Ikutle Kalo Agak-agak Ngkome Ghajin Membacenye

Cakap Le Ape Ngkome Nak Cakap Asey Jangan Mencarut Udah Le


ShoutMix chat widget
Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label Tentang Mesir. Show all posts
Showing posts with label Tentang Mesir. Show all posts

Saturday, October 31, 2009

Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Kampus Zaqaziq Sebelah Sawah Seberang Mawaf Tonto Adim Nek Tremco Benti Kat Sidnawi Pun Bole

Posted by The Pamiesz® | Saturday, October 31, 2009 | Category: , , | 7 Kata Komenan

alhamdulillah syukru lillahi tabaraka wa taala azza wa jalla. inilah rupanya sijil ijazah sarjana muda bahasa arab universiti al-azhar mesir yang telah sekian lama aku nantikan. sijil sementara jer nih. cantik kan? canggih sijil ni. komputer buatan manusia pon tak dapat celen kecanggihan font nih. pasalnye dorang masih guna font asal buatan Allah iaitulah tulisan tangan. sijil original kang lagi cantik. lagi banyak setem. sampaikan korang akan anggap tu bukan sijil kot. ntah2 korang ingat itu buku setem. kot. paham tak kot? tunggulah setaun setengah lagi baru korang dapat tengok 'buku setem' tuh.

ini pulak orang purba panggil manuskrip. ataupon dalam bahasa arab dipanggil makhtutot. kepala utot hang makhtutot. ni bukan manuskrip. ni transkrip. reti beza tak antara transkrip ngan transnasional? transkrip tu dalam bahse arab dipanggil kashfu natijah. transnasional dalam bahse arab dipanggil utubis. skang sile bezakan pulak antara utubis dan kubis? kueh lupis? punggis. is?

once upon a time there was a girl. [guess who? i know what u did last deepabali oke. haha.] she asked me to help her friend. they have to do some kind of acting using the arabic dialog. of course it was for their assignment hape jadah tah lebeh kuang tu le. i think almost 3 month i left my arabic language untouched from the corner of my mind. so from the worlds view i accepted that celen [bukan celen bahse jawe nih] to translate this dialog to arabic. maybe i translated wrong. if you think i'm wrong, please make it rite. plis rait ketas pekse budak2 nih. aku dah tak larat dah neh. hahaha. minggu depan dah kene key in data kat pc skola. ketas betimbun lagi tak berait. raitkan woih. hohoho.

dibawah nih aku kepilkan dan steplerkan dialog yang aku terjemah dulu tu. blehla tengok2 sambil hapal sambil aplikasikan dalam scene kehidupan anda. sonok sebenanye cakap arab nih. tak pecaya tanye le kat arab. sonok tak dia cakap arab. mesti dia jawap sonok. kalo dia cakap tak sonok mesti dia bukan arab. tapi tak sume yang bukan arab pon kata cakap arab tak sonok. besenye tak sonok yang kata arab sonok. arab sonok kata tak cakap. cakap kata tak arab seronok. dua ronok tiga ronok nam ronok kata arab cakap melayu. jadahnye ko cakap ni weh. nak kene pelempang ngan kebab ayam ke? [jangan! jangan! rugi nanti kebab tu betabor atas pipi jer. bek berzakat kat faqir miskin. banyak berzakat banyak berkat! moh le berzakat! iklan khas jabatan ugame negri perak]

aku rasa kalau merepek macam ni, buat buku 297 jilid pon takkan pernah habis kan. huh.


Scene 1
______

Dayah : Penatnya hari ini. Cuaca pun sangat panas
تعبت تعبا جدا اليوم، الجو حر قليلا
Ta'ibtu ta'ban jiddan alyaum. Aljawwu harr qalilan

Aini : Iyelah. Saya pun begitu juga.
نعم، اشعر كذلك، حر جدا
Naam. Asy'uru kazalik. Harr jiddan

Daus : (salam), sahabat. Apa khabar kamu berdua?
السلام عليكم يا جماعة. كيف حالكما؟
Assalamualaikum ya gamaah. Kaifa halukuma?

Dayah : Kami baik. Tapi mengantuk sedikit.
وعليكم السلام. الحمد لله نحن بخير. ولكن نشعر بالنعاس قليلا
Waalaikumussalam. Alhamdulillah nahnu bikhair. Walakinn nasy'uru binnu'as qalilan

Aini : Kami tidur lewat semalam.
تأخرنا قليلا للنوم بالامس
Taakhkharna qalilan linnaum bil ams

Ida : Apa yang kamu berdua buat malam semalam?
ماذا تفعلان في الليل؟
Maza taf'alani fil lail?

Dayah : Kami berdua belajar. Untuk persediaan peperiksaan minggu hadapan
نعمل المراجعة مع اصدقائنا للإستعداد للإمتحان الذي سيكون في اسوع القادم
Na'mal almurajaah ma'a asdiqo'ina lil isti'dad lil imtihanillazi sayakunu fi usbu'il qadim

Daus : Jam berapa kamu tidur? [kamu berjaga sampai kul bape?]
تستيقظين حتى ساعة كم؟
Tastaiqizin hatta saah kam?

Aini : jam 3 pagi
ساعة ثالثة
Saah thalithah

Ida : Petang ini, mahukah kamu berdua pergi riadah bersama-sama? . Untuk segarkan badan.
هل تريدان ان تذهبا معي للرياضة؟ على شأن صحة الجسد
Hal turidani an tazhaba ma'i lillriyadhah? Ala sya'ni sihhatil jasad

Daus : Iyelah. Bila badan segar kita pun sentiasa sihat.
انا موافق. العقل السليم في الجسم السليم
Ana muwafiq. Al-aqlussalim fil jismissalim

Dayah : Baik lah begitu.
لو كلكم موافقون، خير
Lau kullukum muwafiqun, kheir

Aini : Kita jumpa petang ini di padang.
حتى نلتقي بالملعب في هذا المساء. لا تنس موعدنا
Hatta naltaqi bil mal'ab fi hazal masa'. La tansa mau'idana


Scene 2
_______

Anis : Dimana mereka berdua ini? Hari semakin malam.
اين كانتا؟ ظلم الليل سيظهر نفسه في وقت قريب
Aina kanata? Zulmullail sayazhar nafsahu fi waqtin qarib

Dila : Tunggu lah sebentar. Mungkin mereka ada hal.
انتظري قليلا. ممكن يوجد عندهما المانع يمنعهما
Intaziri qalilan. Mumkin yujad 'indahuma almani' yamna'huma

Anis : Baiklah.
طيب، سانتظر
Toyyib. saantazir

Dila : Haaa…. Itu pun mereka.
انظري هناك. هم يأتون
Unzuri hunak. Hum ya'tun

Anis : Kawan-kawan di sinila.
!يا صديق! هنا! هنا
Ya sodiq! Huna! Huna!

Daus : (salam), maafkan kami semua kerana lewat.
السلام عليكم. آسف جدا تأخرنا قليلا
Assalamualaikum. Asif jiddan. Ta'akhkharna qalilan.

Dila : Tidak mengapa wahai sahabat.
لا بأس به يا صديقي
La ba'sa bihi ya sodiqi

Anis : Siapa mereka berdua ini?
من هن؟
Man hunna?

Ida : Ini kawan-kawan asrama saya.
هن اصدقائي من بيت الطلبة
Hunna asdiqa'i min baitittolabah

Dayah : Nama saya hidayah. Saya dari fakulti awan dan sumber asli. Saya berasal dari Selangor.
اسمي هداية. انا من كلية العوام ومصدر الأصلي. انا من سلنجور
Ismi hidayah. Ana min kuliyyatil awwam wa masdaril asli. Ana min selangor

Aini : Saya aini. Saya dari fakulti kimia dan sumber asli. Saya berasal dari kedah.
انا عيني. انا من كلية الكيمياء ومصدر الأصلي. انا من قدح
Ana aini. Ana min kuliyyatil kimiya' wa masdaril asli. Ana min qodah

Dila : Saya dila. Yang ini anis. Kami dari berdua dari fakulti makanikal. Kami berdua berasal dari Johor
انا ديلا. هذه أنيس. نحن من كلية ميكانيكال. نحن من جوهور
Ana dila. Hazihi anis. Nahnu min kuliyyah mekanikal. Nahnu min johor.

