Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, March 16, 2011

Misteri Sebuah Kehilangan

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, March 16, 2011 | Category: | 6 Kata Komenan

Assalamualaikum kawan-kawan semua!


Tengok tajuk pun kome dah boleh agak apa sebenarnya yang berlaku kan? Satu misteri yang hingga kini masih belum dapat dirungkaikan. Detective Conan dan Sherlock Holmes pun dah berhempas pulas cuba menyelesaikan masalah ini namun mereka masih menemui jalan buntut.

Sebenarnya apa yang berlaku?

ما شاء الله كان وما لم يشأ لم يكن
Setiap sesuatu yang Allah kehendaki ia berlaku maka ia berlaku, adapun setiap sesuatu yang tidak Allah kehendaki ia berlaku maka ia sekali-kali tidak akan berlaku.

Iye kami tahu tu. Allah sememangnya Maha Berkuasa melakukan setiap sesuatu. Tapi kami nak tahu ape yang berlaku tentang misteri tu sebenarnya? Ce cite ce cite ce cite..

Alkisah maka tersebutlah kisah. Tayyib. Sang kancil datang beramai-ramai mengadap duli yang maha mulia sultan firaun. Tujuannya adalah untuk mengadu masalah yang berlaku di kampung mereka. Terdapat segelintir kancil liar yang bermaharajalela di Sekolah Menengah Dato Maharajalela. Kancil-kancil lain di hutan merasa terpinggir apabila beberapa ekor kancil memasang enjin Mira turbo L200 siap dengan bodypart L502 moderno hello kitty kucikuci sekali. Ramai kancil yang tak berpuas hati kerana tak lepas inspection JPJ. Maka akhirnya sultan firaun pun memperkenankan hajat mereka dengan memanggang semua kancil-kancil itu beramai-ramai dan jadilah pesta BBQ terhebat pada malam itu.

Ok ok, aku tahu bukan ini kisah yang kalian mahukan.

Mungkin kalian berkehendakkan kisah pilih kasih. Siapakah yang akan disingkirkan oleh Roshahimi Nor sebagai pengetua pada episod kali ini? Kita dapat lihat lakonan yang sangat berkesan oleh sang kancil. Mungkin kali ni sultan firaun yang akan tersingkir dan tersungkur? Segala-galanya terpulang kepada undian anda. Ingat, undi anda adalah rahsia. Kami akan tetap menjalankan amanah menjalankan pilihanraya secara telus dan telur rebus.

Ok ok, jangan pukul aku. Aku tak main-main dah. Kali ni aku serius. Hnsss hnssss. Terkeluar-keluar taik hidung aku sebab nafas turun naik tanda serius.

Ceritanya bermula begini.

BEGINI.

Dan ianya berakhir begitu.

BEGITU.

Dah. Itulah ceritanya. Hahahaha.

Sebenarnya kisah ini mengambil tempat shooting di Library Universiti Sains Islam Malaysia, tempat aku sambung belajar sekarang. Biasanya blog aku sebelum ni penuh dengan kisah-kisah kampus terutamanya masa aku kat mesir kan? Tapi sekarang ni dah tak banyak kisah student life aku abadikan dalam blog ni dek kerana beberapa faktor.

Pertama:
Tak ade mase nak menaip macam dedulu. Iyelah, dulu masa aku hanya terbahagi dua, samada pegi kelas, kalau tak pegi kelas aku naip blog, kalau tak naip blog, aku pegi kelas, heaven jer rasa takde pape tanggungjawap. Tapi kini, masa aku terbahagi lapan ribu. Nak merait ketas peksa bebudak, buku latihan, wat menet mesyuarat, tulis RPH, kertas kerja program, usrah nuqaba, susun jadual warden, bawak budak sakit ke klinik, pantau budak ponteng solat n prep kat asrama, halau budak yang main sampai megrib, tolong isteri masak ngemas rumah basuh kain, bermanja-manja ngan isteri, bawak isteri balik umah mertua aku, bawak isteri balik umah mertua dia, amik mak aku bawak gi umah aku, sambut mak mertua aku yang datang umah aku, buat tusyen untuk cover income bulanan, pegi workshop untuk rawat penyakit sawan kamben, ngadap tenet mencari mendownload kitab untuk bahan esaimen, bukak pdf sejibik sejibon dan baca untuk tengok mana yang sesuai sumbat dalam bahas, retype bahan, print, stepler, potostet, drive 3-4jam setiap minggu untuk ke kuliah, ahhhh, malas dah la aku nak tulis diari aku kat sini. Yang penting aku rasa kengkadang tu aku nak sikat janggut pun tak sempat, apatah lagi nak basuh berak pakai sabun dove. Padan muka. Baru kau tahu kini apa itu erti tanggungjawap. Sape suruh kau kerja, kahwin dan belajar serentak. Rasakanlah kenikmatannya race against the time. Kahkahkah.

Kedua:
Tak ade tenet 24 jam macam masa kat mesir dulu bleh isytirak umah arab. Sekarang ni aku hanya bergantung harap pada wireless yang dibekalkan oleh pihak sarjana. Kalo ade line tu, ade la. Kalo takde tu, takde la. Tapi sebenarnya alasan ni tak berapa best pon. Sebab orang bleh bangkang aku balik sambil makan kueh bengkang. Macamlah tak boleh taip dulu, bila ade line tenet kang upload jerla. Iye, iye, aku tau point bangkangan kome tu. Aku dah tulih dulu dah.

