Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Monday, April 27, 2009
Keharusan Solat Jamak Kerana Musafir (Bahagian 2)
Berkata Musannif iaitu Imam As-Syatiri rahimahullahu taala dalam syarah kepada matan Yaqut Nafis yang juga dikarang oleh beliau sendiri:
dalam kitab (Al-Bughyah) pengarang telah menyebutkan: Faedah: kami mempunyai satu qaul yang mengharuskan jamak kerana musafir yang pendek jaraknya.. pendapat ini telah dipilih oleh Al-Bandaniji.. dan jelas hadis yang mengharuskannya walau berada ditempat sendiri sepertimana yang terdapat dalam (Syarah Muslim).. Al-Khattabi telah menceritakan daripada Abi Ishaq tentang keharusan melakukannya di tempat sendiri kerana hajat walaupun bukan kerana khauf dan bukan juga hujan bukan juga sakit.. dan Ibnu Al-Munzir juga berpendapat dengannya..
daripada Imam Malik terdapat satu riwayat: waktu zohor itu adalah dikira berterusan hingga tenggelam matahari.. dan berkata Abu Hanifah: ia kekal hingga bayang menjadi sama panjang dengan objek.. kemudian barulah masuk waktu asar..
Saidina Al-Imam Al-Haddad pernah menyuruh beberapa orang anak perempuan beliau ketika mereka sibuk dengan satu majlis orang2 perempuan untuk berniat ta'khir zohor kepada waktu asar..
di San'a' pernah berlaku dimana bilal solat jumaat membuat pengumuman selepas solat dan berkata: solat asar secara jamak taqdim; sebagai meraikan orang2 kampung.. yang mana mereka ini berhajat untuk membeli belah di pasar start daripada lepas jumaat sampailah dekat2 maghrib..
mungkin ada yang berkata: camne plak bleh wat smayang asar jamak taqdim tanpa diorang semua niat nak jamak masa solat yang pertama tadi? mereka berpendapat dengan pendapat mereka yang mengatakan bahawa tak disyaratkan niat (pendapat Abu Bakar - disebutkan dalam Mughni Ibn Qudamah) dan berkata Al-Muzani : (Jamak tak perlu pada niat.. sebaliknya diiktibar dekatnya pemisah antara keduanya..)
pendapat ini ada penelitian dari segi pandangan.. kerana jamak adalah daripada lazimnya permusafiran.. kemudian mereka membuat sebegitu kerana telah pun menjadi adat mereka seperti itu pada setiap jumaat.. jadi berkemungkinanlah setiap daripada mereka dah pun berniat untuk jamak pada solat yang pertama lagi..
jika telah sempurna dua solat dalam waktu yang pertama, kemudian telah hilang keuzuran [sampai destinasi] selepas selesai keduanya dan waktu tu belum masuk lagi waktu kedua.. maka cukuplah apa yang dia telah sempurnakan.. dan terlepaslah tanggungjawapnya daripadanya.. maka tak perlulah dia menyibukkan diri untuk melakukannya lagi selepas tu.. kerana dia telahpun menunaikan kefarduannya dalam keadaan musafir tadi.. maka tak batal apa yang dia dah sempurnakan tadi disebabkan hilangnya keuzuran [sampai destinasi].. kes ini sama jugak macam tayamum.. tak perlu ulang solat jika jumpa air lepas setel solat.. dan ada juga pendapat yang mengatakan kene jugak tanggungjawap untuk solat dalam waktu tu..
adakah boleh bagi sorang musafir menjamakkan solat pertama kepada solat yang kedua (taakhir) apabila dia telah masuk kedalam kawasan tempat dia bermukim? jawapannya harus baginya.. solat yang pertama tu akan jadi qada [yang ma'zur] dan yang kedua akan jadi tunai..
antara syarat jamak taqdim : dia zhan (sangka) solat yang pertama dia telah sah kerana solat kedua akan dibina berasaskan yang pertama..
wallahu a'lam..
habis bab yang membicarakan tentang solat jamak kerana musafir dalam kitab Yaqut Nafis.. bahagian kedua ni ana cuma terjemah je.. maleh plak rasa nak tambah ulasan.. ngeh3.. agak2 korang paham tak? bleh paham kot.. bahagian kedua ni banyak contoh dan cerita jer yang dibawakkan oleh Imam Syatiri.. bab pertama aritu jer yang banyak point2 penting kan..
nantikan posting seterusnya yang rasa2nya memang ramai yang nanti2kan posting nih.. hehehe.. tungguuuuu~~~
Saturday, April 18, 2009
Pulangkan Syeh Hakim
salam..
