Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Monday, March 9, 2009
Jom Talaqqi!
Posted by The Pamiesz® | Monday, March 9, 2009 | Category:
Al-Azhar As-Syarif,
Tafaquh,
Talaqqi,
Tentang Mesir
|
Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya [At-Taubah:122]
salam..
aku tak kire.. aku nak lepas geram nak taip panjang2 arini.. dah lame tak naip posting.. hehe.. kome bace jela ek bior panjang2 pun.. insyaAllah ade manfaatnye.. :)
sistem talaqqi merupakan satu sistem pembelajaran yang telah berjaya melahirkan ramai para alim ulama.. belajar sendiri tanpa bertalaqqi merupakan suatu kerugian besar kepada penuntut ilmu.. dan berkemungkinan juga boleh membawa kepada masalah besar kepada penuntut ilmu itu sendiri.. dalam tidak kita sedari sistem ini sudah semakin dilupakan dalam sistem pembelajaran tidak kira samada di negara kita Malaysia mahupun di negara2 luar yang lain termasuklah Mesir sendiri.. Al-Azhar masih menekankan sistem talaqqi dengan kukuh tanpa sebarang masalah.. disamping kukuhnya juga sistem silibes perkuliahan seperti universiti2 lain diseluruh dunia.. cuma yang menjadikan ia sebagai masalah adalah dari pelajar sendiri bukan daripada pihak Al-Azhar.. pelajar yang telah sengaja melupakan dan membiarkan sistem talaqqi ini dingin dan bukannya Al-Azhar yang meminggir-caknakannya.. Azhar tetap utuh dengan institusi talaqqinya disamping ulama demi ulama dilahirkan oleh para masyayikh yang senantiasa tak jemu mencurahkan bertangki2 ilmu kepada para mereka2 yang sanggup bermujahadah dalam jalan menuntut ilmu.. diulangi.. kepada mereka yang sanggup bermujahadah dalam jalan menuntut ilmu.. adapun pada mereka yang datang hanya untuk bermain2 masih tetap melupakan talaqqi dan dan meminggirkan talaqqi dan terus bermain2 dan lagi dan lagi dan lagi.. ingatlah bahawasanya ilmu yang sebenar2 ilmu yang jitu itu tidak akan diperolehi secara mudah dan sambil lewa kerana sesuatu ilmu itu mempunyai nilai yang sangat tinggi.. maka sesuatu yang nilaiannya amat tinggi tak akan diperolehi dengan sekadar duduk lepak dan berbaring2 belajar sejam dua dalam seminggu.. jika ianya diperolehi dengan jalan yang telalu mudah maka tentu akan ada yang cacat dalam penguasaan ilmu itu sendiri..
APA ITU TALAQQI?
cakap panjang2 pastu talaqqi pun tak tau hapekebendenye ape pekdah? jadi senang citernya camni la.. talaqqi ni berasal daripada kalimah talaqqa - yatalaqqa - talaqqiyan yang membawa beberapa maksud.. bila seseorang mengatakan: (talaqqatil mar'atu) ia membawa maksud pempuan ngandung.. bila dikatakan: (talaqqa as-syai'a) ia membawa maksud menemuinya.. bila dikatakan (talaqqa fulanan) maksudnya dia menemui orang itu.. bila dikatakan (talaqqa as-syai'a minhu) bermaksud mengambil ataupun menerima daripadanya.. dan bila dikatakan (talaqqa al-ilma min fulanin) ia membawa maksud dia mengambil ilmu daripada orang itu.. jadi..talaqqi yang kita nak bincang skang ni bedasarkan contoh yang last ni la.. mengambil ilmu daripada orang yakni guru ataupun syeikh.. nak pendekkan kate lagi.. senang kabonye talaqqi ni belajo berguru la.. nak detail lagi kome gi la wat kajian.. wat tesis phD ke profesor ke tentang keberkesanan sistem talaqqi ke ataupun rasionalnya sistem talaqqi dijalankan di setiap institusi pengajian ke ataupun ikut skati kome la nak wat tajuk ape pun kome punye tesis bukan aku punye kan.. hehe..
