Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Saturday, October 31, 2009

Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Kampus Zaqaziq Sebelah Sawah Seberang Mawaf Tonto Adim Nek Tremco Benti Kat Sidnawi Pun Bole

Posted by The Pamiesz® | Saturday, October 31, 2009 | Category: , , | 7 Kata Komenan

alhamdulillah syukru lillahi tabaraka wa taala azza wa jalla. inilah rupanya sijil ijazah sarjana muda bahasa arab universiti al-azhar mesir yang telah sekian lama aku nantikan. sijil sementara jer nih. cantik kan? canggih sijil ni. komputer buatan manusia pon tak dapat celen kecanggihan font nih. pasalnye dorang masih guna font asal buatan Allah iaitulah tulisan tangan. sijil original kang lagi cantik. lagi banyak setem. sampaikan korang akan anggap tu bukan sijil kot. ntah2 korang ingat itu buku setem. kot. paham tak kot? tunggulah setaun setengah lagi baru korang dapat tengok 'buku setem' tuh.

ini pulak orang purba panggil manuskrip. ataupon dalam bahasa arab dipanggil makhtutot. kepala utot hang makhtutot. ni bukan manuskrip. ni transkrip. reti beza tak antara transkrip ngan transnasional? transkrip tu dalam bahse arab dipanggil kashfu natijah. transnasional dalam bahse arab dipanggil utubis. skang sile bezakan pulak antara utubis dan kubis? kueh lupis? punggis. is?

once upon a time there was a girl. [guess who? i know what u did last deepabali oke. haha.] she asked me to help her friend. they have to do some kind of acting using the arabic dialog. of course it was for their assignment hape jadah tah lebeh kuang tu le. i think almost 3 month i left my arabic language untouched from the corner of my mind. so from the worlds view i accepted that celen [bukan celen bahse jawe nih] to translate this dialog to arabic. maybe i translated wrong. if you think i'm wrong, please make it rite. plis rait ketas pekse budak2 nih. aku dah tak larat dah neh. hahaha. minggu depan dah kene key in data kat pc skola. ketas betimbun lagi tak berait. raitkan woih. hohoho.

dibawah nih aku kepilkan dan steplerkan dialog yang aku terjemah dulu tu. blehla tengok2 sambil hapal sambil aplikasikan dalam scene kehidupan anda. sonok sebenanye cakap arab nih. tak pecaya tanye le kat arab. sonok tak dia cakap arab. mesti dia jawap sonok. kalo dia cakap tak sonok mesti dia bukan arab. tapi tak sume yang bukan arab pon kata cakap arab tak sonok. besenye tak sonok yang kata arab sonok. arab sonok kata tak cakap. cakap kata tak arab seronok. dua ronok tiga ronok nam ronok kata arab cakap melayu. jadahnye ko cakap ni weh. nak kene pelempang ngan kebab ayam ke? [jangan! jangan! rugi nanti kebab tu betabor atas pipi jer. bek berzakat kat faqir miskin. banyak berzakat banyak berkat! moh le berzakat! iklan khas jabatan ugame negri perak]

aku rasa kalau merepek macam ni, buat buku 297 jilid pon takkan pernah habis kan. huh.


Scene 1
______

Dayah : Penatnya hari ini. Cuaca pun sangat panas
تعبت تعبا جدا اليوم، الجو حر قليلا
Ta'ibtu ta'ban jiddan alyaum. Aljawwu harr qalilan

Aini : Iyelah. Saya pun begitu juga.
نعم، اشعر كذلك، حر جدا
Naam. Asy'uru kazalik. Harr jiddan

Daus : (salam), sahabat. Apa khabar kamu berdua?
السلام عليكم يا جماعة. كيف حالكما؟
Assalamualaikum ya gamaah. Kaifa halukuma?

Dayah : Kami baik. Tapi mengantuk sedikit.
وعليكم السلام. الحمد لله نحن بخير. ولكن نشعر بالنعاس قليلا
Waalaikumussalam. Alhamdulillah nahnu bikhair. Walakinn nasy'uru binnu'as qalilan

Aini : Kami tidur lewat semalam.
تأخرنا قليلا للنوم بالامس
Taakhkharna qalilan linnaum bil ams

Ida : Apa yang kamu berdua buat malam semalam?
ماذا تفعلان في الليل؟
Maza taf'alani fil lail?

Dayah : Kami berdua belajar. Untuk persediaan peperiksaan minggu hadapan
نعمل المراجعة مع اصدقائنا للإستعداد للإمتحان الذي سيكون في اسوع القادم
Na'mal almurajaah ma'a asdiqo'ina lil isti'dad lil imtihanillazi sayakunu fi usbu'il qadim

Daus : Jam berapa kamu tidur? [kamu berjaga sampai kul bape?]
تستيقظين حتى ساعة كم؟
Tastaiqizin hatta saah kam?

Aini : jam 3 pagi
ساعة ثالثة
Saah thalithah

Ida : Petang ini, mahukah kamu berdua pergi riadah bersama-sama? . Untuk segarkan badan.
هل تريدان ان تذهبا معي للرياضة؟ على شأن صحة الجسد
Hal turidani an tazhaba ma'i lillriyadhah? Ala sya'ni sihhatil jasad

Daus : Iyelah. Bila badan segar kita pun sentiasa sihat.
انا موافق. العقل السليم في الجسم السليم
Ana muwafiq. Al-aqlussalim fil jismissalim

Dayah : Baik lah begitu.
لو كلكم موافقون، خير
Lau kullukum muwafiqun, kheir

Aini : Kita jumpa petang ini di padang.
حتى نلتقي بالملعب في هذا المساء. لا تنس موعدنا
Hatta naltaqi bil mal'ab fi hazal masa'. La tansa mau'idana


Scene 2
_______

Anis : Dimana mereka berdua ini? Hari semakin malam.
اين كانتا؟ ظلم الليل سيظهر نفسه في وقت قريب
Aina kanata? Zulmullail sayazhar nafsahu fi waqtin qarib

Dila : Tunggu lah sebentar. Mungkin mereka ada hal.
انتظري قليلا. ممكن يوجد عندهما المانع يمنعهما
Intaziri qalilan. Mumkin yujad 'indahuma almani' yamna'huma

Anis : Baiklah.
طيب، سانتظر
Toyyib. saantazir

Dila : Haaa…. Itu pun mereka.
انظري هناك. هم يأتون
Unzuri hunak. Hum ya'tun

Anis : Kawan-kawan di sinila.
!يا صديق! هنا! هنا
Ya sodiq! Huna! Huna!

