Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Tuesday, May 19, 2009
Imtihan VS Talaqqi
alhamdulillah..
hanya itu je mampu ku ucapkan atas segala ketenangan hati yang Allah kurniakan dalam hati ni.. telah selesai pekse tahriri bagi madah Al-Quran yang aku dah 2x sangkut nih.. padanlah muke sape suh malas mengapal.. boleh jawap atau tak paper tu aku maleh nak citer kat sini.. yang penting dah usaha takat mana yang termampu dan selebihnya tawakkaltu alallah.. tinggal nak tumpu untuk pekse syafawi pulak lah yang ada lebeh kuang 3minggu lagi.. kalo kire ikut saat berjuta2 lagi.. kalo kire ikut detik bermilion2 pulakla jauhnye.. maknanya lambat lagi lah kan.. relek2 ah.. kekeke..
pekse kali ni aku tak lepak lama kat zagzig.. ari jumaat malam tu baru aku balik zagzig dek kerana sayang nak meninggalkan pengajian dengan Syeikh Yusri Al-Hasani di Muqattam lepas jumaat.. dan lepas asar pulak pengajian kat rumah Syeikh Yusuf Al-Hasani kat rumah beliau yang baru je menjalani proses perpindahan daripada tingkat due kepada tingkat ground floor sebab ade pulak arab nak tetibe umah tingkat due tuh.. pas maghrib tu aku wat solat jamak kat rumah dan terus chalo betey untuk memblahkan diri pulang ke kampung zagzig yang indah permai.. cadang2 subuh sabtu tu baru nak balik.. tapi kang buatnye aku tersubuh biawak bangun kul 11 pagi memang kompem aku nangis berqasidah jer pulak nanti.. jadi dengan jitu dan berjiwa kental aku membuat keputusan untuk memulangkan duit.. eh memulangkan diri aku ke zagzig pada malam hari.. tu pun sebenornye aku rasa frast sebab termiss 2 kelas.. pas subuh sabtu ada pengajian Fawakih Janniah kat masjid Walidain ngan pagi kul 11.30 pengajian Sahih Bukhari kat ruwaq Al-Atrak.. aku amek keputusan untuk pulang ke kaherah ala tuull pas paper berakhir.. supaya tak termiss pengajian dengan Syeikh Ahmad pas zohor dan pas asar.. tapi apakan daya.. kita merancang.. Allah yang menentukan.. aku tak dan kejo pengajian Tajul Jamik ngan Baijuri.. sob..sob..
______________________________
kronologi perjalanan untuk imtihan:
8.00 malam: jalan kaki daripada umah ke mahattah depan suq sayyarat tanpa sebarang bayaran kepada encik kaki..
8.07 malam: tahan tremco gi ke awal makram dengan bayaran sebanyak LE1
8.30 malam: tahan tremco gi ke mawaf asyir dengan bayaran sebanyak LE1.25
9.00 malam: naik pijot daripada mawaf asyir ala tuull ke mahattah zagzig dengan bayaran sebanyak LE5
10.30 malam: sampai mahattah zagzig dan menyinggah ke zezenia untuk melantak coleslow tersedap didunia dengan harga LE4.50
10.45 malam: sampai di umah 'Mr. Os Oh Kome Deroyan Dah Berbunge' lalu terus dengan pantasnye duduk bersimpuh bagaikan kanak2 perempuan bermain congkak dihadapan laptop nik.. lalu dengan usaha yang gigih cuba mengaplod maqolah yang telah diterjemahkan seblum ni.. namun menghadapi pelbagai cabaran dan masalah untuk mengaplodnya hingga menyebabkan punggung berkematu dihadapan laptop itu hingga pukul 2 pagi..
2.00 pagi: sapuang ngan os masak nasik ngan lauk ayam kurma.. pun dah lama aku tak melantak lauk itu lalu dengan rakusnya aku memakannya bersama semua rakan taulan..
2.20 pagi: selesai makan.. tibalah masa untuk mengulang Quran.. sambil berbaring diatas katil nik yang empuk dan bantal beliau yang umpama awan guling.. aku memejamkan mata dan melancarkan bacaan fatihah ayat 1-7.. lalu dengan amannya aku pun terlelap..
5.00 pagi: sham gerak aku bangun subuh.. setelah selamat menunaikan solat subuh.. aku pun mengulang lagi bacaan fatihah supaya tidak gagap ketika ditanya oleh kertas periksa nanti.. lalu dengan selamat sekali lagi aku terlelap dengan jayanya diatas katil nik yang sememangnya dengki dengan ketidakmahutiduran aku..
8.00 pagi: baru terjaga daripada tido dan didapati semua orang dah pun siap sedia nak gi berperang sambil mentasmik antara satu sama lain.. aku membasuh2 taik mate yang tak wujud di mata.. mengambil wuduk lalu bergegas mengambil kamera untuk menangkap2 gambo sebagai agenda utama..
8.30 pagi: solat dhuha dan hajat sebelum pegi pekse.. menahan teksi yang disapot sepenuhnya oleh encik paek yang manis senyumannya..
8.50 pagi: sampai di kuliah dan meneruskan agenda menangkap2 gambo..
9.10 pagi: masuk dewan pekse dan mula berperang..
10.10 pagi: kuar dewan pekse dengan muka bertenang macam takde pape yang berlaku..
10.30 pagi: sampai kat mahattah dan menghilangkan kerinduan terhadap kusyari tahrir yang memang dah lame sangat aku tak mengidam..
10.45 pagi: balik umah nik.. besiap2 sambil melayan tenet seblom balik..
12.50 petang: pegi kat centre etisalat kat syari' mokmen untuk membetulkan nombor telepon aku yang tersalah isytirak pakej.. lalu makan krib yang merupakan perkara wajib pabila pulang ke zagzig..
