Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye
Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le
Saturday, May 9, 2009
Apakah Perbezaan Antara Torob dan Turab?
salam aleik..
satu lagi version jalan2 cari pasal.. balik meronggeng dari atabah.. kami semua [macam ramai jer padahal aku ngan amin je.. kekeke..] pun menuju ke tempat yang senantiasa kami ingati dan kenang2kan sepanjang hari iaitu restoran jual torob kat gamik.. nafsu makan yang bergelojak ini sentiasa menuntut dan menyuruh kami untuk makan berlebihan.. makan berlebihan akan menyebabkan kemalasan dan ianya tidaklah digalakkan dalam Islam.. ianya melembabkan otak dan menyebabkan kuatnya nafsu.. sedangkan nafsu perlu kita didik untuk tunduk pada akal.. antara cara mendidik nafsu adalah dengan membiarkan dia lapo dan kebulor.. disebabkan ini kami jarang2 sekali memenuhi kehendak itu.. kami sememangnya zuhud.. makan berpada2 apa yang ada.. apa yang tiada kami tak minta tapi kalau orang lain minta kami join sekaki tambah oder skali.. hihihi..
ramai jugak yang nampak2nya bertanyakan khabar pipi ana yang katanya semakin jauh berbeza dengan gambar dalam 'Man Ana' kat seblah nih.. memang la.. tu gambor 30 taun lepeh.. masa tu baru baligh.. skarang ni dah beratus ribu kali ihtilam dah memang la beza.. peoples change.. nokia connecting people.. jadi tak mustahilla yang kurus leh jadi gemok.. yang keding leh jadik tembam.. lagipun abengoh pipi donat dah balik melesia.. biar ah ammu pamie ganti tempat die.. hehe.. [alasan biase orang bagi kalo dah tembam ni.. hati senang.. bujang senang.. jadi.. aku pun bagi alasan ni jugak jelah.. senang.. hihi..]
malehla cakap banyak.. lagi seminggu jer nak pekse nih.. pade yang mintak tolong kat ana tu.. maafla yer tak dapat nak tunaikan wat mase ni.. tajuk2 posting2 yang ilmiah sket yang korang sumer request tu nanti2 la ye.. bz nih.. taip merapu camni duk 2minit depan pc dah bleh siap.. tapi kalo yang ilmiah sket tu kurang2 2minit stengah kene duk cari idea.. setengah minit tu pun payah tu.. mahap yer eberibadi..
apepun layankanlah galeri torob yang akan menjadi kenangan pada mereka yang gemar melantaknya dan telahpun balik ke kampung halaman.. tentu terkenang2 dilubuk hati mereka akan kesedapan kefeelingan dan ketrampilan torob ini dan ternyata satu hari nanti mereka akan menempah tiket flight ke mesir semula untuk melepaskan kerinduan terhadap torob.. [kalo nak, datang mesir snirik.. nak pesan2 suh aku bungkus bile balik mesia nanti sori oke.. takde mase nak layan.. haha..]
_______________________
selamat berimtihan di musim durian.. erk.. musim imtihan.. jangan stress2 oke.. belajarlah untuk meredhai usaha sendiri dan meredhai apa yang Allah beri kepada kita.. yang penting.. kita belajar untuk belajar.. semoga najah belaka.. amin.. [blog ni bakal bersawang kejap for the time being.. so jangan tanye aku nape tak hapdet.. oke..]
tattaaa~
Sunday, May 3, 2009
salam..
berita hari ini.. sekumpulan pelajar telah belajar di dalam kelas dengan berdirinya sorang cekgu didepan kelas.. kelas itu berbentuk segi empat.. dalam kelas tersebut terdapat kusi dan meja.. [adakah ini dikatakan berita?]
ok..berita sebenar.. sekumpulan pelajar berjumlah 40 orang hari ini didapati membelasah cikgu didalam kelas kerana cikgu tu tesalah buat jalan pengiraan teorem pitagoras.. cikgu itu didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mandatori gantung sampai hidup.. pelajar2 itu menceritakan dalam gaya bahasa yang menggoda bahawa cekgu itu tanak mengaku salah lalu pelajar tangkas mengambil keputusan membelasah pihak lawan dengan score sebanyak 3-0.. para penonton bersorak gembira sambil mengalirkan air mata air dari telaga berdekatan.. akhirnya semua pelajar itu insap dan berjanji dengan atuk masing2 supaya akan memukul lagi cikgu yang degil.. bak kata pepatah.. bagaikan isi dengan kuku.. bagaikan cekam menanti retak..
