Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 17, 2008

Kerinduanku Pada Haramain

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, September 17, 2008 | Category: |

salam semua bloggers..
tiba2 ana dalam kerinduan.. Syeikh Nuruddin baru je balik dari umrah dan telahpun menyambung pengajian tafaquh malam tadi.. tiba2 ana dalam kerinduan.. kami membaca kitab taufiqul bari karangan Imam Nawawi yang membahaskan masalah2 manasik.. tiba2 ana dalam kerinduan.. Syeikh Nur memulakan pengajian dengan mengulang kembali sebahagian sunat2 tawaf yang telah diperbincangkan sebelum beliau berangkat menunaikan umrah awal ramadhan arituh.. tiba2 ana dalam kerinduan.. kemudian beliau menyambung sedikit lagi sunat2 tawaf yang tinggal seterusnya menghabiskan bab sunan tawaf itu.. tiba2 ana dalam kerinduan.. bila Syeikh bercerita tentang mekah.. tentang keadaan mekah.. tentang suasana mekah.. tiba2 ana dalam kerinduan.. terasa sungguh rindu pada dua tanah haram tu.. bilalah agaknya ana nak kembali ke sana.. ditambah pulak bile teringatkan blog encik baba waseem yang sokmo aje memberikan perkembangan terkini dunia tanah haram mekah sane nun.. rindunyaaaa ana pada Baitillahil haram.. teringin sangat rasa nak menjejakkan kaki kesana wat kali ke3.. Ya Allah.. sampaikanlah kami lagi ke rumahMu Ya Allah.. agar dapat kami beribadah sambil melihat KaabahMu Ya Allah.. demi memohon maghfirah dariMu Ya Allah..

GALERI RINDU HARAMAIN
_____________________

pertama kali kumenatap bongkah batu empat persegi yang diselimuti kelambu hitam itu adalah pada ketika umurku 10tahun.. ternyata aku masih lagi kecil.. aku tidak tahu perasaan apakah yang melanda diriku pada waktu pertama kali aku melihatnya namun yang penting aku dapat merasakan satu ketenangan yang amat mententeramkan jiwa hanya dengan sekadar melihatnya.. masih lagi terngiang2 ditelingaku akan kata2 ustazah Syarifah Hamadiah lecturer yang kusayangi.. masa dalam kuliah beliau mentasyji' pelajar untuk pergi menunaikan umrah dan haji.. kate beliau dengan memandang Kaabah itu dapat memadamkan dosa-dosa.. [dengan syarat pandang secara live la.. takat pandang gambo kat poster dinding ma yanfash..]

kali kedua aku menjenguk Kaabah Al-Musyarrafah pada Jun tahun lepas.. kali ni aku sudah agak dewasa berbanding kali pertama dulu.. bila sahaja ku menjejakkan kaki di masjidil haram.. dari jauh ku intai2 bongkah berkelambu hitam itu disebalik tiang2 masjid yang tersergam indah.. sikit demi sedikit ku langkahkan kaki ini semakin jelas imej yang kurindui saban belasan tahun selama ini.. MasyaAllah TabarakAllah.. Subhanallahil Azim.. aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana Kau masih mengizinkanku untuk melihat KaabahMu yang mulia.. aku amat berharap Kau dapat mengizinkanku untuk melihatnya lagi kerna aku dilanda kerinduan yang teramat sangat padanya.. ameen ya rabbal alamin..

ni mimbar masjidil haram yang mempunyai roda yang mana ianya diletakkan di satu bucu khas masjid..

ni adalah kawasan masjidil haram yang baru ditambah semasa zaman pemerintahan malik fahd.. kawasan ni ber-aircond.. ketika terasa hangat pijor sini la menjadi pilihan aku untuk bersolat dan membaca Quran.. tapi tak feeling mana sebab tak dapat tengok Kaabah secara dekat daripada sini..

ni bab malik fahd.. masuk2 sini terus kawasan yang berekon tadi tuh.. kat luo depan ni banyak merpati melepak2.. merpati lapan belas sejoli..

