Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Sunday, October 12, 2008

Kasih Sayang Bak Bunga Di Taman

Posted by The Pamiesz® | Sunday, October 12, 2008 | Category: , |

salam ukhwah..

adakah korang sume masih lagi dalam suasana raya? kitorang kat sini masih lagi aktif dengan menziarahi rumah2 yang terbukak luas dan tertutup rapat jua tak tinggal yang pura2 tutup supaya orang tak menyinggah dek kerana takde makanan yg nak dijamu mahupun malas nak melayan duyuf.. makanan tu sume tak penting senanye.. yang penting tu adalah merapatkan ukhwah sesama muslimin.. kalau dah takde makanan nak jamu korang jamu dengan jamu pun bole.. Rasulullah SAW tak pernah mengecewakan tetamu Baginda.. kalau ada sahabat yang datang menziarahi Baginda akan bagi apa yang ada walaupun sebelah tamar.. sampaikan takde makanan yang tinggal untuk Baginda pun takpe.. janji ada bende untuk dijamu pada tetamu.. kalau kita skarang pulak agak2nya boleh tak wat gitu? macam shibhul mustahil ye dak? kita skarang wat kueh raya pun [tak kesahla wat sniri ke ataupun wat kuih tunjuk jeke] kalau ade yang canggih manggih sesedap tu mane kita jamu kat tetamu.. semua simpan dalam lemari wat makan sniri.. kalau ade almond london ke.. mamakeris ke.. mamatenggolok ke.. kueh yang memahal tu.. takdenye nak buh dalam pinggan bawak ke depan.. tunggu orang balik.. baru makan sniri sesenyap kat dapo.. yang ada dalam balang untuk jamu kat orang.. kacang.. kacang.. kacang.. muke pun dah macam permukaan bulan duk makan kacang je di hari raya.. patutnye yang sedap tu la yg wat jamu kat orang.. yang kacang tu wat simpan makan blakang2 pun takpe.. takat kacang tetamu tu bli sniri pun bole.. ntah2nye tetamu tu sniri pun wat gitu kat umah dia.. kacang jamu orang.. kueh2 mahal makan sniri.. patutla orang wat balik kat kita rupe2nye kita pun berperangai sama macam tu.. huhu.. yelah kalau dah kudukut tu memang payah nak ubah perangai.. ape2jelahh..

smalam dapat asignment sket daripada member ana si syam di MMU mintak tolong carik maksud 10 perkataan arab dalam kamus.. siap nak kene statekan jumpe dalam kamus mane dan mukesurat kat mane lagi.. actualy perkataan2 tu agak mudah.. takyah carik lam kamus pun tau dah maksudnye.. tapi lecturer dia nak sumber rujukan kot.. nak tanak kene la jadik rajin bukak2 kamus.. huhu.. cume masalahnye kamus2 ana sume ade kat umah dan ana skang takde kat umah.. jadi jika dibuat hipotesis.. jika ana takde kat umah maka kamus2 juge takde bersama2 ana.. jika kamus2 takde bersama ana maka rujukan kamus dan mukasurat yang beliau nak tu pun takde la bersama2 ana.. hmm.. hipotesis yang baik.. kesimpulan yang dapat diambil dari hipotesis ini adalah.. kalau nak jugak rujukan2 tu tunggu aku balik umah la baru aku jawapkan soalan2 ko ye syam.. tapi aku tak tau la lagi bile aku nak balik umah.. hahaha.. [pandai tak aku cari alasan untuk tangguh2 keje? hahaha..]

tengah2 mr syam ni bagi taklifan tu sempat la ana bukak emel jap.. macam bese la emel tu mane de sape nak anto pun melainkan frenster punye update.. penuh menyelubungi inbox.. tapi kali ni ade plak 1 nama yang lain dari encik frenster tuh.. dari nama yang ditulis disitu sebagai hana'i.. ingatkan spam.. tapi bukak2 upenye bukan.. upenye beliau bukan spam tapi duapam.. haha.. beliau tanye ana 3soalan.. mintak pendapat ana tentang 3 perkara yang berkaitan dengan kasih sayang.. jadi ana rasa kalau ana jawap kat emel beliau je rugila kan beliau sorang je yang dapat manfaat.. jadi ana pun menulisla kat blog ni muga2 pembaca yang lain pun buleh sama2 dapat manfaat bersama.. [tu pun kalau ade manfaat la.. kalau yang merapu2 tu tak dikire manfaat kan? hehe]

soalan beliau adalah seperti berikut dan jawapan ana adalah seperti berikat:

Soalan 1
nyatakan keperluan dan kepentingan love @ sayang dalam membentuk jiwa yang cemerlang...

skali tengok soalan macam nak jawap peperiksaan akhir subjek psikology daa.. ntah2 bliau nih tengah kene wat asignment untuk carry marks final tak? cik hana'i student kaunseling ye? hehe.. tapi tak kesahla kaunseling ke kaunselang ke.. yang penting jawap yedak.. disebabkan beliau dah statekan nak jawapan ni 'pada pandangan fahmi' so ana jawap ikut pandangan fahmi la tau.. jangan mintak rujukan kat kitab mane mukasurat mana ana amik plak lepeh ni.. hehehe.. sebab ana ikut pandangan fahmi.. ana tanye dia je.. so rujukan tu dia la.. dia rujuk mane tu kene tanye dia sniri la.. [fahmi tu sape ek? bukan aku ke? hahaha]

Dari Abi Hamzah Anas bin Malik RA khadam Rasulullah SAW dari Nabi SAW, sabdanya: (Tak beriman seorang kamu hingga dia mencintai bagi saudaranya apa2 yang dia cintai bagi dirinya) Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

tak beriman kat sini maksudnye bukanla jadik kapiak terus.. maksud tak beriman kat sini adalah tak sempurna imannya.. betapa Islam meletakkan cinta dan kasih sayang itu ditangga yang tinggi.. hingga dikatakan tak sempurna iman bagi siapa yang tak menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi diri dia sniri..

dalam konteks kepentingan kasih sayang dalam membentuk jiwa yang cemerlang pulak.. memang sungguhla ianya merupakan salah satu daripada faktor kecemerlangan.. sebabpe ana katekan salah satu.. sebab banyak lagi faktor2 lain yang membawa kepada kecemerlangan jiwa dan peribadi.. cuma kasih sayang ni boleh kita katakan ianya sebagai faktor yang agak major kepentingannya dalam pembentukan kecemerlangan jiwa.. timbul 1 persoalan.. adakah tanpa kasih sayang kita takkan dapat mencapai jiwa yang cemerlang? jawapannye ya. walaupun kita dapat lihat luarannya seseorang itu nampak tampak kecemerlangannya walaupun hidup tanpa kasih sayang.. namun percayalah jauh di sudut hatinya masih menginginkannya dan dia sendiri merasakan hidupnya masih tak sempurna dan masih ada yang tak kena.. skarang kita berbicara tentang kecemerlangan jiwa bukan kecemerlangan akademik dan kerjaya ye.. jika berbicara tentang kecemerlangan akademik.. jawapan pada soalan tadi boleh berubah kepada jawapan 'tak semestinya' kerana kita sendiri dapat lihat berapa ramai manusia yang tak mendapat kasih sayang dari manusia sekelilingnya namun berjaya melompat dan melangkah tinggi dalam kemajuan akademik dan kerjaya..

kita tinggalkan dahulu soal kecemerlangan akademik dan kerjaya.. nanti kang penat2 cite panjang2 pasal kasih sayang.. cite lebor2 pasal jiwa yang cemerlang.. rupe2nye pekataan cemerlang tu pun kita tak tau pe maksud.. memang hampes.. jadi agak2nya kita tau ke bagaimana yang dikatekan jiwa yang cemerlang tu? jiwa cemerlang tu hape? banyak takrifan yang boleh kita buat dan ambil.. ianya subjektif.. berkemungkinan pada pandangan pihak sini mengatakan sebegini.. pihak situ pula mengatakan sebegitu.. pihak sita mengatakan sebegita.. [bahse ape kau pakai ni pamie?] ada segolongan yang menakrifkan jiwa yang cemerlang itu adalah seseorang insan yang bernama Jiwa dan dia mendapat nombor 1 dalam setiap peperiksaan yang dilaluinya tak kire samada PTS UPSR PMR SPM STAM diploma ijazah master phD blablabla.. ada pula sekelompok lain yang menakrifkan jiwa yang cemerlang itu adalah hati yang senantiasa tenang.. ada pula yang beranggapan bahawa jiwa yang cemerlang adalah jiwa yang sentiasa bersemangat tinggi dan tak pernah putus asa.. ada lagi yang cakap jiwa cemerlang adalah individu yang pandai mengawal hati dan perlakuannya daripada terjebak dengan kenegatifan.. jiwa yang cemerlang juga ditakrifkan setengah pihak sebagai jiwa yang dikagumi dan diidolai oleh manusia.. ada yang lain pulak kata jiwa cemerlang ni jiwa yang takkan menangis atas kegagalan didunia dan hanya akan menangis bila saja memikirkan kebarangkalian kegagalan di akhirat kelak.. letaklah takrifan bagaimanapun yang kita mahu kerana ianya subjektif.. apa yang penting.. jiwa yang cemerlang adalah positif!