___________
2.00 petang: amek teksi ke mahattah daripada syari' mokmen dengan bayaran sebanyak LE3
2.10 petang: amek pijot ke mawaf asyir dengan bayaran sebanyak LE5
3.30 petang: tahan tremco ke duwaiqah dengan bayaran sebanyak LE1.75
4.00 petang: tahan teksi ke Saidina Hussain dengan bayaran sebanyak LE1.25
4.15 petang: masuk ke ruwaq Al-Atrak masjid Azhar seraya mendengar Syeikh Ahmad berkata "wallahu taala a'la wa a'lam"
mula2 dah rasa prast menonggeng dah.. [tapi takde la pulak aku pegi menonggeng kat dalam kelas tu..] yelah.. aku baru je landing bontot tetibe kelas dah habes.. rupe2nye Syeikh tutup kitab Baijuri.. dan baru bukak Ashbah Nazair.. tetibe rasa macam harapan aku bersinar kembali.. biarlah dapat 10 menet pun jadilah masuk kelas.. dan sungguh dalam 10 menet tu pun.. banyak yang aku dapat daripada fadhilah Al-Syeikh.. aku bersyukur sangat dan tak terasa penat aku walaupun dah macam hape dah badan aku masa tu.. longlai.. lepas asar tu.. tunggu syeikh untuk kelas Syarah Ihya tapi syeikh datang dan kata petang tu takde keleh.. maka aku yang baru terperasan bahawa badan aku dah tak mampu nak tanggung kepenatan ni pun mengendong beg yang beratnya kurang sikit daripada berat lori sawit ni pun melangkahkan kaki keluar daripada masjid dengan pemikiran yang hanya berlegar2 disekitar katil dan tilam..
5.30 petang: jalan kaki daripada masjid Azhar ke mahattah darasah sambil berfantasi untuk bermesra dengan tilam..
5.40 petang: tak lalu dah nak tunggu bas 80 palang.. dengan pantas aku naik bas 3jim dengan bayaran sebanyak LE0.50
6.20 petang: turun kat depan kuliah banat dan naik pulak bas 926 yang tetibe je muncul kat situ untuk ke sabiek dengan bayaran sebanyak LE0.50
6.30 petang: sampai kat sabiek lalu menahan tremco nak ke asyir dengan bayaran sebanyak LE0.75
7.00 petang: turun kat bawabah talitah lalu dengan tehoyong hayangnye bejalan pulang menuju ke rumah pahang yang tercinta
7.15 petang: sampai kat umah dan terus terbongkang kat atas katil..
7.30 malam: azan maghrib.. aku takut terlajak tido lalu bergegas menunaikan solat maghrib
7.40 malam: selesai solat maghrib.. perut aku tetibe nyanyi lagu metallica.. apekehal? adehh.. nak masak maleh.. nak kuar pun maleh.. tapi lapo.. lalu aku membuat pertimbangan semasa dalam dilema itu antara masak ngan keluo.. masak lagi penat.. lalu aku pun menelepon lokman yang berada di masjid sedang mengapal.. lalu temujanji untuk makan candlelite dinner bersama beliau pun dimetrai..
9.00 malam: azan isyak.. aku terus ke masjid.. solat berjemaah dan jumpe lokman lalu terus gi melantak restoran yang memang dah lama aku nak gi tapi asik tutup..
10.00 malam: balik umah dan tak pikir panjang terus tido sebab badan rasa tak sedap.. takde rasa stroberi pon..
____________________________
kalo ikutkan aku memang letih yaamat peringkat kelapan belas.. kalau nak susun ikut kronologi perjalanan aku ni.. aku sniri pun tak sangke aku bleh sanggup berpenat lelah macam tu demi mengejar sebuah pengajian.. korang tengok seniri la bape banyak tremco ngan bas ngan teksi yang aku lompat.. dasat lagi aku lompat tremco ni daripade lompat parti tau.. haha.. kalo korang terer cuba la kira bape banyak duit aku habeh sume skali wat keje melompat2 tremco nih.. tu baru duit.. kalo kire stamina aku yang habeh duk wat keje melompat2 tu.. tak tau la bape banyak glukos yang aku dah bako dalam kaki aku ni.. tak tau la banyak mane chakra sage mode naruto aku pakai untuk wat lompat2 katak kat tremco2 ni.. hahaha..
betulla orang kata.. bila dah dapat zouq mengaji.. memang sayang nak tinggal walau 10 minit pengajian.. setiap minit digunakan oleh para masyayikh kita dengan memberikan ilmu yang bermanfaat.. setiap minit kita akan dapat ilmu baru.. aku sebagai orang jahil yang tak tau pape ni.. lagi lah tambah2 rasa rugi bila termiss walau 5 minit.. aku cakap sume ni.. tulis dalam blog camni.. bukan tujuan nak berbangga atau apa2.. takde ape yang nak dibanggakan dengan kejahilan.. korang tak payah duk puji la.. nak kate aku mantap la.. ape la.. rajin talaqqi la.. alim la.. aku tak harap langsung sume tu.. bahkan aku tau aku tak layak untuk sume tu.. aku tau tahap aku kat mana.. aku lebih paham diri aku seniri oke.. aku tak pernah niat nak berbangga sebagai orang yang bertalaqqi.. aku cuma bersyukur.. sebab Allah campakkan rasa nak ubah kejahilan dalam diri aku.. Allah berikan aku kesedaran.. bahawa seorang yang jahil.. takkan selama2nya duduk dalam kejahilan.. aku mampu untuk ubah.. dan aku kene dan wajib untuk bersungguh2 untuk ubah.. cara nak bersungguh macamana? belajar la.. cara nak belajar camne? bertalaqqi lah.. cara nak bertalaqqi camne? dampingilah para ulama.. cara nak dampingi ulama camne? segala2nya perlu diteraskan atas satu dasar.. SABAR.. aku kene SABAR.. biar penat mana pun.. biar susah mana pun jalan nak pegi kepada ulama2 tu.. aku kene SABAR.. biar berat mana pun ilmu yang aku terima.. biar susah mana pun aku nak paham ilmu tu.. biar slow mane pun progress aku.. biar bape ploh ribu kali mengulang aku tak dapat2 hafal masalah tu.. aku kene SABAR.. biar apa pun orang nak caci maki aku.. biar apa pun pendapat dan kritikan orang terhadap aku.. aku kene SABAR.. aku yakin kepala dan penghujung kepada semua keSABARan aku ni adalah KEJAYAAN.. aku yakin.. ya.. aku yakin..
