Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Tuesday, October 7, 2008
Sorotan Sepanjang Ramadhan 1429H
salam aidilfitri buat semua..
dalam kita bergembira dihari raya kita tak lupa perpisahan yang baru je kita lalui dengan encik ramadhan.. adakah kita dah buat muhasabah madrasah ramadhan yang kita dah lalui? sama dengan ramadhan taun lepas? atau ada upgrade sket? moga2 Allah golongkan kita dalam golongan yang mendapat pengampunan.. dan kita minta dilindungi dari mendapat kecelakaan mereka yang telahpun melalui ramadhan tapi tidaklah ramadhan mereka itu melainkan hanya dengan lapar dan dahaga semata.. nauzubillahi min zalik..
lama tak jenguk blog..masuk2 tengok penuh shoutbox tu ngan ucapan2 raya jua salam2 ziarah dari kengkawan sume.. ana ucapkan jazakumullah khairan katira pada antum sume yang sudi melawat al-faqir ni dalam blog ni dan tak lupe pada yang meninggalkan jejak tapak kasut mereka kat shoutbox.. sampai ada yang begaduh pulak kat situ.. jangan gaduh2.. raya2 ni tak elok kita marah2 gaduh2.. kan ni masanya untuk kita saling bermaafan.. masa untuk kita saling bergumbira.. kenapa nak dicemarkan hari yang mulia bulan yang mulia ni dengan berselisih pendapat.. semua manusia melakukan kesalahan kan.. termasukla kita.. kita nampak kesalahan orang tapi terkadang kita lupa orang pun nampak kesalahan kita.. so kan ada lebih baiknya jika kita terlebih dahulu maafkan kesalahan orang dan meminta juga orang untuk memaafkan kesalahan kita.. itu lebih menenangkan hati bukan? ya sungguh memang benar tak semua yang kita buat mampu menyenangkan hati semua pihak.. bukan semua orang mampu terima cara kita.. tak semua orang faham apa yang kita cuba buat.. mungkin ada setengah pihak yang merasakan apa yang orang buat itu tak betul.. ini tak kene.. sana salah.. sini tak senang.. tapi mungkin juga daripada skop yang lain ada pihak yang tak nampak itu sebagai satu kesalahan.. jadi nak tentukan salah ke betul? timbanglah dengan neraca kebenaran yang haq bukan sekadar mengikut hawa nafsu.. jadi dikesempatan yang mulia ini ana al-faqir ilallah menyusun jari memohon kemaafan dari semua kengkawan sanak saudara pengunjung blog samada yang mengenali secara hakiki siapakah ana dan tak tinggal juga yang hanya mengenali ana secara majazi mahupun tak kenal ana langsung.. sesungguhnya ana manusia yang lemah dan sememangnya takkan lari dari melakukan kesilapan.. terima kasih atas jasa mereka2 yang suka menegur ana untuk menyedarkan ana atas mana2 kesilapan yang ana lakukan.. jika tiada orang yang mahu menegur.. maka akan tinggallah syaitan yang menjadi penegur utama melambung2kan diri kita untuk megah menjadi manusia yang tak pernah melakukan kesalahan didunia.. mengajak kita menjadi kufur dan menemani mereka di neraka jahannam.. nauzubillahi min zalik..
teringat satu takrifan tentang siapa yang dikatakan kawan yang sejati.. kawan sejati adalah kawan yang puji belakang2 dan tegur depan2.. memang payah nak cari kawan yang macam ni.. tapi seelok2nya kan lagi bagus kalau sebelum kita tegur kawan2 kita depan orang lain kita tanya dulu kenapa kawan kita tu buat salah.. dia sedar ke tak yang dia buat tu salah.. kalau dia tak sedar pun yang dia tengah buat salah.. rasanya tak adil kalau kita terus hukum dia atas kesalahan yang dia sendiri tak sedari.. ataupun mungkin setelah kita tanya kita dapati kita sendiri yang tersalah kerana terlalu cepat menghukum.. ada kemungkinannya kan..
apepun.. lupakanlah sengketa lama.. marilah kita bergumbira di hari raya yang mulia nih.. kali ni ana uploadkan beberapa gambar sorotan aktiviti sepanjang ramadhan 1429H yang lalu..
_______________________________________
JADIK MUSYRIF GI HSBC ABBAS AKKAD
Currently have 0 Kata Komenan: