Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails

Wednesday, November 4, 2009

Lama Pulak Aku Nak Mikir Nak Bubuh Tajuk Ape Posting Ni Lastnye Ni Aje Tajuknye

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, November 4, 2009 | Category: , | 7 Kata Komenan

kisah pengalaman ini diceritakan semula oleh kak afzanim yang menjaga perekse subjek agama pada ketika itu. kelas mane aku pon tak ingat. yang penting paper tu aku la penggubal soklannyer neh.

"cekgu..soalan ni sebenornye nak ape cekgu?" tanya sorang budak sambil garu2 kepala dia yang tak gatal pon.

"nyatakan jenis2 najis dan cara menyucikannya. hah, najis ade berapa jenis?" cekgu afzanim menjawap soklan dengan memberikan soklan.

"banyak cikgu" masih menggaru2

"yelah banyak tu berapa" potong cekgu afzanim

"dua!" jerit budak sebelah

"tiga la woih" kata yang lain

"eh bukan lima ke?" ada lagi yang menyampuk

"kamu tengoklah markahnye tu berapa. 6markah. biasa 1 jawapan kan 2 markah. bajet2 la jawapan ikut markah tuh." memberi klue.

"banyak lah cikgu. takkan nak tulis semua?" yakin budak tuh dengan jawapannye yang banyak sangat melimpah2 idea gamaknye.

"ape mende yang banyak sangat jenisnye najis tu?" cekgu pulak yang garu kepale yang tak gatal tapi buat2 gatal jugaklah.

"najis kude najis lembu najis kamben najis kencing najis anjing najis babi najis tapir najis cencurut najis mengkarung najis iguana najis dadah. takkan nak tulis semua cekgu?"

hahahaha. kalau macam tu 34,000 jenis binatang punye najis ngko tulih pon gerenti tak dapat markah seketul pon. penat2 aku sebut hari2 dalam kelas buat latihan dalam buku soal sorang2 masa amali. adeh.. ape die lah yang korang ingat nehh..

bila aku tanye secara lisan dalam kelas sume bole jer jawap. tapi pasal ape yang bila tulih dalam ketas pekse korang jadi cam blur jer?

Soalan: berikan 4 contoh air mutlak

a) wuduk
b) air mani
c) haid dan nifas
d) akil balil

agak2 dekat jawapan yang mana 1 yang aku nak bagi markah? ke aku nak bagi pelangkung jer kat budak neh? 1 lagi, korang tau tak BALIL tu ape? balik bukit jalil ke? hahaha.

budak yang bagi surat cinta haritu pon datang jumpe aku dengan muka mencebik masam mencuka + muke tak pueh hati + muke macam dah seminggu dah senggugut.

"ustat! pasal ape markah saya banyak ni je! dulu masa dengan ustazah saya dapat A tau! ni 67 je markah ustat bagi?! dahla ustat conteng ketas saya. huh!"

"hahahaha. sape suh awak conteng surat cinta untuk saya dulu. tu dah habeh bonus dah la saya bagi markah tu. takat tu je kemurahan hati saye. nak lebeh taun depan awak bole cuba lagi dengan jayanya. hahahaha"

sorang lagi budak pompuan yang markahnye 79% cuba membuat percubaan untuk 'menggosok2' demi mendapatkan 1 markah yang mampu meningkatkan prestasi beliau daripada B kepada A.

agak2 korang aku bagi tak?

antara jawapan yang korang akan bagi:
- blah laaa mentang2 pompuan 10 markah pon ko bagi kan?
- tak bagi kot. setau aku ko tegas orangnye.
- apsal pulak aku pulak nak kene agak ko bagi ke tak?
- ko nak bagi ke tak ke bukannye efek kat pointer exam diploma aku ni pon
- jawapan aku: agak2
- aku rasa jawapan aku: korang kot

hahaha. sukati korang lah.

lagi lagi lagi..

