Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Friday, December 4, 2009

Hadith For The Day : #1 : Sedekah Membawa Barakah

Posted by The Pamiesz® | Friday, December 4, 2009 | Category: |

Salam aleik to all my frenz and followerz out there.

insyaAllah biiznillah starting from today I will post a new category of my articles. This category I named it as “Hadith for the day”. I’ll post a hadith and try to make a simple elaboration about the says of our Prophet Muhammad SAW so that we can understands many kind of right teachings from The Prophet SAW. Of course it is for our blessed life that we’re always searching day by day. And this kind of blessed life we just can get it only if we follow our real leader’s teaching that is from our magnificent Prophet’s teachings.

How do we know his teachings? Hear and take a note from what the ulama said. They got the real teachings from Rasulullah passed down generation by generation by sanad. And please just DON’T hear some kind of blabering from the one that looks like ulama but nothing than some selfish person who just using the name of Rasulullah to make his grand appearance in front of the jahil peoples. They never hear what the ulama said about real Prophet teachings and they also never give a respect for the previous ulama before them. So, dont we ever follow this kind of ‘ulama suuk’ that use our Deen as a platform for their famous and glamoury false world.

Hahaha. Berjaya cakap omputih. Need translation? I think majority of my blog readers are educated enough to understand my simple language. Sorry if i dont ride the lorry, I just feel like talking in english today. Just hear lah dont say too much. Ngehngehngeh.

If there’s a request to translate to malay then please ask some other reader from engineer or medic students or whatever that definitely more ‘gile kentang punye hebat’ english than me. Ask them to translate and give them upah like pakwe arab sorang dua ke or hempon baru ke or laptop or netbook or net for fishing or net badminton or whatever la do I need to write down the examples of upah until this article became the longest article in the yeo’s world book of records? Actualy I dont give a support to guiness world book of records because it is arak’s brand u know. U dont know ka that arak is haram? So that I created the new world book of records that is more healthy. From the brand of soya. Introducing.. jengjengjeng.. yeo’s world book of records. Drink soya. It’s really delicious. Hountooooo~ it will be more delicious if u make it yourself at home. Do the ‘perah’ step using your towel that have been 3 weeks unwashed. Its taste feels like...heaven u know. Hahahaha.

Hadith pilihan untuk hari ini adalah seperti berikut:

عن أبي هريرة رضي الله عنه ، قال : قال رسول الله صلي الله عليه وسلم :
( كل سلامى من الناس عليه صدقة كل يوم تطلع فيه الشمس تعدل بين اثنين صدقة ، وتعين الرجل فى دابته فتحمله عليها أو ترفع له عليها متاعة صدقة ، والكلمة الطيبة صدقة ، وبكل خطوة تمشيها إلي الصلاة صدقة ، وتميط الأذي عن الطريق صدقة )
رواه البخاري ومسلم


Daripada Abu Hurairah RA : Bahawa Nabi SAW telah bersabda :
(( Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit.
1. Engkau mendamaikan antara dua orang yang berselisihan itu adalah sedekah.
2. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya itu adalah sedekah
3. Dan perkataan yang baik itu sedekah.
4. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah.
5. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. ))

Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Perkataan biasa yang kita sering dengar di corong-corong telinga. Sedekah. Mael XPDC pon ade nyanyi nasyid pasal sedekah ni kan. Err.. lagu metal dan rock bole tak dikategorikan sebagai nasyid? Tapi apakah apa yang dinyanyikan oleh Mael tersebut bertepatan dengan konsep sedekah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW?

Sedekah yang biasa kita dengar yang juga merupakan mindset setiap orang didefinisikan sebagai ‘mengeluarkan sebahagian DUIT ataupun memberikan sesuatu BARANG untuk diberikan kepada sesuatu jisim perseorangan mahupun kepada suatu pertubuhan secara percuma tanpa ada unsur buruk siku nak mintak balik mahupun menukarkan kontrak menjadikan ianya sebagai pinjaman.” – definisi diambil dari kamus dewan orang ramai kampung kubo yang ditulis oleh gengster-gengter kampung itu yang sudah insaf dan bertaubat kepada Allah SWT.

