Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Tuesday, September 15, 2009
Faktor Ketidakbestan Kerja : Dapat Bos Macam Sial
salam aleik..
lagi2 dengan citer pasal idop aku.. korang misti bosan kan baca kisah idop aku? aku rasa kalau aku diberi peluang untuk baca kisah idop aku.. aku akan pilih untuk jawap "maleh"
untuk tak memanjangkan citer yang bakal akan jadi panjang ni.. maka aku pon memulakan lah kisah hari ini dengan menceritakan beberapa kisah dan pengalaman aku sepanjang hampir sebulan berada di kedai PAMIN nih..
sebelum aku gi mesir pon aku meniaga jugak.. tapi snirian berhad jer.. jual roti goreng depan umah.. aku bos aku pekerja jadik ikut sukahati kaki aku la nak tendang pintu kedai ke tak kan.. nak bukak kedai ke tak.. tu semua atas arahan aku sniri kepada anggota badan aku.. tapi bila bekerja ngan orang lain ni aku dapat rasakan pengalaman yang sedikit berlainan.. memang lain la pon mengarah dan diarah.. pengarah pilem ngan pelakon mane same kan.. melainkan kalo pelakon tu sniri berjawatan merangkap pengarah pelem..
berapa ramai orang yang bekerja tetapi tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja mereka.. mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan kerja mereka menjadi hambar dan hati mereka tidak senang dengan pekerjaan yang mereka lakukan sekarang..
faktor2 itu adalah seperti berikut:
Faktor pertama : dapat bos yang macam sial
1.1 Bekerja dengan non-muslim yang anti-Islam
berapa ramai muslimin muslimat yang bekerja dengan non-muslim yang mana mereka ini tidak menunaikan solat hanya kerana tidak diberi keizinan oleh bos mereka untuk menunaikan solat.. alasannya kerja akan menjadi kurang efisyen dan masa yang digunakan 5minit untuk solat itu akan menyebabkan kurangnya pelanggan sebanyak beberapa percent.. ini dialami seniri oleh penulis [ceee ayat cam tulis artikel ilmiah plak..] yang bekerja dengan seorang non-muslim yang agak faqih memperguna2kan ilmu2 Islam untuk memperdaya muslimin yang bongok dan jahil dalam ilmu ugama.. diketika itu penulis tidak dibenarkan keluar menunaikan solat jumaat kecuali sekali dalam sebulan.. alasannya hati hanya akan menjadi gelap hanya setelah 3 kali ponteng jumaat.. ngko belajo fiqh ngan syeikh kat topekong mane bodo? suka2 jer nak buat fatwa.. makanya dengan itu penulis mengambil keputusan untuk berhenti kerja hanya setelah seminggu penulis berada disitu.. [rasa macam baca berita pulak guna kata ganti diri camni..haha..] akan tetapi penulis amat berasa sedih dan dukacita kerana pekerja2 lain disitu langsung tiada sensitiviti untuk menunaikan solat jumaat.. apatah lagi solat2 fardu yang mana tidak disediakan tempat untuk menunaikannya disitu dan juga tidak dibenarkan untuk menunaikannya.. [time makan time minum bole plak ngko bagi.. tak pulak terganggu efisyen kerja kalo tak makan.. tapi time rohani dan iman orang Islam perlu dibagi makan minum ko tak bagi plak ye.. lahabau ngguh!]
maka pengalaman bekerja dengan non-muslim yang tidak menghormati agama kita seperti ini amatlah memberi kesan kedalam hati penulis.. kita sepatutnya sedar kita tak seharusnya menggadaikan agama kerana secebis wang yang tidak kita ketahui halal atau haramnya ia.. seelok2nya carilah pekerjaan lain yang banyak lagi mampu memberikan kita ruang untuk kita mengabdikan diri kepada Allah..
bekerja untuk menyara hidup dan keluarga itu merupakan amanah Allah dan jika kita laksanakannya dengan jalan yang betul dan ikhlas ia akan jadi satu ibadah dan dianugerahkan pahala yang berlipat ganda pula.. akan tetapi jika seperti ini jalannya.. terpakse bekerja hingga meninggalkan solat.. maka haramlah jalannya dan wang yang diperolehi daripada jalan yang haram atau syubhah lebih dikuatiri akan menjadi darah daging yang bakal menghancurkan kecerahan iman dalam hati.. biarlah gaji anda sedikit tapi yang penting ianya ada keberkatan.. daripada anda mendapat gaji bermilion sehari dengan tiada keberkatan.. diumpamakan seperti anda diberi ganjaran 20kg tahi berbanding 10gram emas.. sikit tapi bernilai dan berharga itu jauh lebih baik daripada banyak tapi langsung tiada nilaiannya..
ok fine.. orang macam tu tadi dia non-muslim.. no wonder la dia nak halang kita solat sebab dia memang tak suka dengan agama kita kan.. tapi macamana pulak dengan bos yang muslim tapi perangai sama jugak macam non-muslim tadi? maka dengan ini kita pergilah pada perbincangan point seterusnya..
