Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 10, 2009

Weh Ostat Buleh Tak Aku Wat Witir Pastu Tido Pastu Qiyam Pastu Witir Balik Pastu Tido Pastu Sahur?

Posted by The Pamiesz® | Thursday, September 10, 2009 | Category: , |

salam aleik..

kita sudahpun masuk dalam fatrah terakhir dalam bulan ramadhan yang mana Allah telah menjanjikan kita pembebasan ataupun kemerdekaan sebenar daripada azab api neraka jahannam [tentunya hanya bagi orang yang benar2 beriman dan bertaqwa kepadaNya.. kalau orang yang tak pose ataupun still dengan maksiat memang kompem lah tak dapat bonus yang Allah nak bagi ni kan..] tentunya kita lebih bersemangat untuk cuba sedaya upaya mendapatkan lailatul qadar yang telah dijanjikan tersembunyi pada malam2 terakhir dalam ramadhan ni..

HIKMAH DIRAHSIAKAN MALAM LAILATUL QADAR

senang jer.. nak bagi kita bersungguh2 la beribadat.. kalau dah tau tarikh exact lailatul qadar tu.. kompem dah malam2 lain kita tak besungguh mana nak ibadah kan.. jadik bile dirahsiakan kita tak tau malam yang mana satu antara malam2 terakhir dalam ramadhan tu yang jatuh pada malam lailatul qadar.. makanya setiap malam kita akan rasakan seperti malam lailatul qadar dan ibadah yang kita lakukan juga kualitinya sama bahkan setiap hari kita cuba mempertingkatkannye.. tak ke bagus camtu? daripada korang fokus jer kat satu malam ibadah.. baik lagi istiqamah dengan ibadat pada setiap hari kan.. [tu pon aku rase kalau tau tarikh exact lailatul qadar pun.. bape kerat sangat la pon yang nak ibadah sungguh2 malam tu.. kan? toksah nak bagi alasan la.. kita semua sama jer.. iman ntahape2..]

jadik.. sempena 10hari terakhir ramadhan yang bakal meninggalkan kita ni.. [sob..sob.. sedeyh seh.. ramadhan taun depan blom tentu lagi dapat.. ntah2 syawal taun ni pon belum tentu merase.. mane nak tahu kan ajal?] saya mahu berkongsi sikit dengan kengkawan sume tentang solat witir.. sebagai panduan bersama untuk meningkatkan kualiti amalan kita pada malam2 terakhir ni dan jugak meningkatkan juga ilmu pengetahuan kita tentang fiqh dalam agama..

SATU PERSOALAN

mungkin ada antara kita yang pernah terfikir persoalan ni..

"biasanya aku buat teraweh 8 kat masjid.. lepas teraweh aku pon wat la witir 3 rakaat.. balik tu aku pon tido terbongkang dengan tak berbaju dan kipas yang dipicit 3.. besenye kompemlah sahur baru aku bangun kan.. tapi malam2 terakhir ramadhan ni aku ndak le qiyamullail tiap2 malam.. abeh cemane plak dengan ibadah aku yang dah aku tutup dengan witir tadi ek? kalo aku bangun kul 1 pagi tu bleh ke aku solat malam.. tadi kan dah witir.. pastu kan kita takleh wat witir 2x kan? sebab aku penah dengo ustaz aku baca hadith dulu.. Nabi bersabda: tiada 2x witir dalam 1 malam.. kire camne tu ek?"

hah! nak jawap cemane tuh ek?

JAWAPAN TAK SEMESTINYA SATU

kita mulakan dengan perbahasan dari segi bahasa.. witir tu maksudnye ganjil.. bermakna bilangan rakaat yang dilakukan untuk solat witir ni ganjil lah.. ganjil kalau dalam bahasa pattani dipanggil 'ganal' .. tapi ganal kalau bahasa banjar maksudnye besar plak.. musytarik lafzi.. sama lafaz tapi lain makne.. tak kesah la tu kan.. yang penting solat witir dibuat dalam bilangan rakaat ganjil..

mungkin ramai antara kita yang tak tau bahasawasanya dalam mazhab Imam Abi Hanifah radhiyallahu anhu hukum mengerjakan solat witir sebagai penutup ibadah harian adalah wajib berdasarkan hadith saidina buraidah:

Aku mendengar Rasulallah sallallahu alaihi wa aalihi wasallam bersabda:

الوتر حق فمن لم يوتر فليس منا
(( solat witir itu adalah suatu hak.. barangsiapa yang tak mengerjakan witir maka dia bukan daripada golonganku ))

akan tetapi dalam mazhab kita mazhab Imamuna Al-Syafie radhiyallahu anhu hukum mengerjakan witir adalah sunnah.. bukanlah wajib.. berdasarkan hadith seorang arab badwi yang bertanya kepada Rasulullah sallallahu alaihi wa aalihi wasallam tentang apa yang diwajibkan keatasnya untuk melakukannya.. maka jawab Nabi sallallahu alaihi wa aalihi wasallam:

خمس صلوات في اليوم والليلة
(( solat lima waktu sehari semalam ))

badwi tersebut bertanya lagi: adakah aku wajib melakukan selain daripada itu? jawab Rasulullah sallallahu alaihi wa aalihi wasallam:

لا، إلا أن تطوع
(( tidak melainkan selebihnya hanyalah atas kerelaan hatimu sendiri ))

kemudian diakhir hadith disebutkan bahawa lelaki tersebut berpaling seraya berkata:

"Demi Allah aku tak akan menambahkan apa2 lagi daripada solat 5 waktu dan aku juga tidak sesekali akan menguranginya (meninggalkannya)"

Rasulullah menjawab : (( berjayalah dia jika dia benar2 melakukan sepertimana yang dikatakannya ))

ini menunjukkan bahawasanya solat witir hukumnya adalah 'tatowwu3' ataupun sunnah.. bukanlah wajib..

itu adalah perbincangan dari segi khilaf bainal mazahib..

adapun jawapan kepada persoalan yang diajukan kat ateh tadi pulak.. kita perlu lihat kembali kepada bilangan rakaat yang disyariatkan untuk solat witir..

dalam matan al-yaqut al-nafis ada disebutkan:

صلاة الوتر من ركعة إلى إحدى عشرة
solat witir itu adalah sekurang2 (minimum) bilangan rakaatnya adalah 1 rakaat dan sebanyak2 (maximum) bilangan rakaat adalah 11 rakaat

sebaiknya bagi menyelesaikan masalah brader kat atas tadi tuh [dan jugak mungkin boleh jadi masalah kita jugak] yang teringin nak bangun qiyam selepas mengerjakan witir 3 rakaat..] maka lakukanlah solat sunat apa sahaja yang anda inginkan pada malam itu dan akhirnya tutupkan ia dengan solat witir sebanyak 8 rakaat sebagai tambahan mencukupkan bilangan rakaat paling maximum iaitu 11 rakaat..

ini adalah pendapat yang difatwakan oleh Ibn Hajar Al-Haitami rahimahullahu taala dan inilah yang sebaiknya kita ikuti..

adapun terdapat juga pendapat 'qil' (pendapat yang lemah) yang mengatakan witir 3 rakaat yang dilakukan di awal malam tadi boleh digenapkan dengan tambahan 1 rakaat lagi witir pada tengah malam.. menjadikan bilangannya 4.. sesudah itu kerjakanlah sebanyak manapun solat sunat secara 2rakaat 2rakaat dan tutupkanlah ia dengan witir sebanyak 3 rakaat lagi menjadikan bilangannya ganjil sebanyak 7 rakaat..

kalau rasa tak mampu nak wat witir tambah lagi lapan.. ameklah pendapat kedua yang agak lemah sikit.. takde masalah.. yang penting kita nak mengerjakan ibadah.. kan? ikutlah kemampuan masing2..

untuk menjawap tentang permasalahan 2 witir dalam 1 malam pulak.. hadith Nabi sallallahu alaihi wa aalihi wasallam berbunyi begini:

لا وتران في ليلة
(( tiada dua witir yang dilakukan dalam satu malam ))

maka sememangnya tak boleh la kita kalo dah wat witir 3 rakaat awal malam tu pastu kita bangun semayang malam pastu kita tutup plak dengan 3rakaat witir sekali lagi.. dah jadi 6 rakaat dan ianya bukan bilangan ganjil.. Nabi larang kita wat camtu.. maka janganlah kita buat.. sebaliknya ikutlah salah satu daripada 2 pendapat yang saya dah sebutkan tadi.. ianya tidak termasuk dalam perkiraan melakukan 2 witir dalam satu malam sebaliknya kita hanya menambah bilangan witir menjadikannya 7 atau 11..

adapun tentang hukum membaca qunut dalam solat witir dalam separuh akhir ramadhan.. hukumnya adalah sunat disisi Imam Al-Syafie dan Imam Malik.. dan terdapat juga satu riwayat daripada Imam Ahmad..

wallahu a'lam... moga2 perkongsian ini dapat memberi manfaat kita bersama.. insyaAllah..