sebab cabaran yang aku perlu SABAR dan hadapi ni tak de nilai langsung pun kalau nak dibandingkan dengan kesabaran ulama2 terdahulu mahupun sahabat2 Nabi SAW dulu.. mereka boleh bermusafir sejauh beribu batu dari madinah ke mesir semata2 untuk meriwayatkan sebuah hadis yang menceritakan Rasulullah memakai serban berwarna hitam ketika Fathu Mekah.. cuba bayangkan.. macamana para sahabat radhiallahu anhum mengambil berat tentang penyampaian ilmu dan perihal Nabi kita Muhammad SAW.. aku umpamakan zaman skarang.. agak2 korang ade ke seseorang sanggup kayuh basikal daripada perlis pegi ke singapore semata2 nak bagitau kat sorang kawan dia.. "si pamie tu rajin pegi talaqqi.." ade ke? ade tak? kalo ade tolong bagitau aku.. aku nak bagi dia flying kick plus steel chair pedigree sebab wat keje tak bepaedah.. baik la bagi beskal tu kat aku bleh aku wat kayuh gi mesjid..
sentuh tentang bertalaqqi.. aku tak pernah menghujum (merendah2kan dan mencela) mereka yang tak bertalaqqi.. semua ni taufiq daripada Allah.. Dia yang bagi kesedaran dan kekuatan dalam jiwa kita.. Dia yang menggerakkan hati dan anggota kita untuk bersungguh mengejar ilmu.. hanya mereka yang Allah pilih je yang berhak untuk tanggung ilmu Dia.. yang berhak untuk jadi ulama.. sebab tu aku tak pernah menghujum mereka yang tak bertalaqqi.. berkemungkinan sekarang Allah gerakkan hati aku untuk bertalaqqi.. tapi tak mustahil satu hari Allah akan datangkan ujian berupa ketidakmampuan dan kelemahan [termasuk kemalasan] untuk bertalaqqi menyebabkan aku pun tergolong dalam mereka yang aku seniri hujum.. [kalau aku hujum la kan..] Nauzubillah.. biarlah aku kekal dalam keadaan ini ya Allah.. ikhlaskanlah hati aku senantiasa untuk semata2 mendapatkan futuhat dari Mu dan mendapat malakah dalam penguasaan ilmu seperti para masyayikh yang aku dampingi.. kalaupun Allah tak pilih aku untuk tanggung ilmu Dia sebagai ulama.. kalo tak dapat diturunkan ilmu mereka pada aku pun.. aku hanya harapkan dengan berkat yang ada pada mereka itu melimpah kepada aku yang hina dan jahil ni..
tapi kene ingat lah kan.. memang Allah yang memberikan taufiq kepada kita.. tapi kita perlu ingat.. kita perlu terlebih dahulu mencari jalan supaya Allah bukakan jalan taufiq tu pada kita.. kalau kita yang pilih untuk jadi bodoh.. kita akan jadi bodoh tanpa sebarang bayaran.. kalau kita yang berangan2 untuk jadi bangang.. secara pree je kita akan dapat sijil penghargaan kebangangan kita.. jadi.. janganlah sengaja letakkan kaki kita sebelah kat lembah kecelakaan.. yang kita kejar adalah puncak gunung.. kenapa nak jalan dengan kaki sebelah di tepi curam.. susun atur kaki kita kat jalan yang betul.. maka Allah dengan mudahnya akan memberikan taufiq kepada kita.. nas'alullaha an yaj'alana minallazina yata'allamuna al-ilma wallazina ya'maluna bima ya'lamun.. (kami memohon pada Allah agar menjadikan kami antara mereka yang mempelajari ilmu dan mereka yang beramal dengan apa yang mereka tahu..) ameen ya rabbal alameen..
kita masih seorang pelajar.. takde apa yang nak kita malukan jika kita jahil.. mengaku kejahilan tu bukan sesuatu yang hina dan memalukan.. bahkan yang lebih memalukan darjat ahli ilmi adalah pabila kita sudah bergelar Dr.. ataupun Prof.. ataupun Ustaz.. ataupun Syeikh.. tetapi membuat kesilapan besar dengan memandai2 berlagak alim sedangkan jelas kejahilan terpamer namun dia tak mengakuinya.. masa tu.. darjat nya dah lain.. seorang Prof yang mengaku jahil dan tak tau pape.. agak2 ada tak orang nak berpegang dengan kata2 dia? kompem tadek.. sebab dia pun takkan nak rendahkan martabat dia seniri.. jadi.. yang tak tau pun kene wat2 tau la kan.. masa tu baru malu kalau jahil.. jadi.. biarlah kita jahil sekarang daripada jahil kemudian.. jahil kemudian tu bakal mencelakakan kita kerana kita akan disoal oleh Allah kelak tentang amanah ilmu.. sememangnya tempat seorang pelajar itu adalah berada dalam kejahilan.. name pun belajo.. kalo dah semua tau takde la payah belajo namenye.. kan.. dan janganlah kita jadi golongan yang paling celaka.. iaitu golongan yang dah tau dia jahil sekarang tapi takde perubahan pada diri dia sampai bila2 dia kekal dalam kejahilan tanpa ada sebarang usaha untuk menghapuskan kejahilan tu.. wal'iyazubillah..
tengok.. aku dah terkona citer mende lain.. takpelah.. ade manfaat kot walau kona2 pun.. apepun layankanlah galeri imtihan yang aku hadapi baru2 ni..
_______________________________
"oke2.. aku chek dalam Quran riwayat Hafs ni.. kalau ko terbaca surah 3qul kang aku tepuk dahi ko pakai laci meja nik ni ek?" balas si paek..