sari berita utama.. berita penting..takde pe pun sebenonye.. tadi gi telepon mak ngan abah.. rugi plak rasa kalo gi cc tak hapdet kan.. apdet la sket.. amik ati.. kang sat gi blog ni majuk penat pulak ana nak tempahkan restoran terapung atas langit untuk pujuk dia bawak dia gi makan candle lite dinner kan..
lonjakan besar pada blog the pamiesz.. semenjak beliau menggatal tangan menaip posting panjang tu.. graf kat stats pun makin hari makin panjang.. semalam pengunjung blog ni dah mencecah 173 orang.. satu pencapaian yang membanggakan.. tapi tak cukup bangga untuk menyebabkan seluar terkoyak..
apepun kesimpulan yang ana bleh wat.. korang sume memang gatal.. bab2 kawen memang korang sume laju yek.. cepat jer nak promot suh kengkawan bace.. hahaha.. apepun time kasih banyakla kat pengunjung dan sume follower sebab korang sudi nak membuang masa dengan berfaedah sekali kat blog ni.. ana nak bagi duit sorang singgit ana tak mampu.. jadi ape kate korang yang kumpui2 duit bagi sorang seploh hengget kat ana.. 173 orang dah ade 1730 hengget.. boleh dah beli moto sebijik ngan kitab Ithaf Sadatil Muttaqin syarah Ihya' Ulumiddin.. tu jelah nak kabo arini.. sekian dimaklumkan..
berita hari ini diakhiri dengan serangkap pantun
dua tiga empat lima
enam tujuh lapan sembilan
sepuluh sebelas doblas patblas
tige belasnye mane plak
saksikanlah video ini sebagai mengakhiri berita hari ini.. [korang tengok jelah pape video yang korang ade.. sume mende nak mintak aku lemak aaahh.. hahaha..]
Saturday, May 2, 2009
Alhamdulillah Aku Dah Sampai Kat Iraq
salam imtihan untuk semua..
bersempena musim imtihan yang hanya tinggal beberapa kangkang biawak je lagi mendekati para pelajar dimesir ini.. saya dengan ini dengan bangga dan idong kembang dan seluar koyaknye mempersembahkan satu rancangan baru dalam blog ini.. yang dinamakan slot jalan2 boroikan perut makan ikut sukakaki hatipunsukasekali.. [ape plak kaitan imtihan ngan jalan2 cari makan?.. tolongla pami.. tolonglah jangan melalut.. aku tak suka ok.. menyampah gile tengok ko taip panjang2 kona jauh2 macamni.. aku benci betul kat ko ni.. kalo ko ade depan mata aku memang aku patah2kan dah keyboard ko.. ---> kata sebahagian mereka yang menyampah dengan aku.. dinaqalkan daripada kitab Al-Mutawwalat Lilmajnun karangan yang bakal dikarangkan oleh korang sebagai mengeradd perbuatan aku menulis blog yang merepek ini..]
dah cite panjang2 pasal kawen.. skang kita cite pasal makan pulak.. maleh dah nak cite panjang2.. aku merajuk dengan orang yang tak suke aku taip panjang2 tu.. lantak la korang nak pujuk camne pun aku nak majuk jugak.. kalo nak pujuk jugak.. bagi aku kawen.. hahahaha.. [tak lepeh jugak tajuk tu dalam posting makan pun sebut jugak pasal kawen.. udah2la pami.. aku dah jemu la.. siyes aku jemu dengan perangai ko yang tahpepe ni.. ko ni macam *&%#$$@#@$^ la.. dah la tu *&%$#^&$#$%$^ pulak.. pastu tak cukup dengan tu tambah @#$@%*&## pulak..] haha.. aku paham sebenarnya korang memang nak puji aku kan? terima kasih.. aku suke.. sukeeee sangattt.. time kasih tau.. hahaha..