Daus : (salam), maafkan kami semua kerana lewat.
السلام عليكم. آسف جدا تأخرنا قليلا
Assalamualaikum. Asif jiddan. Ta'akhkharna qalilan.

Dila : Tidak mengapa wahai sahabat.
لا بأس به يا صديقي
La ba'sa bihi ya sodiqi

Anis : Siapa mereka berdua ini?
من هن؟
Man hunna?

Ida : Ini kawan-kawan asrama saya.
هن اصدقائي من بيت الطلبة
Hunna asdiqa'i min baitittolabah

Dayah : Nama saya hidayah. Saya dari fakulti awan dan sumber asli. Saya berasal dari Selangor.
اسمي هداية. انا من كلية العوام ومصدر الأصلي. انا من سلنجور
Ismi hidayah. Ana min kuliyyatil awwam wa masdaril asli. Ana min selangor

Aini : Saya aini. Saya dari fakulti kimia dan sumber asli. Saya berasal dari kedah.
انا عيني. انا من كلية الكيمياء ومصدر الأصلي. انا من قدح
Ana aini. Ana min kuliyyatil kimiya' wa masdaril asli. Ana min qodah

Dila : Saya dila. Yang ini anis. Kami dari berdua dari fakulti makanikal. Kami berdua berasal dari Johor
انا ديلا. هذه أنيس. نحن من كلية ميكانيكال. نحن من جوهور
Ana dila. Hazihi anis. Nahnu min kuliyyah mekanikal. Nahnu min johor.

Anis : Mari kita main bola jaring sekarang. Ramai- ramai baru seronok.
فرصة سعيدة. الآن حي نلعب كرة السلة. كثير عددنا كثير سرورنا
Fursah sa'idah. Al-an hayya nal'ab kurratas sallah. Kathir 'adaduna kathir sururuna.

Aini/dila/daus/dayah/ida : Mari
حي بنا
Hayya bina


Scene 3
_______

Dila : Kawan-kawan, sekarang sudah pukul 6.30pm. Mari kita pulang.
يا جماعة! الوقت قد انتهى. ساعة سادسة الآن. حي نرجع
Ya gamaah! Alwaqtu qadintaha. Saah sadisah al-an. Hayya narji'

Aini : Iyelah. Sebentar lagi sudah tiba waktu solat magrib
طيب، سيدخل وقت المغرب في وقت قريب
Toyyib, sayadkhulu waqtul maghrib fi waqtin qorib

Ida : Terima kasih semua. Seronok bermain bola jaring tadi.
على كل حال جزاكم الله. اشعر بالسرور
Ala kulli hal jazakumullah. Asy'uru bissurur

Dayah : lain kali kita semua bermain lagi ye.
ممكن نلعب مرة اخرى في وقت اخر
Mumkin nal'ab marratan ukhra fi waqtin akhar?

Daus : Boleh. Insya-allah
ممكن ان شاء الله
Mumkin insyaAllah biiznillah

Anis : Baiklah. Jumpa lagi semua.
طيب مع السلامة و الى اللقاء
Toyyib, maassalamah wa ilalliqa'

ilmu tak elok simpan dalam harddisk je kan? elok kongsi ngan orang seramai mungkin agar dapat manfaatnye dan sahamnye bersama. moga2 ade le manfaatnye ape yang aku cakap ni walaupon kengkadang [kengkadang?hahaha] selalu [ni baru betul.hahaha] ajer terkona tersasar kesana kemari. moga2 Allah pelihara aku daripada kalam2 biduni faidah. amin.. [jangan nyaut min.. aku tak panggey ko oke..]

tajuk2 posting aku makin lama aku rasa makin macam sunat muakkad jer. [haram2 kene jauh so tanakla sebut macam haram. ngehehehe. tapi kan, tak temasukla haram (piramid) dan jugak haram (masjidil haram dan masjidin nabawi)]

dahlah tuh. macam haram je merapunye. [sebut jugak. kejap je tadi baru cakap. hahaha]

tasbah alal kheir [ucapan gudnite dalam bahse arab] aku nak tido dah ni. tolong pesan kat aku supaya tak lupa baca doa dan surah mulk. aku tanak mimpi dengan roshahimi lagi. really menakutkan. tengok muka dia jer pon dah horror dah. jauh berkali ganda lebih horror daripada tengok cite 9 september. wahahahahahabi. [gelak style wahabi]

Thursday, October 29, 2009

Jangan Masak Ayam Guna Minyak Rambut

Posted by The Pamiesz® | Thursday, October 29, 2009 | Category: | 10 Kata Komenan

salam aleik

hahaha. [mule2 dah gelak. tak cakap pape lagi pon dah gelak. ntahapehapehapontah] tahpape tajuk aku bubuh tu. langsung takde kene mengena dengan kehidupan normal seorang manusia yang paranormal mahupun yang paraparasakura.

bukanpe. rasa lawak lak merait ketas budak2 neh. tak sudah2 aku gelak sensorang kat bilik guru. masa jaga pekse pon aku merait ketas ni jenuh aku menahan gelak. kalo tegelak kang tak jadi la aku punye lakonan untuk jadik garang. hahaha.

berikan nama 2 orang ibu susuan Nabi Muhammad SAW?

a) Siti Khadijah
b) Siti Saerah

hahaha. aku rasa untuk jawapan kedua ni budak ni dah abeh pikir masak2 dah nih. dia tulis jawapan ni pun pakai pen kaler lain. ini membawak 2 kemungkinan:

1. dia menyangka jawapan pertama dia tu dah betoi maka dia pon jenuh perah otak mikir ape namanye yang sorang lagi nih. lalu pabila cekgu berkata masa tinggal semenet untuk kutip ketas tanpa pikir panjang dia pon tulis la ape2 siti yang terkeluar dalam kelapa hotok die.

2. dia tanya kawan dia kat seblah dan kawan dia yang juga merupakan peminat fanatik siti saerah telah mendajey beliau dengan mengatakan itulah jawapan sebenarnya yang paling tepat. dah tentu budak ni lurus bendul dan jujur orangnye lalu menulis dengan kelam kabutnye.

