Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Saturday, August 29, 2009
Malaysia dan Kalcer Syok
Ramadhan kareem..
dah seminggu dah aku menghirup udara segar malaysia [yang bercampor2 sket ngan h1n1].. memijak rumpunan nan hijau [ade jugak rumput2 coklet yang dah mati kene racun tu..] setelah meninggalkan tanah dan pasir yang serba nan coklat.. [mesir pun ade jugak rumput kan?] seminggu itu jugalah aku menyepi dari dunia blog.. dari dunia yahoo mesenger.. dari teknologi mesir yang selama ini hanya berada dihujung jari 24/7.. line berukband kat umah aku kat kampung padang tembak ni pulak sememangnye menggumbirekan hati aku kerana ianya hanya berada sekadar kawasan pagor depan umah aku walaupun hakikatnye kawasan umah aku takde pagor pon.. [mustahilla aku nak buat sebijik umah lagi kat kawasan pagor umah aku semata2 sebab nak main berukband kan?] maka ditambah dengan tiadanya line telepon fixed line telekom diumah menyebabkan aku tidak dapat melanggan apa yang orang namakan sebagai strimix jadah pe tah tu.. oh.. aku sudah terputus hubungan dengan dunia luar.. kini duniaku hanya di teluk intan.. dah tak worldwide langsung dah.. i'm in cave.. gua cakap lu..
sebenornye cc depan umah aku jer.. tapi aku sniri pun tak penah jenguk2 lagi pintu kedai tu.. nikan lagi nak jenguk tingkap ngan mangkuk jamban die.. dah tentu la lagi aku maleh..
.....
takde kaitan.. [sebenornye ade..]
sebenarnye aku masih terkejut dan kalcer syok.. aku masih macam tak pecaya yang aku dah balik.. tibe2 je aku dah ade kat malaysia.. magic kan? david kopepil ngan cyril si jepun pon tak mampu nak wat magic cam aku nih..
KALCER SYOK
aku masih menjawab "aiwah" bile ditanya secara terang2 "beg ni awak punye ke?" dalam bahse melayu yang fasih dan lancar.. "eh iye iye saye punye" aku memperbetulkan jawapan setelah melihat orang melayu terkejut mendengar aku menjawab soalan dengan menyebutkan salah satu jenama barang2 letrik secara tetibe.. aiwah.. panasonek.. soni.. altek lansing.. baik aku sebut semua jename jer kan?
aku masih berkata "semua sekali 27 GENEH kak.." pabila pelanggan menghulur wang yang sah2 ade gambor yang dipertuan agung kat situ.. "mie.. takkan dah rabun kot.. aku rasa aku nampak gambor agung kat situ.. ke ko nampak masjid sayyidah aisyah? ke firaun ke? ramsis ala tuul ke?" sapa si amin dari belakang.. "eh sori kak.. 27 HENGGET!"
baru 2 tahun..
aku turun dari airport KLIA dan terus terase janggal.. betul ke aku ni balik negara aku? hometown aku?
erk.. banyaknye cine! berskirt dan berseluar pendek disane sini..
ramainye gadis2 melayu yang rupenye huduh dan dengan pakaian yang dipakainya menyebabkan bertambah2 lah kehuduhannye..
erk.. apsal akak tu pakai tudung pastu pakai baju takde lengan? mane baju tight carina belah dalam yang tutup sampai pergelangan tangan yang bese arab2 mesir pakai?
eh.. mamat ni pakai subang la.. mesti baru balik dari subang international airport..
wreennggg~ lalu sejibik RXZ depan mate.. uih.. seronoknya mamat tu main brek.. mesti baru tukor pad brek brembo ni.. patut pon melekat awek kat blakang tuh..
sorang awek berjalan2 dengan tshirt ketat serta terlukis dibahagian dadanya gambor 2 belah tangan serta termaktub jelas perkataan "TOUCH HERE!"
sorang gadis seksi dengan body fit yang tertulis "PLEASE F**K ME" tanpa segan silu menayang fesyen uptodate beliau..
