Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Monday, September 7, 2009

Kedai Kurma PAMIN (Pamie dan Amin)

Posted by The Pamiesz® | Monday, September 7, 2009 | Category: , |

salam aleik..

camne dengan pose korang? masih mengorder pizza untuk dimakan bersama2 rakan sepejabat diwaktu lunch? oh.. makan pizza di siang hari bulan puasa memang sangat menyelerakan.. sedangkan air kolah masjid pun bleh rasa sangat nikmat bagi mereka yang berpure2 puase dihadapan orang lain tetapi hakikatnye memerlukan sesuatu untuk diisi kedalam perut.. biarpun hanya beberapa teguk air kolah masjid yang diteguk ketika berlakunya proses 'madhmadhah' ataupun orang england pangil berkomor-komor.. ia merupakan satu kelegaan yang amat memberikan kepuasan kepada orang yang 'pose yangyuk pepagi bukak peroyok'.. udah2le berperangai kekanakriang itu.. sedarlah diri bahawasanya anda semua sudah baligh dan akan dihisab segala amalan.. takde can dah nak ngelat oke.. kalo lepas kat dunia pun.. akhirat kompem takde tempat dah nak nyuruk beb..

dengan sesukahaticitanya aku dan amin menamakan kedai kurma tempat kami bekerja ini sebagai KEDAI KURMA PAMIN.. ini adalah kerana kedai ini tidak mempunyai nama sebaliknya hanya mempunyai kata alu2an yang senantiasa mengalu2kan kedatangan pelanggan dan juga mengalu2kan kehadiran ramadhan tahun ini.. nama kedai kami ini diambil sempena penggabungan nama 2 orang general manager yang membuat kedai ni sesukahati umpama kedai bapak kitorang seniri.. iaitulah jengjengjeng aku ngan amin la sape lagi.. [balik2 muke 2 ekor ni jelah yang enterprem kat blog ni.. aku rasa orang pon dah bosan tengok muke kitorang bedua.. aaahhh pedulik hape aku dah name pun blog aku mesti la ade muke aku yedak? kekeke.. cume amin tu memang pelakon extra la.. aku bayo gaji die mahal tuuu.. hahaha..]

ala kulli hal walaupun kedai ni diambik sempena nama kitorang bedua.. itu hanyalah semata2 untuk mengaburi mata masyarakat.. hakikat yang sebenarnya adalah ianya diambik daripada nama aku sorang jer.. PAMIE AMIN.. amin tu kan nama bapak aku.. hahahahha..

apepun sini aku ade uploadkan gambo2 tempat aku bekerja skang.. smalam ngan kelmarin bos aku datang.. gambo2 ni dicapture sebelum bos datang.. jadik keadaan kedai 'agak bersih dan tersusun'.. setelah kehadiran bos menjenguk kami buat kali pertamanya dalam 2 minggu.. kami telah dikerah bekerja seperti askar dan dimakihamun seperti tentera mesir yang kantoi mengulor tido dalam khemah.. hahaha.. kantoi beb.. kedai malas sapu bebarang malas kemas.. padanlah muke.. kini kedai kami telah direnovate dan telah tersusun rapi dengan tugasan menyapu dan mengemop lantai setiap hari.. yess.. baru la rasa ade kerja.. kalo tak sambil becakap ngan pelanggan pon aku bleh tido.. hahaha..

النظافة من الإيمان
(( Kebersihan itu sebahagian daripada iman ))

jika anda seorang peniaga premis menjual makanan.. utamakanlah kebersihan premis anda kerana anda perlu sedor diri bahawasanya anda sedang berurusan dengan sesuatu benda yang akan dimasukkan kedalam perut manusia.. jika anda berperasaan jijik untuk memasukkan sesuatu yang kotor kedalam perut anda seniri.. maka mengapakah anda boleh bersikap zalim dengan tidak memperdulikan kebersihan premis anda dan mengakibatkan sesuatu yang kotor masuk dalam perut saudara2 anda yang lain? ternyata iman anda sememangnya belum sempurna jika anda langsung takde perasaan pabila anda menyuapkan sampah kedalam mulut anak2 anda sendiri..

GALERI KEDAI KURMA PAMIN
_______________________

inilah pintu masuk kedai kitorang.. sorilah kedai kitorang takde tingkap jadi korang takleh la nak masuk ikut tingkap ke hape ke kan.. nak tanak kene masuk kut sini jugak.. [banner salam ramadhan al-mubarak mengalu2kan kedatangan ramadhan jua kedatangan pelanggan.. bukan menandakan tu nama kedai oke.. hehe]

rak kurma.. dah sah2 nampak kurma atas rak.. tak logik pulak kalo ngkorang nak kate tu rak kasut kan? lempang mau?

dari meja manager..

mende paling penting bagi seorang peniaga retail (runcit) [bukan buncit oke..] adalah fakkah! duit pecah la weh.. duit kecik.. dah kastemer pon beli kurma 2 hengget jer tapi hulur duit not 50.. saje nak mintak pelempang la tuh.. nasib baik kastemer is olwes rait.. tak jadi nak bagi pelempang lalu disertai dengan hadiah plastik bagi setiap pembelian kurma.. hahaha..