Soalan: apakah cara untuk mensyukuri nikmat Allah?

a) semayang dengan kusut

aduhai.. kenapa pulak nak kene kusut time semayang.. nak serabai time solat? nasib baik aku paham yang budak ni sebenornye nak tulis KHUSYUK. aku bulatkan beso2 kat pekataan tu. dan... aku bagi jugak markah. pemurah kan aku?

cerita yang ni pulak diceritakan semula oleh cekgu azam yang penin kepale merait kertas karangan BM yang rata2nya budak fail. antara ayat yang agak penin2 kentang dan pitam2 ubi untuk dirait adalah seperti berikut:

"dia manabang pokok guna kapal korek"

mana pigi bang.. manabang? hahaha.

woih! kapal korek mane ade orang buat tebang pokok laa. orang buat korek idung jer! hahaha.

dahlah. letih la aku nak gelak mengenangkan kenangan aku jadik cekgu skolah menengah nih. tak lama dah pon keberadaan aku kat situ. ada 16 hari jer lagi. tolak cuti sabtu ahad tinggalla 11 hari jer lagi aku akan berkhidmat kat skolah tuh. tak sampai 2 minggu pon.

lepas habis kontrak aku kat situ macam2 orang cadangkan aku suh wat. ada yang ajak apply sambung lagi khidmat kat skolah tuh. ada yang cadangkan suh aku apply jadi cekgu kat skolah menengah aku sniri - SMK Seri Perak. ada jugak yang cadangkan untuk aku bukak bisnes. ada jugak yang cadangkan suh aku bekerja sendiri. ada yang ajak sambung belajor. macam2 ada.

aku rasa wat masa skang nih aku stick to the plan asal. ape plannye? pegi la tanye pelukis plan. tanye kat aku watpe. ngahahahaha.


GALERI HARI PENUTUPAN KEDAI PAMIN
_____________________________


nilah rupenye kedai yang telah siap dipacking barang2 untuk dihangkut naik lori balik KL. kata tuan punye kedai sewa, "macamana kitorang bagi dulu macamtu lah korang pulangkan balik" ternyata masa korang bagi dulu kedai ni kotor. tapi kitorang pulangkan balik kedai ni sangat bersih. baik tak hati kitorang?

ni namanya cirit tikus! sebijik perangai macam korang. suka cirit merata2. hahaha.

dengan kak amy, bini en. jamal bos kitorang yang lebih sinonim dengan panggilan pak arab

amin.. bole tak tunjukkan aku kat mana rumah hj munir? hahahaha. kalau tak tau cube ko tanye kat kak amy. hahahahaha.


Kedai PAMIN in memory.. time kasih kak amy dan tuan jamal kerana bagi kami peluang dan pengalaman yang amat bernilai untuk kami terus menempuh hidup yang serba mencabar nih. doakan kami berjaya dalam hidup.. :)

Monday, November 2, 2009

Selamat Pengantin Batu Korang Sume. Eh? BARU kot!

Posted by The Pamiesz® | Monday, November 2, 2009 | Category: , | 10 Kata Komenan

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu wamaghfiratuhu waridhwanuhu

harini aku nak bercerita tentang orang kawen. bace jerlah jangan banyak cakap. tak tau la kalo korang baca blog aku ni pon sambil becakap2 ke hape kan. tapi biasa kalo silent reader dia baca sambil diam. [nama pon silent] kalo bisin reader je yang baca kuat2 kot. lepas baca dia bisin pulak kat ruangan komen. nasib baikla bisin tu wat meriah. macam hari raya lalalala jer rasa ruangan komen tuh. apepon time kasih la aku ucapkan wat sume yang sudi mengomen. tak kire siapa anda walaupun silent mahupun bisin reader, anda tetap tunggak yang telah menjayakan blog aku nih. tanpa anda siapalah saya? takkan soklan ni pon nak tanye. walaupon tanpa anda mestilah saya tetap pamie jugak. ntahape2 nak tanye sape saya pulak. nak makan kasut masak kicap jalen? oke2 saya tahu awak sume peminat kipas udang. tak payah la nak buat kicap kipas sotong ke, kicap lampu ketam ke, kicap meja tapir ke, sudah2 lah tuh.