SEJARAH PENGAMBILAN ILMU SECARA BERTALAQQI
kalimah talaqqi ni biasa kita dengar dalam pengajian Quran.. mengaji Quran secara talaqqi dan musyafahah.. Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam mengambil bacaan Quran daripada Jibril Alaihissalam pun dengan cara bertalaqqi.. Saidina Jibril mengajarkan Rasulullah Quran dengan dengan cara Jibril membacakan dulu ayat dan kemudian Rasulullah mengulangnya semula.. begitu juga dengan salah satu cara Rasulullah menerima hadith.. sebagaimana yang kita ketahui dalam hadith Jibril yang pemes.. hadith kedua dalam matan Arbain Nawawi yang dah biase sangat kita dengar.. hadith tentang iman islam dan ihsan.. dimana Jibril datang menyerupai seorang manusia yang duduk berlaga lutut dengan Nabi bertanyakan soalan2 dengan tujuan mengajarkan Baginda tentang ilmu agama.. itulah talaqqi.. begitu jugalah dengan cara para ulama' yang lain.. mereka bertalaqqi.. banyak contoh yang kita boleh tengok antaranya Imamuna Imam Muhammad bin Idris As-Syafie Rahimahullahu Taala bertalaqqi kitab Muwatta' bersama gurunya Imam Malik bin Anas.. juga kita dapat ambil contoh ulama' Al-Azhar yang memang tak asing lagi dikalangan kita seperti Syeikhuna Syeikh Syaltut Hafizahullah dan Syeikh Usamah Hafizahullah yang kita tahu bagaimana luasnya ilmu mereka.. juga mendapatnya melalui cara bertalaqqi bersama Syeikh Ali Jumaah Hafizahullah dan banyak lagi masyayikh yang lain..
GAMBARAN TALAQQI SECARA UMUM
kebiasaannya talaqqi dilakukan seorang murid dengan seorang guru.. contohnya seperti bertalaqqi Al-Quran secara bersanad.. bersambung terus hingga ke Rasulullah.. banyak cara yang boleh dilakukan.. mungkin syeikh akan membaca terlebih dahulu dan kemudian murid mengikutnya.. ataupun murid akan terus membaca dan syeikh berfungsi membetulkan kesalahan2 yang dilakukan murid.. selain itu terdapat juga apa yang dikatakan talaqqi berjemaah ataupun secara berkumpulan.. duduk dalam halaqah.. bukak pengajian ilmu2 samada hadith ataupun pengajian kitab2 turath dalam pelbagai bidang seperti fiqh.. tafsir.. lughah.. mantiq.. tasawuf.. dan sebagainya.. kemudian diadakan pula munaqasyah ilmiah bersama syeikh dimana berlakunya mujadalah antara murid dan syeikh bertujuan mematangkan ilmu dengan cara membuka pemikiran dalam perbincangan ilmiah ini.. halaqah2 ini berkemungkinan terbentuk di masjid2 ataupun ditempat2 dakwah umum yang telah dikhususkan dan diwakafkan untuk pengajian dan tak tinggal juga halaqah2 ini mungkin juga dibentuk di rumah2 persendirian samada murid datang ke rumah syeikh ataupun syeikh datang ke salah sebuah rumah murid yang berkumpul disitu.. tapi kebiasaannya murid la pegi cari syeikh kan.. ade ke pulak nak pakse2 syeikh suh datang umah kita.. tak pasal2 plak nak nyusahkan syeikh.. kurang adab.. lain la kalau syeikh yang memang sanggup ataupun beliau yang nak.. tu dah lain la cite..
KEPENTINGAN BERTALAQQI
dengan bertalaqqi kita akan tahu dimana kekuatan dan kelemahan kita dalam penguasaan ilmu dan juga kesahihan ilmu yang kita perolehi.. bukan senang nak paham nas2 Quran dan hadith serta uslub yang digunakan oleh para fuqaha dalam kitab2 turath mereka.. kita perlu faham satu persatu secara detail tentang istilah yang digunakan yang mana ianya berbeza2 bagi setiap cabang ilmu dan juga disisi tokoh yang berlainan.. contohnya berbezanya pengertian istilah "al-wajib" disisi mazhab Syafie dan mazhab Hanafi..
kita yang cetek ilmu ni takkan mampu paham dengan sekadar baca sendiri ala2 kadar lalu kita pun dengan sesukahati menterjemahkan apa yang dikehendaki oleh nas itu dengan pandangan dan tafsiran kita sendiri.. kita perlu paham maksud dan tujuan asal seseorang tokoh itu mengarang.. pentingnya agar tak berlakunya kritikan dan tohmahan terhadap seseorang tokoh pada tempat yang tak sepatutnya dikritik.. seperti contoh kritikan sesetengah pihak terhadap Imam Ahmad Ibn Hanbal Rahimahullahu Taala yang memuatkan hadith2 dhaif dalam Musnad beliau.. kritikan ini tak sepatutnya berlaku jika kita faham tujuan Imam Ahmad membuat Musnad iaitu beliau hanya ingin mengumpulkan hadith2 yang beliau telah kumpulkan dan riwayatkan daripada para sahabat daripada Rasulullah SAW dengan tidak melihat kepada sudut kedudukan hadith..