apa pulak yang ditakrifkan dengan kasih sayang dan cinta? adakah keduanya mempunyai takrifan yang sama? jawapannya terpulang.. jawapan bagi soalan ini jua subjektif.. terpulang kepada individu untuk menakrifkannya apa2 yang dimaksudkannya samada positif atau negatif.. cinta dan kasih sayang yang positif adalah kasih sayang dan cinta antara makhluk dan Khaliq.. cinta dan kasih sayang sesama manusia.. sesama keluarga.. sesama suami isteri.. sesama anak2.. rakan2.. sahabat.. sanak saudara.. kasih sayang antara manusia dan alam.. dengan hutan belantara.. tanah2.. sungai2.. langit dan udara.. antara manusia dan haiwan.. dengan tumbuh2an.. semua itu cinta dan kasih sayang yang sememangnya menjadi sunnatullah dalam dunia ni.. adapun cinta dan kasih sayang yang negatif adalah cinta terlarang.. cinta antara lelaki dan wanita ajnabiah yang tidak di sertakan dengan ikatan perkahwinan.. cinta sejenis yang membawa pada hubungan luar tabii.. cinta dan kasih sayang jenis ni patut tak berlaku dalam kehidupan kita.. jua termasuk dalam cinta negatif adalah cintakan harta melebihi segalanya.. cintakan pangkat dan takhta.. cintakan dunia dan segala isinya melebihi dari cinta dan rindunya kita pada Hari Akhirat dan SyurgaNya.. semuanya negatif dan ini tidak sepatutnya ada dalam jiwa yang dikatakan jiwa yang cemerlang..

dah faham tentang cinta, kasih sayang, dan jiwa yang cemerlang? kalau dah faham baru boleh kita bincang tentang kaitan atau kepentingan antara keduanya.. balik pada soalan asal.. antara keduanya yang manakah yang lebih penting? tentunya kasih sayang itu lebih penting.. kenapa ana cakap camtu? ini kerana sedar ataupun tidak kita hidup didunia ini hanyalah kerana adanya kasih sayang.. hanya kerana adanya kasih sayang dari Allah SWT sebagai Tuhan sekelian alam.. jika tiada kasih sayang dari Allah dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya maka tidaklah kita mampu hidup didalam dunia yang sementara ini apatah lagi untuk mendapat nikmat SyurgaNya di Akhirat kelak.. jika Allah tak sayang kita adakah mampu kita nak menghirup udara untuk bernafas? jika Allah tak sayang kita adakah kita mampu menggerakkan 360 saraf dalam badan kita untuk mencari rezeki untuk hidup? jika Allah tak sayang kita adakah kita mampu untuk capai dan dapat segala nikmat yang dah kita dapat selama ni dan skarang ni? Innallaha ala kulli syaiin qadir.. kerana itulah kasih sayang yang terpenting adalah kasih sayang antara makhluk dan Khaliqnya.. adapun kasih sayang sesama makhluk itu hanyalah bonus sebagai tambahan pada kita bagi memeriahkan kehidupan kita didunia ini.. kalau takde kasih sayang sesama makhluk ni takleh gak kan.. tak jadi ape hidup kita.. duk sorang2 kat pulau idup ngan beruk2.. best ke idup gitu? tak jadik jiwa nak cemerlang kalau idup gitu yedak?

kasih sayang sesama makhluk ni sebabpe kene ade jugak? bukanke kasih sayang kita dengan Allah je pun dah cukup? senangje.. kita ni bukannye sufi tahap Rabiatul Adawiah nak pinggirkan terus kasih sayang sesama makhluk.. kita ni bukannye sampai tahap wali Allah lagi.. [tapi kalau korang dah sampai tahap wali Allah takpela.. abaikanla apa yang aku cakap ni.. aku ni tak sampai lagi tahap tu.. takkan sampai kot..] sebagai manusia biasa yang tak mampu nak lari dari fitrah.. kita tak perlu nak menafikan naluri kita.. Allah dah ciptakan kita dengan fitrah2 tertentu yang mana semua kita sememangnya menginginkannya dan memerlukannya..