sebelum saya mencarut, eh mengarut di caption2 gambar dibawah ini, sudilah kiranya anda semua mendengarkan dendangan lagu daripada saya. sebenarnya suara saya taklah sesedap mana. dulu boyz II men ngan kenny g blajor pitching suara dengan saya. [bile masa pulak kenny g menyanyi?haha] ning baizura yang suara soprano tu pon.. tak belajar ngan saya. apatah lagi kalau kita nak sebut hajjah deja moss, datuk siti nurhaliza misbun dan sebagainya yang sememangnye mereka tu sangat tak mengenali saya apatah lagi membaca blog karutan ini. maka dengan bangganya saya mempersembahkan:

Selamat Pengantin Batu~
Eh. Selamat Pengantin BARU. agak2 ah.

ketepak pak pak bum bum [intro music la tuh]

Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga

aku memang dah agak dah. kalau aku menyanyi jer mesti ada yang mintak 2x. pastu kang kalo aku perform 2 lagu, mule la ada yang nak mintak aku nyanyi 10. ni yang aku maleh ni. ramai sangat yang nak jadi protogey aku. tanam togey maleh. aku dah pesan pengerasnye togey. baru bole jadi anak murid aku. tapi kome malu nak bercucuk tanam. huh.

biar ah. biar aku nyanyi lagi. bukan slalu nak nyanyi untuk kawan2 kan?

Gembira bersama menanti hari,
Dua hati saling diikat berjanji,
Melayar bahtera mahligai impian,
Keluarga bahgia itulah harapan.

Berjanji setia menempuh bersama,
Susah dan senang ditempuhi jua,
Suami membimbing isteri dia membantu,
Barulah hidup kan kekal bahagia.

Jangan diimpikan bahgia selamanya,
Tanpa kasih sayang patri bersama,
Jangan diimpikan bahgia selamanya,
Tanpa kasih sayang patri bersama.

Akidah dibawa Islam dilaksana,
Zuriat terbina pengikat jiwa ,
Akidah dibawa Islam dilaksana,
Zuriat terbina pengikat jiwa.

Tuhanku berikan bahagia padanya sehingga ke akhirnya...

Hormat menghormati itulah seharusnya,
Bertolak ansur biarlah bersama,
Hormat menghormati itulah seharusnya,
Bertolak ansur biarlah bersama.

Maaf bermaafan saling menyanyangi,
Doa dipinta kasih diberi,
Maaf bermaafan saling menyanyangi,
Doa dipinta kasih diberi.

Bila dua hati terjalin bersama,
Selamat Pengantin Baru kami ucapkan,
Moga kekal bahgia bersama selamanya,
Anak yang soleh itulah harapan.

korang nak tau tak sebenarnye dorang2 yang kawen ni kan, sebelum dorang kawen dorang sume nyanyikan lagu ni kat mak dorang.

Buah jambu tiga serangkai
Hanyut sebutir ke tanah jawa
Apa ilmu cik adik pakai
Makin dipandang makin ketawa

Kelat pisang kelat
Punggah budu tahi lalat
Batu pisang batu
Cuma adik hanya yang satu

Alah emak kahwinkan aku
Alah emak kahwinkan aku

Tanam pisang la rapat
Biar la senang puyuh berlari
Hendak ku pinang tak dapat dapat
Kupujuk pujuk ku bawa lari

Rumah tepi sawah
Kena pula langsir biru
Emak jangan marah
Esok lusa dapat menantu

Alah emak kahwinkan aku
Alah emak kahwinkan aku

Limau purut lebat dipangkal
Sayang selasih condong bunganya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang kasih apa ubatnya

Kelat pisang kelat
Punggah budu tahi lalat
Batu pisang batu
Cuma adik hanya yang satu

Alah emak kahwinkan aku
Alah emak kahwinkan aku

Kiri jalan kanan pun jalan
Di tengah tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama la sama menanggung rindu

Rumah tepi sawah
Kena pula langsir biru
Emak jangan marah
Esok lusa dapat menantu

Alah emak kahwinkan aku
Alah emak kahwinkan aku
Alah emak kahwinkan aku
Alah emak kahwinkan aku

Mak.. baik mak kawenkan aku cepat sebelum aku kawenkan diri aku seniri. [satu ugutan yang langsung tak ditakuti apatah lagi untuk terasa terancam dengannya] wakakakaka~