mata aku jadi penin.. aku betul2 rase tak biase tengok situasi ni.. betul ke sebelum 2 tahun ni aku duk kat malaysia ye? bukan lupa diri.. cume tak ingat yang masyarakat melayu ni memang ada yang kurang jati diri..
bile pegi bazar ramadhan pulak.. aku tengok orang yang meniage ngan orang yang membelinye same je macam tak puase pon.. yang menjual sebok cari duit yang membeli sebok cari makan.. aurat tak jaga.. mak elok pakai tudung anak punye cantek rambut rebonding panjang sampai ke buku lali..[erks.. langsuir ke anak die tu? pelakon mak lampir kot..] ramadhan tak ramadhan same jer.. patutlah ulama2 pun ada sebut antara benda yang boleh melemahkan ingatan adalah selalu pergi ke pasar.. dah tengok pempuang pangkat mokcik pegi bazar ramadhan pun pakai skirt belah sampai ke tengah peha.. ape kes? ooh.. mungkin die period kot tak puase jadi tak payahla tutup aurat.. huh.. nasib baik aku sempat husnuzzon (berbaik sangka)..
suatu pagi ramadhan amin suruh aku pegi beli paper berita harian.. sampai kat kedai aku tak jumpe pun berita harian.. sebaliknya paper paling atas yang aku nampak adalah sebuah paper tabloid yang separuh muka depannya memaparkan gambar model dan pelakon terkenal nasha aziz yang separuh bogel memakai pakaian yang hanya menutup dua puncak bukit dengan dua kuntum ukiran bunga.. erks.. die ni wanita muslimah ke ek? astaghfirullah.. inni soim.. sesungguhnya aku sedang berpuasa.. cepat2 aku alihkan pandangan.. setan dah kene ikat tapi nafsu memang sentiasa nak tengok je bende2 camtu kan.. ala kulli hal aku memang terkesima diketika itu.. tu pun nasib baiklah tajuk artikel masa tu bukan "NASHA AZIZ TAK PERNAH TINGGAL QIYAMULLAIL".. kalo tajuk die cenggitu.. aku rasa mau serta merta aku dapat diabetis saat itu jugak..
.....
baru aku sedar selama ni aku hidup dalam dunia yang suasana realitinya amat berbeza.. aku hidup di mesir dalam keadaan aku tak nampak apa yang berlaku dalam masyarakat.. tambahan lagi orang yang malas baca paper macam aku nih.. tak pernah tengok tv.. tak bergaul mana dengan masyarakat luar.. kat mesir aku hidup dikelilingi alim dan ulama dan biah solehah yang senantiasa memberikan kata taujihat dan mengajarkan agama untuk diamalkan.. kata2 teguran dan nasihat mereka yang menusuk dalam hati senantiasa mampu menjadikan aku seorang yang mampu cuba untuk beringat.. tapi bila aku dah balik malaysia.. baru aku nampak.. ape sebenarnya yang masyarakat kita kekurangan.. ya.. masyarakat malaysia masih kekurangan ilmu agama walaupun mereka sudah dididik dengan adab yang sungguh cantik..
jadi.. agaknya sesuai tak kalau aku pegi kat golongan masyarakat jenis ni dan tetibe jer aku sampaikan ceramah kat dorang secara bersemangat bahawasanya "qunut tu bidaah?"
aku rasa orang tak siuman jer yang akan melakukan sedemikian rupe.. dorang solat 5 waktu pun belum tentu jaga.. kan?
NEGATIF
aku pergi masjid dan mendapati sorang brader yang tidak berwirid dan nak keluar saff membongkokkan badannya sambil lalu dihadapan jemaah yang sedang berwirid.. "sopan dan beradap sungguh! dah semayang nak keluar kuar jelah.. jangan lalu depan orang semayang sudah.. ape yang terbongkok2 pulak.." ternyata aku yang negatif.. arab mesir sememangnya tak pernah berbuat sedemikian rupa termasuklah aku yang tetibe rasa teruja tengok brader tu keluar saff sambil terbongkok2..
aku dah jadi orang mesir ke?
tak beradap.. kasar.. dan kuang hajar?
hemmm...
