Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, July 8, 2009

Nak Ikut Tak?

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, July 8, 2009 | Category: |

salam aleik..

agak2 korang semua kenal tak dengan Saidina Abdullah bin Salam radhiyallahu anh? ish.. korang tak kenal mane sahabat Rasulullah sallallahu tabaraka wa taala alaihi wa aalihi wabaraka wasallam kan.. jarang je pon nak amik tau kan.. kalau orang kabo kan pon korang tebalkan lagi taik telinge jer kan.. tapi kalau avril lavigne ke.. greenday ke.. westlife ke.. richard marx ke.. ronaldo ke.. korang mesti kenal kan.. biasa la tuh.. kita ni mane nak amik ihtimam tentang perjalanan tokoh2 Islam.. yang kita amik tau.. perjalanan hidup artis kan.. hok tu yang wajib kite amik tau untuk menjamin kita masuk syurga kan? eloklah.. memang sepatutnya kita amik tau gossip2 tentang tokoh artis ni.. sebab dorang ni sume amat maksum dan amat langsung tidak menggalakkan kita kepada dosa.. mereka ini memang amat patut dijadikan qudwah ikutan dalam setiap perbuatan dalam idop kita.. jangan lupe bersosial dan membuat maksiat di konsert2 yer.. bercampur la laki pompuan membuat pesta agar rahmat boleh turun dalam majlis tu.. ahh.. paling penting.. jangan lupe dedahkan aurat sane sini tau.. penting tuh.. baru la nampak mulianya wanita bile pakai ikut fesyen trend masakini kan.. kalau berlakon jangan lupe pegang2 peluk2 tau.. alah.. berlakon jer pon.. takkan berlakon pon dosa kan? lagipon kita idup dunia ni kan kejap jer.. masa kejap ni la nak pakai untuk berhibur kan.. wat pe nak belajo agama kan.. buat ape nak kenal ulama kan.. blajo agama ni kan macam kene kongkong jer.. tu tak bole ni tak bole.. melanggar hak asasi manusia.. baik kita wat ikut suka ati kita je kan kat dunia ni.. mati same je jadi tanah gak.. live life to the fullest while you can.. jom la kenal artis weh.. idop artis! idop hiburan! jom wat maksiat sampai mati! yeeeaaahhh~

yeah~yeahh~ mari kita bercampur gaul~

alhamdulillah.. ana tau korang semua tak pernah kata dan rasa macam tu kan.. korang semua alhamdulillah Allah bukakkan hati untuk hidup dengan beragama.. syukurlah dengan sebenar2 syukur Allah telah bukakkan hati untuk hidup dalam syumulnya agama Islam.. agama rahmat dan satu2nya agama yang paling benar.. Allah bukakkan hati untuk menerima hidayah dan taufiq-Nya.. Allah bukakan pintu hati untuk hidup dengan Islam as the way of life.. bukan sekadar solat.. bukan sekadar puasa.. tetapi keseluruhan cara hidup mengikut cara yang diajarkan oleh agama yang dibawa risalahnya oleh Baginda Junjungan Mulia Rasulullah sallallahu tabaraka wa taala alaihi wa aalihi wabaraka wasallam..

risalah inilah yang diambil ihtimam oleh para sahabat Baginda radhiyallahu tabaraka wa taala anhum ajmain.. untuk memastikan jil ba'da jil generasi selepas generasi menerima dakwah Islamiah dan risalah Diniah yang agung ini.. para sahabat Nabi yang mempamerkan juhud yang amat tinggi yang terkadangkala tak pernah kita terfikirkan logiknya ada manusia seperti mereka yang sanggup memperhambakan diri berkorban bermacam2 cara demi semata2 menyebarkan ajaran yang didapatinya daripada Rasulullah sallallahu tabaraka wa taala alaihi wa aalihi wabaraka wasallam.. qulilhamdulillah.. katakanlah alhamdulillah.. sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah kerana dengan bantuan para sahabat Nabi ni lah kita dapat memahami agama sepertimana kita sekarang ni.. kerana perantaraan ilmu mereka dengan isnad lah kita ada hubungan dengan Nabi kita yang terus membawa kita kepada Allah.. iaitu DIAlah tujuan sebenar hidup kita.. kerana kesungguhan merekalah berapa ramai manusia yang dapat diselamatkan daripada lembah kecelakaan neraka jahannam wal iyazubillah..