Anis : Mari kita main bola jaring sekarang. Ramai- ramai baru seronok.
فرصة سعيدة. الآن حي نلعب كرة السلة. كثير عددنا كثير سرورنا
Fursah sa'idah. Al-an hayya nal'ab kurratas sallah. Kathir 'adaduna kathir sururuna.

Aini/dila/daus/dayah/ida : Mari
حي بنا
Hayya bina


Scene 3
_______

Dila : Kawan-kawan, sekarang sudah pukul 6.30pm. Mari kita pulang.
يا جماعة! الوقت قد انتهى. ساعة سادسة الآن. حي نرجع
Ya gamaah! Alwaqtu qadintaha. Saah sadisah al-an. Hayya narji'

Aini : Iyelah. Sebentar lagi sudah tiba waktu solat magrib
طيب، سيدخل وقت المغرب في وقت قريب
Toyyib, sayadkhulu waqtul maghrib fi waqtin qorib

Ida : Terima kasih semua. Seronok bermain bola jaring tadi.
على كل حال جزاكم الله. اشعر بالسرور
Ala kulli hal jazakumullah. Asy'uru bissurur

Dayah : lain kali kita semua bermain lagi ye.
ممكن نلعب مرة اخرى في وقت اخر
Mumkin nal'ab marratan ukhra fi waqtin akhar?

Daus : Boleh. Insya-allah
ممكن ان شاء الله
Mumkin insyaAllah biiznillah

Anis : Baiklah. Jumpa lagi semua.
طيب مع السلامة و الى اللقاء
Toyyib, maassalamah wa ilalliqa'

ilmu tak elok simpan dalam harddisk je kan? elok kongsi ngan orang seramai mungkin agar dapat manfaatnye dan sahamnye bersama. moga2 ade le manfaatnye ape yang aku cakap ni walaupon kengkadang [kengkadang?hahaha] selalu [ni baru betul.hahaha] ajer terkona tersasar kesana kemari. moga2 Allah pelihara aku daripada kalam2 biduni faidah. amin.. [jangan nyaut min.. aku tak panggey ko oke..]

tajuk2 posting aku makin lama aku rasa makin macam sunat muakkad jer. [haram2 kene jauh so tanakla sebut macam haram. ngehehehe. tapi kan, tak temasukla haram (piramid) dan jugak haram (masjidil haram dan masjidin nabawi)]

dahlah tuh. macam haram je merapunye. [sebut jugak. kejap je tadi baru cakap. hahaha]

tasbah alal kheir [ucapan gudnite dalam bahse arab] aku nak tido dah ni. tolong pesan kat aku supaya tak lupa baca doa dan surah mulk. aku tanak mimpi dengan roshahimi lagi. really menakutkan. tengok muka dia jer pon dah horror dah. jauh berkali ganda lebih horror daripada tengok cite 9 september. wahahahahahabi. [gelak style wahabi]

Friday, September 25, 2009

Kalghari The Series Episod 1 Launched!

Posted by The Pamiesz® | Friday, September 25, 2009 | Category: , , | 2 Kata Komenan

tamau cakap panjang.. anda akan mendengar sendiri saya bercakap panjang selepas ini.. komenlah sendiri selepas melihat muvie pendek daripada geng kalghari nih.. layan jelah.. yang penting saya dan anda hepiiiii~ (^_^)

Kalghari The Series
Episod 1
Part 1



Kalghari The Series
Episod 1
Part 2



Kalghari The Series
Episod 1
Part 3



Kalghari The Series
Episod 1
Part 4



Kalghari The Series
Episod 1
Part 5


Wednesday, August 12, 2009

30 Minutes (bunyi cam title box office muvie jek)

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, August 12, 2009 | Category: | 5 Kata Komenan

sungguh blog ini telah ku anak tirikan.. [walaupun hakikatnye anak kandung pun aku takde lagi ditambah2 la pulak lagi bini aku nak memberanakkan sesuatu bernama blog.. ape kehey pulak?] kesian dia terbiar sekian lama tanpa ada sesape yang amek tau.. balas komen2 pun tak sempat.. kesian kat ko blog.. kesian jugak kat ngkome pengunjung2 blog aku ni.. walaupun takde la seramai pengunjung web google kan.. hehe.. wahai blog.. takpe2.. nanti tuan ngko ni dah ada broadband sniri kat umah dia bela la ko balik oke.. jangan kecit ati tau..

pernah dengar tak orang yang mati2 tanak buang masa setengah jam tapi hakikatnye die pegi cari pasal buang2 masa sebanyak berejam2? rasanye biase je dengar kan.. tapi kalo tak biasa.. biasa2kanlah kerana anda yang mahu hidup di mesir akan mengalami juga kejadian2 seperti ini..

8.17 pagi

menunggu bas no 1 dihadapan stesen minyak mobil setelah selesai bertalaqqi Al-Quran bersama Syeikh Abdun Nabi di rumah beliau yang terletak di St Theresa Shoubra..

8.27 pagi

sementara menunggu hempon pun dibukak untuk connecting ke ym chek kot2 ada offline mesej yang penting2.. sedang memicit2 keypad pabila mata ini memandang saje kedepan jeng jeng jeng.. maka ternampaklah mata kasar ini akan kelibat bas no 1 yang melintas dengan selambe didepan aku tanpa ada sekelumit pun perasaan untuk berhenti.. aku yang hensem berjubah diketika itu mula berlari2 anak bapak mengejar beliau sambil melambai2 mesra seolah2 aku ni pelepah kelapa yang melambai2 di tepi pantai alex.. [pantai alex ada pokok kelapa ke?] beliau terus berlalu tanpa memperdulikan aku.. aku ditinggalkan.. ohh tidakkk.. aku tak mampu untuk menerima kenyataan dan hakikat ini.. air mata mula mengalir deras.. tangisan demi tangisan kedengaran.. [tapi bukan air mata aku la.. air mata bayi kat sebelah aku nak mintak susu kat mak die.. hahaha..]

bas no 1 telah diketahui ramai hanya lalu setengah jam sekali.. maka jika anda telah terlepas ia, jangan mimpi la nak nampak beliau melainkan kene tunggu lagi setengah jam..

dengan pemikiran yang dangkal.. aku pun mengambik keputusan untuk tanak buang mase menunggu selama setengah jam.. lalu dengan pantas dan pintas aku pegi hambek metro (ketapi) dan turun kat ramsis.. konon2nye nak amek bas jelah daripada situ sebab bas pegi asyir belambak2 kat situ..

sampai2 je kat depan masjid fath.. ku lihat berdoyon2 manusie sedang menunggu bas.. aku lupe ni waktu orang nak pegi keje.. hambek kau.. semua bas yang lalu aku nampak orang begayut2 kat pintu bas.. dahla bas asyir pun seketul tak lalu..

dengan pemikiran singkat jugak aku terus bepikir.. naik tremco lah.. tremco asyir banyak je kat blakang mahattah qitor tu.. lalu aku pun bejalan ke mahattah belakang tu sebab biasanya aku balik daripada mansurah tengah malam ade je tremco gi asyir.. sekali lagi aku lupe itu bukan waktu orang pegi keje..

sampai je kat mahattah tremco.. ku lihat kekosongan dan kesepian melanda tremco2 disitu.. hampeh.. tremco tade.. orang tunggu tremco bejuta lemon..

kat sini la aku nampak kejadian yang dah biasa aku nampak kat mahattah2 tapi dah lama tak nampak.. dah nak balik melesia ni ternampak pulak kenangan2 melawakkan kat sini.. arab berebut2 nak masuk tremco.. masuk tremco ikut tingkap.. [tapi tak dan tangkap gambo masa dia tengah melompat masuk tu..hehe]

antara muka2 yang bersedia bile2 masa nak menyerbu masuk tremco.. agaknya kalau boleh masuk ikut enjin tremco mau jugak dorang ni masuk kut situ..

nak dijadikan citer.. kat situ aku terjumpe la ngan 5 orang bebudak shoubra.. upenye kes diorang lagi bes daripade aku.. aku telepas bas sekali jer.. dorang dah berkali2 terlepas.. lagi lah berejam2 dorang dah tunggu.. dorang pun nak pegi asyir jugak.. nak tengok nasyid EGP ekspo gempak pmram.. jadinye.. aku skali lah ngan dorang.. memikirkan idea bagaimanakah nak menyelesaikan masalah ni..