.....
tengahari jumaat aku duduk bersila setelah menunaikan solat sunat tahiyatul masjid.. imam membaca rukun2 khutbah lalu memandang teks sambil membacanya.. ada suatu perasaan yang mengganggu aku.. aku tak biasa! kenapa khatib ni cakap melayu?? aku nak dengar khutbah bahasa arab! aku nak dengar khutbah Syeikh Yusri!
aku masih terkejut.. baru minggu lepas aku dengar khatib bercakap tanpa teks dengan bersemangat dan dengan isi yang padat.. tiba2 minggu ni aku disajikan dengan khatib yang membaca matan hadith lalu tersilap dan terdiam seketika dan terus berpindah kepada mafhum hadith.. [aku cakap pandaila.. testing try bagi naik mimbar tengok ketor aku plak camne.. hehehe]
aku masih terkejut.. biasanya selepas jumaat aku akan ada majlis zikir dan selawat di Masjid Asyraf sebelum pengajian Muwatta, Syamail dan Hikam berlangsung.. sekarang ni aku duduk seorang diri membaca doa istighathah tanpa ada suara gemaan jemaah mesjid yang membaca doa tersebut dengan lantang dan beramai2..
segalanya berubah..
segalanya akan berubah..
telahpun berubah..
MINGGU LEPAS aku masih berkejar2 bas dan berkejar2 mencari masa tidur kerana kebanyakan masa aku habiskan untuk mencari masyayikh.. jika tak sempat ke kelas aku takkan teragak2 untuk mengeluarkan LE15 untuk bayaran tambang one way ke masjid azhar.. sebelum pulang ke tanah air aku meminta restu dan wasiat daripada mereka dan meminta mereka menghalalkan segala ilmu yang telah aku pelajari daripada mereka.. agar aku dapat menyampaikan segala mutiara ilmu ini pula kepada masyarakat yang memerlukan aku dalam dunia dakwah di Malaysia.. itu yang aku buat minggu lepas..
akan tetapi...
HARI INI pula aku terkejar2 mencari masa tidur kerana terlalu sibuk mencari wang untuk menyara hidup aku seniri pasca kepulanganku ke tanah air.. ya.. tiada masa masa untuk tidur kerana wang!
hidup sebagai penuntut ilmu sememangnya indah! student life sememangnya sweet!
bila takde duit.. telepon atau mesej je orang2 yang boleh bagi kita duit macam mak bapak dan sedara mara kita dan tak lama lepas tu kita dah boleh cucuk duit kat mane2 ATM tanpa perlu risau apa2.. kerja kita lepas dapat duit CUMA BELAJAR.. cuma pergi ke kelas.. ada duit atau takde tak terlintas dalam fikiran untuk kita fikirkan.. tu keje mak bapak.. tu keje baitulmal.. tu semua keje dorang..
akan tetapi pabila kita pulang sahaja ke tanah air dalam keadaan kita seorang graduan.. kewangan untuk hidup merupakan salah satu perkara besar yang akan kita fikirkan.. cubalah kita meminta daripada ibu bapa walau hanya RM10 daripada mereka.. walaupun mereka bagi tanpa cakap apa2.. akan terdetik satu perasaan dalam hati kita bahawasanya kita sudah tak layak untuk meminta2 daripada mereka bahkan sudah tiba masanya untuk kita pula memberikan segala2 yang mampu kita berikan kepada mereka baik dari segi khidmat taat kepada mereka dan juga kewangan..
di mesir kita mempunyai banyak masa berlebihan untuk duduk bersama para masyayikh.. kita mempunyai banyak masa berlebihan untuk menelaah kitab2.. kita mempunyai banyak masa untuk bermuzakarah.. menterjemah.. menulis blog.. membuat kajian.. tapi adakah kita habiskan masa yang berlebihan tu untuk semua itu? aku rasa adelah beberapa kerat jer azhari yang buat.. kan? selebihnya makan tido jalan2 chating donlod torent jek..