"mudahan pejalanan selamat..mudahan balik melesia ni membawak manfaat kepada masyarakat.. tak membebankan masyarakat.. tak menyusahkan masyarakat.. doa2kanle.." itulah antara ucapan terakhir selain dari ada lagi nasihat2 yang beguna yang disampaikan oleh syeh hakim .. sorang sahabat merangkap tok guru ana yang baru aje pulang ke tanah ayor pade minggu lepeh.. sob..sob..sob..
rasanya semua antara kita ma'ruf.. sape die kah syeh hakim ni kan.. tambah2 lagi orang mansurah.. kalo tak kenei syeh hakim memang saje la.. nampak sangat tak penah kuo rumah bemasyarakat ngan orang rame..
beliau sangat masyhur semenjak daripada zaman beliau di kolej lagi(KUSZA).. beliau telah aktif mengajar junior2 tak kirelah di surau ATB.. surau ATR mahupun bilik2 pesendirian.. pabila menyambung pelajaran ke mesir.. kepopularitian beliau betambah2 mencanak2 hinggalah menjadi ma'ruf dan masyhur nama beliau.. beliau sering disanjung2 oleh azhari dan azhariah di mansurah kerana telah banyak menabur jasa membantu para pelajar dalam kelas2 tafaquh mahupun kelas2 tutorial.. kemasyhuran ini bertambah melangit sebaik sahaja beliau menyandang jawatan tertinggi dalam persatuan.. beliau merupakan ketua hewi (hal ehwal wanita) kuliah banat mansurah.. satu2nya lelaki dalam bidang syariah yang berada di mansurah.. jawatan yang sangat sayang untuk dilepaskan oleh beliau ini telahpun dilepaskan dalam muktamar PMRAM baru2 ni.. hahahaha.. jangan sedeh kim.. anta dah balik tu anta bukak la pesatuan hewi baru kat simpang pulai.. wakakaka..
disebabkan kepimpinan hewi beliau yang mantap.. sangat ramai ustazah2 yang menyayangi beliau.. namun ramai yang malu2 biawak komodo untuk mentaqdim beliau menyebabkan beliau membuat keputusan untuk membawak diri pulang ke tanah ayor.. tepakse beliau suh makcik belah bapak sedara punye anak angkat beliau carikkan calon bini die.. padan muke korang.. sape suh korang malu nak kabo.. dah melepas.. nasi sudah menjadi bubur.. [kire ok la daripada ada orang tu masak mi makarona pun jadi bubur jugak.. ahahahaa..] haa tu lah.. pendam la lagi dalam hati.. kalo tak dah bahagia dah akim bleh duk sini tabi3 korang tunggu sampe korang habeh blajo.. bleh dia ngajo korang lagi kat sini.. apepun.. dah2.. semua dah terlambat.. jangan ditangisi lagi perkara yang sudah berlalu.. yang sudah itu sudahlah.. ma faat faat wa man maat maat.. janganlah dipikir2kan lagi tentang beliau.. ape gune ade aku yang solo lagi kat sini ni.. taqdim la aku cepat sebelum melepas.. wakakakaka.. [itu aje tujuan cite panjang2 ni.. nak promot diri senanye.. ngahahahahampeh..]
jadi marilah kita layankan galeri akim balik ni.. dia balik sama ngan amer ruba'ie khumasi sudasi..thulathi takde? dorang bedua ni balik nek flight kuwait.. amer carik tiket jauh sampai ke alex..