3. [tadi kata 2 je kemungkinan. apsal tetibe tambah plak neh?] mane de tambah. tak bole ke aku saje2 tulih nombor tige kat situ? blog aku kan ni. sukati aku la. ngahahaha.

surat2 cinta pon dah banyak aku dapat ni. sonok gilerrr~

"ustaz..saya tau ustaz baik hati dan hensem..bagi la markah lebeh yer.."

beso2 aku tulih pakai pen merah kat situ..

"HAHAHAHA. SAYA MEMANG BAIK DAN HENSEM PON! TAKKAN AWAK BARU TAU KOT?"


kantin sekola aku. beso gedabak kawasan skola nih. sampai memerlukan 2 kantin dalam 1 skolah.

babaii.. aku nak besiap nak gi skola. hari2 bawak kete sorang2 sampai terlelap2 masa tengah memandu. boring betul 40 minit driving takde sape duk seblah nak jadi teman merapu meraban. huhu..

tututatatotooo~
senyum sokmoo~ =)

Tuesday, October 27, 2009

Sidang Media Tergempar Diadakan Untuk Menyatakan Keaslian Janggut Perang

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, October 27, 2009 | Category: | 16 Kata Komenan

Pn. Padmavathy: hey, apa pasal u kalerkan rambut u ni?

Budak kuang hajaq:
ape pulak cekgu. mane ade kaler. ni asli la ni.


Pn. Padmavathy:
mana boleh asli. besok saya tanak tengok lagi ada ini rambut. sebelum saya antar u pada cekgu hafiz (cekgu disiplin) baik u buang sniri.


Budak kuang hajaq:
apehal plak cekgu. nape saya kene potong plak. ustat fahmi tu relek je perang banyak pulak tu. pegi la suh dia potong.


cis keju.. kuang hajaq punye budak. gara2 rambut perang, janggut aku yang takde kene mengena pulak dipersalahkan. ni tak pueh hati nih. tak pasal2 aku kene wat explanation pulak dalam sidang media untuk menyatakan keaslian janggut aku yang tak dibubuh mahupun dicelup sebarang kaler mahupun ayor longkang nih. huh.

tadi masa jaga pekse kat kelas 1F first time aku mengamuk. macam orang gile aku menjerit. nasib baik la aku ditakdirkan untuk mengajo subjek pendidikan Islam. rupe2nye aku memang tak bole sabor ngan budak cina dan india yang degil dan buat muke kuang hajaq macam nak mintak penerajang manje aku. huh lagi.

aku ni jarang marah. sebelum marah tadi pon aku dah pikir 18x dah nak marah ke tak. last2nye aku wat keputusan untuk marah jugak demi mengajar mereka erti hormatkan seorang guru. aku memplaning untuk membuat satu babak yang paling ganas lah kononnye yang pernah aku wat. riso gak tekantoi aku tegelak ke. suara terpecah ke. lagi aku kene gelak ngan bebudak jer kang. hahaha. tapi akhirnya babak itu berjaya. bebudak sume senyap dan akur serta tak menyangke bahawasanya aku akan sanggup menengking sebegitu skali. heheh. tapi memang bukan nature aku lah tengking2 ni. sebabnye lepas aku tengking tu aku sniri rasa nak nangis. terharu gile sebab aku berjaya menengking budak. hahahaha. macam bongok jer.

ketas jawapan exam dah betimbun dalam bonet kete. sape nak tolong rait sila angkat tangan. tak cukup tangan angkat la kaki ke lutut ke telinge ke hape2 yang bole angkat sekati dua kilo korang lah.

nak balik cepat jer keje budak2 nih. huh. tapi aku dulu masa skola pon gitu gak. bahkan teruk lagi daripada tu. hehehe.


p/s= jangan marah2. tak elok untuk kesihatan mental. hehehe.

Monday, October 26, 2009

Iman Adalah Mutiara. Bukanlah. Iman Adalah Anak Menakan Aku

Posted by The Pamiesz® | Monday, October 26, 2009 | Category: , | 3 Kata Komenan

salam aleik

layan gambo dulu lah baru citer ek.. ek? ek?


GALERI IMAN DAN ALIAH
____________________

tetiap kali suh senyum mesti budak kecit ni pejam die punye mate. agaknye senyum style baru la nih. ingat gelak jeke ade style baru. gelak style utara best gak [kuaqkuaqkuaqkuaq] makanya pabila gelak pon ada evolusinya, senyum pon mestila melalui teori evolutionX mitsubishi lancer jugak kan.

woih garu2 tu janganla depan orang. malu siot.

setelah 86 kali aku suh dia senyum jangan pejam mata. inilah hasilnya. membanggakan rite?

pose kakak penyayang

bile iman dah beso nanti, iman nak jadi macam acu. ade blog sniri pastu nanti iman nak balas dendam nak bubuh gambo acu banyak2 kat dalam blog iman. ade gambo acu tengah korek idong, ade gambo acu tengah garu ponggong, ade gambo acu tengah tido meleleh ayor lior basi, lagi gambo acu yang macam mane lagi yang bleh naikkan unique visitor blog iman nanti ek? skangni ngan sape iman nak mintak tolong ajorkan wat blog ekk..? [huh, kecit2 dah pandai fantasi camnih. takleh dibiarkan nih]

lagi pose kakak penyayang [tepok2 pampers die sampai tetido]

iman berkata dalam nada yang agak angkuh sikit2 jelah: "amacam, ensem tak aku? well. tengok la sape paksu aku. aku menurun hensem die la tuh. anak sedara pamie beb. pamie. ostat janggut bleach tu sape tak kenal kan. sangat masyhur dengan kehenseman dan keseriusan beliau yang tak pernah merepek seumur idop."

dengan kuasa bulan, akan melindungimu. whatever it takes, i will protect you. even if it costs my life - kata guren-san kepada yuukimaru.

nama saya iman. tu nama pendek. nama panjang saya cuba tanya kat umi saya. kalau umi saya tak tau nanti cuba tanya balik kat saya. tapi kalau saya jawap tak tau jugak apekate awak tanye kat umi saya. tapi kalau lepastu umi jawap "ntah" awak jumpe la saya balik awak tanye la kat saya ape name panjang saya. rasanya saya akan jawap "tanye la umi" dan lepas tu awak pon akan angkut sume barang dan pindah kat kutub selatan. hahaha.