"oi kome jaga2 ada syeikh kabir syeikh buta kat sebelah kanan kome tu menawarkan diri nak tasmik hafalan kome bedua.. syeikh syadid tu.. kalo salah makhraj biasa dia campak budak daripada tingkat 56 sampai terbenam kepala dulu kat tanah.. haha.." os bersuara secara tentibe sambil menekan shutter kamera..
tamatlah sudah posting yang tak panjang mane dan gambo pun tak ramai mane nih.. semoga terhibur.. aku senarnye nak wat posting khas pasal guru.. tapi banyak sangat idea jadi terlambatla sket.. tengok la kot sehari dua ke seminggu dua ni ke kalo siap aku post la oke.. tak semestinya kene post masa hari guru gak kan.. sedangkan skola pun ada yang wat sambutan hari guru 28haribulan.. [skolah kak ipo aku.. hehe..] post2 request daripada pembaca blog tu aku posponkan dulu.. segala kesulitan harap disulitkan.. [disimpan la tuh.. hehe..]
senyum sokmo.. wassalam.. (^_^)
Saturday, May 16, 2009
salam aleik..
Alhamdulillah.. dengan izin Allah saya telah berjaya menyempurnakan taklifan yang telah diberikan kepada saya yang hina dina dan ilmu tak seberapa ini.. walaupun dalam musim exam.. [besok pekse ni wehh.. aku wat relek jer nih apekehe haa.. setenang buaya di darat je ni.. haha..] ini tidak menghalang saya untuk terus berkhidmat kepada syeikh saya.. membantu sekadar yang saya mampu.. moga2 khidmat saya ini mampu menjadi amal soleh yang dapat saya bertawasul dengannya kelak.. amin ya rabbal alamin..
saya ditaklifkan untuk menterjemahkan sebuah maqolah yang dikarang oleh Syeikhuna Syeikh Yusuf Muhyiddin Al-Bakhur Al-Hasani.. fadhilah al-syeikh mengadakan kelas pengajian dirumah beliau di Hayyu Asyir setiap hari selepas asar kecuali hari ahad dan khamis.. hari ahad beliau mengadakan majlis selawat dan pengajian di rumah akhawat Indonesia di Bawabah Taniah.. begitu pula hari khamis majlis selawat dan pengajian bertempat di rumah ikhwah Indonesia di Bawabah Taniah juga.. saya juga tidak terlepas mengikuti pengajian bersama syeikh dirumah beliau untuk mengambil istifadah dari keilmuan beliau yang sangat mendalam dalam bidang tasawwuf.. [tapi hakikatnye aku terlepas banyak hari gak tak pegi.. hehe.. biasenye hari yang aku takde kelas kat gami' Azhar aku pegi le umah syeikh.. tu pun kalo aku tak tetido meleleh ayor lior atas bantal busuk le.. kekeke.. campor tolak maleh bahagi penat kali dengan tengok muvi ganda kuasa dua dengan takde mood.. rasa ade la sejumlah bulu kamben je aku gi umah syeikh.. hahaha..]
terima kasih kepada Taha sahabat saya yang membantu mensyarahkan maqolah ini kepada saya agar saya lebih memahami kehendak maqolah ini supaya tidak salah terjemahan dari segi penggunaan kalimah samada digunakan secara hakiki mahupun majazi.. tidak lupa juga kepada Ust Sultan yang menjadi prufreder yang membantu mengechek secara menyeluruh dan membetulkan beberapa ayat yang saya tuliskan dengan sesukahati jantung dan pankreas saya namun ternyata ianya jauh menyimpang dari landasan keretapi yang tiada kaitan dengan cerita ini.. [kejadah landasan ketapi ni?] jauh menyimpang dari landasan kebenaran yang sebenar2 kisah benar.. apepun.. jazakumallah khairan kathira atas bantuan yang diberikan..
jadi dengan ini saya uploadkan terjemahan maqolah itu disini untuk dikongsi bersama para pembaca.. moga2 dapat mengambil istifadah daripadanya.. [apsal aku terasa macam ayat aku arini skema jek haa.. hehe..]
Syeikh Yusuf Al-Hasani masyhur dengan gelaran Syeikh Yusuf Kanada.. beliau merupakan bekas mufti Kanada.. hafizahullah..Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah yang menyempurnakan segala kebaikan dengan kelebihan-Nya. Selawat dan salam kepada Baginda yang diutuskan oleh Allah sebagai satu rahmat kepada umat manusia Muhammad bin Abdullah penghulu kepada sekalian anak Adam hinggalah hari Akhirat tempat kembalinya kita semua.
Saudara dan saudari para hadirin yang dihormati dalam pertemuan yang penuh barakah ini:
Tajuk: Manhaj I’tilaf (Method Persepakatan) dan Peranannya dalam Era Globalisasi
Sesungguhnya perbahasan tentang i’tilaf (persepakatan) ini tiadalah ikhtilaf (percanggahan) padanya sesuatu yang mengandungi unsur penipuan dan ketidakbenaran.
[Al-Mu'minun:52]Sesungguhnya (agama Tauhid) Ini adalah ummah (agama) kalian; ummah (agama) yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertaqwalah kepadaKu.
1. Berdasarkan mafhum dari ayat Quran ini kita dapati bahawa agama (ummah) ini satu dan bukannya banyak (umam – dengan sighah jamak). Persepakatan datang sebagai satu natijah kepada bersatunya rakyat dan qabilah-qabilah serta kelompok-kelompok dalam fahaman yang satu. Pada asalnya mereka bercanggah fahaman dan akhirnya bersatu fahaman mereka ataupun menjadi bersepakat. Adapun kita berpegang dengan Nass Quran yang mengatakan agama Tauhid ini satu. Percanggahan merupakan sesuatu yang baru yang datang kemudian daripada itu. Dan ianya waham (tidak jelas) dan bukanlah perkara asal; ini kerana agama Tauhid yang satu sememangnya mempunyai fahaman yang satu. Dan bukanlah ianya bermaksud agama yang banyak (umam) yang berasingan ataupun puak-puak tertentu ataupun rakyat yang pelbagai yang bersepakat dan bersatu untuk menjadi ummah wahidah seperti yang disangkakan.
Ini adalah dilihat dari sudut prinsip:
Satu persoalan dari sudut realiti dan syar’ie: adakah kita tergolong dalam ummah (agama Tauhid yang satu) ataupun umam?
Jika kita berada dalam umam seperti masyarakat Eropah, ataupun masyarakat Amerika samada Amerika Latin atau Amerika Utara, mereka akan cuba untuk membentuk penyatuan antara mereka. Maka ini secara hakikatnya adalah disebabkan mereka pada asalnya bukanlah ummah yang satu. Dari sini mereka cuba mencari jalan untuk menyatukan dari sudut geografi dan sudut ekonomi serta penyatuan dari sudut bahasa.