SELAMAT PENGANTIN BARU
MUJAHID DAN AKMAL
_________________

dengan sakit2 pinggangnye aku tunggang kamben bersama kawang2 (amin dan kucai) menuju ke ipoh untuk memenuhkan perut yang sedia dikosongkan demi mengisi beliau dengan nasik minyak ron95 beserta ayam golek2 guling2 atas api yang berkemungkinan dijamu di kenduri Ust. Mujahid, mantan presiden keluarga pelajar islam perak mesir.

walaupun datang dah lambat, kami tetap dapat makan nasik minyak v-power racing. sangat special lauk kami pada hari tersebut. terima kasih pihak penganjur. tak sia2 kami datang jauh. berkali2 kami tambah disamping layanan pihak tuan rumah kepada kami bagaikan VVIP. (bukannye Very Very Irritating Person yer)

biasala kenduri kalau tak usha awek tak sah. mana la tahu kot2 lekat sorang bole nikah terus kat situ dan kenduri pon jimat kire tumpang situ jer sekaligus. hahaha. mujahid, nak jadi adik ipor hang bole tak? aku sanggup tunggu yang baru abeh PMR tuh. hahahaha!

siyes aku tak ingat nak belikan adiah untuk hang la mujahid. tapi aku tengok adiah hang dah banyak dah orang bagi kire aku bagi adiah senyuman jer pon cukup la kot? memula aku ingat nak adiahkan hang 2 handle bag kunen yang aku dapat lepas makan tadi tu. tapi kompem hang tak terima kan? pasal dalam tu pon yang tinggal kulit limau ngan bekas muffin kosong jer. hahaha.

anak2 perak mesir yang bakal menggegarkan meja (tu pon kalau digegarkan lah. kalo tiup2 je meja camne nak begegornye) tolong doakan kesembuhan ayah ust kapten (baju kemeja coklet) yang mana ayah beliau baru lepas operate kanser. Allah yashfih.

"abang..janganla pergi bang..kita kan baru je kawen..takkan abang nak tinggalkan sayang sorang2.."
"alah sayang..abang nak gi halo kucen berak jer kat situ tuh..busuk la majlis kita nanti kalau dibiarkan beliau membuat onar ditempat tersebut.."
[tepok sket untuk ust mujahid dan zaujahnye ustzh akmal. kompang mane kompang? nak kene lempang nih.]

bergambar kenangan bersama keluarga mujahid. [aku menenggong bawah mujahid woih. tandanye aku tak lama dah la tu. berkat pengantin dapat dah. hahaha]

amin bertanya kepada pakcik berbaju ijo a.k.a ayah mujahid: "pakcik ada anak pompuan lebeh tak yang nak disumbangkan kepada saya sebagai hadiah hari jadian saya?".
jawap beliau: "ko korek idung 28x pon tak kesior aku nak wat ko jadik menantu". hahaha.

"pakcik, nanti dalam tempoh masa sekian2 saya datang tengok anak pakcik yang PMR 9A tu ye" kata pamie.
"aduh, kalo aku dapat adik ipo macam pamie ni mau kene penyakit kronik aku nih" kata mujahid.
"pakcik tak kesah, pakcik tengok pon ko memang sikoh budaknye" jawap pakcik.
wakakakasut [dialog ini hanya rekaan semata2. diharap tiada pihak yang akan menyaman saya. hahaharun]

dapat 'berkat' wehh! kuang hajo aminuddin nih. kalo becalor kulet kamben aku, aku tau ko ganti ngan kete lancer evoX beserta enjin turbocor yang takde gegar2 serta tak payah tuko driveshaft dan armlink mahupun absorber kayaba.

berposing usai solat asar di masjid INTIM. credit to mr. kucai with his nikon D3000

balik2 aku ngan amin jugak jadik romantic couple. bile ko nak datang minang aku min? hahahahampeh

"mie, nak kulit muffin tak? aku tak larat nak makan la kulit die ni. rasa kertas."