Itu memang biasa. Semua orang tau maksud sedekah tu macam tu. Kalau tak bagi duit, bagi barang. Pree of cas. Kalau sedekah, mintak bayo separuh, tu bukan sedekah namanya. Tu namanya SEDEK. [buang KAH separuh sebab dia sedekah sparuh je kan sparuh lagi kene bayor] SEDEK ni kebiasaannya datang dari orang yang KEDEK. Orang yang kedek pulak biasanya datang dari orang yang sedek. Orang yang sedek tu mesti orangnya kedek. Orang yang kedek pulak belajar jadi kedek daripada sedek. Ni yang aku malas nak ulang-ulang ayat yang sama ni. Tadi baru je cakap tak nak buat artikel ni masuk dalam yeo’s book of records.

Tapi ala kulli hal kira okey la kan jadi sedek daripada jadi kedek. Sebabnya sedek ada jugak dia kurangkan beban separuh. Tapi kalau kedek kompem dia takde bagi kurang cas. Kena bayar full la kan.

Tapi ala kulli hal kira okey la kan jadi kedek daripada jadi temek. [Tamak la tuh. Lidah pelat sket takleh sebut hurup len selain E] Kalau orang temek ni plak, bukan takat mintak bayor full, dia cas riba’ pulak lagi dengan harge yang melampau-lampau batasan sempadan daerah negara dan cakerawala.

Kejap, kejap. Bagi laluan kejap. Sebenarnya kita cerita pasal apa ni?



.......................



Oh, sedekah. Saya hampir terbabas ke tajuk mengapa bas sekolah bewarna oreng bertulisan hitam. Maafkan saya diatas segala kesilapan ini. Sesungguhnya saya seorang yang tidak malu untuk memintak maaf jika saya benar-benar membuat kesalahan. Tapi sebenarnya saya tak salah pun kan?? Kenapa perlu saya meminta maaf??? Hah? Kenapa? Kenapa perlu saya? Cakaplah!!! <---- ini namanya ayat orang ego yang suka main lego tapi paw orang punye lego sebab dia tak mampu pon sebenornye nak beli lego seniri. Weh ingat permainan lego tu murah ke?

Ramai orang kedekut yang tak mahu bersedekah. Katanya bersedekah menyebabkan wang semakin kurang. Betul ke statement ni? Penat-penat peluh jantan mengalir, sedap-sedap je pulak nak bagi duit kat orang. Penat-penat aku sign perjanjian PTPTN, senang-senang pulak ngkau yang baru berstatus ‘balak’ nak kikis segala pinjaman yang kelak aku jugak yang kena membayornye. Lelah-lelah aku mencari duit bagai nak rak buku dan almari pinggan, mudah-mudah pulak ngkau nak menadah-nadah tangan di tepi-tepian jalan dengan muka mengenang nasib sendiri yang hidup tak keruan di muka bumi Allah ni. Mentang-mentang aku anak dato yang mempunyai 38 cucu, ngkau nak ambik kesempatan pulak dengan mengambil semua barang-barang kat rumah aku sesuka hati unta sambil berkata, “ni kira sedekah udahla”. Ngkau ingat harte aku semua ni mak bapak ngkau yang punye ke hah? Ni semua harta aku lah! Aku pemilik mutlak harte ni!

