Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Thursday, March 1, 2012
Pujilah Nabi SAW Sesuka Hatimu
Assalamualaikum semua pembaca yang dirahmati Allah sekalian.
Hilang dah skill aku menaip. Tekan hurup tu tak kena tekan hurup ni keluor hurup lain pulak. Nak tekan enter tertekan shift. Nak tekan caps lock pun tersilap terus tertekan (yakni stress). Lama betul tak menaip sesuatu untuk santapan pembaca blog ni. Mesti korang rindu nak baca repekan aku kan. Well aku sekarang in the well. Dah skema dah sekarang ni. Rasa macam geli pulak nak merepek-repek. Almaklumlah, dah matang. Kahkahkah.
Ikut perancangan aku, aku bercadang nak keluarkan 2 posting malam ni. InsyaAllah kalau Dia izinkan apa-apa keinginan pun akan tercapai. Kalau tak tercapai pun, itu semua perancangan Allah. Apa-apa yang Allah bagi pada aku Allah mesti tau itu yang terbaik untuk aku. Mungkin kalau keluar 2 artikel malam ni, esok pagi aku tak pergi kerja sebab terlalu khusyuk menaip sampai tak sedar waktu dah sampai maghrib hari esok? Agak-agak la menaip sampai macam tu sekali tak sedor dah langkau sehari suntuk. Apa gunanya ada bini di sisi yang tak jemu-jemu mengingatkan suami supaya pegi solat kat masjid. Terima kasih sayangku. Walaupun suamimu ni kengkadang datang malas dia nak pergi masjid, daku tetap mencintaimu kerana tak pernah jemu menyuruh daku bepergian ke masjid walaupun kengkadang suamimu ini nampaknya seperti buat-buat pekak badak sumbu. Suamimu ini tahu dan faham benar bahawasanya dirimu yang amat dicintainya itu cuma mahukan supaya suamimu ini tergolong dalam golongan yang dinaungi arasy Allah di hari yang tiada naungan melainkan naungan Allah semata-mata macam yang disebut dalam hadith yang selalu orang sebut-sebut tu lah kan. Cayalah lu baby, mana ada isteri orang lain tak jemu berdakwah kat suami macam lu. Haha. Lain macam lak guna bahasa camni untuk bini. Lu caya la sama gua baby. Gua sayang lu. Potong kapla la kalau lu tak caya. Hahaha. Amacam, nak try cakap kat bini camni? Sumpah bini korang akan suh tulis wasiat dengan kadar sepantas kilat sabung menyabung sebab ingat korang akan meninggal malam ni sebab tebiatnya terlampau pelik sangat. Ish ish ish.
Kita terus sahaja kepada topik tanpa membuang-buang masa seperti kita selalu membuang-buang angin merata-rata tak tentu pasal. Topik artikel pertama untuk malam ni adalah berkisar tentang mood majlis maulid dan selawat Nabi yang masih aktif di sekitar keyel ni walaupun telah berlalu bulan mulia Rabi’ul Awwal. Satu perkembangan yang baik dimana masyarakat Malaysia sekarang dah semakin celik dan terbuka hati untuk mengenal dan menambah cinta kepada Baginda Nabi SallAllahu alaihi wa ala aalihi wa sahbihi wa sallam. Alhamdulillah.
Akan tetapi kegembiraan aku ni telah diterencatkan apabila aku terbaca status sorang hamba Allah ni kat pesbuk.
“Mana yang lebih teruk antara KL Berselawat dan Akademi Fantasia?”
Salah soalannya tu ya akhi. Kalau nak buat comparison, buatlah yang kena kategorinya. Contoh soalan yang betul kategori comparenya adalah macam ni:
“Antara kambing gurun ngan kuda belang yang mana lebih hensem?”
Sebab dedua sama-sama dalam kategori hensem maka logik la nak compare.
“Antara pegang babi ngan pegang perempuan bukan mahram yang mana lebih geli?”
Sebab dedua sama-sama dalam kategori yang menggelikan maka logik la nak compare.
“Antara nun mati ngan mim mati yang mana mati dulu?”
Sebab dedua dah mati maka logik la nak compare.
“Antara benua afrika ngan benua asia yang mana cinta antara benua?"
Sebab dedua bercinta nak compare? Ape ntah. Ah lantaklah.
Ini pulak bila wujudnya soalan yang mengcompare 2 benda yang lain kategori, memang pelik jadinya.