Firman Allah SWT:
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (Syurga)
Ali Imran : 14

maka tak perlulah kita menafikannya.. kita perlukan kasih sayang sesama makhluk sebagai asbab dan wasilah pada kita mencapai kasih sayang Allah.. kita memang memerlukannya dan menginginkannya oleh itu sememangnya kita tak perlu lari dari naluri itu.. cuma kita perlu gunakan naluri itu dengan sebaiknya dan sebetulnya maka insyaAllah kita akan kembali ke sisi Allah ke tempat kembali yang baik yakni Al-Jannah.. insyaAllah biiznillah..

bayangkan jika kita tak dapat kasih sayang dari ibu bapa.. dari suami isteri.. tengokla berapa banyak anak2 kecik yang dibuang2 dalam tong2 sampah.. agak2 mak pak dia tu buat dia gitu sebab sayang kat dia ke ek? kalau sayang.. diorang awal2 lagi tak wat keje2 bangang tu.. mak pak yang pukul2 dera2 anak.. sebab sayang ke? kalau sebab sayang.. pukul tu mungkin munasabah lagi.. tu pun ade sebab2 yang membolehkan macam budak tu tanak smayang ke.. dera? dera sebab sayang.. bunyi pun dah macam mush mauul (tak logik).. laki yang lari tinggalkan bini ngan anak2 terkapai2 cari rezki sniri tanpa dibagi nafkah.. dia wat gitu sebab sayang keluarga dia ke? tak dimaunye.. gitu jugak ngan anak2 terbiar yang kita dapat tengok disana sini.. berpakaian compang camping comot momot meminta2 sedekah sana sini menadah tangan mengharap bantuan orang demi sesuap nasik untuk mengisi perut.. agak2 dapat ke nak terapkan jiwa yang cemerlang dalam contoh2 yang kita dah sebutkan tadi? macam tak boleh je kan? alangkan terkadang individu yang dapat kasih sayang ibu bapa sepenuhnya pun tak dapat nak bentuk jiwa mereka dengan jiwa cemerlang.. inikan pulak yang tak dapat kasih sayang.. terlebih aula untuk kita katakan jiwa mereka tak berapa nak cemerlang..

bayangkan pula jika kita tak dapat kasih sayang dari kawan2 dan masyarakat sekeliling.. kita hidup bersama mereka namun hakikatnya kita tiada dipandangan mata dan hati mereka.. kita dibenci mereka.. bagaimana kita mahu bermuamalah dan bersuhbah dengan mereka dalam keadaan kita dibenci? bolehkah agak2nya kita meminta bantuan kepada mereka yang tengok muka kita je pun nak tanak.. tak payah nak sombongla mendabik dada berkata bahawa kita takkan mati kalau takde orang nak kawan ngan kita.. hakikatnya kita manusia makhluk yang perlu hidup bermasyarakat.. tambahla lagi jika kita mahu menjadi pemimpin mereka.. menjadi imam dalam solat dalam keadaan makmum membencinya sahaja sudah tak boleh.. inikan lagi hendak memimpin seluruh masyarakat dalam keadaan semua rakyat tidak mempunyai rasa mahabbah dan kasih sayang dalam hati mereka..

Dari Auf bin Malik Al-Asyja'ie, dari Rasulullah SAW sabdanya: (Sebaik pemimpin kamu adalah yang kamu suka pada mereka dan mereka juga menyukai kamu, kamu mendoakan untuk mereka dan mereka juga mendoakan kamu, seburuk pemimpin kamu pula adalah yang kamu marah pada mereka dan mereka marah kepadamu, dan kamu mencela mereka dan mereka juga mencela kamu) Diriwayatkan oleh Muslim.

bayangkan lagi jika kita tak dapat kasih sayang daripada alam sekeliling kita yang terdiri dari alam sekitar, menatang menating menatung, segala tumbuh2an.. boleh ke kita hidup ngan sempurna tanpa mereka2 ni? Allah ciptakan alam ni sebagai satu hamparan untuk kita nikmati kehidupan didunia..