Tipooo la tuh. Kecik-kecik tanak mati. Besor-besor menipu orang. Mana ada harta kat dunia ni kita punya. Harta ni semua Allah bagi pinjam je oke. Diulangi. Allah bagi PINJAM. Sampai masanya kita akan pulangkan balik semua harta-harta ni pada Dia. Kalau kita pinjam barang daripada kengkawan kita, seluar dalam contohnya. Kalau time kita pulangkan tu ada koyak besor kat bahagian ponggong sebab kita terover kentut semalam, maka dah tentu la tuan punye sepender tu marah kan? Tu kalau tertaksengaja over kentut takpe la. Ni saje kentut tu diteran-teran bertujuan nak bagi koyakkan barang pinjaman yang saya yakin sebenarnya takde sape pun yang sanggup nak pinjam orang punya menatang tuh. Kalau ada orang nak pinjam pun takdenye orang nak bagi pinjam. Hahahaha.

Macam tu jugaklah benda-benda yang Allah bagi pinjam kat kita ni kalau kita sengaja guna untuk buat kerosakan, takkanlah Allah tak marah. Tubuh badan kita ni pun pinjaman. Kenapa kita nak merosakkannya dengan mengambil dadah, arak dan sebagainya? Dadih takpe la sebab ianya menyihatkan badan.

Harta-harta berupa wang dan kenikmatan dunia yang Allah anugerahkan pada kita juga begitu nilaiannya. Ingatlah bahawasanya dalam nikmat yang kita dapat pinjam daripada Allah tu ada hak orang lain jugak didalamnya. Berikanlah hak orang lain yang kita tidak ketahui nilaiannya tu dengan melakukan sedikit sedekah. Kongsikan nikmat yang kita ada. Supaya Allah tak kata kita tamak dan pentingkan diri sendiri. Tak dapat sikit, banyak pun jadilah kan?



..................




Di hari jumaat kebiasaannya hari yang paling ramai orang menabung... di surau dan masjid. Maka menjadi rutin setiap lelaki-lelaki yang pergi ke masjid untuk menunaikan solat jumaat akan melihat tabung-tabung lalu dihadapan mereka. Pelbagai cara tabung itu dijalankan antaranya:

1. Pergerakan manual yang paling femes dan pantas iaitu orang yang duduk paling kanan saff akan mula menggerakkan tabung ke orang di sebelahnya. Lalu orang itu pun menggerakkan pula tabung itu ke orang yang sebelah lagi hinggalah tabung itu sampai di penghujung kiri saff.

2. Pergerakan manual yang melibatkan khidmat manusia-manusia ataupun dalam kata lain budak-budak kecik la tuh. Dorang jalan menadah tabung menghulurkan dari sorang ke sorang sampai la semua saff dah dia round. Cara ini masih digunakan di sesetengah masjid dan cara ini memberikan alternatif kepada pensedekah untuk bersedekah samada kepada tabung masjid ataupun kepada poket budak tersebut. Anda yang membaca ni pon tentu ada yang pernah berpengalaman berpoket penuh ketika membantu menjalankan tabung ni kan? Share la pengalaman siket kat sini.

3. Pergerakan automatik. Depan setiap saff ada eskelator yang berjalan sendiri macam kat airport tuh dimana tabung-tabung ini berjalan dengan sendirinya. Cara ini masih tak dibuat oleh mana-mana masjid sebab saya pun main bantai je cakap nih. Hahaha.

4. Pergerakan sejenak Son Goku. Jemaah yang duduk secara tertib di saff hanya perlu meletakkan dua jari di dahi dan membayangkan yang mereka telah pun memasukkan duit ke dalam tabung masjid yang terletak nun di ceruk tiang masjid. Jeng jeng jeng. Setelah pembayangan itu, duit telah pun ada dalam tabung. Menarik bukan fantasi ini? Ini bukan final fantasy mahupun fantasy football. Ia langsung tak ada kena mengena dengan cara tabung dijalankan semasa hari jumaat. Ini semua khurafat! Khurafatttt!

