Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Sunday, October 26, 2008

Konvokesyen Al-Azhar As-Syarif PMRAM Kali Ke-16

Posted by The Pamiesz® | Sunday, October 26, 2008 | Category: , |

salam graduat pada golongan lepasan..

kita layan gambo dulu baru citer k.. hehehe..

GALERI KONVOKESYEN AL-AZHAR (PMRAM)
___________________________________

majlis konvo ini mengambil tempat di dewan fustat Azhar Conference Centre (ACC)

ataupun dalam bahse arabnye markaz al-azhar lilmuktamarat.. pagi tu jenuh aku menahan teksi 3 4 kali kusebut markaz al-azhar lilmuktamarat sume tak tau kat mane.. ape la pnye pemandu teksi.. pengabisnye aku sniri yang tunjukkan jalan.. baik aku je yang bawak teksi kalo gitu.. haha..

sampai2 je terus begambo dulu.. tak menyempat2 bebudak nih.. haha..

perunding imej tengah merundingkan imej kengkawannye sket2 sebelum gambo ditangkap lebih banyak..

set2 kusza ni duk mane2 pun nak asobiah je.. payah tul.. jangan lupe naikkan cite ni kat muktamar ye.. haha..

tejumpe pulak ostat zizi pak adam yang ngendong beg susu anak (walhal dia belum beranak lagi.. hehe)

si pamie tengah wat urusan pendaftaran ngan ostat jawa.. ape tah nama sebenar beliau sampai skarang aku tatau.. dah orang duk panggil jawa je.. huhu..

wajah2 konfiden berjalan penuh bangge masuk konvokesyen..

minum pagi.. tea o ngan kueh karipap.. kueh ape tah 1 lagi tu aku bagi kat orang..

bebudak lughah belake.. pas serapan pagi..

"dah dah la begambo tu.. gi beratur sana cepat.. bratur pegang tangan bedua2 cepat.." kata ostat halim ajk disiplin konvo.. "apehal ko tolak aku sorang je? bebudak lain tu ko bior plak? ni tak pueh hati nih.." sungut ostat os didalam hati kecilnya yang tak berapa nak kecil..

beratur menantikan panggilan masuk ke dewan..

setelah masuk kedewan.. semua hadirin dan para masyayikh berdiri mendendangkan asmaul husna.. nama2 Allah yang mulia..

barisan VIP dan masyayikh.. dari kanan.. pengarah program konvo ust syafiq zulakifli.. syeikh Abdun Nabi syeikh aku talaqqi Quran merangkap pensyarah di maahad qiraat syubra.. syeikh Hasan Rajab pengetua maahad qiraat syubra.. syeikh Usamah Said Al-Azhari pensyarah universiti al-azhar.. ramai yang tak tau syeikh Usamah sebenonye asalnye pensyarah kat al-azhar cawangan zagzig.. syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani alim allamah muhaddith yang tak asing lagi dimesir ni.. dan akhir skali presiden PMRAM ust khairul anuar..

nak kate muka gembira masuk konvo.. tak berapa nampak macam gembira pun kan.. [dewan tu sejuk nak meninggal.. rasa nak terkucil kumenahannya disitu..]

barisan graduan dan 'hampir graduan' yang menunggu majlis dimulakan..

barisan pelajar cemerlang dan pemerhati serta pengiring yang hadir..

syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani merasmikan majlis..

syeikh Usamah Said Al-Azhari memberikan kata semangat dan perangsang kepada para graduan untuk terus menuntut ilmu dan mengamalkannya serta bersedia untuk menyampaikannya pada masyarakat..

syeikh Dr Rifaat Fauzi (tengah) hadir sedikit terlewat.. beliau merupakan pensyarah di universiti terbuka amerika.. terkenal dengan kitab Al-Um yang ditahqiqnya sebanyak 11jilid..

syeikh Dr Rifaat Fauzi memberikan ucapan dan kata2 nasihat buat para graduan dan para pelajar cemerlang yang hadir..

banner konvokesyen..

tibalah acara kemuncak.. ni masa sebelum naik ke pentas.. [blakang aku tu namanya ostat aizad.. dia la satu2nya pelajar malaysia yang amik kos bahasa arab dan terjemahan kat al-azhar ni.. mantap2..]

ade ke memula tu dorang tak bagi salam ngan syeikh.. orang nak amik berkat.. aku pedulik hape.. lantakla korang bagi ke tak bagi..

menerima fail daripada Syeikh Hasan Rajab..[cam tak bes je ayatnya.. patutnye menerima skroll kan.. huhu]

pas turun dari pentas.. muka2 separa terpaksa budak lughah yang 'hampir2 graduan'

semua bebudak lughah yang berjubah merah..

aku nengok ade sorang kenal kat situ.. khirwan.. aku main masuk jelaa.. janji dapat tangkap gambo.. ngahaha..

bersama ust Husni setelah selesai majlis penganugerahan..

majlis konvo dah selesai.. sesi begambo kat luo plak.. 2 budak 'hampir graduan' mengapit 3 budak lepasan..

ostat pett yang malu2 kucen tanak tangkap gambo ngan aku pada hari itu.. penat kutarik2 ku ajak2..

akhirnya dapat jugak..

ngan ostat os yang nak balik melesia 2hari lagi..

aku ngan ostat paek yang baru sampai dari melesia.. beliau pun tasfiah jugak tapi tak amik exam aritu sebab ade kat melesia.. dengo2nye beliau najah sebab tak amik exam.. hahaha..

bersama nazrey johani bekas raihan yang datang ke mesir dalam rangka promosinya sebagai duta kamus al-miftah..