1.2 Bekerja dengan muslim yang anti-Islam
dia tak benarkan kita solat? merungut kalau kita mintak berhenti di masjid kejap untuk solat? mengamuk sebab amik masa dia yang banyak [padahal tak sampai 5 minit pon] untuk kita berhenti solat?
bos ataupun rakan sekerja macam ni tak ubah sialnya macam bos yang non-muslim tadi.. bahkan kalau i'tiqad dia mengatakan yang solat tu sememangnya hanya membuang masa.. tak payah buat lagi elok.. maka dia jauh lebih sial [sial kuasa tiga] daripada non-muslim yang menghalang solat kerana mereka sememangnya tidak diwajibkan solat.. tapi yang bos muslim ni pulak.. dia tu seniri dah memang wajib solat.. dahla dia tanak buat.. dia halang pulak orang lain buat.. memang sah2 puak2 camni ni tak lain tak bukan lebih kafir daripada orang kafir.. wal`iyazubillah..
kalau dia tak buat tapi dia tak halang orang lain buat blehla tahan lagi.. tu dah jadi antara dia ngan Allah la kan.. [walaupon hakikatnye kita takleh biarkan jugak orang2 macam ni terus dengan perbuatan dia yang terus menerus tidak mengerjakan solat.. macam kebanyakan kes yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang.. dalam satu2 department biasanya memang akan ada sorang dua jer yang rajin nak solat nih.. golongan2 seperti ini kebiasaannya akan dipanggil 'ustaz' oleh rakan sekerja mereka walaupon kerja mereka ni kengkadang hanyalah menyusun kerusi di bangsal orang kawen.. akan tetapi disebabkan mereka ni menjaga solat maka mereka akan digelar 'ustaz'.. maka pabila ustaz2 ni mintak pada bos atau rakan sekerja lain yang sememangnya tak mahu mengerjakan solat.. mereka menghormati ustaz2 ni dan memberhentikannya di masjid untuk ustaz2 ni menunaikan solat 5 minit.. abis dorang? dorang tunggu dalam van depan pago masjid.. haram tanak masuk.. tak rasa malu ke ek? nikmat Allah itu ini nak.. cari duit 24jam setengah berpenat lelah.. dapatnye tak sampai pon bermilion ringgit sehari.. tapi kalo smayang 5 minit jer pon dah kate penat dan takde masa? Allahu Rabbi.. ini sememangnya berlaku dan telah menjadi satu virus yang menular dalam masyarakat kita ye tuan2..]
1.3 Bekerja dengan non-muslim yang tidak menghalang Islam
tidak dinafikan ada juga bos non-muslim yang menghormati agama kita.. dia memberikan peluang masa rehat kita selaras dengan waktu solat.. bahkan memberikan kita peluang waktu dan menyediakan tempat pula untuk melaksanakan solat di tempat kerja.. maka bekerja dengan orang seperti ini harus hukumnya dan selagimana pekerjaan yang dilakukan tiada unsur2 haram dan syubhah maka gaji yang diperolehi daripada pekerjaan ini juga insyaAllah halal untuk dimakan sekeluarga.. [bahkan saya percaya wujud juga non-muslim yang menghormati Islam lebih lagi daripada orang Islam sendiri.. dimana mereka sentiasa mengingatkan dan bertanya kepada para pekerja samada mereka sudah mengerjakan solat dan sebagainya.. orang2 seperti ini kebiasaannya Allah telah campakkan muqaddimah hidayah kedalam hati mereka.. mereka tiada hati yang mahu menentang ajaran Islam.. moga2 Allah memberikan mereka yang seperti ini akan hidayah yang sepenuhnya untuk beriman dengan Islam dan segala ajarannya.. amin ya Rabb..]