Bila tabung tu lalu dan muncul tercongok dihadapan mereka, maka mulalah mereka-mereka yang duduk ini membuat dan menunjukkan pelbagai perilaku dan lagak. Antaranya:

1. Buat muka berlagak kaya padahal takde duit.

2. Tunduk dan khusyuk menyerahkan diri kepada Allah SWT dengan membenamkan kepala dalam lantai masjid sambil berdengkur meriah serta dapat mimpi indah jadi burung kasawari jadian di ketika itu.

3. Tersengih-sengih kambing dan tersipu-sipu malu pabila nampak kupu-kupu pun tersipu-sipu.

4. Melihat tabung melalui depan matanya sambil terkebil-kebil.

5. Buat-buat tak nampak tabung lalu dengan menggerak-gerakkan anak mata meneliti kesenian kubah masjid kononnya.

6. Meraba-raba poket dan mengeluarkan dua keping not seringgit sambil memasukkan satu ke dalam tabung dan satu lagi ke dalam poket budak penjalan tabung.

7. Otak ligat berfikir, “Rasanya dalam dompet aku tadi not paling sikit ada duit merah RM10. Isk, takkan nak bagi RM10 kot. Bengkrap la pulak.” Lalu pabila tabung sampai di depan mata beliau pun dengan wajah selambe tapir mengopek tudung tabung dan mencari duit pecah. Sambil tersengih pada orang sebelah, beliau mengambil baki RM9 daripada tabung dan memasukkan duit merah tadi seraya menutup kembali tudung tabung lantas dipassingkannya pada orang sebelah sambil berkata dengan suara yang kaber-kaber, “Jangan buat macam saya yer. Saya ada 4 orang isteri dan 18 orang anak.”

8. Waktu tabung masih ada dengan orang sebelah, [belum sampai kat dia la tu] dompet pun dibuka dan didapati not paling kecik adalah RM50. Beliau terus terbatuk-batuk dengan ganasnya sampai terkentut. Lalu beliau bangun untuk ambil wuduk dan kembali duduk di tempat yang telah kompem tabung dah lepas lalu. “Selamat aku”, katanya sambil mengusap-usap janggut yang tak perang.

9. Menyeluk poket atas baju melayu yang samar-samar kelihatan not berwarna biru lalu dengan tanpa memikir panjang menariknya keluar dari poket lalu dilipat-lipatnya dan terus disumbat masuk kedalam mulut tabung yang sentiasa menganga. Balik rumah pas jumaat tu masa tengah kemas-kemas baju tengok-tengok seluk poket ada not seringgit. Rupe-rupenya yang dia masukkan dalam tabung tadi not RM50. Lalu menangislah beliau di depan mesin basuh selama 8jam sebelum air mata itu kering dan mesin basuh pun rosak.


..................



Yess.. aku dah merapu panjang dengan menaip dalam microsoft word menggunakan font times new roman saiz 12 single spacing dan ini sudah memasuki mukasurat yang kelima. Aku rasa aku harus straight to the point supaya cepat-cepat masuk isi yang berkaitan dengan hadith. Tapi kan, ni bukan merapu kan? Sume ni ade kene mengena gak ngan hadith kan? Cuma tak kena direct la. Baru sekitar permukaan. Oke, sekarang kita menyelam ke dalam pulak. Maleh nak menyelam dalam-dalam sangat. Karang takut lemas di kuala dipang.

Kesimpulannya, bagi istilah umum sedekah ini, saya menasihati tuan-tuan dan puan-puan sekalian agar bertaqwa kepada Allah SWT. Sedekahlah sekadar yang kita termampu. Kalau tak ada 50sen, seringgit pun jadilah. Kalau tak ada seringgit, RM15 pun takpe sumbat dalam tabung masjid tu. Kalau ada peminta sedekah yang mintak makanan kita tu, belanja la dia barang roti canai sekeping dua atau teh o beng tak nak teh tak nak beng barang segelas dua.

