Assalamualaikum para sahabat sekalian.
Tanggal 2 April tahun 2009, aku telah pun membuat kejutan dengan membuat satu posting dalam blog ni yang bertajuk:
Bleh klik link di atas untuk mengimbau kenangan lalu. Dalam post tersebut, aku telah meninggalkan pelbagai tanda tanya dan akibat daripada post itu juga, ramai kawan-kawan telah meninggalkan tanda lebam kesan silambam, taekwando, silat, penampor, pelangkung, chokeslam, tombstone dan segala unit ukuran pembelasahan di seluruh kawasan tubuh badan aku sebagai menjawap tanda tanya yang ditinggalkan itu kerana bengang sebab kena tipu. Hahaha.
Kini setelah setahun lebih berlalu, aku kembali mengepost di blog yang sama dengan tajuk yang sama dalam siri kedua. Tentunya lah ada beza dengan siri pertama dulu. Bezanya siri kedua ni aku serius la. Takde main-main dah macam masa tu. Aku sekarang pun dah serius dan tak korek hidung di khalayak ramai dah. Sekarang aku korek dan salat kat tuala Ustaz Pett dan Cikgu Meor masa diorang takde dalam bilik jer. Hahaha.
Pejam celik pejam celik, lubang idung aku masih ada dua. Yelah, takkan tiba-tiba setiap tahun lubang idung aku bertambah bilangannya jadi tiga puluh lapan ataupun diameternya mengembang hingga jadi sebesar diameter perigi buta.
Bukan itu yang aku nak sampaikan. Semula semula.
Pejam celik pejam celik, sudah 3 tahun blog ini beroperasi. Macam-macam kenangan, pengalaman dan sahabat aku dah dapat daripada blog ini. Aku dah berkongsi macam-macam perasaan. Dari tahap kematangan yang lebih teruk dari kekanak rebina, hinggalah kini tahap kematangan yang masih lebih kurang macam tu aje aku rasa, blog ni masih ada pembaca yang membuka dan membacanya. Aku ucapkan infiniti terima kasih kepada kalian kerana memberikan sokongan kepada aku dan perkembangan Pamiesz.com. Tanpa kalian, aku rasa aku tak cukup kuat untuk menempuh pelbagai pengalaman menempuh apa yang namanya kehidupan. Terima kasih sahabat, rakan dan teman semua.
Untuk memendekkan cerita dan menghalang jari aku seniri dari menekan keyboard melalut-lalat, sebagai tanda terima kasih dan penghargaan daripada aku kepada korang semua, dengan ini aku membuat pengumuman secara penyimpan mohor besar membuat pengumuman raya, insyaAllah aku akan melangsungkan perkahwinan [kali ni serius yer. Hehehe]. Sekaligus menjawap soalan yang bermain di kepala lutut korang selama ni terutamanya soalan "bile nak kawen?" yang semua orang dah tahu jawapannya "bila sampai jodoh". Sekarang jodoh aku dah sampai. Alhamdulillah, express je Allah hantar. =)
Dan sebagai penghargaan juga, aku menjemput semua rakan-rakan blogger Pamiesz.com untuk hadir memeriahkan suasana hari raya aku tu. Anggaplah sapa-sapa yang nampak anak itik dua ketul kat bawah ni tu kira dijemput secara otometiklah walaupun tak dapat kad by hand. Hehehe.
Yang tak dapat datang tu, kirimkanlah hadiah mesin basuh automatik 10kg.
Takde lah, aku taklah sematerialistik itu. [Tapi kalo betul-betul nak bagi, aku tadah jer. Hahaha.]
Yang tak dapat datang, cukuplah sekadar doa korang mengiringi majlis kami tu nanti. Yang penting adalah kehidupan selepas majlis tu. Doakan kebahagiaan kami dunia akhirat, supaya aku dapat jadi suami mithali, supaya isteri aku dapat jadi isteri solehah, supaya kami dikurniakan zuriat yang soleh solehah juga. Itu pun dah cukup dan sangat bermakna buat kami yang bakal melayari kehidupan berumahtangga lepas ni.
Yang boleh datang pun kena doakan kami dengan doa yang sama jugak tau. Moga-moga lepas korang datang kenduri aku, korang pun Allah hantar jodoh dengan express. =)
InsyaAllah..
Saya akan bernikah pada hari Sabtu ni, 13 November 2010.
InsyaAllah..
Kenduri belah Zulfa akan diadakan pada 27 November 2010.
InsyaAllah..
Kenduri belah saya akan diadakan pada 4 Disember 2010.
Jemput semua untuk hadir jika berkesempatan. Tapi kalau sampai-sampai nasik minyak dah habis, kita makan kat kedai je la lepas tu, bayor masing-masing jela ye bleh? Tehehehe.
....................
Sebenarnya aku masih blur lagi ni. Aku rasa macam risau untuk menghadapi hari sabtu ni. Tapi aku rasa tak tau apekebendenye yang aku risaukan.
Mungkin aku risau aku terkentut masa tok kadi goncang tangan aku. Saspen kot!
Mungkin jugak aku risau tok kadi yang terkentut masa dia goncang tangan aku. Hahahaha. Takkan la dia pulak yang saspen kan.
Tapi kalau aku terkentut sekalipun, benda ni sepatutnya tak jadi isu pun. Sebab zaman sekarang pun, upacara membatalkan air sembahyang orang dah tak guna cara sarung cincin dah. Masyarakat kita dah maju setapak. Pasangan pengantin batalkan air sembahyang dengan cara kentut di hadapan mic. Biasanya yang ada effect tambahan bunyi full treble and bass dan bau yang betul-betul kaw [campuran bawang dan petai maybe] akan dapat hadiah bonus penampor sulong daripada bapak mertua. Kalau bernasib baik sikit pak mertua mungkin akan bagi pedigree. Bukan makanan anjing tu. Ni Triple H punya skill ni.
..........................
Satu soalan bleh?
Lepas kawen aku tak bleh merepek camni dah ke gamaknye ye?
Bleh je. Kalau ko nak orang kata ko sewel la. Hahaha.
Kesian bini ko mie. Hari-hari terpaksa menghadapi suasana Hospital Bahagia walaupun tidak berada di tempat tersebut.
Bukan Hospital Bahagia daaa.. Tapi lebih kepada Darussa'adah. Rumah yang dipenuhi kebahagiaan. Itulah rumah kami nanti.. InsyaAllah.. =)
............................
Akhir kata, tatapilah hasil kerja tangan saya mendesign kad ini dengan Adobe Illustrator CS2. Printing fully sponsored by my brader Hishamuddin from aspati.com.my. Tengkiu berimac brader!
Untuk paparan kad yang lebih jelas, sila klik pada gambar di bawah. Kalau tanak klik, guna kanta ke mikroskop ke pon boleh jugak.