semasa bertalaqqi.. unsur2 seperti inilah yang dididik oleh para masyayikh kita untuk lebih positif dalam membuat nilaian terhadap para ulama.. jangan terlalu cepat menuduh menohmah dan mengkafirkan ulama atas sesetengah pandangannya yang berkemungkinan tersilap.. kesilapan mereka dalam sesetengah pandangan bukan penyebab kepada penolakan pandangan2nya yang lain secara total.. seperti contoh Imam Mubarakfuri ulama India dalam kitab beliau Tuhfatul Ahwazi telah mengisbatkan yadullah sebagai tangan yang hakiki.. pendapat ini bertentangan dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah dan kita sememangnya harus menolak pandangan ini.. namun begitu salahnya pandangan beliau dalam bahagian ini tidaklah menandakan bahawa semua pandangan beliau yang lain perlu ditolak secara total..
dengan bertalaqqi kita tahu kat mana kekuatan dan kelemahan kita.. dengan cara ape? kalau kita gi talaqqi.. kita akan dengar suatu perbahasan ilmu yang kita tak paham dan tak tau.. mungkin kita tak paham daripada sudut makna perkataan tu sendiri.. ataupun kita tak paham bahasa ammi yang digunakan oleh syeikh.. ataupun kita tak dapat nak gambarkan masalah yang diperbincangkan dalam benak otak pikiran kita.. ataupun ilmu yang diperbincangkan terlalu tinggi untuk kita tangkap sebab ilmu2 asas pun kita tak kuasai.. ala kulli hal tu tidaklah menandakan kehadiran kita tu sia2.. bahkan itulah bibit2 permulaan kepada perkembangan ilmu kita.. sebab kita belajo daripada apa yang kita tak tahu.. kalau dah tau tu bukan nama belajo.. tu namanya mengulangkaji.. mula2 biase la gitu.. lama2 kita biasakan diri tentula kita dapat upgrade ilmu kita sikit2.. takkan kali 1st pegi talaqqi ngan kali ke 89th pegi talaqqi pun tetap sama je tak paham2 benda yang sama kan.. kalo jenih yang camtu elok balik tanam togey jela..
dengan bertalaqqi pun kita boleh dikira mengulangkaji.. bilamana perbahasan ilmu yang kita dengar tu telahpun kita dengar berulang2kali sebelum ni.. dan ianya mampu menguatkan dan memperkemaskan ilmu kita.. mungkin kali pertama kita habiskan bertalaqqi sebuah kitab kita dah rasa puas sebab rasa macam dah paham semua perbahasan dalam kitab tu.. tapi bilamana kita mengulang talaqqi kitab tersebut buat kali keuda kali ketiga kali keempat kelima sampai ke berapa2 pun.. setiap kali pengulangan itu kita akan dapati ada sahaja ilmu yang bertambah yang mungkin sebelum ini terlepas pandang ataupun tidak diperbincangkan dalam talaqqi kali pertama ataupun kali2 yang sebelum tu.. ataupun mungkin kali kedua tu kita bertalaqqi bersama syeikh lain maka setiap orang akan ada sudut yang berbeza dalam penghayatan ilmu.. mungkin syeikh yang kedua kita talaqqi ni lebih detail pemahamannya dari syeikh yang pertama dulu.. and so on..
TALAQQI DI AL-AZHAR
bertalaqqi di Al-Azhar bukanlah suatu paksaan.. sedangkan kuliah rasmi pun tak wajib.. takkanla tetibe pengajian umum kat masjid pun nak kene amik kehadiran.. namun begitu janganlah dilihat daripada sudut Azhar tak memaksa itu.. ianya sepatutnya diwajibkan oleh para pelajar kepada diri mereka sendiri kerana sepatutnya mereka sedar bahawa mereka datang ke mesir untuk BELAJAR dan bukannya melancong ataupun bekerja ataupun mengurat.. dah tau bodo kene wat la cara orang bodo.. sungguh2 le pegi belajo.. ni idak.. dah le bodo.. jadik bodo sombong pulak tanak pegi belajo.. jangan le marah aku gune bahse kasor sket.. gune bahse lembut2 pun takde efek ape pun.. skali skali kaso ape salahnye.. lagipun aku nasihat diri aku jugak.. bila aku becakap.. telinge yang paling dekat dengo kan telinge aku sniri.. cakap camni nak bagi sedo je pun.. tak cakap camni kite tak sedo2.. yedak?
