Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Saturday, August 29, 2009

Malaysia dan Kalcer Syok

Posted by The Pamiesz® | Saturday, August 29, 2009 | Category: , , , , |

Ramadhan kareem..

dah seminggu dah aku menghirup udara segar malaysia [yang bercampor2 sket ngan h1n1].. memijak rumpunan nan hijau [ade jugak rumput2 coklet yang dah mati kene racun tu..] setelah meninggalkan tanah dan pasir yang serba nan coklat.. [mesir pun ade jugak rumput kan?] seminggu itu jugalah aku menyepi dari dunia blog.. dari dunia yahoo mesenger.. dari teknologi mesir yang selama ini hanya berada dihujung jari 24/7.. line berukband kat umah aku kat kampung padang tembak ni pulak sememangnye menggumbirekan hati aku kerana ianya hanya berada sekadar kawasan pagor depan umah aku walaupun hakikatnye kawasan umah aku takde pagor pon.. [mustahilla aku nak buat sebijik umah lagi kat kawasan pagor umah aku semata2 sebab nak main berukband kan?] maka ditambah dengan tiadanya line telepon fixed line telekom diumah menyebabkan aku tidak dapat melanggan apa yang orang namakan sebagai strimix jadah pe tah tu.. oh.. aku sudah terputus hubungan dengan dunia luar.. kini duniaku hanya di teluk intan.. dah tak worldwide langsung dah.. i'm in cave.. gua cakap lu..

sebenornye cc depan umah aku jer.. tapi aku sniri pun tak penah jenguk2 lagi pintu kedai tu.. nikan lagi nak jenguk tingkap ngan mangkuk jamban die.. dah tentu la lagi aku maleh..

.....

takde kaitan.. [sebenornye ade..]

sebenarnye aku masih terkejut dan kalcer syok.. aku masih macam tak pecaya yang aku dah balik.. tibe2 je aku dah ade kat malaysia.. magic kan? david kopepil ngan cyril si jepun pon tak mampu nak wat magic cam aku nih..

KALCER SYOK

aku masih menjawab "aiwah" bile ditanya secara terang2 "beg ni awak punye ke?" dalam bahse melayu yang fasih dan lancar.. "eh iye iye saye punye" aku memperbetulkan jawapan setelah melihat orang melayu terkejut mendengar aku menjawab soalan dengan menyebutkan salah satu jenama barang2 letrik secara tetibe.. aiwah.. panasonek.. soni.. altek lansing.. baik aku sebut semua jename jer kan?

aku masih berkata "semua sekali 27 GENEH kak.." pabila pelanggan menghulur wang yang sah2 ade gambor yang dipertuan agung kat situ.. "mie.. takkan dah rabun kot.. aku rasa aku nampak gambor agung kat situ.. ke ko nampak masjid sayyidah aisyah? ke firaun ke? ramsis ala tuul ke?" sapa si amin dari belakang.. "eh sori kak.. 27 HENGGET!"

baru 2 tahun..

aku turun dari airport KLIA dan terus terase janggal.. betul ke aku ni balik negara aku? hometown aku?

erk.. banyaknye cine! berskirt dan berseluar pendek disane sini..

ramainye gadis2 melayu yang rupenye huduh dan dengan pakaian yang dipakainya menyebabkan bertambah2 lah kehuduhannye..

erk.. apsal akak tu pakai tudung pastu pakai baju takde lengan? mane baju tight carina belah dalam yang tutup sampai pergelangan tangan yang bese arab2 mesir pakai?

eh.. mamat ni pakai subang la.. mesti baru balik dari subang international airport..

wreennggg~ lalu sejibik RXZ depan mate.. uih.. seronoknya mamat tu main brek.. mesti baru tukor pad brek brembo ni.. patut pon melekat awek kat blakang tuh..

sorang awek berjalan2 dengan tshirt ketat serta terlukis dibahagian dadanya gambor 2 belah tangan serta termaktub jelas perkataan "TOUCH HERE!"

sorang gadis seksi dengan body fit yang tertulis "PLEASE F**K ME" tanpa segan silu menayang fesyen uptodate beliau..

mata aku jadi penin.. aku betul2 rase tak biase tengok situasi ni.. betul ke sebelum 2 tahun ni aku duk kat malaysia ye? bukan lupa diri.. cume tak ingat yang masyarakat melayu ni memang ada yang kurang jati diri..

bile pegi bazar ramadhan pulak.. aku tengok orang yang meniage ngan orang yang membelinye same je macam tak puase pon.. yang menjual sebok cari duit yang membeli sebok cari makan.. aurat tak jaga.. mak elok pakai tudung anak punye cantek rambut rebonding panjang sampai ke buku lali..[erks.. langsuir ke anak die tu? pelakon mak lampir kot..] ramadhan tak ramadhan same jer.. patutlah ulama2 pun ada sebut antara benda yang boleh melemahkan ingatan adalah selalu pergi ke pasar.. dah tengok pempuang pangkat mokcik pegi bazar ramadhan pun pakai skirt belah sampai ke tengah peha.. ape kes? ooh.. mungkin die period kot tak puase jadi tak payahla tutup aurat.. huh.. nasib baik aku sempat husnuzzon (berbaik sangka)..

suatu pagi ramadhan amin suruh aku pegi beli paper berita harian.. sampai kat kedai aku tak jumpe pun berita harian.. sebaliknya paper paling atas yang aku nampak adalah sebuah paper tabloid yang separuh muka depannya memaparkan gambar model dan pelakon terkenal nasha aziz yang separuh bogel memakai pakaian yang hanya menutup dua puncak bukit dengan dua kuntum ukiran bunga.. erks.. die ni wanita muslimah ke ek? astaghfirullah.. inni soim.. sesungguhnya aku sedang berpuasa.. cepat2 aku alihkan pandangan.. setan dah kene ikat tapi nafsu memang sentiasa nak tengok je bende2 camtu kan.. ala kulli hal aku memang terkesima diketika itu.. tu pun nasib baiklah tajuk artikel masa tu bukan "NASHA AZIZ TAK PERNAH TINGGAL QIYAMULLAIL".. kalo tajuk die cenggitu.. aku rasa mau serta merta aku dapat diabetis saat itu jugak..

.....

baru aku sedar selama ni aku hidup dalam dunia yang suasana realitinya amat berbeza.. aku hidup di mesir dalam keadaan aku tak nampak apa yang berlaku dalam masyarakat.. tambahan lagi orang yang malas baca paper macam aku nih.. tak pernah tengok tv.. tak bergaul mana dengan masyarakat luar.. kat mesir aku hidup dikelilingi alim dan ulama dan biah solehah yang senantiasa memberikan kata taujihat dan mengajarkan agama untuk diamalkan.. kata2 teguran dan nasihat mereka yang menusuk dalam hati senantiasa mampu menjadikan aku seorang yang mampu cuba untuk beringat.. tapi bila aku dah balik malaysia.. baru aku nampak.. ape sebenarnya yang masyarakat kita kekurangan.. ya.. masyarakat malaysia masih kekurangan ilmu agama walaupun mereka sudah dididik dengan adab yang sungguh cantik..

jadi.. agaknya sesuai tak kalau aku pegi kat golongan masyarakat jenis ni dan tetibe jer aku sampaikan ceramah kat dorang secara bersemangat bahawasanya "qunut tu bidaah?"

aku rasa orang tak siuman jer yang akan melakukan sedemikian rupe.. dorang solat 5 waktu pun belum tentu jaga.. kan?

NEGATIF

aku pergi masjid dan mendapati sorang brader yang tidak berwirid dan nak keluar saff membongkokkan badannya sambil lalu dihadapan jemaah yang sedang berwirid.. "sopan dan beradap sungguh! dah semayang nak keluar kuar jelah.. jangan lalu depan orang semayang sudah.. ape yang terbongkok2 pulak.." ternyata aku yang negatif.. arab mesir sememangnya tak pernah berbuat sedemikian rupa termasuklah aku yang tetibe rasa teruja tengok brader tu keluar saff sambil terbongkok2..

aku dah jadi orang mesir ke?

tak beradap.. kasar.. dan kuang hajar?

hemmm...