1.4 Bekerja dengan muslim yang sebenar2 muslim sejati
alhamdulillah syukur aku sekarang bekerja dengan orang yang betul2 faham Islam.. aku tanak cakap banyak dalam point yang ni.. aku cume nak sebut beberapa dialog yang seringkali bos aku cakap kat aku.. korang nilaila seniri apa moral dan motif serta prinsip disebalik ayat2 yang sering terngiang2 kat telinge aku saban hari nih..
Dialog 1:
"fahmi, awak lap tak meja ni? lantai awak mop tak?"
"err.. tak lap tuan.. lantai pon tak mop.."
"saya mintak maaf fahmi.saya terpaksa cakap jugak kat awak.awak pelajar agama awak sepatutnya lagi tahu dari saya.i'm very particular tentang kebersihan.kita ni berniaga retail jual barang makan.kalau kita tak jaga meja ni awak tengok ni [sambil mencalitkan jari di meja] habuk nih. kalau pelanggan pegang meja ni berhabuk dia akan kata kita tak bersih dan makanan yang kita jual pun tak bersih.jadi memandangkan produk kita pun barang makanan,saya rasa awak pun tanak sentuh makanan yang dah digigit oleh semut kan.bila lantai awak tak mop kesan2 kurma yang jatuh ni akan mengundang semut.semut sebagai muqaddimah maka nanti akan datang yang lagi besar iaitu lipas.lipas pulak akan mengundang yang lagi besar iaitu tikus.bila dah sampai tahap terakhir kedai awak ada tikus maka percayalah yang bisnes awak akan mengalami tahap yang amat kritikal dimana takde sorang pun yang teringin nak masuk kat kedai awak.awak nak jual ape kalau takde sape yang nak datang kedai?awak faham bahasa melayu kan?ke awak nak saya cakap bahasa arab?"
"baik..saya faham tuan..saya mintak maaf sebab cuai..lepas ni saya beringat.."
....
Dialog 2:
"fahmi, awak ada masalah ke untuk kita bukak kedai sampai malam dalam minggu terakhir sebelum raya ni?"
"takde masalah tuan.. saya ngan amin oke je.. teraweh kitorang bleh buat bergilir2 kat kedai.."
"sekarang macamnilah.. senang cerita kalau awak rasa bukak malam boleh menguntungkan.. nampak macam ada orang.. awak bukak.. tapi kalau awak rasa terbeban sampai awak terpaksa tinggalkan terawih.. tinggalkan ibadah.. awak tutup kedai petang macam biasa.. saya taknak sebab nak cari duit hubungan awak dengan Allah terjejas.. kalau awak biasa ibadah macamtu.. awak buat macam tu jugak.. jangan sebab duit awak ubah ibadah awak.. semua hal untung rugi duit rezeki hape2 semua ni kerja DIA.. kalau DIA nak bagi untung sekelip mata DIA boleh buat kedai ni laku.. kalau DIA nak kata kita takkan dapat untung sekelip mata DIA boleh buat kedai ni bankrap.. ok? awak paham?"
"paham tuan..terima kasih tuan.."
....
korang nampak tak dekat mana indahnya Islam?
korang nampak tak dekat mana indahnya ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu alaihi wa aalihi wa sallam?
kalau korang tak nampak.. memang rugilah korang..
satu je kesimpulan aku nak wat dalam posting hari ni..
KORANG TAKKAN DAPAT SATU PUN KERJA YANG TENANG DAN MENYEDAPKAN HATI KALAU KORANG TAK MELAKSANAKAN SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM.. percayalah cakap orang tua yang berumur 23 tahun nih..
ah.. untuk pengetahuan korang.. bos aku ni merupakan salah sorang jutawan kat malaysia ni.. rasanya tak payah aku bagitaula semua bisnes yang dia buat kan.. cume salah satu antaranya dia merupakan satu2nya pembekal lembu dan daging segar seluruh negeri johor.. tu baru yang kat johor.. belum aku sebut yang kat KL lagi.. jadi jangan duk ingat dia ni bisnes kupang2 punya orang.. aku rasa bertuah jugak dapat duduk belajar banyak dengan beliau tentang prinsip2 dalam keusahawanan yang sebenar.. prinsip sebagai seorang peniaga muslim yang berniaga mengikuti sunnah Rasulullah yang amanah dan jujur dalam perniagaan..
jadik cukup dulu stakat ni.. insyaAllah kita akan sambung dalam faktor yang kedua dalam posting2 yang akan datang..