ada yang bagi idea suh teng2 duit.. naik teksi yang nilainya bakal meragut lebih daripada LE5 sorang.. idea macam nak diterima tapi ada yang menolak.. ada pulak yang bagi idea nak suh lompat2 tremco.. pegi rabaah dulu.. pastu lompat sabik.. pastu lompat asyir.. idea pun macam nak diterima.. tapi yang bagi idea naik teksi tadi kompem la tolak kan.. hehe.. aku punye kesimpulan senang jer.. ikut la memane pun janji aku sampai asyir.. aku maleh nak tunggu lelame camni.. hehe..

ust najhie yang sedang mencari2 peluang untuk mensiku arab yang rebut2 nak masuk tremco..

ni baru sikit.. blakang gambo ni ade milion lagi orang.. bayangkanla.. sebijik tremco datang.. seat ada 12.. yang rebut nak masuk ade 83 orang.. agak2nya kurun bile baru bleh dapat masuk?

akhirnya setelah kehulu kehilir merebut tremco kitorang pon dapat sebijik tremco ke sabik dengan bayaran LE1.25 sorang.. dekat sabik pulak grup bepecah.. ada yang maleh nak jalan kaki daripada bawabah diorang gi naik teksi daripada shoubrawi tuh.. lepeh tu yang baki2 kitorang ni naik tremco jer ngan bayaran LE0.75 turun kat bawabah talitah.. lebih kuang pukul 10pagi kami pun sampai di kompleks.. daripada nak jimat maleh tunggu setengah jam.. terus dekat due jam melepek.. padanlah muke kau pamieeee..

balik tu aku sempat le nengok grup zagzig wat show kat pentas egp.. habeh je zagzig wat show aku pun naik umah dan tido sebab dah ngantuk sesangat.. hehe

pentas utama EGP.. time ni grup zagzig baru pas turun pentas.. sedap gile suara diorang.. tapi rasa macam sedap lagi suara aku menyanyi dalam bilik ayor kot.. hahaha.. jangan marah kengkawan.. peacee~

sekian dulu cerita.. kesimpulannye.. jadikanlah waktu menunggu korang tu waktu untuk beristighfar.. bape ribu kali dah korang bleh istighfar dalam sejam dua ke beberapa minit ke nak menunggu ape2 bende.. kan? tunggu bas ke.. tunggu angka giliran kat bank ke.. tunggu nasik masak ke.. tunggu bini beranak ke.. tunggu kiamat datang ke.. tak kire le tunggu ape2 pun.. ni idak.. masa yang ade tu pi perabih kat merepek la.. mengarut la.. menyanyi la.. mencarut la.. ish3.. teruk betul kanak2 zaman skarang.. umat akhir zaman.. huh..

sekian dulu.. ade mase jumpe lagik.. tata titi tutuuuu~

Wednesday, July 15, 2009

Persediaan Pelajar Untuk Ke Mesir

Posted by The Pamiesz® | Wednesday, July 15, 2009 | Category: | 38 Kata Komenan

salam aleik..

apakah persamaan dan perbezaan antara serabut berserabut keserabutan penyerabutan diserabutkan menyerabutkan diserabuti akar serabut rambut berserabut berus sabut dan sabut kelapa?

persamaannya semua itu ditulis dalam bahasa melayu..

perbezaannya tak semua bende kat atas tu ade kat aku..

contohnya sabut kelapa takde kat aku sebab aku seniri pon dah lama tak nampak kelapa kat mesir nih..

tapi bilamana aku menulis bahawasanya tak semua bende tu ade kat aku.. ini bermakna ade sebahagian bende tu yang ade kat aku..

ahhh.. ape bende la main ayat2 camni.. aku tak paham.. cakap jelah terus terang.. aku serabuttt! banyaknyeee bende nak kene pikir.. hadehhh~

........................

sebenarnye ada permintaan daripada seseorang.. [tapi jangan pulak kate seseorang ni menyerabutkan aku ek.. tade2 dun wuri..] beliau memintak tolong aku untuk menyenaraikan beberapa persediaan untuk ke mesir.. ini pun setelah soalan ni didemand oleh adik2 junior beliau yang bakal menjejakkan kaki ke bumi anbiya.. bumi kinanah yang penuh barakah ni.. standard lah.. bagi mereka yang takde pengalaman lagi pegi ke obersea.. tentunya membuat persediaan untuk memikirkan barang apekah yang nak dibawak ke sane adalah sesuatu yang amat merunsing dan menyerabutkan.. tapi nak kabonye keserabutan aku kat atas tadi tu takde kene mengena pun dengan persediaan bebudak yang nak pegi mesir ni.. kami cuma berkongsi satu perasaan.. iaitu keserabutan!

perlu diingat bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke mesir.. ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.. kita akan melihat daripada beberapa sudut 90darjah celcius.. secara umumnya persediaan untuk ke mesir ini terbahagi kepada 3 bahagian

1. PERSEDIAAN ROHANI @ MENTAL
2. PERSEDIAAN JASMANI @ FIZIKAL
3. PERSEDIAAN MATERIAL @ BARANG2

kita akan cuba huraikan satu persatu oke.. agar semua dapat melakukan persediaan yang mantop dan berdedikasi serta berhemah tinggi sebelum kapal terobang kome semua fly high to the sky.. dont stop at the top touch the sky before you drop..

aku dan pak nyoi di KLIA sebelum melepas ke mesir.. erkk.. melepas ke berlepas ek?

PERSEDIAAN ROHANI @ MENTAL

aku tau korang semua takde penyakit mental.. kalo tak mustahil pulak doktor bagi lepas korang punye medical check up pegi sambung lajo kat mesir kan.. tambah lagi yang nak sambung bidang medic.. lagi lah.. korang pegi sini nak jadi doktor nak balik sembuhkan orang yang mental.. tengok2 korang mental dulu.. hahaha..

perlu lah diambil perhatian bahawa sesungguhnya mesir bukanlah sebuah negara moden yang canggih seperti jepun.. korang akan berhadapan dengan situasi yang amat berbeza disini.. satu kehidupan yang jauh berbeza dengan kehidupan mewah dan senang lenang korang kat malaysia tercinta.. satu kehidupan yang korang tak dapat bayangkan macam ni rupanya kehidupan melainkan dengan merasa sendiri kehidupan tersebut.. makanya dengan ini aku sebagai orang yang dah agak penat hidup kat mesir ni menasihati supaya ngkorang mengcekalkan hati korang supaya ianya tak jadik manje dan lemah.. kuatkanlah semangat dan ikhlaskan niat korang datang sini semata2 untuk mengutip mutiara ilmu daripada ulama2 al-azhar supaya satu hari nanti korang akan dapat mencapai target membawa pulang segulung ijazah dan selaut ilmu yang korang berjaya korek daripada dada2 ulama2 di bumi anbiya ni.. janganlah dilihat kepada letihnya kehidupan disini kelak akan tetapi lihatlah pada agungnya nikmat peluang menuntut ilmu fi sabilillah yang Allah dah anugerahkan kepada kita melalui redha ibu bapa kita yang melepaskan kita ke sana.. pasakkan dalam hati akan matlamat ini nescaya kita tak akan bengkok dan tersasar sepanjang perjalanan kita di mesir kelak..

nawaitu:
pergi mesir nak cari redha Allah dan RasulNya
pergi mesir membawa harapan ibu bapa untuk melihat anak mereka berjaya
pergi mesir membawa harapan masyarakat untuk kembali mengislah kerosakan dan kefasadan yang berlaku dikalangan mereka
pergi mesir untuk belajar bukan untuk bekerja mahupun melancong
pergi mesir untuk ke kuliah bukan untuk jadi pendownload muvie dan pemarathon citer anime j-drama k-drama mahupun series
pergi mesir untuk spend masa bersama ulama bukan habiskan masa bersama tilam dan selimut

kawasan anjung ruwaq Al-Atrak dan Al-Mugharabah Masjid Al-Azhar, Kaherah

selain itu terdapat juga lagi persediaan rohani yang amat penting yang tidak boleh tidak kita jadikan prinsip bagi diri kita dan persediaan2 inilah yang kita perlu adakan dan didikkan kedalam hati sanubari kita.. iaitulah..

