Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 3, 2010

Fiqh Solat: Berjemaah [Ba'umbaiyan]

Posted by The Pamiesz® | Thursday, June 3, 2010 | Category: | 11 Kata Komenan

Assalamualaikum.

Dah ramai ummat yang tahu tentang solat berjemaah yang pahalanya dijanjikan dengan 27 darjat lebih baik daripada solat munfarid (berseorangan). Tak payah bagi dalil hadith pun semua orang tau. Akan tetapi dalam ketahuan itu berapa ramai jugak ummat yang mengabaikan solat berjemaah dan membiarkan masjid-masjid dan surau di kampung-kampung jua di bandar-bandar sunyi sepi bagaikan rumah yang tak berpenghuni. Ia terkadang hanya diisi oleh pak imam tua, pak bilal yang menunggu masa, tok siak yang terbongkok-bongkok menyapu tahi cicak, serta beberapa ketul jemaah makmum yang bilangannya tidak sampai suku saf pun berbaris bengkang-bengkok menunggu imam mengangkat takbir. Beberapa ratus kilogram jirim manusia tu ajelah yang jadi penghias dan pengisi jirim masjid yang beratnya berapa tan ntah kalau diangkat.

Ramai yang tahu kelebihan solat jemaah tapi tidak ramai yang berusaha untuk memfaqihkan diri memahami seelok belok tentang solat jemaah. Bila dah tak faqih, mula la macam-macam kes kita nampak bila dalam saf. Ada yang angkat takbir cara otromen. Ada yang slowotion. Ada yang style robot. Ada yang style nak menebor jala. Ada yang freestyle. Ada yang paling alim tak angkat takbir pun. Mazhab mana ntah dia pakai solat tak payah takbiratul ihram. Ni mesti mazhab muniandi ni.


haram ganggu orang lain mencari khusyuk dalam solat. bila dah bebunyi bendalah tu, kita pun tak khusyuk, dengan jemaah dalam saf pun maki kita. ingat la sket silentkan hempon tu tiap kali sebelum angkat takbir solat..

“Kami tak bermazhab. Buat apa nak bermazhab. Mazhab kami adalah Al-Quran dan As-Sunnah yang dijamin 100% betul soheh lagi asoh. Ikut Imam itu, dia bukan pakai dalil hadis soheh pun. Mana boleh beramal pakai hadis dhoif. Ikut ulama tak maksum. Ulama tak lepas daripada salah dan silap. Lebih baik kita I’timad alal Quran was Sunnah. Kitalah pejuang sunnah, pembela agama yang sebenar. Orang lain hanyalah beramal dengan agama warisan yang tak tau ntah mana asal usul. Ya, kita akan masuk syurga. Untuk kita-kita ajeeee.”

Kepala hotak ngko berjambul ayam. Pejuang konon. Pembela konon. Pemecah belah ummat ada la.

ingat senang ke nak dapat khusyuk dalam solat? nak dapatkan halawatul iman tu bukan perkara yang mudah. perlukan mujahadah yang sangat tinggi melawan setan dan hawa nafsu.


Imam mazhab yang empat tu dah berijtihad sediakan jalan untuk kita sampai kepada Allah. Dorang dan para ulama mazhab dah melalui satu fasa yang getir untuk berijtihad dan mengistinbatkan hukum daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Dorang sememangnya layak untuk berijtihad kerana dorang adalah mujtahid. Bukan calang-calang orang. Dorang memang ahlinya.

Kalau nak diumpamakan dalam satu perumpamaan, para imam mazhab rahimahumullah ini diumpamakan seperti seorang kontraktor berkelayakan yang membina jalan raya dan highway. Dari teluk intan misalnya, untuk sampai ke destinasi kuala lumpur, kita boleh lalu banyak jalan.