.....

tengahari jumaat aku duduk bersila setelah menunaikan solat sunat tahiyatul masjid.. imam membaca rukun2 khutbah lalu memandang teks sambil membacanya.. ada suatu perasaan yang mengganggu aku.. aku tak biasa! kenapa khatib ni cakap melayu?? aku nak dengar khutbah bahasa arab! aku nak dengar khutbah Syeikh Yusri!

aku masih terkejut.. baru minggu lepas aku dengar khatib bercakap tanpa teks dengan bersemangat dan dengan isi yang padat.. tiba2 minggu ni aku disajikan dengan khatib yang membaca matan hadith lalu tersilap dan terdiam seketika dan terus berpindah kepada mafhum hadith.. [aku cakap pandaila.. testing try bagi naik mimbar tengok ketor aku plak camne.. hehehe]

aku masih terkejut.. biasanya selepas jumaat aku akan ada majlis zikir dan selawat di Masjid Asyraf sebelum pengajian Muwatta, Syamail dan Hikam berlangsung.. sekarang ni aku duduk seorang diri membaca doa istighathah tanpa ada suara gemaan jemaah mesjid yang membaca doa tersebut dengan lantang dan beramai2..

segalanya berubah..

segalanya akan berubah..

telahpun berubah..

MINGGU LEPAS aku masih berkejar2 bas dan berkejar2 mencari masa tidur kerana kebanyakan masa aku habiskan untuk mencari masyayikh.. jika tak sempat ke kelas aku takkan teragak2 untuk mengeluarkan LE15 untuk bayaran tambang one way ke masjid azhar.. sebelum pulang ke tanah air aku meminta restu dan wasiat daripada mereka dan meminta mereka menghalalkan segala ilmu yang telah aku pelajari daripada mereka.. agar aku dapat menyampaikan segala mutiara ilmu ini pula kepada masyarakat yang memerlukan aku dalam dunia dakwah di Malaysia.. itu yang aku buat minggu lepas..

akan tetapi...

HARI INI pula aku terkejar2 mencari masa tidur kerana terlalu sibuk mencari wang untuk menyara hidup aku seniri pasca kepulanganku ke tanah air.. ya.. tiada masa masa untuk tidur kerana wang!

hidup sebagai penuntut ilmu sememangnya indah! student life sememangnya sweet!

bila takde duit.. telepon atau mesej je orang2 yang boleh bagi kita duit macam mak bapak dan sedara mara kita dan tak lama lepas tu kita dah boleh cucuk duit kat mane2 ATM tanpa perlu risau apa2.. kerja kita lepas dapat duit CUMA BELAJAR.. cuma pergi ke kelas.. ada duit atau takde tak terlintas dalam fikiran untuk kita fikirkan.. tu keje mak bapak.. tu keje baitulmal.. tu semua keje dorang..

akan tetapi pabila kita pulang sahaja ke tanah air dalam keadaan kita seorang graduan.. kewangan untuk hidup merupakan salah satu perkara besar yang akan kita fikirkan.. cubalah kita meminta daripada ibu bapa walau hanya RM10 daripada mereka.. walaupun mereka bagi tanpa cakap apa2.. akan terdetik satu perasaan dalam hati kita bahawasanya kita sudah tak layak untuk meminta2 daripada mereka bahkan sudah tiba masanya untuk kita pula memberikan segala2 yang mampu kita berikan kepada mereka baik dari segi khidmat taat kepada mereka dan juga kewangan..

di mesir kita mempunyai banyak masa berlebihan untuk duduk bersama para masyayikh.. kita mempunyai banyak masa berlebihan untuk menelaah kitab2.. kita mempunyai banyak masa untuk bermuzakarah.. menterjemah.. menulis blog.. membuat kajian.. tapi adakah kita habiskan masa yang berlebihan tu untuk semua itu? aku rasa adelah beberapa kerat jer azhari yang buat.. kan? selebihnya makan tido jalan2 chating donlod torent jek..