Apa yang penting, bersedekah itu hakikatnya sedikit pun tidak akan mengurangkan harta kita di dunia ini. Bahkan percayalah dan sematkanlah di dalam hati sanubari kalian bahawasanya Allah akan membalas dengan memberikan rezeki tambahan dari arah yang kita tak ketahui berlipat-lipat kali gandanya pulak kalau kita rajin bersedekah. Kalau korang percaya pada Allah sebagai Pemberi Rezeki, nescaya korang takkan lokek untuk bersedekah walaupun korang tau korang sedang ditipu oleh sindiket peminta sedekah umpamanya.

Itu sedekah duit. Bagi yang takde duit? Bagi yang miskin? Jutawan fakir? Macamane pulak?

Inilah yang Nabi SAW sebutkan dalam hadith.

Tanpa perlu memanjangkan kalam, rasanya semua faham maksud hadith yang telahpun ditulis terang-terang kat atas nun.

Sebenarnya banyak lagi cara bersedekah selain dari menggunakan duit. Kalau takde duit pun kita boleh dapat pahala bersedekah senang-senang jer. Cuma kita je yang sombong tanak pahala. Allah dah bagi peluang banyak. Kita yang saje sia-siakan. Betapa berlagaknya kita walhal kita hanyalah hamba yang hidup demi mengharapkan rahmat Allah SWT. Hidup tanpa rahmat Allah SWT di dunia merupakan sesuatu yang tak dapat kita fikirkan bagaimanakah keadaannya. Sungguh menyeksakan dan sangat mengazabkan walau kita belum berhadapan dengan azab neraka jahannam lagi, jika di akhirat sana, tentunya lebih-lebih lagi unimaginable kan? nauzubillahi min zalik. Allahumma inna nauzubika min sakhatika wannar..

Anggota kita perlulah kita didik untuk senantiasa bersedekah sepertimana yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah SAW. Kata Baginda:

1. Engkau mendamaikan antara dua orang yang berselisihan itu adalah sedekah.

Islam sesekali tak pernah menggalakkan adanya permusuhan sesama saudara. Perselisihan faham itu perkara biasa yang dilalui dalam kehidupan kita yang bermasyarakat. Lain orang lain ragamnya maka banyaklah karenahnya dan banyaklah juga khilafnya. Maka jadilah orang yang mendamaikan antara dua orang yang berkhilaf itu, anda akan mendapatkan pahala sedekah.

2. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya itu adalah sedekah.

Anda tidak mampu bersedekah dengan wang ringgit dan harta benda? Tentunya anda mampu menyumbangkan tenaga tulang 4 kerat yang Allah telah kurniakan kepada setiap manusia. Jika tenaga dan sedikit masa pun anda tak nak luangkan untuk memberi bantuan kepada yang memerlukan, maka andalah sebakhil-bakhil manusia di alam semesta. Allah amat benci kepada orang yang bakhil. Anda mahu dibenci Allah? Saya tak mahu. Kalau anda mahu, dipersilakan. Anda nak kata anda takde tenaga dan kederat? Cukup-cukupla menipu tu. Tipu manusia mungkin manusia percaya. Tapi anda ingat anda boleh tipu Allah? Terpulang..

3. Dan perkataan yang baik itu sedekah.

Bantulah kawan-kawan sedara mara atau sesiapa sahaja dengan memberikan kalam-kalam yang baik. Kalam yang mampu menggembirakan hati mereka. Tidak menyakitkan hati dan menimbulkan kebencian. Kalam yang memberi semangat dan motivasi. Kalam yang menjadikan kita lebih mengenali Allah dan Rasul-Nya. Kalam yang buat orang ceria. [macam blog saya ni la kan? Anda semua ceria kan berada di sini? Kalau begitu teruskan menyokong saya agar saya terus dapat pahala sedekah yang berterusan dengan adanya blog ini sebagai medium yang dapat menyediakan perkataan-perkataan yang baik untuk kalian semua. =) ] kalau dah tau setiap kali kita bercakap bakal menyakitkan hati orang dan membangkitkan kemarahan, I think its better if we just shut our mouth daripada berkata-kata banyak. Diam itu sememangnya terlebih baik bagi mereka yang sering mengeluarkan kalam yang tiada manfaatnya manakala sentiasa berkata-kata itu pula adalah terlebih baik bagi mereka yang sentiasa kata-katanya itu meninggalkan kesan baik dan positif pada orang lain. So, know our place to talk before we talk okey!

4. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah.

Kaki yang bersusah payah melangkah ke tempat solat juga dinilai pahala sedekah. Ingat senang ke nak suruh kaki kita pegi solat 5 waktu kat masjid? Satu mujahadah yang besar jugak bagi orang yang masih tak biasa. Maka janganlah dibimbangkan ia. Setiap langkah usaha kita itu dinilai oleh Allah SWT. Senang-senang je dapat pahala free disamping janji Allah dengan 27 pahala berjemaah yang dijanjikan untuk siapa yang solat berjemaah + lagi 70x bagi yang dah berkahwin. Tak nampak lagi ke rahmat Allah tu sangat luas dan Dia sangat-sangat Maha Pemurah? Kalau tak nampak jugak ada lebih baik korang mintak pakcik seblah umah korang duku kepala korang dengan batang pokok nyior.

5. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah.

Ini sedekah paling senang nak buat tapi paling sikit orang buat. Tolong buang kulit deroyan betabor kat tengah jalan. Tolong buang spike paku yang polis pasang masa tengah race need for speed. Tolong buang pelepah nyior yang merentang jalan. Tolong buang tar jalan. Eh, yang ni tak payahla. Elok-elok tar takkan nak pakai jalan batu. Tolong buang landak yang tertido kat tengah jalan. Tolong terajang ketepi parit orang yang baring tengah jalan sebab nak bunuh diri. Tolooooooonnngggg~ hahahahaha.

Sekian sahaja hadith untuk hari ini. Di masa akan datang saya berjanji akan cuba memendekkan lagi sependek mungkin artikel seperti ini kerana pada awalnya saya berkata saya hanya nak buat “simple elaborate” tapi macam biasa la jari ni kalau dah pegang keyboard idea mula la mengalir macam air terjun niagara kat selatan pahang. Jadahnye niagara kat pahang? Maka dengan itu diharapkan percubaan saya akan datang akan berjaya. [walaupun rasa macam mustahil je. Hahaha]

GALERI SELAMAT TINGGAL KEMBARA
_____________________________


abah memandikan kembaranya sebelum di'kapan'kan dan di'kubor'kan pada tuan baru. hehehe.

"dah 8 taun engko berjasa dengan aku.. bawak aku pegi pusing merata masjid.. skang ni giliran ngko nak berkhidmat ngan orang len plak.." abah bercakap sorang diri dengan wajah yang sedih dan sayu sambil mengelap kembara yang baru dibasuhnya.

mak pon tak melepaskan peluang bergambar kenangan ngan kembara yang dah lama mengembara bersama mereka.


GALERI SELAMAT DATANG SAGA
________________________


"pasai pa hang lambat ngat bagi keta aku ni? aku tunggu dah dekat 2 bulan tau. terajang pungkoq hang satgi baru hang taw" kompemla bapak aku tak cakap camni kat cina tu. dialog camni hanya orang-orang seperti aku je yang biasanya cakap. hahaha.

the new saga BLM. plet kete ni AGY 67xx. asalnya order saga SE kaler putih tapi agaknye kalo tunggu lagi mau 18 taun lagi baru dapat. lalu abah pun membuat tindakan bijak menukor order kepada saga biasa je. lalu dapat dalam masa 3 hari je setelah hampir 2 bulan tunggu saga SE. pemes bebenor kete ni ek.

alhamdulillah. abah dah tak payah bawak kete yang goncang kuat macam kembara. kete baru ni selesa sedap dan yang penting, ia AUTO!