aku menyesal kerana aku tak menghargai sungguh2 2 tahun waktu keberadaan aku di mesir untuk aku gunakan sungguh2 semaksima mungkin.. kalaupun aku gunakan 2 tahun tu semaksima mungkin sebenarnya masih tak cukup untuk aku mempersiapkan diri menjadi seorang ulama rabbani yang mampu melengkapkan diri totally untuk berhadapan dengan masyarakat..
kepada korang yang masih berada di sana dan masih berpeluang untuk ubah.. tolonglah ubah persepsi anda terhadap penggunaan masa.. sila gunakan masa anda semaksima mungkin untuk ilmu.. jika tidak.. kepulangan anda ke malaysia kelak akan disertai dengan penyesalan yang maha hebat.. percayalah cakap orang tua berjanggut perang yang baru balik ni..
baru sehari aku balik malaysia aku dah rasa nak balik ke mesir semule.. aku rasa aku memang dah jadi "masri" la.. kot..
so far.. update terkini tentang apa yang aku buat sekarang.. aku kini menjaga sebuah kedai menjual barang2 ramadhan seperti pelbagai jenis kurma, kek lapis, keperek kentang.. kueh mueh raye.. dan sebagainye.. hari khamis lepas aku sampai malaysia.. tak dan tido celah ketiak mak aku hari jumaat keesokannye dah kene panggil keje jaga kedai daripada pagi sampai dekat2 buke pose.. dan pekerjaan itu berlarutan hingga kini dan insyaAllah akan berterusan hingga lepas raya..
barang siapa yang terasa teringin nak muamalah dengan aku untuk mendapatkan harge murah kurma dan barang2 hari raye silalah berbuat demikian dengan mengunjungi kedai tersebut..
barang sape yang rasa teringin nak dengo aku becakap pulak.. setiap subuh rabu selepas solat subuh aku diberi peluang untuk memberikan tazkirah di Masjidut Taqwa Kampung Padang Tembak.. almaklumle anak ketua imam.. balik mesir pulak.. dah takleh lari dah la.. huhuhu..
aku memilih untuk membaca kitab Syarah Yaqut Nafis dalam bab puasa.. aku target sekali tazkirah nak habis satu tajuk.. ternyata target aku tu tak menjadi pada first trial disebabkan tabiat merepek yang masih tak dapat aku tinggalkan menyebabkan aku hanya berjaya membaca beberapa perenggan sahaja.. selebihnya hanya ditambah dengan repekan seorang imam mude.. ngeh3.. nak tanak dengo jela ye pakcik makcik oiii.. hihihi..
apepun layankanlah sedikit gambo2 yang ada buat tatapan korang semua.. aku tau korang semua rindu kat aku sebab seminggu dah tak hapdet kan? hehehe..
__________________________________
_____________________
tataaaa~ smael olwes~
^_^
Tuesday, August 18, 2009
Entri Terakhir di Bumi Anbiya' Mesir (Sayonara Egypt)
tiket dah ada dalam tangan.. insyaAllah besok pagi saye berangkat daripada rumah pahang kompleks hayyu asyir.. tremco gerak pukul 9 pagi.. flight gerak pukul 12.25 tengahari dan insyaAllah biiznillah saye akan sampai di KLIA pada jam 10pagi taqriban pada hari berikutnye iaitu khamis di malaysia..
singapore airlines jadi pilihan.. singgah dubai sat isi minyak pastu singgah singapore jap jumpe singe pastu baru nampak rumpot ijau melesia..
hari ini saye masih lagi bizi menguruskan hal sana sini sedangkan barang2 masih belum dipack sepenuhnya.. saya mengalami half-stress kerana tak cukup tido.. err.. 12jam tido tu memang tak cukup kan?
kepada sahabat2 di malaysia.. kot2 nak sambut saye kat airport.. silalah berbuat demikian dengan membentangkan karpet merah terus daripada airport KLIA sampai kat pintu depan umah saya kat kampung padang tembak nan indah tu.. saya nak jalan kaki daripada KLIA sampai umah.. buleh tak? tak buleh takpe.. saye bleh naik heli ataupun personal jet.. singapore airlines pun sanggup turunkan saya kat lapangan terbang kampung padang tembak.. takde masalah..
terima kasih kepada semua atas segala-galanya..
