansur ibn al-Qiam 945-952M, Al-Muizzu li-Dinillah dan aal-aziz billah.

Khalifah ingin diperbincangkan di sini .....ialah Al-Muizzu li-Dinillah 341h-952m. Baginda merupakan seorang khalifah yang mempunyai cita-cita yang tersendiri untuh mengukuhkan kerajaan Fatimiyyah. Strategi pertama dalam misi pengukuhan tersebut ialah perpindahan dari Mahdiyyah, sebuah tempat yang terletak di maghribi ke suatu tempat yang lebih strategik untuk keselamatan kerajaanya iaitu di Fustat.Baginda kemudiannya telah menamakan Fustat dengan nama baru iaitu al-Qaherah yang bermaksud bandar yang gagah perkasa,dengan harapan bandar yang telah dibukakanya tersebut terus kuat dan gagah perkasa sepanjang zaman.

Bermula dari perpindahan itu ,lantas khalifah al_Muizzu telah menubuhkan masjid yang dinamakan masjid Al-Azhar,sempena mengambil nama isteri Saidina Ali krw, saidatina fatimah as-zahra. Setelah lebih dari setahun pembukaan mesir dan perasmian kaherah sebagai ibu negara,kerja-kerja pembinaan masjid Al-azhar mula di-jalankan iaitu pada 4 April 977m barsamaan 24Jamadil Awal 359H.

Tujuan pembinaan Masjid Al-Azhar tersebut ialah sebagai hadiah kenangan yang akan terus diingati oleh umat Isalam sebagai suatu peninggalan dari kerajaan tersebut.
Pembinaan masjid itu dimulakan oleh Jauhari as-Saqoli,seorang panglima perkasa dari bandar Barbar. Usaha yang mulia ini telah berjaya diselesaikan pada hari jumaat 22 Jun 972M bersamaan 7 Ramadhan 361H. Perasmiannya telah dimulakan dengan mendirikan solat jumaat dalam masjid tersebut dan selepas itu wujudnya pengajian-pengajian yang berteraskan kepada ajaran syiah sebagaimana pada masa yang sama pengajian-pengajian yang berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah sedang giat dijalankan di Baitul Hikmah.

Pada tahun 378H ,salah seorang menteri kepada khalifah al-Aziz billah yang bernama Ya'kub bin Kals telah mencadangkan kepada khalifah untuk menjadikan masjid terebut sebagai jami'ah iaitu sebuah intitusi pendidikan yang menawarkan pelbagai ilmu pengtahuan. Maka masjid itu dinamakan Jami'ah al-Azhar.

KEDATANGAN SALEHUDDIN AL-AYUBI

Salehuddin Al-ayubi, berbangsa kurdistan yang menetap di Syam telah datang ke Mesir.Beliau telah dilantik sebagai Menteri oleh kerajaan Fatimiyyah. Dalam masa yang sama beliau dapat mengendalikan kedua-dua jawatan ini dengan begitu baik sedangkan kedua-dua kerajaan tersebut mempunyai pertelingkahan yang banyak.

Salehuddin al-Ayyubi berpegang pada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bermazhab Syafie.Dengan kebijaksanaan yang dinugerahkan oleh allah,beliau telah berjaya menukarkan Jami'ah al-Azhar daripada dikuasai Mazhab Syiah kepada Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah ,dan menamakan kerajaanya sebagai kerajaan Ayyubiyah. Beliau menghapuskan Syiah dan menukarkan sistem pengajian Jamiah al-azhar berdasarkan pengajian Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ramailah ulama-ulama Syafie yang dahulunya hanya boleh mengajar di Masjid Amru al-As telah berpindah ke Masjid al-Azhar dan terus mengajar di situ.

SYUYUKH AL-AZHAR

Terdapat 49 orang syeikh al-azhar telah dilantik bermula daripada syeikh Muhammad al-Karashi(?-1690) sehinggalah pada hari ini syeikh mehammad sayid tantawi(mula 1996). Pada awalnya , Syeikhul ashar dilantik secara bergilir-gilir mengikut mazhab . Hal ini kerana pada masa dahulu terdapat ulama yang mengarang kitab talfiq al-mazhab dan taqlid hebat diperkatakan pada masa itu.

Berikutan daripada berlakunya pertelingkahan mazhab ini,al-azhar telah ditutupi pengajianya selama dua kali dan tiada syeikh al-Azhar ketika itu iaitu selama dua tahun 1776-1778 dan kali kedua selama empat tahun 1860-1864.Selain daripada itu ,al-azhar telah ditutup pengajianya berikutan kedatangan kerajaan Napoleon Bonaparte.

Napoleon Bonaparte mengangap Mesir seperti anak dara dan Syeikh-syeikh al-azhar boleh diikat secara lembut dngan menggunakan uslub talatufdan mujamalah. Pada awalnya,mereka tertipu dengan tipu daya Napoleon Bonaparte yang bukan sahaja menukarkannamanya dengan nama Islam selama berada di Mesir,malah dia juga telah membiayai majlis-majlis Maulidur Rasul yang diadakan.

Sebab itulah ada pendapat yang mengatakan bahawa Napoleon Bonaparte telah masuk Islam yang mana sebenarnya dia hanya berpura-pura menukar namanya untuk meneruskan misi jahatnya seperti menari rambut dalam tepung,rambut tidak putus,tepung tidak berselerak.

