Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Sunday, October 3, 2010
Doa Hajat Untuk Peperiksaan - Dari Seorang Guru Untuk Anak Didiknya
Posted by The Pamiesz® | Sunday, October 3, 2010 | Category:
Khas Buat Guru,
SARJANA
|
Assalamualaikum para kengkawan dan sahabat seperjuangan sekalian.
Lama betul tak jenguk menatang bernama blog ini. Taklifan dengan tanggungjawab dan kepelbagaian task yang perlu diselesaikan mengakibatkan jari jemari terhalang dari menjalankan tanggungjawabnya terhadap penulisan. Oh, sungguh aku merasa kesal kerana banyak idea tertangguh yang belum aku muntahkan dalam blog ini. Jangan risau, muntah aku biasanya wangi. Sama jugaklah macam aku punya kentut. Mana ada bau telo tembelang. Mana ada bau petai. Mana ada bau-bau bacang. Biasanya orang yang cium bau kentut aku mesti berebut-rebut nak sedut dengan rasa bersyukur lalu mengucapkan terima kasih sambil bertepuk tangan dan dalam keadaan mata terpejam, dengan muka penuh feeling mulut terkumat kamit melafazkan kalimah "NIQMATT!!"
Seperti yang kita sedia maklum, musim peperiksaan sudahpun hampir. Ini menandakan, apabila peperiksaan pun dah dekat, kiamat apatah lagi. Semakin hampir kita kepada peperiksaan, semakin dekat kita dengan kiamat. Jadi bagi kita yang masih bergelumang dalam dosa, bertaubatlah kepada Allah sementara pintu taubat masih terbuka. Sok lusa bila tengah duduk dalam dewan periksa tiba-tiba malaikat Izrail tegur, jangankan kata nak jawap kertas II dengan cemerlang sambil mengangkat tangan mintak testpad extra, nak keluarkan pensel 2B daripada penselbox pun tak sempat sebab ajal memang takkan dicepatkan dan dilewatkan walaupun sesaat. Oleh itu, sementara masih boleh kentut, kentutlah sepuas-puasnya.
Hari selasa iaitu lusa merupakan hari yang mendebarkan bagi pelajar tingkatan 3 kerana mereka bakal menduduki PMR. Hari-hari berikutnya pula menanti peperiksaan SPM, STAM, Syahadah I'DADI dan THANAWI. Maka, selain mendebarkan para pelajar, ia juga merupakan hari yang mendebarkan bagi sesetengah guru atau ustaz yang kurang berpengalaman kerana biasanya sempena peperiksaan ustaz-ustaz ni akan menjadi mangsa untuk mengepalai bacaan doa bagi para pelajar yang nak menghadapi peperiksaan. Apalah salahnya sekali sekala suruh pembantu makmal ke baca doa, ataupun boleh juga import pemain bola sepak kebangsaan ataupun penjaga pusat penternakan tuntung untuk tampil membacakan doa. Sesungguhnya manusia itu tiadalah perbezaannya antara satu sama lain melainkan taqwa sahaja yang dinilai disisi Allah SWT. Allah berfirman yang mafhumnya, "mintalah kepadaKu nescaya akanKu perkenankan"
Baru-baru ini SARJANA telah mengadakan majlis bacaan yaasin dan solat hajat untuk para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. Imam yang paling hensem dalam sekolah telah dipilih untuk mengimamkan solat hajat dan mengepalai bacaan doa tersebut. Walaupun imam tersebut tak menoleh kebelakang ketika berdoa, nampak gayanya ramai yang menangis-nangis tersedu sedan kerana mendengar bacaan doa yang sangat feeling yang dialunkan oleh imam yang hensem lagi bergaya itu. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan saintifik tompok-tompok air mata yang bertakung di karpet masjid. Tak ketinggalan ada juga beberapa tompok-tompok hingus dan air liur di merata-rata tempat. Ini mesti baca yasin ingat makanan kat luar je ni. Woi aku main-main jela. Mana ada tompok air mata, hingus segala bagai tu dalam masjid. Yang kome serius sangat percaya ni apehal.
Rentetan dari peristiwa itu maka ramailah dikalangan guru dan sahabat yang meminta aku untuk berkongsi doa yang dibaca pada hari tersebut. Ada yang kata malas nak karang sendiri. Ada yang kata dah jenuh cari dalam internet tapi tak jumpa-jumpa. Ha, InsyaAllah lepas aku post doa ni, korang bleh jumpa.
Jadi, bersedialah untuk mengalirkan air mata dengan tambahan efek hingus barang seliter dua. Doa ini dikarang khas untuk para pelajar, pengharapan tulus mulus dan ikhlas dari hati seorang guru untuk anak didiknya. Kepada para guru bacalah dengan nada yang penuh pengharapan dan tawakkal kita kepada Allah agar timbul rasa khusyuk dan dapat memberikan lebih penghayatan terhadap doa yang dibaca. Jangan la baca mendatar dan slow motion aje nanti dalam menadah tangan tu ada pulak lagi yang menambah tompokan lecah air liur di karpet masjid sebab tertidur dek panjangnya doa imam. Dah la panjang, tak berapa nak dengo pulak tuh.
