Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Thursday, October 8, 2009

Tour De Ganu : Random Places

Posted by The Pamiesz® | Thursday, October 8, 2009 | Category: , , |

salamun aleikum dan salam sejahtera..

disebabkan terlalu banyak gambar untuk diupload dan masa yang sangat singkat untuk berbicara panjang.. saya berkemungkinan nampak2nya seperti sudah semakin jauh dari posting2 ilmiah dan unsur2 dakwah yang pure.. akan tetapi tidaklah mengapa.. kerana jalan dakwah itu sangatlah luas.. mungkin sekarang saya sudah mula berjinak2 menggilai dunia fotografi dan sedang asyik menekan shutter disana sini mengheret DSLR pinjam yang sebesar tapak kaki gajah ni.. akan tetapi dalam masa yang sama saya tidak pernah melupakan tanggungjawab dan amanah dakwah yang diletakkan dibahu seorang muslim yang senantiasa perlu saling ingat mengingati sesama muslim dan mukmin yang lain..

makanya dengan ini saya mengisytiharkan jalan dakwah saya adalah focusing on memberi sedikit input samada ianya ilmu yang berfaedah atau tidak untuk menggembirakan hati muslim yang lain dengan cara menconteng sesuatu repekan di blog peribadi saya ini buat tatapan para pembaca semua tidak kiralah anda follower saya.. pembaca tegar saya.. peminat setia saya.. mahupun silent reader saya yang sekali pon tak pernah meninggalkan apa2 jejak dalam blog saya.. ala kulli hal yang penting ianya tetap meninggalkan jejak dalam hati sanubari anda kerana apa2 yang anda baca samada tentang kehidupan saya di mesir mahupun di malaysia.. jua segala posting2 berunsur dakwah dan ilmiah yang lainnya.. itu semua adalah gambaran dan lakaran kehidupan yang pernah dilalui oleh salah seseorang bernama manusia dari kalangan beratus2 ribu juta million manusia lain yang pernah hidup dari zaman dahulu hinggalah berlakunya kiamat kelak.. walau siapapun anda.. saya tetap menghargai anda semua..

gambar2 yang berjaya dipukul oleh jari jemari saya ini merupakan suatu kenangan abstrak yang saya pahatkan secara kekal dalam blog ini selagimana nyawa masih ada dalam jasad saya.. anda mungkin membaca posting ini setelah 20tahun kematian saya.. siapa yang tahu? anda tahu kerana blog ini takkan hilang selagi ada yang kekal membacanya.. sekalipun ia hilang dari server internet dunia kelak kerana takde sape nak bayorkan domain blogger yang dah mati.. berkemungkinan besar ia tetap takkan hilang dari hati sanubari anda yang masih ingat akan apa2 sahaja kebaikan dan keburukan yang pernah ditonjolkan dalam blog ini dan pernah dibaca oleh mata anda dan pernah dirasakan lekat kedalam hati anda..

nasihat saya ingatilah hanya pada perkara2 kebaikan yang saya tonjolkan dan janganlah sebaliknya.. [maksudnya perangai yang buruk2 huduh2 tak payah le nak ingat..] sebaiknya bantulah saya memohon ampunkan segala dosa2 saya kepada Allah.. moga2 dengan berkat doa para wali seperti anda semua menyebabkan saya pun turut mendapat rahmat Allah Taala..

terima kasih jazakumullahu khairan kathira.. kerana anda tetap sudi membaca repekan saya dan menyokong usaha saya..

dengan ini saya dahului penutup ini dengan ucapan..

"senyum sokmo.. jupe mung di nung.."

GALERI PASAR PAYANG
________________

penyu nak bertelor.. kome sume suh dia senyum jugak ek.. ingat senang ke nak bersabung nyawa melahirkan anak2 secara bertelo?

pasar payang - kedai songket dan batik sutera [kempen 1000 sms dalam masa 3saat.. sms sahaja orang tersayang dimana2 tempat tanpa henti 24/7]


GALERI MOKNA
____________

"weee anok comey nok makang ke bukuh?"
[mokna merupakan 'ibu' kami pelajor2 kusza kerana disinilah kami mengisi perut yang kosong setiap hari untuk mengecas energy buat bekalan menuntut secebis ilmu di kuliah..]



GALERI SEBERANG TAKIR
____________________


nostalgia menaiki ambulan.. disinilah berlakunya 'tragedi september' yang mengerikan pada 5tahun yang lalu dimana salah seorang pelajor kusza bernama 'os' diberi gelaran 'mr. garbage' kerana dengan ngerinya telah melanggar tong sampah majlis bandaran itu dengan jatuhan yang amat bergaya hingga mengakibatkan semua orang menyangka beliau telahpon selamat menemui Tuhannya.. amin sebagai pembonceng yang setia turut terbang dalam kejadian itu mengakibatkan seluar terkoyak dibahagian buntut.. beliau yang cemas akan situasi sahabatnya os memanggil2 sahabat yang berada jauh dihadapan dengan jeritan yang amat manje.. "ajiiiiiiiibbbb! ajiiiiiiibbbbbbb!!~" dan diketika aku sampai disitu rakyat jelata sudahpun mengerumuni os yang tidak bergerak umpama biawak kene awet.. maleh nak cite lagi panjang.. kesimpulannye tangan os terseliuh jer.. hahaha.. naik ambulen beb.. tangan terseliuh.. hahaha..


GALERI STADIUM RUNTUH
____________________

kontraktor dan arkitek sedang melawat site..
"ko agak2 belah sana tu sesuai tak kita buat tanam padi?"

"aku rasa macam lagi oke kalau kita buat tempat main dam aji"


moral of the picture: buat pape keje pun jangan gopoh gapah kelam kelibut


GALERI PATA TAPANG (PANTAI TELUK KETAPANG)
___________________________________

mr. os.. eh silap.. mr. horse.. hehehe

korang nampak tak bola yang dorang cuba nak sepak? kalo tak nampak tak lama lagi la tuh..

lapor daging manusia

penambakan laut secara besar2an demi airport tercinta

makang kepok goreng pisang petang2 tepi pata memang beshh!

rasa macam nak celup tangan terus je amek pisang panas2 daripada dalam minyak tuh..

ayam? sotong? ketam? gajah? dinasour? bebola ape korang nak cakap jer gerenti tak semua ada

berjalan pulang kepangkal pantai


GALERI BB SEAFOOD GARDEN
______________________

nasi goreng kerabu.. nasi goreng cendawan.. dilimpahi tomyam ayam dan daging.. serta fries sebagai side menu.. alhamdulillah sedap perut pon dah kenyang maka kami pon pulanglah ke tanah air.. tata terengganu..


GALERI KAMBEN PANCIT
___________________

500m ke susur keluar simpang pulai lebuhraya utara selatan 4.30a.m

kadangkala kita tak suka dengan apa yang kita sedang buat.. tapi Allah tahu mungkin dalam ketidaksukaan kita itu sangat banyak kebaikan dan hikmah yang kita sahaja tidak mengetahuinya.. maka bencilah sesuatu itu sekadarnya sahaja dan sukailah sesuatu itu juga sekadarnya sahaja kerana dalam apa yang kita sukai itu berkemungkinan ada keburukan yang hanya Allah mengetahuinya.. jalan mudah? wasatiah.. pertengahan.. kesederhanaan.. itulah yang lebih akan menenangkan hati2 orang2 yang beriman..

jom pegi keje!
(^_^)

Currently have 0 Kata Komenan:


Leave a Reply