Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Wednesday, September 24, 2008
Peristiwa Dalam Bulan Ramadhan
salam pade semua..
lame plak rasa tak menaip.. dalam kesibukan yang melanda ana merajinkan jugak jari jemari yang gemok ni untuk menaip sikit wat tatapan para pengunjung sumer.. maaflah lambat sket update.. terlalu sibuk mengejar waktu dalam kesibukan bertafaquh bersama Syeikh Nur jua menghabiskan talaqqi Quran bersama Syeikh Abdun Nabi (alhamdulillah tinggal lagi 2juzuk steng nak habis) plus ditambah pula mengejar masa berulang alik ke zagzig untuk mengambil wang zakat (murah rezki bulan ni banyak orang nak bagi zakat..) biziadah sedikit taklifan persatuan untuk mendesign buku program sambutan hari raya dan anugerah pelajar cemerlang yang akan berlangsung raya nanti disibukkan lagi pula dengan mencari2 masa mengejar Allah untuk mendapatkan malam yang dijanjikan dalam Al-Quran yang merupakan malam yang terlebih baik dari 1000 bulan itu.. menyebabkan masa yang ada tersangat2 terhad untuk ana menulis.. ala kulli hal.. blog ni tetap tak bleh dibiorkan bersawang.. sat gi jenuh plak nak gi upah orang cucikan blog ana neh.. jadi untuk menjimatkan duit ngupah orang tu.. ada terlebih baiknya ana sendiri yang mencuri masa untuk mencuci blog ana tanpa perlu ana mengeluokan duit untuk suh orang cuci blog ana yang bersawang.. jimat beb.. jimatt! [ade ke orang suh orang cuci blog? nak cuci pakai ape? mop? berus sabut? penyapu lidi?]
kita semua sedia maklum bahawa kita sedang berada dalam fatrah terakhir Ramadhan yang mulia.. dalam fatrah 10 malam terakhir ni agak2nya kita menyibukkan diri kita dengan mende2 hape yer? agak2nya kita perasan ker yang Ramadhan (bukan nama orang) nak meninggalkan kita lagi buat masa setaun? agak2 kita la kan taun depan sempat ke kita jumpa lagi ngan Ramadhan? Allah.. Allah.. sedih dan sebak rasanya bila mengenangkan masa yang berlalu tanpa kita isi dengan amal ibadah.. masa yang berlalu yang hanya kita sia-siakan begitu sahaja.. kita tak terawih.. kita tak bertadarus.. kita tak qiam.. kita banyak tido.. kita banyak cakap mende2 lagha.. kita mengumpat2 orang.. alangkah ruginye rasa.. amat2lah rugi.. jadi masa berbaki yang masih ada ana menyerulah kengkawan semua dengan seruan azan.. eh.. seruan agar kita memanfaatkan masa yang ada ni dengan berlumba2 melakukan kebaikan dan ibadah.. yang mana belum habis Quran.. cuba khatamkan taun ni.. bukan khatankan.. khatankan bagi yang belum masuk jawi.. hehe.. adapun yang buta huruf jawi juga bolehla mula mengislah diri dengan mempelajarinya daripada mereka2 yang pandai bace jawi.. yang mana belum bersedekah.. blanje la kengkawan yg tengah sengkek cam ana nih.. insyaAllah banyak pahalanya.. bile lagi kan nak bawak ana ifthor firakh masywi.. hehe..
kali ni ana nak bawak kengkawan semua menyelusuri sejarah sket.. bulan pose dah nak abih dah pun.. tapi tahukah kita semua tentang sejarah2 yang pernah berlaku dalam bulan pose nih? mungkin sebelum ni kita biasa dengar sejarah2 ni.. tapi kita tak perasan pun ataupun tak pernah tahu ataupun tak pernah nak amik tahu pun bahawasanya peristiwa2 sejarah ni berlaku dalam bulan pose bulan Ramadhan yang mulia.. jadi kalau sebelum ni kita tak tahu.. mari kita baca agar kita tahu.. kalau sebelum ni kita sengaja taknak amik tahu.. mari kita baca agar kita dapat tahu betapa pentingnya mengambil tahu tentang sejarah.. bak kata pepatah tiada sejarah maka tiadalah masa depan.. ramai yang melupakan sejarah maka dengan ini marilah kita bersama2 memperingatinya serta mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.. moga2 Allah golongankan kita dalam golongan yang mahu berfikir..