____________________________________
tremco sejibik lagi mai daripada mansurah.. tremco amer.. maka bekumpullah penganto2 ni membuat huru hare kat epot..
sape berani cakap aku tembam ngan berisi lebih kuang cam bazli.. aku siku telinge die ngan kedua2 belah lutut.. campo ngan smackdown buku lali dia sampai haus kene minum asob.. aku slim river oke! sebab pakai jubah jer nampak camtu.. penuh angin jer tu.. sekian dimaklumkan.. ayat bela diri.. hahaha..
ni akim masa transit kat kuwait.. [ustazah yang minat kat akim jangan copy gambo dia plak cuci letak ateh meja stadi wat inspirasi.. pi mintak izin dia dulu kalo nak.. kekekeke]
waaaa... hampagas.. gambo KLIA pun dorang send jugak.. saje jer nak bagi aku bengkek.. bile la aku plak nak balik agaknye..
AB.. mike jangan lupe tunggu teman kat situ nanti ye.. bawak kitab mughni ibn qudamah siap2.. teman nak talaqqi ngan mike sebaik saje teman sampai kat situ.. situ la.. kat dalam gambo tu.. tak nampak ke? situ laaaa..Cawangan Mansurah:
SYARIAH
Abdul Hakim bin Abdul Aziz
Cawangan Zaqaziq:
USULUDDIN
Abdul Hakim bin Abdul Aziz
bleh tak korang tolong bagitau aku bile masa furuk mansurah ade kuliah syariah untuk banin dan bile masa pulak akim amik usuluddin? hahaha.. memang dasat la anta kim sebab berjaya menggunakan pengaruh pangkat anta sebagai ketua hewi kuliah banat mansurah untuk mendapat double degree dalam konvokesyen.. wahahahaha.. apepun sebagai penjelasan sebenar.. akim punye kuliah kat TAFAHNA AL-ASHRAF dan kuliah dia adalah SYARIAH ISLAMIAH.. sekian dimaklumkan..
selamat menjalankan tugas menyampaikan ilmu kepada generasi akan datang dan masyarakat kepada akim.. kelas pertama beliau dah pun bermula.. dan selamat bakal pulang jugak untuk ahli bet, si amin ni yang tak tau la ape dia nak buat balik kang.. tolong jangan bagi dia duk umah je besokan perut.. korang taqdim la dia jadi prof kat universiti ke ape ke.. ilmu dia mantap.. suh dia ngajo tafsir munir yang dia syarah ada 87jilid tu pun takpe.. name pun dah mantop kan.. kekeke..
salam imtihan pada semua yang nak imtihan.. tengah imtihan.. dan yang dah habeh imtihan.. imtihan blajo je habeh.. imtihan dunia ade je sampei kome mati.. besedia aje la sokmo.. okee.. bittawfiq wannajah.. moga kita sama2 berjaya dalam ujian dunia dan akhirat.. ameen ya rabbal alamin..
Tuesday, April 14, 2009
salam aleik..
semalam pegi kelas ust Syed lagi.. [arini pun pegi jugak.. tapi lambat sket.. telajak tido sedap ngat.. hehe] pagi semalam beliau ade sebut pasal disiplin dalam berfatwa tak semudah yang disangka.. banyaklah point2 yang beliau sampaikan.. sepanjang beliau cakap tu ana terasa macam beliau tepet ana pulak.. yelah kan.. ilmu tak tare mane pun takat budak lughah jer dah mandai2 nak jawap2 soklan2 fiqh.. tu ana dah kabo awal2 tu ana tanak jawap soklan.. ana bukan mufti.. cuma nak kongsi ape yang ana blajo jer ngan kawan2 kan.. hehe..
tapi sebenarnya sangkaan ana tu tak tepat pun.. ust cakap tu umum jer.. ana sniri jer yang terasa.. sebab abis kelas tu ana gi tanye ust baca ke blog ana.. ust jawap tak pun.. "dulu ade la bukak kejap ana tengok anta merapu je dalam tu.. tu lama le dah ana tak bace.." haha.. ust kasyaf kot? ape ust kabo dalam kelas tu terasa belake la tekene batang idung ana.. hehe.. bak kate ust Azhar Idrus "kate bior terase" kalo ana ade salah ape2 jangan segan silu tau tegur.. ana terbuka untuk menerima sebarang kritikan ilmiah yang membina daripada sesape saje..
