Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Sunday, October 3, 2010
Doa Hajat Untuk Peperiksaan - Dari Seorang Guru Untuk Anak Didiknya

Monday, August 16, 2010
Kalau Guru...
Thursday, October 8, 2009
Tour De Ganu : UDM + Kesah Cekgoo Skola
seorang pelajar india yang kelihatan sedang bertarik2 baju bersama seorang lagi kelihatan menuju kearah aku.. [padahal aku yang menuju kearah dorang sebab aku nak naik kelas masa tuh.. haha..] pabila kami berselisihan.. salah sorang pelajar yang nampak macam tengah dibuli itu mendekatkan dirinya yang sedang ditarik baju kepada aku.. seraya berkata dengan nada merayu..
"cekgoo tengok diaa cekgoo.. dia pukul sama sayaaa"
lalu aku tengok je die tanpa berkata apa2.. then
"sudah. saya sudah tengok dia. sekarang saya mau buat apa?" aku tegelak. dalam hati jelah. depan budak2 kene wat macho walaupun lawak. haha.
"cekgoooo dia pukul saya cekgoooo!"
"hahh? dia pukul sama awak? awak pukul jela dia balik.." mulutku berkata2 sambil berlalu pegi begitu saja.. malas melayan agaknya.
seorang pelajar perempuan kelihatan sedang berlawan kata2 dengan seorang pelajar lelaki.. kedua2nya melayu dan bermulut agak celupar..
"aku terajang ngko kang!" jerit pelajar pempuan itu kepada pelajar lelaki
"cekgu dia nak terajang saya cekgu" aduan dibuat dengan segera oleh pelajar lelaki
"mane ade cekgu.. dia yang nak terajang saya dulu.." pelajor pempuan itu mendefend diri
"kang dua2 aku terajang kang.. nak?" aku terus tanya dengan muka nak tanak tapi serius
"hehehehe.. tanak cekgu.." dua2 wat muke tesipu2 malu
seorang pelajor yang duduk dalam kelas belakang skali tak nampak apa yang aku tulih kat whiteboard lalu menuding jari ke whiteboard sambil bertanya:
"ostat.. itu ape?"
"mane? itu ke? itu whiteboard." terkedu agaknya dengan jawapan yang tak disangka
seorang pelajor bertanya tentang janggut ostatnya yang berwarna perang
"ostat kenapa janggut ostat kaler perang?"
"saya celup dalam longkang.. awak pecaya tak?"
sorang pelajor didapati sedang mengorat awek2 yang lalu kat koridor tepi kelas dengan mengsweet2kan dorang.. masalahnya dia sweet awek2 tu masa aku tengah becakap kat depan.. lalu dengan pantas aku bertanya
"ngko ngorat awek2 tu ke?"
"haa la ustatt.." pantas btui dia menjawab
"ek elehhh.. ape barang ngorat budak skolah.. takleh belah.. takde taste langsung budak skola.. eeee.. ntahapehape.." tak sangke pulak satu kelas sokong aku meng'eeeeee'kan budak tuh. hahaha.
______________________
boringla ngan peraturan skola.. aku takde baju batik.. aku takde kasut kurung.. aku takde nametag.. aku malas datang awal.. aku nak balik cepat.. aku kurang disiplin..
makanya skang nih aku pon dah tau la kenapa aku dapat student yang buas2 dan takndak mendengo kata.. ini adalah kerana Allah mahu membalas 'jasa' aku pada guru2 aku ketikamana zaman persekolahan dulu. pa alip dal nun spacebar em yu key ey lahhhh.. sape suh dedulu kala sokmo wat hal kat skolah.. sekarang rasakan snirik macamana rasanya perasaan merasa rasa itu.. ngahahaha..
teringin rasanya nak jadik GTF.. great teacher fahmi.. kehkehkeh.. takashi sorimachi nak nyanyikan OST untuk aku tak agak2nye?
nak kot...