jadi.. korang rasa kita kena ikut artis ke atau ikut Nabi? korang rasa kita patut hafal biografi artis atau biografi tarjamah para sahabat radhiyallahu anhum serta para fuqaha dan ulama? perlukah kita ikut fesyen dan pakaian artis sedangkan sunnah pakaian Rasulullah sallallahu tabaraka wa taala alaihi wa aalihi wabaraka wasallam kita tak amalkan? tambah hina dan caci maki pulak? agak2nye perlukah kita rasa berbangga dengan artis yang pegi umrah dan haji beberapa ploh kali keluor majalah sedangkan kita tak pernah pulak nak amik tahu berapa kali agaknya Rasulullah sallallahu tabaraka wa taala alaihi wa aalihi wabaraka wasallam melakukan haji dan umrah seumur hidup Baginda yang termaktub tentangnya dalam kitab? emph.. kitab Quran pun berhabuk dalam almari.. inikan lagi nak pegi beli Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari yang 12jilid tu kan.. baik bace majalah mangge.. tembikai.. betik.. urtv.. uradio.. urpetiais.. kan?

baik makan mangge ni daripada bace majalah mangge..kan?kan?kan?

insyaAllah akan datang ana akan ceritakan serba sikit tentang Saidina Abdullah bin Salam radhiyallahu anh.. seorang sahabat Nabi yang agung.. korang kene bace.. wajib bace.. dah tu posting ana yang merepek2 nak pulak bace? gambo melompat2 nak pulak tengok.. bila cerita pasal sahabat Nabi.. terus pangkah browser.. tutup pc.. padam lampu.. kunci bilik.. bukak aircond.. tarik selimut.. tido sampai mati.. eih dah? musy aiz deen wala eih? aiz tasall bas? yib a izan ifranqa'u anni.. ana misy aiz kallim ma'allazina la yuridunal ilma.. bas keda? yalla ruuhhh..

Currently have 4 Kata Komenan:

  1. salam..

    uihhh.. terkene kat batang idong.. waktu zaman jahiliah kat sekolah dulu kala.. sekolah agama tuh.. nanges tak sudah kenang balik tym tuh: usrah je, lari.. tym lepak sembang ngan kekawan pasal westlife la, kawen la, pa la leh lak duk diam2.. huhuh.. astaghfirullah.. ampunkan hambaMu ini ya Allah.. huhuhuu..

    p.s- ha, leh pon wat post ilmiah tanpa unsur-unsur biru.. tahnioh le..
    p.s2- tak paham barab bawah skali. kasihanilah kami yg telah 4 thn tak jumpe ostat barab kami..
    p.s3- syukran jaziilan~

  2. wah ustaz reverse psikologi yeah....

  3. syafarah:

    hehe.. lupe plak nak terjemah..

    "eih dah? musy aiz deen wala eih? aiz tasall bas? yib a izan ifranqa'u anni.. ana misy aiz kallim ma'allazina la yuridunal ilma.. bas keda? yalla ruuhhh.."

    makne dia:

    "ape ni? taknak minat pada agama ke? idup asik nak behibur je ke? kalo memang jenih cenggitu, dah blah2.. aku maleh nak cakap ngan orang yang tanak dan takde kehinginan pade ilmu.. cukup la kan? dah shuh2.."

    hehe..

  4. hubahuba:

    ingat nak wat forward psikology.. tapi terjumpa gear reverse plak.. so reverse jelah.. hehe..


Leave a Reply