Masjid Daerah Teluk Intan - Masjid Sultan Idris II

Adilah - anak buah aku daripada keturunan icam yang paling kecik.. [tentunya comel sebab ikut muke paksu die kan.. wahahaha..] budak ini langsung tak kenal aku.. sebab umur die tak sampai setaun pon lagi dan aku plak 2 taun sebelom ni sedang berkelana di bumi mesir.. makanya budak kecit ini dan beberapa budak kecit yang lain [seperti iman daripada keturunan alang dan fasehah daripada keturunan nomi] yang mana mereka ini tidak mengenali siapakah die makhluk berjanggut perang yang tetibe saje memunculkan diri kat ghumah nih.. huh.. kesian aku dianggap alien oleh ahli keluarge snirik..

tapi kan aku rasa dalam banyak2 budak kecit.. memang budak kecit sorang ni jugaklah yang paling comel.. kan? sape sokong aku sile angkat kaki dan lekatkan tapaknya kat pipi budak kecit ni.. hahaha..

selamat memperbanyak dan memperkasakan ibadah didalam fatrah terakhir ramadhan! moga2 Allah mengurniakan kita kesempatan untuk bersama lailatul qadar tahun ni dan jugak tahun2 seterusnye.. amiinn.. :)

Currently have 13 Kata Komenan:

  1. adapun terdapat juga pendapat 'qil' (pendapat yang lemah) yang mengatakan witir 3 rakaat yang dilakukan di awal malam tadi boleh digenapkan dengan tambahan 1 rakaat lagi witir pada tengah malam.. menjadikan bilangannya 4.. sesudah itu kerjakanlah sebanyak manapun solat sunat secara 2rakaat 2rakaat dan tutupkanlah ia dengan witir sebanyak 3 rakaat lagi menjadikan bilangannya ganjil sebanyak 7 rakaat.


    salam ustaz..
    ms zaman saya duk asrama dulu, ustaz sy surh kami buat mcm kenyataan ustaz kat atas tu. sebabnya, ramai pelajar kami bagi alasan x mo buat witir pas terawih sbb mereka ckp mereka nak wat qiam malamnya.

  2. hehe.. tu maknenye ust tu sorang yang faqih.. die tau la tuh bebudak tuh saje nak carik alasan jer maleh nak wat witir.. bebudak asrama tau jelah.. nak solat fardu berjemaah kat surau pon maleh.. hehe.. jadi die suruh la bebudak wat jugak witir dulu.. bangun kang wat lagi.. kire bijak gak la ust tu kan.. hehe..

    sebenarnya dalam bab witir yang dibuat awal ni bergantung pada kemampuan dan keyakinan untuk bangun atau tak..

    misal kata sesorang tu yakin boleh bangun malam maka takde masalah untuk die melambatkan buat witir.. tido dulu takpe sebab die memang besenye mudah bangun.. buat witir last skali..

    adapn bagi seseorang yang tak pasti samada dia boleh bangun atau tak.. maka afdhalnye dia buatlah dulu witir 3 rakaat.. jadi bangun ke tak ke dah takde masalah.. kalo bangun alhamdulillah boleh sambung lagi solat.. kalo tak bangun pun.. tadi dah tutup dengan witir 3 rakaat.. jadi dah sempurna la kan..

    :)

  3. ostat,

    kalau sy dh solat witir 3 rakaat kat surau td. lps itu, sy tido n bgn pulak n solat2 sunat pulak. lps itu, sy ttup dgn witir 2 rakaat shj. blh ke?

  4. 2 rakaat tak jadik ganjil.. better ikut salah satu daripada 2 pendapat yang telah saya sebutkan sebelum ni.. wallahu a'lam..

