Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Monday, December 14, 2009

Life Is Just About Learning!

Posted by The Pamiesz® | Monday, December 14, 2009 | Category: , |

Salam aleik..

Sekali temuduga aku aritu dia kasik test daaaa.. 3 task: Kami nak tengok skill ngko menterjemah tanpa kamus dan secara spontan.

1 berita bahasa melayu yang perlu diterjemahkan ke dalam bahasa arab
1 berita bahasa arab yang perlu diterjemahkan ke dalam bahasa melayu
1 berita bahasa arab yang perlu diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris

Masa yang diberikan adalah 30 minit!

Guess what.. Aku dan sorang lagi akak (kak diana namanya) yang temuduga sekali aritu berjaya menyiapkan ketiga-tiga task itu.. hanya setelah lebih sejam setengah. Wakakaka. Gugur-gugur habis rambut aku memikir camne nak buat. Dengan nahu yang kompem berterabur bagaikan menabur pasir pantai ke dalam laut, berbekalkan mufradat yang kejap tenggelam kejap timbul, dan juga sedikit penipuan yang dibenarkan iaitu perbincangan dengan calon yang sorang lagi, maka akhirnya terserahlah kertas test dengan tulisan paling buruk abad ini tu kat atas meja Ustaz Razee, bos kat situ.

Actualy banyak yang aku dapat pelajari walaupun hanya waktu temuduga tu je dan belum dapat keje pun lagi. Kak Ct dan Ustaz Anuar banyak bagi guideline dan kongsi pengalaman dorang. Barulah aku tau bahawasanya ilmu aku sangat cetek lagi walaupun ini adalah dalam bidang aku sendiri. Finally I realized, life is just about learning!

Ini adalah emel daripada Kak Ct. Korang tengok dan compare jelah sendiri apa yang aku dah terjemah sebelum ni dengan terjemahan yang Kak Ct buat ni. Memang sah-sah jelas terbukti yang aku memang tak pernah baca berita kot. Hahaha.



BEIJING: Lapan kanak-kanak mati manakala 26 lagi cedera akibat dipijak dalam satu kejadian selepas mereka keluar dari kelas sebuah sekolah di tengah China.

Kira-kira 400 pelajar di Sekolah Menengah Yucai di wilayah Hunan keluar dari kelas mereka selepas belajar kelmarin apabila seorang daripada mereka terjatuh di anak tangga menyebabkan orang lain jatuh menimpa dan terpijak orang lain hingga membawa maut, lapor agensi berita Xinhua.

Pelajar di sekolah di Xiangxiang dilaporkan memenuhi tangga untuk turun tetapi enggan berganjak kerana hujan lebat di luar, lapor berita radio.

Pihak berkuasa memberitahu Xinhua bahawa mereka yang maut termasuk tujuh budak lelaki dan seorang pelajar perempuan berusia 11 hingga 14 tahun manakala lima daripada 26 yang cedera dilaporkan dalam keadaan serius


..................



بكين: لقي ثمانية أطفال مصرعهم فيما أصيب 26 آخرون بجروح في حادث اختناق بمدرسة ثانوية وسط الصين

وفي التفاصيل وفق ما نشرته وكالة الأنباء الصينية (شينخوا) أنه حوالي 400 طالب في مدرسة /يوشاي/ الثانوية بولاية /هونان/ كانوا قد خرجوا متسارعين من فصولهم بعد انتهاء مدة الدراسة بالأمس قبل أن سقط أحد منهم وبدأ التدافع ما تسبب في حالة اختناق للعديد من الطلبة مما أدى إلى وفاتهم ركلاً بالأقدام

وأفاد مصدر رسمي من السلطة بأن سبعة طلاب وطالبة واحدة تتراوح أعمارهم ما بين 11 و14 سنة لقوا حتفهم في الحادث، فيما تعد حالة خمس طلبة من أصل 26 مصاباً آخرين في حالة خطيرة




.................



Kata Kak Ct:

Perenggan yang diboldkan tidak diterjemah sebab macam tak ada kesinambungan dengan perenggan lain. Para atas menyebut Sekolah Yucai di Hunan, tetiba para bold tu menyebut sekolah XiangXiang.. jadi untuk elakkan kekeliruan, kita abaikan jer. Tu salah satu cara suntingan berita.

* Beijing standardnya dieja sebagai Bekin
* Terjemahan tak semestinya kena harfan bi harfin. Yang penting adalah maksud dan fakta tak lari

Selamat Mencuba!!


Terima kasih kak! Saya akan cuba dan terus mencuba! :)

Currently have 9 Kata Komenan:

  1. Go ostat~~ wishing u all the bestest of luck k~ ... Rabbuna ma'ak :D .. dah boleh mula kumpul mufradat daa lepas ni ehk... kalau amek kursus translation kat sini pun ( mesir ) , satu sem ada lah dalam dua tiga ratus mufradat kena hafal~... soo keep on learnin~

  2. *hazf kan 'all' tu * heeee~~

  3. tengkiu2! Allah yaftah aleik. rabbuna yusallimak.

    eniwey, bile masa pulak ada kalimah the bestest? macam asbestos plak. kekeke. bukan ke kalimah tu digunakan macam ni:

    good - better - best

    [tibe2 jadi cekgu BI.mengagumkan tak?wakakaka.]

    eh, ada ek klas translation kat mesir? ngape saya tatau? kat mane? best tu satu sem hapal 300 mufradat. saya spanjang duk mesir pun rasanya 10 kalimah pun tak sampai kot saya hapal. rasenye kalimah2 mencarut bahse ammi je yang saya cuba hapal sungguh2. hahaha.

  4. "life is just about learning".
    Yups..dats rite... selama inipun..akhi dah memang sedar tentang ni...bukan bermula tentang temuduga itu sahaja... kita menulis di blog, kita menyampaikan ilmu, kita menceritakan apa kita lakukan... itulah kehidupan dan pengajaran kita kepada diri kita dan kepada orang lain. Sebab itulah, tajuk blog ana "berjalan, melihat, mentafsir". Memikirkan apa yang ada disebalik apa yang berlaku, membetulkan apa yang silap etc.

  5. Menarik sungguh cerita Ustaz ni pasti banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Nak belajar bahasa ni memang kena berani hentam je. Biar kita belajar daripada kesilapan .. orang bijak pandai kata Hidup Berani Untuk Gagal insyallah berakhir dengan kejayaan.

  6. bestest tu khas untuk ostat jeek~~ .. org laen tk dpt tuh ... kira special laa .. maqam paling tinggi skali ana kasik~ huahuahua

  7. haha... adelaa ostat~ kat AUC american university in cairo ~ ... tp total course amek masa 3 tahun lebih ... lagi lama dr keberadaan ostat kat sini.. tk gitu?~

  8. salam ostat pamie..

    owh.. macam tu..

    macam tu eh..

    owh..


    tapi..

    siyes tak paham.. hahaha... =P

    ape2 pun good luck ye ostat pamie..

    mencuba selagi mampu.. (^__^)

  9. salam alaik

    bagus2..teruskan usaha n semangat anta :) ana pon bru amik subjek translation sem ni..teringin jgk nk jd translator nih..mampu ke tak je..huhu ~


Leave a Reply