DOA SOLAT HAJAT UNTUK PEPERIKSAAN
_________________________________
1. Mulakan setiap doa dengan isti3azah dan basmalah (A'uzubillah dan Bismillah)
2. Jangan lupa untuk berselawat ke atas Baginda Rasulillah Sallallahu Alaihi Wa Aalihi Wa Sallam
3. Bacalah pula doa memohon keampunan dosa diri sendiri dan kedua ibu bapa
4. Kemudian bacalah doa solat hajat yang masyhur dibaca dalam solat hajat biasa
5. Bacalah apa-apa sahaja doa yang anda tahu
6. Seterusnya bacakanlah doa ini dalam bahasa Melayu yang difahami oleh orang Melayu keseluruhannya:
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dosa anak-anak kami, dosa anak didik kami dan dosa seluruh muslimin muslimat samada yang masih hidup atau yang telah mati.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami menadah tangan kepadaMu, berkatilah segala ilmu yang telah kami pelajari, berkatilah segala ilmu yang telah kami ajarkan kepada anak didik kami, keluarkanlah kami daripada lembah kejahilan dan kegelapan kepada daerah cahayaMu dan ilmu pengetahuan.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hambaMu, maka anugerahkanlah kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi guru yang amanah menjalankan tanggungjawab mendidik, agar kami menjadi ibu bapa yang dihormati dan dicontohi oleh anak-anak kami, tambahkanlah kasih sayang diantara kami, jauhkanlah rasa benci hasad dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ikhlaskan hati anak didik kami dalam menuntut ilmu, kekalkan semangat yang tinggi untuk mereka terus belajar tanpa ada rasa jemu, janganlah Engkau palingkan hati mereka dan hati kami, lindungilah kami dari menuntut ilmu hanya kerana segulung sijil, hanya untuk harta, hanya untuk wanita, dan hanya untuk tahta, lindungilah kami dari sifat tamakkan dunia.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat kepada diri dan agama kami, jadikanlah kami orang yang beramal dengan ilmu yang telah Engkau pinjamkan kepada kami.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berilah kejayaan kepada anak didik kami dalam peperiksaan yang bakal mereka tempuhi, tenangkan hati mereka, lapangkan dada mereka, luaskan fikiran mereka, kuatkan ingatan mereka, dan janganlah Engkau jadikan mereka tergolong dalam golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami hamba yang lemah hina dan dina ini memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah kami dalam golongan yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupan kami, maka kepadaMu kami memohon, redhailah kami dalam apa jua yang kami kerjakan.
7. Setelah itu, bacalah beberapa doa penutup dan diakhiri dengan selawat keatas Baginda Rasulillah Sallallahu Alaihi Wa Aalihi Wa Sallam dan puji-pujian kepada Tuhan Pencipta sekalian alam.
Sekian sahaja untuk kali ini. Kami para guru sentiasa mendoakan kejayaan para pelajar sekalian. Lepas dah berjaya nanti janganlah lupakan kami ya. Pepatah lama ada mengatakan,
"Guru banyak menyimbah madu di mulut pelajar, balaslah juga kepada guru paling kurang jambu madu 3 kilo, janganlah sesekali pelajar kentut tepat-tepat di muka guru, kerana guru walaupun seorang yang kuat kentut tapi kentutnya tetap wangi."
Itulah dia pepatah yang sering kita dengar di corong-corong radio sentiasa berkumandang menandakan banyaknya jasa guru-guru terhadap kita. Tak ada guru yang mendoakan keburukan dan kegagalan anak didiknya. Kalau ada jugak, kena suruh guru tu masuk tadika balik.
Selamat menduduki peperiksaan bagi semua calon PMR, SPM, STAM, I'DADI, THANAWI!
Moga kalian semua thabat dan bersemangat tinggi dalam perjuangan menuntut ilmu yang takkan berkesudahan sehinggalah kita menutup mata untuk bertemu Ilahi kelak.
Ikhlas dari,
Seorang guru bahasa arab yang tak reti cakap arab...kot.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam ya ustaz pamie al peraki..
tahniah..akhirnye terhapdate juger..
xsangka dah nak exam pmr+spm ghopenyer..
so, all the best buat anak2 didik ust pamie..
amin..
hehe..
sape imam hensem yg mengkepalai bacaan doa tu..rasanye kenal. huhu..
semoga Allah permudahkan urusan kalian sume..amin..
teruskan keceriaan, senyum2 selalu..jgn grg2..haha;)
k..salamzzz
wah..jd org pertama komen.. satu kejayaan he2. ok..
keep in faith..
doakan untuk sya juga ckgu, walau tk pernah jdi ckgu saya,, dn tk pernah kenal siapa saya.. hehe
mintak izin nk pinjam & bacakan doa ni depan anak2 didik ye...syukran!!
Assalamualaikum..minta untuk share doa yg us karang ni untuk dibaca pada anak2 didik..syukran us..
sama-sama kita doakan kejaayaan anak2 yg bakal mengahadapi peperiksaan upsr