Ketiga:
Tak ade kengkawan yang nak dishare citenye kat sini. Yelah dedulu aku hidup ngan kengkawan, duk serumah ngan kengkawan yang pelbagai spesies. Tentunya banyak benda yang bleh aku ceritakan terutama dari sudut kesengalan mereka. Sekarang ni walaupun aku masih student, tapi aku hidup bersama isteri tercintaku. Masakan aku mahu menceritakan tentang masakan beliau yang membuat perutku mencomel setiap hari ni. Hahaha.

Keempat:
Dulu kampus life aku terasa kekampusannya dek kerana majoriti masa hidup aku adalah di kampus. Sekarang majoriti masa hidup aku rasanya dalam kete je. Kesana kemari aku bermusapir. Sampai bonet kamben aku tu penuh dengan bebarang yang membuktikan ia boleh diiktibar sebagai rumah kedua aku seperti raket, bulu tangkis, berus gigi, ubat gigi, deodorant, tuala, hanger, kain pelikat, langsir, rak buku, gergaji, pokok tebu, dan sliding door.

Kelima:
Cukup la kot. Banyak-banyak cerita pun bukan masuk exam pun mende-mende nih.

Berbalik kepada kisah sebenar yang berlaku di USIM yang telah dinyatakan sebentar tadi.

Pada suatu minggu, tersebutlah kisah pertama kali kaki ini menjejaki bangunan bernama maktabah di USIM ni. Dengan pimpinan Syeikh Fauzi, aku pun dibawa ke tempat kejadian yang juga sebenarnya dia bawak aku atas permintaan aku jugak.

Dengan niat yang tulus suci dan murni, iaitu untuk mencari bahan esaimen dan meminjam buku, aku pun memasuki tempat yang telah disebutkan tadi.


Inilah rupa sebahagian rak buku di tingkat 1 maktabah USIM. Banyak lagi ruang kosong menunjukkan masih banyak kitab yang belum berisi. Tak tau la plak kalau ade kitab yang halimunan kat situ. Nampak macam takde tapi bila pegang penuh rak. Ayoookkk misteriiiii..


Jalan punya jalan belek punya belek, aku pun ternampaklah kitab karangan Abu Al-Ala' Al-Ma'ri yang juga merupakan bahan utama yang perlu aku tulis dalam bahas yang akan datang. Memang itulah yang aku cari sebagai bahan tambahan.


Ini rak buku. Bukan rak kasut. Kalau tak boleh beza antara rak buku dengan rak kasut, rasanya tak payah masuk universiti la kot. Cuba try repeat subjek kat tadika sampai rektor tadika tu pecat korang. Dasar belum mumayyiz.


Akan tetapi satu perkara yang aku belum bagitau tadi dan akan aku bagitau sekarang, aku round-round maktabah tu mencari kitab sambil dalam keadaan menahan berak sebenarnya. Sakit perut tapi sebab teruja tengok kitab banyak, aku tahankanla dulu kejap sementara menghayati saff kitab tu satu persatu. Sekali sekala rasa jugak urat buntut tu menolak-nolak taik keluar. Tapi aku pasti mereka semua belum keluar lagi. Cuma dah dihujung-hujung tanduk la. Sehinggalah aku jumpa kitab Abu Al-Ala' tu, aku rasa tanduk pun dah nak patah dan-dan tu dah. Lalu aku pun intai kod rak tu supaya aku dapat kembali ke pangkal jalan setelah mengeluarkan apa yang nak sangat keluar tadi.


Yang terlekat di rak itu namanya kod. Makhluk biru di sebelahnya itu namanya Syeikh Fauzi.

Dah tentu la aku masuk tandas lelaki didahului dengan bacaan doa dan disusuli dengan langkah kaki kiri. Tak ndak aku dikencin dan diberak oleh setan ketika aku sedang nikmat melepaskan hajat di situ.


Dipendekkan ceritera, aku berak lama sebab makan nasik lemak lauk ayam banyak sangat sebelum tu. Setelah keluar dari tempat termenung, aku pun kembali ke tempat kitab yang aku nak tadi tu. Pusing punye pusing, aku tak jumpe dah kitab tadi tu. Lebih dari 7x dah aku tawaf. Kire dah dapat pahala sunat dah tu. Sape pulak yang hambek? Hanya beberapa belas menet membawak ke beberapa puluh menet jer aku berak takkan ada yang mendengki dengan menyeludup keluar kitab tu? Ia sememangnya menjadi satu misteri. Misteri sebuah kehilangan kitab pasca ketermenungan di bilik termenung. Hingga kini masih menjadi misteri yang belum diuraikan.

Kalau anda nak cuba selesaikan misteri ni, ce cuba ce cuba..


Pemandangan maktabah dari tingkat atas. Tingkat atas punya kitab tak boleh pinjam. Hanya boleh digunakan untuk tengok dan wat rujukan je.


Ye, saya tahu anda nak sebut nampak macam takde orang kat situ kan? Student macam nampak lebih suka bergebang kat karnival berbanding spend time mentelaah kat library kan? Sebenarnya bukan takde sape kat situ. Ramai je malaikat tengah study kat situ. Cubalah husnuzzhon sikit.


Akhir kata, esaimen saya belum siap-siap lagi. Ini lagi satu misteri yang saya sendiri pun malas nak rungkaikan. Kalau ada sape-sape yang volunteer nak selesaikan misteri ni untuk saya, sila contact saya di talian hayat. Jasa anda sangat dihargai. Saya hargai je, anda tak payah la letak harga ye. Ngehngehngeh.

Selamat malam dan wassalam.