1. Teluk intan – sabak bernam – ijok – KL
2. Teluk intan – sabak bernam – klang – KL
3. Teluk intan – bidor – tanjung malim – KL
4. Teluk intan – KL terus (guna pintu sukahati doremon)

Kan ke banyak jalan. Pilih aje lah salah satu jalan yang memang kita tau dan yakin boleh sampai ke destinasi dengan izin Allah. Cuma yang membezakannya cepat atau lambatnya aje kita sampai. Yang penting sampai. Yang kita gatal-gatal tak nak ikut jalan yang dah sedia ada, tunjuk bijak pandai pulak nak jadi kontraktor jadian, pergi tebas sendiri semak samun yang ntahkan ada ulor, ada lubang, curam, ntah ape-ape tah lagi semata-mata nak cari jalan sendiri nak ke kuala lumpur. Macamlah jalan yang kita nak tebas tu memang kompem sampai destinasi. Padahal kita ni jangankan kata kontraktor, nak tampal lubang kat dinding rumah kita sendiri pun kita panggil tukang.

Konon tak boleh ikut jalan tu sebab kontraktor dia tak berapa reti dalam sesetengah bab. Bab ukur tanah dia ok. Tapi bab turap jalan dia fail. Campuran minyak tar dan batu dia tak berapa reti katanya. Turap-turap jalan jadi kaler ijau pisang. Padahal dorang sendiri yang rabun warna tak pasal-pasal kontraktor pulak kena tuduh tar jalan kaler ijau pisang.

Sudah-sudahlah membongokkan diri sendiri tu.

Nak tuduh lagi imam-imam mazhab tu tak reti hadis? Sampai Imam Bukhari pun kena tuduh masukkan hadis dhoif dalam Sahih Bukhari? Asohhul kutub ba’dal Quran tu pun dituduh dengan tuduhan macam tu? Oh, aku lupa. Dorang memang lagi hebat daripada Imam Bukhari yang solat dua rakaat setiap kali sebelum masukkan hadis dalam Sahihnya. Dorang kalau menulis kitab mesti solat sunat 20 rakaat dulu sebelum tulis satu kalimah kan. Wow, thiqahnye!

Konon ulama tak maksum. Konon berpegang dengan Quran Sunnah. Korang paham sendiri ke Quran Sunnah tu? Cakap tak tengok waqi’. Konon ambik terus daripada Quran Sunnah. Padahal korang pun pegang pendapat ulama dalam mentafsirkan Quran dan mensyarahkan hadis. Ambik pendapat Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim, pendapat Muhammad Ibn Abdul Wahab, pendapat Soleh Fauzan, Bin Baz, Dr Asri. Abes dorang semua bukan ulama? Agaknya dorang semua ulama yang maksum kot? Ooh baru tahu rupanya ulama pun ada yang maksum. Tapi tadi bukan ke kata ulama tak maksum? Apsal cakap putar belit ni? Maksum ke tak ni? Ooo.. ada yang maksum yang tak rupanya.. pulak…

“Tanyalah pada yang tahu kalau korang tak tahu.”

Korang nak tanya siapa lagi melainkan para ulama yang sememangnya kita tahu tak maksum tu? Korang nak tanya direct dengan Quran? Korang nak tanya direct dengan kitab-kitab hadith yang berbelas-belas berpuluh-puluh jilid tu? Aah, aku lupa. Korang memang lagi hebat daripada ulama kan. Eh, aku lupa lagi. Koranglah ulama. Alim kabir.


seluruh kawasan tanah di bumi ini adalah tempat sujud menyembah Allah Yang Maha Esa.


Berlapang dada lah.

Janganlah jadi pemecah belah ummat. Kalaupun dah tau diri tu hebat, belajar dah tinggi-tinggi tentang muqaranah bainal mazahib, turunlah dalam masyarakat tengoklah waqi’ yang berlaku. Tak payah lah nak extreme dan teruja sangat dengan ilmu yang Allah bagi sikit tu. Tak payah lah nak bidaah sana bidaah sini terhadap perkara khilafiyah. Sedangkan banyak lagi benda bidaah yang patut dan sangat layak untuk dibidaahkan. Tak payah lah nak tuduh orang bertawasul tu kafir dan masuk neraka. Tak payahlah tuduh orang baca selawat syifa tu syirik dan menyekutukan Allah. Kalau korang tak nak tawasul, tak nak baca selawat syifa, tak nak pergi majlis tahlil, tak nak baca qunut, duduk jelah diam-diam kat rumah tu tido. Jangan kacau masyarakat yang ada jugak nak beramal. Masyarakat yang duk sibuk-sibuk tak sembahyang langsung, hiburan melampau-lampau, aurat tak tutup, yang ketagih arak, tikam nombor ekor pun sambil pakai kupiah, menipu sana sini, ambik hak orang, hutang tak bayo, mulut asik memaki dan mencarut, sistem perbankan yang penuh dengan unsur riba, hudud yang tak dijalankan dan dipermain-mainkan, yang tu tak nak pulak difokuskan bidaahnya.