Akan tetapi dunia Islam berbeza daripada itu. Ianya adalah dunia yang global sejak dari 15 kurun yang lalu sejak daripada zaman Nass Quran ini diturunkan:

2. Kemudian datangnya penyatuan sebagai satu natijah dan muqaddimah wujudnya ikhtilaf (percanggahan) daripada penyatuan tersebut. Maka atas apakah kita bercanggah?
Jika kita lihat dari satu sudut pandangan, sejarah Islam telah menceritakan dengan panjang lebar tentang segala yang berkaitan dengannya samada negatif atau positif; kita akan dapati satu hakikat kebenaran bahawa kita tidak sesekali bercanggah dalam urusan agama atau bercanggah tentang wahyu yang diturunkan dari langit mahupun bercanggah mengenai risalah yang disampaikan oleh Baginda Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Sebaliknya percanggahan yang timbul hanyalah percanggahan dalam urusan dunia semata-mata samada zaman dahulu mahupun zaman kita sekarang.
Dari sini kita dapati dari seorang Sahabat, Saidina Mu’awiyah bin Abi Sufyan Radhiallahu Anhu berkata: “Kami tidak becanggah dengan Ali Radhiallahu Anhu atas urusan agama. Sebaliknya kami bercanggah dengannya semata atas urusan dunia.”
Kita dapat lihat bahawa angin taufan globalisasi yang muncul secara mendadak diseluruh dunia umumnya dan dalam dunia Islam khususnya datang dalam bentuk sistem materialisasi yang melampaui batasan. Sedikit demi sedikit perkara demi perkara didatangkan dalam bentuk ini sehinggakan dunia Islam kita menjadi semakin ringan dan mudah dalam memakan dunia globalisasi yang penuh materialistik ini. Semua ini terjadi selepas tersingkir dan terpinggirnya hukum dan perintah Allah dan Rasul-Nya daripada kehidupan orang-orang Islam samada dari pihak rakyat seluruhnya mahupun dari pihak pemerintah.
Dari sini kita dapati lagi bahawa madrasah ihsan dan tarbiah dan suluk samada zaman dahulu mahupun kini tujuannya hanyalah satu. Tujuan yang agung dan besar iaitu menjauhkan dan membuang perhambaan diri pada dunia daripada hati-hati muslimin dan menjadikan dunia ini hanya sekadar berada di tangan. Bukannya menjadikan dunia ini sebagai satu tujuan kehidupan. Ini bertepatan dan dibenarkan oleh kata-kata Saidina Umar Radhiallahu Anhu: “Bila kamu menjadikan manusia sebagai hamba sedangkan mereka dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan mereka itu bebas merdeka.”
Sesungguhnya perhambaan disini bukanlah perhambaan dari sudut jasmani. Bahkan ianya adalah perhambaan yang lebih bahaya dan lebih teruk dari itu. Iaitulah menghambakan diri kepada hawa nafsu khususnya apabila telah berleluasanya penguasaan syahwat terhadap jiwa dengan satu kuasa yang tinggi dan lebih kuat dan meratah dengan lahapnya terhadap material duniawi. Bagi golongan ini, mereka menghalang akal fikiran mereka dari membawa konsep insan sebenar dan juga risalah yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada mereka. Iaitulah tanggungjawab mereka sebagai khalifah Allah di muka bumi ini yang bertepatan dengan manhaj Allah Subhanahu Wa Taala.
Disini kita dengar sabda Nabi yang jelas kedengaran ditelinga-telinga kita:
Setiap sesuatu selain Allah, itu adalah dunia. Segala kebendaan itu dunia. Cinta itu juga dunia. Pangkat dan kemasyhuran itu dunia. Harta itu juga dunia. Jasad juga dunia. Maka pabila semua ini menguasai jiwa manusia dengan kuat, maka apakah yang tinggal berbaki lagi daripada kemanusiaannya..
Sukalah kiranya kami sebutkan disini tentang manhaj tasawwuf yang praktikal dan syar’ie yang bertepatan dengan prinsip syariah tanpa ada sebarang penyelewengan dan unsur melampaui batasan supaya kita dapat meletakkan semuanya atas dasar kebenaran yang jelas terpapar dihadapan.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam:
Wahai hadirin yang disayangi, kami sebutkan dengan jelas disini bahawasanya kebanyakan daripada kita kaum muslimin memahami al-hadith al-syarif ini dengan satu fahaman yang salah. Iaitulah bilamana mentafsirkan ayat pertama daripada hadith ini, ramai yang mentafsirkannya “kamu perlulah berkerja, berusaha dan bersungguh-sungguh seolah-olah kamu tidak akan mati langsung selama-lamanya” maka ini adalah satu kesilapan yang besar. Sebaliknya mafhum sebenarnya yang sahih yang difahami daripada kandungan hadith ini adalah “kamu perlulah berkerja untuk mengimarahkan muka bumi ini dengan baik serta dengan ihsan agar kekal sesuatu daripada jasamu diatas muka bumi ini selagimana ada bumi ini.” Bukannya kamu berkerja dan bersungguh mengumpulkan harta bergudang-gudang seolah-olah kamu akan kekal di muka bumi ini. Bukan ini mafhum yang dikehendaki seperti yang difahami oleh kita pada hari ini.
Ini dikuatkan dengan ayat kedua daripada hadith tadi : (( Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati pada keesokan harinya ))
Dari sini kita dapati bahawa Salafuna Al-Soleh telah memahami hadith ini dengan sebenar-benar fahaman bahawa “jika kamu tidak mengingati akhirat dalam setiap nafas dari nafas-nafas yang keluar dari tubuhmu, maka sesekali kamu tidak membawa agama kepada dunia samada ke timur mahupun ke barat muka bumi ini. Maka mereka telah bersungguh-sungguh menyampaikan kebaikan dalam agama kepada penduduk dunia dan muka bumi ini seluruhnya samada timur atau barat.”