Monday, August 17, 2009
Syai Arusah dan Perasaan
lepas habis kelas makan tokmiah ala sowabi' pastu layan syai arusah.. memang feeling.. tambah2 lagi feeling bila dating berdua ngan pak otai.. tambah2 lagi feeling bila tinggal lagi 3 hari lagi nak balik malaysia..
urusan masih banyak yang belom selesai.. barang2 masih banyak yang tak packing.. sebenarnye.. aku masih tak percaya yang aku dah nak balik.. bleh tak korang tolong bagi kepercayaan pade aku?
Saturday, August 15, 2009
assalamualaikum semeee~
jadual idop aku dah beterabur.. aku susun janji2 dengan orang2 disana sini daripada pagi sampai ke tengah malam.. sehinggakan aku terlupa yang janji2 sebelum tu dah pon dibuat.. senang kate terclash barnamij la nehh.. aku janji nak jumpe sipulan ini dan sipulun itu walhal aku dah janji minggu lepas ngan sipulin ni pulak.. jadi banyaklah janji2 yang terpakse aku kenselkan dek kerana terlupe tuh.. susah jugak takde PA ni.. personal asistant lah.. bukan PA System.. tu untuk nak buat konsert ape jadah pulak aku nak carik natang tu..
ana mintak maaf le bebanyak pada Ustaz 'Nazrulain'.. [2 orang Nazrul] sebab terpakse tangguh plan nak datang ke umah salah satu daripada mereka dan plan nak jalan2 cari pasai boroikan perut ngan salah seorang lagi.. insyaAllah kita test tengok balik masa senggang untuk meneruskan plan ni oke.. apepun kita hanya merancang.. yang menentukan itu adalah ALLAH..
2 plan malam smalam tu terpaksa ana cancelkan sebab ana dah janji lame dah nak menghanto sorang sahabat daripada kalghari kite ni iaitu yang berbahagia dato seri tan seri seri malaysia ustaz encik sapuang bin abdul rashid.. yang dengan selambe tapir beliau membeli tiket balik awal lagi daripada aku.. cis.. die jejak rumput ijau melesia dulu.. takpe2.. ko tunggu la aku kat jitra port tu.. [kat jitra ada pelabuhan ke?]
ni ade sikit gambo2 [sikit ke?] yang sempat disnap semasa program berlangsung di airport dauli yang bebudak ni panggil mator gadid awi.. layannnn..
_____________________
pett: aih melampo nih nak bagi aku sawan jugak ker?
os: putih betui gigi pamie ni die gosok pakai ape ha?
kalo 100 orang ni tolong bagi kat aku sorang RM100.. rasanya bes jugak kot kan? hahaha..
jazakumullah khairan kathira.. syukran semuaaa~ :) :D
Wednesday, August 12, 2009
30 Minutes (bunyi cam title box office muvie jek)
sungguh blog ini telah ku anak tirikan.. [walaupun hakikatnye anak kandung pun aku takde lagi ditambah2 la pulak lagi bini aku nak memberanakkan sesuatu bernama blog.. ape kehey pulak?] kesian dia terbiar sekian lama tanpa ada sesape yang amek tau.. balas komen2 pun tak sempat.. kesian kat ko blog.. kesian jugak kat ngkome pengunjung2 blog aku ni.. walaupun takde la seramai pengunjung web google kan.. hehe.. wahai blog.. takpe2.. nanti tuan ngko ni dah ada broadband sniri kat umah dia bela la ko balik oke.. jangan kecit ati tau..
pernah dengar tak orang yang mati2 tanak buang masa setengah jam tapi hakikatnye die pegi cari pasal buang2 masa sebanyak berejam2? rasanye biase je dengar kan.. tapi kalo tak biasa.. biasa2kanlah kerana anda yang mahu hidup di mesir akan mengalami juga kejadian2 seperti ini..