usai pengajian bersama Syeikhuna Al-Alim Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Syeikh Mahmud Said Mamduh di rumah kedah hayyu sabiek.. aku bersama makhluk ini yang dinamakan oleh mak bapak beliau dengan nama ust Burhanuddin ataupun yang dinamakan oleh kengkawan beliau dengan nama Boan ni melangkahkan kaki menuju ke restoran Iraq yang terletak di Iraq.. kami menempah tiket flight sejak berkurun lama tapi tidak kunjung tiba tiket itu.. lalu dengan frast tak pat naik flightnya kami pun mengamalkan beberapa zikir dan hizib yang telah diajarkan oleh para masyayikh yang menyebabkan akhirnya kami mampu terbang ke restoran Iraq.. huh.. padan muka egypt air.. sape suh lambat bagi tiket.. aku terbang sniri jer senang.. pree tak payah bayo.. padan muka bengkrap la ngko sebab mengecewakan aku.. huh!
layankanla galeri mengisrafkan duit yang tak berape nak ade untuk melayan hawa nafsu perut yang meronta2 memintak makanan mahey yang dimakan dengan beria2 dan penuh semangat tapi akhirnya menjadi bom yang dilepaskan dalam mangkuk jamban jua..
__________________________________
ni la ust boan yang banyak duit dan banyak pulak anak murid dia.. haha.. jaga2 dia ni badan lagi nipis dari papan tapi perut lagi beso daripada tangki air kat asrama.. hahaha.. tapi jangan risau dia tak bela jin.. jin pun sume takut ngan dia pasal dia dah ada sanad ruqyah bacaan dan hafazan.. beranila jin kacau satgi mesti kene kelar.. kekeke.. [aku kutuk2 jap.. kat bawah skali nanti baru aku mintak maap tau.. jangan tak maapkan plak.. hahaha..]
ni main menu kitorang malam tu.. aku memilih untuk melantak menu yang dinamakan sebagai beriyani firakh.. (nasik beriani ayam) yang berharge LE23.. boan pulak sebagai tok guru mestila lebeh.. dia memilih beriyani lahm (beriani daging) sebagai santapan rohani beliau pada malam itu yang bernilai LE25.. [aku teringat kat beriani gulam rasul teluk intan.. bape ploh dah cawangan dia agaknya.. nasi beriani beliau yang menggetar2kan perut aku tetiap kali melihat mamak tu tolong kaut masuk pinggan dilimpahi pulak dengan kuah ayam masak kurma yang pekat likat dan menggoda.. slurrppppp.. toloooonngg.. air liurku meleleh membasahi baju..]
ni pulak kacang ful in solso.. sdapp.. antara menu yang dia campakkan memenuhi meja pada mulanya.. tekejut gak mule2.. aku oder nasi beriani je.. skali sampai menu atas meja penuh macam santapan raja.. ingatkan free sebagai menghargai aku yang pirst time datang.. haha.. upenye skill dia.. saje je buh sume ateh meja nak bagi kita beselera dan akhirnya tak dapat menahan nafsu dan mencelup sikit menu itu dan padahnye bayo jela menu yang ko dah gatal celup tu..
ni krim caramel.. kot.. haha.. aku pun tak tau ape aku main tibai jer tapi pendek kata sedap la.. beliau menjual diri dengan harga LE4.. sian.. nak cari nafkah untuk mengharungi hidup didunia yang fana.. hingga terpaksa menjual diri.. tapi takpe.. dalam kes ni beliau boleh pakai fatwa dr mashitah yang mengatakan boleh menjual diri ketika darurat.. hahaha..
yang ni pun kalo dia mintak bayo memang aku robohkan dah restoran tu.. nasib baik bila aku tanye terketor2 dia cakap jeruk timun ni pree.. tau takutt..apepun time kasih banyak kat ust boan yang membelanje sebahagian besar daripada menu yang dicelup pada hari tersebut.. jazakallah khairan kathira.. zawwajakallahu bikra.. ameen ya rabbal alameen.. [yang kutuk2 ko kat ateh tadi tu kire halal la ye.. aku dah doakan ko dapat kawen anak dara dah tu.. kekeke..]
jadual pekse dah kuar dah pun.. paper aku 16hb 5.. doa2kan semoga dipermudahkan segala urusan.. dikekalkan ingatan Quran.. barakallahu fikum ajmain.. kepada kengkawan yang pekse madah2 lain jugak.. bittawfiq wannajah.. moga apa yang kita belajar ni dapat menjadikan diri kita berjasa pada Islam dan menjadi pembantu diri kita sebagai hujah pabila bertemu Allah di akhirat kelak..
Senyum laaaa.. yang monyok2 je 48hari tu pehalll?? datang bulann?? haha..
senyum itu menceriakan dan membahagiakan.. senyumlah sebelum anda disenyumkan.. pesanan khidmat masyarakat.. :)