kenapa budak laki suke main otomen dan racing2 kete dan bukannya anak patung barbie ataupun teddy bear ataupon barang masak2 or something like that la. sape tau sile jawap dalam masa 2.34 saat dari posting ini dipublishkan. kalo lambat, adiah berupa sebuah kete BMW akan hangus dibakar begitu sahaja umpama roti gardenia yang walaupon sedap dimakan begitu sahaja ianya juga sedap dibakar begitu sahaja.

nak gambo lagi? udah2 la tuh. dah tak tau nak letak caption ape nih.

cube teka tangan sape yang bagi otomen tuh?

jangan kaco mainan iman kalau tanak kene simbah asid! [puh kanak2 zaman skarang ganas2 gak. haha. nasib baik semua ni rekaan semata2. kalo bebetul keluar daripada mulut dia ugutan nih, mau jugak aku makan nasik goreng ngan kicap jalen pastuh. ade kaitan tak? ade tak? woii jawap la ade tak?]

ok dah layan gambo skang citernye pulak la kan. jengjengjeng tapi... tunggu la kot. perut lapo pulak. bile lapor takleh wat keje. sebab perut kosong. bagi aku makan dulu yer. tapi bile dah kenyang kang lagi la takleh wat keje. dah ngantuk mesti nak tido. makanya secara kesimpulannya untuk slot cerita ni dengan bangge dan amat riaknya aku tangguhkan kepada episod yang akan datang yang ntah aku pon tak tau bile.

[sebenornye takde cite pon. langsung takde. hahahaha]

haih~ bile la aku nak berenti merepek. ingatkan dah jadi cekgu ada harapan la nak siyes. macam lagi kronik jer aku nengok. dengan anak2 murid aku hasut merepek sama. hadohhh.

ade idea tak? best tak kalau aku serius? mesti best kan. mesti macho jer rase. hohoho.

nak serius lah pasni. serius.

hahahhaa. sebut pekataan serius pon aku dah tergelak. haha.

dahlah. tata.

besok anak2 murid aku pekse akhir tahun paper pendidikan Islam. yang aku ajor la neh. pandai cekgu penyelia petang susun jadual aku jaga pekse kelas ujung2. kompem budak2 ni gosok2 belakang aku sampai calor balor besok sebab nak aku bagi jawapan. soalan dahla bole tahan susah aku buat.

contoh soalan:

sape nama awak? (18markah)

ape hobi awak masa awak tak lapang? (1.5markah)

berikan 10 faktor awak duduk kat malaysia. (0.00021245markah)

apakah hikmah makan nasik goreng cendawan dengan mayonis masam. (76markah)

kesian jugak dorang besok nak jawap soklan2 susah nih. ala kulli hal korang sume doakanlah anak2 bangse kita nih berjaya. sangat susah oke nak tanamkan minat dorang ni terhadap ugama. huh. very2 mencabar. anda mahu cuba? sila replace my place.

sekian.

senyum sokmoo (^_^)


Sunday, October 25, 2009

Tour De Ganu : Taman Tamadun Islam (Rempit at Masjids)

Posted by The Pamiesz® | Sunday, October 25, 2009 | Category: , | 12 Kata Komenan

suatu hari yang indah aku dan sorang sahabatku bernama roshahimi (laki ni bukan pompan. tak memasal kome ingat aku kuor ngan awek pulak kang) keluar menaiki kerete satria turbo berenjin mivec dengan transmisi otometik. kami bercadang untuk berkelah di sebuah teluk yang bernama teluk jadah hape tah aku pon tak ingat.

perjalanan ditempuh dengan amat gembira sekali. daripada jalan highway terus menuju jalan bengkang bengkok dan akhirnya kelembah pergunungan. jalan semakin lama semakin curam. akhirnya aku terpaksa menurunkan transmisi kete daripada D kepada 2. ini kerana jalan berbukit yang kami lalui itu semakin curam. hingga sampai di satu kawasan darjah kecuraman jalan tersebut hampir2 90 darjah. macam haram. mane ade jalan raya curam sampai boleh tegak naik keatas kete aku. bongok betul jabatan kerja raya kawasan itu. nak pegi teluk jadah hape tah aku pon tak ingat punye pasal kitorang tempuh jugaklah jalan tuh. aku yang duduk asalnya atas seat dah terapung2 dekat bumbung sebab jalan yang sangat curam. saspen dan takutnye tahap gugor jantung Allah jelah yang tau. tak penah lagi rasanya aku drive macam tuh.

tibe2 kete aku yang sedang mendaki bukit yang bagaikan dinding tuh terbalik. cuak gile aku. nasib baik tayar die sentuh jalan balik. bole pulak kete aku macam beguling2 macam tenggiling kat jalan curam tuh. lagi skali. macam haram. ni kete ke ape ni? jantung aku terus berdegup kencang.

setelah selamat melalui curam yang macam haram jadah tuh, maka kami pon sampai la di teluk jadah pelesit bunguk natang mende ntoh tuh. macam haram kali ketiga bole tak? ada pulak teluk kat atas puncak bukit? secara tetibe ade pantai pulak kat atas gunung. ini dah memang agak melampau.

aku yang berasa lega setelah melalui curam tadi pon bertanya kepada roshahimi:

"amacam ko cuak tak masa kete kita tebalik tadi?"

"cuak la ngong. ni sume sebab ko duduk tadi ko pegang seat." jawap beliau terketar2

macam haram kuasa 4. memang takde kaitan langsung faktor kete tebalik ngan duduk pegang kuat kat seat.

tengah asyik sembang2 sambil melihat keindahan pantai...

"PRAAANNNGGGG"

moto yang aku tunggang terlanggor sebuah lagi motosikal yang ditunggang oleh seorang aci berbangsa india. tayar depan aku tepat2 melanggar tayar depan beliau. sekali lagi aku terkejut dan rasa jantung macam nak gugor. [macam haram lagi dah 5 kali dah nih. tadi aku bawak kete satria turbo panjat bukit. tapi bila dah sampai pantai tetibe aku bawak moto pulak. mane pulak datang moto ni dan mane pulak pegi kete tadik? korang tak rasa macam haram kali ke 6 ke?]

"wooii bawak moto tak reti pandang depan ke?"

"apaaaa awak la bawak ini motor tara tengok depann! skarang apa macam ini motor mau reper kaluuu"

"ape pulak aku nak kene repair moto ko. ko tak nampak ke moto aku ni pon tayar jahanam gak? ahh takde2 skang ni jom kita pegi wokshop. repair masing2 punye rosak. toksah ngengada nak mintak aku duit. moto ko rosak moto aku pon rosak. masing2 tanggung. dah pi main jejauh."

