Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Tuesday, May 27, 2008

Mesir Oh Mesir

Posted by The Pamiesz® | Tuesday, May 27, 2008 | Category: |

salam kawan-kawan..
petang yang indah ni ana terasa nak bersajak plak..sementara menunggu maghrib ni..datang plak zouq nak besastera..dengar jela eh..

mesir oh mesir
tak kusangka aku kini di mesir
mesir pun tak menyangka aku kini di mesir
satu negara yang penuh pasir
debu-debu berterbangan berbutir-butir
perjalananku yang getir
menuntut ilmu bukan sihir
turath ulama difikir-fikir
siapa lah aku nak dibanding hampir
dengan masyayikh ulama pemikir
Islam dijulang ilmu ditadbir
aku hanya seorang musafir
berkelana jauh memikir-mikir
mencari ilmu milik mutlak Faathir
apa yang ada aku takkan kikir
apa yang tak ada takkan kututurkan dibibir
amanah ilmu takkan ku mungkir
ilmu umpama madu secangkir
manis nikmatnya bagi si sobir

bukan semua benda aku tahu
bukan semua benda aku tak tahu
bukan semua benda aku tak nak ambil tahu
bukan semua benda aku boleh dapat dari orang yang tahu
bukan semua benda aku tak dapat dari orang yang tak tahu
bukan semua orang yang tahu beramal dengan apa yang dia tahu
bukan semua orang yang tak tahu terus tak mahu tahu
bukan semua orang tahu dan terus mahu tahu
bukan semua orang makan tauhu
tahu ke tak tahu?
nak ke tak nak tahu?
aku tetap nak tahu

sahabat yang baik sentiasa memotivasi
sahabat yang 'terlebih baik' suka buat muka basi
tak payah lah nak terus berhipokrasi
kita sememangnya serasi
janganlah tuding jari
muhasabahlah diri
salahkan sendiri
kerana tak mampu berdiri
berlari dan berdikari
nikmat dan kekuatan Allah dah beri
ilmu yang banyak tinggal nak cari
tapi kenapa kita tak cari
kita yang malas hati tak berseri
bersainglah sihat ilmu dikejari
agar kedudukan tetap selari
ulama terbilang impian suatu hari

sekian dari meja sastera banjari

azan maghrib dah pun bergema..kalau ikutkan melimpah-limpah ruah lagi idea ni nak bersajak..tapi kang orang duk usha pelik apekehe pulak besajak besastera megrib2..kene rasuk ke..mane nak buatnye..dah time ni tentibe datang zouq nak bersastera..tapi takpe..zouq sastera ana ni..kana khadi'an li as-syariah al-Islamiyah..sastera yang tunduk pada syariat Islam..ana idak le nak ngikut zouq besastera sampai ninggal smayang megrib bejemaah..itu bukan bijak..itu bangang namenye..jadi..wahai pembaca sumer..the time has come..ayuh kita ke mesjid! marilah kita tunaikan kewajipan kita sebagai hambaNya..=)

Currently have 1 Kata Komenan:

  1. Terima kasih atas informasi menarik


Leave a Reply