8.17 pagi
menunggu bas no 1 dihadapan stesen minyak mobil setelah selesai bertalaqqi Al-Quran bersama Syeikh Abdun Nabi di rumah beliau yang terletak di St Theresa Shoubra..
8.27 pagi
sementara menunggu hempon pun dibukak untuk connecting ke ym chek kot2 ada offline mesej yang penting2.. sedang memicit2 keypad pabila mata ini memandang saje kedepan jeng jeng jeng.. maka ternampaklah mata kasar ini akan kelibat bas no 1 yang melintas dengan selambe didepan aku tanpa ada sekelumit pun perasaan untuk berhenti.. aku yang hensem berjubah diketika itu mula berlari2 anak bapak mengejar beliau sambil melambai2 mesra seolah2 aku ni pelepah kelapa yang melambai2 di tepi pantai alex.. [pantai alex ada pokok kelapa ke?] beliau terus berlalu tanpa memperdulikan aku.. aku ditinggalkan.. ohh tidakkk.. aku tak mampu untuk menerima kenyataan dan hakikat ini.. air mata mula mengalir deras.. tangisan demi tangisan kedengaran.. [tapi bukan air mata aku la.. air mata bayi kat sebelah aku nak mintak susu kat mak die.. hahaha..]
bas no 1 telah diketahui ramai hanya lalu setengah jam sekali.. maka jika anda telah terlepas ia, jangan mimpi la nak nampak beliau melainkan kene tunggu lagi setengah jam..
dengan pemikiran yang dangkal.. aku pun mengambik keputusan untuk tanak buang mase menunggu selama setengah jam.. lalu dengan pantas dan pintas aku pegi hambek metro (ketapi) dan turun kat ramsis.. konon2nye nak amek bas jelah daripada situ sebab bas pegi asyir belambak2 kat situ..
sampai2 je kat depan masjid fath.. ku lihat berdoyon2 manusie sedang menunggu bas.. aku lupe ni waktu orang nak pegi keje.. hambek kau.. semua bas yang lalu aku nampak orang begayut2 kat pintu bas.. dahla bas asyir pun seketul tak lalu..
dengan pemikiran singkat jugak aku terus bepikir.. naik tremco lah.. tremco asyir banyak je kat blakang mahattah qitor tu.. lalu aku pun bejalan ke mahattah belakang tu sebab biasanya aku balik daripada mansurah tengah malam ade je tremco gi asyir.. sekali lagi aku lupe itu bukan waktu orang pegi keje..
sampai je kat mahattah tremco.. ku lihat kekosongan dan kesepian melanda tremco2 disitu.. hampeh.. tremco tade.. orang tunggu tremco bejuta lemon..
kat sini la aku nampak kejadian yang dah biasa aku nampak kat mahattah2 tapi dah lama tak nampak.. dah nak balik melesia ni ternampak pulak kenangan2 melawakkan kat sini.. arab berebut2 nak masuk tremco.. masuk tremco ikut tingkap.. [tapi tak dan tangkap gambo masa dia tengah melompat masuk tu..hehe]
ada yang bagi idea suh teng2 duit.. naik teksi yang nilainya bakal meragut lebih daripada LE5 sorang.. idea macam nak diterima tapi ada yang menolak.. ada pulak yang bagi idea nak suh lompat2 tremco.. pegi rabaah dulu.. pastu lompat sabik.. pastu lompat asyir.. idea pun macam nak diterima.. tapi yang bagi idea naik teksi tadi kompem la tolak kan.. hehe.. aku punye kesimpulan senang jer.. ikut la memane pun janji aku sampai asyir.. aku maleh nak tunggu lelame camni.. hehe..
balik tu aku sempat le nengok grup zagzig wat show kat pentas egp.. habeh je zagzig wat show aku pun naik umah dan tido sebab dah ngantuk sesangat.. hehe
sekian dulu.. ade mase jumpe lagik.. tata titi tutuuuu~