"pahhhmiiiiiiii.. banggguunnn semayang subuh.. cepatla mak tunggu nak bejemaah ni.. bangunla duluuuu kang pas semayang nak tido tido la balik.."

ceh dan ceh lagi..

macam haram kali ke 7. lengkap jumlah pusingan tawaf. astaghfirullah. aku dimain2kan oleh setan upenye. macam haram x8 punye mimpi. kalo aku ada 8 jantung pon bole gugur semua masa tido. aku rasa ini mesti sebab malam tadi aku tido telupa nak baca doa tido. ataupon aku pegi terbaca doa naik kenderaan. macam sorang mamat berspek itam dalam video disini. [Kalghari the series episod 1] no wonder la terus naik satria turbo aku pastuh. bole tukor naik moto pulak. aku rasa memang betulla kot aku pi baca doa naik kenderaan. huh.

Doa pabile mendapat mimpi buruk:

أَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ
وَسَيِّئاَتِ اْلأَحْلاَمِ


Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari perbuatan syaitan dan buruknya mimpi

setelah terjaga ludahkan 3 kali ke kiri. ludah kat sini ludah majazi lah bukan hakiki. buat2 ludah. habeh pulak dinding betompok kalo ludah bebetul kang. kene pulak ludah tu skali ngan kahak ijo. lagi macam haram x9. tapi paling bes sekali kalau isteri a.k.a orang rumah kita tido sebelah kiri kita. bangun2 jer muka dia penuh kahak. siaplah seminggu tido kat sofa luar pastuh. hahaha.


GALERI REMPIT @ TAMAN TAMADUN ISLAM
__________________________________


inilah gerbang kejayaan anda setelah berjaya menyampaikan BEX yang berpenyakit hingga ke ganu dalam keadaan semput2nya yang tak mampu dihilangkan menggunakan inhaler athma.

peralatan untuk merempit. ni namanya kereta sorong. bukan ke? sewa jer rm3 sejam. rasanya lebeh sejam kitorang racing kat dalam tuh. tapi tak la sampai 76jam. tapi orang tu tak mintak pulak tambah duit. kire halal lebeh kuang la tuh. takkan nak macam haram kali ke 10 pulak.

nak pilih kereta sorong yang mampu merempit dengan kuasa turbo bukannya senang. hanya yang terpilih saja yang layak mendaki bukit curam 90 darjah 6 sekolah rendah kebangsaan sultan abdul aziz. jadahnye ko cakap nih.

ini bukan masjid. ini namanya menara kalyan kat uzbek. tempat hukum orang yang bersalah. hukum ape aku tak tau la pulak. mungkin hukum haram kali ke 11 kot.

sekali tengok macam busut anai2. tapi 2x tengok papan tanda baru tau yang ini rupenye masjid yang diperbuat dari tanah yang dikeringkan. kat nigeria.

berlatar belakangkan masjid suleyman, turkey

masjid yang sama jugak

nampak macam masjid. sebenornye ini replika maqam syeikh abu nasr parsa salah sorang syeikh naqsyabandi di afghan

takde la mahal sangat taj mahal ni. ini bukan masjid ye. ini istana lambang cinta kepada seorang bernama bini.

nak naik masjid kat Iraq ni kene pusing2 sampai penin dulu dalam keadaan saspen di cerun yang curam. tapi tak lah sampai 90 darjah 5 kecuraman beliau.

masjid jamek fatani. thailand.

masjid kudus minar central jawa indonesia. kalau nak kata aku iktikaf, rasanya tak dapat pahala kalau iktikaf kat sini.

masjid xian kat china ni didirikan oleh laksamana haji cheng ho. walaupun rupe macam kuil pagoda. kedudukan die mengadap kiblat

masjid mohamed ali kat qol'ah Salahuddin Al-Ayubi kat kaherah

tawaf dengan beskal kat masjidin nabawi. bile pulak kat madinah ada Kaabah?

berdoa di pintu masjidil haram. nak masuk dalam tak bole. badan kitorang saiz gergasi.

weh amin ngko pun menunggang motosikal atas angin kat tepi pantai jadah hape name die tah jugak ke? tu muke tengok gaya macam tengah saspen sebab langgor tayar depan sorang aci jual kacang jer tuh. tapi pett nampak cam seronok jer bile ko eksiden. hahaha. oh sebenornye ko wat muke camtu sebab saspen nak telanggor pett kan? wakakakkaa

elelele wat muka comel plak. bangga la tuh dah sampai kat palestin.

'masjid' ni tetibe ade kat sini pulak. iktikaf kat sini pahala lebeh sket kot.

oh. rupe2nya kami ni pengunjung yang tak dihormati. patut la kami bole amek gambar banyak2 macam orang gile. hahaha.

hemsem dah tu min. runsing ape os? teran2 ta** tak keluor ke? hahaa

the true meaning 1 malaysia uniting 1 muslimin and 1 mukminin

wah banyak gile keje arini. betimbun2. sudah2 la tinggal dulu belog nih. mane buleh tangguh2 kije. ade lapang saye bukak balik belog ini. komenlah sepuas hati anda sebelum ada orang yang komen anda balik. ngehehehe.

tatatititutu

senyum sokmo~

(^_^)

Friday, October 23, 2009

Sape Rasa Sayang Mak Dia Sila Baca Posting Ni Sambil Lap Ayor Mate Lambang Terharu Yang Amat Sangat

Posted by The Pamiesz® | Friday, October 23, 2009 | Category: | 7 Kata Komenan

salam aleik

anda sayang ibu anda? sape yang tak sayang ibu seniri memanglah dia seorang yang bongok mongok punggek munggek yinggek yalerkik nalerkuk. ape bende aku tulih tu aku pon tak tau. pegi tanye kat mufti mazhab muniandi agak2nye dia tau la kot maknenye.