Masjid Al-Azhar menyediakan pengajian umum di rawaq2 seperti Atrak, Mugharabah, Abbasi, Fatimiah yang senantiasa terbuka luas dan terhidang dengan hidangan ilmu yang lazat2.. tapi pelik tak ramai yang nak menjamu makanan ilmu lazat yang dihidangkan oleh para masyayikh secara pree of cas tu.. tak pegi sebab maleh boleh tahan lagi la.. ada pulak la yang tak pegi ngaji masjid azhar sebab tak tau pun masjid azhar tu kat mane.. dah dekat 4 taun duk mesir.. tak penah skali jejak masjid azhar.. ni kes2 biasa yang kita dengo kebanyakannya budak2 muhafazah la.. budak2 kampus cawangan.. stat tauzik ke muhafazah.. tak jejak kaki dah kat kaherah melainkan balik nak isi borang zakat ataupun dia jejak kaki balik kat kaherah masa dah lagi beberapa jam nak fly balik melesia.. sebab gi airport kene gi kaherah jugak kan.. masjid azhar tu duk teperuk je la kat hussien tu takde sape nak hirau.. kalau gi pun.. gi gak hussein.. tapi haram tak nyinggah ngaji kat mesjid.. gi shopping je kat bazar hussein tu.. borong perfume.. beli kokka.. carik jubah.. pastu balik.. haram tak perasan masjid azhar duk melambai2 panggil ajak ngaji.. [hakikatnye al-azhar tak heran pun kalo kita tak datang ngaji.. ia tetap kukuh dan macho kalo orang yang PEMALAS macam kita ni tak datang ngaji.. ramai lagi ulama2 bilquwwah yang besungguh mengimarahkan majlis ilmu kat situ.. yang semangat tak penah pudar menyayangi Al-Azhar disebabkan ilmu yang dicurahkannya.. takat orang blajo main2 macam kite ni.. yang gi kelas pun tido meleleh ayor lior siap bedengkur2 ni.. tak diherannya dek Azhar.. tak datang pun lagi bagus gamaknya.. buat nyemak rawaq tu je..]
jika kita istiqamah dengan pengajian umum di masjid Al-Azhar.. insyaAllah kita akan dapat kuasai setiap cabang ilmu bermula daripada ilmu2 asas untuk mubtadiin sehinggalah setinggi2 dan sedalam2 perbahasan ilmu.. ada dikalangan para masyayikh yang tidak ada pun pangkat DR ataupun PROF dihadapan nama mereka.. sekadar panggilan Fadhilah As-Syeikh.. tidak ada phD.. namun ilmu yang tersimpan dalam benak pemikiran mereka itu.. jauh lebih hebat dan lebih tinggi standardnya daripada mereka yang mempunyai 10 phD.. jadi.. kenapa kita nak biarkan je ilmu tu tersimpan dalam otak para masyayikh tu.. paling kurang mesti kita nak blutooth sket masuk dalam otak kita.. jangan sket la.. amik slagi mane banyak mane bleh amik kan.. nak laju sket tak yah guna blutooth.. transfer pakai card reader je la.. hehe.. tu taget kita la.. boleh tak boleh mampu tak mampu otak meletup tak meletup tu lain cite.. yang penting cuba la dulu.. ni target je lebeh.. pas niat dah berkobar2.. tido dalam saratoga sepanjang hari.. ape kejadah.. kalo cenggitu la gaye jangankan kate nak blutooth ilmu syeikh.. ilmu yang dah ade dalam otak pun bleh turun kat lutut kalo camtu..
Selain masjid Al-Azhar tedapat juga banyak tempat2 disekitar kaherah yang menawarkan peluang bertalaqqi kepada kita.. seperti contoh Mudhayafah Syeikh Ismail Sadiq Al-Adwi didepan Al-Azhar.. begitu juga dengan masjid Sultan Hasan.. Muqattam.. termasuk pengajian di rumah syeikh sendiri seperti Syeikhuna Syeikh Yusuf Al-Hasani Hafizahullah dan banyak lagi..
begitu juga sebagai bonus tambahan.. disetiap rumah2 anak negeri sekitar kaherah juga menawarkan kepada kita untuk bertalaqqi bersama para pelajar senior yang telah lama mengambil ilmu daripada para masyayikh disini ataupun di saudi yaman syria atau dimana2 jelah.. mereka mempunyai hubungan yang amat rapat dengan para masyayikh.. sesetengah daripada mereka merupakan anak murid kanan kepada para masayikh.. mereka ni terdiri daripada pelajar2 melayu yang mengambil master dan phD disini.. ada jugak yang tengah buat BA.. tapi walaupun buat BA.. ilmu mereka2 ni lebih pada master dah.. mantap2 belaka.. mereka bertungkus lumus mengongsikan ilmu yang telah mereka timba daripada para masyayikh kepada para pelajar melayu yang lain.. peluang bertalaqqi dengan mereka ni jugak adalah antara peluang yang tak patut dilepaskan oleh para azhari dan azhariah.. kita boleh menjadikan peluang bertalaqqi dengan mereka ni sebagai peluang kita untuk memperbincangkan apa yang kita tidak fahami semasa pengajian bersama syeikh dan juga sebagai nilai tambah untuk kita memperkemaskan ilmu.. jadi takde alasan sebenarnya untuk orang yang malas nak ngaji kunon2 kate ngaji ngan syeikh spataharam tak paham ape syeikh cakap.. dah ade bebudak melayu kita ngajo pun tanak pegi jugak.. nampak sangat alasan je semua tuh..