aku menyesal kerana aku tak menghargai sungguh2 2 tahun waktu keberadaan aku di mesir untuk aku gunakan sungguh2 semaksima mungkin.. kalaupun aku gunakan 2 tahun tu semaksima mungkin sebenarnya masih tak cukup untuk aku mempersiapkan diri menjadi seorang ulama rabbani yang mampu melengkapkan diri totally untuk berhadapan dengan masyarakat..

kepada korang yang masih berada di sana dan masih berpeluang untuk ubah.. tolonglah ubah persepsi anda terhadap penggunaan masa.. sila gunakan masa anda semaksima mungkin untuk ilmu.. jika tidak.. kepulangan anda ke malaysia kelak akan disertai dengan penyesalan yang maha hebat.. percayalah cakap orang tua berjanggut perang yang baru balik ni..

baru sehari aku balik malaysia aku dah rasa nak balik ke mesir semule.. aku rasa aku memang dah jadi "masri" la.. kot..

so far.. update terkini tentang apa yang aku buat sekarang.. aku kini menjaga sebuah kedai menjual barang2 ramadhan seperti pelbagai jenis kurma, kek lapis, keperek kentang.. kueh mueh raye.. dan sebagainye.. hari khamis lepas aku sampai malaysia.. tak dan tido celah ketiak mak aku hari jumaat keesokannye dah kene panggil keje jaga kedai daripada pagi sampai dekat2 buke pose.. dan pekerjaan itu berlarutan hingga kini dan insyaAllah akan berterusan hingga lepas raya..

barang siapa yang terasa teringin nak muamalah dengan aku untuk mendapatkan harge murah kurma dan barang2 hari raye silalah berbuat demikian dengan mengunjungi kedai tersebut..

barang sape yang rasa teringin nak dengo aku becakap pulak.. setiap subuh rabu selepas solat subuh aku diberi peluang untuk memberikan tazkirah di Masjidut Taqwa Kampung Padang Tembak.. almaklumle anak ketua imam.. balik mesir pulak.. dah takleh lari dah la.. huhuhu..

aku memilih untuk membaca kitab Syarah Yaqut Nafis dalam bab puasa.. aku target sekali tazkirah nak habis satu tajuk.. ternyata target aku tu tak menjadi pada first trial disebabkan tabiat merepek yang masih tak dapat aku tinggalkan menyebabkan aku hanya berjaya membaca beberapa perenggan sahaja.. selebihnya hanya ditambah dengan repekan seorang imam mude.. ngeh3.. nak tanak dengo jela ye pakcik makcik oiii.. hihihi..

apepun layankanlah sedikit gambo2 yang ada buat tatapan korang semua.. aku tau korang semua rindu kat aku sebab seminggu dah tak hapdet kan? hehehe..

GALERI MASYAYIKH YANG AMAT DIKASIHI
__________________________________

Fadhilat Syeikh Duktur Muhana yang mengajarkan kami kitab Hikam Ibn Ato'illah setiap rabu selepas solat maghrib.. beliau merupakan syeikh yang mutamakkin dalam bidang tasawuf.. kalam beliau amat memberi kesan dalam hati sesiapa sahaja yang mendengarkannya.. jazakumullah ya syeikh..

al-faqir bersama Sayyidi Syeikh Duktur Yusri Rushdi Al-Hasani.. beliau telah memberikan wasiat kepadaku agar menyampaikan ilmu kepada masyarakat dengan amanah.. jangan sesekali menjawab soalan yang tidak yakin akan kesahihan jawapannya.. jangan malu untuk berkata "tidak tahu".. jawaplah hanya soalan2 yang telah ditaakidkan benar2 sahih.. sebaiknya jawaplah dengan jawapan "aku tidak tahu.. berikan aku masa untuk mencari dan merujuk kitab2 muktabar dan aku akan kembali memberikan jawapan kepada soalan tersebut setelah aku benar2 yakin akan jawapannya.." wasiat dan nasihatmu itu amat berguna untukku ya sayyidi.. terima kasih atas segala ilmu yang sempat kutadah darimu.. aku sangat2 ingin untuk duduk lagi bersamamu menyelami memahami menghayati fiqh dan hadith nabawi.. jazakumullah ya sayyidi ya maulana atas segala ilmu yang dicurahkan.. moga Allah memanjangkan umur kita untuk bertemu lagi.. amin ya Allah..