1. perlu bersabar dengan setiap dugaan yang bakal ditempuhi
2. tidak sekali-kali berputus asa daripada kegagalan yang diterima
3. redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah
4. usaha dan keyakinan bukan semata2 penentu kejayaan dalam peperiksaan

kalau kita bersedia dengan memperkemas niat kita sejak sebelum kita pegi ke mesir lagi.. dan kita istiqamah atas niat yang kita kemaskan sejak dari mula lagi tu.. insyaAllah kita akan hidup dengan panduan dan jalan yang selamat dan tidak tersasar semasa sepanjang kita berada disana kelak.. biiznillah..

juga termasuk dalam persediaan rohani adalah persediaan daripada segi ilmu kita.. sebaiknya mulakanlah menyibukkan diri dengan menghafal Quran supaya mudah untuk menghadapi mukoror yang ditetapkan oleh pihak universiti.. Quran bawak banyak syafaat pada kita.. hafallah kalam Allah ini dengan tujuan untuk menjaganya.. bukan sekadar untuk sekadar lepas peperiksaan.. insyaAllah ia akan menjaga kita hingga menjadi teman kita didalam kubur membawa kepada mudahnya hisab kita diakhirat kelak..

juga persiapkanlah diri kita dengan ilmu2 asas yang penting seperi ilmu komunikasi bahasa arab tidak kita samada ammiyah atau fushah.. kalau di mesir.. ammiyah lebih2 lagi perlu kerana ianya amat penting untuk digunakan dalam muamalah kita seharian.. cari2lah kat tenet ataupun rujuklah pada ustaz2 lepasan mesir tentang uslub2 yang digunapakai dalam bahasa ammi supaya kita tahu sedikit sebanyak dan mudah untuk memahami apa orang arab sana cakap.. supaya kita taklah kene tipu ke.. ape ke kan.. dahla orang arab ni kalu cakap orang puteh pun bunyi sleng arab dia jugak.. jadi sape yang ada kemampuan belajo dulu bahse ammi sebelum pegi.. itu adalah terlebih baik dan ianya memberikan satu advantage buat anda.. takde la nak terkedek2 tergagap2 lagi nak blajo becakap macam budak tadika kat sane..

daripada segi ilmu2 Islam pulak.. sebaiknya sebelum pegi mesir kita dah melengkapkan diri kita dulu dengan semua ilmu2 asas dan ilmu2 alat seperti ilmu nahu sorof.. arudh.. mantiq.. usul fiqh.. mustolah hadith.. dan sebagainya daripada ilmu2 yang pelbagai.. supaya kita dapat masuk ke al-azhar dalam keadaan kita bersedia untuk menerima ilmu yang lebih tinggi yang dicurahkan oleh para masyayikh kita disana..

seperti yang dikatakan oleh para masyayikh kami.. sepatutnya pelajar yang mahu menyambung pelajarannya ke al-azhar.. sekurang2nya perlu mengkhatamkan kitab2 kecil sejak dari malaysia lagi.. contohnya kalau dalam nahu, Matan Ajrumiah dan Syarah Qatrunnada patutnya dah siap mereka hadam kerana masuk aje taun 1 mereka [pelajar lughah la nih] akan terus dihidangkan dengan santapan daripada Audhah Masalik Syarah Alfiah Ibn Malik.. kitab kedua tertinggi dalam ilmu nahu selepas Mughni Labib.. jadi.. jika kita tiada asas yang kukuh.. maka agak sukarlah untuk kita menguasai tahap ilmu yang lebih tinggi dengan mudah..

dalam fiqh pula contohnya.. jika kita dapat hadam dengan kitab kecil seperti Nailurraja Syarah Safinatunnaja dan Matan Abi Syuja' serta syarahnya seperti Fathul Qaribul Mujib pun sudah mencukupi untuk kita jadikan asas untuk mendalami peringkat yang lebih tinggi dalam fiqh disini seperti Hasyiah Baijuri dan jugak peringkat yang lebih tinggi daripada itu seperti Hasyiah Bujairumi Alal Khatib dan Majmuk Syarah Muhazzab..

itu sikit sebanyak contoh yang ade.. ala kulli hal yang penting kita perlu bersedia dengan ilmu2 asas sebagai pengukuh dan pemudah urusan kita sepanjang pembelajaran kita semasa di mesir..

Masjid Saidina Hussain, Kaherah

PERSEDIAAN JASMANI @ FIZIKAL
___________________________

yang ni tak payah aku elaborate panjang2 rasanya.. korang pun tau kesihatan tu merupakan satu nikmat yang besor yang Allah bagi pada kita.. kalau takde kesihatan semua bende kita nak buat tak jadik.. kalau tak sehat.. letak chicken chop depan mate pun tak rasa selere mane nak makan.. begitu jugaklah dengan belajar.. kalau kita tak bersedia dengan kesihatan jasmani.. ia akan menghalang kita dari merasa nikmatnya menuntut ilmu.. jika tiada kesihatan.. kita akan terhalang untuk berjalan jauh mencari para masyayikh untuk bertalaqqi.. kita akan terhalang untuk bangun malam dan murajaah pelajaran dan menghafal Quran.. kita akan terhalang untuk melakukan apa jua pun melainkan terbaring tanpa ada apa2 yang dilakukan.. nak baca buku pun takde mood kalau dah asik2 pegang buku je migrain.. bila tengok kulit kitab je terus dapat kanser.. [erkk.. ade ke manusia sakit gini ek?]

jadi.. pastikan kita mempunyai kesihatan yang memuaskan sebelum kita sampai ke mesir.. ini bagi memastikan kita jugak tak menyusahkan orang lain ketika keberadaan kita disana nanti.. memanglah kawan yang setia akan senantiasa bersama kita walau dalam senang walau dalam susah.. walau bagaimanapun kita perlu ingat.. kawan2 kita juga seorang pelajar.. setakat mana sangat mereka mampu nak jaga kita kalau2 kita 24jam asik nak menyusahkan mereka dengan penyakit kita.. jadi.. jika ada penyakit2 yang kita seniri rasa kita takkan mampu nak jaga diri kita.. rasanya tak perlulah nak berjauhan daripada keluarga di malaysia.. kerana kalau kita tetap berdegil untuk ke mesir kita hanya akan menambahsakitkan diri seniri dan lebih teruk lagi menyebabkan orang lain pula bersusah payah dan turut sakit dan bersusah payah sebab menjaga kita..

camne cara nak jaga kesihatan.. hok tu aku maleh jugak nak citer kat sini.. posting ni bukan nak citer pasal tips2 kesihatan.. nak tau hok tu pegi la hospital tanye kat doktor.. takpun search jelah kat tenet ke tanye petua orang tua2 ke.. wat senaman kucing ke.. rimau belang ke.. ikut sekati siku korang jelah aku tak masuk campo yang tu.. ngehehehe..

dhob yang diawet.. bukan dibuat awek..

PERSEDIAAN MATERIAL @ BARANG2
_____________________________

sebenornye 2 persediaan kat ateh ni korang tak tanye pon kan.. yang ni je sebenornye yang korang nak tau.. barang2 ape nak hangkut.. tapi takpelah.. saje jer aku citer skali yang atas tu.. pakej.. heheh..

kebiasaannya pelajar baru datang ke mesir dalam keadaan musim panas yang hampir berakhir.. bulan ramadhan ataupun area2 lepas raya merupakan musim yang panas membahang mula menurun dan kesejukan sikit demi sikit mula terasa.. awal winter lah pendek katanya.. dalam area bulan 11 baru masuk winter.. jadi kebiasaannya persediaan barang2 untuk dibawa kemesir adalah berlegar disekitar persediaan untuk menghadapi musim sejuk.. yang mana musim ini tiada di malaysia.. barang2 musim panas no hal punye.. kita kat malaysia pun dah biasa sangat panas sepanjang tahun.. jadi yang banyak nak diambik ihtimam adalah barang2 musim sejuk..

untuk makluman musim sejuk di mesir tidaklah sama seperti musim2 sejuk yang kita nampak dalam felem2 omputih ataupun memane lah.. kerana musim sejuk di mesir tiada salji.. kalau korang datang mesir semata2 nak main salji.. maka janganlah diharapkan harapan itu kerana ianya tak berlaku.. namun jangan disangka musim sejuk yang tiada salji ini tidak menyejukkan.. bahkan terkadang ianya lebih menyejukkan dan mengilukan tulang daripada musim sejuk di negara yang salji turun.. ini kerana musim sejuk di mesir adalah sejuknya yang datang daripada angin yang bertiup.. angin bertiup kencang di negara mesir.. maka kesejukan akan bertambah mendadak dengan bertiupnya angin.. akan tetapi jika angin yang keluar daripada buntut sahabat anda yang bertiup kencang.. maka angin jenis itu tidaklah menambah kesejukan bahkan menaikkan lagi kepanasan suhu kebengangan anda.. tambah2 lagi yang bau petai ataupun bangkai.. itulah sebaik2 cara untuk memanaskan badan dimusim sejuk.. suh kawan kome kentut kat muka kome.. hahaha..