apepun.. ana masih lagi pelajar ye.. tak alim pun.. banyak sangat lagi bende tak tau.. kepada kengkawan sume yang rajin bertanya dalam blog.. bertanya dalam ym.. bertanya dalam sms.. dalam telepon.. hakikatnya ana bukanlah orang yang paling arif untuk memberikan fatwa hukum hakam kepada korang sume.. ada sesetengah perkara yang dianggap sebagai pendapat.. tu mungkin ana bleh bagi sebagai apa yang datang dari pandangan peribadi ana sendiri.. tak semestinya betul disi orang lain dan tak semestinya salah.. adapun dalam hal2 hukum hakam.. dalam hal berfatwa.. ia tak semudah menjawab soalan pendapat yang boleh disokong dan dibangkang oleh sesiapa sahaja.. ia mestilah bersandarkan kepada ilmu yang daqiq dan penelitian yang mendalam terhadap kes daripada pelbagai sudut..
sepertimana kaedah yang digunapakai dalam dunia perubatan.. "every patient is unique" begitu jugak dalam dunia pemfatwaan.. setiap mustafti yang datang meminta fatwa itu adalah unik.. mereka mempunyai kes yang berbeza2.. kalau dalam perubatan semua pesakit yang mengatakan dia demam kita tak boleh bagi semata2 panadol.. kene tengok dulu faktor2 dan sudut2 lain yang berkaitan dengan diri pesakit yang menjadikan dia demam.. begitu juga lah dengan pemfatwaan.. fatwa yang diberikan perlu diteliti dari banyak sudut sebagai meraikan keadaan mustafti yang datang meminta fatwa tentang hukum hakam yang berkaitan dengan apa yang berlaku pada dirinya atau sekelilingnya..
inilah yang telah ditunjukkan oleh Junjungan Mulia kita Nabi Muhammad SAW yang memberikan fatwa menjawab soalan mustafti dengan meraikan keadaan mustafti itu sendiri.. kita dapat lihat lebih jelas dalam banyak riwayat hadis2 Rasulullah SAW dimana para sahabat datang bertanya kepada Saidina Rasul "amalan apakah yang yang paling afdhal untuk dilakukan?" maka jawapan yang Rasulullah SAW berikan berbeza2 mengikut siapa yang datang bertanya.. ada riwayat yang mengatakan solat di awal waktu.. ada yang mengatakan berbuat baik kepada kedua ibu bapa.. dan riwayat ini berbeza2 kerana berbezanya keadaan hal mustafti yang bertanya itu sendiri.. dalam sebuah hadis pendek yang biasa kita baca dalam Arbaien Nawawiah.. hadis (( la taghdab )) apabila seorang sahabat (dikatakan beliau adalah Abu Darda') meminta Rasul SAW menasihati beliau.. Rasul hanya mengulang2 sabda baginda mengatakan (( jangan marah )) ini juga kerana meraikan keadaan sahabat yang meminta nasihat kerana beliau seorang yang cepat marah.. begitulah halnya seorang mufti sepatutnya memberikan fatwa kepada mustafti sepertimana yang telah ditunjukkan dan diajarkan oleh Baginda SAW kepada kita.. sememangnya ia perlu kepada penelitian yang mendalam..
Profesor Dr Muhammad Az-Zuhaili ada mengarang sebuah risalah kecil yang bertajuk "Adabul Fatwa" disini ana cuma nak amik sikit petikan sebahagian daripada risalah tersebut.. moga2 kita dapat mengambil istifadah bersama daripada petikan risalah ini yang telahpun diterjemahkan oleh ust Fawwaz Fadzil Noor..