Kita dengar pula kata-kata seorang tokoh besar yang tidak asing lagi dalam dunia Islam, Toriq bin Ziyad dan kuda beliau yang mahu diselamkan di lautan atlantik. Beliau berkata: “demi Allah kalau aku tahu dibelakang lautan ini ada daratan yang terdapatnya manusia disana nescaya akanku selam lautan ini bersama kudaku ini untuk menyampaikan seruan Allah.”
Maka method ihsan ataupun tasawwuf adalah satu cinta. Pabila wujudnya cinta maka akan wujudlah penyatuan dan persepakatan. Malah akan wujud pula kesan yang lebih mendalam iaitu memberi kesan (mendahulukan) terhadap orang lain lebih lagi daripada diri sendiri dan wujud juga sifat tidak takabbur serta kemuncak dan ketinggian daripada kesenangan dunia.
Oleh itu, kita dapati disini bahawa manhaj tasawwuf, yang menjadi pusat dan yang yang menyatukannya adalah pengEsaan kepada Allah sahaja. Pabila wujudnya pengEsaan Allah ini maka akan cair dan mudahlah semuanya untuk mengikuti perintah dan larangan Tuhan. Apabila ini telah wujud, masyarakat seluruhnya akan menjadi seperti jasad yang satu. Pabila salah satu anggota merasa sakit maka seluruh badan juga akan merasa sakitnya dan seluruh badan jugalah yang tidak dapat tidur malam disebabkan kesakitan anggota itu.
Penyatuan dan persepakatan inilah yang menjadikan yang muda menghormati yang tua, dan yang tua berbelas kasihan kepada yang muda. Penyatuan dan penghormatan inilah yang telah disebutkan oleh Saidina Umar Radhiallahu Anhu mengenainya: “jika tergelincir seekor kambing di Yaman nescaya Umar akan ditanya mengenainya.”
Saudara saudari yang dihormati sekalian,
Seterusnya kami akan berterus terang dengan segala kebenaran dan amanah serta satu soalan yang benar: bilakah orang-orang Islam akan kalah dan menjadi terbatasnya ruang lingkup dakwah dan pengajaran di dunia?
Jawapannya: iaitulah pada hari mereka mengambil dunia daripada Tuhan mereka dan mereka menyibukkan diri dengan perkara-perkara dunia sepertimana orang-orang lain menyesakkan diri mereka dan menyibukkannya dengan dunia. Dan saya tegaskan pada kalian lebih dari itu. Saya tidak berani mendustakan sabda Rasul untuk membenarkan ahli falsafah (failusuf) dari satu sudut atau ekonomi dan psikologi dari sudut yang lain.
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam:
Benarlah sabdamu wahai Rasulullah. Sesungguhnya pandangan perlulah dengan mata hati bukan mata kasar semata. Orang-orang Islam telah tenggelam dalam perhambaan kepada dunia pada hari ini lebih banyak dan lebih dahsyat daripada musuh-musuh mereka. Dengan ini akan saya berikan contohnya dan saya menginginkan jawapan dari kalian.
1. apakah yang kamu tafsirkan pabila salah seorang dari jutawan Muslimin pada hari ini menghantar keretanya dari salah sebuah Negara Islam ke Negara Eropah sekadar hanya untuk menukar minyak? Dalam keadaan dia mengetahui kalau pekerjanya yang mahu menukarkan minyak keretanya dalam Negara dia tidak akan memberikan wang yang baginya amat sukar untuk dia dapati ini. Apakah makna semua ini melainkan dia telah tenggelam dalam menghambakan diri kepada dunia dan hawa nafsu. Ataupun apakah sebenarnya?
2. apakah maknanya jika salah seorang daripada jutawan muslimin membelanjakan bermilion dollar hanya untuk membeli jenama sebuah kumpulan bola sepak inggeris? Sedangkan bermilion umat Islam yang lain sedang mati kelaparan dan kebuluran? Sedangkan pelajar-pelajar dan penuntut ilmu agama tidak berkemampuan membeli kitab-kitab untuk dipelajari mereka? Apakah makna semua ini? Jawapannya ada pada kalian.
Tidakkah ini contoh yang menunjukkan kepada kita betapa umat Islam sudah tenggelam jiwa mereka dalam urusan-urusan dunia dan kebendaan semata-mata.
Dari sini tokoh-tokoh sufi telah mengambil jalan untuk menghadapi taufan kecelakaan ini dengan menggunakan tarbiah rabbaniah.
Pertama: niat yang betul dan dalam bermuamalah dengan Allah
Kedua: muamalah yang benar sesama makhluk
Ketiga: bahawasanya dunia hanya tempat persinggahan bukan tempat menetap
Keempat: berlawanan dengan nafsu, dunia dan makhluk
Kelima: bahawasanya mati itu lebih dekat kepada mereka daripada tali sandal
Keenam: zuhud dengan dunia, bukan bermakna meninggalkannya sebaliknya tidak menjadikan dunia itu matlamat
Ketujuh: redha dan berlapang dada hingga kebahagiaan mereka terletak pada apa yang diredhai oleh Allah, Tuhan mereka
Kelapan: tawaduk hingga jiwa mereka tidak menjadi hijab atau penghalang antara mereka dan Tuhan mereka Subhanahu Wa Taala
Kesembilan: mengutamakan orang lain sehingga dapat melenyapkan unsur-unsur egoisme dan hawa nafsu serta kepentingan-kepentingan peribadi
Kesepuluh: tawakal sehingga mendapat bantuan daripada Allah sahaja
Wahai saudaraku yang dihormati sekalian,
Sesungguhnya pemahaman tentang penyatuan ini datang dari sudut manhaj yang satu (Allah). Dari sini kita sebutkan pula perkara-perkara ini yang mesti kita rawat dan pulihkannya:
1. perpecahan kelompok telah memberi kesan dalam hidup kita sebagai umat yang satu ini dengan kesan yang negatif
2. kita perlulah mengajak manusia kembali kepada Allah, bukan kepada sekian-sekian jemaah atau kepada sekian-sekian syeikh atau guru, apalah yang ada pada jemaah dan syeikh kecuali untuk menunjukkan kepada Allah, mereka hanya sebagai jalan pertengahan dan bukannya matlamat
3. menolak fahaman taasub kepada tariqat itu sendiri dan juga madrasah itu sendiri bahkan membuka minda dan cinta kepada semua membawa jalan syariat sebenar
4. membuka jalan kepada para syeikh dan pertemuan-pertemuan serta persidangan serta perbincangan dengan tujuan tarbiah
5. tidak taasub untuk mengembil berdasarkan pada nama dan jawatan seseorang bahkan perlu mengambil pada yang haq dan kebenaran untuk mencapai matlamat sebenar
6. tidak berbangga-bangga dengan karamah dan keluarbiasaan (khawariqul adah) yang dimiliki oleh para syeikh sedangkan kita sangat menyimpang jauh dari akhlak dan kesungguhan mereka
7. titik pertemuan kita atas Kitabullah dan Sunnah Nabi serta manhaj syariah iaitulah manhaj praktikal dalam perjalanan kita menuju Allah
8. mempergiat pertemuan dengan para pemuda pemudi dengan halaqah-halaqah dialog serta muzakarah dengan tujuan memberi tunjuk ajar terhadap pemahaman sebenar tentang tasawuf dalam menghadapi tentangan kehidupan materialisma yang membuak-buak
9. membangunkan lajnah bagi mengikuti perkembangan aktiviti tariqat antara semua ahli tariqat dan juga menyediakan program praktikal secara tarbiah dan syar’ie bagi merealisasikan matlamat ini
10. menghidupkan metod tarbiah yang jelas yang bertepatan dengan ahli ilmu dikalangan ahli-ahli tariqat untuk menyatukan tujuan. Bahkan hakikatnya tariqat itu adalah satu meskipun berbeza cara dan metod
11. langkah-langkah yang telahpun saya sebutkan ini saya serahkan semua pada kalian untuk melaksanakannya
Dan pengakhiran doa kita adalah Segala Puji Bagi Allah.