ramai antara kita yang kata dia sayang ibu dia tapi kadang2 kita tak pernah nak tunjuk yang kita sayang kat ibu kita. terutama yang lelaki. huh. kalo dah hero tu, dengan mak sniri pon nak tunjuk hero. agak2la weh. kome sedor tak perut tu yang penat2 hangkut kome kesana kemari 9bulan. tak penah bekira walau sesaat pun masa yang beliau bazirkan untuk melayan peel kome yang melalak menguwek2 nyanyi lagu metallica memalam bute tak benti2 sampai pagi. jangan compare la dengan seorang bapak yang sangat penyabar walaupon mendengar kome merampuih2 pun buleh nyenyak lagi tido. ibu tidak sesabar itu. ditampor2nye ponggong kome demi mendiamkan seketul mulut soprano yang berbunyi tanpa sebab terkadangnya. ataupon kalau pon bersebab kerana ketidakselesaan tahi yang penuh bersirat di papan buntut yang bersalut lampin ataupon pampers. ataupun perut kome yang kelaparan dan kebuluran mengalahkan pelarian afghan lah kununnya yang dahagakan susu si ibu. sape yang menunaikan dan menyelesaikan semua permasalahan kome diketika itu kalau bukan si ibu. tapi bila dah tua ni, jangankan kata nak mintak tolong basuhkan berak. mak mintak tolong basuhkan pinggan jer pon. ade aje le jawapannye

"haaa kejaaaaappppppp"

"alamak busuk la mak. geli gile nak pegang pinggan kotor nih"

"eh ni bukan ke keje mak? keje saya belajor je kan? kemas2 umah ni keje surirumah. bukan keje seorang arkitek macam saya"

"bole tak kalau saya basuh besok je?"

"ala mak tadi dah janji nak kuar ngan kawan. mak larat je kan basuh?"

"basuh pinggan? jenis binatang ape tuh?"

"hahh? ade lagi ke orang basuh pinggan kat dunia ni? zaman moden ni sume pakai pinggan pakai buang la mak"

huh. hati sorang ibu sangat sensetip. kome ingat kome cakap camtu mak kome redho ke? sekelumit je dia rasa kecik hati kome ingat kome bleh masuk syurga senang2 ke? jangan harap le.

bagi yang dah takde mak, sememangnya pepatah melayu yang mengatakan "kita akan lebih menghargai setelah kehilangan" akan dirasakan oleh mereka. mereka dah tak sempat nak berbakti pada ibu yang dahulunya mereka pernah kata mereka sayang. tapi sempat atau tak untuk ditunjukkan kasih sayang tu pada mak? mereka sendiri saja yang mampu menjawapnya. pastinya sesalan demi sesalan buat mereka yang tak sempat untuk berbakti pada seorang wanita bernama ibu.

jadi pada yang masih ada ibu ni, korbankanlah apa sahaja yang anda ada demi percubaan untuk membalas jasa mereka. sekadar percubaan. kerana secara muktamadnya anda sememangnya takkan mampu untuk membalas jasa seorang ibu. hanya sekadar percubaan membalas. jika itupon anda taknak lakukan, sila jangan jadi anak ibu anda. jadilah anak lembu ke anak kambeng BEX ke ataupun anak kunci pon bole.

ini tazkirah hari jumaat. sayangilah ibu anda sebelum segalanya terlambat. letakkan kepentingan diri anda yang terakhir dan utamakanlah kepentingan mereka. walau sekuat mana keinginan anda untuk melakukan sesuatu, jika bertentangan dengan keinginan ibu, maka utamakanlah keinginan mereka. sesungguhnya disitu ada satu keberkatan yang amat besar iaitu keredhaan seorang ibu pastinya akan memberikan satu ketenangan yang jitu kepada jiwa seorang bernama anak seorang ibu.

anda dah lama tak telepon mak anda? sila telepon sebaik saja anda membaca posting ni. tanyakan khabar mereka. tanyakan keperluan mereka. mintak maaf pada mereka. mohon restu mereka dalam apa jua yang anda lakukan.

saya tidak pernah malu dan selamanya tidak akan malu jika dikatakan saya 'anak mak'. pedulik hape dah aku sayang mak aku. anda jua begitu? terpulang.

skang aku nak bersiap pegi solat jumaat. punye nak pahala lebih aku pegi solat jumaat sampai ke hutan melintang sana nun. stengah jam jugakla daripada umah. banyak betoi pahala aku. korang tak jeles ke? [padahal memang kene pegi smayang kat sana pasal tak sempat nak sampai skolah kalo gerak pas jumaat. bwahahaha]

ingat. cium tangan mak. biarlah bau durian pun. muntah belakang kire. ngehehehe.

jangan lupe surah kahfi dan banyakkan berselawat dihari jumaat. tata titi tutuuuuuuuuuu




Thursday, October 22, 2009

Entri ke-200 : Jeles

Posted by The Pamiesz® | Thursday, October 22, 2009 | Category: | 5 Kata Komenan

I really love malaysia. tapi...

ni entri yang ke-200. aku cume nak kabo aku jeles. sakitnyee hati ni. kecemburuan menusuk2 jiwa. aarrrgghhh~

Doa penawar hati yang duka nestapa:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”

Tuesday, October 20, 2009

Mengungkit Diungkit Pengungkitan Terungkit

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, October 20, 2009 | Category: , , , | 14 Kata Komenan

salam aleik

DIALOG 1:

"sedor la diri sket. ngko tu idop 20 taun ni aku yang tanggung. rezeki ngko tu ada dekat aku tau. gaji tak seberapa mintak2 duit aku. patutla nak sangat kawen ngan aku. keje dahla malas. takat tukang kebun jer. tu pon asik kene berenti. pastu saje nak kawen ngan aku sebab aku lecturer kan? gaji aku 5k sebulan. dahla kawen dulu pon hantaran aku yang bagi pinjam dwet. skang ni dah idup sama pun umah ni sape yang bayo? kete ni sape yang bayo? ngko ade bayo? huh. nak bayo yuran anak2 skolah pon tekial2. pastu skang ade ati pulak nak kawen dua. huh lagi."

DIALOG 2:

"dulu masa awak tengah sesak sape yang tolong bayarkan hutang PTPTN awak? saya tau. kalau takde saya ni awak tak bole idop tau."

DIALOG 3:

"masa ko takde keje dulu, ko tak ingat ke sape yang carikkan kabel untuk ko dapat keje? aku kan? huh. memang lupa jasa kawan tol ko nih."

DIALOG 4:

"masjid ni kalau tak aku yang bersusah payah carik derma dulu, tak tegak masjid nih."

DIALOG 5:

"ngko tu dulu kalau aku tak buat kelas khas untuk ajo ko dulu tu, takdenye ko dapat anugerah dekan straight 8 semester nih tau. ilmu yang aku bagi tu banyak tolong ko tuh."