'Attabah.. 'Attabah..

Antara barang2 yang perlu diambil ihtimam:

1. sweater tebal

aku nasihatkan takpayah beli kat malaysia pon takpe.. kat sini biasanya abang2 akan bawak korang gi tempat bundle sweater yang murah2 dan lebih lawo2 dan tahan sejuk.. jadi.. tak payah lah kembungkan beg kargo korang dengan membeli sweter kat malaysia.. tinggal bawak duit jer.. bleh dapat sweter skitar harga LE70-LE150 [approx RM40-RM100] yang lawo2..

Bas.. pengangkutan utama rakyat mesir yang memang tak ramai mana..

2. baju fit

yang ni aku nasihatkan korang beli siap2 kat malaysia.. untuk dipakai kat dalam sweater.. tapi ada jugak kat sini jual cuma payah nak cari yang berkualiti.. eloknye beli la kat malaysia.. baju fit ni gunanya supaya badan kita tak masuk angin.. tahan sejuk..

3. stokin tebal

kat sini pon belambak jer jual stokin.. tapi banyaknye tak berapa bes dan tak kualiti.. jadi nak pueh hati.. bawakla stokin daripada malaysia..

Haram (Piramid) antara salah satu keajaiban dunia.. tak ajaib pon sebenarnya.. kuasa Allah kan.. takde yang mustahil pon..

4. suar jeans

kalau ngkorang pakailah.. kalau tak pakai takpe je.. cumenye nak kabo yang jeans malaysia better than jeans mesir.. ramai budak2 sini pakai jeans musim sejuk sebab tahan sejuk.. tapi musim panas pon ramai je pakai jeans.. almaklumlah.. jin banyak kan sini.. ala kulli hal tak kesahlah korang nak pakai suar apepun janji tutup aurat sudah.. suar slack cotton cam dockers ke ben davis ke ape ke tu takyah bawak banyak daripada malaysia pon takpe sebab bundle kat sini pon agak sempoi2 jugak.. cume kene pandai cari lah.. nak tau bundle best kat mane carilah aku.. tapi waktu korang cari aku tu aku dah ade kat malaysia dah la.. bundle sebelah umah aku pun ade.. blehla kalo nak pegi.. hahaha..

5. suar dalam + baju dalam

yang ni pon penting jugak nak bagitau.. bahawasanya buatan mesir memang tak berkualiti dan tak bes.. kalo untuk akhawat lebih2 lagi lah.. takut korang punye takde saiz jer.. taujelah kan badan arab camne.. jadi.. better bawak siap2 daripade melesia.. untuk keselesaan seniri jugak.. [part ni takleh elaborate panjang2 kang jadik novel..hahaha]

Syallalat Fayyum.. satu2nya air terjun di mesir yang terletak di tengah padang pasir

6. seterika

dulu ustaz aku pesan takpayah bawak seterika buat berat beg kargo je.. sini ade jual.. tapi setelah aku datang seniri aku mendapati bahawa aku terpaksa berkhilaf dengan pendapat ustaz aku tu.. kerana seterika kat sini kebanyakannye macey harey.. cepat beno jahanam + tak paneh mane.. jadi untuk kepuasan sniri juga.. better bawak la streka yang elok sikit daripade melesia.. yang besi berat sket tu.. [tapi tu pun kalo korang jenis yang sterika baju la.. kalau jenih macam aku ni malas bior duk pakai kedut2 jer.. tak payah susah2 bawak pon takpe.. ngeh3.. apepun Islam menggalakkan kekemasan.. jadilah seorang yang bersih dan kemas.. oke]

keretapi ayam.. satu2nya keretapi kat dunia [agaknya] yang boleh dikejar..

7. kitab2

seeloknya bawaklah kitab2 korang terutama kitab2 yang memang korang dah dhobit daripada dulu dan jugak kitab2 melayu kerana setelah keberadaan korang kat mesir percayalah bahawasanya korang akan rasa ingin merujuk kembali segala kitab2 yang korang tinggalkan kat melesia dan korang akan merasakan kerinduan untuk membace kitab berbahasa melayu.. termasuk jugak kamus2 arab-melayu yang kadang2 diperlukan walaupun kat sini belambak jual Maajim2 seperti Lisanul Arab.. Mukhtar Sihah.. Mu'jam Asasi.. Mu'jam Wasit.. Munjid.. dan len2.. saranan saye bawaklah Kamus Besar Arab Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan jugak Kamus At-Tullab karangan Ustaz Husain bin Unang yang kulit kitab kaler merah tu.. kalo Kamus Miftah sini pon ade juey.. kamus arab-melayu amat berguna sebagai rujukan sampingan disisi maajim2 bahasa arab yang ada.. terutama bagi mereka yang gemar menterjemah kitab.. yelah kan.. macam aku ni kadang2 terlupa perkataan2 bahasa melayu.. [nasib baik la aku reti lagi cakap melayu kan? kan?]

Suq Sayyarat.. pasar kereta di hayyu asyir.. tempat memborong kereta..

8. makanan + barang dapo

part ni je sebenornye yang paling penting.. part makan.. memandangkan korang akan duduk lame kat mesir.. jadi korang akan merasakan kesangapan terhadap makanan2 malaysia.. jadi.. seelok2nya korang penuhkanlah beg kargo korang tu sampai cukup 800kg dengan barang2 dapo.. tak rugi korang bawak banyak2 mende2 ni.. baju ke pakaian ke bleh bli sini banyak lawo2.. tapi barang makanan malaysia.. mintak mahap le.. kalo ade pon jual kat kaherah ni.. mahey nak mampos.. bayangkanlah kopok double decker yang singgit stengah kat melesia tu berharga LE6.50 kat sini.. semua itu gara2 sangap makanan malaysia.. [korang tau ke sangap tu ape?]

jadi disini aku akan statekan mende2 yang takde kat mesir.. korang bawaklah banyak mane pon korang nak hangkut.. lagi banyak lagi lama korang bleh makan..

kita mulakan dengan bende yang ade kat mesir yang takpayah bawak pon takpe.. beli kat kedai belambak2.. iaitulah bunge lawang, bunge cengkih, kulit kayu manis, halia, kiub ayam, kiub daging, kicap, santan kelapa kering dan.. ape lagi tah..

adapun bende2 yang takde kat mesir yang perlu korang pikul sebanyak mungkin adalah seperti berikut:

serbuk kari ayam
serbuk kari ikan
serbuk kurma
serbuk sup
pes/kiub tomyam
sup bunjut
ikan kering
ikan bilis
keropok keping/papedem
serunding
kerisik
lengkuas
bihun
suhun
nestom
kacang ijau
pulut itam
selasih
agar2
asam gelugor
asam jawa
asam masin
kurang hasam
belacan
pek santan serbuk
daun kari (keringkan)
daun limau purut (keringkan)
daun rambutan (basahkan)
tuan tanah kedaun
megi

tu yang aku ingatlah.. kot2 sahabat2 kita dak2 mesir yang baca blog aku ni rasa ada tambahan lagi yang aku tak ingat nak buh.. tambahla dalam ruangan komen oke.. tolong adik2 kita yang nak datang ni..

makanan utama rakyat mesir.. tokmiah.. miah miah..