sesi petang ada muhadarah ilmiah plak.. syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani mendiskusikan kitab beliau yang bertajuk Raddul mutasyabihat ilal muhkamat fi janib khataminnubuwat..

abis muhadarah begambo lagi.. dewan dah mula clear.. masa ni la nak amik kesempatan kongker dewan ngan pentas.. ngeh3.. ngan ostat sham.. cameraman utama kitorang pada hari itu..

bersama ust azrul.. pelajar cemerlang taun 2 syariah.. orang peghak nih yop..

orang dah tade blehla aku beceramah plak.. merasmikan majlis penutup aku sniri.. haha..

jadi VIP plak.. mengapit bersama ostat aminuddin dengan ostat khirwan ditengah2.. dedua ni budak lepasan nih.. hehe..

mengapit lagi dengan syeikh hakim ditengah2.. pun lepasan al-azhar daripada cawangan tafahna al-asyraf tapi sakin fi mansurah..

dengan ostat fahmi..(bertai) kemboku a.k.a. ajk konvo ni.. bahagian videoman kot sebab aku nengok dia duk rakam majlis ni ngan handycam dia daripada mule majlis..

ngan syeikhuna ust Husni.. dah lama dah grad tapi tak pernah merasa pakai jubah konvo katenye.. silakan syeikh.. sila2.. hehe..

rasanya ramai yang akan pelik bila baca posting ni.. bile masa pulak ana konvo kan.. bukan ke ana ada 2 paper lagi yang tak lepas.. camne leh konvo plak? ngeh3.. haaa.. misteri tuh.. hihihi..

bertarikh 22hb 10 2008 persekutuan melayu republik arab mesir PMRAM telah mengadakan majlis konvokesyen kali ke 16 untuk para lepasan al-azhar yang telah bersungguh2 dalam pelajarannya dan berjaya mendapatkan sekeping ijazah daripada universiti tertua didunia ini..

mesti ade yang pelik camne pulak budak tak lulus lagi pun bleh konvo? ade ke universiti kat dunia ni bleh bagi budak konvo dalam keadaan still ada paper? ade la.. al-azhar la.. hehe.. actualy sebenonye gini.. jangan salah faham plak.. sebenornye pihak universiti al-azhar tak pernah menyediakan majlis konvokesyen untuk khirrijin (graduan) yang dah lulus.. yang menyediakan majlis konvo ni ada 2 pihak je.. yang pertama safarah (kedutaan) malaysia dan yang kedua adalah pihak persatuan pelajar kat sini iaitu PMRAM.. konvo safarah memang kompem untuk bebudak graduan je.. tapi pihak PMRAM ni baik hati sketla dia raikan sama bebudak yang hampir2 najah.. hampir2 graduan.. yang masih menanggung dan menunggu keputusan 2 atau 1 paper.. yang digelar sebagai bebudak tasfiah..

borang daftar konvo mula dikeluarkan seawal sebulan sebelum tarikh majlis diadakan.. diwaktu itu.. kitorang pelajar2 tasfiah (yang baru lepas exam subpaper 2 paper yang kantoi arituh) ni diberi pilihan dan peluang untuk menyertai sama majlis konvokesyen ni.. menjadi satu masalah beso untuk kitorang membuat keputusan dalam keadaan result tasfiah masih belum keluar.. kalo daftar kang tetibe result kantoi jugak.. memang tak syok konvo.. tapi kalo tak daftar kang tetibe rezeki najah plak result memang melepas konvo.. dahla kusza pnyer konvo dulu tak dapat merasa.. takkan ijazah ni pun tak merasa konvo jugak kot.. nak daftar pas result keluar.. ntah2 pas konvo baru kuar result.. [memang pas konvo pun baru kuarnye..] so setelah berfikir ala2 kadir.. kitorang pun daftar jela dengan bayaran sebanyak LE130 untuk jubah konvo.. dengan harapan konon2 najah la.. huhu..

nak dijadikan cerita.. 2minggu sebelum konvo tu ada la makhluk Allah sorang ni.. dia pegi tengok dia pnyer result kat maktab tansik.. tempat penapisan result terakhir kat main kampus sebelum diagihkan semula ke semua cawangan untuk ditampal.. besenye result kat maktab tansik ni betulla macam result sebenar.. makhluk ni dia pegi tengok plak kat situ dan dia mendapati kitorang yang dah daftar konvo ni telahpun kantoi 1 paper dalam pekse tasfiah arituh.. makne kate senang citenye kene extend la staun lagi tunggu 1 paper tuh.. taun depanla baru graduat.. maka tertekanlah kitorang kerana tak dapat nak tarik diri dari menyertai konvo asyan dah bayo LE130.. bila dapat tau plak yang jait jubah konvo kitorang tu ustazah syapikah.. classmate kitorang masa kat kusza dulu.. lagi la tertekan sebab dia dah jait baru dia bagitau.. kalo tak mungkin la ada harapan lagi nak kenselkan pendaftaran tu..

lalu dengan keadaan separuh terpaksa kitorang pun masuk jela konvo tu.. [sayang duit 130 pnye pasal..haha] abesla cite.. maka jadilah kitorang pelajar yang masih belum lulus tapi telahpun konvo.. pelik tapi benar.. hahaha..

[sekarang baru korang tau kan untuk ape kitorang tempah kupiah al-azhar tu.. kalau tak kerana konvo ni takdenye aku nak tempah.. masih belum layak lagi nak sarungkan kupiah dan serban tu atas kepala yang kosong ngan ilmu ni..]

Ape sekalipun yang berlaku.. kuucapkan setinggi kesyukuran kehadratMu ya Allah atas segala nikmat yang Kau kurniakan selama ini.. alhamdulillah.. :)

Currently have 2 Kata Komenan:

Leave a Reply