CABARAN BERTALAQQI DI MESIR
banyak cabaran untuk menuntut ilmu dan bertalaqqi di Al-Azhar ni.. dan kebanyakkannya yang tak pegi talaqqi tu sebab tak tahan cabaran dan dugaan2 ni la.. terus wat alasan macam2 itu ini la begitu begini.. senang katanya kene sabor la.. kalo tak sabor cemane nak dapat menempuh cabaran.. kate tahan lasak la tu la ni la.. baru kene uji sket susah nak gi ngaji dah putus ase.. ape kebende tahan lasak cenggitu.. sembang kencang boleyy..
Cabaran 1
Jarak dan Pengangkutan
kediaman pelajar melayu di kaherah bertumpu pada 3 tempat ni.. Abbasiah (dewan malaysia ARMA) Hayyu Sabiek dan Hayyu Asyir.. maka antara tempat kediaman ni nak menuju ke masjid Azhar tu boleh dikatakan terpaksa menempuh jarak yang boleh kata jauh la jugak.. kecuali ARMA kat abbasiah la.. yg tu dekat la sket.. kalo asyir ngan sabiek tu.. nak jalan kaki kuor daripada umah nak ke mahattah ataupun tempat tunggu bas aje dah makan dekat 6 7 minit.. nak tunggu bas lagi dah makan 15 minit.. bas dah la ade sebijik je.. kalo daripada asyir nombor basnye 80palang.. kalo daripade sabiek bas nombo 24jim.. ade jugak lagi bas lain.. tapi kene melompat la.. turun kat depan taki amik tremco ataupun bas len untuk ke darasah.. kalo bas yg lompat ni.. blehla naik bas no 926 daripada sabiek dan 65 daripada asyir.. tapi ingat.. turun kat depan taki.. kat buuth.. jangan jadi cam aku telupe nak turun terus straight sesat sampai masjid Amru Al-As kat penghujung dunia tu.. hahaha.. dah tunggu bas dekat 20 menet.. bas datang.. penuh pulakk.. tepaksa jugaklah begayut kat pintu bas tu.. sebelah tangan ngan separuh tapak kaki je yang ada kat dalam bas tu.. selebihnya badan duk tekontang kanting kat luo pintu bas tu.. dipukui dek angin tambah2 lagi kalo musim sejuk.. rasa kecut je sume bende.. hahaha.. kalo tanak begayut.. alamatnye tak nek bas la sampai bile2.. dah 5-10 menet baru la dapat naik sket2 ank tangge sampai akhirnya dapat bediri kat dalam bas tehimpit2 celah ketiak arab yang semuanya memang bau perfume polo sports for men who didnt do his bath.. hahaha.. nak tanak kene terima jela bau hangit tu.. melekat tak melekat kat baju kita redha jela.. jadi cenggitu la keadaannya dalam bas tu dalam stengah jam sampai la kat mahatah darasah.. kire la bape dah masa makan tu.. blum sampai lagi tu masjid Azhar.. turun kat mahatah tu.. jalan kaki lagi 5 minit.. campor tolak ade la dekat sejam dah.. nak gi keleh aje pun makan sejam.. paling bes skali kan.. sampai2 jer masjid Azhar.. budak bagitau arini syeikh takde.. sekian dimaklumkan.. jadi hari tu digelarkan hari melancong dalam seminggu jela.. hahaha.. kengkadang tu mesti ada rasa macam nak putus ase je.. penat2 pegi takde.. kalo tak pegi ade pulak.. memang cabaran.. antara cabaran yang terbeso jugak lah ni.. yang banyak budak2 wat alasan tanak gi talaqqi tu pasal ni la.. tak sanggup nak lalui sume ni.. kalau ikutkan.. ape sangat lah jarak antara sabiek asyir nak ke darasah tu kalo nak dibandingkan jarak mak bapak kita anto kita suh gi blajo daripada melesia datang ke mesir ni.. bukannye tetiap kali keleh nak kene pegi nek flight pun.. tambang bas pun 5kupang je.. tu pun lagi mau bikin alasan kaa..
keadaan dalam bas 80palang daripada asyir ke darasah.. memang jarang skali la aku dapat duduk dalam bas ni.. begayut sokmo..
ni bas nombo lain.. tapi bas 80 palang 24 jim lebih kuang gini la rupe bentuknye.. buruk tapi banyak jasa..
Cabaran 2
Maleh
cabaran paling beso antara sume cabaran.. cabaran yang ramai orang yang kalah dengan cabaran ni.. sume orang paham.. sume orang tau.. rasanye yang ni tak payah terangkan panjang2 la kot.. kalo maleh sume bende memang kompem tak jadi kan.. dengan tambah2 internet ade kat umah.. kaki donlod muvie.. ada 1terabyte muvie tak tengok lagi.. memang kompem la tak gi dah talaqqi..