"aku mana reti masak.. maleh aku masak2 ni.. bek tak payah bawak semua ni.. pegi sana mesti ade orang masak kan.. aku duk goyang kaki je makan sudahlah.. dah ade yang pandai dan rajin masak.." ----> inilah pemikiran sesetengah daripada korang.. ataupun lebih tepat kita katakan daripada sesetengah pelajar mesir..

kalau korang rasa korang nak dibenci dan dimaki oleh seluruh housemate serumah korang samada didepan atau dibelakang korang.. dengan sukacitanya aku menjemput silalah berpemikiran sedemikian..

hidup di mesir bersama kawan2 memerlukan ukhwah yang sangat tinggi.. hormatilah mereka yang hidup bersama2 dengan kita.. belajar apa yang kita tak tahu dan jangan malu.. everybody start from zero rite? lantaklah orang nak kate 1st time masak mi jadi bubur ke.. nak masak rendang jadi nasik goreng ke.. nak masak kari jadi tomyam ke.. pedulikkan.. yang penting kita belajar.. belajar bukannya sekadar mengadap buku.. ada pelajaran yang kita tak dapat daripada buku tapi dapat daripada kehidupan.. daripada pengalaman.. jika tiada pengalaman tu.. nescaya hidup kita akan kekurangan.. tak lengkap.. serba tak kena.. jadi.. seeloknya.. bersedialah dari malaysia.. cuba2lah memasak nasik dengan kaedah sukatan air yang betul.. cuba2lah memasak lauk walau sekadar telo mata kerbau atau telor dadar.. sebagai permulaanlah.. kalau dah sampai 7 taun duk mesir pun tau goreng telo je jugak memang nak kene jentik lah telo tuh..

kalaulah korang tau apa yang ada pada GARGIL.. nescaya korang akan tanam ia walaupun dibawah katil..

kesimpulannye.. bawak jelah ape2 yang korang rasa nak bawak.. abeh2 pun korang yang kene bayo kat epot sebab overload bagasi.. hihihi.. kalo maleh sangat nak bawak semua.. korang bawak diri je sudah.. habeh cite.. heheh..

selamat datang ke ardil kinanah jumhuriah misral arabiah.. :)

Thursday, March 26, 2009

Apehe Skang Dah Jarang Bebenor Hapdet?

Posted by The Pamiesz® | Thursday, March 26, 2009 | Category: , | 5 Kata Komenan

salam..

long taim no si haa.. well aim tu bizi tu rait samting naw.. bikos of de bizi of mi ded ai diden rait eniting for de taim being.. so for ol of yu ded hev bin weting for mi to rait.. naw is de taim to giv yor etensyen for de niw pos.. dun wuri ai wil not giv yu tensyen jes pey etensyen en den de tensyen wil go ewey far2 ewey.. ai no ol of yu not veri andersten wat aim toking ebaut bikos mai english dis taim is veri2 wierd.. oldoh it is wierd don ker mach ebaut it.. jes rid jela jangan banyak cakap nak kutuk2 bahse inggeris aku cam hampeh ke hape ke.. hahaha..

ana sangat tensyen.. bila nak cakap atau tulis bahse inggeris je.. mesti pekataan yang kuor dalam benak kepala hotak yang bijak ni adalah sebaris kalimah2 bahse arab yang mulia.. bepeluh2 nak mikir ape pekataannye dalam bahse inggeris.. betulla orang kata kalau kita tinggalkan satu2 ilmu yang dah dipelajari tak diamalkan memang agak payah jugak nak datangkan balik ilmu tu.. same la jugak macam Quran yang kita dah hafal kan.. pada para huffaz yang telahpun menghafal 30 juzuk Quran.. kalau tak diamalkan yakni diulang2 untuk dijaga hafalan tu.. kompem tak ingat la dah.. tak payah lama la.. tinggal tak payah ngulang kejap 2 3 bulan je pun.. mesti banyak dah yang lupa.. tabiat manusia kan.. pelupe sokmo.. dalam sebuah hadith yang masyhur pada sebutan lidah manusia Rasulullah SAW bersabda : (Al-nisyan tob'ul insan) yang bermaksud lupa tu memang tabiat manusia.. tapi tak payahla kita yang gatey saje2 bagi lupa.. ingatlah para huffaz Quran.. jangan biarkan Quran melaknati balik kita disebabkan oleh kita meninggalkan dan tidak menjaga ia dalam hati kita setelahmana kita hafal satu masa dulu.. tu binisbati ilal Quran.. adapun binisbati ila bahse inggeris ana ni.. memang takleh nak watpe la.. pasal lame dah tinggal.. tak rajin amal cakap omputih.. bile ade orang nak cakap omputih ataupun tempat2 yang memerlukan untuk cakap omputih.. jadi jem terus.. huhuhu..

SEKADAR KISAH

Suatu hari di ma3rad kutub.. sedangku berjalan2 melihat2 dan mencari kitab badruttamam syarah kepada bulugh maram cetakan darul wafa.. secara tentibe ada susuk ghaib yang menegurku dari belakang.. [kejadah plak susuk ghaib.. ingat citer paranormal ker? seekers kot.. mungkin la kot.. kitab seekers.. hihi..]

Arab: Assalamualaikum
Aku: Waalaikumussalam
Arab: You can speak english?
Aku: Yes..syuwaiya2 [ape tetibe campo bahse arab ni.. sikit2 dalam bahse omputih ape ni.. hado..]
Arab: Good.. where do you come from?
Aku: I'm from malaysia
Arab: I want to ask you something.. about the Holy Quran with english translation.. did the translation good enough to make someone understands the Quran? i means the languange.. is it easy to understand or something like that.. do you get what i say?
Aku: Yes2.. i understand.. i think.. erm.. it's ok.. because it is approved you know.. the translalation.. erm.. [penat aku mencari kalimah omputih ni..dahla dia tanye macamla aku ni yang terjemahkan Quran tu..]
Arab: i want to use it to explain the Quran to the non muslim.. dakwah.. you know.. so thats why i want to know either the translation good or not..
Aku: Ooh.. thats a good thing to do.. kuwayiss.. let them know about Islam.. [aku rasa nak cakap panjang lagi tapi tak keluo2 ape yang aku nak cakap.. haha]
Arab: where can i get one? did it sold here?
Aku: [aku dah mati akal.. maleh nak cari dah kalimah..] aaa...ermm.. ana mush arif mumkin maugud mumkin mish maugud.. shufta hena? mumkin tisal sahib ganah dih hunak.. (tak tau le plak mungkin ade mungkin takde.. ko dah tengok ke kat sini? mungkin ko bleh tanye kat tuan kedai ni kat depan tu..)
Arab: do we have it sold other than here?
Aku: ooh..maugud.. arafta ganah dar salam? syuftu hunak maugud Mushaf tagwid ma'a targamah ingliziah tab'ah dar ma'rifah..(aah.. ade2.. ko tau booth dar salam? aku ade nampak aritu kat sane ade Mushaf tajwid dengan terjemahan omputih cetakan dar ma'rifah) [lantak le bantai la cakap arab..lambat plak aku cakap omputih..]
Arab: where is the location of this dar salam?
Aku: [arab ni cekang nak cakap omputih jugak.. baguih tui.. mesti dak kuliah handasah ke ape ke ni.. layan jer la..] wara' hina bas.. truh barrah keda wa ba'dien khusy yamin ala tuul syuawaiya keda hatta tagid dar salam fi yaminik.. (belakang ni jer.. ko gi keluo ni.. pastu kona kanan pastu stret sket nanti ade la ko nampak dar salam belah kanan..)
Arab: ooh.. okey okey.. sorry if i'm disturbing you..
Aku: la ma fish musykilah.. maalish yakni aysan inglizi li sa'b syuwaiya.. your english is good.. hehe.. (takde lah no prob.. sori le bahse omputih aku tahpepe.. susah sket le..]
Arab: hehe.. thanx.. [bangge la ko ye ade orang puji.. tapi arab ni terer jugak la cakap omputih tak cam arab len.. bunyi hawarrr you tu takde sangat le.. hehe..]
Aku: toyyib asta'zinka aiz syufil kutub hina (ok la mintak diri lu aku nak tengok2 kitab kat sini)
Arab: ok thanx assalamualaikum
Aku: waalaikumussalam..

sampai ke habih dia cakap omputih.. baguih arab ni.. dia nak amal dengan ilmu yang dia ada.. ana? hehe.. same la jugak.. ana datang sini bukan nak amik tesl kan.. bior la ana nak cakap arab pun.. ana pun nak beramal dengan ilmu ana.. walaupun takde la reti mane pun cakap arab ni.. tambah2 lagi bahse ammi.. takde la cekang macam dr warouq sampai arab pun blaja nak cakap ammi dengan dia.. kekeke.. [dah lame aku tak membako ko warouq.. tak tau la ngko bace lagi ke tak blog aku kan.. kehkehkeh..]