SELAMAT PENGANTIN BARU
IZZUDDIN DAN HUDA
________________

sorang lagik sahabat bek aku telah pon selamat menjadi laki orang pada minggu lepeh dan telahpon mengadakan kendurinye di belah orang rumahnye kat penang pada 2hari lepeh. sori din tak dapat datang penang pasal pada hari tersebut aku kene bawak mak ayah aku ke umah abang aku. insyaAllah aku datang kenduri ngko kat teluk intan nanti. gambo disnap oleh abang aku si pidos yang berhoneyday ngan bini dia kat bukit bendera sambil pegi kenduri itu. [apehey mulut ko tu din? sakit gigi ke? ahahaha.]

selamat pengantin baru din. sampai ati ko langkah bendul aku. hahaha

disebabkan bendul aku ko langkah dan ko pijak2, maka dengan ini aku menuntut special seat VVVVVVVIP ketika kenduri di umah ko kelak. jangan buat2 lupa tuh. hahaha.


SELAMAT PENGANTIN BARU
LABIB DAN ASYIKIN
________________

tak lupa jugak buat Ust Labib dan zaujahnye Pn Nurul Asyikin. rasa2nya tak telambat jugak untuk wish korang selamat pengantin baru. walaupon jasad korang bedua terpisah jauh antara benua buat sementara waktu ni, janganlah dikhuatiri kerana hati korang tetap dekat. moga2 Allah merahmati korang dan mempermudahkan segala urusan korang. jangan lupe doakan aku yang masih tak lepas2 roadblock nih. hehehe.

Kepada setiap pasangan sahabatku:

Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul ISLAM wal muslimin.. ameen.. :)

Saturday, October 31, 2009

Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Kampus Zaqaziq Sebelah Sawah Seberang Mawaf Tonto Adim Nek Tremco Benti Kat Sidnawi Pun Bole

Posted by The Pamiesz® | Saturday, October 31, 2009 | Category: , , | 7 Kata Komenan

alhamdulillah syukru lillahi tabaraka wa taala azza wa jalla. inilah rupanya sijil ijazah sarjana muda bahasa arab universiti al-azhar mesir yang telah sekian lama aku nantikan. sijil sementara jer nih. cantik kan? canggih sijil ni. komputer buatan manusia pon tak dapat celen kecanggihan font nih. pasalnye dorang masih guna font asal buatan Allah iaitulah tulisan tangan. sijil original kang lagi cantik. lagi banyak setem. sampaikan korang akan anggap tu bukan sijil kot. ntah2 korang ingat itu buku setem. kot. paham tak kot? tunggulah setaun setengah lagi baru korang dapat tengok 'buku setem' tuh.

ini pulak orang purba panggil manuskrip. ataupon dalam bahasa arab dipanggil makhtutot. kepala utot hang makhtutot. ni bukan manuskrip. ni transkrip. reti beza tak antara transkrip ngan transnasional? transkrip tu dalam bahse arab dipanggil kashfu natijah. transnasional dalam bahse arab dipanggil utubis. skang sile bezakan pulak antara utubis dan kubis? kueh lupis? punggis. is?

once upon a time there was a girl. [guess who? i know what u did last deepabali oke. haha.] she asked me to help her friend. they have to do some kind of acting using the arabic dialog. of course it was for their assignment hape jadah tah lebeh kuang tu le. i think almost 3 month i left my arabic language untouched from the corner of my mind. so from the worlds view i accepted that celen [bukan celen bahse jawe nih] to translate this dialog to arabic. maybe i translated wrong. if you think i'm wrong, please make it rite. plis rait ketas pekse budak2 nih. aku dah tak larat dah neh. hahaha. minggu depan dah kene key in data kat pc skola. ketas betimbun lagi tak berait. raitkan woih. hohoho.

dibawah nih aku kepilkan dan steplerkan dialog yang aku terjemah dulu tu. blehla tengok2 sambil hapal sambil aplikasikan dalam scene kehidupan anda. sonok sebenanye cakap arab nih. tak pecaya tanye le kat arab. sonok tak dia cakap arab. mesti dia jawap sonok. kalo dia cakap tak sonok mesti dia bukan arab. tapi tak sume yang bukan arab pon kata cakap arab tak sonok. besenye tak sonok yang kata arab sonok. arab sonok kata tak cakap. cakap kata tak arab seronok. dua ronok tiga ronok nam ronok kata arab cakap melayu. jadahnye ko cakap ni weh. nak kene pelempang ngan kebab ayam ke? [jangan! jangan! rugi nanti kebab tu betabor atas pipi jer. bek berzakat kat faqir miskin. banyak berzakat banyak berkat! moh le berzakat! iklan khas jabatan ugame negri perak]

aku rasa kalau merepek macam ni, buat buku 297 jilid pon takkan pernah habis kan. huh.