Cabaran 3
Amni Daulah Menyebok
cabaran ni banyak jadik kat budak2 cawangan sebenornye.. kalo kat kaherah takde masalah.. kalo kat furuk macam zagzig ke.. tonto ke.. banyak la masalah2 cenggini.. pihak amni daulah selalu kaco kalo nak talaqqi kat syeikh2 ni.. dorang tak bagi.. takut telibat ngan ikhwan muslimin kat sini.. jadi tebantut banyak la usaha para bebudak ni untuk menjejaki para masyayikh disinun.. cadangan daripada Us Hairul Nizam mantan presiden PMRAM dia kate kalo bebudak furuk ni nak talaqqi jugak gi talaqqi dalam kampus la.. mintak duktur bace kitab sekian2 kalo dia ada masa sekian2.. kompem amni daulah tak kaco..
Cabaran 4
Tersalah Pilih Syeikh
mane yang orang dah bagitau syeikh2 yang diiktiraf ilmunye tu pegi la ngaji situ.. masjid Azhar ade.. Mudhayafah ade.. Muqattam ade.. nak jugak gi ngaji kat masjid appollo tu apekehe.. takyah le gi blajo ngan wahabi tu.. buat penin paler lutut jer..
Cabaran 5
Tak Paham Pengajian
yang ni dah citer dah kat atas tadi kan.. copy balik jela yang dah taip kat atas tu.. hehehe.. tak paham mula2 tu bese la.. biasakan diri mantapkan lughah insyaAllah lama2 ok la.. lagipun kalo tak paham jugak maleh sangat nak gi ngaji ngan syeikh.. gi la ngaji jugak kat umah2 negeri tu.. belambak2 pengajian ust2 kita.. bebudak melayu.. ke bahse melayu pun tak paham jugak? oooo.. kene cakap bahse planet nameck kot baru paham pengajian.. takpe la kalo camtu.. amik lah tiket roket ni aku tanggung pebelanjaan gi ngaji kat planet nameck..
Cabaran 6
Musim
ni satu lagi alasan orang suke bagi.. ngape tak gi talaqqi.. sejuk giler la kat luor tu.. tak larat nak kuor.. ketor habis.. sweter tinggal sekeping je.. lagi 8 keping basuh.. nak pegi camne.. lagipun saratoga ni sayang sangat nak lepaskan aku daripada pangkuannya.. tu mase musim sejuk la.. mase musim panas plak.. ngape tak gi jugak talaqqi? ish.. kang tebako la kulit.. nak kene bli losyen lagi.. banyak habis duit tu.. kalo gi kang.. badan aku jenih peluh2 kuat musim panas.. sat gi dalam bas banjir dengan peluh aku.. abih peluh masuk enjin bas.. kang bas rosak dah aku dicas menahan orang len nak gi ngaji plak.. aaahhh.. alasan je suma tu.. kalau dah memang jenih tak suka ngaji.. blajo tak ikhlas.. saje nak main2kan harapan mak bapak.. datang mesir perabih duit zakat gi tuko2 hempon.. tak payah le nak menyalahkan musim pulak.. toksah jadi azhari la kalo cemtu.. wat malu kompeni jer..
banyak lagi sebenornye cabaran2 ni.. sikit2 udah la.. ni pun dah panjang dah ni.. ntah kome bace lagi ke tak ntah.. ntah2 tengah2 tadi dah pangkah dah browser letih bace blog ni.. hehehe..
mungkin aku tak jadi nak tutup blog ni.. tapi blog ni akan jarang2 diupdate lah disebabkan kesibukan yang sangat melanda.. ape punye ayat la tebalik2.. disebabkan sangat sibuk yang dilanda.. eh.. betul ke ha? ke dilanda kesibukan yang amat sangat? ha.. ni macam sedap sket ayat.. hehehe..
pastu nak cite plak sket pasal talaqqi spesyel rabiulawal ni.. Syeikh Nuruddin Al-Banjari datang mesir lagi bagi meneruskan sesi pengajian tafaquh beliau dari 6mac sampai la 22 mac.. pengajian lepas asar dan lepas isyak.. rugi benor le kalo kome tak datang.. kalo kome tak datang memang le nak kene lepuk ngan spanar idup.. untuk jadual pengajian sila klik sini untuk DOWNLOAD jadual kitab apa yang diajarkan oleh fadhilah as-syeikh..
kat bawah ni ada jadual talaqqi harian di masjid Al-Azhar dan sekitarnya.. pengajian kat umah negeri pun ade sikit aku buh.. banyak lagi tak larat nak tulih sume.. kat Muqattam hari2 ade pengajian ngan Syeikh Yusri.. kitab Tuhfatul Ahwazi.. umah perak ade pengajian tibyan ngan minhaj.. umah melake umah kedah ade jugak.. pengajian Baba Nan.. alah kalo kome nak kome gi amik jadual sniri lah.. takkan sume bende nak mengarap aku.. berusaha la sket.. semua nak suh orang buat.. lempang siku tu kang baru tau.. haha..