Tuesday, October 6, 2009
Water Splash Effect
hari kedua aku mengajar rasa2 macam nak lemah semangat bila tengok student2 kelas D dan E buat perangai macam tapir.. tapi bile aku balik ke bilik guru aku boleh tergelak kaw2 sebab ada sorang cekgu pompuan menangis kene buli ngan student kelas yang sama agaknya.. cekgu rosnitawati (bukan nama sebenar) menceritakan kejadian yang berlaku satu demi satu dalam nada yang sangat geram dan emosyenel sambil tangan mencapai2 langit tanda menahan marah seakan2 mahu melempang sesuatu..
kesemua guru yang ada disitu berasa kasihan dengannya kecuali aku yang masih tergelak tak henti2.. mereka lalu memandang aku seraya berkata:
"kenapa ostat?"
"hahaha.. erkkk.. saya baru dua hari mengaja.. tak pernah dengar la kes camni.."
"tak pernah dengar ye.. itulah realiti dunia pendidikan.. kami semua dah tak tahan.."
kepada para pelajar.. sukahati korang la ek korang nak wat ape2 pon.. korang tak belajor korang yang bodo kan? korang nak jadi bodo? silalah ponteng kelas.. bercakap waktu saya tengah bercakap.. dan yang penting.. jangan lupa untuk kuang hajar dengan saya ye..
sekian dimaklumkan..
[moga2 Allah senantiasa mempertingkatkan kesabaran hati seorang guru dalam mendidik anak bangsanya..]
Friday, October 2, 2009
Assalamualaikum Cekgu! Kom Ape Kombat Bat Ape Batmen Men Ape Mentol Blabla
assalamualaikum cekgu!
puh dah lame aku tak mendengo aku berdiri secara tetibe dan mengucapkan ucapan ini secara beramai2 dengan kawan2.. aku mengucapkannye pon dah lame tak dengo.. secara tentibe pulak aku duduk ditempat dimana bukan aku yang mengucapkannya tapi kepada aku diucapkan ucapan itu.. very nostalgic.. aku merasakan bagaikan baru semalam aku duduk di tempat budak2 tuh sume.. dan hari ini Allah gantikan tempat aku tu dengan orang yang lain dan aku pulak menggantikan tempat yang aku senantiasa pandang dalam kelas dulu iaitulah meja guru yang kerusinya diduduki oleh ponggong sorang bernama guru..
not very much to say.. aku masih zero dalam pengurusan sekolah.. aku masih zero dalam menganalisa dan mengamati kemajuan pelajar dalam pelajaran.. aku tiada asas2 pembelajaran pedagogi.. makanya pengajaran aku kadangkala aku lihat lebih cenderung kepada bercakap sesukahati aku tanpa silibes dan menjadi seorang guru yang cuba mendekati jiwa remaja yang sedang membuak2 semangat bodoh keremajaan mereka..
OVERESTIMATION
penyelia petang: ini jadual awak. saya harap awak dapat berikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam mendidik anak bangsa kita.
ostat pamie: insyaAllah cekgu. saya cuba. moga2 Allah mudahkan segalanya.
penyelia petang: untuk pengetahuan awak saya amat berharap kepada awak untuk mengubah persepsi pelajar2 ini terhadap ajaran agama kita. kita ada pelajar yang even tidak tahu mengucap walau diajar membacanya berkali2. kita ada pelajar yang solat hanya berpura2 disekolah. bahkan kita ada pelajar yang mana mereka ini merupakan agen untuk kawan2 mereka bertukar2 pasangan untuk tidur bersama. semuanya ada kes dalam fail dan kita masih meneruskan siasatan.
ostat pamie: haa? form 1 dah buat keje2 camtu ke cekgu?
penyelia petang: haa laaa.. form 1 form 2 la kita cite ni..
erkkk.. persepsi aku terus berubah secara tiba2..
aku kene mengajar pelajar2 yang macam ni ke?