DIALOG 6:

"ko tu dulu akak yang susah payah tolong jaga anak ko. skang akak nak mintak tolong sket pon haram ko nak tolong."

DIALOG 7:

"ko tak ingat ke 2 bulan dulu aku bagi ko pinjam doposen masa ko tengah sesak nak beli eskrem? skang ni aku nak pinjam 2ribu takkan tak bole?"

TAKRIF MENGUNGKIT:

hari ini aku nak becakap skek tentang mengungkit. [tanaklah becakap. nak taip jer. heheh] mengungkit ni dalam kamus dewan edisi kepala hotak pamie diertikan dengan suatu perkara yang telah berlaku suatu masa dahulu dan kini disebut2 kembali dalam nada yang menyakitkan hati atas sebab2 tertentu dan jugak atas faktor2 tertentu. itu adalah takrifan dari segi istilah. adapun takrifan dari segi bahasanya adalah berasal dari perkataan "mengong + sket = mengungkit". jadi kebiasaannya orang yang kuat ngungkit ni memang mengong sket paler otak die. hahaha.

keje2 ngungkit ni mungkin bese jer kita wat dalam kehidupan seharian tapi kita jarang sedor. sedor ataupun tak biasanya ada sesetengah bahkan mungkin jugak kebanyakan kita yang sangat mudah untuk mengungkit. sket2 nak ngungkit. ape2hal je ngungkit. mungkin hobi dia ngungkit ataupun makanan kegemaran dia kueh bangkit.

RUKUN MENGUNGKIT:

perlu ataupun wajib ada:
1. orang yang mengungkit
2. orang yang mendengar ungkitan [memangla kalo dah ngungkit sensorang tu sewel namenye. tu bukan ngungkit tu namanya merungut]
3. sighah mengungkit = wajib ada perkataan dulu @ dahulu [bukan bahulu] yang telah aku highlightkan dengan kaler oren dalam contoh dialog kat atas tuh
4. benda yang diungkit = wajib ada jasa yang telah dihulurkan samada bantuan dari segi kewangan [paling banyak] tenaga ataupun idea

FAEDAH MENGUNGKIT:

senang citernye ngungkit ni hapah kejadah takde pekdahnye yob. kalau ada pun pekdahnya 1 jer:

menyakitkan hati orang. fullstop.

seronok kan dapat sakitkan hati orang? paedah yang sangat bermakna dalam kehidupan sementelah kita dibenci oleh orang ramai. kalau seronok tu maknanya paedah la tuh. tapi ade ke orang yang seronok dapat sakitkan hati orang? ade.

iaitulah orang yang busuk hatinya. bau h1n1 hati dia. nauzubillahi min zalik.

WAKTU UNGKITAN BERLAKU:

ungkitan akan merebak [macam sembang pasal jangkitan virus plak. heheh. tapi memang virus pon kan? virus hati yang susah diubati melainkan mati. eh macam pantun plak intonasi. hahaha] biasanya apabila sewaktu si pengungkit mahukan sesuatu yang apabila ungkitan dibuat, sesuatu yang dimahukan itu akan lebih mudah dicapainya. tentunya itu pada tanggapan dia lah. pada hakikatnye tak pon. untuk gambaran yang lebih jelas, mari kita syarahkan melalui contoh2 dialog yang telah disebutkan diatas.

contoh dialog 1:

PENGUNGKIT: seorang isteri berpangkat besar bergaji besar serta berbadan besar [tak jaga body lah tu pas besalin]
PENDENGAR UNGKITAN: seorang suami yang agak2nya tak reti ukur baju kat badan sniri
SIGHAH UNGKITAN: dahla kawen dulu pon hantaran aku yang bagi pinjam dwet.
BENDA YANG DIUNGKIT: jasa2 isteri sewaktu suami dalam kesusahan suatu masa dulu

apekah yang dimahukan oleh si isteri dalam situasi ini hingga menyebabkan dia mengungkit kembali jasa2nya terhadap si suami satu ketika dulu? ape lagi.. dia nak laki dia tak kawen dua lah.. takkan tu pon nak pikir panjang. jadinya si isteri menganggap bila dia mengungkit maka suami dia terkenang la kunun jasa2 dia hape segala jadah pelesit ape tah yang dia dah buat sebelum ni seterusnya menjadikan dia sorang suami yang setia dan tak sanggup untuk menduakan bini dia. padahal dalam ati sorang laki yang ego [walaupun miskin] dia akan lebeh terasa tercabar dengan ungkitan seperti itu yang nampak2nya seperti menjatuhkan maruah dia lalu sang suami pon berkata dalam ati:

"kuang hajo ko hina aku yer ko tengok lah elok2 aku niat nak kawen dua jer kang aku terus kawen pat. pa alip dal nun muke papedem kau."

maka jelas disini, ungkitan itu tidaklah menjadi seperti yang diharapkan iaitu dapat menghalang sang suami kawen dua bahkan selepas itu si suami menjadi semakin bertambah egonya pabila dirasakan maruahnya cuba untuk dijatuhkan.

syarah2 bagi dialog yang lain2 tu korang buat lah sniri. aku malas. tayar spare kamben aku tu tak tukor lagi. kejap lagi nak pegi wat alignment pulak. banyak la pulak masa aku nak besyarah kat korang. ketas pekse tak buat lagi. besok dah nak kene hantor. [dah tu boleh pulak lagi ko merepek kat blog ni? hahaha. blog takleh tinggal beb. kang aku ungkit jasa blog aku kat korang kang baru tau. haha]

KESAN MENGUNGKIT:

1. merosakkan aqidah

erk. biar betik sampai bole rosak aqidah? ya betoi. terkadang ianya mampu merosakkan aqidah. contoh bole kita dapati dilihat jelas dari dialog 1 dan 2. penggunaan ayat yang terkadang kita tak sedari berbaur2 rosak aqidah telah kita gunakan. contohnye:

"rezeki ngko tu ada dekat aku tau"
jika iktiqad dia bahawasanya disebabkan dia tanggung orang lain jadi rezeki orang lain berada di tangan dia, maka ini telah merosakkan aqidahnya kerana Pemberi Rezeki yang mutlak itu adalah Allah Taala.