bagi seorang pelajar yang mendapat A1 dalam matapelajaran matematik dan B3 dalam matematik tambahan semasa SPM, kakeleter memang amat2 diperlukan bagi mengira baki duit RM10 yang dihulurkan oleh pelanggan yang mahu membeli kurma berharge RM2.9465287353

kitorang ni retailer (peruncit).. tapi bebarang yang terperuk kat dalam kedai ni dah menunjukkan kitorang macam wholesaler (pemborong) jer.. wholesaler oke bukan whoresaler (bapak ayam serama) tapi tak kesah lah.. sape nak beli secara borong pon kita boleh bagi harga borong jugak..

nak bayar tunai bole.. pakai cek boleh.. pakai hang boleh.. pakai hangpa boleh.. pakai kome boleh.. pakai mike boleh.. pakai tangge boleh.. pakai sistem barter rasa2 aku tak terima kot.. kalo nak terima pon.. aku tukor sekilo kurma dengan sekilo emas rasa2 boleh kot.. hahaha..

ni semua kerja amin oke.. aku tak tau pape.. aku bukan manager bahagian ni.. hahaha..

pemandangan depan kedai setelah ujan baru lepeh berenti.. amin tengah mandi masa ni.. die main ujan.. almaklumle.. 2 taun tak jumpe hujan kat mesir.. [eh ngkorang yang kat mesir tak rindu ke suasana pekan ni weh.. rugi tol sape2 yang beraya kat mesir tak balik tu.. syahduuuuuu.. kekeke]

aku gi keje nek beskal tua tu la.. ade la dalam 2jam ngayuh baru sampai tempat keje.. bese pas sahur aku betolak.. solat jamak subuh ngan dhuha kat tengah perjalanan.. lain le amin.. gaji die banyak.. die ade kete.. kete merah tu la die wat bawak gi keje.. 2 minit nak bukak kedai die baru gerak daripada umah.. tu pon tak sempat masuk dalam kete pon dah sampai kedai dah die.. hahaha..

budak pakai baju belang tu la satu2nye pelanggan yang aku dan amin labelkan sebagai 'customer is always wrong' cube teka sapekah beliau yang dimaksudkan.. untuk mengetahui siapa beliau sila klik sini.. hahahaha..

ni la jiran kitorang.. sebab tu bisnes kitorang laku.. amin bese je pakse sape2 yang baru lepas cucuk duit kat atm seblah supaya membeli kurma kat kedai kitorang.. well.. kire profitable jugaklah kan amin wat muke bengis dan pegang parang panjang tunggu orang keluar bank.. hahaha..

aritu ada sorang librarian daripada kolej komuniti hutan melintang datang menjenguk aku kat kedai.. selamat berkenalan dan ahlan wa sahlan kepada ustaz nizam.. beliau rajin bace blog aku dan mengambil keputusan menziarahi aku di kedai untuk berkenal2an.. moga kita dapat berkongsi2 dan bertukar2 ilmu akan datang yer.. insyaAllah..

kepada makhluk2 halus ataupun kasar yang lain yang terdiri daripada manusia jin pokok2 tumbuhan2 dan haiwan2 serta benda2 jumud seperti kipas lampu meja dan kereta proton saga yang mahu berjumpa dengan aku bolehlah berbuat demikian dengan mengunjungi aku di kedai.. datang ziarah tak semestinya aku nak pakse korang beli kurma kan..
jangan bimbang jangan risau dan dont worry kata orang kampung aku.. aku akan melindungi korang daripada amin dan parang panjang beliau itu.. hahahaha..

selamat mengharungi separuh bulan lagi ramadhan.. akhir2 ramadhan ni kene pertingkat sket la amalan.. jangan pas maghrib dah tido lepas sahur baru nak semayang isyak.. teraweh kompem dah lebuh.. pesanan khidmat masyarakat buat diri seniri jua terutamanya..

tata titi tutuuuuu~
wassalam..

Currently have 5 Kata Komenan:

  1. This comment has been removed by the author.

  2. owh teringinnye aku nk g..tp aku blk kg gajah dkt nk raye dah..huhu..blh bg diskaun ye dak..japg perut aku ade isi kne borong kurma byk2 nih..

  3. eh awat pijit nampak gemok ha??? kekeke jgn marah pijit..

  4. assalaamu'alaikum..

    pengumuman

    kepada sesiapa yang ingin belajar atau bertalaqi kitab syarah yaqut an nafis , sila hadir ke masjid kg padang tembak setiap hari rabu , selepas solat subuh.

    datanglah beramai - ramai untuk menuntut ilmu...

    sekian.

  5. ain:

    mehla kedei aku bagi diskaun banyak2 sampe ko mengandung terus sebab makan kurma banyak.. haha.. by the way pijit memang gemok pon.. skian dimaklumkan.. hahhaa

    ab:

    time kasih kerana tolon promot.. moga2 Allah merahmati mike..


Leave a Reply