PERISTIWA 1
Peperangan Badar Al-Kubra
dinamakan badar sempena mengambil nama tempat berlakunya perang ni.. perang ni berlaku pada 17 Ramadhan taun 2 hijrah bersamaan 624 masihi.. sejarahnya perang ni terjadi dengan arahan Rasulullah supaya menyekat rombongan dagang Quraisy yang nak gi mekah dari syam.. asalnya arahan hanya sekadar menyekat tak bertujuan untuk perang.. tapi sekatan tu ternyata tak berjaya.. group yang dipimpin oleh Abu Sufyan tu berjaya melepaskan diri.. dorang ikut jalan pesisir pantai.. sebelum tu plak Abu Sufyan sempat hanto sorang utusan ke mekah untuk perlindungan.. maka dengan tu keluo la kaum Quraisy redi untuk memberikan perlindungan dengan kekuatan tentera yang berkali2 ganda banyaknya daripada kekuatan tentera kaum muslimin..
Tentera Quraisy:
1000 orang, 600 ekor kuda, 700 ekor unta, beberapa wanita yang memainkan rebana dan menyanyi dengan lirik untuk mengejek kaum muslimin
VS
Tentera Muslimin:
313 atau 314 orang, 70 ekor unta, 3 ekor kuda
sikit kan? sekali tengok kalo pikir logiknye mesti kita rasa tentera muslimin takde can la nak menang.. tapi Allah tu Maha Berkuasa.. logik akal semata tak mampu menyaingi iman dan kekuatan serta keihlasan hati para sahabat yang tekad mengejar syahid dan berjuang di jalanNya.. dalam perang ni sorang daripada sahabat bernama Al-Habbab bin Al-Munzir telah mengemukakan cadangan kepada Saidina Rasul untuk berpindah ke satu tempat yang selamat dan memungkinkan untuk mereka menyekat sumber air kaum musyrikin.. Rasulullah dan para sahabat yang lain menerima idea beliau itu.. peperangan ini diakhiri dengan satu kemenangan di pihak Islam setelah berlakunya peperangan yang sengit.. Rasulullah dah amik peranan kat sini dengan mengatur sendiri strategi dan barisan tentera yang mantap serta memberikan semangat dan galakan yang tinggi kepada mereka untuk mengejar syahid.. kesimpulannya.. dalam perang ni Abu Jahal terkorban bersama 70 lagi musyrikin.. dan 70 yang lain pula menjadi tawanan perang..
PERISTIWA 2
Fathu Makkah
lebih dikenali dalam bahse kite ngan pembukaan kota mekah.. berlaku pada 21 Ramadhan taun 8 hijrah bersamaan 630 masihi.. punca perang ni semua kaum Quraisy punye pasal.. dorang gi langgar pejanjian hudaibiyah yang telah menyatakan bahawa setiap kabilah arab kene pilih samada untuk stay dengan Rasulullah ataupun stay dengan Quraisy.. keputusannya bani khuzaah pilih untuk bersama Nabi dan bani bakar stay ngan Quraisy..
sampai satu masa tetiba bani bakar gi wat pencerobohan atas bani khuzaah menyebabkan 20 orang terbunuh.. disebabkan oleh bantuan senjata daripada Quraisy.. bila Rasulullah tau je Baginda sangat marah dan mempersiapkan 10000 tentera secara rahsie untuk setel ngan Quraisy.. tapi plan Rasul tu kantoi jugak bile sorang bernama Hatib bin Abi Baltaah gi kirim surat rahsia kat Quraisy mekah cite pasal Nabi nak attack mekah.. yang jadik utusan tu sorang pempuan.. tapi surat tu tak sempat sampai kat mekah.. Allah dah tolong gitau pada Rasulullah dulu.. serta merta Rasul hantar sahabat untuk dapatkan surat tu.. bile pompuan tu dah kantoi.. surat tu dibaca dan kantoi la plak Hatib bin Abi Baltaah sebagai pengkhianat.. setelah ditanya beliau mengatakan beliau melakukan semua tu sebab beliau takde sedara mara melainkan daripada golongan Quraisy mekah..beliau wat gitu semata2 cuma nakkan mereka menghormati keluaga beliau.. lalu Rasulullah memaafkan beliau kerana beliau juga merupakan salah sorang pejuang perang badar..
dalam perjalanan dari madinah ke mekah.. Rasulullah berjumpa dengan Abu Sufyan dan 2 orang lagi yang ada skali ngan beliau.. mereka bertemu kat tempat bernama marrazahran.. dalam pertemuan tu Abu Sufyan memeluk Islam.. memandangkan Abu Sufyan sorang yang sukakan kemegahan Rasulullah memberikannya sesuatu yang dapat bagi beliau merasa megah iaitu dengan bersabda, (( Sesiapa yang masuk dalam rumah Abu Sufyan maka dia akan selamat ))
sampai je Rasul kat mekah, Baginda utus sahabat untuk wat pengumuman "sapa yang masuk dalam umah kunci pintu slamat.. sape masuk umah Abu Sufyan slamat.. kecuali 15 orang yang beso dosa terhadap Islam dan Rasul.." lepas tu Baginda terus gerak masuk kota mekah dengan unta sambil tunduk kepala sampai sentuh tempat duduk tanda syukur atas kemenangan yang Allah berikan.. lepas tu Baginda tawaf di baitullah.. lepas tu lagi Baginda hancurkan plak 360 bijik berhala sekitar kaabah tuh.. kendian Baginda masuk dalam kaabah dan wat solat sunat 2 rakaat.. bila dah setel.. Baginda bediri kat pintu kaabah dan bercakap dengan semua penduduk mekah..