ANCAMAN DARIPADA BERFATWA
para ulama dan fuqaha sejak daripada zaman para sahabat dan selepas daripada mereka, mengelakkan diri daripada berfatwa dan menganggap ia adalah satu tanggungjawab yang besar.. mereka amat berhati2 ketika hendak mengeluarkan fatwa dan berusaha lari dari berfatwa kerana bimbang jika berlaku kesalahan didalam fatwa.. mereka tidak mengeluarkan fatwa kecuali apabila fatwa itu menjadi wajib keatas mereka..
pada ketika itu tidak ada peluang untuk mereka berdiam diri kerana takut dikira sebagai satu jenayah penyembunyian ilmu.. berfatwa hukumnya adalah fardu kifayah.. ia akan menjadi fardu ain apabila kewajipan itu tergantung kepada seseorang itu.. para ulama yang berakhlak dengan adab fatwa mereka tidak cepat mengeluarkan fatwa dan tidak mempermudahkan didalam menerangkannya. mereka jugak tidak menggunakan cara berhelah didalam berfatwa dan tidak bertelingkah dalam menerangkan yang benar.. mereka tidak terkesan dengan cercaan dan tidak berpaling daripada kebenaran kerana inginkan kemewahan atau lari dari kerugian (berbentuk duniawi).. telah banyak riwayat atau cerita dalam bab ni mengenai ulama terdahulu kita sebutkan sebagai teladan..
berkata Al-Barra':
sesungguhnya aku telah melihat 300 sahabat Nabi SAW daripada ahli perang badar.. tidak ada antara mereka melainkan dia menyukai sahabat lain yang memberikan fatwa..
berkata Ibnu Abi Laila:
aku menjumpai 120 golongan ansar daripada sahabat Nabi SAW.. apabila mereka ditanya tentang sesuatu masalah masing2 menolaknya kepada sahabat yang lain sehinggakan ia kembali kepada orang yang pertama ditanya..
berkata Sufian 'Uyainah:
orang yang paling mengetahui dalam bidang fatwa adalah orang yang paling tidak bercakap tentangnya.. dan orang yang paling jahil tentang fatwa adalah orang yang paling (banyak) bercakap tentangnya..
berkata Atha' Ibnu As-Saib:
aku menemui satu kaum yang mana apabila salah seorang daripada mereka ditanya, dia bercakap dalam keadaan takut..
berkata Ibnu Mas'ud dan Ibnu Abbas RA:
barangsiapa yang berfatwa kepada manusia setiap soalan yang diajukan, maka dia adalah gila..
berkata Abu Husain Al-Asadi:
sesungguhnya salah seorang daripada mereka berfatwa dalam sesuatu masalah.. sekiranya perkara itu diajukan ke atas Saidina Umar.. nescaya beliau akan mengumpulkan ahli badar dalam memberikan fatwa terhadap masalah tersebut..
kebanyakan fuqaha menjadikan perkataan "aku tidak tahu" sebagai syiar kerana khuatir terjerumus ke dalam lembah dosa.
berkata Muhammad Ibnu 'Ajian:
apabila seseorang alim lalai daripada berkata "aku tak tau" maka dia ditimpa bahaya..
seorang ulama Abu Kassim ditanya tentang sesuatu lalu dia menjawab:
janganlah dilihat kepada janggutku yang panjang dan kepada orang ramai disekelilingku.. demi Allah aku bukanlah orang yang sesuai untuk menjawabnya..
pada ketika itu berkata seorang tua daripada Quraisy yang duduk disebelahnya:
wahai anak kepada saudaraku, jawablah.. demi Allah tidak aku melihat dalam majlis ini terdapat orang yang lebih bijak daripada kamu..
maka jawab Abu Kassim:
demi Allah sekiranya dipotong lidahku lebih disukai aku daripada aku bercakap perkara yang aku tidak tahu..