sebenornye ana nak citer pasal lain arini.. camne tah bleh termuqaddimah cite pasal cakap omputih.. huhu.. ana nak citer pasal bumi mesir yang penuh barakah ni.. macam2 pengalaman yang ana dapat sepanjang permusafiran kat bumi anbiya ni.. [gaya cakap macam pengalaman dah 10 taun duk sini jer.. padahal baru je tak sampai 2 taun pun lagi.. hihi..] masa mula2 sampai mesir ni ust2 ramai yang pesan.. actualy sebelum pegi lagi pun dah dengo.. kat mesir ni cakap kene jaga.. kadang2 benda yang kita cakap cepat jer jadi doa.. cepat je makbul.. kalau cakap ngarut2 tu.. jaga2 la.. kene time ngarut main2 tu pintu langit terbukak.. Allah perkenan plak kata2 kita tu.. memang makbul terus la.. [ni nak ngingatkan diri sniri jugak ni.. aku ni kuat sangat ngarut.. huhuhu..] ada yang saje je cakap2 main2 nak kawen.. tak lama pastu elok jer kawen terus.. [kalo camni bagus la kan.. hehe..] ade yang sesaje je cakap main2 nak saje gagalkan paper duk sini 10 taun.. tengok2 buat betul2 pun 10 taun duk tak lulus2.. nauzubillah.. huhu.. jangankan kata cakap.. kadang2 tu niat aje pun cepat jer Allah dah makbulkan.. macam2 kes ada.. termasuk la jugak yang cakap nak bangge2 aje.. belagak.. sembang real.. ngutuk orang.. toksah le buat kat sini kalo teringin nak cakap bende2 style gitu.. kejap jer kang Allah balas balik kene kat kita balik.. nauzubillah min zalik..

apepun ana pun tak terkecuali la jugak daripada merasai pengalaman2 macam ni.. sajer jer nak kongsi dengan kawan2 sume.. kadang2 bes jugak kan baca2 citer pengalaman orang.. hehe.. jadikan pengajaran.. jadikan pengalaman.. kadang2 bila rasa seniri pengalaman ni kita lebih rasa sedar supaya tak la terjadi lagi pengalaman (kalau pahit) yang dah penah kita rasa tu berulang2 kali.. tapi kalau pengalaman tu manis.. ianya akan jadi kenangan yang akan kita kenang selama2nya dan kita sniri pun akan berharap supaya pengalaman2 manis macam tu senantiasa kita rasa biar berulang2 banyak2 kali pun kita tak kesah.. pengalaman yang manis sememangnya akan kita ingat dan itulah yang terkadang menjadikan kita tersenyum dan ketawa sendiri kerana mengingatkan apa yang telah kita lalui.. dan terkadang juga mampu menitiskan air mata kita samada kerana terlalu gembira dengan kenangan itu mahupun kita terlalu rindu untuk kembali melalui pengalaman2 yg sedemikian rupa..

tapi kisah pengalaman yang ana nak cerita ni takde la sampai ana nak nanes2 plak ingat.. hehe.. mungkin sekadar cerita biasa.. cuma boleh la nak jadi sumber untuk taakid dan menyapot kenyataan bahawasanya mesir ni memang bumi yang barakah yang mana doa tu memang mudahla makbul..

PENGALAMAN 1

kisah ini terjadi sewaktu mula2 lagi sampai ke mesir.. ketika itu pelajar masih belum ditauzikkan ke muhafazah dan semua masih lagi duk melepek kat umah2 negeri..

Budak umah perak 1: aih.. smart besiap2 tu nak pegi mane?
Aku: gi masjid azhar jap..

jumpa budak lain plak

Budak umah perak 2: nak gi mane bawak beg ni..
Aku: gi masjid azhar jap..

selisih plak budak lain lagi

Budak umah perak 3: mi.. ko nak pegi mane ni aku nak ikut bole?
Aku: gi masjid azhar jap.. ade kelas ibn aqeel ni.. baru nak try gi.. tak penah gi lagi ni.. jomla skali..
Budak umah perak 3: hehe.. takpe la ko pegi la dulu.. nanti aku gi..
Aku: nanti tu pakat tak gi la tuh.. hehe..

ade lagi yang tanye..

Budak umah perak 4: kemane?
Aku: [apsal la ramai pulak yang nak tanye aku nak gi mane ni.. penat aku jawap same je..] aahh.. saje je.. pakai smart2 camni nak kemane lagi.. nak JALAN2 la round mesir.. saje JALAN2..

dipendekkan citer.. kejap je Allah kabulkan ape yang aku cakap.. aku penah terdengo bebudak ni cakap nak gi azhar boleh naik bas no 926.. aku pun naik dan menyangka bas tu berenti kat mahatah darasah.. aku tak kenal kawasan sekeliling tu melainkan mahatah darasah sebab penah skali je pegi aritu.. aku pun dengan releknya duk dalam bas tu sambil menikmati pemandangan mesir yang terlalu indah mengcoklet.. [kalo malaysia pemandangan menghijau kan.. mesir tak dapat la nak tengok menghijau.. mendebu belake.. huhu..] satu persatu tempat aku lalu.. dalam hati mula terdetik.. dah dekat sejam dah ni apekehal tak nampak2 lagi mahatah darasah.. jalan pun dah lain macam je macam tak penah lalu jer ni.. sampai dah sejam lebih aku duk dalam bas tu aku mula yakin bahawasanya Allah telahpun mengistijabkan kata2 aku kepada member aku tadi bahawasanya aku ni skarang ni sememangnya sedang dibawa pergi 'BERJALAN2' oleh bas ini tanpa ku tahu kemana arah tuju bas ni.. aku mula memerhati keadaan sekeliling.. takde sorang pun budak melayu yang aku kenal.. aku dah cuak.. aku mula berpeluh2 walaupun tak berjoging dan tak pernah bersukan.. haha.. adehh.. takkan nak tunggu sampai bas ni patah balik ke sabiek.. memang saje nak JALAN2 jela kalo gitu.. tetibe.. jeng3.. saspen tak? saspen tak? hahaa..

aku tengok ke luar tingkap dan mendapati rasa macam kenal tempat ni.. lalu dengan kompidennya aku terus cam bahasawanya ni la tempat yang anas penah bawak aku untuk cucuk duit kat HSBC satu ketika dulu.. dekat2 ngan hotel hilton.. MEDAN TAHRIR! jauh gile.. terus aku amik keputusan untuk turun kat sini sebelum bas ni bawak aku jenjalan lagi jauh mungkin sampai ke aswan ke alexanderia ke.. risau gak kan.. jadi alang2 dah aku kenal jalan kat tahrir ni.. aku pun turun.. amek metro sampai ke atabah.. pastu tunggu bas pendek no 134 terus balik sabiek dan sampai je umah aku pun terus tido keletihan bukan kerana belajar syarah ibn aqeel tapi keletihan kerana jauhnya 'JALAN2' hahaha.. padan muke.. dah tau tak tau bukan nak tanye orang.. upe2nye bas 926 tu nak pegi azhar kene turun kat buuth.. kat taki tu.. turun situ pastu lompat nek bas lain atau tremco.. dah aku tak tau.. takde la aku turun situ.. kehkehkeh.. nasib la labuuu..

ni la mahattah darasah yang dicari sampai sesat2.. hehe.. belah kanan tu bas 24jim yang biasa dinaiki kalo nak balik sabiek.. dulu bas ni la paling murah skali..25sen jer..skang ni dah 50sen..

dekat mahattah yang sama.. ni bas pendek.. bas pendek camni tiket harga segenih steng.. bas atabah no134 tu bas pendek camni lah..

ni masjid sidi soleh jaafari.. bersetentang dengan mahattah darasah.. salah satu masjid yang mengamalkan wirid selepas solat secara jahr.. macam kita kat malaysia la..

PENGALAMAN 2

kisah ini berlaku ketika aku baru2 sahaja berpindah daripada hayyu sabiek ke hayyu asyir..