Firman Allah SWT:
Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui.
Al-Baqarah : 22

kita sebagai khalifah yang bertanggungjawap menyayangi alam.. kita gunakan mereka sebagai sumber kehidupan kita.. pernafasan kita ambil dari udara.. dari tumbuhan yang menyediakan kita oksigen melalui proses respirasi.. kita hidup dengan sumber air yang juga datang dari alam.. dari laut.. dari sungai.. dari hujan.. kita dapat survive dengan makan dari sumber menatang2 ternakan.. bayangkan jika dorang semua ni tak sayang kita.. boikot kita.. tetiba tumbuh2an tanak kuarkan oksigen.. boleh benapas? tetibe awan tanak sejat air dari laut dan air hujan tak turun2.. laut sungai tetibe kering.. mane nak minum? binatang2 ternak semua lari takde 1 pun yang kita dapat tangkap wat makan.. buleh cari tenaga idup? korang sniri leh pikir jawapannye.. kompem mengelupur tak larat nak idup..

agak2nye buleh nampak dah tak pentingnye kasih sayang tu untuk jadikan jiwa kita cemerlang? kalau dah komplet semua jenis kasih sayang kita ada.. dengan Allah.. dengan manusia.. dengan haiwan.. dengan alam.. barulah jiwa kita tenang.. semua pihak suka dengan kita.. Allah suka kita.. masyarakat sekeliling suka kita.. alam pun sukakan kita.. mendoakan kebaikan untuk kita.. tak cemerlang lagi ke gitu? barula dunia kita yang sementara ni kita lalui dengan kemanisan.. dan Akhirat kelak pun kita lalui dengan kenikmatan.. insyaAllah biiznillah..

Soalan 2
aktiviti yang mewujudkan perasaan kasih sayang

Soalan 3
kemana perasaan kasih sayang itu harus disalurkan..dan bagaimana menggunakan perasaan kasih sayang itu ke jalan yang betul..

[2 soalan ni aku gabungkan jela asyan rasa dah malas nak taip, menjimatkan masa dan tenaga (masa tenaga aku menaip dan masa tenaga korang nak membaca) dan takut2 aku terbuat novel plak kalau asingkan soalan2 ni.. idea terlampau banyak sampai belum sempat aku nak keluarkan idea tu as article dia dah keluar dulu dari kepala hotak aku ni sebagai rambut2 yang panjang.. patutla rambut aku skang panjang kan.. rupe2nye idea menulis yang banyak tak kesampaian ditulis telah bertukar rupe menjadi rambut.. ngahahah..]

1. salurkanlah kasih sayang kita kepada Allah SWT - melakukan banyak ibadah2 sunat

seperti yang telah kukabokan sebelum ni.. kasih sayang yang paling penting kita perlu dapatkan adalah kasih sayang Allah Rabbul Jalil.. maka untuk mendapatkan kasih sayang Allah itu kita perlulah melakukan sedikit pengorbanan.. bazirkanlah sedikit masa kita untuk Allah.. [actualy meluangkan masa untuk ibadatillah tu bukan termasuk dalam pembaziran waktu ye..harap maklum..] masa yang kunonnye sangat bernilai bagi kita hinggakan takde masa nak kita spendkan untuk solat2 dan puasa wajib.. apatah lagi nak wat yang sunat2.. kita nak Allah sayang kita.. tapi kita tak tunjuk pun yang kita sayangkan Allah.. patutnya setelah setel yang wajib2 tu.. tunjukkanlah kita sayangkan Allah dengan menambah lagi yang sunat2.. wat la sunat2 rawatib qabliah ngan ba'diah tu.. puasa 6 bulan syawal ni.. dah wat ke blum? duk beraye je sempat abis syawal baru teringat nak pose 6.. maalish la basha.. dah takde can la gitu nak dapat pahala pose setaun.. pose isnin khamis.. baca zikir2 pagi dan petang.. baca hizib2.. wirid2.. qasidah2.. Allah tu senantiasa je bermurahati nak bagi kita ganjaran macam2 sebagai tanda Allah sayangkan kita.. syaratnye cuma tunjukkan je pada Allah yang kita sanggup besusahpayah sikit tonggang tonggeng tubuh kita bersembahyang dan fokus hati kita untuk khusyuk mengingatiNya.. berlapar dahaga sikit berpose ingatkan orang2 susah kat luar sana.. buang air liur kita sikit dengan menyebut2 nama Allah dan memuji2 Rasulullah.. keluarkan duit kita sikit kongsi rezeki yang kita dapat dengan fakir2 miskin dengan bersedekah dan berzakat.. bantu2 orang mana2 yang patut.. tak dapat bantu ngan duit.. ngan masa dan tenaga ataupun buah fikiran dan idea pun jadilaa.. insyaAllah ada pahala dan keberkatannya menyebabkan Allah bertambah sayang ngan kita..