Imam Malik pernah berkata:
barangsiapa yang menjawab dalam suatu masalah hukum maka sebelum menjawabnya hendaklah dia meletakkan dirinya antara syurga dan neraka.. dan bagaimana dia mampu untuk menyelamatkan dirinya di akhirat serta menjawap persoalan mengenainya di akhirat kelak..
suatu ketika Imam Malik ditanya suatu masalah lalu beliau menjawab: aku tak tau
maka dikatakan kepadanya: sesungguhnya soalan tu sangat mudah
maka Imam Malik menjadi marah seraya berkata:
tak ada dalam ilmu perkara yang ringan.. apakah kamu tak mendengar firman Allah yang bermaksud :
(sayugialah engkau dan pengikutmu membiasakan diri masing2 dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah2) yang berat (kepada orang2 yang tak bersedia menyempurnakannya) [Al-Muzammil:5]
kata Imam Malik lagi:
ilmu semuanya adalah berat khususnya sesuatu yang akan ditanya mengenainya pada hari kiamat kelak..
Imam Sya'bi ditanya tentang sesuatu masalah lalu dia menjawab: aku tak tau
maka dikatakan kepadanya: apakah kamu tak malu berkata sedemikian sedangkan kamu faqih di negara iraq ni?
maka dia menjawab:
tetapi malaikat tak malu untuk berkata "kami tak tahu" sepertimana yang dirakamkan dalam Quran yang bermaksud :
Malaikat itu menjawab: Maha Suci Engkau (Ya Allah) kami tidak mengetahui pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami.. sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana [Al-Baqarah:32]
berkata Imam Malik:
apabila para sahabat Nabi SAW merasa sulit dalam menjawab sesuatu permasalahan, dan salah seorang daripada mereka tak menjawab dalam sesuatu masalah hingga dia mengambl pendapat sahabatnya yang lain sedangkan mereka itu dikurniakan petunjuk dan taufiq beserta bersihnya jiwa mereka.. bagaimana pula kita yang dipenuhi dosa-dosa dan kekotoran dalam hati kita..
wallahu taala a'la wa a'lam
kesimpulannye mudah je.. kalo tau kata le tau.. jangan sorok ilmu yang ade.. tapi pastikanlah ianya benar2 sohih.. kalo dah tak tau jangan pandai2 la nak kate tau nak main agak2 belah situ agak2 belah sini.. pandai2 plak nak wat ijtihad seniri ikut pemahaman sendiri yang dangkal.. jangan sesukahati nak bagi fatwa macam nak bagi petua.. sebab memberi fatwa itu tidaklah semudah memberi petua.. dan fatwa itu sendiri bukanlah petua.. oke sekian dimaklumkan.. sebagai peringatan buat diri seniri yang dhoif ini jua..
dalam siri pengajian bersama fadhilah al-mufti jumhuriah misra al-arabiah Alim Allamah Syeikhuna Syeikh Ali Jumaah beberapa minggu lepas di masjid Al-Azhar juga ada menyebutkan sedikit perkara yang berkaitan dengan ini..
dalam pengajian tafsir Surah Al-Maidah di waktu itu.. antara apa yang fadhilah al-mufti terangkan ketika mentafsir ayat ke 4 daripada surah tersebut.. kalimah (yasalunaka) yang membawa maksud (mereka bertanyakan kepadamu wahai Muhammad) terdapat jumlahnya sebanyak 13 kali disebutkan didalam Quran.. menunjukkan bahawasanya sepanjang 23 tahun Rasulullah menyampaikan syariat, hanya 13 soalan yang dirakamkan oleh Allah dalam Quran.. bagaimana pula dengan kita sekarang ni? sangat2 berbeza.. zaman Nabi cuma 13 soalan sepanjang 23 tahun penurunan Quran.. kita pulak? beribu2 soalan dalam sehari datang ke Darul Ifta' Al-Misriah.. memang jauh beza..huhuhu..
sekian dulu wat masa ni.. masih jauh lagi perjalanan ana ni untuk melengkapkan diri dengan ilmu2 Islam agar dapat membantu masyarakat semua pabila pulang ke tanah air kelak.. doa2kanlah ana senantiasa yer.. Allahumma faqqihna fiddin wa'allimnatta'wil.. waj'alna minal ulama'il 'amilin.. ameen ya rabbal alamin..

