Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 22, 2012

Tahukah Anda Bahawa JPJ Mempunyai Satu Mukjizat?

Posted by The Pamiesz® | Thursday, November 22, 2012 | Category: | 4 Kata Komenan

Assalamualaikum.

Aku tak tipu. Aku taip post ni sebenarnya kat status pesbuk. Tapi setelah aku dapati ianya terlalu panjang untuk dijadikan status, maka aku pun mengambil keputusan untuk menaip posting blog sambil menghirup sawang-sawang yang ada kat sini.

Ini adalah kisah 2002 petang. Episod sambungan 1001 malam. 

Pada suatu tengahari terik yg indah, setelah selesai mengajar, aku menyetat enjin keteku sambil menurunkan tingkap kerana bahang paking kete dibawah garaj langit. Lalu dengan satu nawaitu aku menekan paddle minyak menuju ke Bahagian Keselamatan USIM untuk membuat stiker baru kerana katanya kalau tak buat stiker baru nanti kena denda lagi mahal daripada kena saman AES. Maka aku pun datang dengan menyangkakan boleh renew jer stiker sebab dulu dah submit dokumen. Upenye aku dikehendaki untuk menyabmit kad matrik dan lesen kete yang siap berpotostet. Maka aku pun turun semula ke PKP untuk memotosetet mendalah tersebut. 

Setelah menyembang dengan abang potostet tentang kenaikan harga rumah di Teluk Intan dek kerana kemajuan bandar itu dengan adanya Kolej Komuniti, UiTM dan UKM sambil terkentut sikit tak berbunyi dan bau pun seakan tak merebak, aku pun meminta diriku semula daripada beliau dan terus memanjat semula ke gunung itu (Bahagian Keselamatan yang terletak di atas puncak gunung) untuk mengisi borang dan menyabmit dokumen stiker. Setelah aku menyerahkan beliau kepada seorang beliau di kaunter, beliau itu memeriksa beliau dan aku dapati ada kerutan di dahi dan kening beliau yang sedang membaca beliau. Bile nak habis cerita camnih. Aku nak cite pendek jer tapi tak tau kenapa aku taip panjang2 camnih. Ok sambung balik. 

Lalu beliau berkata, (beliau kat sini adalah pegawai tersebut bukannya dokumen kerana dokumen tak boleh berkata-kata) "Encik, lesen encik dah arwah. Kenapa tak kafankan dan talqinkan serta tahlilkan sekaligus?"

"Eh? Ye ke? Bila wafatnya tuh? Selama ni saya tengok elok jer dia makan berselera jer takkan ada bela saka kot?" aku bertanya kembali dengan keadaan dahi aku pula yang berkerut sambil ibu jari dan jari telunjuk menggosok-gosok janggut yang dah lama tak berapa nampak perangnya.

"Dah sebulan lebih dah encik. Awal bulan 10 haritu. Dah busuk dah pun bau jenazah encik tak tercium-cium baunye."

"Jenazah ni jenazah orang soleh. Tak makan dek ulat. Encik tengok jerla betapa bercahayanya muka kat gambar lesen tuh."

"Kalau ikut audit kami ni, tak lepas permohonan encik ni. Sebab lesen dah arwah. Encik kena renew dulu. Tapi kalau encik cuba submit dokumen ni kat Tom Stickers mungkin dia boleh pertimbangkan untuk buatkan stiker ni untuk encik."

"Takpe ler encik. Encik jela yang buat stiker Tom n Jerry tuh. Dah tua pun macam budak-budak nak main-main lekat stiker kat lemari baju ngan pintu jamban."

Maka dipendekkan cerita, pulanglah aku semula ke Kolej dalam keadaan hujan lebat tanpa membuat seketul stiker pun. Cadangnya nak pegi bagi nyawa semula kat lesen yang dah arwah ni. Memang hebat betul mukjizat JPJ nih. Boleh menghidupkan si mati. Tapi bes jugak kalau aku boleh dapat lesen macam pakcik kat bawah ni. Kompem polis tak tahan aku dah. Tapi aku la pulak yang tak tahan sebab letih nak angkut lesen macam ni kemana-mana.



Apepun, kesimpulan dari kisah ini adalah seperti berikut:
1. Jangan lupa tarikh lahir isteri anda kalau tak mungkin tarikh luput nyawa anda hampir tiba
2. Jangan lupa cek tarikh luput roti kat dapor umah anda. Walaupun tarikh luput dah berlalu, selagi takde kulat bermastatutin ko bedal ajelah roti tu tak payah la membazir.
3. Jangan lupa due date assignment kalau tanak dapat A sengau la.
4. Jangan lupa tarikh due bini bersalin sebab tarikh tu tarikh stat puasa shahraini mutatabi'aini. Muahahaha.

Sekian, Wassalam.

There was an error in this gadget