“Antara makan taik ngan makan chickenchop yang mana lebih banyak khasiat?”
Makan taik bukan dari kategori benda yang ada khasiat. Jadi sape yang tanya soalan macam ni memang bongok kuasa lapan.
“Antara honda accord ngan korek hidung yang mana lagi mahal?”
Korek hidung bukan dari kategori benda yang boleh dikira harganya. Jadi sape yang tanya soalan macam ni memang skru kepala dia dah hilang lapan bijik.
“Antara sakit jantung ngan baca Quran yang mana lagi bahaya?”
Baca Quran bukan dari kategori perbuatan yang boleh membahayakan. Ada sape-sape muslim yang mukmin berani nak kata baca Quran itu boleh membahayakan? Kalau ada jugak rendamkan aje kepala hotak dia dalam asid.
“Antara ulama’ ngan fuhlamak yang mana lagi pandai fiqh?”
Fuhlamak juga bukan dari kategori manusia yang boleh belajar hingga jadi pandai. Adapun fuhlamak hanyalah suatu uslub atau ungkapan untuk menyatakan taajub kepada seseorang atau sesuatu. Fulamakkkkkk..dasat ahh ko boleh main gitar guna jari kaki.. <-- sekian contoh ayat.
Jadi, apalah halnya pula comparison yang dibuat antara KL Berselawat dan Akademi Fantasial?
Yang mana lebih TERUK?
Adakah berselawat dan memuji Nabi dikira termasuk dalam kategori perbuatan yang teruk, buruk, bodoh, kotor, jijik, berdosa, melampau dan menempah neraka?
Korang pikir sendirilah jawapannya. Aku dah cukup terencat dah bila baca status hamba Allah ni. Komen-komen yang datang bawahnya pun sama jugak 2x5=10 bahagi 5=2 menambah-nambah keterencatan aku.
“Dah tentulah yang orang anggap ada unsur agama dan berpahala tu lebih teruk. Semua tu talbis iblis (tipudaya iblis) supaya mereka rasa mereka betul padahal merekalah pelaku bidaah yang menempah neraka.”
Berselawat, berzanji, berqasidah menempah neraka?
Betullah zaman ni dah masa akhir zaman yang gila babi. Sekarang ni zaman orang suka menghantar orang lain ke neraka berbanding ke syurga.
Kemon la bang. Tak payah la extreme dan tegar sangat salafinya sampai nak menghukum macam tu. Berselawat dan memuji Nabi masuk neraka. Program maksiat yang memang dah iblis takde talbis-talbis dah tu boleh pulak diletak lebih mulia daripada memuji Nabi? Ish tak larat dah la aku nak terencat memikir benda nih. Moga-moga Allah bagi hidayah dan kefahaman kepada hamba-hamba Allah yang berfahaman sedemikian rupa. Ya Allah janganlah Kau palingkan hati-hati pencinta Nabi dari terus mencintai Nabi sepenuh jiwa. Kami semua berlindung kepadaMu dari cacat dan terhijabnya hati dari kebenaran dan cintaMu dan rasulMu yang mulia.
Apa hukum memuji Nabi yang sebenar-benarnya ni?
Ada sesetengah golongan yang mengatakannya bidaah dalam keadaan pujian itu melampau-lampau berdasarkan hadith sahih ini.
Kita yang mengikuti manhaj Ahlussunnah wal Jamaah mengatakan “berlebih-lebihan” atau kemelampauan yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah seperti yang dilakukan oleh orang Nasrani yang memuji Nabi mereka sehingga menyamatarafkan Nabi itu dengan Tuhan dengan mengatakan Isa Alaihissalam adalah anak Tuhan. Ini memang sah-sah dah la haram. Siapa pulak yang kata Nabi Muhammad tu Tuhan? Bila masa pulak kita berselawat berzanji dan berqasidah sampai kita kata Nabi Muhammad tu anak Tuhan?
Kita memuji Nabi dengan menyifatkan Baginda dengan sifat-sifat yang tidak terkeluar daripada hakikat kemanusiaan, disamping meyakini bahawa Baginda adalah hamba Allah dan rasulNya yang juga merupakan sebaik-baik makhluk yang tercipta atas muka bumi ini dan juga pujian kita itu diletakkan jauh dari persamaan dengan keyakinan dan kepercayaan kaum Nasrani. Bila dah cukup syarat-syarat ni semua, maka pujilah Nabi sesuka hatimu.