ni apehal kamben ni tetibe nak enterprem gak kat sini? hahaha. dia saje nak kabo dia dah ada awek nama AGY. mentang-mentang le dah ada awek, tanak mengalah dia terus tukor nombo plet baru takut awek dia kata dia tak smart. [padahal rembat housing plet baru kete saga abah tu. tengok bebetul kat plet tuh ada tulis best model of 2009. bila masa ntah wira ada kuar tahun 2009. hahaha.]

yang ni no komen. muffler HKS jadi pilihan bagi mereka yang gemar merempit ke masjid. HKS stands for HiKayatSijanggutperang. kot. hehehehe. [duit cincin kawen ni aku buat beli eksoz. memang bijak family planning aku kan. hahaha.]

musim cuti sekolah memang penuh dengan kenduri kawen. hampir tetiap minggu ade. macamane la perut tak boroi. isk isk isk...

selamat beramal~ jangan meramal dan menilik nasib sudahlaaaa..

senyum sokmo (^_^)

Currently have 19 Kata Komenan:

  1. Salam
    Wah semua ada dalam satu entry.TQ atas tazkirah sedekah ni. Hu hu
    Bye bye tu kembara...cantik lagi Kembara tu kan

  2. salam..

    weh,bior abah basuh kete sensorang?beik awak tulun basuh skali......kete mak saye.ngahahaa.

    alhamdulillah,ilmua baru lagi. tapi, xsilap saye,gengster kampung kubo tak kuor kamus, tapi genster kampung pisang rasenye.

    haa?duit cincin kawen beli ekzos?muat rasenye ekzos tu kat jari bakal zaujah (gajah ke hape muat sangat tuh)

    rupenye,banyak yang kite buleh lakukan untuk bersedekah. macam blog nih,banyak bersedekah dari segi epi2an dan ilmu of kos.

    ishk2,manyak nak komen,tapi perut nih wat cite saspen pulak..adoihhhhh

  3. ok..dah balik dari bilik temenung.. (perlu ke habaq cni?some stories needed to be hushhush u kno..huhu)

    btw, sangat bagus sebab ustaz berani menggunakan bi! saye pom xgune.. segan bebnor le.. bi saye xbape elok pom..respek r ustaz! bm terel, bi mantop, barab haibat! perghh.. ape yang die xleh wat nih?? hahahaa

  4. ostat pamie...

    Cik syafarah.Memang hebat ostat pamie ni.Memang gua saspek sangat kat dia la.Tapi dia xleh cakap bahasa jawa.Bahasa iban,kadazan dan pribumi.

    Hoho...

    Kamben tu akan ilang,gua curi!

    hoho....

  5. kamben tu tak kemana..ia ada di shoutbox sy..hik =)

    ust..kamu ke yg boroi tuh?sedekahkan la lemak2 berlebihan kpd mereka yg memerlukannya..cthnya..ikan jaws?

  6. um. masyitah:

    same2 kak. memang cantik lagi kembara tu. abah saya pandai jaga. seat pun cantik lagi. sebab berbalut sejak mula beli. rosak pon tak penah. eksiden apatah lagi. sebis cukup time tak penah miss.

    pendek kata memang untung la sape dapat kete tu. orang yang beli tu umpama berkahwin dengan janda tapi dapat kelebihan anak dara. sesuai tak perumpamaan ni? kekekeke.

  7. syaf:

    ni ape 2x post komen ni. uncit2 plak tulih. sempat cirit plak tuh lagi diantara 2 komen. adooiiihh. hahaha.

    mane saya tau abah tak ajak pon saya basuh. tau2 dah siap. saya tinggal bawak kuo dslr jela. pukui gambo. ngehngehngeh.

    aah. ekzos tu nanti bukan sumbat kat jari. sumbat sampai lengan terus. camtu la baru sesuai. mana ada orang kawen skang pakai cincin dah. sume layan eksoz kawen je skang. hahaha.

    elehhh. benci dengo kalam hipokrit sorang engineer yang sekian lama bergelumang dalam bahse omputih nih. tau la grammar saya banyak salah. nak komen kesalahan grammar cakap jela terus terang. main puji2 dulu plak. berani guna bi la. berani makan besi la. berani kerana benar la. itu la ini la.

    huh.

    eh, lupe.