2. salurkanlah kasih sayang kita kepada seluruh keluarga - mawaddah dan mahabbah dalam menjaga silaturrahim

skali skala tubuhkanla satu ajk adhoc untuk wat family day.. kumpuikan family kecik ke beso ke tak kesahla.. watla aktiviti2 makan2 ke.. rehlah2 ke.. gi mancing sesame ke.. rapatkan silaturrahim sesama keluarga.. barula datang feel kasih sayang tuh.. satu family satu keluarga tak payah le nak betekak.. amalkan sikap tolak ansur antara satu sama lain.. kalau semua orang berebut2 nak mengalah kan.. dah tentu keluarga jadi aman tenang dan bahgia.. ni tak.. ade 10 orang..semua nak ikut kepala masing2.. berkeras.. macamana nak wujudkan kasih sayang tu kalau semua asik nak begaduh memenangkan pendapat memasing yang belum tentu sape yang betulnye.. ni adik beradik sama2 pelajar agama dalam 1 keluarga pun tak betegur.. sebabnye sorang sufi sorang salafi.. apela nak jadi dunia skarang ni.. penuh ngan fitnah..

3. salurkanlah kasih sayang kita kepada ibu dan bapa - taat pada keduanya

selagi mana mak bapak tu tak nyuruh ke maksiat.. tak payahle kita melawan.. jangan naik suara.. masamkan muka.. kalau mak bapak tu jenih tak smayang skalipun.. kita kene taat apa2 suruhan diorang selagi yang disuruh tu bukan maksiat.. slow2 la kita dakwah dorang supaya dekat ngan agama.. dekatkan diri ngan solat.. marah bukan jalannye.. kita takleh pakse orang yang tak biasa bersembahyang untuk bersembahyang tiba2 terus gitu je.. kita marah dan mengamuk2 sebab diorang tak sembahyang.. kita jugak yang derhaka.. sebaliknya apa yang kita perlu buat.. kita beri galakan.. beri dorongan.. bantu mereka.. ajarkan mereka solat dan istiqamah dengannya.. dan yang paling penting.. jangan putus asa.. batu yang keras pun kene air sekian lama mampu berlekuk.. inikan lagi hati manusia.. dengan itu kasih sayang mereka dengan kita tak tergadai.. dengan itu kasih sayang antara kita ngan mak bapak pun berkekalan.. takde la kita nak marah2kan dorang dan dorang pun takde la nak kecik ati ngan kita.. tak suka ngan kita..

Firman Allah SWT:
maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia
Al-Isra' : 23

4. salurkanlah kasih sayang kita kepada suami / isteri - isteri mentaati suami dan suami menyayangi isteri

ni untuk laki bini jer.. walaupun aku lum berbini tapi pengalaman aku nengok orang lain berbini tu banyak.. so jangan nak komen2 aku kate aku cakap mende yang aku tak tau.. hehe.. patutnye sorang isteri tu kene taat ngan suaminya melebihi ketaatannya pada ibu bapanya.. nak bagi laki kome ni sayang kat kome senang la ya amatnye.. kome je yang maleh nak bagi laki kome sayang kat kome tu pase laki kome gi carik lain.. hehe.. dah ngkome kat umah berhias macam nenek kebayan.. kalo nak keluo umah tuh.. fuh.. mengalahkan rihanna plak dressingnye.. perfume beli banyak2 penuh meje solek pakai time keluar.. duk ngan laki kat umah pakai perfume bau ketiak je.. time laki ngkome balik dari keje plak kome bukan nak sambut kat pintu.. pegang beg dia.. pimpin tangan dia kat meje makan.. sendukkan nasik.. kalo dia nak suapkan dia.. dah kome pun sebuk keje jugak nak wat cemane.. laki kome balik dulu pulak tuh daripada kome.. peluk dinding jela dia ari2.. mane la nak sayang kome lebeh.. dinding tu jela yang laki kome sayang lebeh pasal ari2 sambut dia.. haha.. malam2 plak time laki kome nak tuuut kome tak bagi.. letih keje la.. itu la ini la bagi alasan tak syarie kat laki kome tuh.. mane la die tak fedap.. yang lakinye pulak toksah nak wat peel pelik.. ade yang elok2 dah dapat bini sikit pnyer taat.. dah telampau baik bini tu kome gi pijak plak pale dia.. dia dah elok2 jadi sebaik2 zaujah melayan kome dengan layanan first class.. kome gi gatal2 plak lagi cari pempuan len kat luo.. hargai la sket bini tuh.. dia dah taat kat kome.. kome patutnye sayang le kat die 100%.. skali skala blikanla bunge balik2 keje tuh.. bagi habib jewel ke wat adiah arijadi.. romentik la sikit.. ni taunye nak romen je.. romentik tak reti.. rajin2la begurau2 ngan bini.. wat2 lawak sket.. tak kesahla lawak bodo ke lawak pandai ke.. bini pun kalau dah laki wat lawak tu gelak la.. ni wat bodo je.. mane laki tak terasa bodo.. [tapi kalau lawak dia sungguh memang tak lawak nak wat camne lak aa? huhu] kalau yang dah ade anak tu.. skali skala bawak la bini ngan anak2 gi becuti.. makan2 angin ngan makan2 hotel.. [makan angin je tak jadi..kembung perut..haha..] jangan bawak balik tekanan keje kat tempat keje ke rumah.. bawak keje kerumah takpe lagi.. tekanan tu tinggalkan kat tempat keje sudah.. setelkan kat sana.. ni dak.. gi lepehkan tekanan tempat keje kat umah.. langsung bini ngan anak2 yang jadik mangse.. camne la nak wujudkan perasaan dan suasana kasih sayang kalau gitu kan..