Nak jadi alim, panjang dan sukar caranya. Bukanlah semudah mengadap video Dr. Asri dan Rasul Dahari kat youtube dan terus menghafal dalil Quran dan hadis soheh yang dia sebut dan terus jadi alim dan faqih. Padahal yang menengok tu bahasa arab pun tak reti mana. Kalaupun dah terer bahasa arab sekalipun, bukanlah kealiman itu boleh didapati sekadar tahu mentelaah beribu-ribu mukasurat dalam kitab hadis, kitab fiqh tanpa ada guru dan syeikh yang ilmunya bersanad. Ulama kita dah pesan banyak kali. Jangan berguru dengan syaitan. Membaca kitab sendirian tanpa guide dari syeikh bakal menyebabkan kita lebih mudah terpengaruh dengan syaitan. Tapi, jika dah ada guide asas dari syeikh, boleh je kita teruskan pembacaan sendirian. Taklah bermakna semua kitab termasuk kitab yang kecik-kecik pun kita nak kena baca depan syeikh. Sekurang-kurangnya kita nak dapatkan futuhat daripada syeikh untuk kita memahamkan kitab dengan pemahaman sebenar yang mana ilmu ini turun secara bersanad.

“Kalaulah tidak kerana isnad, maka semua orang boleh cakap apa yang dia nak cakap”

Baca kitab sendirian masih boleh diterima. Sekurang-kurangnya kita tahu syeikh dia adalah kitab yang muktabar. Cuma ada kemungkinan dapat pemahaman yang salah. Tapi yang paling kita tak boleh terima adalah sesetengah golongan yang berguru dengan Syeikhul Akbar Maulana Al-Googel dan juga Sahibussamahah Syeikhul Masyayikh Al-Yutiub. Tengok puak-puak dorang punya video, baca puak-puak dorang punya artikel, kemudian terus teruja, terikut, dan terus nak membidaahkan orang tak tentu pasal. Paling sadis, mengkafirkan sesama ummat Islam. Wal’iyazubillah.


tiada alasan lagi untuk tidak mengerjakan solat.

Sabar syeikh.. ilmu Islam ni luas.. banyak benda lagi kita nak kena dalami termasuk ilmu waqi’ keadaan reality masyarakat setempat. Jangan terlalu extreme nak bawa pembaharuan hingga dalam masa yang sama kita tak sedar yang kita sebenarnya dah menimbulkan bibit-bibit perpecahan dalam masyarakat Islam tu sendiri.

Fiqh mazhab Syafie pun tak pernah habis belajar, dah sibuk-sibuk nak tarjihkan pendapat mazhab lain yang dipelajari celup-celup campur-campur rojak sana sini. Sabar dulu syeikh. Talaqqi fiqh Syafie bagi habis dulu. Belajar cara solat mazhab Syafie dulu. Dah masyi betul barula boleh buat comparation dengan mazhab lain. Supaya tahu nak beramal cara macam mana yang menyebabkan takde talfiq yang berlaku.

Serius betul aku hari ni. Menulis blog dengan serius adalah bidaah. Bidaah dari sudut lughah la. Jadi, aku telah melakukan bidaah hari ni. Habis tu tulis blog yang tak serius kira tak bidaah la ye? Sape kate.. serius pun bidaah. Tak serius lagi la. Silap-silap bleh jadi bidaah dolalah terus. Hahaha. Moga-moga ketidakseriusan aku tidak membawa kesesatan kepada orang lain. Hehehe.