al-faqir [kanan] bersama Maulana Syeikh Ahmad Al-Hajain..[tengah] dan seorang al-misri yang lupa ditanya akan namanya [kiri] 2 hari sebelum kepulangan aku ke malaysia aku sempat bertemu syeikh secara personal dan membuat rakaman video bersama beliau.. aku sempat mengajukan 3 soalan kepada beliau yang beliau jawap dalam rakaman sekitar 13minit.. antara soalan yang ditanya adalah "daur al-azhari ba'da takharrujihi minal azhar" (peranan azhari selepas grad daripada universiti azhar) syeikh memberikan kalam yang ringkas dan padat.. insyaAllah nanti kalau berkesempatan aku uploadkan video tu kat utube ke camne ke.. tengoklah nanti.. Syeikh Ahmad merupakan syeikh yang paling banyak mengajar kitab di masjid al-azhar.. antara kitab yang diajar adalah Hasyiah Baijuri, Tajul Jami' Lilusul fi Ahadithirrasul, Syarah Muslim Linnawawi, Ashbah Wannazair, Iqazul Himam fi Syarhil Hikam, Ithaf Sadatil Muttaqin Syarh Ihya Ulumiddin, Al-Iqna', Mawahibulladuniah Syarh Syamail Muhammadiah, Majmuk Syarh Muhazzab dan Tibyan fi Adab Hamalatil Quran.. sebelum balik pun aku sempat sedut pada ust Nazrul 40gb rakaman mp3 syeikh Ahmad dari kebanyakan kitab yang diajar oleh beliau.. sahabat2 kat malaysia yang nak sedut kat aku plak mailah datang umah.. ala kulli hal aku rasa sangat bertuah kerana berkesempatan mulazamah bersama syeikh selama hampir setahun.. [sikit sangat setaun tu.. hapah pun tak reti lagi aku nih..] aku juga merasa amat terharu gembira bercampur sedih kerana di pertemuan terakhir itu jugalah kali pertama aku berjaya mencium tangan syeikh dan beliau mencium ubun-ubunku.. selama setahun ni aku cuba nak cium tangan beliau tak pernah dapat.. beliau akan menarik tangan dengan pantas setiap kali aku cuba untuk menciumnya.. jazakumullah ya sayyidi ya maulana atas segala ilmu yang dicurahkan.. moga Allah senantiasa merahmatimu dan memanjangkan umur kita untuk bertemu lagi nanti.. amin ya Rabb..

Syeikh Al-Adib Al-Lughawi Duktur Fathi Abdul Rahman Al-Hijazi mengajarkan kami kitab Syarah Ibnu Aqeel setiap hari sabtu selepas zohor dan Syarah Qatrunnada setiap hari ahad selepas maghrib.. aku juga sempat bertemu dengan beliau sebelum pulang dan beliau mewasiatkanku dengan nasihat yang sangat ringkas tapi penuh makna.. kata beliau yang mulia: "semoga perjalanan kamu selamat nanti dan hiduplah dalam bulan ramadhan ini nanti dengan menghidupkan Al-Quran" kata2mu itu senantiasa akan kuingati wahai syeikh yang amat ku sayangi.. jazakumullah khairan kathira.. semoga Allah memberikan berkat limpah kepadaku daripada kealiman syeikh dalam pelbagai bidang ilmu terutama bidang lughah.. amin ya Allah.. amin ya Rabbal alamin..

seorang pelajar shoubra sedang bertalaqqi bersama Syeikh Abdun Nabi di Masjid Khazandarah

Masjid Khazandarah terletak antara Rod el-Farg dan St. Theresa.. disinilah aku mengkhatamkan bacaan Quran bersanad riwayat Hafs 'an Asim mengikut toriq Al-Syatibi dengan bacaan tawasut..