"kalau takde saya ni awak tak bole idop tau"
Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan itu hanyalah Allah Tabaraka wa Taala Tuhan Sekalian Alam. makhluk tiada kuasa untuk menentukan hidup atau matinya makhluk yang lain.

jadi kita perlulah berjaga2 dengan setiap tuturkata yang lahir dari mulut celaka kita ni. [mulut pada dasarnya mulia kerana ia tempat menuturkan zikrullah. tapi pabila ia menuturkan sesuatu yang tidak dikawal maka ia menjadi tempat yang paling celaka kerana kerana mulutlah yang terkadang mampu mencelakakan seluruh tubuh badan dan merosakkan seluruh iman yang ada. nauzubillahi min zalik]

2. orang pon benci

alah takpayahla kita nak ungkit2 kat orang. rasanya kalau orang ungkit kat kita pun kita tak suka kan? jadi kalau kita tak suka orang wat kat kita, janganlah kita wat kat orang. kan senang macam tuh. tapi kalau kita tak wat kat orang pon orang tetap jugak wat kat kita, sabor jelah banyak2. nak wat camne dah orang tu jenih suke macamtu. kita doakan jelah dia berubah jadi orang yang tak asik mengungkit. Allah tu Maha Pembolakbalikkan Hati. mintak aje kat Dia supaya Dia bagi taufiq dan hidayah pada orang2 itu. senang. keje kita? sabor dan jibor. sudahlah.

CARA-CARA ELAKKAN MENGUNGKIT:

haa.. yang ni la benda yang paling senang dan konsep yang paling mudah skali dalam hal ungkit ngungkit nih. kalau diamalkan rasanya senang sangat kita nak tinggal perangai huduh nih.

1. memahami konsep ikhlas

biasanya orang yang rajin ngungkit ni orang yang TAK IKHLAS langsung wat keje. tu je basicnye. dah tu kalau ikhlas dia takkan sebut2 lagi dah sebab dia ikhlas buat sesuatu kerana Allah. dia tolong tanggung suami dia kerana Allah. dia bantu orang yang susah kerana Allah. dia bagi idea takat mana yang dia mampu kerana Allah. semua2lah dia buat kerana Allah. dah kalau dah kerana Allah, apa perlu lagi nak ungkit pada makhluk? makanya orang yang mengungkit ini jelaslah kita dapat lihat bahawasanya dia membuat sebarang pekerjaan bukan kerana Allah akan tetapi kerana untuk mendapatkan pujian dan supaya jasanya dibalas kembali oleh makhluk.

solusinya, ikhlaslah membuat sesuatu kerana untuk mencapai redha Allah. kalau mengharap jasanya dibalas Allah, haa tu takpelah kan. kita bantu orang, moga2 Allah bantu kita bila susah. doa macamtu. hah setel. hati pun tenang. orang pon tak benci.

2. tukar topic

same la cam nak elak ngumpat jugak. bila rasa2 nak ngungkit je, terus cakap mende merepek2. misal kata bila rasa2 nak keluar ayat ungkitan, terus citer pasal tadi bawak moto kat jalan duk belakang lori bab*. bau siyes macam h1n1. ade pulak tempias2 air mandi h1n1 kuar daripada lori tu menyebabkan tadi temuntah atas moto sampai ada sticker tambahan plak kat meter dan handle moto. pastu bole la elaborate lagi citer tu selama beberapa ploh jam sampai terlupa yang tadi asalnya kita nak ngungkit.

3. sukati korang la nak wat camne pon janji korang tak ngungkit

kesimpulannye: renti2kanlah peel ngungkit2 tuh. memang takde paedahnye.

selain itu disamping itu sementelah kendatipun korang kene alert jugak dengan manusia yang sering menuturkan perkataan ikhlas. biasanya ada satu jenis manusia yang suka bile buat apa2 dia sebut2 yang dia tu ikhlas. manusia jenih ni kene jaga2 sket bile korang berada bersama mereka.

"amikla seribu ni. saya ikhlas ni. ameklah."

hah maknanya dia tak ikhlas la tuh. toksahle pecaya. kalau dia ikhlas dia tak perlu sebut pun pekataan ikhlas tuh.

sekian tulisan saya hari ini. saya nak pegi bengkel. tata.


GALERI MASJID KRISTAL
___________________

ape yang ko cuba lakukan sebenornye pett?

inilah tempat yang dituju. masjid kristal. aku ingat seluruh dinding kubah lantai tiang mangkuk jamban dan segala hape yang ada kat masjid ni diperbuat daripada asfour crystal mesir.. upenye jangkaan aku tu meleset sama skali. kristal yang aku jumpe hanyalah terletak sejibik kat tiang mimbar yang digunakan hanya 2x staun iaitu diwaktu hari raya punye khutbah.

pett jangan gembire sangat pett.. aku campak ko dalam laut seblah tu kang tak memasal kene cubit ngan ikan jos..

tekan shutter pon tekan jelah yang nak wat muke bekerut seribu tu apehal? haha.

saya di masjid kristal, kuala terengganu [depan ni ade couple yang aweknya sangat seksi sedang dating duk talaqqi musyafahah berlaga lutut. agaknya talaqqi kat sini lebih mendapat berkat kot?]

biawak komodo mencarik mangse

pemangsa biawak komodo sedang cuba mengejar beliau manalah tahu dapat tangkap buat lauk makan tengahari. tokmiah perasa biawak. macam menarik.

serangge pon nak gi berjemaah kat masjid. biarla 3hari jalan kaki baru sampai pon dia tetap teringin gak nak pegi. manusia? tak payah kot. pasal sume dah kompem masuk syurga kot.

berehat seketika selepas menunaikan solat jimak. eh solat jamak kot.

tak sangke pulak imam besor masjid ni rupe2nye senior bahtera kusza a.k.a bekas YDP bahtera a.k.a budak lughah bekas exco DPM mansurah a.k.a abe zaidi

pamie dan pett @ masjid kristal

masjid ni satu2nya masjid yang pentadbirannya tak duk bawah kerajaan negeri terengganu. pentadbirannya diswastakan dan diuruskan oleh sebuah syarikat.

kalau awan macam ni tanda2 nak ujan ke atau nak turun salji? cuba jawap dalam masa 0.13456 saat.

Ya Allah.. Kau peliharakanlah ganu kite dari sebarang ancaman bala dan malapetaka. bukit besar, kuala terengganu.

pemandangan masjid kristal ketika sunset dari jambatan sultan mahmud, kuala terengganu. [sunset tu betui kan matahari terbenam?]