Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Monday, September 28, 2009
hari raya takkan lengkap pabila tiadanya berkumpul sanak saudara anak cucu cicit segala 7 keturunan mahsuri sume2 jadah tu lah.. makanya pabila berlaku pengumpulan manusia2 ini amatlah ruginya pabila mereka sume tak diajak ke studio untuk menangkap gambor raya buat kenang2an untuk disandarkan pada dinding2 dan galeri2 hati sesama kulaan (sedara)..
oh rasanya anda semua tahu bahawasanya biasanya kedai2 gambo menawarkan pakej gambo dan frame yang bernilai beratus2 bahkan ada yang mencecah kopok lekor dalam sos.. oh saya tersilap lagi. mencecah ribuan ringgit mahupun USD jika dia mempunyainya.. makanya itu sudah tentu hanya akan dibuat oleh keluarga mereka2 yang income setiap jam adalah 3trilion.. adapun bagi kami keluarga yang sederhana yang cuma mendapat income sebanyak 18megatrilion setiap 2saat ni.. kami memilih untuk bersosial bersama kamera hak milik sendiri dan hanya memilih cucian dan frame saje untuk dibuat di kedai.. lokasi studio kami adalah life construction site family kami iaitu umah ostat amin lah mane lagi.. tu pon nasib baik mesin basuh kat blakang umah kami tak mampu membuat khidmat cucian gambar.. kalau beliau pon mampu buat dah lama kami takkan jejak kaki ke mana2 kedai gambor dah sebab kat dapor umah kami pon ada 2 mesin basuh..
_______________________________
tazkirah raya : jangan makan kueh raya sambil ngumpat2 sane sini.. buang2 pahala mencari2 dose pulak di bulan mulie.. kalau rasa2 nak termengumpat ataupun tak tahan nak mengumpat sila cepat2 sumbat penutup balang kueh tu kat mulut korang.. kalau still becakap jugak lagi [tentunya bertujuan mengumpat] makanya ada satu solution iaitu pakse telan penutup balang tu afdhalnya yang kaca yang beratnye 8kg. selamat mencuba! tips daripada kementerian kemasyarakatan kutub selatan.
pakcu...kim salam kat anak sedara pakcu yg pakai tudung hitam tu ye..hahahaha