__________________________
sekian dulu.. jumpe lagi kengkawan sumeee.. hari ni saya dapat gaji.. yeyey.. alhamdulillah.. bleh shoping rayeeee.. (^_^)
patut le bos marah...org suh niaga..dia sibuk2 tangkap gambo...
bos suh mop lantai...dia pi layan wifi....
bos suh lap meja...dia main nyuruk nyuruk dengan amin...
semut sebagai muqaddimah maka nanti akan datang yang lagi besar iaitu lipas.lipas pulak akan mengundang yang lagi besar iaitu tikus.bila dah sampai tahap terakhir kedai awak ada tikus maka percayalah yang bisnes awak akan mengalami tahap yang amat kritikal dimana takde sorang pun yang teringin nak masuk kat kedai awak.awak nak jual ape kalau takde sape yang nak datang kedai?<--- jual racun tikus..tu pun tak reti2 bos si pamie ni...hihi
"baik..saya faham tuan..saya mintak maaf sebab cuai..lepas ni saya beringat.."<--- kejap je insapnya...bila bos dah balik kl...buat balik...layan wifi balik..main nyuruk2 balik...hihihi...
jangan marah ekk mie...sonok sakat mike...
jadi ke bukak sampai malam ?
sekian,
ipohmali...( jam dah x yah letak..sebab dah siap ade )
hah? ini aktiviti korang? yg awk ckp nk post2 tuh? ini?! aihhhhh.. sy menanti dgn penuh antisipesen, ini awk bg. huh.. kaciwa.. sy igt awk ngn kwn awk wat wall climbing ke, bungee jumping ke, absailing ke, bom tembok kt gaza ke, ape ke..
(cobaan membuat komen tanpa mengundang kontrolbesi n seyez2 je. bejaye x?)
ye la ostat kn, solat tu jgn la tinggal ... never ever ...
macam kes saudara suami saya ni, kejenye bagus, gajinya banyak, murah rezeki lah kiranya..
tp, solatnya tu, asyik lompang je..
saya tengok, walaupun gajinya banyak, tapi duit asyik mengalir ke tempat yg tak sepatutnya (cth: keta rosak, duit hilang, barang hilang, eksiden, ade je nak kena guna duit) .... ini berkait dengan keberkatan rezeki tu jugak ek ostat?
apa pendapat ostat?
saya nak nasihat saudara tu pun, dah agak berbuih dah mulut ni ...
1.4 tu mmg kena dgn ana...alhamdulillah... Company Malay...sume yg kerja dlm tu juga Islam...malah solat pun jemaah.
D client site ni pun alhamdulillah begitu wlp most of my team member are chinese...
mie...
kalau bos mike baca posting ni...tentu dia berbangge dengan mike..kerana mike telah memperomosikan kedai kurma dia dan juga diri beliau sendiri...
mau mau dia bagi mike bonus raya walaupun baru keje sebulan...dah le semalam dapat gaji ...tup2 dapat plak bonus...kaya le incik pamies...buleh la belanja kurma ajwa tu 4 - 5 biji...
buleh tak mie ..???
sekian..
rumah bonda - ipoh
aii, sume komen psl bos nih. nk gk r komen..
kl kes solat jumaat xkasi kuaq, wpon di bumi 'negara islam',mesia nih,tuh mmg nk kene penampor. salunye multinasional comp benarkn (bukan kedai2 minyak, tpi kj kt comp die trs mcm engin ke, kj kt pelantor ke etc yg kait direct ngan big bos die).ye la,nk jage name kn.
dlm 1 prgrm sy join,ade slot 'dakwah masyarakat non-muslim di bandor', sy tny pndgn depa terhdp islam yg paling xbes. u kno wt, the answer is: solat 5 waktu. y? sbb lugi maa n nyusahkan maa. kitorg jwb je la, its jz 5-10 minits maa. bg sy,pekeje yg dpt bos camni,mmg mad'u yg bely huge potensyel. ye r,dh la bos kn,musti manyak pengaluh (uhuk,sng ckp, watnye,prnh?? lum bha,lom jd pekeje lg. kalo dpt,doakan la gue kuat..).
kl dpt gini gk, leh gk apply ape adek ust sy wat mse std kt u.s dl: tym zohor salu ade kelas, so die kuor sat, p toilet, then solat whether luor bilik kuliah or dpn toilet. d mn ade kemahuan di situ ade jln beb. nak tanak je, bergantung kt Allah ke x je. kl rse diri tu gantung kt Allah,rs hambe, wat la cemana pom, solat still no 1. ye dok?