Dari Ma'qal bin Yasar katanya, Rasulullah SAW telah bersabda: (Kahwinilah perempuan yang wadud yang walud, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku) Diriwayatkan oleh Abi Daud dan An-Nasaie.

Rasulullah menggalakkan kita (para lelaki sejati tak termasuk pondan2 yang telah ketiadaan anu) untuk mencari wanita yang 'wadud' dan yang 'walud' untuk dijadikan sebagai isteri kita.. wadud kat sini bukanlah bermakna bini kita tu mesti bernama Aminah Wadud.. [takndak aku bebinikan macam aminah wadud yg penin tuh..] akan tetapi yang dimaksudkan oleh Nabi akan erti wadud itu adalah 'kathratul mahabbah' iaitu bersangatan kasih sayangnya.. adapun makna walud itu adalah yang subur.. ada kaitan mengapa Rasulullah SAW menyebutkan wadud terlebih dahulu baru walud.. kama qala syaikhuna Syeikh Nuruddin semasa mensyarahkan hadith ini dalam Tahzib Misykatul Masabih dalam kitabunnikah dulu.. bila kita kahwini perempuan yang wadud ni.. maka barulah datang walud.. sebab bila bini kita sangat sayang pada kita.. dia akan sentiasa membuatkan kita gembira.. bila kita sentiasa gembira.. rajinla kita meng'kerje'kan dia.. bila rajin kita mengkerjekan dia.. rajinla dia mengandung.. maka jadilah dia seorang yang walud.. hehe.. tapi cuba tengok kalau wanita yang kita kawin tu takde sifat wadud.. dia sayang kita pun kengkadang je.. ade mood dia nak layan dia layan kita.. kene time takde mood dia nak layan.. kita ngan anak2 pun makan megi hangit je.. tu pun kita sniri yang masak.. dia melengkor je tebongkang tido kat sofa.. kompem mood kita nak 'kerja'kan dia pun nak tanak je.. camne nak membanggakan Nabi ngan ramainya umat Baginda kelak kan.. so.. kepada yang masih belum berkahwin [macam aku..hehe..] carilah yang wadud insyaAllah kita akan dapat yang walud..

5. salurkanlah kasih sayang kita kepada kawan2, tetamu2 dan jiran2 - layanlah mereka sebaik mungkin

Dari Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: (Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata yang baik ataupun hendaklah ia diam. Dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan jirannya. Dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia muliakan tamunya) Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