Scene 1
______

Dayah : Penatnya hari ini. Cuaca pun sangat panas
تعبت تعبا جدا اليوم، الجو حر قليلا
Ta'ibtu ta'ban jiddan alyaum. Aljawwu harr qalilan

Aini : Iyelah. Saya pun begitu juga.
نعم، اشعر كذلك، حر جدا
Naam. Asy'uru kazalik. Harr jiddan

Daus : (salam), sahabat. Apa khabar kamu berdua?
السلام عليكم يا جماعة. كيف حالكما؟
Assalamualaikum ya gamaah. Kaifa halukuma?

Dayah : Kami baik. Tapi mengantuk sedikit.
وعليكم السلام. الحمد لله نحن بخير. ولكن نشعر بالنعاس قليلا
Waalaikumussalam. Alhamdulillah nahnu bikhair. Walakinn nasy'uru binnu'as qalilan

Aini : Kami tidur lewat semalam.
تأخرنا قليلا للنوم بالامس
Taakhkharna qalilan linnaum bil ams

Ida : Apa yang kamu berdua buat malam semalam?
ماذا تفعلان في الليل؟
Maza taf'alani fil lail?

Dayah : Kami berdua belajar. Untuk persediaan peperiksaan minggu hadapan
نعمل المراجعة مع اصدقائنا للإستعداد للإمتحان الذي سيكون في اسوع القادم
Na'mal almurajaah ma'a asdiqo'ina lil isti'dad lil imtihanillazi sayakunu fi usbu'il qadim

Daus : Jam berapa kamu tidur? [kamu berjaga sampai kul bape?]
تستيقظين حتى ساعة كم؟
Tastaiqizin hatta saah kam?

Aini : jam 3 pagi
ساعة ثالثة
Saah thalithah

Ida : Petang ini, mahukah kamu berdua pergi riadah bersama-sama? . Untuk segarkan badan.
هل تريدان ان تذهبا معي للرياضة؟ على شأن صحة الجسد
Hal turidani an tazhaba ma'i lillriyadhah? Ala sya'ni sihhatil jasad

Daus : Iyelah. Bila badan segar kita pun sentiasa sihat.
انا موافق. العقل السليم في الجسم السليم
Ana muwafiq. Al-aqlussalim fil jismissalim

Dayah : Baik lah begitu.
لو كلكم موافقون، خير
Lau kullukum muwafiqun, kheir

Aini : Kita jumpa petang ini di padang.
حتى نلتقي بالملعب في هذا المساء. لا تنس موعدنا
Hatta naltaqi bil mal'ab fi hazal masa'. La tansa mau'idana


Scene 2
_______

Anis : Dimana mereka berdua ini? Hari semakin malam.
اين كانتا؟ ظلم الليل سيظهر نفسه في وقت قريب
Aina kanata? Zulmullail sayazhar nafsahu fi waqtin qarib

Dila : Tunggu lah sebentar. Mungkin mereka ada hal.
انتظري قليلا. ممكن يوجد عندهما المانع يمنعهما
Intaziri qalilan. Mumkin yujad 'indahuma almani' yamna'huma

Anis : Baiklah.
طيب، سانتظر
Toyyib. saantazir

Dila : Haaa…. Itu pun mereka.
انظري هناك. هم يأتون
Unzuri hunak. Hum ya'tun

Anis : Kawan-kawan di sinila.
!يا صديق! هنا! هنا
Ya sodiq! Huna! Huna!

Daus : (salam), maafkan kami semua kerana lewat.
السلام عليكم. آسف جدا تأخرنا قليلا
Assalamualaikum. Asif jiddan. Ta'akhkharna qalilan.