Namun , berbekalkan iman yang tinggi dan ilmu pengtahuan yang banyak, Syeikhul Azhar tidak dapat diikat dngan begitu mudah.Syeikh-syeikh al-azhar mula melihat dunia luar Mesir.mereka mendapati Napoleon Bonaparte telah dan sedang membunuh tamai umat islam di afrika.Jadi mengapa di Mesir Napoleon begitu baik terhadap meraka.Ini tidak lain dan tidak bukan, ada udang di sebalik batu!!!!

Lalu, ulama-ulama azhar mula mengencam kezaliman napoleon melalui ceramah-ceramah meraka.Mereka juga menubuhkan satu gerakan melatih umat isalam menggunakan senjata sebagai persediaan untuk menentang penjajah.Apabila hal ini disedari oleh Napoleon ,dia juga tidak ketinggalan melatih askar-askarnya di Ahram. Salah seorang daripada askarnya memanjat Abu al-Hul sehingga menyebabkan hidung patung tersebut patah.Disinilah bermulanya patung Abu-Hul cacat di bahagian hadapan mukanya.Dalam masa inilah,ulama-ulama azhar telah mengambil inisiatif untuk menghantar pelajar-pelajar al-azhar ke kampung-kampung dalam negara mereka demi keselamatan dan kemaslahatan bersama serta menutup pengajian Al-azhar buat sementara waktu.Selain daripada itu,terdapat syeikh al-azhar yang memanjangkan langkah mereka denga berceramah di gereja-gereja,menyeru semua agama samawi supaya bersatu untuk menentang penjajah British dan Perancis.Akhirnya , Napoleon lemah dn tidak tahan,lantas membuat persedian untuk melarikan diri.dia telah terkena banyak arsenik(zarnikh)dan akhirnya telah membunuh diri sendiri.

SISTEM PENGAJIAN

Semasa kerajaan Utmaniyyah menguasai dunia Islam, sistem pengajian Al-azhar masih mengamalkan sistem periwayatan dan hafazan.Syeikh-syeikh al-azhar duduk di tiang-tiang masjid dan dikelilingi oleh anak-anak murid.Syeikh mengajar dan anak-anak murid menyalin pengajaran tersebut sehingga selesai pengajian.Kemudian syeikh akan membaca semula apa yang telah ditulis oleh anak muridnya.Terdapat juga anak murid yang tidak mahu menulis, jadi mereka mengupah tukang salin yang dipanggil nussakh.

Pada masa yang sama ,kerajaan Uthmaniyyah mendirikan Masjid biru dan Masjid Aya Sofya,lantas menjadikannya sebagai tempat pengajian.
Menurut Mustafa Sabri dalam bukunya Mauqif al-aql wa al-'ilm. Sistem pengajian di turki adalah lebih baik daripadasistem Badiuzzaman Said Nursi,orang yang sangat dikehendaki oleh penjajah.

Akibat daripada sistem ipengajian tersebut yang terus-terusan diamalkan di al-azhar,seorang murid telah meninggalkan kelasnya iaitu Muhammad Abduh.
Syeikh Muhammad Abduh tinggal bersama bapa saudaranya, salah seorang as-syeikh al-azhar.Sehingga pada suatu ketika, beliau menjadi perintis memperbaiki sistem pengajian al-azhar dngan menambah sistem peperiksaan.

Pasa tahun 60an, sistem al-azhar dikemaskinikan lagi. Semasa Syeikh Hasan menjadi as-syeikh al-azhar,pelbagai pembaharuan telah dibuat lantaran beliau duduk bersama kerajaan pada masa itu. Pembukaan furu'-furu'(cawangan),membuka Kuliah Handasah(Kejuruteraan)dan Kuliah Tibb(perubatan),dan membuka cawangan bagi pelajar perempuan.Kelas-kelas untuk muslimat telah dibuka buat pertama kalinya di cawangan tanta,selepas itu barulah dibuka di kaherah.

Al-Azhar semakin diperbesarkan .ia mula dikunjungi oleh ramai para pelajar dari luar Mesir.Pada masa itu ,ramai pelajar telah mewaqafkan hartanya sehingga harta tersebut boleh digunakan untuk membiayai pengajian pelajar-pelajar wafidin(orang luar Mesir).Namun pada tahun 60an ini jugalah, Al-azhar telah diletakkan di bawah Kementerian Waqaf Bahagian Agama. Semua harta yang dimiliki hendaklah direkodkan dan segala pengurusan harta jua pentadbiran perlulah dirujuk kepada kerajaan.Perlantikan sebagai as-Syeikh al-azhar juga mula ditentukan oleh kerajaan,malah perkataan as-syeikh al-azhar(sifat mausuf)juga telah ditukar menjadi Syeikh al-azhar(idhafah).
Penukaran yang nampaknya kecil ini sebenarnya telah mempengaruhi peranan syeikh al-azhar yang semakin sempit dan terikat..wallahu a'lam

Artikel ini ditulis berdasarkan ceramah ustaz hanafi abdul rahman mengenai al-azhar semasa kuliah jumaat di Iskandariah.Pada tarikh 18ogos 2000.

Currently have 0 Kata Komenan:


Leave a Reply