tamatlah terjemahan ini.. doakan saya ye dapat jawap pekse dengan tenang.. time kasih sume kawan2.. :)
Muhammad Fahmi bin Mohamed Amin
Bilik Nik Mohamed Hasif
Laptop pun die punye
El-Sharqiya Zagazig City
[aku balik kampung beb.. kalo tak balik guane nak amek pekse kan.. hihi..]
Thursday, May 14, 2009
bismillah wa ala barakatillah..
pekse lambat lagi.. ade beberapa ploh ribu saat lagi nak sampai ke hari sabtu.. jadi dan lagi lah nak menaip kan.. hehe.. kang kalo blog besawang Ust Din Tantawi marah plak.. hihihi..
sekadar nak berkongsi apa yang kami dapat dari guru kami Fadhilah Al-Syeikh Ahmad Al-Hajain dari pengajian kami di ruwaq Al-Atrak semalam.. kami masih berada di awal2 juzuk pertama kitab Al-Majmuk karangan Imam Al-Nawawi syarah kepada Al-Muhazzab karangan Imam Al-Syirazi dalam bab yang membincangkan tentang fiqh muqaran bainal mazahib dalam hukum air musyammas.. (air yang terdedah kepada terik matahari)..
antara yang diperbahaskan adalah hukum makruhnya air musyammas adalah dari 2 sudut.. sudut yang pertama adalah kerana Saidina Umar telah memakruhkannya dengan mengatakan: ianya mewarisi penyakit kusta.. dan sudut yang kedua adalah min jihah al-tibb iaitu dari sudut perubatan dimana para doktor telah mengatakan bahawa ianya akan memberi mudharat kepada badan jika digunakan..
mazhab selain daripada mazhab Syafie iaitu jumhur ulama dari mazhab Hanafi, Maliki, dan Hanbali juga mazhab Daud Al-Zahiri mengatakan tidak makruh menggunakan air musyammas.. dalam mazhab Syafie pulak ada 7 wajah dalam hukum air musyammas.. antaranya juga adalah tidak makruh secara mutlak..
sebenarnya main point bukan nak citer pasal ni.. negara kita melesia memang kompem takde air musyammas pon.. pasal negara kita tak menepati syarat air musyammas.. iaitu mestilah di negara yang mengalami musim panas yang sangat dahsyat kepanasannya.. macam sudan ngan saudi tu.. saja selingan je buh fakta sket..
yang ana nak citer arininye tentang amalan kita seharian2.. ianya jugak ada kaitan dengan air musyammas ni.. tapi ana tak ndak terang dari sudut air musyammas ni.. takut kome tak berape nak nampak.. ana terang kut ayat ni oke..
ayat surah al-baqarah 282 ini merupakan ayat yang terpanjang dalam al-Quran.. satu muka penuh mukasurat 48 tuh.. ayat ni memang kompem la tak masuk dalam pekse tahriri Quran pasal telampau panjang.. jadi.. bleh la kita skip tak payah hapey.. ngeh3.. tapi kalo maahad tahfiz toksah le ngengade tanak hapey.. sepertimane yang diriwayatkan oleh ahli bet yang ana si amin yang ana sayangi ni dengan sanad yang sahih lagi asoh.. masa dia maahad tahfiz dulu dia penah terkene dengan ust dia.."oke murid2.. budak2 sume.. besok ustat nak wat ujian.. redi2 la mengulang.."
"ala.. apsal lambat sangat kabo ust.. tak redi ni.. bape soklan ust?"
"tak payah riso le.. satu ayat je.."
"satu ayat je? sempoila usttt.."
lalu bebudak tu pun sume relek jela.. sume bertenang pasal membayangkan soklan yang senang2 je.. tengok2 besoknye amek kau.. kuar soklan ayat 282 ni.. hahaha.. memang pandai ust tu pilih 1 ayat buat soklan..