Dila : Tidak mengapa wahai sahabat.
لا بأس به يا صديقي
La ba'sa bihi ya sodiqi

Anis : Siapa mereka berdua ini?
من هن؟
Man hunna?

Ida : Ini kawan-kawan asrama saya.
هن اصدقائي من بيت الطلبة
Hunna asdiqa'i min baitittolabah

Dayah : Nama saya hidayah. Saya dari fakulti awan dan sumber asli. Saya berasal dari Selangor.
اسمي هداية. انا من كلية العوام ومصدر الأصلي. انا من سلنجور
Ismi hidayah. Ana min kuliyyatil awwam wa masdaril asli. Ana min selangor

Aini : Saya aini. Saya dari fakulti kimia dan sumber asli. Saya berasal dari kedah.
انا عيني. انا من كلية الكيمياء ومصدر الأصلي. انا من قدح
Ana aini. Ana min kuliyyatil kimiya' wa masdaril asli. Ana min qodah

Dila : Saya dila. Yang ini anis. Kami dari berdua dari fakulti makanikal. Kami berdua berasal dari Johor
انا ديلا. هذه أنيس. نحن من كلية ميكانيكال. نحن من جوهور
Ana dila. Hazihi anis. Nahnu min kuliyyah mekanikal. Nahnu min johor.

Anis : Mari kita main bola jaring sekarang. Ramai- ramai baru seronok.
فرصة سعيدة. الآن حي نلعب كرة السلة. كثير عددنا كثير سرورنا
Fursah sa'idah. Al-an hayya nal'ab kurratas sallah. Kathir 'adaduna kathir sururuna.

Aini/dila/daus/dayah/ida : Mari
حي بنا
Hayya bina


Scene 3
_______

Dila : Kawan-kawan, sekarang sudah pukul 6.30pm. Mari kita pulang.
يا جماعة! الوقت قد انتهى. ساعة سادسة الآن. حي نرجع
Ya gamaah! Alwaqtu qadintaha. Saah sadisah al-an. Hayya narji'

Aini : Iyelah. Sebentar lagi sudah tiba waktu solat magrib
طيب، سيدخل وقت المغرب في وقت قريب
Toyyib, sayadkhulu waqtul maghrib fi waqtin qorib

Ida : Terima kasih semua. Seronok bermain bola jaring tadi.
على كل حال جزاكم الله. اشعر بالسرور
Ala kulli hal jazakumullah. Asy'uru bissurur

Dayah : lain kali kita semua bermain lagi ye.
ممكن نلعب مرة اخرى في وقت اخر
Mumkin nal'ab marratan ukhra fi waqtin akhar?

Daus : Boleh. Insya-allah
ممكن ان شاء الله
Mumkin insyaAllah biiznillah

Anis : Baiklah. Jumpa lagi semua.
طيب مع السلامة و الى اللقاء
Toyyib, maassalamah wa ilalliqa'

ilmu tak elok simpan dalam harddisk je kan? elok kongsi ngan orang seramai mungkin agar dapat manfaatnye dan sahamnye bersama. moga2 ade le manfaatnye ape yang aku cakap ni walaupon kengkadang [kengkadang?hahaha] selalu [ni baru betul.hahaha] ajer terkona tersasar kesana kemari. moga2 Allah pelihara aku daripada kalam2 biduni faidah. amin.. [jangan nyaut min.. aku tak panggey ko oke..]

tajuk2 posting aku makin lama aku rasa makin macam sunat muakkad jer. [haram2 kene jauh so tanakla sebut macam haram. ngehehehe. tapi kan, tak temasukla haram (piramid) dan jugak haram (masjidil haram dan masjidin nabawi)]

dahlah tuh. macam haram je merapunye. [sebut jugak. kejap je tadi baru cakap. hahaha]

tasbah alal kheir [ucapan gudnite dalam bahse arab] aku nak tido dah ni. tolong pesan kat aku supaya tak lupa baca doa dan surah mulk. aku tanak mimpi dengan roshahimi lagi. really menakutkan. tengok muka dia jer pon dah horror dah. jauh berkali ganda lebih horror daripada tengok cite 9 september. wahahahahahabi. [gelak style wahabi]