    *huh*

  8. imranulkhalis:

    jangan saspek gua. gua tanak ke balai polis mahupun dilokapkan walau untuk beberapa jam. gua ada kamben yang nak ditanggung. tolongla gua. tolonglaaaa.

    serta merta security kamben diperketat. gua dah buat kunci disana disini kat kete tu sampaikan gua sniri pon tak bole nak bukak. hah. padan muke takleh nak curik. wekwekwekkkk~

  9. paah:

    tak kemane awak kate? merayap sampai ke blog awak? camne security saya ni bleh tembus ni. takde orang curi tapi dia lari sniri? awak pakai bomoh ke paah? bile pulak awak buh minyak pengasih kat kamben saya hingga dia lari 100m berpassing baton ke blog awak? tak bole jadik nih. security harus diperketat lagi.

    bukan saya yang boroi tu. awak salah orang. saya perut pun takde camne nak boroi. hahaha.

    keji betul idea nak campakkan saya buat santapan ikan jos..kejiiiiii!

  10. weh! sape kate saye cirit? bukan awak ke hobinye cirit?

  11. ostat~ ... dah lama nak ckp benda nih , tp sbb skang baru ada entry base omputih ni , nk bgtau kt ostat yg omputih ust best k~ .. sedap dibaca ..

  12. and yeah ost i think a little bit more practice will make it nicer in terms of grammar and sentence constructure... heehee... nk jgk ni komen ala2 cekgu base ...

  13. dhuha:

    [wat2 tak nampak komen syaf]

    nasib bek awak kate sedap dibaca. kalau sedap dimakan tadi nak jugak tanye balik camne awak makan bahse saye? hehe.

    yeah2 thanx a lot. i will spend more and more time to increase my ability and compatibality and jarum peniti in my english. i hope i can learn much from all of u. yoroshku onegai shimasu! :)

  14. ostat....

    ostat....

    ostat....

    tapi kan ostat,bahasa banjar nampak ok kalo ostat postkan entri dalam bahasa tersebut.Betul x ostat?hoho..

    kamben lu gua nak curi...walaupun lu da tutup nombornye tapu gua leh kenal kamben lu sebab ada www.pamiesz.com kat belakang tu...

    hoho..

  15. sori imranulkhalis.. tapi........
    'tapu'? tepu? sapu? gomu gomu?

    oh tidaaakkk!! maaf! hobi saye ielah drop salah ejaan..sori!! ustaz pamie ajaq ni tau.. marah die..

  16. Salam pak ostat.. (^__^)

    pergh.. terasa macam panjang bebenau entry ni.. untuk mendpatkn ilmu.. saya gagahkan juga nak membacanya.. rasa2nya cam dapat ilmu merepek aje yg lebih.. huahuahua.. =P

  17. Wah!

    Salah eja je pon......

    Tangan sakit eksiden,mana leh taip betul2...

  18. Ustaz, macamana nak taip aksara arab dalam post? Bila saya taip akan keluar simbol yang pelik-pelik.

  19. ternyata asyik bile membace tulisan dalam bahasa malaysia, terasa langsung bercakap-cakap dengan orangnye... senang dapat membaca artikel nih, ternyata banyak cara dalam kehidupan kite ni yang digolongkan sedekah... saye jadi ingin berbuat baik di setiap ape yang saya lakukan, karena setiap yang baik ternyata adalah sedekah... allah memang selalu ingin membuat hambanya mudah melakukan ape saja perintah dariNya, contohnya sedekah ni...


Leave a Reply