Perbincangan:
kalimah "faktubuhu" dalam ayat ni merupakan feel amar yang membawa maksud satu suruhan.. namun suruhan ataupun perintah disini tidaklah membawa hukum wajib mahupun hukum sunat.. kedua2nya bukan.. sebaliknya.. menulis segala hutang piutang adalah satu suruhan 'ala sabil al-irsyad' semata.. camne nak kate dalam ayat kita.. macam cuma digalakkan lah.. Allah nak ajar kita bila berhutang.. tulis la supaya tak timbul masalah2 yang berkemungkinan akan timbul..
hukum seperti ini sebenarnya terbahagi kepada dua bentuk:
1. syar'ie
2. irsyadi
suruhan yang syar'ie.. ianya merupakan satu suruhan yang 'taabbudi' yang mana tak perlu kita persoalan kenapa Allah menyuruhnya dan tak perlu kita memikirkan dimanakah logiknya Allah menyuruh sesuatu perintah itu.. suruhan yang syar'ie juga jika melaksanakannya maka akan mendapat ganjaran pahala..
suruhan berbentuk irsyadi.. ianya hanya berkaitan dan berlegar2 disekitar hukum hakam dunia serta meraikan maslahah dunia semata.. ianya tidak mengakibatkan pelaku mendapat ganjaran pahala begitu juga tidak mendapat dosa.. ianya termasuk dalam perkara2 harus.. perkara mubah..
dalam ayat yang kita perbincangkan sebentar tadi.. kita telahpun sebutkan bahawa suruhan dalam ayat ini adalah berbentuk irsyadi.. tidak wajib dan tidak sunat.. maka ianya hanyalah semata satu suruhan berbentuk irsyadi untuk menjaga maslahah duniawi iaitu 'hifzil mal' (menjaga harta) dari timbulnya segala masalah2 yang berisiko timbul iaitu contohnye macam saje wat alasan tak nak bayo pasal takde itam putih pun yang kate korang berutang.. ataupun tak bayo utang sebab dah terlupa dah sekian lama utang sebab tak tulis jadi tak ingat.. ataupun lain2 lagi lah yang menyebabkan hak2 tak tertunai.. jadi ianya untuk menjaga harta kita daripada ditipu dan sebagainya.. merupakan sebahagian daripada maslahah dunia.. jadi.. perbuatan harus ini tidak akan diberi pahala jika diniatkan untuk menjaga harta semata..
akan tetapi hukum berbentuk irsyadi ini boleh bertukar kepada perbuatan yang diberi pahala.. camne pulak? dengan menyertakan niat 'imtithal li amrillah wa sunnati rasulihi' iaitu untuk mencontohi dan mengikut suruhan Allah dan rasul-Nya disamping menjaga maslahah dunia.. jadi.. kedua2nya dapat.. maslahah dunia terjaga.. perkara taabbudi pun kita buat dengan niat mengikuti perintah-Nya dan diberi pahala..
timbul persoalan.. antara kita menyertakan kedua2 niat dan tak menyertakan niat irsyadi, yang manakah yang lebih tinggi darjatnya dan diberikan pahala yang lebih banyak? jawapannya jika kita niatkan semata2 mengikuti perintah Allah dan rasul-Nya tanpa menyertakan niat untuk menjaga maslahah dunialah yang lebih tinggi darjatnya dan akan diberi ganjaran yang lebih daripada Allah Taala..
dah paham kan? mudah jer..
kaitannye dengan air musyammas tadi.. sama jugaklah.. kalau kita makruhkannya kerana taabbudi bedasarkan kata2 Saidina Umar.. maka kita akan diberi pahala.. sebaliknya.. jika kita niatkan makruhnya menggunakan air musyammas semata2 kerana melihat bahayanya dari sudut perubatan.. kita tak dapat apa2..
jadi.. kesimpulannya kita boleh kiaskan semua hukum ni pada semua perkara mubah dalam kehidupan kita sehari2an..
contohnye korang amek wuduk.. korang niatkan sebagai taabbudi mengikut syariat yang Allah tetapkan dan korang tambah pulak dengan niat 'tabarrud' (nak sejukkan kepala ngan badan).. maka ianya akan dapat pahala.. tapi akan jadi lebih tinggi darjat jika niat semata2 untuk mengikut syariat yang Allah tetapkan tanpa niat tabarrud.. sebaliknya.. kalau korang niat semata2 tabarrud.. tak jadi wuduk dan tidak juga diberi pahala.. ianya hanya perkara mubah..
begitu jugak dengan makan minum.. jika diniatkan semata untuk menghilangkan lapo dahaga.. tidaklah ianya diberi pahala.. tapi jika disertakan dengan niat untuk mengembalikan tenaga agar dapat lebih bersemangat melakukan ibadah.. ianya akan diberi ganjaran oleh Allah.. bahkan lebih tinggi darjatnya jika niat makan dan minum semata untuk charge energy for ibadah.. bukan untuk menurut nafsu makan..
lagi.. banyak lagi boleh kias.. kawen.. jika niat sebab dah maleh dah nak tembak kain pelikat je.. sekadar nak cari tempat lepaskan nafsu je.. tak diberi pahala.. akan tetapi kalau disertakan niat untuk mengikut sunnah para Nabi.. dapat pahala.. kalau semata niat kerana ikut suruhan Allah.. ikut sunnah Nabi.. kawen untuk lahirkan zuriat untuk kembangkan umat Islam agar izzah Islam semakin terserlah dengan ramainya ummat yang beriman dengan-Nya.. maka sudah tentu akan diberi ganjaran lebih2 lagi kerana tingginya darjatnya..

belajar pulak.. kalo semata nak dapat sijil.. ijazah.. master.. phD.. untuk dapat gaji beso.. kete beso.. bini beso.. maka.. tidaklah diberi pahala.. sebaliiknya sertakanlah ianya dengan niat untuk memajukan Islam.. untuk mengisi tempat fardhu kifayah supaya ada umat Islam yang masih menguasai bidang yang diperlukan untuk mengimarahkan dunia ni sebagai tanggunajawab khalifah Allah di muka bumi..
pendek kata.. setiap apa sahaja yang kita lakukan.. jika niat kerana Allah dan kerana mengikuti sunnah Nabi-Nya.. maka kita akan diberi pahala.. kiaskanlah kepada apa sahaja perkara harus.. maka kita akan dapat natijah yang sama.. ianya akan naik kepada hukum sunat dan ianya diberi pahala.. jika mahukan darjat dan ganjaran yang lebih tinggi.. maka buanglah dunia daripada pemikian kita.. itulah yang lebih mendekatkan kita kepada Allah..
wallahu taala a'la wa a'lam..