JADUAL PENGAJIAN UMUM DI KAHERAH
________________________________
________________________________
SABTU
Subuh
Rumah Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
Rumah Pahang – Ust Shah – Fathul Qaribul Mujib
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Dr Mohd Syed – Syarah Isnawi (8.00-9.30pagi)
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Dr Mohd Syed – Iqazul Mubham (9.30-10pagi)
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Yusri – Sahih Bukhari (10.30pagi)
Zuhur
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Ahmad – Baijuri1 / Taj / Muhadirat Usul Fiqh
Mudhayafah – Dr Athiyah – Iqna’ (1petang)
Asar
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Ahmad – Ashbah Nazair / Hikam
Mudhayafah – Syeikh Fathi Hijazi – Qatrunnada / Balaghah Wadhihah
Maghrib
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Syaltut – Ghayah Ma’mul
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ahmad – Ihya’ Ulumuddin
Isyak
Rumah Pahang - Syeikh Umar Habib Zain - Riyadh Solihin / Manhaj Sawi / Azkar / Minhaj Qawim
AHAD
Subuh
Rumah Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
Rumah Pahang – Ust Hairul Nizam – Syarah Waraqat
Mudhayafah – Syeikh Saad Gawish – Nuzhatunnazar (10pagi)
Zuhur
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ibrahim – Nahu
Masjid Al-Azhar (Fatimiah) – Prof Mahyuddin Sofi – Jauharah Tauhid
Mudhayafah – Dr Abd Salam – Usul Fiqh Asfahani Alal Minhaj
Asar
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ahmad – Ihya’ Ulumuddin
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Jamal Faruq – Kharidah Bahiyah
Mudhayafah – Dr Taha Rayan – Hasyiah Sowi Alal Jalalain
Maghrib
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ahmad – Baijuri1
Isyak
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ahmad – Iqna’ (Muamalat)
ISNIN
Subuh
Rumah Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
Rumah Pahang – Ust Nazrul – Mukhtasar Fawaid Makkiah
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Imad – Baijuri2 (9.30pagi)
Zuhur
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Dr Fathi – Syarah Ibn Aqeel
Asar
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Dr Mustafa – Mantiq (1jam sebelum maghrib)
Maghrib
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Syaltut – Minhaj Talibin
SELASA
Subuh
Rumah Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
Rumah Pahang – Ust Syed Kadir – Bidayah Hidayah
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Imad – Baijuri2 (9.30pagi)
Zuhur
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ibrahim – Nahu
Mudhayafah – Dr Mustafa – Muqaddimah Ibn Solah (2ptg)
Asar
Masjid Al-Azhar (Fatimiah) – Syeikh Ahmad Amir - Tajwid
Maghrib
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Syaltut – Minhaj Talibin
RABU
Subuh
Rumah Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
Rumah Pahang – Ust Juzaili – Awail Sunbuliah
Zuhur
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ali Salih - Tafsir
Asar
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ahmad – Syamail Muhammadiah
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Jamal Faruq – Kharidah Bahiyah
Mudhayafah – Dr Mustafa Nadwi – Sahih Bukhari
Maghrib
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ahmad – Majmuk Syarah Muhazzab
Isyak
Rumah Pahang - Syeikh Umar Habib Zain - Jauharah Tauhid / Rahiq Makhtum / Tuhfah Saniah / Bidayah Hidayah
KHAMIS
Subuh
Rumah Selangor – Ust Syed Kadir – Yaqut Nafis / Silsilah Haddad / Bulugh Maram
Rumah Pahang – Ust Syed Kadir – Kifayatul Akhyar
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Prof Hasan Assyafie – Aqaid Islamiah (9.30pagi)
Zuhur
Masjid Al-Azhar (Mugharabah) – Syeikh Ibrahim – Nahu
Asar
Masjid Al-Azhar (Atrak) – Syeikh Hamdullah – Tajwid
Mudhayafah – Syeikh Mohd Ibrahim Kattani – Tafsir (khamis pertama setiap bulan)
Maghrib
Mudhayafah – Dr Mustafa Amran – Kitabul Amir Alal Jauharah
JUMAAT
Selepas Solat Jumaat
Masjid Sultan Hasan – Syeikh Usamah – Matan Arbaien
Masjid Sultan Hasan – Syeikh Ahmad – Iqna’
Maghrib
Mudhayafah – Syeikh Mohd Hasan – Tuhfatul Atfal
Isyak
Mudhayafah – Dr Abd Sobur – Bughyah Idhah Talkhis Miftah Qazwaini
jadual penuh setiap hari.. so memang tak logik la kalau korang kate syeikh tak wat kelas pengajian.. tak munasabah lansung.. siap kelas sama kelas betembung2 belaga2 clash2 lagi.. atas kita la nak pilih kelas mana kita nak pegi.. kita pandai2 la susun masa.. bahagikan masa.. tapi ade jugak lagi yang buat alasan.. rugi tak pegi yang ni.. rugi tak pegi yang tu.. syeikh ni bagus.. syeikh tu mantap.. tapi kelas berlaga2.. lastnye semua dia tak pegi.. lagi la hampagas.. eloknye orang camni sedut je masuk dalam mesin hampagas.. (vacuum la tuh..)