"apa pasat lu olang simayang lu olang tonggeng2 itu macam?"
"kita orang Islam basuh berak bersih kita mau tunjuk sama kita punya Tuhan yang kita sudah bersih"


Habis muqaddimah.

Sekarang baru masuk balik cerita asal. Tentang solat Jemaah. Kalau tak faqih kena la bagi faqih kan. Nak jadi faqih kena la tafaqquh. Antara cara tafaqquh salah satunya adalah dengan membaca blog yang menceritakan tentang hukum hakam fiqh.

Blog ini bukan web fatwa. Jadi tak semua isi kandungan blog ni menceritakan tentang hukum hakam. Tapi ada jugaklah selit-selit sikit untuk sekadar perkongsian ilmu. Aku mengaku la aku budak lughah. Tapi aku belajar la jugak fiqh dengan para masyayikh yang bersanad ilmunya. Jadi yang mana aku tau aku kongsi la. Yang aku tak tau takkan aku nak memandai-mandai. Aku tanya la pada yang tau. Jadi jangan la drop aku awal-awal, elehhh budak lughah je pun nak cakap banyak pasal syariah. Jangan ikut pamie ni. Sesat karang.

Lantak kome la. Yang penting aku nak share. Nak terima, ahlan wa sahlan. Tak suka jangan baca blog aku. [ni ayat belagak lebih bajet bagus jer ni. Padahal aku nak suruh gak kome baca blog aku. Siapalah blogger tanpa pembacanya kan. Hehehe]


berniaga pun berniaga jugak, solat lebih utama. cari keberkatan keuntungan dan perniagaan dengan tidak meninggalkan solat sama skali.


HUKUM SOLAT JEMAAH

Qad ikhtalafal ulama fi hazihil mas’alah.

Dalam mazhab Syafie sendiri, Imam Nawawi dan Imam Rafie telah berbeza pendapat dalam menyatakan hukum solat Jemaah.

Imam Nawawi rahimahullah berkata dalam Minhaj: pendapat asoh menyatakan bahawa hukum solat berjemaah adalah fardu kifayah. Pendapat qil pula menyatakan bahawa hukumnya adalah fardu ain.

Imam Rafie pula berpendapat bahawa solat berjemaah hukumnya sunat muakkad.

Pendapat yang paling muktamad adalah: solat Jemaah hukumnya fardu kifayah. Kalau dalam satu kampung takde langsung yang solat Jemaah, maka pemimpin atau pemerintah diketika itu wajib memerangi setiap penduduk kampung agar kembali untuk menunaikannya.


di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, Allah tetap disembah dan diagungkan.


Dah. Cukup takat tu. Belajor tak boleh banyak-banyak. Kome bukan ingat pun kalau bagi banyak-banyak. Kalau merepek bukan main ingatnya. Tapi kalau ilmu, time baca ni jela ingat. Besok tanya balik hukum solat Jemaah, jawapan yang dibagi: ce tengok blog si pamie janggut karat tu. Dah agak dah.

Wow. Muqaddimah lagi panjang daripada isi. Ini adalah satu lagi bidaah aku buat ni. Hahaha.


berjemaahlah kamu sebelum sebahagian jemaah mengusung keranda kamu ke liang lahad.


insyaAllah akan datang aku akan post masalah-masalah yang berkaitan solat Jemaah ni dalam post yang berasingan untuk setiap masalah. Doa-doakanlah azam aku dapat dilaksanakan. Kadang-kadang time ni je semangat. Lepas tu kang mula la malas nak bukak pc bila nampak bantal asik melambai-lambai mesra.


solat memagar diri kita dari melakukan maksiat dan kerosakan.


Akhir kata, tengoklah lagi baki gambar-gambar kat bawah ni. Bukti dah banyak sangat dah. Cuma manusia je yang terus lalai dan alpa lalu mencipta pelbagai alasan untuk meninggalkan solat seterusnya membutakan mata dan hati dari kebenaran.















Ya Allah.. terimalah ibadah kami.. terimalah solat kami.. terimalah doa kami.. sesungguhnya kami hamba yang selalu menzalimi diri sendiri.. maka Kau ampunkanlah kami dan berilah kami rahmat dan redhaMu.. sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani hamba-hambaMu..