Jelas, terang lagi bersuluh spotlight. Kita memberikan kebebasan memuji dalam masa yang sama kita juga meletakkan syarat dan hadnya.
Kesimpulannya, pujilah Nabi sesuka hatimu. Asal bukan um……eh, ape tu? Asal bukan termasuk dalam kategori “melampau” atau dalam erti kata yang lebih tepat, pujilah dalam apa jua cara sekalipun asalkan tidak sampai kepada tahap mempertuhankan Nabi atau mengatakan Nabi anak Tuhan seperti yang dilakukan oleh orang Nasrani.
Siapa yang dapat menghalang seseorang yang ingin meluahkan isi hatinya tentang cintanya kepada kekasihnya? Ada yang cuba meluahkan dengan kata-kata direct yang sangat simple, ada yang menyusun bait-bait sastera yang indah dan romantis, ada yang hanya memberikan isyarat, ada yang diam membisu seribu bahasa dalam cinta yang tak terluah, ada pula yang menyanyikan dan melagukan cinta dengan penuh perasaan, ada yang menyerlahkan cinta dengan titisan air mata, dan pelbagai lagi cara seseorang cuba menzahirkan cintanya kepada kekasihnya. Itu cinta sesama manusia biasa.
Bagaimana pula dengan cinta kita kepada seorang manusia agung yang menjadi kekasih kepada Tuhan sekalian alam?
Begitu jugalah sepatutnya tiada siapa yang mampu untuk menghalang cara kita mahu menzahirkan cinta kepada Baginda Nabi Muhammad SallAllahu alaihi wa ala aalihi wa sahbihi wa sallam.
Ada yang mahu menzahirkan cinta Nabi dengan mengamati hadith-hadith Baginda.
Ada yang menzahirkan cinta Nabi dengan menghadiri kuliah agama dan majlis ilmu.
Ada yang mahu berselawat secara direct dengan ungkapan selawat sesimple:
صلى الله عليه وسلم
اللهم صل على سيدنا محمد
Ada yang mahu berselawat dan memuji Nabi dengan cara berhimpun beramai-ramai di rumah Allah dengan berpakaian putih dan berwangi-wangian membaca maulid yang dikarang penuh indah dan romantis oleh para ulama yang sangat-sangat hampir hati mereka itu dengan Nabi SAW. Seperti berkumpul untuk berselawat dan membaca bacaan Maulid Adh-Dhiya'Ullami', Maulid Ad-Daiba'i dan lain-lain.
Ada yang mahu berqasidah sepanjang malam bersama pencinta Nabi yang lain melagukan penuh syahdu akan Qasidah Burdah Imam Bushiri hingga menitiskan air mata kerana kerinduan pada Baginda, Mekah dan Madinah tanah yang penuh barakah yang pernah dipijak oleh kaki Baginda yang mulia.
Ada yang riang gembira melagukan beratus-ratus bait qasidah yang femes seperti Busyra Lana, Ahmad Ya Habibi, Ya Badratim, Ya Taybah, Khairal Bariah, Da’uni, dan lain-lain sebagai selawat dan pujian kepada Baginda.
Ada yang diam membisu, hanya duduk dalam senyap memerhatikan wajah ulama’ dan ahlul bait dan mendoakan kesejahteraan buat mereka kerana faham benar bahawa mereka ini penerus perjuangan dan pewaris kepada para Nabi.
Ada yang tak sempat langsung pun nak pergi majlis ilmu, majlis zikir dan selawat. Akan tetapi disebabkan kecintaanya kepada Nabi dan ulama’ serta orang-orang yang mencintai Nabi, maka dizahirkan cintanya dengan menginfakkan sebahagian dari hartanya untuk membantu penganjuran majlis-majlis selawat dan cinta Nabi. Orang seperti ini adakah kita mahu katakan mereka jauh daripada sunnah dan dekat dengan neraka? Bahkan merekalah pejuang sunnah yang sebenarnya walaupun hanya berada di belakang tabir.