mesti korang tertanya2.. aku ni wat saie ke tangkap gambo? haha.. time ni dah abis dah.. tengah tunggu mak dan makcik aku menyetelkan beberapa pusingan lagi..

ni pintu Kaabah yang lama.. dah duk menetap kat dalam muzium dah..

ni la rupenye telaga zamzam.. aku sempat la tengok masa pintu masuk telaga zamzam tu still bukak lagi masa umur 10 taun dulu.. siap tido kat dalam tu lagi.. agaknye sebab ramai orang yang wat keje macam aku la kerajaan saudi tutup pintu masuk ke telaga tu..

demonstrasi penghasilan kelambu Kaabah..

ni namenye pancur emas yang tersergam indah kat atas Kaabah nun..

ilustrasi dan plan interior Kaabah..

ni namenye kunci pintu Kaabah..

ni salinan Al-Quran Mushaf Uthmaniah yang ori yang ditulis di zaman khalifah Saidina Uthman bin Affan.. takde baris dan takde titik pun..

ni masjid tan'eem tempat yang paling dekat untuk orang wat niat ihram.. ade jauh sikit ja'ronah..

ni tanah haram kedua bagi Islam iaitu madinah al-munawwarah.. jalan ala tull masuk masjidunnabawi ikut babussalam..

salah satu menara masjid nabawi..

pemandangan masjid nabawi dikala subuh.. sangat hening dan menenangkan jiwa..

tanah perkuburan baqi' dibuka setiap jumaat.. masa tu ada 2 pengkebumian jenazah.. beruntungnye almarhum yang dapat dikuburkan bersama para sahabat, syuhada dan aulia'ullah disitu.. al-fatihah buat mereka semua..

pemandangan masjid nabawi daripada pintu masuk perkuburan baqi'..

Niat dihati nak menunaikan haji pada tahun ni biiznillah.. moga segala perancangan dan urusan dipermudahkan oleh Allah.. rindu sangat nak ziarah Rasululullah.. nantikan kehadiranku wahai haramain yang amat kurindui! moga umurku panjang dan sempat menatapnya lagi dan lagi dan lagi dan lagi sehinggalah malaikat maut datang bertamu padaku..

Currently have 14 Kata Komenan:

  1. aku pun trase rindu blk kat dua tanah haram ni..dah 12 tahun berlalu.ntah bile la de rezeki lagi nak ziarah 2 tempat ni wat kali kedua..moga Allah memurahkan rezeki aku untuk bwk mak bpk aku plk g tanah haram ni.

  2. to pijit: insyaAllah biiznillah nanti ade la rezki tuh..bawak mak abah ko pastu bawak aku skali..hehehe..

    to lutfi: ceh..sekeh pale kang..mung kalu windu leh gi ari2..aku ni kalu windu buke blog mung je ah..huhu..

  3. skurang2nye walau xkurang xlebih penah la jugak jejak kat haramain.. xla mcm ana ni dok mimpi je lg lah sadisnye :(
    doakan ana dpt p taun depan.. aminnn..

  4. tak nak aku bwk ko..bwk ko buat hape..baik bwk mak bpk aku + mak bpk mentua aku + zaujah aku..heheheh

  5. to muyassarah: Ya Allah murahkan rezeki cik bella kita untuk bertamu kerumahMu..ameen ya rabb.. :)

    to pijit: sambil bawak mak bpk ko dan mak bapak bini ko serta bini dan anak2 ko apelah salahnye ko membawak aku skali.. bukan beban pun.. hahaha..

  6. bebanla...ko tu dahla semakin membesar..berat dh mencecah 90kg..mane larat aku nak bawak ko..heheheh

  7. kalo ko janji nak bawak aku sanggup kurangkan berat badan aku sehingga mencecah 15kg..hahahah..