so, kes bos rs solat membebankan, pahamkan lah die drpde kutuk2 kt blkg, kn. sian gk org xphm cmni. tup2, bile kite kasi die phm, tentibe die dpt hidayah Allah kn. haa, tu dh 1 advantage yg besaq! big boss=pengaruh rmi.. ade posibility gk bisnis partner yg lenlaen akn terpk "y a, die msk islam? bes sgt kah? aiyoo, wa pening lor"..hoho..
kl bos tu keras kapla gk, blah je la, n doa die dpt hidayah..tu je kite mampu kn setelah berusaha.
p.s-xperience abg n senirik jua (xperience senirik skit nk mati)..hehee. department abg sume cina non-muslim includng bos, die je muslim. department len ade la muslimnye..
p.s2-sy respek gile kt org dpt bos non-muslim, tp still kekalkn atinye dlm biah islam yg kuat (means die sprti ikan di laut, isi x masin walau environmentnye masin)..
Allahu a'lam..
ish.. banyak cakap la ngkorang ni.. aku dah musykil dah ni blog sape sebenornye nih? kalo korang nak cakap banyak ameklah password aku lepas ni korang plak postingkan kat sini bleh? hahaha..
S - jadi ke bukak sampai malam ?
J - jadik insyaAllah.. malam besok stat kot..
S - cobaan membuat komen tanpa mengundang kontrolbesi n seyez2 je. bejaye x?
J - langsung tak berjaye.. awak memang dilahirkan sebagai perepek yang kurang kerap makan kerepek.. tak payah la nak cuba2 nak wat siyes..keje sia2..hahaha..
S - ini berkait dengan keberkatan rezeki tu jugak ek ostat?
J - ye betul sekali.. sangat2 berkait.. walaupon duit sikit tapi kalo berkat.. cukup jer untuk tampung hidup yang sederhana.. lagipon lagi banyak harte lagi lambat masuk syurga sebab nak dihisab semua harta2 tu kat akhirat nanti dari mana ia datang dan kemana ia diinfaqkan.. ala kulli hal yang penting harta tu just wasilah untuk kita hidup dan menghidupkan Islam..
S - buleh la belanja kurma ajwa tu 4 5 biji...buleh tak mie ..???
J - nak kene datang umah.. cakap banyak tak guna.. pos2 tak main.. haha..
S - uhuk,sng ckp, watnye,prnh?
J - tak pernah
S - wat la cemana pom, solat still no 1. ye dok?
J - ye..ye..
ada lagi soalan yang nak dibagi fatwa? hahaha..
elehhhhhhh.. mcm la komen die kt blog org laen xpjg mcm blog sirik.huh..
laa..yg 'wtnye xprnh' tuh utk sy la.bkn awok..huhuuh
ish.. banyak cakap la ngkorang ni.. aku dah musykil dah ni blog sape sebenornye nih? kalo korang nak cakap banyak ameklah password aku lepas ni korang plak postingkan kat sini bleh? hahaha..<-- mentang2 baru dapat gaji..eksyen...cakap pun dah lain...kaso je bunyi nyer...hihi
sekian...
rumah bonda
hehehe.. mane ade kasor.. kata arab mesir.. standard modifiedlah ayat camtu.. hihihih
Selawak2 Juha kalau ngko nak tahu, lawak lagi apa yang paling x lawak dalam blog ngko ni. nanti silap2 ade plak kisah pamiesz org buat... hahaha
ala...relaxla mie..ko kan hbs terawih kul 8..kul 8.30 ko bukak la kedai ko tu.8.32 ko tutup.insyaAllah bleh mendatangkan untung.hehehe
ko buklk je kdai lpas trwikh..rmai gk org..
buat kt msjid daerah..laju sket..ehehhe
hehehe.. mane ade kasor.. kata arab mesir.. standard modifiedlah ayat camtu.. hihihih<---- arab mesir pun tak kaso mcm mike...mike time dapat gaji..mula lah timing...selalu jalan perut kedepan ( boroi )..time gaji...dada ke depan...nak tunjuk eksyen le tu...lastik dgn biji kurma kang..baru tau...
sekian...
ipoh bandaraya permai
sesiapa yang ingin melihat fahme perform..sila klik sini
HIHI...
ipoh...
dapat bos mcm sial memang tension rasa nak dtg keje..
semua keje main passing je.. keje semudah tu pun bodoh xtau nak buat..
dtg 8pg punch kad pastu g mengulo, pkl 5 dtg punch n balik rumah...
keje mcm posmen tapi gaji 48.. baik bagi gaji tu kat kiteorg yang 41 ni..
patut la kene campak merata, xtau buat keje rupanya..
Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.