toksahle kita asik nak mencarik pasey ngan kengkawan ngan jiran tetangge.. kita ni hidup sama2 ngan dorang.. toksah le mende kecik2 pun nak bawak beso2 sampai ke mahkamah.. orang sebelah tersiram pokok bunge umah kita pun nak saman.. anak jiran kita terpelangkung pasu bunge umah kita pun nak repot kat pulis.. alangkah eloknye kalau masa kita nak becakap kita pikir dulu apa yang kita cakap tu ade pekdah ke takde.. bakal menimbulkan maslahah atau masalah.. kalau tetiap kali kita becakap asik mengundang problem dan pergaduhan.. adalah lebeh baiknye kita diam je lagi bagus.. macam yang Us Ismail Kamus pernah cakap satu ketika dulu.. "kalau diam.. tak tau lagi camne.. tapi bila becakap.. kompem bodoh! " sepatutnya kita dengan kengkawan.. ngan jiran tetangge.. tunjukkanla akhlak yang baik.. adat2 melayu kita pun banyak yang positif terhadap jiran2 ni.. betuko2 bagi makanan.. wat kenduri2.. ziarah2 berkenal2an.. kalau tetamu datang.. jamu la takat mana yang kita mampu.. layan la diorang tu sebaik mungkin.. usahle tarik2 muke masam.. muke menyampah ke.. [walaupun sungguh2 menyampah..] tetamu tu datang membawak berkat.. takkan kita nak tolak keberkatan yang orang nak bawak pada kita kan.. sayangilah kawan2.. sayangilah jiran2.. sayangilah para tamu kita..

6. salurkanlah kasih sayang kita kepada haiwan tumbuhan dan alam sekitar

Dari Abi Ya'la Shaddad ibn Aus RA dari Rasulullah SAW sabdanya: (Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan atas tiap-tiap sesuatu. apabila kamu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan. dan apabila menyembelih, maka elokkkanlah penyembelihan. dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan mata pisaunya dan hendaklah ia melapangkan binatang sembelihan) Diriwayatkan oleh Muslim.

jangan ingat kita takleh zalim pada manusia je.. pada binatang pun sepatutnye begitu.. jangan seksa dorang.. dorang tu semua berzikir pada Allah korang mane tau.. tengah2 dorang berzikir korang gi sepak2 dorang.. takde sebab tetibe je sepak2 kucen.. saje seronok2.. ha ko tunggula kat Akhirat sok kucen tu sepak2 balik ko sampai besepai.. menatang pun ade perasaan jugak.. kalau kita sayang kat dorang insyaAllah dorang pun sayang kat kite.. kalau tak takkanla sampai Nabi sniri pun sebut tentang hal berlaku ihsan pada haiwan ni kan.. nak sembelih kene ngan pisau yang tajam.. supaya dia cepat mati tak terseksa menahan kesakitan.. pastu asingkan daripada menatang2 lain.. nanti takut la yang len2 tu kawan dorang kene pancung depan2 mata dorang je kan.. tu menunjukkan bukan perasaan manusia je kita kene jaga.. perasaan haiwan2 ni pun kita kene amik tau jugak.. sayangkan alam sekitar.. jangan cemarkan alam kita seperti rakyat mesir yang hidup dalam zibalah.. jagala kebersihan kerana kebersihan itu sebahagian dari iman.. kate nak jiwa yang cemerlang kan.. orang yang berjiwa cemerlang tu kene seorang yang pembersih.. barula kene kan..

7. salurkanlah kasih sayang kita kepada semua - jangan marah2.. jom kita heppi hurreeyy~

Dari Abi Hurairah RA bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW: berilah wasiat kepadaku. Sahut Nabi: (Janganlah engkau marah) Kemudian ia mengulangi pertanyaan beberapa kali. Sabdanya: (Janganlah engkau marah) Diriwayatkan oleh Bukhari.

let's live our life happily without being angry tak memasal.. kalau berpasal tu takpe.. marah bertempat misalan marah kerana ada pihak yang menghina agama Islam kita.. menghina Nabi kesayangan kita.. tu takpe la.. memang dibenarkan tempat tu untuk marah.. ni tetibe nak marah.. kesian orang yang kene marah takde sebab tu kan.. mesti kecik ati dia.. tepikir2 dia.. kenapa asik dia je yang kene.. ingat dia tu tempat lepas geram ke.. berlembut tu kan lebih berhikmah.. yang penting.. jika diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan.. maka bersabarlah.. dan jangan terlalu cepat melenting.. itu lebih menimbulkan kasih sayang.. rite?

sekian dulu dari meja encik sapuan dan laptop encik boan.. sayang korang~ hihi.. [bile daa aku nak balik umah ni..]

Currently have 3 Kata Komenan:

  1. Rasulullah SAW bersabda:

    " مَنْ لاَ يَرْحَمِ النَّاسَ لاَ يَرْحَمْهُ اللهُ "

    Maksudnya : ”Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya.”

    (H.R. Al-Termizi)

  2. respek lu brother, panjang sampai aku tak larat nak baca semua! hahaha..

  3. kalau aku jadi korang pun aku malas nak baca.. hahaha..


Leave a Reply