  8. talaqqi dengan sheikh Nuruddin? allah allahu..nikmatnya :(

    eh kaabah kalau tgk poster pun boleh luntur hati, kalau tgk kat tv, boleh menangis terus kerana terasa kerinduan, kalau tgk live.. ya allah.. sebaknya tak tahu nak describe macam mana..

    antara nasihat ulama dahulu antaranya imam malik, beliau tidak menggalakkan tinggal lama di rumah allah..kerana takut tidak dapat menjaga adab di rumah allah, takut kerinduan dan rasa takut kita semakin hilang.. sebagaimana perumpamaan menambahkan rasa kerinduan terhadap isteri maka perlu ditinggal-tinggalkan..

    kita yang pergi pun kadang geram juga dengan mereka yang datang ke baitullah, duduk2 lunjur kaki ke arah kaabah sambil kedua2 belah tangan disandarkan ke belakang..ah, mungkin sakit agaknya, sbb tu duduk mcm tu tetapi bertamu di rumah Tuan Rumah patut perlu ada rasa malu.. silap2 pahala entah ke mana, dosa pula yang datang.

    alf shokr post entri ini, setiap hari menatap gmbr kaabah pun cukup utk melembutkan hati itu belum lagi melihat kaabah secara live..

  9. memang nikmat..cuma kebanyakan azhari maleh dan tanak amik kesempatan sampai syeikh pun kecik ati dan nak tamatkan siri tafaquh kat mesir ni rabiulawal nanti..katenye semangat azhari terhadapnya dah pudar dan mungkin tak memerlukannya lagi untuk berada disini..sangat sedih mendengar ucapan tu keluar daripada mulut beliau sniri.. :(

    tetamu2 Allah yang bertamu disana tu sememangnya pelbagai ragam..ada yang sangat beradap..ada yang tak reti adab langsung..ada yg datang skadar nak mencurik slipar..[slipar aku je sampai 3kali kene curik..sabo jela..kat mekah tuh..] ada yang rindu bangat dengan Kaabah sampai nangis2 dan rasa cam tanak balik..ada yang nampak Kaabah macam tengok tembok bese je..ada itu..ada ini..memacam adaa..

  10. la ni..pasai pa azhari skrng malas sgt, sibuk apa? ni..ostat pahmie ni, jgn malas sudah..sebab katanya perkara yang dia tak boleh hidup kalau takda adalah ilmu..hehe

    ish..sedih betul la kalau sheikh sendiri pun dah cakap mcm tu..mcm mana agaknya keberkatan ilmu nak dapat.. :(

  11. seronoknya dapat gi mekkah ye,
    pamie, saya pun kalau boleh nak sangat2 pergi makkah dalam usia muda ni, saya dengki sangat, tengok budak kelas saya, baru balik dari umrah...diorang anak2 orang kaya, anak doktor..
    kalaulah saya macam mereka....
    Pamie, ustazah saya cakap kan, dok kat mesir, kat sana memang mudah makbul apa yang kita cakap, memang apa yang kita cakap memang akan terjadi, hampir sama macam harmaini...Jadi tolong doakan saya ye..YA ALLAH BERIKANLAH PELUANG KEPADA AHMAD THAQIF BIN ISMAIL UNTUK MENZIARAHI TEMPAT SUCI MU YA ALLAH!!AMIN....

  12. bagusnye..lah thaqif ni..

    anak sapa ni??

    insyaAllah ana doakan nta dapat pegi sana..(walaupun aku bkn pamie)

    when there's a will, there's a way, man!

  13. to bebaskan:
    insyaAllah le tak maleh harap2nye gitula..malas ni penyakit yang hampir takde obatnye..

    to tsaqif:
    niat yang bagus..teruskan merindui baitillah kelak Allah akan tunaikan permintaan kita insyaAllah biiznillah..

    insyaAllah saya doakan.. :)

    to nakgiharamaingak:

    hehehehe..lagi banyak doa insyaAllah lagi cepat makbul..tak kire siapa walau dimana jua..


Leave a Reply