  5. assalaamu'alaikum...

    pasni setiap hari jumaat pukul 8 pagi di radio malaysia negeri perak ( perak FM )akan kekuranganlah pemanggil - pemanggil yang kebiasaannya akan menelefon stesen radio berkenaan untuk mengutarakan permasalahan mereka kepada mufti , kerana selepas ini , mereka - mereka yg tersebut akan mengSMS atau mengeCALL syeikh maulana ad-duktur muhammad fahmi albanjari ( anak murid kanan syeh nurudin albanjari )untuk menanyakan dan mengutarakan permasalahan-permasalahan mereka kepada syeikh muhammad fahmi yang sangat terkenal itu.

    penerbit perakFM yang menerbitkan rancangan soaljawab bersama mufti , mesti merasa hairan dan kepelikan kerana penelefon2 semakin berkurangan...atau dlm erti kata lain..tidak mendapat sambutan...

    ini adalah kerana telah kembalinya seorang perantau ke kg beliau sendiri yg dahulunya berkelana di mesir untuk menuntut ilmu dengan syeikh - syeikh disana.

    kepada syeikh muhammad fahmi..teruskan usaha baik lagi murni yang syeikh sedang lakukan ini..

    sekian

  6. hish.. ngengade pulak syeikh AB nih.. lebeh2 pulak mujamalah die.. lempang mau?? hahhaa..

  7. ooo..begitu rupenye..paham2..bagus dan sgt bermanfaat..kt bwh tu iklan ye..

  8. kat bawah? gambo dak comey pegang kurma tu ke? hahaha..

  9. ustaz,kalau dah wat solat witir jemaah kat masjid pastu tido,n then bgn malam tu x wat dah witir x pe ke?

    kalau x leh,plg minima berapa rakaat witir kita kena wat?bukan pe,takot x smpat..nanti terkejar2 nak wat solat sunat lain.cth:kita terbangun kul 5 la.nak sahur lagi..dll

  10. same jer konsepnye.. bleh guna salah satu daripada 2 pendapat tadi..

    cumanya kalau terkejar2 masa.. ambiklah pendapat qil..

    bangun2 tido tambah 1 rakaat lagi witir pastu watlah solat sunat 2 rakaat ke 4 ke.. pastu tutup dengan witir 3 rakaat lagi.. itule yang sebaiknye..

    kalau terkejaaar sangat3.. witir tu terpulang lah nak wat ke tanak ke.. nama pun solat sunat kan.. kalo tak buat idaklah jadik berdosa pulak.. atas juhud dan kesungguhan masing2lah mengatur masa.. kalau tau nak wat solat sunat banyak.. bangunle awal sket kan.. ni 2 minit lagi nak waktu imsak time tu la nak wat solat hajat solat istikharah solat tasbih nak witir nak sahurnye lagi memang kompem la tak sempat kan.. hehe..

    wallahu a'lam..

  11. syeikh maulana ad-duktur muhammad fahmi albanjari,

    ostat, ni lari tajuk sket eh..

    bagi wanita yg mengalami darah istihadhah,dalam bulan ramadhan ni, adakah perlu baginya memperbaharui wudhuk slps solat isyak , apabila ia ingin mengerjakan solat tarawih?

    p/s: tmpt sy tak dapat siaran perakFM. tak boleh la nk tanya pada mufti.

  12. kalo camtu cari le siaran selangorFM ke bruneiFM ke perlisFM ker.. kan sket punye banyak mufti kat malaysia ni.. kenapa kat tukang mop pejabat mufti ni jugak yang awak nak tanye soalan mencabar nih? haha..

    jawapannye saye tak tau..

    lalalalaaa..

  13. assalaamu'alaikum..

    mie...


    jawab le soalan tu...ape plak tatau..bukan ke bab darah ni mike khatam 12 kali dan menghapey sekali mukasuratnya?...


    (kenapa kat tukang mop pejabat mufti ni jugak yang awak nak tanye soalan mencabar nih?) <--pasey tukang mop pejabat mufti jugalah yg dapat menghuraikan masa-elah yang ditanya..


    hihi...

    kita tgu syeikh maulana ad - duktur muhammad fahmi albanjari at - teluk mak ansoni jawab soalan tersebut...

    sekian...


Leave a Reply