Ulama’ adalah wasilah yang menyampaikan kita kepada Nabi. Salah besarlah kita apabila mendakwa kita cintakan Allah tanpa kita menyemai cinta kepada kekasihNya terlebih dahulu yang membawa kita kepada cintaNya. Salah besarlah juga kita apabila kita mendakwa kita cintakan Nabi tanpa kita menyemai cinta kepada ulama’ terlebih dahulu yang membawa kita kepada cinta Nabi. Kesimpulannya, siapa yang mengaku cintakan Allah wajiblah terlebih dahulu mencintai Nabi dan siapa yang mengaku cintakan Nabi wajiblah terlebih dahulu mencintai ulama’. Jika serendah tahap cinta ulama’ pun tidak kita gapai, maka bagaimanakah dapat kita menggarap cinta Allah dan RasulNya?
Maka pujilah Nabi sesuka hatimu. Luahkanlah isi hati dan cintamu dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun kepada Nabi kekasih Allah yang merupakan cahaya dan rahmat kepada seluruh alam ini. Pilihlah cara mana sekalipun yang kamu rasakan lebih mendatangkan kemanisan rindu dan ketenteraman jiwa. Nak baca hadith je? Silakan. Nak berhimpun, berarak dan berselawat? Silakan. Nak baca qasidah? Silakan. Nak amalkan sunnah berpakaian putih? Silakan. Nak buat apa pun silakanlah tafaddhalu bikulli surur asalkan tidak lari dari tujuan cintakan Nabi dan tidak menyimpang dari syariat dan redha Ilahi.
Ingatlah wahai saudara seaqidahku. Janganlah sesekali kamu mempertikai dan membidaahkan cinta saudaramu ini kepada Nabinya kerana sememangnya ramai orang yang tidak akan faham keadaan hati orang yang sudah mabuk dalam cintanya yang menukarkan kelazatan kepada kesakitan. Ya, nikmatnya cinta Nabi itu sehingga mampu menukarkan kelazatan kepada penyeksaan apabila hati yang merindui menangis sepanjang masa kerana terlalu rindukan Baginda dan tidak mampu untuk memikirkan perkara lain selain dari Nabi kekasih Allah yang mulia…
Bagi mereka yang tak faham-faham jugak, keras kepala jugak nak mengatakan kami ahli neraka, tetap jugak nak membidaahkan para pencinta Nabi, maka hayatilah firman Allah SWT ini:
Biarkanlah kami dengan cara kami dan teruslah kamu dengan caramu. Kamu takkan ditanya tentang amalan kami dan kami juga takkan ditanya tentang amalan kamu. Fullstop.
Ya, jam sekarang menunjukkan 12.46 tengah malam. Ternyata Allah hanya mengizinkan aku untuk mempost 1 posting sahaja malam ni. Mungkin esok pagi ada 1 lagi posting kot? Tu pun kalau aku tak tido balik lepas subuh la. Biasanya dekat pukul 11 pagi baru aku bangun tido. Hahaha.
Ya, aku baru perasan jugak yang aku masih belum makan malam. Duduk depan PC start dari lepas isya tadi sampai la saat ini. Dah lama tak menulis la katakan. Ikan kembung gorengan bini aku tadi masih tak berusik. Nak abis posting ni baru terasa perut berqasidah. Ni baru nak gi usik ikan kembung tadi la ni. Dengan orang yang menggorengnya sekali aku nak usik kang. Kahkahkah.
Ok semua, jumpa lagi dalam posting yang akan datang. Moga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat Baginda Nabi diakhirat kelak. Ameen.
Wassalam.
huhuhu.. memang entry yang terbaik... PART SOALAN PEGANG BABI NGAN POMPUAN TU PALING BEST..
jawapan: kalau pegang babi boleh samak, kalau pegang pompuan, faham2 laa yer.. huhuu
best la ustaz. teruskan usaha. ana sentiasa jadi pembaca setia blog ostaz...haha
terbaik lah sheikh!
" tarbiyyah itu pntg dalam berdakwah, tapi jgn kita lupa ta'dib, jgn la kita jauhkan madngu kita dari Allah, tp dekatkan lah mereka, ingtlah ssungguhnya kita akan ditanya nanti :)" --food for thought
Akal tanpa ditunjangi oleh Tauhid, itulah akal yang tersendiri
Akal yang tersendiri ialah akal yang tiada kontrol
Bebas memikirkan apa saja Sedangkan akal bukannya Tuhan,
Ia dicipta oleh Tuhan
Tentulah lemah
Jangkauannya adalah terbatas
Tidak semuanya dapat dianalisa oleh akal
Padahal ciptaan Tuhan itu ada yang lahir, ada yang batin .......
http://bit.ly/kemampuanakal