Aku: man.. ko penah pegi masjid Amru Al-As? yang biase syeikh Jibril biduni alaihissalam biase jadi imam solat terawih 10 malam terakhir ramadhan tu..
Lokman ahli bait: penah je.. ngape?
Aku: aku teringin la nak pegi sana.. tak penah pegi lagi la.. semenjak dua menjak ni tak tau le tetibe rasa teringin benor plak nak pegi.. asik tepikir2 je sehari due ni..
Lokman ahli bait: aku penah je gi smayang jumaat kat sana.. tapi smayang terawih tu aku pun tak penah rasa jugak lagi.. dorang kate kalo nak pegi kene gi daripada pas zohor lagi.. jalan sesak..
Aku: tu mase bulan pose.. masa bulan tak pose ni takkan le sesak camtu gak..
Lokman ahli bait: takde la.. kalo ko nak pegi bleh la lusa hari jumaat kan.. nanti aku bawak ko pegi.. kita smayang jumaat kat sana..
Aku: cantek sangat la tuu.. nanti bawak aku ye.. ni aku sayang kat ko ni man.. cium sket.. hahaha..
Lokman ahli bait: bunguk geli la.. pi main jauh2 la.. camne plak sesat sekor saki baki kaum lut dalam umah aku ni.. hahaha..
Aku: hahaha.. tak kesior aku nak cium ko.. baik aku cium ketiak aku seniri daripada cium ko.. kalo ko geli aku 2846kali jauh lagi rasa nak muntah.. hahaha..

keesokan harinya aku pun rasa nak gi azhar.. lama dah tak gi ngaji masjid azhar.. jadi bedasarkan apa yang aku tau jugak daripada bebudak yang duk asyir ni.. bas yang bleh sampai kat azhar adalah bas 80/ dan jugak 65.. bas ni bese la aku naik gi arma.. turun kat taki tu kan.. dipendekkan lagi citer.. skali lagi aku ulang kebungukan silam dengan tak bertanya pada orang lain dan wat selambe je aku nek bas no 65 dan kali ni aku dapat kusi untuk duduk.. dengan rasa syoknye aku pun membukak Quran dan membaca ma tayassara minhu.. baca punye baca punye baca tengok luar skali terperasan la taki kat buuth tu.. ha.. tanda maknenye dah dekat la ni.. kejap2 lagi sampai la darasah.. aku pun sambung la lagi sket bacaan Quran.. baca punya baca tak tengok kiri kanan.. rasa kejap jela takde la lame mane.. bila tengok2 luar dah rasa macam aku ade kat negara lain plak.. ni kat mane plak ni.. tak penah lalu pun.. siap jalan jem lagi tu.. mustahil la tak sampe lagi darasah.. hah sudah.. takkan nak jalan2 lagi macam dulu kot.. tapi masa tu hati aku dah kuat dah mengatakan bahasawasanya aku ni kompem jalan2 lagi la neh.. haduih... kompem bas ni pun sama macam 926 dulu.. kene turun kat taki la ni kalo nak gi darasah..

jadi aku pun mengambil keputusan untuk buat macam dulu jugak la.. tengok2 tempat keliling kot2 ade yang kenal.. dapat mahattah metro ke pun jadi la.. bas terus berjalan.. aku terus memerhatikan kedai2 dan signboard2 kot ada yang bagitau aku ade kat mane.. tetibe aku terpandang sebuah signboard.. besar dan jelas tulisannya.. SAYYIDAH ZAINAB.. mangkuk hayun.. jauhnye aku pegi.. ni dekat2 umah warouq dah ni.. area2 bebudak medic cairo u ngan ainsyams ni.. nak turun idak nak turun idak.. aku terus taradud.. turun kang kompem kene nyusahkan warouq plak nak gi amek aku.. malehla aku nak nyusah2kan orang.. aku kan daripada kecik tak penah menyusahkan orang.. hahaha.. sementara aku duk wat keputusan nak turun ke tak tu.. elok je bas tu dah bawak aku jauh meninggalkan area sayyidah zainab.. kompem dah la aku tak turun.. huhuhu.. lastnye aku pasrah jela.. lantak ko la bas.. ko nak bawak aku gi mane pun skati ko la.. aku ikut jelah.. hahaha.. sorang demi sorang penumpang turun.. bas yang sbelum ni mensadinkan manusia dalam tu.. telah kosong sunyi sepi tinggal aku sorang je.. tak lama pastu bas pun berenti.. sure ni pehentian terakhir.. aku pun turun keluar daripada bas dengan hati yang bersih suci seperti sorang bayi yang keluar daripada rahim ibunya.. [ape kaitan perumpamaan ni? hahaha] tak smayang zuhor lagi ni.. cari masjid la dulu baru pikir nak cari jalan balik.. lalu aku dapati sebelah mahatah yang aku turun ni tadi ada sebuah masjid yang besar yang tesergam indah disitu.. aku pun bejalan mendatangi masjid tersebut dan masyaAllah tabarakAllah.. aku telahpun mendapati bahawasanya itu adalah MASJID AMRU AL-AS! kejap je Allah tunaikan niat aku.. teringin beno nak pegi.. tak payah tunggu lokman bawak dalam sesat2 pun sampai jugak aku kesitu.. hehe.. aku pun solat dan iktikaf kejap kat situ sebelum menunggu bas yang sama untuk bawak aku balik smule ke asyir..

tiba hari jumaat tu lokman tanye jadi ke tak nak pegi masjid amru dengan sukacitanya aku memaklumkan aku dah pun pegi sendiri dengan menyesatkan diri aku terlebih dahulu.. tak payah susah2 tunggu ko bawak.. lambatt.. ngehngehngeh..

moral of the story: banyak beno moralnya korang istinbat la sniri daripada cite kat atas ni.. ngeh3.. yang penting pengalaman ni memang best.. hihihi..

ini ade beberapa gambar yang disnap dalam masjid Amru Al-As




jadi.. banyak2kanlah bedoa mintak benda yang baik2 di bumi yang penuh barakah bumi anbiya bumi mesir yang disebut sebanyak 5kali dalam Quran ni.. berkatalah yang baik2.. niatkanlah yang baik2.. jadilah yang baik2.. moga2 kita tergolong dalam golongan orang yang baik2.. [kalaupun kita takde la baik mane skalipun niat la nak berubah jadi baik mohonlah petunjuk agar Allah memberikan taufiqNya kepada kita agar kita sentiasa mahukan kebaikan.. orang yang tak dapat taufiqNya akan senantiasa jauh dariNya.. takde sekelumit perasaan pun nak kembali kepada kebaikan bahkan makin jauh dalam kesesatan dan terus sesat dan terus sesat hingga akhirnya sesat dalam neraka jahannam.. waliyazubillah..]

sekian dulu.. sebulan setengah lagi to go.. exam weh.. exam.. Quran tak hafal lagi.. pamie.. jangan buang masa pamie.. guna masa yang ade ni btui2.. mak abah family orang kampung dah tunggu dalam kerinduan kat malaysia tu.. tunggu ye mak..abah.. pamie tengah berusaha semampu mungkin ni.. selamat stadi kepada semua kengkawan yang nak menempuh exam yang dah tak lama mane ni.. kuatkan usaha kita dan kuatkan jugak penyerahan diri dan tawakal kita pada Allah Tuan Punya Kejayaan yang hakiki.. juga diucapkan selamat jalan dan selamat menempuh alam baru alam kerjaya dan alam perkahwinan kepada kawan2 yang akan pulang ke malaysia tak lama lagi untuk meneruskan perjuangan menyampaikan ilmu kepada masyarakat yang amat dahagakan ilmu.. hakim.. amer.. motak.. amin ahli bait aku yang sorang ni pun same.. selamat pulang dengan selamat.. balik nanti aku nak tengok surau simpang pulai begegor.. surau pekan baru begegor.. begegor dengan suara2 kome la.. bukan begegor sebab korang gegarkan tiang masjid tu.. hehe.. suara2 yang bakal mengislah masyarakat supaya menjadi masyarakat yang celik Islam.. insyaAllah biiznillah..

sekian dulu wat mase ni.. cam biase la kalo blog tak berhapdet tu jangan marah la ye.. kengkadang kene anak tirikan jugak blog ni.. mengutamakan apa yang lebih utama daripada apa yang utama.. hehehe..

senyum sokmoo~ hepilah kita dalam apa keadaan sekalipun kerana hidup yang hepi dan tiada tekanan stress yang melampau akan memberi kesan positif kepada perkembangan jiwa dan hati yang tulus mulus dan fulus.. [ape jadah kaitan fulus?] tapi agak2 gak la.. janganla ade orang mati pun kome hepi gelak2 jugak depan ahli keluarge Allahyarham tu.. itu memang namenye menempah keranda ke kubur bersama2 si mati.. hehehe..

pergi duluu~ [kak rem pinjam ayat ko..ngeh3..]