lepas dengo kata2 Rasul tu semua penduduk mekah berbaiah (berjanji setia) dengan Rasulullah.. Hindun bini Abu Sufyan yang mengunyah hati Saidina Hamzah masa perang uhud dulu pun turut berbaiah dengan Nabi.. akhirnya Nabi memaafkannya..
masa fathu mekah ni la Bilal bin Rabah naik atas kaabah dan azan zohor..semua penduduk mekah mengagungkan Allah padahal dorang seme blum masuk Islam lagi mase tuh.. Rasulullah saje wat gitu nak bagi nampak keizzahan Islam dan keagungan Allah..
PERISTIWA 3
Peperangan Al-Qadisiyah
perang ni berlaku antara orang Islam yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqas VS Parsi pada tahun 14 hijrah bersamaan 635 masihi.. lagi kemenangan berpihak pada Islam.. Allahu Akbar!
Tentera Kafir: 120000 orang
VS
Tentera Islam: 10000 orang
bape kali ganda agak2nye kekuatan tentera kafir tu? bilangan sebegitu ramai masih kalah dengan tentera Islam..lompat satu titik perpuluhan tuh.. [korang ingat lagi ke nak lompat2 titik perpuluhan ni? masa skolah dulu kelas math korang kuat monteng cam aku gak kan? hehe..] masyaAllah tabarakAllah.. sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.. tiada apa yang mustahil bagiNya..
PERISTIWA 4
Fathu Al-Andalus
ataupun bahse kitenye pembukaan andalusia (spain) oleh Tariq bin Ziad pada tahun 92 hijrah bersamaan 711 Masihi
PERISTIWA 5
Peperangan Hittin
terjadi pada tahun 583 hijrah bersamaan 1178 masihi dibawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubi
PERISTIWA 6
Peperangan di Ain Jalut, Palestin
dalam perang ni tentera tartar dibawah pimpinan Hulaku Khan telah kalah pada tentera Islam yang dipimpin oleh Al-Muzaffar Saifuddin Qutus.. perang ni berlaku pada 25 Ramadhan tahun 658 hijrah bersamaan 1260 masihi..
PERISTIWA 7
Perang 6 Oktober
kalahnya tentera israel dengan tentera mesir pada 10 ramadhan tahun 1393 hijrah bersamaan 6 oktober 1973.. sempena dengan tarikh bersejarah nila wujudnye 2 nama tempat kat mesir ni.. madinah sadis min oktober dan jugak asyir min ramadhan.. sadis oktober tu kire cam bandar masa depan ala2 putrajaya tu la.. nampak tesusun dan mewah2 sikit kat situ.. kalau nak gi fayyum lalu la kat situ.. daripada situ ble nampak piramid giza yang beso gedabak tuh..
hmm.. amacam.. agak2nye kite tau ke semua peristiwa2 ni berlaku dalam bulan Ramadhan yang mulia nih? mungkin korang semua dah tau kot.. tak kesahla.. kalau dah tau kita wat skadar untuk mengingat semula.. tapi kalau baru tau.. ia menjadi satu ilmu baru bagi kita.. ana rasa cukup la dulu skadar wat sikit pengisian di akhir2 Ramadhan nih.. akhir kata ana nak memperingatkan diri sniri khususnya dan kengkawan sume umunya untuk kita sama2 mempertingkatkan amal ibadah dalam sedikit masa yang tinggal ini.. seterusnya meneruskan semangat beribadah demi mencari malam yang lebih baik dari 1000 bulan yang telah Allah janjikan buat kita semua.. dan juga harapnye ibadah yang kita buat dalam bulan pose ni dapat kita istiqamahkan dan kita teruskan lagi dibulan syawal dan bulan2 seterusnya.. wallahu a'lam..
jangan lupe.. senyum sokmoo~ (^_^)
Aslmkm Syeikh.. Cube ente perhatikan 2 sejarah ni...
*Permulaan pembukaan Andalus : Pada 91 Hijrah Muslimin telah pergi ke Negara Andalus di bawah pimpinan Tharif bin Malik Al-Barbari, dimana Musa bin Nasir telah mengutus Tharif bagi mengintai peluang bagi memerangi Andalus.
*Peperangan Syuzunah : Pada 92 Hijrah telah bermula peperangan Syuzunah di antara Muslimin dengan diketuai oleh Thariq bin Ziad dengan Goth ( Penduduk Andalus ) dibawah pimpinan Lazriq di barat daya Sepanyol ,dan berakhir dengan kemenangan yang besar bagi muslimin.
harap maklum..