al-faqir bersama Syeikh Abdun Nabi.. beliau merupakan salah seorang pensyarah Maahad Al-Azhar Shoubra yang kini berada di Balik Pulau, Penang sebab disponsor untuk jadik imam teraweh sepanjang bulan ramadhan ni kat sane.. aku bertalaqqi al-Quran bersama beliau sebanyak 53kali pertemuan untuk mengkhatamkan 30juz dalam masa setahun.. kebiasaannya aku bertalaqqi di rumah beliau selepas subuh.. tapi majlis khatam aku wat kat masjid khazandarah.. bertarikh 13 ogos bersamaan 22 shaaban yang lalu..

aku rasa agak frust sebab aku balik sehari sebelum ramadhan.. kepulangan aku ke malaysia serentak pulak dengan ketibaan Syeikhuna Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki ke mesir.. memang setiap kali ramadhan fadhilat al-syeikh akan meluangkan masa beliau untuk mencurahkan ilmu dan mengadakan majlis tafaqquh fiddin sepanjang ramadhan.. kengkawan kat mesir skang mesti semua tengah seronok bermujahadah pergi bertalaqqi ngan syeikh.. adeh.. rugi aku.. miss kelas tafaquh kali ni.. terasa sangat ruginye.. terase sangat2..

GALERI BALIK MALAYSIA
_____________________

sehari sebelum pulang aku sempat lagi menguruskan kitab2 dan mushaf yang dipesan oleh syeikh AB dari ipoh.. itu merupakan tugasan terakhir aku sebelum segala kije berpindah tangan kepada ustaz otai yang mengambil alih jawatan aku setelah aku pencen..

al-faqir bersama tokey darussalam.. ustaz syafi'.. salam2 widak tangkap gambor wat zekrayat.. akan datang aku pulak pesan kitab kat ko otai.. jangan tolak oder aku plak.. hehehe..

hah syeikh AB.. ni kitab2 dan mushaf2 yang mike oder yang teman sempat uruskan.. selebihnye tu ustaz otai ngan bantuan ustaz syed nyoi lah yang akan menyetelkannye.. pandai2 le ngkome bermuamalah.. keroje dan amanah teman udah diseleseykan dengan semampu mungkin.. segala salah silap dan cacat cele selame ini harap dimaapkan dan dihalalkan.. tak payah nyanyi lagu 'maapkan kami' la kot ek.. hehe..

ni lah bebarang aku yang belum dipack lagi.. serabut sungguh aku.. bebarang ni sume aku portkan kat bilik lokman.. minggu terakhir aku kat mesir aku dah tak berape nak boleh masuk kat bilik aku seniri pasal rupe bentuk die dah macam sarang tikus yang dilanda tsunami..

pindah pada scene airport plak.. kami pulang menaiki SIA seramai 4orang.. kitorang berempat jer tempah satu flight SIA tu.. kaye giler kan?? ostat os.. ostat paek.. syeikh husni.. dan aku ler pamie sape lagi..

al-faqir bersama Syeikh Husni sedang beratur menunggu giliran timbang barang.. beliau dalam rangka lawatan ke malaysia sebelum pulang ke indonesia setelah 9tahun tak pernah balik2.. 9 tahun.. kejap jer kan?

proses menimbang.. jumlah barang aku ade sebijik beg beso.. sebijik beg sederhana beso.. 2 kotak kargo.. satu beg sandang dan satu kotak LCD.. beg sandang ngan kotak LCD aku hangkut naik flight sedangkan 4 mende ni lagi aku campak bawah kapey tobang..