jadi.. jangan kita lupa sempena bulan kelahiran junjungan besar Baginda Muhammad Sallallahu alaihi wa alihi wasallam ni marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam kepada junungan Baginda.. moga2 kita tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat dari Baginda diakhirat kelak.. jadi sebelum saya mengakhiri posting yang ringkas dan padat pada hari ini.. dengan ini.. saya menyeru diri saya dan kawan2 sume.. ape tunggu lagi.. jom talaqqi! (^_^)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
waa...
bestla kalaw pngajian tiap2 ari pn ada..:D
sheh ebat2 lak 2..
bkan snang nk dpt ksmpatan ngaji ktab2 dr dpa nieh!
klo my tym sheh nuruddin ni my malaysia..
sure pnohla msjd2 kt sini...
rugi sapa x p..
skali skala ja my...
org kt sana pn jgnla dk lpas pluang plak no..
If anyone travels on a road in search of knowledge, God will cause him to travel on one of the roads of Paradise. The angels will lower their wings in their great pleasure with one who seeks knowledge. The inhabitants of the heavens and the Earth and (even) the fish in the deep waters will ask forgiveness for the learned man. The superiority of the learned over the devout is like that of the moon, on the night when it is full, over the rest of the stars. The learned are the heirs of the Prophets, and the Prophets leave (no monetary inheritance), they leave only knowledge, and he who takes it takes an abundant portion.
- Muhammad (salAllahu 'alayhi wasalam) -
[Sunan Abu-Dawud, Hadith 1631]
mantop enta syeikhh....
bleh jd adik ipaq ni..
bkenan ana!
p/s: enta langsung xmengenali ana..dan ana hanya pembaca tegar,,
satu lg,,ana mati2 ingat enta salapi...
Salam,,
Ust Pamie salapi ke??hehehe..kuat tentang wahabi ni ust pamie ni..
Mantap enta syeikh..ana nak amik jadual enta..amik dulu xtahu nak ikut bila..sibuk dgn dunia ni..huhuhu..doa ko ambo getek tuh time2 buleh hok pelik2 tuh...
LAMBADA says:
erm,ambe g ari hari selasa baru ni org ngajo kitab matan zubad oleh ust salman (kalu xslp gt la)
wah...
lama tak jengah kat blog anda..
bagusnyer..... :)
jap..jap..jap...
awk blajar di mesir kan..
hmm..sy dgr rumours mengatakn mesir ni sgt secular ek..meaning...
derang prefer to befriend with israel rather than palestin..
betulke?
klu salah..sila betulkan yerk?
Salam alayk syeikh pamie..
jumpa kat Mesir bulan 7 nanti..
Boley blajaq fotosop..huhu..
miss gaza:
memang bestt.. tak lepas peluang.. :)
anonymous:
mantap kebende..biase2 je pun..banyak sangat lagi yg tak tau..
nak amek jadik adik ipo tu takleh sembang sini..kita sembang blakang la..nanti peminat2 lain sume frust menonggeng plak..haha..
terima kasih kerana menjadi pembaca tegar blog ni.. bunyi pembaca tegar tu.. macam gian bace plak.. huhu..
jangan mati dulu.. idup la lagi sebab ana bukan salapi.. hehe.. tang mane ntah yang buat enta ingat ana salapi tu.. rasa takde plak ana sebut ziarah kubur haram.. huhu..
al-amin:
mantap lagi maulana..buleh ngajo sejid dah..enta air mutlak dah..ana ni tayamum je..takat air mutlak takde tu baru la bleh pakai ana ni..hehe..
lambada:
jadual berubah2..jangan ikut sangat..kat mudhayafah pun banyak yg dah berubah jadual..kene ikut perkembangan le..kalo madrasah imam syafie kat umah pahang tu kene tengok keadaan ust yg ngajo kengkadang bizi dia mintak tuko..tapi tak lama dah nak pekse ni dah nak tawaquf dah..
amy:
wallahu a'lam tak tau le cemane husni mubarak tu bepikir.. kalo kat mesir ni sniri ada rakyat yang sokong dia ada yang rasa nak tembak je dia..macamtu le kalau kepentingan politik lebih dipentingkan dari kepentingan agama..
shahiddan:
insyaAllah kalo mai mesir contact la..tapi nak lajo potosop kene cari orang len la..ana bukan reti mane pun..hehe..