sejak awal lagi aku dah pikir.. camne cara aku nak mengajar kat skolah ni sebenarnya.. aku ada pengalaman menghadapi budak2 skolah rendah masa kafa dulu.. tapi skolah menengah aku blum ada pengalaman.. aku memang sangat problem bab cuba nak faham golongan sasaran yang aku sampaikan kata2.. terkadang (actualy terselalu) aku tersasar dan terover hingga melebihi had yang sepatutnya aku control.. pengalaman aku masih sangat cetek dalam bidang pengajaran.. ini lebih dikukuhkan lagi dengan keadaan yang berlaku dalam tazkirah subuh aku 2hari yang lepas.. aku bagaikan kabur dan seakan terlupa akan golongan sasaran yang aku mahu fahamkan dengan ilmu ini iaitu mereka yang berada dihadapan aku mendengarkan kalam2ku adalah merupakan dikalangan masyarkat awam yang rata2nya sudah berumur.. aku yang baru membukakan dan membacakan kitab arbaein nawawiah pada pagi itu telah bercerita tentang muqaddimah kitab dan tentang imam yang agung al-imam al-nawawi rahimahullahu taala dengan uslub yang mungkin hanya mampu menarik hati ahlul ilmi dikalangan pelajar2 pondok.. universiti ataupon para pensyarah dan profesor.. kalam2 aku berlegar2 disekitar minhaj tolibin.. majmuk.. dan syarah sahih muslim.. tidak sampai separuh masa aku berkata2 aku mula mendapati seorang demi seorang bangun dari kedudukan masing2 dan keluar dari masjid.. ada juga yang sudah memejamkan mata.. bagaikan terbangun dari tidur aku tersedar.. aku dah tersalah sasaran.. aku rasa benda2 ni tak perlulah aku cerita pada masyarakat kampung.. maka sedaya upaya aku cuba kona dan memusing isu kepada isu masyarakat seperti al-quran yang tidak diagungkan (dibaca dan dihayati ajaran) bahkan hanya dibiarkan berhabuk didalam almari..
firasat salahnya sasaran aku tadi dikukuhkan lagi sebaik sahaja aku pulang ke rumah..
"tak best la tazkirah ko pagi ni.. ramai orang tak minat nak dengo.. ko cite pasal imam2 tu.." kata mak aku menjadikan aku rasa kompem yang aku memang dah sedikit tersasar tadi
datang abah aku..
"tulah perangai orang. benda tu semua ilmu. memang patut kena cerita. kena kenal tokoh2 imam2 ni. artis orang sebok minat nak kenal. tapi bile cerita tentang tokoh semua bangun semua mengantuk." khilaf pendapat abah dengan mak
aku hanya diam dan tersenyum..
sekarang isu aku adalah cara pengajaran disekolah.. aku betul2 dah idup dengan bau daripada syurga.. aku sering membayangkan dalam kelas aku akan berhadapan dengan pelajar2 yang sangat2 mahukan ilmu sepertimana pelajar2 azhar yang duduk bertalaqqi bersama para masyayikh.. walaupun aku tahu tahap aku tidaklah sampai lagi kepada masyayikh.. tapak kaki dorang pon lagi mulia daripada aku.. ilmu toksah citer la.. aku ni ilmu tahap ntahape2 jer.. tapi sekurang2nya aku berfantasi menginginkan pelajar2 yang duduk belajar dengan ikhlas..
tapi bila aku mendengar kata penyelia petang.. terus aku tersedar.. nasib baik kali ni aku tersedar sebelum aku bercakap.. makanya aku terus menukar strategi untuk mengatur kaedah menarik perhatian mereka2 ini dengan cara tersendiri.. camne aku mengaja ek? tanyelah budak2 tuh.. aku rasa dorang pon penin tengok aku jadi ostat pon.. dorang nak panggil ostat pon dorang kompius..
"bangguunnn.. terima kasih cekgu.. eh ostat.." jerit ketua kelas ketika kelas berakhir..
ape2jelah labuuu..
apepun aku sentiasa angkat tangan tabik spring pada guru2 yang berpuluh2 tahun mendidik anak bangsa dengan sabar dan tekun.. mengharapkan ada perubahan dan kejayaan pada anak2 kita ini.. paling dekat denganku adalah abah aku seniri dengan pengalaman mengajar disekolah selama 37 tahun dan berkhidmat dengan masyarakat mengajar di masjid2 bermula umur pencen beliau hinggalah mencecah 70tahun sekarang.. begitu juga dengan guru2 diskolah aku tak kirelah daripada rendah hingga menengah.. kesemuanya mempunyai wibawa sebagai seorang guru dan juga pendidik..
oh guru.. jasamu tetap kukenang sampai bila2..
untuk mengakhiri posting ini dengan ini aku pon mengaploadkan sikit gambor raya beberapa buah rumah cekgu2 yang diziarahi ketika hari raya arituh..layannn..
________________________________
jangan lupa memperbanyakkan selawat dihari jumaat yang mulia ni.. surah kahfi pon jangan tinggal oke..
senyum sokmo~
tataaaaaa