63.5kg jer.. sikit kan? kecek2 sket ngan pegawai tu.. lepas.. tak payah bayo pape.. bayangkan kalo aku naik egypt air.. setiap pertambahan sekelo kene bayo LE145.. bermakne barang aku yang ade lebih sebanyak 23.5 kelometer aku kene bayo tambah sebanyak LE3407.50.. baik aku beli tiket pegi UK..

ni makanan tengahari aku dalam flight.. aku tengok gambo ni pun terasa lapo la plak.. dah sampai time makan tengahari dah ni.. pijit.. gi masak lunch aku jap..

seat SIA boleh tahan la beso.. tak melenguhkan pinggang dan buntut aku.. ala kulli hal aku berpuas hati la ngan perkhidmatan SIA kecuali satu mende iaitu pramugari melayu Islam yang menuang arak kepada penumpang pesawat.. sekian dimaklumkan..

apepun harapan aku.. agar korang dapat doakan aku dapat menghadapi cabaran hidup kat malaysia dengan tenang bile dah balik ni.. tak kire lah cabaran pape pun.. cabaran keje.. cabaran hidup.. cabaran dakwah.. cabaran rumahtangge.. cabaran ape2jelah.. moga2 Allah mempermudahkan urusan segala urusan aku.. ameen ya Rabbal alameen.. time kasih pada semua yang sudi membace dan menyokong saye selame ni.. i lap u olllllll~

tataaaa~ smael olwes~
^_^

Currently have 17 Kata Komenan:

  1. salam...smoga sgala urusan us dipermudahkan olehNya..slm rmdhon..kelakar sgt crita us tp tdpt byk input2 pnting..syukran :)

  2. Assalamualaikum...

    Isk2 :(

    Kalo x kerana kat CC,soheh ana dah menangis baca anta punye post..
    Rasa cam x nak balik mesia pon ada..Ish2...

    Moga2 Allah beri kekuatan buat anta yek...Para Azhari la jadi harapan nak ubah situasi mesia skg..insyaAllah

  3. salam..

    yup,itulah 1malaysia..student2 mcm antum harapan utk merubah kepimpinan mesia dan biah kt cni..ye ye, stdnt bkn bidang agame selagi namenye hamba Allah pom bertggjwb jugak,tp antum la tmpt km nk refer hukum ke hape ke..yosh~

    mm,sedeh gak bace pasal talaqqi ngn syeikh2 ni..terase gk,nk gunekn mase sggh2 gk la..xpe,insyaAllah,sy doakan ustz dapat p lagi ke sane utk menadah ilmu drpd diorang..buat master le..bwk la zaujah n anak2 skali..

  4. Salam
    InsyaALLAH....Kalau ada usaha utk berdakwah...ALLAH akan hitung usaha tersebut...hasilnya jgn diharapkan kerna hidayah itu milik ALLAH...
    kita manusia ni hanya mampu berusaha dlm gerak keja dakwah agar di SANA nanti tak berat nak menjawab...

    InsyaALLAH..

  5. hmm..itulanye mesia..
    nape ea syeikh ahmad menarik tgnnye tiap kali awak nak cium..?
    sy tertanye-tanye tiap kali org lain wat kt sy..

  6. itu menunjukkan bahawa syeikh seorang yang sangat tawaduk dan suka merendah diri.. tapi bukan bermakna syeikh lain yang bagi orang cium tangan die tu tak tawaduk.. jangan amek mafhum mukhalafah pulak ek..

    bagi saye kita perlu hormati syeikh ataupun sesiapa sahaja yang lebih tua dan lebih mulia daripada kita.. ciumlah tangan mereka jika mampu.. sebagai tanda kita menghormati mereka..

    terime kasih pada semua atas doa dan sokongan kalian..

  7. Selamat kembali ke Malaysia dan itulah realitinya. hehe

  8. selamat pulang ustaz...
    tulisla post2 yg baru sokmo2...
    ana menyokong ustaz...
    (n_n)

  9. assalaamu'alaikum...

    syeh besor kg padang tembak merangkap anak ketua imam juga kg padang tembak , telah selamat sampai ke kg halaman...alhamdulillah..


    baru je sampai..udah kena jadi imam terawih, pastu dapat pulak bg tazkirah pada kuliah subuh...pastu terus dapat keje sebagai taajirun...nampak sgtlah bahawasanya syeh fahmi adalah anak emas merangkap org harapan kampung beliau yg indah dan permai itu.( nasib bek deme tak suh jadi pembunuh lalat yg baru2 ini telah menyerang hendap kg beliau )


    kalcer syok ekk?...itulah mesia masa kini...tugas kita la untuk membetulkan mereka...( sgt sgt berat tanggungjawab ini )Kita akan ditanya nnt , apa yg telah kita lakukan untuk memperbetulkan mereka meraka yg telah tersasar itu...soalan ini yg hingga kini tak mampu ana jawab dan tak ditemui jawapannya...

    Ya Allah, permudahkanlah urusan kami untuk mentarbiah masyarakat2 kami,permudahkanlah untuk kami mendidik mereka untuk kembali taat kepadaMu...sesungguhnya kami tidak mampu melainkan dengan bantuan dan pertolonganMu Ya Allah..


    kepada syeh fahmi,

    terima kasih yang tidak terhingga untuk kitab2 yang syeh beli untuk kami disini..jasamu sentiasa diingati..

    nanti upload gambo syeh nangis dan gambo otai nangis...mane le ropenyer yek????

    sekian

  10. kepada ust fahmi..selamat pulang ke tanah air..tahniah dah abis blajo sgla mcm ilmu di mesir..

    harapan kepada ust fahmi,jgn lah dikeluh kesah kan negara kite mesia nih,ujan emas di negeri org tp ujan batu di negeri sndri,hebat la cmne pn mesir 2 dr mesia dr mn2 sudut skli pun,mesia la tmpt utk kite curahkan kembali ilmu yg kite dpt,ni la tggjwb azhariyun utk cube mengubah biah di sini..

    so moga2 dapat curah balik sume ilmu sepanjang di mesir.

    mungkin kite lbh bahagia d mesir,dpt blajar dr sume syeikh,ilmu setinggi langit seluas lautan pulak tuh,lau blh mmg x nk blik mesia dah,nak je jd cam syeikh marbawi n syeikh2 seangkatan dengannye yg dah x blik dah,tp tggjwb d mesia harus digalas oleh sape?
    kompom la anak pak imam kne btggjwb kn2?(^_^)

    so,bersedia lah anda utk memasuki alam pekerjaan n alam sebagai seorang pendidik,ustaz,syeikh,n ppe je la..

    salamz~

    apis_zaqziq

  11. slm ust

    sape dah terminum air sg nil,insya-ALLAH akan selama-lamanya rindukan mesir.takpela ust,kumpul duit.ada rzki blh je dtg mesir lg bwk kuage plak bg depa tgk ape yg berbeza dan best kat mesir ni.

    apepun,nice entry.entri ust selalu best dan kelako hu2

  12. assalamualaikum..itulah yg sy duk pesan pd kwn2 azhari & azhariyah sane..hargai mase kat sane..bi'ah kat sane..org nasihat die gelak.. hurmm..nnti da balik nnti tau la rase rindu..ust pamie smge kuat semangat n cekal hati!

  13. sampe ati ngko pamie,pegi tak mengucapkan pape kat aku..sedih aku.. T_T

  14. Dah balik dah ngko..
    eh jap,,asal belog ni ghope dia mcm pesbuk?

  15. Salam, Aku akan amik ko punya kate2 sebagai peransang, klau mak bapak aku marah duduk mesir lama2.. mintak tolong la ngko pegi malim nawar, tolong explain kat diorang cakap aku ngaji kat sini dan takkan balik sblum mantap cam ngko...

  16. wrq dan iwan:

    aku tak sempat nak wida' ngan korang.. hehe.. takpe2 aku tunggu korang kat melesia.. hehehe.. apepun doakan le aku kat melesia nih ek.. saje je aku hambek templat fesbuk ni.. simple jer.. maleh nak buh templet berie2..

  17. fifi:

    ini satu penghinaan ni.. nampak ayat style macam nak mengagumi aku padahal yang lagi layak dikagumi adalah ngko syeikh fifi budak master azhar+lughawi azhari yang berratus2ploh ribu juta kali gande mantap dpd aku yang ntahpepe nih.. udah2.. aku tak suke kepura2an ini.. lebeh baik ngko ngaku ko mantap.. sebelum aku panggil mantop untuk pakse ko ngaku ko mantap.. haha..


Leave a Reply